Tanpa mempersia masa, mari kita persembah petikan dari Bhagavadgitam 2.47 ini....
कर्मण्ये वाधिकारस्ते म फलेषु कदाचना कर्मफलेह्तुर भुरमा ते संगोस्त्वकर्मानी॥
Pengertian ringkasnya.... "Seseorang itu berhak menjalankan tugasannya itu tetapi bukan dengan niat mendapatkan pahala demi tindakan itu, jangan engkau perbuat diri engkau itu sebagai kesan tindakan engkau itu kerana engkau nanti terputus dari tanggungjawab engkau".
Potongan petikan Gitam ini sendiri pun sudah menyimpulkan cerminan kevicaksanaan diviyam mengenai Karma Yoga. Perundangan Karma ini terbit dari buah pikiran drishti "Hukum Penyebab dan Kesan" yang mengertikan bahawa setiap sesuatu yang terjadi kerana penyebab itu pasti meninggalkan kesan. Setiap perbuatan manusia itu pastinya didorong oleh dua punca pendorong psikologi iaitu ketakutan dan nafsu. Namun, kedua-dua keadaan itu, niat bagi kerja itu semata-matanya berdasarkan kepada pahala karma (buah tindakan).
Ketakutan itu maya. Kerana ia menghilang sebaik kita menghadapinya. Nafsu itu pula cuma idaman terhadap benda-benda yang tidak kita punyai dalam kehidupan ini atau terhadap benda-benda yang sedikit adanya. Jadi, kenapa kita merasai ketakutan semasa membuat kerja?? Jawabnya itu, kerana kita lebih mementingkan pahala karma berbanding dengan melaksanakan karma. Seluruh drishti dan juga perkaitan ciri benar bagi membuat karma itu adalah, perlunya kerja amalan itu diperbuat sepenuh hati dan datang dari jiwa dalaman kita. Bahasa Arabnya itu, ikhlas. Lebih banyak ketakutan dan idaman tuan-tuan semasa melaksanakan karma kebajikan, lebih banyak tumpuan dan perhatian tuan-tuan disia-siakan. Tujuan karma kebajikan pun kabur-kabur.
Tujuan dilaksanakan kerja-kerja itu sepatutnya dengan niat untuk kerja itu sahaja tak pedulilah kesannya itu apa pun. Seseorang itu mesti menghapuskan kesedaran bahawa dia yang menjalankan kerja itu kerana ia adalah maya terbesar sekali!! Hanya Sang Hyang Tunggal sajalah Pembuat semua perkara, Yang Maha Melaksanakan segala kerja. Contohnya, kita membuat sebutir puding beras yang cantik, tetapi adakah kita yang menjadikan haba dan api yang menghasilkan puding sebutir itu? Kita kah yang menjadikan biji beras serta lembu-lembu yang murah hati yang memberikan susu?
Kita tidak pernah menjadikan sesuatu perkara pun! Kita cuma mengubahsuai perkara-perkara sekitar kita untuk kebaikan kita. Jadi, dengan cara halusnya, segala penyebab kejadian dan kerja itu cumalah Tuhan. Dia jugalah Saksi kepada kesan itu sendiri. Kita ini cuma lelakon dengan peranan kecil-kecil dalam sutradara diviyam Nya. Selalulah ingat bahaw adiri kita ini cuma wahana pembuat karya, kerana jika Tuhan itu penyeba, Dia jugalah yang memberi kesan. Keputusan itu tidak sepatutnya menjadi punca pendorong kerana jika keputusan dalam pemikiran kita itu merubah keputusan, maka karma kerja pun akan berubah.
Seseorang itu tak boleh menghalang karma ketika sedang hidup di loka ini. Kerana loka ini berdasarkan karma, Karma Bhumi. Walaupun seorang yogi itu tak berbuat apa pun, dia masih perlu makan. Mencari makan itu karma sebagai keperluan asasi manusia. Begawan Kresna lalu mengajari kita dengan drishti tertinggi ini dan memberi panduan amalan itu dengan pernyataan bahawa seseorang itu patutlah cuma beramal tetapi keputusannya itu serahkan kepada Tuhan yang hadir dalam diri setiap makhluk.
Terdapat dua cara untuk melaksanakan karma.........
- Membakar karma kita dengan pengetahuan bahawa loka ini cuma maya. Kita ini cuma menyaksikan gelombang ombak besar di lautan minda serta menghalangnya dengan "jalan berani" iaitu kita menyedari bahawa setiap penyebab itu ada kesan.Kesan itu akan terhenti suatu hari nanti dan karma itu pun bukan selamanya. Karma mempunyai penghujung. Suka duka pun sementara saja.
- Walaupun kita tahu karma ini mempunyai kesan, namun kita masih berkarma cuma tanpa memikirkan mengenai pahala tindakan saja. Perkara ini terangkum dalam pepatah Melayu lama, "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!" Perbuatan kebajikan itu usah dipikirkan pahala ganjarannya. Sudah terlanjur itu pintalah ampun dengan kruchram semua, tetapi usah dipikir apa sudah diampun apa tidak. Buat saja, usah terhalang.
Beginilah caranya melaksanakan karma. Kerangka minda ini yang membebaskan kita dari karma. Begawan Kresna membebaskan Arjuna dari ikatan karma itu serta memberi buah pikiran kepadanya supaya menurut dharma kshatriya dalam Mahabharata Yuddha. Makanya, ia pun menjadi ringkasan pengetahuan mengenai hukum karma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan