Memaparkan catatan dengan label deva. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label deva. Papar semua catatan

Isnin, 10 November 2014

Kandhar Anubhūti

O Svasti Astu



Pengenalan

Bacaan kekawin ini merupakan karya seorang Mahākavi Tamil, Śrī Arunagiri Nātha. Ia dibaca ketika roh Śrī Arunagiri Nātha belum dijelmakan dengan tubuh manusia, sebaliknya dibaca sejak ketika roh tersebut masih berada dalam tubuh seekor burung kakak tua. 

Kekawin-kekawin ini dikumpulkan dan dinyanyikan ketika tahun 1400-1500 M. Semua 51 kekawin ini turut mempunyai bacaan Kappu, iaitu permohonan supaya dewa Ganea memberi restu kepada si pembaca semoga bacaannya itu sempurna. Setiap kekawin ini ditujukan untuk baginda Skandha, dan kebanyakan bacaan itu mempunyai persamaan dua baris, yang memuji Skandha dan baki dua baris lagi pula, berbentuk permohonan supaya si pembaca dan pendengar diberi kebijaksanaan sebenar untuk mengatasi Maya.

Bacaan Kandhar Anubhūti ini merupakan sebentuk lipatan kekawin berfalsafah tinggi serta berbentuk kerohanian dengan nuansa mistik yang jelas dari Śrī Arunagiri Nātha. Beliau ini merupakan seorang pengikut Skandha, dan susuhunan (saint) terkenal di Tamil Nadu.

Kandhar Anubhūti 

Kekawin Kandhar Anubhūti (Sanskrit: Skandha Anubhūti) ini mempunyai 51 ayat. Ia dipandang sebagai sastra mantra yang penting dan merupakan puncak mahkota bagi segala karya Śrī Arunagiri Nātha kerana unsur-unsur kerohanian serta kedalaman falsafahnya.

Ayat-ayatnya sungguhpun pendek-pendek, mungkin yang paling sedikit dalam karya tokoh agung ini, namun mesejnya itu sungguh halus sekali. Ia merupakan karya mengenai pencapaian rohani menurut pengalaman tokoh ini serta pengalaman beliau merasai-Nya. Terdapat beberapa suntingan juga telah diperbuat dalam 100 ayat sebelum ini dengan 49 daripadanya ditolak disebabkan ia merupakan penambahan oleh orang lain. Bukan hasil karya tokoh ini.

Skandha Anubhūti merujuk kepada pengalaman Śrī Arunagiri Nātha dengan pertemuan-pertemuan beliau dengan Sang Skandha, anakanda kerohanian bagi Betara Śiva Śankara. Ia merupakan pengalaman Śrī Arunagiri Nātha sendiri yang memberi petanda bahawa berlakunya kesatuan rohani beliau dengan Tuhan. Sang Skandha turut digelar sebagai, Shanmukha, Kartikei, Guhan, Velayudhan, Murugan, Subramanya dan lain-lain. Baginda merupakan adinda kepada Sang Ganeśa.

Karya ini sebenarnya mempunyai nilai falsafah Vedanta yang tinggi. Ia merupakan bentuk penceritaan Sakatkāra atau pengalaman terus.

Kekawin: Ketik di sini untuk membaca terjemahan
Bacaan: Śrī Dharma Pura Swami Nāth 
Penyebar bacaan: Tuan Varada Rajalu Baya

Selasa, 12 Ogos 2014

Betara Viṣnu


Pengenalan

Pengenalan
Nirvacanam

Rujukan Sastera

Sastera Śruti
Sastera Smti
Sastera Sangam

Sifat-Sifat

Sifat Bertuah
Lima Rupa


Sabtu, 12 April 2014

Deva: Penerangan


Deva ini merupakan makhluk ghaib yang memberi kebaikan kepada jagat raya. Yang perempuannya devi. Sabdavali penuh kita untuk makhluk ghaib ini adalah devasura. Juga dipanggil para sura. Yang berlawanan ciri dengan devasura itu adalah asura. Disebut asura itu saudara-saudara tiri devasura sekelian. Deva-deva ini juga merupakan pemelihara alam-alam di jagat raya menurut perintah menteri-menteri, iaitu Trimurti. Deva dan asura saling berperang sesama sendiri. Perkara ini sering disalahertikan sebagai rujukan kepada Tuhan oleh penganut agama lain seperti Yahudi, Kristian atau Islam sedangkan mereka tidak begitu jelas dengan timbulnya garis halus pemisah antara kepercayaan bapa ketiga-tiga agama terbitan itu dengan kepercayaan lain di Mesopotamia dan Sumeria seperti Sabian dan lain-lain.

Terbit Kata

Terbitan dari bahasa Indo-Kaukasus lama, deiwos, yang mulanya cuma sejenis kata rupa untuk kayangan atau sinaran berkilat, terbit dari kata akar diw yang bererti "bersinar" utamanya merujuk kepada pancaran sinaran di pagi hari. Bentuk wanita untuk kata Indo-Kaukasus lama ini, deiwih, turun menjadi bahasa-bahasa Hindu kini, devi. merujuk kepada makhluk ghaib perempuan. Kata Divali dalam bahasa Hindustan kini pun mempunyai perkaitan dengan ciri-ciri cahaya.

Bahasa-bahasa di Eropah moden pun mempunyai perkataan terbitan bahasa Kaukasus lama (rujuk ke itihasa bangsa-bangsa Hindu untuk mengetahui pecahan suku puak di benua India Purba) untuk deiwos (deva) walaupun bukan Hindu contohnya:
  • Tiwaz dalam bahasa jenis Jerman seperti terbitan bahasa Inggeris Tuesday, Dievas (bahasa Lithuania), Dievs (bahasa Latvia), serta Deiwas (bahasa Prussia dan bahasa Norse lama).
  • Deus dan Divus dari bahasa Latin yang merujuk kepada unsur cahaya kayangan yang menerbitkan perkataan bahasa Inggeris seperti divine atau deity dan perkataan bahasa Perancis, iaitu dieu, perkataan bhs Sepanyol, dios, perkataan bahasa Portugis, deus, dan perkataan bhs Itali, dio.
  • Bahasa Yunani pun mempunyai perkataan yang berdekatan bunyi dan pengertian iaitu Zeos (raja dan bapa dewata) dan theos.
Bahasa di sebelah timur pula sama ada memang jenis Kaukasia seperti bahasa jenis Parsi atau yang menyerap perkataan deva ini dari bahasa Sanskerta seperti bahasa Melayu, bahasa Siam, bahasa Tamil dan bahasa Hindi:
  • Bahasa Siam, tevoda (devata), thevi (dewi), dan thep (deva).
  • Bahasa Melayu, dewata (devata), dewi (devi), dan dewa (deva). 
  • Bahasa Parsi, dīv (semangat), bahasa Pashtun, bahasa Balochi, dan bahasa Kurdish, dêw (hantu).
  • Bahasa Tamil, thevi (dewi), theiva (deva), dan theivada (devata).
  • Bahasa Hindi, devta (devata), dev (deva), dan devi.
Yang berkaitan lagi dengan akar hampir serupa boleh dirujuk kepada kata Dyaus, bapa kayangan bersinar, kepala bagi segala deva dari terbitan cahaya, api dan lain-lain lima unsur jagat raya. Kayangan (bukan langit awan semua itu, tapi langit seperti yang terdapat dalam kajian sains astronomi) disebut sebagai Dyuloka.

Veda-Veda dan Agama Brahmana

Veda-veda mempunyai mantrakatha yang menyeru deva-deva untuk mendapatkan restu (berkat) bagi melalui kehidupan seharian. Rigveda mempunyai sebutan untuk deva itu sampai 33 deva semua.

Setengah deva ini merupakan pemerupaan tenaga-tenaga alam sekitar dan setengah lagi itu merupakan semangat merupa dari nilai-nilai susila seperti kelompok samudaya aditya atau asura, Varuna dan Mitra. Deva-deva utama ditujukan mantra-mantra Rigveda itu seperti Betara Indra, Agni, dan Soma. Agni dan Soma itu terjelma dari unsur pengorbanan disebut sebagai Yagna.

Sastera pasca Rigveda, Aitareya Brahmana dalam sloka pembukanya memaparkan bahawa terdapat susunan kedudukan dalam kalangan deva. Banyak devata itu ditabik bersama-sama oleh orang Brahmana sebagai Vishwedeva, seluruh devata. Sang Varuna dipergolong kepada jenis deva (sura) dan asura. Sang Savitra, Wisnu, dan Rudra (kemudian Siva) dalam kelompok devata (yang terbit dulu). Prajapati dikenalpasti sebagai Brahma. Devi-devi pula seperti Ushas (fajar), Pertiwi (bumi) dan Saraswati (tasik).

Upanishad-Upanishad

Brighadaranyaka menyebut kira-kira 33 deva di kayangan, yang terlibat dalam membawa upacara yagna (pengorbanan). Terdapat delapan Vasu, 11 Rudra, 12 Aditya, Indra, dan Prajapati, yang semua mereka tersebut dalam Rigveda....

स होवाच महिमान एवैषामेते त्रयस्त्रिँशत्त्वेव देवा इति कतमे ते त्रयस्त्रिँशदित्यष्टौ वसव एकादश रुद्रा द्वादशादित्यास्त एकत्रिंशदिन्द्रश्चैव प्रजापतिश्च त्रयस्त्रिँशाविति॥ (वृहदारन्यक ६.९)

Cuba  tuan-tuan budiman perkaitkan dengan ajaran Phra Guru kita, baginda Siddhartha Gautama yang dicerahi itu berkenaan makhluk ghaib deva-deva ini. Kita tidak melihat baginda menolak veda-veda sebaliknya baginda cuma tidak bersetuju dengan sikap buruk yang mulai meracun jiwa bangsa Brahmana serta drishti-drishti yang tidak selari dengan pemahaman para resi arya itu perlu diperhatikan semula.

Purana-Purana

Salah satu daripada Brahma di rantau jagat kita ini mempunyai 10 anakanda....
  • Marici
  • Atri
  • Angira
  • Pulastya
  • Pulaha 
  • Kratu
  • Vasistha
  • Daksa
  • Narada
Marici mempunyai putra, Maharesi Kasyapa. Maharesi Kasyapa berbini 13 orang pula. Yang terkenal dalam kalangan biniya itu, Aditi, Diti, Danu, dan Kadru. Putra-putra Aditi, digelar sebagai Aditya, putra-putra Danu menjadi bangsa Danava, putra-putra Diti menjadi bangsa Daitya. Brighaspati (Jupiter) putra kepada Angira menjadi gurudeva (deva vedika). Sukracharya (Venus) putra Bhrigu menjadi guru asura (asura vedika) atau bangsa Danava. Bentuk kepercayaan dan perkara melibatkan bintang-bintang ini mirip kepada kepercayaan orang Sabian di rantau Mesopotamia, Sumeria, Persia Lama dan di Tanah Arab Lama. Bukan bererti nama agama itu sama, bangsa sama atau terbit lalu disebar dari rantau tertentu tapi bentuk kepercayaan manusia boleh jadi mirip.

Kepercayaan Hindu Klasik

Ciri-ciri deva ini bertanggungjawab bagi tercetusnya unsur-unsur seperti api, udara, air, dan tumbuhan dari tanah. Kebanyakan mereka berperanan kecil sahaja bila agama bangsa Brahmana itu bertumbuh dengan pelbagai jenis falsafah pandangan semesta cendekiawan di rantau benua Hindu.

Setengah devata pula menjadi terkenal pula di rantau tertentu. Devata-devata ini mengawal banyak tugasan yang melibatkan pergerakan kosmos dan evolusi makhluk. Mahadeva seperti Sang Ganesa, mempunyai tugasan yang tiba-tiba jatuh ke pundaknya itu kerana ketekunannya, maka pada ketikanya mereka pun digelar tuan-tuan yang bersevah (melayan) bawah Tuhan Yang Esa, dirupai menerusi Brahma, Wisnu dan Siva.

Banyak lagi makhluk ghaib berkedudukan rendah bangsanya seperti Gandharva (Genderuwo), yang memainkan bunyian di kayangan atau alam ghaib, dan bangsa Apsara, penari kayangan atau wanita bunian. Ghandarva dan Apsara berkahwin dan beranak-pinak sesama sendiri. Sang Vayu (Bayu), merupakan antara jenis deva yang penting. Begitu juga kematian menjelma dengan rupa Sang Yama.

Deva-deva pada pandangan kehinduan ini, merupakan sebangsa makhluk ghaib yang berdiam menjadi penunggu di ciri-ciri persekitaran loka-loka di jagat raya seperti api, angin, air, tanah dan lain-lain. Mereka ini bukannya Tuhan Yang Agung! Tuhan Yang Maha Tinggi itu cuma Dia dengan rupa-Nya yang sendiri-sendiri, Saguna Brahman. Penganut aliran Saiva membayangkan-Nya dengan rupa Betara Siva. Penganut aliran Vaishnava pula membayangkan-Nya dengan rupa, Betara Wisnu. Iswara (Tuhan), atau Brahman itu yang sebenarnya mengawal jagat raya.

Sloka terkenal dari Katha Upanishad menyebut, "Dari (kerana) ketakutan (ini sakti) terhadap Dia, angin bertiup; dari ketakutan terhadap Dia, mentari pun timbul merembang; dari ketakutan terhadap Dia, api, Indra dan kematian, yang kelima, lari". Maka, Iswara Brahman itu sajalah Hakikat Tertinggi, dan deva-deva ini semua cumalah jelmaan-jelmaan (seperti hologram) yang terbit dari Nya.

Pengikut Betara Vishnu Narayana (sering digelar separa deva), memetik banyak sloka yang menyebut mengenai kedudukan deva-deva sebagai pelayan-pelayan di jagat raya saja. Contohnya, Rigveda (1.22.20) menyebut, "oṃ tad viṣṇoḥ paramam padam sadā paśyanti sūryaḥ". Ertinya, "Semua sura (cahaya) itu, memandang kepada duli paduka Dia yang meresapi segalanya".

Vishnu Sahasra Nama dalam sloka penutupnya menyebut, "Maharesi sekelian, nenek moyang, deva-deva, unsur-unsur agung, semua yang bergerak dan tak bergerak membentuk jagat itu, hakikatnya berasal dari Narayana (Yang Memberi Petunjuk)". 

"Hei pemerintah manusia, Aditi itu mempunyai 12 putra dikepalai Indra. Yang termuda, Wisnu, yang dalamnya itu seluruh loka bertempati tinggal" - Mahābhārata 1.60.35

Selasa, 8 April 2014

Devata

Om Svastiastu!


Tajuk ini terlampau besar. Yang ini pun cuma sedikit saja. Jadi terdapat cadangan dari kakang-kakang kita itu minta diasingkan jadi lebih mudah dipahami penganut Buddha yang bukan berketurunan Hindu (India). Yang lain itu, biar mudah diperbaik kesilapan kerana pengetahuan vedika itu tidak mau dicampurkan dengan terbitan rantau. Jadi, anak-anak tidak memberi tabik percuma saja pada devata sebaliknya jua tahu terbitannya itu dari mana, drishtinya itu disokong Brahmana mana, rantaunya itu di mana. Jadi, diharap masukannya membantu.

Dasar Kepercayaan

Deva: Penerangan

Trimurthi

Konsep Trimurthi

Betara  Brahma

Sang Brahma
Kurangnya Sembahan kepada Sang Brahma


Betara Wisnu

Siapa itu Betara Wisnu
Asal-Usul Nama Wisnu
Keperibadian Betara Wisnu

Avatara Betara Wisnu

Begawan Sri Kresna

Betara Siva

Sakti Devata

Siva Sakti

Dewi Sati

Dhaksina Kali: Kaula Cara

Devata Vedika

Betara Indera
Betara Indera: Terbitnya Baginda
Betara Indera dalam Weda
Betara Indera: Ciri-Ciri
Betara Indera: Hubungan dengan Dewata Lain
Betara Indera dalam Purana
Betara Indera dalam Ajaran Buddha dan Jina

Devata Purana

Dewata Hindu: Skandha
Sang Skandha dalam Itihasa
Sang Skandha dalam Kimwadanti Diwiyam
Pemujaan Skandha Merentas Masa

Devata Rantau

India Timur

Siam

Chatugamamarga Ramadewa
Mae Nang Kwak

Jawa

India Tanah Besar

Kerala

Dewa Ayyappa

Tamil Nadu

Dewa

Thawamuniswarar
Muniandy
Aiyannar

Naduwan: Perantara Kematian
    
Dewi
 
Dewi Kali Amman
Pemujaan kepada Dewi Mariamma
Kateri Amman
Dewi Sri Renuka Yellamma
Ibu Maha Sakti
Adhi Parasakti dan Tujoh Jelmaan
Dewi Pratiyangira
Dewi Periyachi Amman

Terbitan devata yang dasar-dasar pun boleh dibicarakan jika terdapat rujukan sastera agama untuk makhluk ghaib seperti dari sumber Vedika, Purana, Itihasa dan lainnnya. Ramai juga orang bukan Hindu yang terkeliru dengan sabdavali seperti deva (dewa), devi (dewi), devata (dewata), bhagavan (begawan), ishvar (iswara), bhattara (betara), dan lain-lain itu kerana mereka menganggap yang perkataan Hindu itu hanya satu jenis agama sedang pada yuga ini, ia lebih kepada perumah yang memayungi pengertian dari segi drishti (falsafah), sampradayam (silsilah jalan keagamaan), budaya, samūdaya (sosial), bhūgola (geografi), kejiwaan (kerohanian) dan lain-lain.

Ahad, 6 April 2014

Itihasa Setan: Mara Musuh Buddha

Penelitian oleh Paul Carus, 1900
Terjemahan NG Group

Pic: Tofugu

Dalam kehidupan baginda Buddha, Mara Deva memainkan peranan yang penting. Ia merupakan unsur yang membentuk halangan bagi jiva untuk mencapai pencerahan. Diceterakan jua tentang bagaimana, pada malam agung baginda meninggalkan kemegahan loka, deva penunggu pintu membuka gerbang membenarkan bakal Buddha keluar. Phra Jataka meneruskan lagi:
"Tatkala Mara datang ke situ dengan tujuan untuk menghalang Bodhisattva itu, seraya berdiri di awangan berteriak, 'Janganlah pergi tuanku!!! Dalam tujuh hari dari sekarang ini, chakramandala akan muncul, dan tuanku akan berkuasa mewarta titah di empat benua dan 2000 jangkauan kepulauan. Berhentilah tuanku!!!'" 
Phra Kumara itu enggan mendengar pujuk rayu Mara itu. Ketika baginda dalam usaha mencari pencerahan itu, baginda bertungkus-lumus tujuh tahun untuk masuk ke jalan tapasvat yang betul dengan menyeksa tubuh kasar baginda melatih jiva. Kesungguhan baginda itu sehingga baginda menjadi kurus keding seperti ranting kayu kering. Ketika itu menjelmalah Mara menghasut baginda supaya berputus asa. Dibacalah kita dalam Paddhana Sutra:

Datanglah Namuche, seraya diucapkanlah kata-kata penuh belas kasihan: "Kau itu sudah kering, sakit dan kematian itu di sekeliling engkau. Kehidupan yang hidup itu lebih baik, wahai tuan yang sopan-santun! Kehidupan itu membolehkan engkau berbuat kerja-kerja baik. Susah sekali untuk memikirkan tentang persekitaran, susah untuk dilalui, susah untuk dimasuki pun".

Bersabda Sang Bhagavat Buddha kepada Mara, "Hey rakan kepada yang pemalas, kau si jahat, untuk apa gerangan engkau kemari? Walaupun pekerjaan yang sedikit pun tidak berguna kepada aku, dan kebajikan apa pula yang diperlukan untuk Mara ke mari memberitahu aku?!"

"Di sisiku ini ada kepercayaan dan sakti, dan pemahaman itu berdiam dalam diriku. Sementelah aku ini menekan diriku, kenapa pula kau menyuruh aku hidup?! Sementelah dagingku ini tersia-sia pergi dan pemikiranku menjadi lebih tenang, lebih memahami serta tapa semadhi aku pun mula menjadi lebih malar. Masih hidup aku ini, dan pemikiranku pun tidak mencari kesenangan deria. Perhatikanlah kemurnian sesuatu kejadian itu!"

"Berahi itu panggilan bala tentera pertamamu; sedih hati yang kedua; lapar dahaga yang ketiga; yang keempat keinginan; yang kelima mandom, lesu dan longlai; yang keenam pengecut; yang ketujuh ragu; yang kedelapan itu munafik, bermuka-muka dan tidak masuk dek akal, penimbunan, gila perhatian, gila penghormatan dan perkara yang diperolehi oleh mereka yang gila perhatian ramai menerusi dia yang memuliakan dirinya mengangkat diri menentang yang lain. Yang ini, hai Namuche, tentera-tentera Hitam engkau yang berperang! Tiada siapa pun yang jaya atas mereka kecuali sang wira berani, dan barangsiapa yang jaya pada mereka itu mencapai suka! Celakalah kehidupan dalam loka ini! Kematian dalam 'peperangan' itu lebih baik bagiku berbanding hidup yang tertewas!"

"Melihat di semua sudut dipenuhi oleh bala tentera dan Mara Deva atas gajahnya, aku keluar berperang supaya dia tidak menggugat aku dari tempat dudukku ini. Tentera kau itu, yang tak mampu ditakluki manusia mahupun deva di loka ini, akan ku hancurkan dengan pemahaman, seperti kendi tanah liat lembap terkena hentaman batu!"

"Dengan menundukkan pemikiran-pemikiranku kepada jiva murniku, dan menegaskan perhatianku, aku akan merantau di kerajaan demi kerajaan mencari pelajar. Mereka itu pasti akan tekun bertenaga, setia dengan disiplin dari diri yang bebas birahi, dan mereka itu akan ke tempat yang tiada tangisan kesedihan."

Berkata Mara Deva, "Selama tujuh tahun aku mengikut Sang Bhagavat, langkah demi langkah, namun tidak ku temui kesilapan pada baginda yang dicerahi, pemikir agung itu".

Bila baginda ke pohon Bodhi itu, Mara Yang Teramat jahat itu bercadang mahu menggoncang keputusan baginda Buddha, sama ada menerusi kekuatan bala tenteranya mahu pun dengan putri-putrinya. "Dia membunyikan teriakan peperangan lalu maju untuk berperang". Bumi menjadi gempa tatkala Mara mendaki gajahnya, mendekati baginda Buddha. Devata, antara mereka itu, Sang Sakra (Betara Indra), raja segala devata, dan Brahma Deva cuba menghentikan tentera namun mereka tak mampu menentang Mara Deva. Mereka terpaksa segera berundur.

Sabda baginda Buddha, "Begitu banyak ini menumpukan segala kekuatan dan tenaga untuk melawa aku seorang. Bonda dan ayahanda tidak bersamaku di sini, tidak juga saudara dan wangsaku. Namun, aku mempunyai 10 Kesempurnaan ini, seperti pemelihara lama yang senantiasa bersamaku. Makanya, sesuai kiranya aku perbuat 10 Kesempurnaan itu sebagai kavacam (perisai) dan khadgam (pedang), dan memberi hentaman seliang ke atas mereka sekaligus memusnahkan bala tentera itu". Lantas baginda tetap duduk berdiam diri di situ merenung 10 Kesempurnaan sebaik mungkin (Buddhism in Translations, H. C. Warren; m.s 77-78).

Mara menyebabkan puting-beliung bertiup menggila namun dia gagal. Dia menyebabkan hujan kilat supaya Buddha itu tenggelam lema, namun tidak setitis pun air hujan membasahi kain yang dipakai baginda. Dia menyebabkan batu-batan jatuh dari atas namun batu-batan itu berubah menjadi jambangan bunga demi terkena kepada baginda. Dia menyebabkan senjata seperti pedang, lembing dan panah terbang menuju kepada Buddha namun bunga-bunga segar sahaja yang muncul bila terkena Buddha dan baginda tidak luka langsung. Dengan cara yang sama diturunkan segala macam debu panas, pasir, dan lumpur namun semuanya berubah menjadi salap kahiyangan saja. Penghujungnya itu, Mara menjadikan sekeliling gelap, tetapi kegelapan itu menjadi cerah di depan baginda umpama malam diterangi mentari.

Mara kemudian berteriak, "Bangkit Siddhartha, bangkit dari situ. Tempat itu bukan engkau punya tetapi aku yang punya!!!!"

Balas baginda, "Mara, engkau itu tidak memenuhi 10 Paramita (Kesempurnaan Jiva). Jadi tempat ini bukan engkau punya! Tempat ini kepunyaan aku!"....

Mara tetap ketegar juga. Dia tidak mahu menerima kenyataan itu kerana baginda itu kejadian bangsa manusia. Baginda Buddha tidak mempunyai saksi di sekeliling sedang Mara dengan bala tenteranya di situ. Sabda baginda, "Tiada sebarang saksi yang boleh bergerak di sini". Lalu baginda menjulurkan tangan kanan baginda ke bumi lalu bertanya, "Sudikah engkau menjadi saksi?". Jawapan ibu pertiwi pun bergema, "Ya, aku memberikan kesaksianku untuk engkau!".

Serentak dengan itu, gajah tunggangan Mara duduk bertimpuh dan semua pengikut Mara bertempiaran lari. Bila dilihat oleh tentera devata di kayangan yang tentera Mara lari lalu mereka bersorak, "Mara sudah tertewass!!!! Phra Kumara Siddhartha telah jaya atasnya! Mari kita rayakan kejayaan ini!".

Semasa baginda Buddha mencapai pencerahan, Mara muncul mengganggu sekali lagi seraya berbisik, "Pergi segera, tuanku, tinggalkan kewujudan! Biar tuan yang dikaruniai itu mati! Inilah masanya untuk tuan yang dikaruniai mati!!".

Dijawab baginda, "Aku tidak akan mati, hei si Jahat! Tidak sehingga saudara dan saudari dalam sampradayam ini, serta upasaka dan upasika semua menjadi pendengar sebenar, vicaksana, terlatih, mahir, bersedia, terpelajar dan lancar agama-agama (kitab suci), memenuhi segala dharma adhikara kecil dan besar, hidup dengan betul, menurut sila, sampai mereka menerima segala ajaran dharma dan mampu mengajari yang lain, menyebarkannya, menyampaikannya, membangunkannya, membukanya, menjelaskannya dengan ringkas dan padat.... sampai yang lain-lain memulakan ajaran-ajaran yang sia-sia, mereka itu pun mampu memadamkannya dan menolaknya, dan menyebarkan karya-karya ajaib kebenaran di luar sana!"

"Aku tidak akan mati sampai ketika agama murni ku ini mencapai jaya, subbhiksa, tersebar meluas dan diketahui ramai isi kandungannya itu, sehingga dengan sepatah kata saja pun, ia akan naik menjadi perisytiharan dalam kalangan orang ramai!".

Beberapa detik sebelum kemangkatan baginda Buddha, Mara Deva mengulangi bisikannya seperti sebelum-sebelumnya, "Mati segera, tuanku, pergilah dari kewujudan ini!"

Baginda membalas, "Bergembiralah engkau; sekejap saja lagi dia yang datang dan pergi (tatagatha) itu akan hilang terus tidak kembali lagi".

Selasa, 1 April 2014

Brahma: Sanggahan Menolak Pandangan Sastera Brahmana


Upanishad segala menganggap bahawa Brahman itu berjantina lelaki. Brahma dalam kedudukan rujukan penamaan, maka Brahma menjadi devata berperibadi sedang Brahman dengan tiada jantina. Jadi Brahma dalam rujukan penamaan pun merujuk Brahman tapi Brahman itu merupakan prinsip loka yang tidak berperibadi. 

Upanishad tidak ketat membedakan antara dua kata nama itu. Namun, upanishad semua menjelaskan bahawa Brahma itu mempunyai ciri-ciri seperti:
  • Mempunyai sinaran cahaya dan kelipan cahaya lembut.
  • Ghaib.
  • Tidak diketahui dan mustahil untuk diketahui cirinya.
  • Serba tahu.
Upanishad-upanishad lama turut mengaitkan ciri-ciri itu dengan Brahman. Dalam sastera-sastera Buddha, disebut bahawa ada ramai Brahma. Brahma-brahma itu membentuk sebangsa manusia yang jiwa mereka maju lalu jiwa mereka terjelma di alam para Brahma. Jelmaan itu boleh terjadi dengan pengamalan ajaran Buddha. Dalam sastera awal, diceterakan hujah baginda Buddha menolak kewujudan "hanya" seorang pencipta. Sastera suci Pali tak pula menyebut mengenai Brahman yang tidak berjantina itu walaupun Brahma selari dipakai dalam gabungan kata bagi mengertikan sesuatu yang terbaik atau tertinggi. Seperti yang disebutkan sebelum-sebelum ini, pemahaman kebanyakan orang Brahmana berhubung dengan Brahma itu bersesuaian dengan konsep Brahman dalam semua upanishad.

Brahmana yang muncul dalam Tevijja Suttanta dari Digha Nigaya menganggap "kesatuan dengan Brahma" itu sebagai kebebasan jiwa lalu bersungguh-sungguh untuk mencapai kebebasan. Dalam sastera diceterakan bahawa Brahmana samaya itu berkata, "Benarlah setiap Brahmana menguasai Trivedi berkata, 'Kita akan menjelaskan lanjut mengenai jalan untuk penyatuan dengan sesuatu yang tidak kita ketahui dan tidak melihat. Inilah jalan yang benar, yang membawa kepada kebebasan. Jika seseorang itu mengamalkannya, pastilah dia akan mampu masuk bersekutu dengan Brahma'". Upanishad-upanishad awal sering menyebut mengenai "bersekutu dengan Brahma", dan ungkapan "sesuatu yang kita tidak ketahui dan tidak lihat" itu sepadan dengan Brahman dalam upanishad.

Dalam upanishad terawal sekali, Brihadaranyaka Upanishad, Yang Maha Mutlak, yang disebut sebagai Brahman itu "tak pernah pupus" (David Kalupahana; 1975). Sastera Pali mempersembah "pandangan yang secara halus merosak" yang dikembangkan sebagai prinsip mutlak berselari dengan Brahman itu menerusi ayat, "Wahai bhiksu sekelian! Pada samaya baka, Brahma, mengeluarkan pandangan merosak berikut iaitu, 'Ia itu kekal. Ia abadi. Ia sentiasa wujud. Ia berdiri sendiri. Ia mempunyai dharma tak akan pernah pupus. Ia tidak dilahirkan, tak akan tua, tak akan mati, tak akan hilang dan tak akan dilahirkan lagi. Lanjut lagi, tiada kebebasan lain yang lebih tinggi daripadanya wujud di mana-mana pun". Prinsip yang dijelaskan ini selari dengan konsep Brahman yang tersebut dalam Upanishad. Menurut sastera ini, baginda Buddha mengutuk ungkapan ini dengan ungkapan, "Jelaslah Baka Brahma diliputi oleh ketidakbijaksaan" (A History of Early Vedānta Philosophy: Part One; Hajime Nakamura; 1990).

Baginda Buddha membataskan diri baginda kepada perkara yang mempunyai bukti kajian. Bukti kajian baginda pula didasarkan kepada pengalaman yang dialami deria-deria tubuh biasa dan persepsi melampaui deria yang didapati menerusi semadhi (tumpuan) mental tahap-tahap yang tinggi (David Kalupahana; 1977)

Deva: Brahmā


Brahma ini menurut ajaran Buddha, merupakan sejenis bangsa deva yang tidak bernafsu jantina untuk berhubungan jenis mahu pun bernafsu makan lagi dan tersebut dalam Prapancavijnana Buddha.

Terbitan

Nama Brahma terbit dari tradisi Vedika, Brahma muncul sebagai pencetus jagat raya. Sastera agama Buddha pula menggambarkan wujudnya beberapa Brahma dalam jagat yang sama. Setengah daripada Brahma ini ingat bahawa mereka itu pencipta loka yang "maha berkuasa". Baginda Buddha membetulkan pandangan deva-deva Brahma tersebut. Cetera, perangai nesai dan fungsi Brahma menurut ajaran Buddha itu berbeda dari Brahma dalam ajaran Vedika.

Namun, dapat dipastikan bahawa salah seorang Brahma yang dikenalpasti menurut ajaran Buddha pernah menjadi tumpuan semahan oleh Brahmana sebelum baginda Buddha muncul. Baginda Buddha menjelaskan bahawa Brahma dalam tradisi Vedika itu satu salah faham, peringatan yang salah, dari satu atau lebih Brahma (Brahmajāla Sutra; Digha Nikaya 1). Penganut Buddha tak mengenal konsep Brahman seperti penganut agama Hindu yang merujuk kekuasaan Sang Hiyang yang serba mencakupi dengan konsep itu.

Penjatian

Sekurang-kurangnya ada empat cara menafsirkan sabdavali Brahma. Ia boleh merujuk:
  • Sebarang deva di Ārūpyadhātu dan Rūpadhātu.
  • Sebarang deva di loka Rūpadhātu, dari Śubhakṛtsna ke Brahmapāriṣadya.
  • Sebarang deva di triloka bawah Rūpadhātu.
  • Mahābrahmā, devata tertinggi dalam kalangan Brahma.
Dalam pengertian "makhluk Rūpadhātu", sabdavali Brahma boleh dikaitkan dengan Brahmavihāra. Ia merujuk kepada tahap tapa semadhi yang dicapai menerusi empat Rūpadhyāna yang dikongsi juga oleh penduduk buana Rūpadhātu.
 
Brahmā Perseorangan

Beberapa Brahmā diberi nama dalam agama-agama Buddha. Disebabkan kekaburab dalam sabdavali Brahma ini, selalu juga terjadi ketidakpastian tentang kedudukan semua tokoh ini dalam konteks prapancavijnana. Dari segi sastragama, mereka ini sama ada dipersembah sebagai tokoh-tokoh kekuasaan atau sebagai watak dengan rasa mementingkan diri yang melampau.

Baka Brahma

Brahma burung bangau yang muncul dalam Madhyama Nikaya. Beliau ini percaya bahawa loka ini kekal abadi tidak akan pernah merosak maka dia pun percaya dia itu abadi. Tiada siapa pun lagi yang tinggi lokanya daripada loka ciptaannya.

Baginda Buddha menolak dakwaan Brahma itu. Baginda bersabda bahawasanya semua benda dalam alam semesta ini anitya (tak kekal). Namun salah seorang pengasuh Brahma ini dihasut Mara tetap menegaskan Baka Brahma itu adalah Pencipta. Barangsiapa yang memujinya itu diberi pahala dan sesiapa yang menafikan kekuasaannya itu nanti menerima azab seksa yang pedih! Baginda Buddha mengenalpasti suara itu sebaga Mara Deva lantas mengisytiharkan diri baginda bebas daripada kuasanya.

Baka Brahma menyatakan bahawa sia-sia saja perisytiharan baginda Buddha itu kerana kekuasaannya itu dipercayai oleh dirinya sebagai sejagat. Dia menunjukkan bahawa jika baginda Buddha bergantung dengan segala benda dalam ilmunya itu maka baginda akan berada dalam alamnya. Baka Brahma akan bertindak ke atas baginda Buddha menurut budi bicaranya. Baginda Buddha membalas bahawa kekuasaan Brahma itu tak setara mana. Terdapat saja alam-alam yang tak diketahui oleh Brahma. Ilmu baginda Buddha itu menempatkan baginda lebih tinggi daripada Brahma itu. Brahma itu diyakinkan oleh baginda Buddha menerusi divyacaksus baginda menyoroti siapakah diri Brahma serta rujukan hidup lampau Brahma itu sendiri.

Baka Brahma sebelum jiwanya naik menjadi Brahma Deva itu merupakan seorang alim bernama Kesava. Beliau sering menyelamatkan nyawa orang ramai dengan pelbagai cara. Menerusi kemahiran semadhi beliau, lalu beliau terjelma menjadi Brhatphala Deva selepas menghembuskan nafas dari tubuh Kesava. Kelahiran seterusnya itu menurunkan pula tarafnya sampai terjelma dalam Rupadhatu menjadi Brahma biasa saja. Dalam kejadian lain lagi, Baka Brahma percaya bahawa tiada bhiksu atau orang zuhud yang mampu masuk ke alamnya walaupun dengan kuasa jelmaan lampau biasa, tapi baginda Buddha serta beberapa pelajar baginda membuktikan kepercaan Brahma itu salah dengan melawatnya sendiri (Brahmani Mantanika Sutra; Baka Brahma Sutra).

Brahma Saghampati

Beliau ini yang tertua dalam kalangan Maha Brahma. Beliau melawat baginda Buddha semasa peristiwa Buddha Jayanti dan semasa baginda bertapa di Uruvelā menggalakkan baginda supaya mengajar dharma kepada manusia. Menurut setengah ulasan, Brahma ini merupakan bekas bhiksu bertaraf anagami bernama Sahaka. Beliau pernah berada dalam Samgha Buddha Kāśyapa. Selepas meninggal, beliau dijelmakakan di Śuddhāvāsa.

Beliau pernah menggalakkan seorang wanita yang anaknya itu seorang bhiksu supaya jangan memberi dana kepada Brahma sebaliknya disuruh memberi dana kepada anaknya sendiri yang kebetulan bernama Brahmadeva. Saṃyutta Nikāya mempunyai catitan ucapan yang pernah dilontarkan Brahma ini semasa beliau bertemu dengan baginda Buddha bersama Śakra. Beliau turut menemui Buddha semasa kematian baginda dan ayat-ayat berkaitan beliau dicatit dalam Mahāparinirvāna Sutra. Brahma ini dilihat rapat sekali dengan baginda Buddha.

Brahmā Sanatkumāra

Brahmā Sanaṅkumāra, sentiasa muda, muncul disebut dalam Janavasabha Sutra (DN. 18). Diceterakan, beliau diingati sebagai pencetus kewujudan khayalan supaya boleh dilihat oleh deria kasar Śakra dan dewa-dewa di Trāyastriṃśa. Beliau memperlihat kepada dewa-dewa seolah sedang berbicara dengan mereka secara asing-asing. Beliau menasihati mereka supaya mengikut prinsip ajaran dharma oleh baginda Buddha serta menjelaskan kesan karmika amalannya. Pengulas agama menjelaskan bahawa Brahma ini muncul dalam rupa lelaki muda dengan rambut diikat lima seperti remaja lelaki baru baligh.

Mahābrahmā

Sabdavali ini merujuk kepada gelaran deva-deva tribhuvan di Rupadhatu. Boleh juga gelaran devata alam tinggi lain. Gelarannya adalah Brahma, Maha Brahma, Pemerintah, Pengarah, Penunjuk, Bapa semua yang wujud dan yang akan wujud. 

Menurut Brahmajāla Sutra (DN. 1), seorang Maha Brahma itu sebenarnya merupakan makhluk loka Ābhāsvara yang terjatuh ke loka rendah sedikit disebabkan kehausan pahala. Dia terjelma sendirian dalam Brahmaloka lalu terlupa kewujudan lampaunya. Dia membayangkan dirinya itu wujud sendiri tanpa penyebab. Makhluk-makhluk yang terjelma dari alamnya ke alam manusia dan mampu mengingatinya secara samar-samar mempercayainya sebagai pencipta alam ini.

Kevaddha Sutra (DN.11) menyebut, salah seorang Mahābrahmā gagal menjawab soalan falsafah yang ditanya oleh seorang bhiksu kepadanya. Dia menyembunyikan hakikat ini daripada deva-deva pembantunya disebabkan malu. Brahma itu diam-diam menyuruh bhiksu itu pergi bertanya kepada baginda Buddha kerana dia pun tidak tahu....

Isnin, 24 Mac 2014

Māra Deva


Māra Deva merupakan jenis jin setan yang menggoda Siddharta Gautama dengan memperlihat kepada baginda wanita-wanita cantik yang menurut ceteranya diperkata sebagai putri-putri sang Māra. Dalam prapancavijnana Buddha, Māra ini merupa dari keinginan kuat tiba-tiba untuk perkara tidak semenggah, ketidakmahiran, dan kematian kehidupan kerohanian. Māra itu adalah keadaan jiwa, menggelincirkan manusia dari kehidupan rohaniah dengan menjadikan benda-benda yang biasa kelihatan menarik hati atau yang negatif itu kelihatan positif.

Pengertian rujukan kepada Māra diberikan dalam empat pengertian menurut ajaran Buddha tradisional:
  • Klesa Māra, Māra sebagai jelmaan semua emosi tak mahir.
  • Mrtyu Māra, Māra sebagai kematian dengan pengertian gelung kelahiran dan kematian.
  • Skandha Māra, Māra sebagai gambaran bagi keseluruhan kewujudan bersyarat.
  • Devaputra Māra, Māra putra kepada sejenis deva, yang memang wujud.
Ajaran Buddha awal mengenalpasti kedua-dua jenis tafsiran perkataan itu sebiji begitu atau kejiwaannya. Ia dijelaskan sebagai entiti yang memang betul-betul wujud, seperti juga devata Vedika yang ditunjukkan wujud di sekeliling baginda Buddha, dan juga dijelaskan secara dasarnya sebagai tenaga kejiwaan, perlambangan bagi pelbagai proses keraguan dan godaan yang menghalang amalan kerohanian.

Buddha jayanti atas Māra merupakan asana biasa diperguna dalam seni membentuk arca Buddha. Buddha Guru digambarkan dengan tangan kiri di riba, tapak tangan menghadap langit, dan tangan kanan diletak di lutut kiri. Jari tangan kanan baginda menyentuh bumi, menyeru Phra Dharani menjadi saksi jaya baginda mengatasi Māra dan mencapai tahap kesedaran Buddha. Asana ini dirujuk juga sebagai mudra sentuh tanah. Deva ini dirujuk juga sebagai Kama Deva oleh pengikut sastera Vedika dengan pengertian "dia yang mencederakan".

Terbitan

Sir Ralph Lilley Turner dan Dorothy Rivers Turner (2006) dalam A comparative dictionary of the Indo-Aryan languages mencatitkan bahawa kata Māra diterbitkan dari akar bahasa Indo-Eropah Tua, mer yang bererti mati. Ia turut berkaitan dengan Mara di Eropah, Marzanna di Slavia dan Māra di Latvia. Mara di Latvia diberi pengertian ibu pertiwi dan mempunyai pengertian positif, berciri bijaksana dan pemurah.

Tiga Putri

Dalam setengah cetera pencerahan baginda Buddha, diperkata bahawasa Māra Deva menghantar tiga putrinya (māradhītā) untuk menduga baginda Buddha serta untuk menghentikan usaha baginda. Tiga putrinya itu dikenalpasti sebagai:

1. Taṇhā, nafsu keinginan.
2. Arati, kebosanan dan menyampah.
3. Raga, nafsu kebirahan.

(SN 4.25, berjudul, "Māradhītā" (Bodhi, 2000, m.s. 217-20); Suttanipata 835 (Saddhatissa, 1998, m.s 98))

Sebagai contoh, dalam Māra-sayutta dari Samyutta Nikaya, putri-putri Mara Deva itu gagal menundukkan baginda Buddha...

Mereka mendatangi baginda serba indah gemerlapan, Tahā, Arati, dan Rāga. Namun Guru menyapu terus mereka di situ juga. Bagai angin menghembus putik kapas luruh (SN 4.25, v. 518; Bodhi, 2000, m.s 220). Setengah cetera merujuk kepada kewujudan lima putri, yang mewakili rupa tiga racun: tarikan, kemeluatan, dan khayalan, diikuti dengan kebanggaan dan takut. Dengan bentuk keterangan yang sama, dalam Suttanipata 436 (Saddhatissa, 1998, p. 48), taṇhā dijelmakan sebagai salah satu senā (tentera) Kematian bersama dengan kāmā (keinginan membirah), arati (menyampah) dan khuppipāsā (rasa lapar serta dahaga).

Rujukan

1. Bodhi, Bhikkhu (terj.) (2000). The Connected Discourses of the Buddha: A Translation of the Samyutta Nikaya. Boston: Wisdom Pubs.

2. Saddhatissa, H. (penterjemah) (1998). The Sutta-Nipāta. London: RoutledgeCurzon Press.