Pic: esotericonline.net
Jotisyam atau menilik bintang di Babilon dan begitu jua di Assyria sebagai pecahan kecil dari budaya Babilon mempunyai kedudukan yang resmi dalam agama penduduk di Mesopotamia dan Sumeria. Mereka mempunyai dua pedanda negara yang salah seorangnya itu bergelar bare (pemeriksa) yang memeriksa kehendak dan tujuan deva-deva atau makhluk lain menerusi hati binatang yang terlibat dalam upacara yajña mereka.
Terbitan Mulanya
Jotisyam berkembang pertama kalinya secara tersusun di Babilon sekitar kurun ke-2 SM. Terdapat juga spekulasi bahawa jotisyam beberapa bentuknya itu muncul juga dalam samaya orang Sumeria dalam kurun ke-3 SM, namun rujukan terasing bagi bentuk petanda kayangan purba untuknya itu masih dianggap tidak mencukupi bagi menjadi bukti untuk menunjukkan teori untuk jotisyam terjalin.
Itihasa pengkajian vidya tilik bintang umumnya dilaporkan bermula dengan sastra Babilon Lama (1800 SM), diikuti dengan pengumpulan kajian sampai samaya Babilon Pertengahan dan Assyria Pertengahan (1200 SM). Menjelang kurun ke-16 SM, penggunaan petanda dengan menurut jotisham boleh dilihat berlaku secara besar-besaran dalam himpunan karya rujukan berjudul, Enuma Anu Enlil. Karya ini mempunyai 70 papan batu tulisan cuneiform, mengandungi 7000 petanda-petanda kayangan. Sastera ketika itu juga turut merujuk kepada tradisi lisan - terbitan dan isi yang cuma boleh dispekulasikan.
Ketika ini, jotisham Babilon biasa-biasa saja. Sebelum kurun ke-7 SM pun, pengamal jotisham Babilon memahami astronomi secara kasar saja. Disebabkan ketidakmampuan mereka untuk meramal fenomena yang akan terjadi di kayangan (angkasa lepas) serta kurang jelas dengan pergerakan graham (planet), maka mereka membuat tafsiran-tafsiran sebelum berlaku sesuatu fenomena.
Menjelang kurun ke-4 M, kaedah-kaedah matematik mereka sudah cukup maju untuk pengiraan kedudukan planet dan pergerakannya dengan ketepatan munasabah, yang di titik itu, jadual pergerakan bintang yang lengkap pun muncul.
Dasar Tilikan
Itihasa jotisham di Babilon menunjukkan perkembangan pengetahuan astronomi dalam konteks tilikan masa depan. Sejumlah 32 model hati bertitik tulisan, dari tahun 1875 SM, merupakan sastra terperinci orang Babilon berkenaan menilik dan ia menunjukkan format penafsiran yang serupa dengan format penelitian petanda kayangan.
Parut dan tanda di hati binatang yang terlibat dalam yajna itu ditafsirkan sebagai pertanda atau pesanan dari deva-deva kepada raja. Deva-deva turut dipercayai menjelmakan diri mereka di rupa-rupa kayangan atau di bintang-bintang yang berkaitan. Takdir buruk yang berkaitan dengan sebarang planet itu dilihat sebagai petunjuk kepada ketidakpuasan hati atau gangguan yang melibatkan deva penunggu planet itu.
Petunjuk aras ditemui dengan perubaan-percubaan untuk menenangkan sang deva serta mencari jalan untuk mengetahui ungkapan sang deva itu tanpa memberi cedera kepada raja dan wangsanya sekelian. Laporan kaji bintang untuk raja Esarhaddon berkenaan dengan gerhana bulan Jan 673 SM menunjukkan penggunaan upacara dengan bahan-bahan ganti untuk raja atau peristiwa yang digabungkan dengan kepercayaan penuh terhadap kesaktian dan petunjuk sekeliling serta pandangan bahawa setiap peristiwa perjalanan bintang itu mesti mempunyai perhubungan dengan loka semulajadi....
Pada permulaan tahun, air bah nanti akan membadai pembendung empangan sampai pecah. Bila bulan gerhana, sang raja, tuanku mesti menulis surat untuk ku. Sebagai gantian awak untuk baginda raja, akanku potong menerusi pembendung, di sini di Babilon, di tengah-tengah malam. Tiada sesiapa pun tahu mengenainya - (Simpanan Rekod-Rekod Assyria 8 250).
Ulla Koch-Westenholz (1995), menulis bukunya, Tilik Bintang Mesopotamia, membincangkan bahawa gabungan drishti ketuhanan dengan pandangan semesta jentera ini menirvacanakan konsep untung rugi kayangan yang memberi kesan kepada pergerakan loka semesta, walaupun bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kesaktian, tetap bebas dari kesan-kesan daripada hukuman yang ditujukan kepada sasaran untuk tujuan membalas dendam. Keadaan sedikit sebanyak berkongsi ciri-ciri nirvacana kepercayaan orang Babilon ini dengan sains moden. Dari segi objektif dan bebas nilai, ia bergerak menurut peraturan yang memang diketahui, dan datanya dianggap sahih sejagat serta boleh dilihat tertulis dalam bentuk jadual tersusun.
Koch-Westenholz juga memberi perbedaan penting antara tilik bintang Babilon purba dengan disiplin tilikan lain dengan tilikan Babilon purba itu sebenarnya biasa saja, berpandukan muka bumi, dan berubah-ubah mengikut negara-kota. Ia lebih menjurus kepada kepentingan negara serta kedudukan baginda raja sebagai ketua pemerintah negara.
Bintang dan Deva Penunggu
Seperti jotisham Hindu, mereka di Babilon pun mempunyai rupakara graham. Mereka cuma ada lima saja iaitu Jupiter, Venus, Saturn, Merkuri dan Marikh. Susunan ini tersebut dalam prasasti pahatan tanah liat mereka. Dalam sastera terkemudian, kedudukan Merkuri dan Saturn berubah pula. Bintang-bintang ini dikenalpasti dengan penunggu-penunggu menurut nama Babilon....

- Marduk, Jupiter.
- Ishtar Devi, Venus.
- Ninurta (Ninib), Saturn.
- Nabu (Nebo), Merkuri.
- Nergal, Marikh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan