Memaparkan catatan dengan label sri kresna begawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sri kresna begawan. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mei 2014

Drishti Hukum Karma

Om Svasti Astu


Tanpa mempersia masa, mari kita persembah petikan dari Bhagavadgitam 2.47 ini....

कर्मण्ये वाधिकारस्ते म फलेषु कदाचना  कर्मफलेह्तुर भुरमा ते संगोस्त्वकर्मानी॥

Pengertian ringkasnya.... "Seseorang itu berhak menjalankan tugasannya itu tetapi bukan dengan niat mendapatkan pahala demi tindakan itu, jangan engkau perbuat diri engkau itu sebagai kesan tindakan engkau itu kerana engkau nanti terputus dari tanggungjawab engkau".

Potongan petikan Gitam ini sendiri pun sudah menyimpulkan cerminan kevicaksanaan diviyam mengenai Karma Yoga. Perundangan Karma ini terbit dari buah pikiran drishti "Hukum Penyebab dan Kesan" yang mengertikan bahawa setiap sesuatu yang terjadi kerana penyebab itu pasti meninggalkan kesan. Setiap perbuatan manusia itu pastinya didorong oleh dua punca pendorong psikologi iaitu ketakutan dan nafsu. Namun, kedua-dua keadaan itu, niat bagi kerja itu semata-matanya berdasarkan kepada pahala karma (buah tindakan).

Ketakutan itu maya. Kerana ia menghilang sebaik kita menghadapinya. Nafsu itu pula cuma idaman terhadap benda-benda yang tidak kita punyai dalam kehidupan ini atau terhadap benda-benda yang sedikit adanya. Jadi, kenapa kita merasai ketakutan semasa membuat kerja?? Jawabnya itu, kerana kita lebih mementingkan pahala karma berbanding dengan melaksanakan karma. Seluruh drishti dan juga perkaitan ciri benar bagi membuat karma itu adalah, perlunya kerja amalan itu diperbuat sepenuh hati dan datang dari jiwa dalaman kita. Bahasa Arabnya itu, ikhlas. Lebih banyak ketakutan dan idaman tuan-tuan semasa melaksanakan karma kebajikan, lebih banyak tumpuan dan perhatian tuan-tuan disia-siakan. Tujuan karma kebajikan pun kabur-kabur.

Tujuan dilaksanakan kerja-kerja itu sepatutnya dengan niat untuk kerja itu sahaja tak pedulilah kesannya itu apa pun. Seseorang itu mesti menghapuskan kesedaran bahawa dia yang menjalankan kerja itu kerana ia adalah maya terbesar sekali!! Hanya Sang Hyang Tunggal sajalah Pembuat semua perkara, Yang Maha Melaksanakan segala kerja. Contohnya, kita membuat sebutir puding beras yang cantik, tetapi adakah kita yang menjadikan haba dan api yang menghasilkan puding sebutir itu? Kita kah yang menjadikan biji beras serta lembu-lembu yang murah hati yang memberikan susu?

Kita tidak pernah menjadikan sesuatu perkara pun! Kita cuma mengubahsuai perkara-perkara sekitar kita untuk kebaikan kita. Jadi, dengan cara halusnya, segala penyebab kejadian dan kerja itu cumalah Tuhan. Dia jugalah Saksi kepada kesan itu sendiri. Kita ini cuma lelakon dengan peranan kecil-kecil dalam sutradara diviyam Nya. Selalulah ingat bahaw adiri kita ini cuma wahana pembuat karya, kerana jika Tuhan itu penyeba, Dia jugalah yang memberi kesan. Keputusan itu tidak sepatutnya menjadi punca pendorong kerana jika keputusan dalam pemikiran kita itu merubah keputusan, maka karma kerja pun akan berubah.

Seseorang itu tak boleh menghalang karma ketika sedang hidup di loka ini. Kerana loka ini berdasarkan karma, Karma Bhumi. Walaupun seorang yogi itu tak berbuat apa pun, dia masih perlu makan. Mencari makan itu karma sebagai keperluan asasi manusia. Begawan Kresna lalu mengajari kita dengan drishti tertinggi ini dan memberi panduan amalan itu dengan pernyataan bahawa seseorang itu patutlah cuma beramal tetapi keputusannya itu serahkan kepada Tuhan yang hadir dalam diri setiap makhluk.

Terdapat dua cara untuk melaksanakan karma.........
  • Membakar karma kita dengan pengetahuan bahawa loka ini cuma maya. Kita ini cuma menyaksikan gelombang ombak besar di lautan minda serta menghalangnya dengan "jalan berani" iaitu kita menyedari bahawa setiap penyebab itu ada kesan.Kesan itu akan terhenti suatu hari nanti dan karma itu pun bukan selamanya. Karma mempunyai penghujung. Suka duka pun sementara saja. 
  • Walaupun kita tahu karma ini mempunyai kesan, namun kita masih berkarma cuma tanpa memikirkan mengenai pahala tindakan saja. Perkara ini terangkum dalam pepatah Melayu lama, "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!" Perbuatan kebajikan itu usah dipikirkan pahala ganjarannya. Sudah terlanjur itu pintalah ampun dengan kruchram semua, tetapi usah dipikir apa sudah diampun apa tidak. Buat saja, usah terhalang.
Beginilah caranya melaksanakan karma. Kerangka minda ini yang membebaskan kita dari karma. Begawan Kresna membebaskan Arjuna dari ikatan karma itu serta memberi buah pikiran kepadanya supaya menurut dharma kshatriya dalam Mahabharata Yuddha. Makanya, ia pun menjadi ringkasan pengetahuan mengenai hukum karma.

Rabu, 23 April 2014

Upacara: Panchangam Seva


Panchangam Seva

Panchangam seva ini adalah lima syarat keperluan mendekati Tuhan untuk menyemahkan kebaktian...

1. Abhigamanam, mendekati pura.
2. Upadanam, kumpul bahan puja.
3. Yoga, mencapai jati jiva.
4. Ijiya, pujai.
5. Svadhyaya, baca pustaka suci.

Sat Suddhi

Diikuti enam sikap Sat Suddhi (menjaga kesucian)...

1. Sthana suddhi, kesucian tempat.
2. Dravya suddhi, kesucian bahan puja.
3. Atma suddhi, kesucian tubuh.
4. Citta suddhi, kesucian pikiran.
5. Mantra suddhi, kesucian mantra.
6. Murti suddhi, kesucian perumah semangat.

Terdapat juga nitya kriya iaitu panduan amalan harian anak-anak bakti Vaishnava, samskaram penyucian diri, samāsrayaam dengan pancha samskara diksha iaitu penyucian lima anggota luaran untuk menerima guru secara resmi dan sapuan dalaman. ini merupakan penjelasan upacara lima lipatan pengikut Vaishnava sampradayam. Perlu juga diketahui mengenai masa-masa bila yang kita tidak suci dari kekotoran untuk masuk ke pemujaan iaitu asaucham.

Sabtu, 20 Julai 2013

Gita Bakti: Nanda Nandanam

Hari Om!

 

Persembahkan Sri Kresna Wandanam bagi tabik kepada Sri Guru Wayorappa... Begawan Kresna serta Betara Wisnu Narayana.... Om Namo Narayanna...

Ahad, 31 Mac 2013

Achyutam Ashtakam

Astakam ini dikarang oleh Sang Adi Shankaracharya dalam bahasa Sanskrit dengan judul panjangnya Sri Acyutam Kesawam Rama Narayannam memuji Sang Dewata, Maha Wisnu. Diharapkan rakan-rakan sekelian terhibur sambil membersihkan hati menyebut Nama-Nya. Nanti di lain masa aku akan membuat masukan mengenai cawangan Saiwa dan Sakti pula supaya rakan-rakan kehinduan dapat lebih banyak maklumat yang baru atau pun meningkatkan pengetahuan kehinduan rakan-rakan bersama-sama.


Susun Kata Bahasa Sanskerta

1. Acyutam kesawam rama narayannam. Kresna damodaram wasudewam harim. Sridharam madhawam gopika wallabham. Janaki nayagam ramachandram bhaje.

2. Acyutam kesawam satyabhamadhawam. Madhawam sridharam radhika radhitam. Indira mandiram cetasa sundaram. Dewaki nandanam nandanam sandadhe. 

3. Wisnawe jisnawe sankhine cakrine. Rukmini ragine janaki janaye. Wallawi wallabhayarcityatmane. Kamsa widhwamsine wamsine te namah.   

4. Kresna govinda he rama narayanna. Sripate wasudewarjita srinidhe. Acyutananta he madhawadokshaja. Dwarakanayaka draupadi rakshaka.

5. Raksha kshobhitah sitaya syobhito. Danndakaraannyabhu punyata karannah lakshmane nanwito wanaraih sewito'gastya sampujito raghawag paatu mang. 

6. Dhenukarishtako'nishta kreddweshinnam kesiha kamsaherdawamsika wadakah putana kopakah suraja khelano bala gopalakah patu mang sarwada.

7. Widyudadyotawnprasphuradwasasang. Prawerdambhodawat prollasad wigraham wanyaya malaya sobhitorasthalang. Lohitanghridwayam warijaksham bhaje.

8. Kuncitaih kuntalair bhromajamanananam ratnamaulim lasatkundalam gandayoh harakeyurakam kankanna projjuwalam kinkinnimannjulam syamalang tang bhaje.

Arti Bahasa Melayu

1. Aku memuja Sri Acyuta, yang tiada dosa satu pun, bagindalah Sri Ramacandra, Kesawa, Rama, Narayanna, Kresna, Damodara, Wasudewa, Hari, Sridhara, Madhawa, yang tercinta bagi Gopika, yang menemani Janaki.

2. Aku mempersembah kebaktian kepada Sri Kesawa, yang tiada dosa satu apa pun (Acyutam), yang menemani Satya Bhama, Madhawa, Sridhara, yang dirindui oleh Radhika, yang merupakan pura bagi Laksmi (Indira), yang ayu kerna pemikirannya, yang tercinta bagi Dewaki, dan yang dicintai kita semua.

3. Sembah hormatku untuk Wisnu, yang jaya atas sesiapa pun, yang memegang sangkakala dan cakra, yang tercinta kepada Rukmini, yang menemani Janaki, yang tercinta kepada gadis pengembala lembu, yang dipersembahkan (dalam pengorbanan), Jiwa Tertinggi yang memusnahkan Kamsa, dan yang meniup seruling.

4. Wahai Kresna! Wahai Gowinda! Wahai Rama! Wahai Narayana, yang merupakan peneman Laksmi! Wahai Wasudewa, yang mencapai khazanah Laksmi! Wahai Acyuta, yang tidak dapat diukur dengan ukuran! Wahai Madhawa, wahai Adhoksaja, yang mengepalai Dwaraka, dan yang melindungi Draupadi!

5. Moga Raghawa, yang terganggu dengan amalan tak bertuhan para setan, yang menghiasi Sita, yang menjadi penyebab hutan Dandaka disucikan, yang diikuti oleh Laksmana, yang dilayani oleh para wanara, yang dihormati oleh Resi Agastiya - Begawan lindungilah aku!

6. Moga sang bayi, Gopala (Kresna) yang tidak disukai Dhenukasura dan Arishtasura, yang memusnahkan Kesi, yang membunuh Kamsa, yang meniup seruling dan yang murka kepada Putana, lindungi aku selalu!

7. Aku menyanyikan pujian Acyuta, yang dihiasi oleh halilintar bagaikan busana kuning bersinar, yang tubuhnya itu gilang gemilang bagaikan awan pada musim hujan, yang dihiasi oleh bunga malai dari bunga tumbuh meliar di dadanya, yang kakinya itu berwarna merah tembaga dan yang mata-Nya bak teratai.

8. Aku menyanyikan pujian dari Syama itu, yang mukanya itu dihiasi oleh rumba rambut berlingkar, yang ratna manikam di dahinya, yang bersinar subang di pipi-pipi Nya, yang dihiasi bunga malai Keyurah, yang gemilang gelang tangan-Nya, dan yang bergemerincing gelang kakinya.

Ahad, 9 September 2012

Selamat Menyambut Krishna Janmasthami

Mukunda Krishna dalam filem Tamil berjudul Dasawataram: 10 Jelmaan Dewa Vishnu Narayan 

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Krishna Janmasthami kepada para penganut Hindu aliran Vaishnava di seluruh dunia tidak mengira sebarang jati keturunannya.

Pejaka di Udupi merupakan tempat kelahiran Sri Mathawacharya. Murti Sri Krishna Bhagawan yang diletakkan oleh beliau juga berada di Udupi. Udupi dikenali lah sebagai "bandar kuil-kuil" kerana mempunyai banyak kuil-kuil purba. Kuil-kuil purba di Udupi ini masih meneruskan perayaan mengingati kelahiran Sri Krishna secara besar-besaran sampai hari ini. Kehadiran Yang Berhormat Sri Vishwavallabha Tirtha Swamiji dari Sodhe Matham yang merupakan antara matham yang didirikan oleh Sri Mathawacharya menambahkan lagi seri majlis puja Sri Krishna.

Janmasthami tahun ini disambut dalam dua hari berbeza kerana ada penganut yang menggunakan penanggalan Adhika. Manakala yang menggunakan penanggalan Surya menyambut perayaan ini sejak kelmarin.