Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 25 Mac 2014

Panduan Chakra: Membuka Kunci Tenaga Semulajadi

Om Svastiastu!


 

Kepala

Sahasra Chakra (Mahkota)
  • Kalenjar Pineal.
  • Unsur ruang jagat. 
  • Kesepaduan dengan lapangan kerohanian (ketuhanan).
  • Disifatkan dengan wahyu ketuhanan dan pencerahan jiwa.
  • Kecederaan dan kesakitan di otak disembuhkan.
  • Bayangkan secara sementara bebola matahari besar untuk rawatan.
  • Berbisik sebut Om. 
Ajña Chakra (Trityanetra)
  • Kalenjar Pituitari.
  • Unsur ruang angkasa.
  • Deria gerak hati.
  • Disifatkan oleh intelek, pengetahuan, kata hati, dan kuasa jiwa.
  • Penyembuhan penyakit seperti rupakara urat saraf tunjang, peredaran darah, dan tekanan darah.
  • Bayangkan bulatan biru langit.
  • Berbisik sebut Ham Ksham.
Visuddhi Chakra (Tekak)
  • Kalenjar Tiroid.
  • Unsur langit berzarah.
  • Sifat-sifat seperti kesenian, kreatif dan kemahiran berkomunikasi.
  • Penyembuhan penyakit di anggota pertuturan, leher dan tekak.
Tubuh Atas

Anahata Chakra (Hati)
  • Kalenjar Thymus.
  • Unsur udara.
  • Deria sentuhan.
  • Sifat belas kasihan, kesepaduan bakat, dan kehadiran penyembuhan.
  • Penyembuhan bagi aliran darah, semput, pernafasan.
  • Bayangkan bintang warna hijau pokok pisang.
  • Berbisik Yam.
Manipūrha Chakra (Solar Plexus)
  • Pankreas.
  • Unsur api.
  • Deria penglihatan.
  • Sifat, perkembangan peribadi.
  • Penyembuhan sakit di hati, mata, batu karang, penghadaman dan pankreas.
  • Bayangkan segitiga merah.
  • Berbisik Ram.
Svadishtana Chakra (Prokreatif)
  • Adrenal.
  • Unsur air.
  • Deria rasa.
  • Sifat seperti seksualiti dan emosi.
  • Penyembuhan peredaran darah, penghadaman, pundi kencing dan buah pinggang.
  • Bayangkan bulan sabit putih perak.
  • Bisik Vam!
Tubuh Bawah

Muladhara Chakra (Dasar)
  • Kalenjar penghasilan zuriat (gonad)
  • Unsur kejadian, tanah.
  • Deria bau.
  • Sifat berkaitan dengan nafsu membiak kuat, kesuburan, dan memenuhi naluri terus hidup.
  • Penyakit di anggota pembiakan, buasir (hemoroid), dan tekanan darah.
  • Bayang empat persegi keemasan.
  • Baca Lam.

Isnin, 13 Januari 2014

Tapa


Tapa merupakan satu-satunya jalan mencapai keselamatan iaitu Moksa. Tapa membunuh segala penyakit, penderitaan dan tiga jenis tapas (haba) dan lima klesa (racun pembawa kesedihan). Tapa memberi gambaran kepada kesatuan. Tapa menghasilkan deria mengenai yang satu. Tapa ini merupakan wahana yang membantu yang menerima limpahan itu naik tinggi dalam alam karunia abadi dan mencapai ketenangan tak putus-putus. Ia merupakan tangga rahasia yang menghubungan bumi dengan kayangan dan membawa mereka yang dilimpahi itu ke kediaman tiada pernah mati Brahman.

Tapa itu merupakan aliran malar pemikiran seseorang tentang Tuhan (Atman), seperti aliran berterusan minyak dari satu bekas dituang ke bekas lain (tailadharavat). Tapa timbul selepas semadhi.

Amalan tapa pada awal pagi dari jam 04:00 sampai ke jam 06:00 waktu Brahma Muhutam itu merupakan latihan terbaik bagi pertapaan.

Duduk dalam padma atau siddha atau suddha asana. Pastikan kedudukan kepala, leher dan badan lurus dan tumpukan sama ada pada trikuti, ruangan pada antara tengah mata atau pada hati dengan mata ditutup. 

Tapa ada dua jenis pula.....
  • Saguna Dhyana iaitu tapa bahan kenampakan.
  • Nirguna Dhyana iaitu tapa bahan yang pada akal dan hati.
Dalam Saguna Dhyana, pelajar yoga akan bertapa dengan rupa Begawan Kresna, Sri Rama, Sita Dewi, Betara Wisnu, Betara Guru, Gayatri atau Dewi. Dalam Nirguna Dhyana, pelajar yoga akan bertapa dengan Jiwa dan juga dengan Atman.

Contoh  Bertapa

Saguna Dhyana

Letak gambar Sri Hari dengan empat tangan depan engkau. Pandang saja ke gambar itu selama lima minit dan kemudian tutup mata dan bayangkan gambar itu. Semasa membayangkan itu, gerakkan minda ke pelbagai bahagian Betara Wisnu. Lihat dengan akal anda, kakinya dulu, kemudian ikut turutan betis ketingnya, busana kuningnya, rantai leher emasnya dengan permata Kaustubha di dadanya, subang, Makaakundala, kemudian muka, kemudian mahkota kepalanya, kemudian cakra di tangan kanan atasnya, kemudian sangkakala di tangan atas kirinya, kemudian gada di tangan kanan bawahnya, kemudian teratai di tangan kiri bawahnya. Kemudian lihat dengan akal kakinya semula ulangi perkara ini ikut urutan berulang-ulang. Akhirnya, tumpukan minda pada kaki atau muka tokoh. Ulangi mantra, Hari Om atau Om Namo Narayana dalam hati. Pikir mengenai ciri-ciri Nya sebagai Maha Kuasa, Di Semua Tempat, Suci, Murni....  

Nirguna Dhyana

Tapa pada Om dan pengertiannya dengan perasaan. Ulangi Om dalam hati. Kenalpasti jiwa engkau dengan Atman. Rasai lah, "Aku lah Jiwa tak pernah mati menembusi segala, Atman. Aku lah Sat-Chit-Ananda, Brahman. Aku Sakshi saksi senyap tiga tahap dan segala perubahan pikiran. Aku kesedaran murni. Aku ini berbeda daripada tubuh, akal dan prana serta deria. Aku ini jiwa bercahaya, cahaya dari cahaya. Aku ini abadi, Paramatman".  

Jika kau suka, bahagia, sabar, tahap pikiran tiada kusut, suara merdu, tumpuan satu akal, tubuh ringan, tiada takut, tiada kehendak, menyampah dengan benda duniawi, pikirkanlah bahawa kau mendekati laluan kerohanian dan bahawasanya engkau mendekati-Nya.

Wahai Prem! Ada satu tempat yang kau tak akan denga suara mau pun bunyi atau melihat sebarang warna. Tempat itu adalah Param Dham atau Padam Anamayam (tempat duduk tiada sakit). Ini adalah alam ketenangan dan karunia. Tiada kesedaran tubuh di sini. Di sini, minda direhatkan. Segala kehendak dan nafsu semua tercair sudah. Indriyas diam sahaja di sini. Akal pun tak bergerak lagi. Tak ada sebarang pergaduhan mahu pun pertelingkahan bertengkar di sini. Adakah kau akan mencari kediaman sunyi ini menerusi sunyi menyepi? Ketenangan begitu adalah tertinggi di sini. Para resi lampau mencapai tempat ini dengan hanya mencairkan mindanya dalam sepi. Brahman bersinar dalam sinaran gemilang. 

Lupakan tubuh, lupakan sekeliling. Lupakan Sadhana tertinggi. Ia membantu tapa dengan sebanyaknya. Ia membuatkan kau mendekati Tuhan lebih mudah. Dengan mengingati-Nya, kau lupa segalanya. Rasailah kesedaran rohani dengan mengeluarkan dari minda anda bahan-bahan yang menyebabkan deria bergerak naik turun dan pasakkannya pada tapak kaki begawan, yang bersinar cemerlang dalam hati engkau. Bergabunglah dengan mengamalkan tapa brata. Masuk lagi ke dalam dan berenang dengan bebas dalam lautan Sat-Chit-Ananda. Timbul dalam sungai diviyam kesukaan. Berpijak atas sumbernya. Berjalanlah menuju ke kepala air mata air kesedaran diviyam dan minumlah amrit. Rasailah pelukan diviyam dan nikmatilah kebahagian diviyam. Aku akan tinggalkan kau di sini. Kau capailah tahap keabadian dan tiada takut lagi. Wahai Prem! Jangan takut. Bersinarlah engkau. Cahaya kau sedang terbit.  

Berlatihlah selalu tapa yang tersusun dengan masa yang sama setiap hari. Kau akan mendapat angin nak bertapa itu tanpa perlu dipaksa-paksa lagi. Semakin lama kau bertapa semakin kau mempunyai kehidupan pula dalam jiwa dalaman engkau manakala minda dan Indriyas pun tak masuk campur lagi. Kau akan dekat lah dengan Atman, yang menjadi punca. Kau akan menikmati gelombang ombak karunia dan ketenangan. Segala bahan deria tak akan menarik perhatian kau lagi mulai kini. Loka akan kenampakan kepada engkau seperti mimpi yang panjang. Jnana akan mula terbit dalam diri engkau sepanjang masa, tapa dalam.

Kau akan disinari sepenuhnya. Tirai kejahilan akan terjatuh. Turun naik perasaan akan hilang. Tubuh buah pikiran pun akan hilang. Kau akan sedar pengertian Mahakavyam, "Tat Tvam Asi". Segala beda, perbedaan, ciri-ciri menghilang. Kau cuma akan nampak segalanya di mana-mana menjadi tak terbatas, tak bersempadan, Atman. Penuh karunia, cahaya dan pengetahuan. Yang ini sangatlah jarang dirasai. Jangan kau ketar ketakutan seperti terjadi kepada Sang Arjuna. Berani lah. Kau tak akan keseorangan. Tak ada sesuatu pun untuk dilihat atau didengari sekarang. Tak ada sebarang deria. Hanyalah kesedaran murni sahaja.  

Kau lah Atman, wahai Prem (Cinta). Kau itu jisim yang tidak terhapus. Hapuskanlah Moha bagi tubuh kotor ini. Janganlah sebut di masa depan, "tubuhku". Sebut, "alat ini..." Matahari terbitlah sekarang. Ia sedang timbul dengan sinar-sinar yang menyebar. Kini duduklah bertapa. Sekali lagi menjunamlah dalam Atmika Triveni suci. Kumpulkan semua cahaya dalam minda dan menyelam dalam kedalaman sepi dalam kerehatan hati. Lepaskanlah segala takut, risau, peduli, bimbang dan runsing. Rehatlah dalam lautan sepi. Nikmatilah ketenangan abadi. Kejiwaan lama engkau sudah hilang kini. Segala keterbatasan pun hilang. Jika hawa nafsu dan keinginan lama cuba masuk campur, hempuklah sampai hancur ia dengan Viveka dan pedang Vairagyam.   

Ingati senantiasa dua benda ini dengan engkau untuk beberapa lama sampai engkau mencapai Brahmistithi (kukuh dalam Atman)....... Om itu Sat-Chit-Ananda. Om itu abadi, selamanya.

Nyanyikanlah Om. Rasai Om. Baca lah Om. Hiduplah dalam Om. Tapa dengan Om. Ngaumlah Om Om Om... Dengari Om... Rasai Om... Lihat Om... Makan Om... Minum Om... Om itu Nama-Mu! Moga Om memandu kamu!

Om.... Śanti... Śanti... Om!!!

Pemakanan: Musim Sejuk


Pahami Musim Sejuk dan Keperluan Tubuh

Musim sejuk di India selalunya mempunyai reputasi yang buruk. Terkenal sebagai musim selesema, musim demam dan musim penyakit berkaitan salur pernafasan yang berjangkit. Samalah di Asia Tenggara pun musim hujan atau musim air bah merupakan musim yang melibatkan penyakit-penyakit seperti demam, selesema, sakit mata, dan sebagainya.

Menurut kepada Maharesi Ayurveda, musim sejuk merupakan raja segala musim! Musim sejuklah musim yang bagus bagi kita mempertingkat ketahanan tubuh. Jika anda tahu keperluan tubuh maka musim sejuk itu bukanlah sesuatu musim yang melemahkan.

Dalam sabdavali Ayuveda, ketahanan tubuh melawan penyakit ini berkaitanlah dengan penghadaman. Apabila penghadaman makanan itu kuat maka selera makan pun baik dan ketahanan tubuh pun kuat. Perkara yang melemahkan penghadaman maka ia pun melemahkan ketahanan tubuh. Ringkas saja... Di samping pemakanan dan gaya hidup, tedapat lagi punca lain yang boleh menggalakkan ketahanan tubuh itu. Antaranya adalah umur kau, ciri-ciri keturunan yang kau warisi, serta musim. Adalah tidak mustahil pun untuk kau kembangkan ketahanan tubuh dalam menghadapi jatuh naik dalam kehidupan serta kekal kukuh tidak tumbang cepat.

Musim sejuk sebenarnya adalah musim yang mana alam semulajadi sedang bersedia untuk menjaga kita. Tahap penghadaman kita sebenarnya berada di tahap tertinggi pada musim sejuk. Kita akan terasa lapar pada musim sejuk dan penghadaman kita akan bergerak cepat menghancurkan makanan sekaligus memudahkan penyerapan makanan ke bahagian-bahagian tubuh.

Atas sebab ini, penting sekali orang ramai mengambil makanan yang meningkatkan ketahanan tubuh! Jadi, cubalah selak-selak rutin pemakanan menurut cara Ayuveda juga. Jadi, gaya pemakanan begini diwajibkan amalannya semasa musim sejuk. Musim sejuk ini kenalah banyakkan berehat dan makan dengan betul. Musim lain pula kita harus lebih banyak memurnikan tubuh. Musim sejuk adalah musim membina rupakara dan menyediakan bekal buat tubuh seperti rambut, kulit dan kuku. Sangat bagus juga mengambil rasayana dan barangan berasaskan rempah kerana bahan-bahan ini akan diserap tubuh dengan lebih cepat pada musim sejuk.

Sabtu, 4 Januari 2014

Urut Abhyanga


Untuk mengurut ini, anda tak perlu tunggu orang untuk buatkannya untuk anda. Cuba buat urutan sendiri juga. Urutan minyak atau Snanam minyak ini memperbaiki lagi peredaran darah dan membetulkan perjalanan rupakara tubuh, membuang toksin dan menenangkan minda. Selanjutnya membantu anda tidur nyenyak dan merehatkan tubuh.

Urutan tubuh sendiri juga melembapkan dan meratakan semua tisu dan saluran tubuh selain menambahbaikkan lagi ketelusan tubuh dalam menahan penyakit dari menyerang. Urutan minyak ini mestilah dibuat dengan minyak panas bagi meningkatkan lagi penyerapan minyak ke kulit dan memberi kesan terapi. Ia juga menghalang terjadinya kesesakan dalam saluran darah.

Perkara penting harus diingat, janganlah berurut semasa demam panas, menghadapi masalah ketidakhadaman, cirit-birit, batuk atau demam kura atau semasa kenyang.

Panaskanlah 1/2 cawan minyak dengan meletakkan botol minyak anda dalam secawan air yang mengandungi air mengelegak dan ia bolehlah digunakan untuk mengurut tubuh seluruhnya.

Kaki dan Betis
  • Urut kaki termasuklah tapak kaki, dan sendi-sendi pada jari kaki dengan urutan putaran kecil.
  • Dengan gerakan kedutan tangan kerjakan pula sendi buku lali dan lutut.
  • Urut dengan urutan panjang dari buku lali ke lutut, kemudian dari kaki atas ke paha.
Belakang dan Paha
  • Bermula dengan tulang cenonot (hujung punggung), urut sampai ke bahagian dasar tulang belakang, keluar merentasi pipi punggung sebelah atas dan bawah punggung.
  • Urut sampai ke atas tulang belakang dan keluar belakang dengan urutan meluas dan cuba capai bahagian mana yang mampu dicapai urutan.
Abdomen dan Dada
  • Sapukan minyak di abdomen dengan sentuhan lembut membulat. Mulakan di pusat dalam putaran mengikut arah jam dan perlahan-lahan besarkan bulatan uratan anda.
  • Urut seluruh tengah pangkal dada dan keluar merentasi dada, bahagian rusuk keduanya, dan tulang rawan. Wanita bolehlah habiskan urutan dengan memperlahankan gerakan di sekitar payudara sendiri.
Tangan
  • Urut tangan dan lengan dengan cara seperti urutan kaki tadi.
  • Beri perhatian kepada sendi-sendi.
Kepala
  • Tuanglah 2-3 sudu besar minyak panas atas mahkota (tengah kepada) dan urut secara keluar dengan mencengkam kulit kepala.
  • Perhatian mestilah diberikan kepada bahagian tepi mata kiri dan kanan, bahagian belakang telinga dan tengkorak dasar dekat tengkok itu.
  • Urut telinga dari atas, sekeliling bingkai telinga sampai ke cuping.
Kemudian selepas selesai segala urutan, rehatlah di tempat yang panas dan lembap selama 5-10 minit sebelum mandi air panas. Jangan mandi dalam air sejuk selepas berurut.

Cara hendak buat minyak sendiri nanti kita lihat satu persatu.... Amalkan gaya hidup sihat....

Isnin, 30 Disember 2013

Pesanan Siddha buat Kehidupan Sihat


Sains Siddha ini berasal dari terbitnya tamadun awal itu sendiri. Orang tamadun awal menyukai dan memuja alam semulajadi seperti matahari, bulan, binatang, cahaya, hujan, angin, api, air, bumi dan angkasa yang mengelilingi mereka. 

Mereka hidup dengan harmoninya dengan alam semulajadi dan sangat-sangat berminat memerhatikan perubahan yang terjadi dan berlaku sekeliling mereka. Alam semulajadi turut memberi mereka segala keperluan bagi hidup bahagia, suka dan sihat. Kini, disebabkan kehidupan yang serba nak cepat, kita benar-benar kehilangan keajaiban alam semulajadi dan mulalah berjalan di bumi ini dengan penyakit-penyakit menyerang pemikiran dan tubuh. Kita tentunya memerlukan gaya kehidupan yang giat dan sihat seperti yang diajari oleh nenek moyang bagi kehidupan sihat. 

Nohi Anugavidhi Wolukkam

Sastera Siddha, Patharthaguna Cintamani, diberikanlah arahan-arahan yang berbentuk seloka-seloka bahasa Tamil bagi kehidupan yang dikarunia kesihatan. Digelarlah ia Nohi Anugavidhi Wolukkam. Ertinya itu, Pesanan pencegahan menurut susila dalam sastera ini. Di sini kita petiklah beberapa bahagian penting buat renungan dan amalan bersama. Setengah perkara tersebutkan itu kelihatan sukarlah hendak diamalkan di masa kini. Namun, usaha tiada kenal jemu, membolehkanlah kita mencapai kehidupan lebih sihat.

Janganlah kita menyimpan kencing dan berak. Tabiat membuang air kecil dan air besar setiap hari mestilah dibiasakan setiap pagi. Keadaan ini buat menjadikan rupakara saluran kencing dan saluran berak kau itu bersih. 

Menurut para Siddha, pengamalan hubungan jenis itu mestilah dilakukan dengan menurut masa-masa yang betul.

Susu mentega mestilah kau cairkan dengan air dan minyak sapi mestilah diambil dalam bentuk cecair selepas dipanaskan. Dengan menurut cara-cara mudah ini maka dapatlah ia membantu kau menghapuskan penyakit. Cara ini serta yang berikutnya akan membantu kita mengelakkan baginda Yama Dharmaraja.

Dinasihatkan supaya kau minum susu setiap hari. Susu sangatlah penting bagi memenuhi keperluan tubuh kau. Snanam minyak mestilah dilakukan dalam air panas sahaja. Tidur dan berhubungan jenis pada siang hari sangatlah tidak digalakkan kepada hamba rakyat oleh para Siddha. Carilah bini yang lebih muda daripada engkau untuk hubungan jenis yang baik. 

Pendedahan kepada matahari pagi hari tidaklah dinasihatkan tapi kau dinasihatkan mendedahkan diri pada matahari petang hari. Cahaya matahari petang itu baguslah buat tubuh kau. Kencing dan berak jangan kau tahan-tahan tapi mesti kau selesaikan kalau terasa. Air prit kau pun mestilah dipelihara dan hanya dilepaskan keluar hanya dengan persetujuan sahaja. Tangan kiri lipat dan letakkan bawah kepala masa kau tidur. 

Jangan makan benda-benda penyebab cirit-birit. Serpihan susu apabila dimakan campur sama air pun bagus buat kesihatan. Bahan dimasak hari sebelumnya walaupun sama tara dengan amertham mesti kau elakkan tak mau ambil! Walaupun kau dapat amertham, jangan kau makan kecuali bila kau terasa lapar sahaja. Maka, bagi sesiapa yang hidup sepada-padanya maka dia jayalah pada kematian menerusi baginda, Yama.

Makan tiga kali sehari tidaklah bagus, hanya makan dua kali sehari saja bagus buat kesihatan. Jangan tidur siang hari. Tapi dinasihatkan tidur malam hari sahaja! Teori Siddha menyatakan bahawa masa terbaik untuk hubungan jenis dengan bini kau adalah sekali sebulan. Makan bersulam air tidak dibenarkan. Minum cuma selepas selesai makan.

Kecuali Karunai Kilangu (Typhonium Trilobatum), makanan-makanan berubi dalam tanah lain jangan kau makan. Pisang muda itu dinasihatkan kau makan, jangan makan pisang masak ranum. Selepas makan itu, jalan sedikit. Orang ramai yang hidup cara begini tidak akan lah disentuh mudah-mudah oleh baginda Yama.

Ubat buat terbit muntah ambil sekali setiap enam nya bulan. Tindakan memaksa keluar sisa-sisa perut patut dilakukan sekali dalam empat bulan, contohnya ambil julap. Titisan hidung seperti tercatat dalam sastera patut diberi setiap 45 hari. Semua tindakan ini adalah bagi menyeimbangkan Vatha, Pitha dan Kapha dalam tubuh kau. Bercukur boleh kau perbuat sekali seminggu.

Snanam minyak berurut mestilah kau perbuat sekali selang empat hari. Dapatkan titisan mata sekali dalam tiga hari bagi membantu mengelakkan sakit mata dan untuk penglihatan yang baik. Jangan kau hidu bauan bunga atau minyak wangi semasa tengah malam kerana tak baik buat kesihatan.   

Pesanan Siddha ini termasuklah mengelakkan bau yang timbul dari wanita semasa dia datang bulan, jangan pergi dekat dengan kambing biri-biri dan juga keldai. Pada malam hari, jangan terkena bayang orang yang pegang lampu, bayang pokok yang terkena lampu. 

Hubungan jenis jangan berlaku semasa perut kau kenyang. Semasa matahari terbenam, jangan kau tidur, makan, kencing, buang air besar, berhubungan jenis dan jangan pakai pakaian kotor. Pada petang setiap hari, kau mesti sembah seekor lembu dengan anaknya, devata, nenek moyang dan guru kau. Hati-hati jangan kau duduk dekat dengan tempat yang air menitis dari rambut dan kuku. Jangan biar tubuh kau terkena air ini semua. Sesiapa yang patuh menurut pesanan ini semua akan selamatlah dari mulut kematian semulajadi.

Menerusi pesanan ini semualah, orang samaya dulu-dulu hidup aman sentosa selari dengan alam semulajadi dan jarang kena penyakit. Kita pun dinasiatkan hidup dengan aturan yang sama, mesra alam, tenang-tenang. Memang sukar hendak mengamalkan segala amalan ini hari ini disebabkan oleh gaya hidup sudah berbeda. Nenek moyang kita mampu menjalankan semua pesanan ini kerana mereka cuma hidup dalam alam semulajadi. Mereka sayang alam semulajadi, mencintai, memuja dan melindunginya sepenuh hati. Jadi, cubalah kita hidup dengan seiring bersama alam semulajadi semoga penyakit tidak mudah-mudah hinggap. 

Selasa, 5 November 2013

Pranayama - Kepentingan Bernafas Ikut Hidung


Peraturan pertama bagi pernafasan betul itu adalah kita mesti bernafas menerusi hidung! Nampak jelas sekali tentang keadaan ini namun masih ramai juga orang bernafas pakai mulut.

Pernafasan dari mulut boleh memberi kesan kepada perkembangan kalenjar tiroid seseorang dan merencatkan perkembangan mental kanak-kanak. Patogen pun boleh masuk dalam paru-paru menerusi pernafasan dari mulut. Jadi pastikan mulut ditutup, dan anda akan bernafas sendiri dengan hidung.

Hidung ini mempunyai pelbagai mekanisme perlindungan yang menghalang kotoran dan udara sejuk melampau masuk ke dalam tubuh. Pada bahagian mulaan hidung itu, ada bulu hidung yang menapis habuk-habuk, serangga kecil, dan lain-lain butiran yang mungkin mencederakan paru-paru jika anda bernafas dengan mulut. Selepas itu ada pula laluan melengkung-lengkung disaliri oleh lapisan hingus (mucus membranes), udara sejuk dipanaskan di situ dan habuk-habuk butiran semua yang terlepas diperangkap lagi di situ. Dalam hidung dalaman pula ada kalenjar yang menghalang sebarang bakteria berbentuk panjang (baccili) yang terlepas masuk. Hidung dalaman juga mengandungi anggota olfactory atau deria bau. Ia mengesan sebarang angin beracun atau gas bertoksik sekeliling yang mungkin membahayakan kesihatan. 

Para Yogi percaya bahawa anggota olfactory ini mempunyai fungsi lain iaitu menyerap prana daripada udara. Jika anda bernafas dengan mulut sepanjang masa, anda sebenarnya menipu diri anda dan anda rugi tak menyerap prana atau tenaga dalam angin yang percuma ini. Para Yogi menyebut bahawa punca utama ketahanan rendah melawan penyakit dan kelemahan fungsi kalenjar utama serta rupakara urat saraf itu adalah sebab ketiadaan prana ini.

Yogi purwa mengetahui kepentingan pernafasan yang betul lalu mengembangkan cara-cara yang bukan sahaja meningkatkan kesihatan dan memanjang usia cara semulajadi, tetapi juga untuk mencapai tahap kesedaran tertinggi. Justeru itu, Yoga terbukti mempunyai kesan yang baik bagi tubuh jika dimulakan dengan cara bernafas yang betul. Cara pernafasan betul harus diamalkan dahulu dan dilakukan seharian baru Yoga anda menjadi.

Pranayama - Kesan Pernafasan Cetek

 
  • Mengurangkan kesuburan seseorang kerana oksigen sangat penting bagi penghasilan tenaga dalam tubuh.
  • Mudah diserang penyakit. Ketahanan terhadap penyakit menjadi berkurangan kerana oksigen membekalkan tenaga kepada sel yang sihat.
  • Kita akan mudah terkena penyakit berkaitan salur pernafasan dan mudah terkena penyakit-penyakit saraf.
Dengan gaya kehidupan seharian kita yang tak giat dan tak cergas, kita hanya memperguna sepersepuloh sahaja kemampuan paru-paru kita! Yang ini cuma mencukupi untuk terus hidup dan bertahan sahaja tapi tak cukup untuk kesuburan tahap tinggi, usia panjang semulajadi dan juga kemampuan tinggi menahan penyakit. 

Bekalan oksigen yang rendah menyebabkan tubuh turut terkesan. Bila berlaku sumbatan pusingan darah yang teruk maka ia akan menyebabkan kurang oksigen pada jantung, lantas menyebabkan berlaku serangan jantung dan juga angin ahmar. Angin ahmar itu satu penyebabnya adalah disebabkan oleh bekalan oksigen yang sangatlah kurang di otak terutamanya jika terjadinya pembekuan darah di kepala. Tolong lah rakan-rakan sekelian ambil perhatian di bahagian ini! 

Saintis moden sendiri mengetahui bahawa sudah wujud hubungan kuat antara pernafasan dengan tahap-tahap mental kita. Beribu tahun lampau, para maharesi dan mahamuni seperti Phra Chao Buddha pun mengajarkan kita banyak perkara namun tak ramai lah yang memahami mereka semua sedangkan pengajaran mereka sangat-sangatlah berguna buat kita pekulun lemah segala ini. Pernafasan yang salah dan tak betul akan merendahkan kemampuan mental kita. Kesannya benar sekali kelihatan! Diketahui juga bahawa ketegangan pada mental atau jiwa itu juga menghasilkan pernafasan tersekat-sekat! 

Setengah kajian diperbuat berkaitan banyak jenis penyakit jantung dan barah pun terjadi disebabkan oleh kurangnya bekalan oksigen dalam tubuh. Dah lama juga diketahui, kekurangan oksigen ini dianggap sebagai penyebab utama orang ramai terkena barah. Sejak 1947 lagi, kajian dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa bila oksigen dikeluarkan, sel tubuh biasa berubah menjadi sel barah. Kajian yang sama dijalankan juga dengan sakit jantung. Ia menunjukkan bahawa kekurangan oksigen merupakan penyebab utama terjadinya sakit jantung, strok dan barah. Saintis moden sebenarnya selari dengan para ajar-ajar purwa berkenaan dengan nafas pendek tersekat ini.

Suntingan dalam Jurnal Royal Society of Medicine menyarankan bahawa pernafasan cepat dan cetek menyebabkan masalah keletihan, masalah tidur tak lelap, kerungsingan, perut sakit, pedih hulu hati, angin, kekejangan otot, kepeningan masalah penglihatan, sakit dada, dan degupan jantung tak betul. Saintis turut menemui bahawa ramai orang percaya bahawa mereka kena sakit jantung disebabkan oleh masalah pernafasan tak betul.

Orang berusia dan yang tersumbat arteri jantung mereka selalunya akan menjadi nyanyuk dan kabur-kabur sebab bekalan oksigen di otak berkurangan. Mereka cepat meradang juga. Orang yang bekerja dalam pejabat dan duduk sahaja dalam pejabat sepanjang hari akan kekurangan oksigen di otak dan tubuhnya cuma mendapatkan sipi-sipi sahaja oksigen. Mereka rasa penat, letih, gementar, cepat menyampah dan marah serta tak begitu produktif. Lebih daripada itu, malam hari mereka tak menyenangkan dan tidur tak lena. Jadi keesokan hari mereka itu terasa tak menyenangkan. Putaran ini berterusan sahajalah kalau tak dihentikan.

Keadaan sebegini juga merendahkan rupakara pertahanan tubuh, membuatnya senang terkena penyakit pernafasan seperti selesema, demam, dan alahan lain.

Pranayama - Sebab Nafas Pendek


Sebab Nafas Pendek
  • Kita selalu nak cepat pada hampir setiap masa. Pergerakan dan pernafasan mengikut corak ini.
  • Tekanan kehidupan moden membuatkan kita bernafas lebih cepat dan cetek.
  • Kita mudah sangat beremosi dan jenis orang begini nafasnya pendek.
  • Kita cepat teruja atau cepat marah, pada kebanyakan masa, kita menderitai kebimbangan dan kerisauan maka kita bernafas cepat dan pendek.
Tahap emosi negatif memberi kesan kepada kadar pernafasan, menyebabkannya menjadi cepat dan cetek. Selain daripada itu, ada sebab lain disebabkan oleh tabiat pernafasan yang tak disedari ramai.
  • Teknologi moden dan semua benda memakai jentera mengurangkan keperluan kita bergiat cergas dengan tubuh. Tak ada keperluan lagi bagi kita bernafas dalam-dalam, maka kita pun mengembangkan tabiat buruk bernafas cetek.
  • Kita membuat kerja dalam bangunan. Keadaan ini sebenarnya menambahkan lagi pencemaran pada rupakara pernafasan kita. Kesannya, tubuh kita akan sendirinya bernafas kurang bagi melindungi dirinya daripada pencemaran.
  • Tubuh cuma menyedut udara yang cukup-cukup sahaja untuk bertahan.
Semasa melalui kehidupan ini, kita turut hidup dengan tabiat buruk pernafasan tak betul ini. Berita baiknya, tabiat ini boleh diubah. Tapi berita buruknya, sebelum berubah itu kita perlu mengenalpasti dan menerima bahawa tabiat kita perlu diubah. Ertinya di sini kita nampak kebaikan teknik pernafasan yang betul cuma sakitnya nak mengubah itu kita kena berdisiplin dan sentiasa malar dalam tindakan. 

Pastinya, Yoga bukan satu-satunya cara untuk berurusan dengan tekanan dan kesan kejatuhan bekalan oksigen dalam otak itu pun bukan satu nya penyebab pernafasan tersekat. Merokok, mengambil minuman berkafein seperti kopi, pegi ke tandas, atau ketawa pun boleh merubah corak pernafasan. Yang ini, boleh dianggap sebagai "Yoga Mini" walaupun merokok dan minum kopi itu bukan amalan Brahmana! Kita boleh mendapat sedikit kebaikan daripada berehat, bersiar-siar atau ketawa daripada kelolo.

Tapi orang yang terusan bekerja itu selalunya akan menerima tekanan tinggi, maka dia perlu lebih daripada itu. Pernafasan dalam, senaman dan juga meregangkan otot perlu terutamanya bagi mereka yang baru bermula nak mengawal sedutan dan hembusan nafasnya. Penyertaan dalam kegiatan sukan mungkin berguna. Pergi bersiar-siar pada waktu pagi atau petang pun bagus. Berjalan kaki sangatlah bagus. Bagi sesiapa yang mengalami nafas tersekat semasa malam hari, siang harinya mestilah dia bergiat cergas.

Sabtu, 2 November 2013

Wayu Prana Panca Cakra

Om Swastiastu!

Aku sedang belajar yang ini menurut amalan Wajrayana walaupun aku seorang Therawadin...

 

Amaran!!!!!!!!!!!! Video ini bukan gantiannya guru sebenar! Aku cuma menempekkannya kerana aku hendak mengingati jurusnya sahaja, aku memang sudah tahu jurus-jurusnya sedikit sebanyaknya Sebaiknya dapatkan bantuan guru-guru di Biara orang Tibet! Jangan buat sendiri-sendiri nanti tersangkut di mana-mana tiada siapa yang dapat membantu, lalu tuan-tuan dan puan-puan yang budiman juga yang susah....

Isnin, 28 Oktober 2013

Ringkasan Hidup Siddha Moden

Om Swastiastu!


Diketahui sudah bahawa pada Siddha memperguna pelbagai jenis herba, tumbuhan, rempah ratus dan mineral bagi dijadikan bahan perubatan. Diketahui sedikit sebanyak juga tentang bagaimana para Siddha memelihara kualiti herba yang dikutip. Para Siddha memahami bahawa pencegahan itu lebih baik daripada mengubati dan yang ini cuma boleh dicapai menerusi pengembangan kesihatan jiwa dan raga yang diamalkan setiap hari sampai jadi rutin harian. 

Rencana kita kali ini akan membincangkan mengenai pengamalan yang diamalkan seperti yang terdapat dalam dedaun lontar. Setengah daripada amalan ini, pada sekilas pandangannya nampak seperti tak praktikal lagi hari ini. Namun, dapat dipastikanlah sebenarnya bahawa amalan ini semuanya masih lagi boleh diamalkan, kalau dicari masa dan cara yang kena. Untuk itu, boleh juga didapatkan samacara nya dari Institut Sains Siddha Gunaan.

Siddha akan bangun kira-kira dua jam sebelum terbit mentari sekitar masa Bramha Muhurtham. Buka mata dan bercermin bagi mencetuskan dalam diri keyakinan diri, kekuatan mental, tarikan dan juga kebijaksanaan. Kemudia cuba melihat ke mentari, melihat matahari, api tak berasap, Siwa Lingam, lautan, sawah padi, lembu dengan anaknya, teratai atau tangan kanan, atau benda-benda bertuah yang suci. Hati-hati hari yang baik itu jangan dimulakan dengan melihat benda buruk yang tidak bertuah.

Buang air kecil dengan tangan kanan menekan abdomen bawah sebelah kanan dan buatnya kira-kira enam kali sehari. Buang air besar dengan menekan sebelah kiri bawah abdomen itu dan buatnya dua kali sehari sekurang-kurangnya. Tujuannya moga tridosa itu terkawal dan api dalaman terbakar cerah senantiasa. Nikmati kesegaran, kesedaran, kepekaan dan segala deria sihat yang mengikuti amalan-amalan. 

Bersihkan gigi itu dengan serbuk pencuci berubat. Jangan guna arang! Gunakan serbuk atau pati daun pokok mempelam yang sudah dilembutkan. Boleh juga dipergunakan serbuk dari dedaunan lain seperti yang dipesan oleh para Siddha contohnya daun Semambu. Kumur mulut bersih dengan air yang bersih. Minum air yang segar setiap pagi sambil mengingati ishta dewata anda.

Celakkan mata dengan Aschotanam bagi penglihatan yang lebih baik. Bersihkan hidung itu daripada rompongan kotor dalam hidung dengan tatacara Nasyam. Perbuatan ini semua menjamin kesihatan mata, kepala, leher dan bahu. Membebaskan kita dari penyakit salur pernafasan. 

Urut tubuh dengan minyak yang disyorkan Siddha sebelum mandi dua kali seminggu sekurang-kurangnya. Lelaki boleh berurut pada Budhawara dan Saniwara, manakala wanita pada Brahaspatti dan Sukrawara. Urutan minyak ini memastikan kulit sihat dan seimbang tridosanya. Masalah gelema pun meninggalkan anda. Pancaindera menjadi tajam dan usia semulajadi menjadi lebih panjang. 

Jangan tidur siang semasa hari menyapu minyak. Jangan biarkan perut itu penuh atau sengkak.  Tidur malam itu atas katil kain kapas dan tidurlah dengan tenang rehatkan diri secukupnya.

Jauhi tiupan angin dari tempat pembakaran mayat dan kuburan! Jauhi angin dari lautan dan gunung semasa musim hujan! Boleh nikmati angin segar bertiup dari sawah padi bagi kesegaran tubuh. Makan hanya makanan segar, jangan makan makanan yang pantang menurut hari walaupun benda itu adalah makanan tolong nyawa seperti amritam. Minum air hanya lepas makan! 

Jangan makan, tidur, legakan pundi kencing atau saluran najis, berhubungan jenis, basuh baju, bercukur, dan mandi semasa semjakala. Jangan terdedah kepada habuk dan serpihan-serpihan dari binatang.

Yang ini semua beberapa panduan bagi kehidupan sihat menurut cara Siddha. Siddha mempunyai banyak lagi panduan lengkap mengenai orang yang terkena kesakitan, cara bagaimana hendak menyesuaikan rutin ini semasa sakit atau mengembara. Tujuannya bagi mengembalikan jiwa dan raga ke landasannya semula menurut keadaan.

Gaya hidup begini boleh diamalkan sesiapa sahaja tanpa sebarang masalah, tanpa mengira agama atau jantina. Anda boleh jadi seorang Hindu, seorang penganut ajaran Buddha atau penganut ajaran Jina. Anda boleh jadi seorang Kristian atau seorang tak beragama sekali pun. Untuk orang Kristian itu ada juga gaya kehidupan seakan-akan Siddha ini. Tapi aku tak ingat namanya. Alamilah kehidupan baru yang sihat.

Ahad, 27 Oktober 2013

Yoga Caṇḍālī

Swasti Srih!


Candali ini merupakan sejenis yoga, yang ditemui dalam Enam Yoga Naropa, Lamdre, Kalacakram dan Anuyoga yang terdapat dalam aliran Wajrayana di Tanah Tibet. Candali ini terbit dari tradisi Wajrayana Hindu termasuklah dari arahan Mahasiddha Kresnacarya dan Hewajra Tantra. Tujuan yoga ini adalah bagi mengawal proses dalam tubuh semasa di tahap penyempurnaan Yoga Tantra Tertinggi atau Anuttarayoga Tantra atau Anuyoga.

Pengamalan

Saluran-saluran tidak wujud seperti dibayangkan semasa amalan Wajrayana Tantra. Contohnya, kalau membayangkan mengenai dewata segala, tubuh manusia itu dibayangkan kosong, terbentuk dari cahaya sahaja dan tak ada anggota dalaman tubuh. Lagi, rupakara berlainan mempunyai cara bayangan yang berbeda-beda. Pada sebenarnya, "nadi tengah" atau awadhuti itu merupakan seluruh rupakara jantong atau lebih tepat lagi aorta injap kiri jantung. Dua bahagian saluran itu merupakan rupakara roma atau rasanā, susunan tulang belakang dan rupakara lalanā atau urat saraf. Cakra-cakra di tubuh itu berada di gumpalan-gumpalan arteri, saluran darah dan urat saraf.

Selepas sudah biasa dalam adhisāra, barulah ada pengamalan candali. Dalam pengamalan candali ini, bayangan pada pengujung terendah tiga saluran itu dasarnya diperguna buat menumpukan kesedaran tubuh di kawasan bawah pusat. Tahan nyawa, mulabandha, dan uddiyana bandha memaksa wayu dan ojah ke dalam rupakara arteri. Kadar degupan jantung menjadi lemah, karma wayu tertahan dan darah ternyah oksigen kembali menyerap oksigen sebelum masuk semula ke dalam aliran darah. Keadaan ini menyebabkan usia panjang dengan semulajadi.

Ojah sendiri mempunyai dua bilek di tubuh iaitu jantung dan otak. Jadi, ada bayangan terbakar dan menitis. Apabila wayu bergerak sedikit sangat, itu dianggap sebagai minda bawah sedar. Keadaan ini terjadi kerana minda susah hendak dihubungkan dengan wayu atau angin. Atau dianggap sama dengan angin-angin. Sutrayana tidak mempunyai kaedah yang setara bagi mengurangkan gerakan wayu ke tahap tertentu. 

Candali dan Kundalini

Miranda Shaw menjelaskan bahawa, "Kundalini Yoga mempersembah pelbagai jenis cara bagi meningkatkan tenaga jiwa-raga dicetuskan menerusi tubuh... Kebanyakan orang cuma membenar tenaga itu bergelora dalam periuk pemikiran yang berkecamuk dan emosi atau membubarkan tenaga itu dalam pencarian keseronokan palsu, tapi seorang yogi atau yogini itu pula secara sedar meningkatkannya dan kemudian menumpukannya kepada tujuan tertentu. Tenaga ini menjana haba sebaik saja ia meningkat dan menjadi api dalaman atau haba dalaman yang mampu membakar tatal-tatal kejahilan dan kebergantungan kepada sikap ego". 

Banyak juga Tantri yang bukan penganut ajaran Buddha dari tradisi Saiwa-Sakti yang umumnya digulungkan sebagai Hindu oleh orang non-Hindu bercakap mengenai Kundalini yang digambarkan sebagai tenaga berlingkar pada dasar tulang belakang di cakra pertama, Muladhara Cakram.

Pandangan Sarwa

Kurt Keutzer (2002) membincangkan Kundalini Yoga, Wajrayana, Natha Sampradayam, Mahasiddha dan Milarepa:
Kundalini Yoga dalam Natha Sampradayam dan Wajrayana di Tibet kedua-duanya terbit dari Mahasiddha yang giat di India sekitar kurun ke-8 M sampai ke-12 M. Amalan Kundalini Yoga membentuk dasar ajaran-ajaran bagi semua Mahasiddha ini dan sangat-sangat kuat mempengaruhi amalan penganut ajaran Buddha di Tibet dan juga amalan Kundalini Yoga moden. Kundalini Yoga ini disebut juga sebagai Candali Yoga oleh Mahasiddha itu semua sedang di Tibet dipanggil ia, Tummornal Bhyor. Candali Yoga merupakan amalan utama bagi yogin terkenal Tibet, Milarepa.

Alexandra David-Neel (David-Neel, 1971), Lama Anagarika Gowinda (Gowinda, 1988) dan ahli antropologi Dr. John Crook menjadi saksi kepada amalan ini. Dr Arya (2006) dalam perbincangan angin-angin atau relung dalam bahasa Tibetnya menyatakan bahawa: "Pengamal relung atau yogi ini memperguna warna-warna tertentu pada pakaian mereka bagi meningkatkan lagi kesaktian Candali".

Dr. Arya (2006) menyatakan:
Haba jiwa atau Drod terhasil menerusi partikel-partikel angkasa dan haba itu terjelma dari pecahan ciri angin. Yang ini merupakan ciri asas yang disokongnya dan memberi kuasa kepada kesedaran, seperti kuasa api yang boleh melancarkan roket ke angkasa. Kuasa ini digelar sebagai medrod atau api penghadaman dalam perubatan dan Candali dalam yoga tantra. Haba atau api itu memelihara jiwa dan melindungi tubuh serta minda. Api jiwa meningkatkan kebijaksanaan, membakar minda jahil dari pemikiran otak dan memberi kesedaran dan kebebasan dari kegelapan dan ketidaksedaran. Sebab itulah, Yoga menggambarkan Candali sebagai api marak yang tercetus dari bawah pusat, menerobosi cakra satu demi dan naik ke cakra mahkota di kepala. Candali membakar panah yang diwiwahakan dengan pasangan bidadari lantas membawa kesukaan dalam kehidupan berubah menurut samsara. Anak yang terjelma itu nanti adalah kesedaran dari taman Si Wajrayogini.
Penyiasatan Saintifik

Pada 1982, kajian kesan psikologi Candali Yoga telah diperbuat oleh Benson dan rakan-rakan, yang mempelajari para Yogi Indo-Tibet di Himalaya dan India. Ia dijalankan di Hulu Dharamsala di India dengan tiga ajar-ajar sebagai subjek kajian. Mereka bertiga itu menunjukkan kemampuan meningkatkan haba di jari mereka dan juga ibu jari kak sebanyak 8.3 °C. Pada 2002, eksperimen dijalankan menerusi laporan Harvard Gazette, dijalankan di Normandy, Perancis ke atas dua orang ajar-ajar Buddha yang memakai pengesan turut menunjukkan perubahan dalam penghasilan haba dan metabolisme. Tahun 2013 pula, kajian oleh Kozhevnikov dan rakan-rakan menunjukkan peningkatan pada dasar haba tubuh pada pakar pertapaan dari Timur Tibet dan dari Barat yang bukan pertapa pun.

Yoga Pagi: Tara Stiles

Untuk Pagi yang Bertenaga


Untuk Gerakan Pagi

 

Latehan Yoga Pagi

 

Yoga Regangan Tubuh Pagi

Om Swastiastu!


 

Yang ini bagus untuk memulakan pagi anda... Regangkan tubuh itu...

Bangun Pagi dengan Betul

Swasti Srih!


Salah satu cara untuk menjadi seorang yang bangun awal pagi adalah dengan bangun pada waktu yang sama setiap hari termasuk hari minggu. Jika kita mula tidur dan bangun pada waktu sama setiap hari, maka badan ini akan secara semulajadi memprogram jam biologi kita. Bagaimana caranya?

1. Niat dan Peringkat

Niatkan dalam hati anda untuk bangun tidur awal. Cuba usaha untuk bangun pada waktu yang ditetapkan dan kurangkan waktu itu keesokan harinya secara berperingkat. Contoh, jika bangun jam delapan pagi tetapi anda tetap sambung tidur sampai jam 9:00 maka tetapkan jam penggera pada 8:45. Esoknya, kurangkan ke jam 8:30 pula. Kurangkan tetapan waktu itu sampai anda berjaya bangun pada jam 8:00. Selepas sudah berjaya, tetapkan untuk terus bangun pada jam 8:00. Jangan bila dah berjaya, anda kembali ke tabiat asal.

2. Elakkan Bunyi Penggera Bingit dan Keras

Memang benar jika kita gunakan penggera yang bingit maka kita akan terbangun dari tidur. Namun apakah kesannya kepada angin pagi anda? Anda selesa dengan bunyi bingit tersebut? Lebih molek dielakkan sahaja. Bunyi yang damai dan tenang pula mungkin kurang sesuai tetapi eloklah diajar tubuh anda itu supaya boleh menerima bunyi penggera tersebut sebagai bunyi untuk bangun pagi. Bunyi yang keras mampu mempengaruhi angin anda sepanjang hari. Nasihatnya itu, gunakan bunyi penggera ceria seperti suara watak kartun yang kelakar atau muzik kanak-kanak yang memang tidak menepati jiwa anda. Jika anda mendengar sesuatu yang bukan jiwa, anda akan mudah memberi tindakbalas dan selanjutnya bangun dari tidur yang lena. 

3. Giatkan Diri selepas Bangun Tidur

Kegiatan selepas bangun tidur itu amat penting. Apa yang biasa dilakukan? Terus baring selama beberapa minit untuk ambil angin atau berdiri dan lakukan beberapa rentetan senaman lompat bintang? Nak bangun dari katil pun susah, apa lagi lompat bintang? Pastikan anda terus menjalankan kegiatan yang giat selepas bangun. Ia memastikan tubuh anda terus menjana tenaga untuk diguna sepanjang hari. Cuba lakukan senaman yang ringan.

4. Ambil Masa bagi Rutin Pagi

Mulakanlah dengan mandian, sarapan dan bacaan pagi. Perbuat rutin secara tetap tetapi santai. Jangan buru-buru. Kalau anda itu seorang yang mengejar masa, anda masih lagi boleh menjalankan rutin itu namun dengan penyesuaian jadual anda sendiri. Contoh, lepas mandi mungkin anda kena bergegas memandu ke pejabat dan menghadapi situasi kesesakan lalu lintas. Bolehlah anda sarapan ringkas-ringkas dan mendengar sesuatu yang menenangkan dalam kereta. Ia perlu disesuaikan mengikut jadual anda namun rituin pagi tetap perlu diperbuat.

5. Kata Tidak kepada 'Snooze'

Tak guna jika anda sangat mesra dengan fungsi 'snooze' pada jam. Jika anda sudah membaca sampai ke tahap ini, anda hebat! Tepukan kepada diri sendiri. Namun, amaran keras untuk anda. Jangan guna fungsi snooze! Ia sangat tak baik bagi memulakan hari dengan betul. Jadi pastikan anda amalkan semua yang di atas dan lupakan fungsi snooze.

Semoga pagi anda indah dan bertenaga positif pula sepanjang hari. Anda bahagia persekitaran anda pun suka bahagia.

Rabu, 23 Oktober 2013

Kebaikan Halia


1. Merawat barah ovari.
2. Menghalang barah tali perut.
3. Melegakan loya pagi.
4. Melegakan pening atau loya semasa dalam kenderaan.
5. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
6. Melegakan pedih ulu hati.
7. Menghalang penyakit kencing manis kalau kau ambil sebelum kena sakit itu.
8. Dipakai dalam perawatan gejala sakit buah pinggang.
9. Melegakan migrain.
10. Melegakan ketegangan semasa datang bulan bagi wanita.
11. Menghalang demam dan juga selesema.

Isnin, 21 Oktober 2013

Lapan Cara Pranayam


Pranayama ini merupakan sejenis cara mengawal pernafasan atau pernyawaan. Dalam bahasa Sanskerta, pran itu ertinya nyawa dan ayama itu ertinya cara. Jadi ertinya cara bernyawa. Ia membantu membetulkan semula rupakara tubuh, menyenangkan angin, dan memastikan kepanjangan usia kerana penyakit daripada sebab cara bernyawa tak betul itu pastilah memendekkan nyawa kita. 

Ciri utama pranayama ini adalah sedut udara, hembus udara dan mengawal udara. Pranayama selalunya bermula dengan sedut dan hembus udara. Ia menguatkan paru-paru kita dan menyeimbangkan rupakara nadi dan urat, menyediakan tubuh bagi kita menahan nyawa atau mengawal nyawa. Berlatih pranayama setiap hari melancarkan pengaliran tenaga ke 72 nadi atau saluran yang menerusinya itu kesedaran kita mengalir dalam segenap tubuh, maka ia membantu meningkatkan lagi kebajikan kesihatan kita sama ada mental atau tubuh.

Jenis Pranayama

KIra-kira 50 jenis pranayama dijelaskan dalam weda-weda. Yang berikutnya ini cuma lapan yang biasa diamalkan dan yang terkenal:

Chandra Bhedan

Caranya itu......
  • Duduk dalam kedudukan bertapa semadhi atau dalam keadaan selesa atas lantai.
  • Pastikan belakang lurus dan bahu disenangkan.
  • Tutup lubang hidung sebelah kanan dengan ibu jari tangan kanan.
  • Sedut udara dari lubang hidung kiri.
  • Tutup lubang hidung sebelah kiri dengan jari telunjuk tangan kanan dan jari hantu.
  • Hembus keluar udara dari lubang hidung sebelah kanan.
Yang ini melengkapkan satu pusingan bagi pranayama jenis ini. Kita boleh lakukannya sebanyak 20 kali. Kebaikannya itu, ia menyejukkan tubuh dan juga menyembuhkan pedih ulu hati. Tapi, bagi sesiapa yang mempunyai tekanan darah rendah, cuba elakkan buat pranayama jenis ini ditakuti pitam. Ia sesuai dibuat semasa musim panas. Yang ini aku pernah buat juga. Sekarang saja tak ada masa. Jika berkesempatan pasti aku mau membuatnya lagi.

Surya Bhedan
  • Caranya duduk dengan kedudukan tapa semadhi atau dalam kedudukan selesa. 
  • Tutup sebelah kiri hidung dengan jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan. 
  • Sedut udara dari sebelah kanan hidung. 
  • Tutup pula bahagian kanan hidung dengan ibu jari tangan kanan selepas itu. 
  • Hembus udara menerusi hidung bahagian kiri. 
  • Ulangi sampai 20 kali semuanya.
Kebaikannya adalah meningkatkan haba tubuh dan tahap tenaga. Memperbaiki penghadaman. Membersihkan darah dan juga melambatkan tubuh dimamah usia.

Harus diingat jika seseorang itu mengalami keasaman, darah tinggi atau masalah jantung jangan cuba-cuba buat senaman ini! Ia cuma diperbuat semasa musim sejuk sahaja.

Anulom Wilom
  • Duduk dalam kedudukan tapa semadhi yang selesa dan seimbang.
  • Guna ibu jari tangan kanan tutup bahagian hidung kanan.
  • Sedut udara dari sebelah hidung kiri.
  • Tutup pula bahagian kiri hidung itu dengan jari telunjuk dan jari hantu.
  • Hembus udara di sebelah hidung kanan.
  • Kemudian sedut udara pula di hidung kanan.
  • Tutup hidung kanan dengan ibu jari kanan.
  • Lepaskan udara di hidung kiri.
  • Satu pusingan ini melengkapkan pranayama anulom wilom.
Kebaikan pranayama ini adalah ia menyeimbangkan haba tubuh. Melepaskan tekanan dalam tubuh. Membersihkan nadi-nadi dalam tubuh serta memperbaiki lagi pusingan darah. Usia pun menjadi lebih panjang jadi banyak benda berguna lagi boleh diperbuat dengan hidup.

Harus awas, semasa mengamalkan pranayama ini, pastikan menyedut udara itu pakai paru-paru. Bukannya pakai perut. Ia boleh dibuat oleh sesiapa pun tak kira jati tak kira kedudukan atau agama. Sepanjang tahun pun boleh dibuat.

Bhastrika
  • Duduk padmasana atau sebarang kedudukan selesa atas lantai.
  • Belakang pastikan lurus dan otot bahu direhatkan.
  • Tutup hidung kanan dengan ibu jari kanan dan bawa siku kanan ke paras bahu.
  • Tutup mata. Sedut dan lepas udara menerusi lubang hidung kiri perlahan... perlahan kemudian cepat sedikit.
  • Buat langkah seperti tersebut sebanyak 20-25 kali. 
  • Sedut udara lama sedikit dan tahan selama yang mungkin.
Satu pusingan yang ini mencukupkan sekali Bhastrika pranayama. Sekarang cuba ulang langkah ini dengan menutup lubang hidung kiri pula dan bernafas dengan lubang hidung kanan.

Kebaikannya itu adalah melepaskan toksin dan racun yang terserap ke tubuh. Mengurangkan paras lemak tubuh. Meningkatkan lagi penghadaman makanan. Melancarkan peredaran darah dan juga memurnikan darah.

Awas jangan diamalkan jika anda seorang pesakit darah tinggi, menghadapi masalah jantung atau komplikasi paru-paru atau hernia. Orang yang lemah tubuh disebabkan penyakit atau rendah stamina jangan buat pranayama ini selalu.

Ujjayi
  • Duduk tegak dalam kedudukan selesa.
  • Sedut udara perlahan-lahan dan dalam-dalam menerusi kedua-dua lubang hidung.
  • Tahan nafas seberapa lama yang mungkin.
  • Hembus keluar dengan sedikit bunyi membisik, mengecilkan laluan udara.
Satu pusingan ini ada empat langkah lah seperti tersebut. Boleh ulang sebanyak dua sampai tiga kali. Kebaikannya di sini, ia memperkuat kotak suara, merangsang kalenjar tiroid, memperbaiki peredaran darah dan juga mengurangkan penyakit paru-paru, dada dan tekak. Dilarang membuat pranayama ini jika anda mengalami masalah jantung!

Shitali
  • Duduk dalam kedudukan selesa.
  • Tutup mata dan senangkan seluruh tubuh dengan pernafasan biasa.
  • Letakkan lidah di bibir bawah dan cuba gulungkan lidah.
  • Tarik nafas panjang-panjang dari mulut.
  • Tahan nafas selama mungkin.
  • Tutup mulut dan perlahan-lahan hembus nafas menerusi hidung.
Yang ini lengkap satu pusingan shitali pranayama. Ulang dua sampai tiga kali. Perlahan-lahan jika sudah biasa boleh diulang sampai 15 kali. Kebaikannya, ia menyejukkan tubuh, menyembuhkan keasidan dan juga tekanan melampau, melegakan ketidakhadaman dan juga masalah hempedu. Memperbaiki kesihatan mata dan juga kulit. Menyembuhkan tonsilitis.

Jangan buat pranayama ini semasa musim sejuk. Orang yang ada demam kura pun hendaklah menghentikan senaman ini sementara waktu sampai sembuh.

Shitkari
  • Duduk dalam kedudukan padmasana atau sebarang kedudukan selesa atas lantai.
  • Pastikan belakang lurus, bahu disenangkan.
  • Letakkan tangan di lutut, jari-jari disenangkan dan mata tutup.
  • Samakan gigi atas dengan bawah biar ia rapat sikit.
  • Asingkan lidah dan tarik nafas dari mulut dengan buat bunyi yang menyenangkan.
  • Tahan nafas selama yang mungkin.
  • Hembus nafas menerusi hidung.
Kebaikannya adalah ia menyejukkan tubuh dan menguatkan gigi serta gusi. Elakkan pranayama ini jika mengalami masalah tekanan darah rendah.

Bhramari
  • Duduk dalam kedudukan tapa semadhi atau padmasana.
  • Belakang lurus, otot bahu senangkan dan mata tutup.
  • Tutup kedua-dua telinga dengan jari telunjuk. 
  • Angkat siku ke paras bahu.
  • Tarik nafas dalam-dalam.
  • Tahan nafas selama mana yang mungkin.
  • Hembus nafas dengan bunyi seperti bunyi lebah.
Kebaikannya adalah ia menjadikan tubuh lebih tenang. Melepaskan tegangan. Menjadikan suara lebih enak didengar. Menguatkan peti suara. Menyembuhkan kesakitan tekak. Meningkatkan lagi penumpuan.

Harus diingat, pranayama ini mesti diamalkan awal pagi atau malam. Lebih banyak dikawal pernafasan, lebih lama anda hidup. Pranayama membantu kita bertahan dengan kehidupan yang sihat dan menjadikan keremajaan tubuh itu lambat pudar. Yang pudar tetap akan pudar cuma ini adalah satu cara pemeliharaan saja.

Rabu, 16 Oktober 2013

Buah Betik

Om Swastiastu!


Buah betik ini sangat bagus bagi kulit dan boleh diperguna sebagai pembungkus muka bagi mendapatkan kebaikannya. Ia membantu menghapuskan jerawat dan membantu membuka pori-pori tersumbat.

Isi buah betik yang diperam disebut Papain itu membantu mencairkan sel mati, memberi kesan kulit yang segar dan bersinar. Buah betik ini merupakan buah yang kaya serat dan rendah tahap kolesterolnya.

Ia mengandungi enzim-enzim yang membantu menghalang pengoksidaan kolesterol, yang kemudiannya akan membantu mengelakkan serangan jantung. Anti-oksida dalam buah betik membantu mengawal tua sebelum usia. Ciri buah betik ini membantu anda kelihatan muda remaja.

Biji betik juga mempunyai nilai perubatan tersendiri. Ia sangat bagus bagi merawat cacing dalam usus di tubuh anda. Buah betik membantu menghalang makanan tak hadam dan masalah sembelit. Enzim Papain itu merupakan enzim yang menghadam dan membantu dalam penghadaman semulajadi.

Air perahan buah betik membantu mengubati jangkitan dalam tali perut dengan membersihkan nanah dan lendiran daripadanya. Anda boleh minum air buah betik selalu supaya cepat sembuh. Buah betik bagus mengubati jangkitan di kulit serta luka-luka yang lambat nak sembuh.

Kalori rendah dan nilai nutrisi yang tinggi sesuai bagi sesiapa yang ingin berdiet dan mengurangkan berat badan. Bagi wanita mengandung, pengambilan sedikit potongan betik membantu mengelakkan loya tekak dan rasa loya pagi hari. Selain itu, ia mengandungi enzim anti-inflamasi yang membantu melegakan kesakitan bagi penghidap atritis, edema dan tulang rapuh. Ia juga mengandungi bahan anti-barah yang menghalang pertumbuhan sel barah.

Buah Betik mempunyai vitamin A dan vitamin C. Ia membantu meningkatkan pertahanan tubuh dan sangat bagus bagi mereka yang kena demam dan jangkitan selesema. Basuhan rambut atau syampu yang mempunyai perahan betik bagus bagi mengawal kelemumur.

Buah Betik yang dimakan mentah-mentah itu, boleh mengawal datang bulan tak teratur masa bagi kaum wanita. Ia melegakan ketegangan semasa datang bulan dan membantu melancarkan perjalanan turun darah semasa datang bulan. 

Jadi, sebaiknya tuan-tuan dan puan-puan makan Buah Betik itu sekali seminggu. Buah Betik boleh dimakan bersama salad buah-buahan, sebagai rojak, sebagai colek seperti di Terengganu sana tu, atau dimasak dengan lain-lain hidangan istimewa keluarga anda. Atau boleh saja dipupurkan di muka terus bagi kulit yang sihat. Elok juga ada pokok Betik di taman rumah tuan-tuan. Segala pokok-pokok ini berguna untuk kesihatan rumah tuan sekeluarga.

Ahad, 14 April 2013

Padmanabha Pahi

  

Pallawi: Padmanabha paahi dipapakshaara, guna wasana shoure....

Anupallawi:  Sadma kalitha muni maanasa pankaja, saka bhuwana pari paalana lolubha...

Charannam: Charamukharjitha chandraanetra pari lasitha karuna sandra puriko baghata khaladanu chendra paaawana charita sri rama chandra....

Krithi: Swati Thirunala
Ragam: Hindolam
Talam: Adi