Memaparkan catatan dengan label sastera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sastera. Papar semua catatan

Khamis, 3 Julai 2014

Ikat Vivekacudamani

 
Gunungan Permata Vicaksana
Sri Sankaracharya
Dari terjemahan Svami Madhavananda
Terjemahan Bahasa Melayu-Purva Tulisan Rumi (Terbit Pallava) dengan bantuan V. Nripendra
 
 
Bahagian 3

Isnin, 13 Januari 2014

Pemakanan: Musim Sejuk


Pahami Musim Sejuk dan Keperluan Tubuh

Musim sejuk di India selalunya mempunyai reputasi yang buruk. Terkenal sebagai musim selesema, musim demam dan musim penyakit berkaitan salur pernafasan yang berjangkit. Samalah di Asia Tenggara pun musim hujan atau musim air bah merupakan musim yang melibatkan penyakit-penyakit seperti demam, selesema, sakit mata, dan sebagainya.

Menurut kepada Maharesi Ayurveda, musim sejuk merupakan raja segala musim! Musim sejuklah musim yang bagus bagi kita mempertingkat ketahanan tubuh. Jika anda tahu keperluan tubuh maka musim sejuk itu bukanlah sesuatu musim yang melemahkan.

Dalam sabdavali Ayuveda, ketahanan tubuh melawan penyakit ini berkaitanlah dengan penghadaman. Apabila penghadaman makanan itu kuat maka selera makan pun baik dan ketahanan tubuh pun kuat. Perkara yang melemahkan penghadaman maka ia pun melemahkan ketahanan tubuh. Ringkas saja... Di samping pemakanan dan gaya hidup, tedapat lagi punca lain yang boleh menggalakkan ketahanan tubuh itu. Antaranya adalah umur kau, ciri-ciri keturunan yang kau warisi, serta musim. Adalah tidak mustahil pun untuk kau kembangkan ketahanan tubuh dalam menghadapi jatuh naik dalam kehidupan serta kekal kukuh tidak tumbang cepat.

Musim sejuk sebenarnya adalah musim yang mana alam semulajadi sedang bersedia untuk menjaga kita. Tahap penghadaman kita sebenarnya berada di tahap tertinggi pada musim sejuk. Kita akan terasa lapar pada musim sejuk dan penghadaman kita akan bergerak cepat menghancurkan makanan sekaligus memudahkan penyerapan makanan ke bahagian-bahagian tubuh.

Atas sebab ini, penting sekali orang ramai mengambil makanan yang meningkatkan ketahanan tubuh! Jadi, cubalah selak-selak rutin pemakanan menurut cara Ayuveda juga. Jadi, gaya pemakanan begini diwajibkan amalannya semasa musim sejuk. Musim sejuk ini kenalah banyakkan berehat dan makan dengan betul. Musim lain pula kita harus lebih banyak memurnikan tubuh. Musim sejuk adalah musim membina rupakara dan menyediakan bekal buat tubuh seperti rambut, kulit dan kuku. Sangat bagus juga mengambil rasayana dan barangan berasaskan rempah kerana bahan-bahan ini akan diserap tubuh dengan lebih cepat pada musim sejuk.

Isnin, 30 September 2013

Siddha Sampradayam: Pengaruh Kesusasteraan


Menurut kepada Nayaka, sastera dari Sonepura dan Sandhiya Bahasa nya itu terbit dari Mpu Caryapada, Mpu Macendranatha, dan Mpu Daripada:

"Pertumbuhan sastera di Sonepura boleh dikesan dari Mpu Caryapada, Mpu Macendranatha dan Mpu Daripada dari tradisi Natha. Mereka menulis kekawin esoterik dalam bahasa bergelar Sandhiya Bahasa. Bahasa ini adalah bahasa tempatan yang diperguna di kawasan itu".

Nayaka menyebut lagi, kekawin mistik kelompok Sang Natha ini mempengaruhi kesusasteraan Kalinga Pertengahan, iaitu Pancasakha oleh Mpu Jagannatha, Mpu Balarama, Mpu Yasowanta, Mpu Aciyuta, dan Mpu Ananta: 

"Kekawin mistik aliran Siddha Sang Natha ini berkembang dari kurun ke-8 sampai ke-11 M. Ia mempengaruhi kesusasteraan Pancasakha oleh Mpu Jagannatha, Mpu Yasowanta, Mpu Aciyuta dan Mpu Ananta. Kesusasteraan Sang Natha di Sonepura nampaknya telah memberi perasaan dan juga warna kepada kesusasteraan tersebut dalam tempoh yang berturut-turutan".

Bahan Rujukan

Nayaka, Pabitra Mohan Nayaka (2006). Warisan Kesusasteraan Sonepura: Orissa Review. Mei, 2006.

Sabtu, 1 Jun 2013

Lagu: Payaname

Om Swasiastu!

Lagu ini dari wayang gambar berbahasa Telugu dari negeri Andhra Pradesh keluaran tahun 2010... Tajuknya Payaname. Lirik lagu ini dari tuan Dewakatta. Nyanyian Niranjaniah Katta dan V. V. Prasanna. Kalau dengar betul-betul... Liriknya sebenarnya hampir nak sama dengan Begawadgitam : )

 

Aku tidak pasti mengenai kemasukan wayang-wayang dari India Selatan ke pawagam di Nusantara (Indonesia). Oh ya, bagi pandangan aku Nusantara hanya diwakili Indonesia kerana kedudukan pusat kehinduan di Jawa Timur serta pulau Bali dan bukan di negara lain walaupun terdapat juga penganut Hindu sama ada yang keturunan asli atau yang berketurunan imigran seperti di Kemboja, Myanmar, Siam, Malaya, Vietnam dan lain-lain. Itu sebabnya aku menyebut Nusantara sebagai merujuk bahagian-bahagian negara Indonesia dalam konteks Hindu. 

Di negara aku serta di negara-negara lain, kami mempunyai pelbagai etnik Hindu seperti etnik Drawidia yang diwakili oleh orang negeri Tamil, orang Telugu dari Andhra Pradesh, orang Malayala dari negeri Kerala, orang Gujerat dari negeri Gujerat serta dari etnik-etnik lain seperti orang Selong dari Sri Lanka dan lain-lain jadi kami mendapat pelbagai jenis pengaruh budaya Hindu yang senantiasa diperbaharui. Begitu juga dengan ajaran Buddha sama ada aliran Therawada atau Mahayana serta kebudayaan Brahmana. Aku berpandangan rakan-rakan aku yang berketurunan Tamil utamanya sangat membantu kerana mereka menterjemah pustaka-pustaka Hindu yang berguna bagi kegunaan rakan-rakan Hindu yang tidak berbahasa Tamil.  

Om Namo Narayana.....