Memaparkan catatan dengan label vedanta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vedanta. Papar semua catatan

Isnin, 10 November 2014

Kandhar Anubhūti

O Svasti Astu



Pengenalan

Bacaan kekawin ini merupakan karya seorang Mahākavi Tamil, Śrī Arunagiri Nātha. Ia dibaca ketika roh Śrī Arunagiri Nātha belum dijelmakan dengan tubuh manusia, sebaliknya dibaca sejak ketika roh tersebut masih berada dalam tubuh seekor burung kakak tua. 

Kekawin-kekawin ini dikumpulkan dan dinyanyikan ketika tahun 1400-1500 M. Semua 51 kekawin ini turut mempunyai bacaan Kappu, iaitu permohonan supaya dewa Ganea memberi restu kepada si pembaca semoga bacaannya itu sempurna. Setiap kekawin ini ditujukan untuk baginda Skandha, dan kebanyakan bacaan itu mempunyai persamaan dua baris, yang memuji Skandha dan baki dua baris lagi pula, berbentuk permohonan supaya si pembaca dan pendengar diberi kebijaksanaan sebenar untuk mengatasi Maya.

Bacaan Kandhar Anubhūti ini merupakan sebentuk lipatan kekawin berfalsafah tinggi serta berbentuk kerohanian dengan nuansa mistik yang jelas dari Śrī Arunagiri Nātha. Beliau ini merupakan seorang pengikut Skandha, dan susuhunan (saint) terkenal di Tamil Nadu.

Kandhar Anubhūti 

Kekawin Kandhar Anubhūti (Sanskrit: Skandha Anubhūti) ini mempunyai 51 ayat. Ia dipandang sebagai sastra mantra yang penting dan merupakan puncak mahkota bagi segala karya Śrī Arunagiri Nātha kerana unsur-unsur kerohanian serta kedalaman falsafahnya.

Ayat-ayatnya sungguhpun pendek-pendek, mungkin yang paling sedikit dalam karya tokoh agung ini, namun mesejnya itu sungguh halus sekali. Ia merupakan karya mengenai pencapaian rohani menurut pengalaman tokoh ini serta pengalaman beliau merasai-Nya. Terdapat beberapa suntingan juga telah diperbuat dalam 100 ayat sebelum ini dengan 49 daripadanya ditolak disebabkan ia merupakan penambahan oleh orang lain. Bukan hasil karya tokoh ini.

Skandha Anubhūti merujuk kepada pengalaman Śrī Arunagiri Nātha dengan pertemuan-pertemuan beliau dengan Sang Skandha, anakanda kerohanian bagi Betara Śiva Śankara. Ia merupakan pengalaman Śrī Arunagiri Nātha sendiri yang memberi petanda bahawa berlakunya kesatuan rohani beliau dengan Tuhan. Sang Skandha turut digelar sebagai, Shanmukha, Kartikei, Guhan, Velayudhan, Murugan, Subramanya dan lain-lain. Baginda merupakan adinda kepada Sang Ganeśa.

Karya ini sebenarnya mempunyai nilai falsafah Vedanta yang tinggi. Ia merupakan bentuk penceritaan Sakatkāra atau pengalaman terus.

Kekawin: Ketik di sini untuk membaca terjemahan
Bacaan: Śrī Dharma Pura Swami Nāth 
Penyebar bacaan: Tuan Varada Rajalu Baya

Khamis, 3 Julai 2014

Ikat Vivekacudamani

 
Gunungan Permata Vicaksana
Sri Sankaracharya
Dari terjemahan Svami Madhavananda
Terjemahan Bahasa Melayu-Purva Tulisan Rumi (Terbit Pallava) dengan bantuan V. Nripendra
 
 
Bahagian 3

Isnin, 13 Januari 2014

Teka-Teki Nasib: Peranan Sastra


Murid: Namun tentunya banyak perkara yang mustahil untuk dicapai walaupun sesudah dicuba-cuba.

Guru: Kau dah silap di situ. Tak ada sesuatu pun yang benar-benar tak boleh dicapai. Suatu perkara, walau bagaimanapun, boleh jadi tak tercapai kepada kita pada sesuatu tahap kita berada itu, atau dengan kelayakan yang kita perolehi. Kebolehcapaian atau sebaliknya bagi sesuatu perkara itu, bukannya ciri mutlak bagi perkara tetapi berkaitan dan bersesuaian dengan kemampuan kita untuk mencapainya.

Murid: Kejayaan atau kegagalan bagi sesuatu usaha cuma boleh diketahui pada akhirnya saja. Bagimana kita nanti mengetahui sebelum penghujungnya sama ada dengan kemampuan kita kini kita mampu atau tak mampu mendorong diri kita bagi mencapai sesuatu perkara, dan sama ada ia merupakan dorongan yang betul bagi mencapai perkara tersebut?

Guru: Persoalan kau ini tentunya terpakai bagi perbincangan ini. Seluruh matlamat Dharmasastram itu adalah untuk memberi jawaban buat soalan kau. Agama tak pernah merantai kebebasan manusia dalam memilih tindakannya. Ia sebenarnya membuatkan manusia lebih bebas bergerak untuk bertindak, tetapi pada masa yang sama ia memberi amaran kepada manusia mengenai perkara yang baik dan buruk kepadanya. Tanggungjawab itu semata-mata dan keseluruhannya jatuh pada pundaknya sendiri. Dia tak boleh lari dan menyalahkan takdir, kerana takdir itu adalah buatannya sendiri. Tak boleh juga menyalahkan Tuhan, kerana Tuhan cuma mengeluarkan buah menurut kepada tahap-tahap tindakan seseorang. Kau itu merupakan tuan bagi masa depan kau sendiri. Kau sendiri yang membuatkannya lebih baik atau merosakkannya. Ini adalah keistimewaan karunia buat engkau. Tanggungjawab engkau!

Murid: Saya menyedari perkara ini, wahai tuan. Namun, selalu jua terjadi bahawa aku ini tak mampu mengawal diriku menjadi tuan buat diriku sendiri. Ku ketahui, sebagai contoh, bahawa sesuatu tindakan itu salah, tapi pada masa yang sama, aku masih terasa gatal hendak membuatnya. Begitu juga, aku ketahui sesuatu tindakan itu benar; namun pada masa yang sama, aku terasa tak berkuasa untuk membuatnya. Kelihatan bahawa terdapat sedikit kuasa yang mampu mengawal dan mengalahkan pula kebebasan ku dalam memilih tindakan. Selagi kuasa itu bertindak, bagaimana pula aku boleh menggelarkan diriku ini sebagai tuan buat masa depan aku? Kuasa apakah lagi kalau bukan takdir??

Guru: Jelas sekali kau terkeliru dengan dua perkara berbeda itu. Takdir ini sebenarnya berbeda daripada yang satu lagi yang kau sebut kuasa itu. Cubalah kau gunakan satu alatan buat pertama kalinya. Pastinya kau akan kelam-kabut dan berusaha sesungguhnya untuk menguasai alatan tersebut. Lain masanya, kau gunakan lagi, tapi sudah kurang kelam-kabutnya dan kau tak perlu usaha kuat lagi. Dengan penggunaan banyak kali, kau pun belajar menggunakan alatan dengan mudah dan tak terasa begitu sukar lagi. Mudahnya penggunaan sesuatu bahan itu akan meningkat apabila kau berulang-ulang kali menggunakannya.

Orang yang pertama kali mencuri, dia melakukannya dengan usaha sesungguhnya dan gementar. Tapi seterusnya pula dia sudah tak gementar dan tak perlu berusaha keras lagi sesudah mahir mencuri. Peluang mencuri itu meningkat seiring dengan tabiat mencuri itu sebati dengan dirinya dan dia sudah tak perlu berusaha kuat lagi dalam pekerjaan itu. Tabiat ini akan menjana kecenderungan buatnya supaya mencuri walaupun tiada keperluan buat mencuri. Kecenderungan ini kita namakannya sebagai vasana.

Kuasa yang membuat kau bertindak seolah-olah kehendak kau itu bertentangan dengan tindakan itu cumalah hasil dari vasana yang kau perbuat sendiri. Ia bukannya takdir kau pun. Hukuman atau pahala, dalam bentuk kesakitan atau kesukaan, merupakan kesan tak terelak dari tindakan, baik atau buruk, itu sendiri merupakan negeri bagi takdir dan masa depan.

Vasana iaitu perbuatan satu tindakan meninggalkan pula rupa rasa dalam pemikiran, kemudahan yang besar atau kecenderungan yang besar buat mengulangi tindakan tersebut sekali lagi, merupakan satu perkara yang agak berbeda. Boleh jadi juga hukuman atau ganjaran tindakan masa lampau, dalam keadaan biasa itu, tak dapat dielakkan, jika tak ada usaha buat menghalangnya; namun vasana boleh diuruskan dengan mudah hanya jika melaksanakan kebebasan dalam kehendak itu dengan benar!

Murid: Tapi sebilangan vasana (kecenderungan) yang memerintah hati kita itu tak pernah habis-habis, tuan. Bagaimana kita mungkin mengawal mereka?

Guru: Ciri dasar bagi sesuatu vasana itu adalah untuk mencari ungkapan dalam tindakan luaran. Ciri ini sama saja bagi segala vasana, bagi yang baik mahu pun yang buruk. Vasanasarit (jaluran kecenderungan) mempunyai dua aliran iaitu yang baik dan buruk. Ika engkau cuba mengumpulkan semua jalurna itu maka kau akan terdedah kepada bahaya lah pula. Oleh itu, sastera tak pernah menyuruh engkau mencuba berbuat begitu.   

Di samping itu, sastera meminta engkau supaya menyerahkan dirimu biar dipacu oleh vasana baik dan menolak daripada dipacu oleh aliran vasana buruk! Apabila engkau mengetahui bahawa ada vasana tertentu tercetus terbit dalam akal pemikiran engkau, kau tak boleh katakan yang engkau berada bawah belas kasihannya. Kau sendiri ada kecerdasan sendiri mengenai diri engkau dan juga tanggungjawab menentukan sama ada engkau akan menggalakkannya atau tidak menggalakkannya dari bertumbuh. Itu semua adalah tanggungjawab engkau sendiri, punya engkau!

Sastera selanjutnya menerangkan juga mengenai vasana-vasana yang bagus dan patut digalakkan pertumbuhannya serta digariskan juga vasana-vasana buruk yang mesti diatasi. Dengan latihan mental serta gerak tubuh, engkau perbuat segala vasana yang baik dan seterusnya menghapuskan getaran dari vasana buruk yang menyesatkan engkau. Sastera agama kini berperanan menjadi jurupandu engkau supaya engkau beroleh panduan buat mempergunakan kebebasan engkau dalam menentukan masa depan engkau sendiri serta telah pun membantu engkau dengan menggariskan vasana mana yang bagus dan molek buat kau jaga serta serahkan diri kau supaya dipandu ke tindakan bagus dan molek.  

Sedikit demi sedikit, kau akan dipandu ke tahap kebebasan memilih engkau nanti sendirinya bebas dari segala warna disebabkan oleh vasana-vasana. Pada tahap yang ini nanti, pemikiran dan hati nurani engkau akan tergilap suci bagaikan kaca murni dan segala "penyebab" bagi tindakan tertentu akan terhapus sendirinya. Kau akan jadi spontan dan semulajadi saja. Yang ini lah yang diertikan sebagai fitrah. Kebebasan daripada kesan-kesan tindakan tertentu itu adalah hasil yang sememangnya akan terjadi. Takdir dan vasana (kecenderungan) sendirinya menghilang. Maka, masuklah engkau ke kebebasan yang bebas sebebas-bebasnya, Moksa! 

Pesanan sosial: Penganut ajaran Buddha tolong jangan memandang rendah kepada "seluruh" bangsa Brahmana sebelum mengetahui letak duduk perkara sebenar! Baginda Buddha sendiri melarang kita daripada membuat sebarang spekulasi atau terlampau taksub dengan sesuatu pandangan.