Memaparkan catatan dengan label makhluk halus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makhluk halus. Papar semua catatan

Selasa, 8 April 2014

Devata

Om Svastiastu!


Tajuk ini terlampau besar. Yang ini pun cuma sedikit saja. Jadi terdapat cadangan dari kakang-kakang kita itu minta diasingkan jadi lebih mudah dipahami penganut Buddha yang bukan berketurunan Hindu (India). Yang lain itu, biar mudah diperbaik kesilapan kerana pengetahuan vedika itu tidak mau dicampurkan dengan terbitan rantau. Jadi, anak-anak tidak memberi tabik percuma saja pada devata sebaliknya jua tahu terbitannya itu dari mana, drishtinya itu disokong Brahmana mana, rantaunya itu di mana. Jadi, diharap masukannya membantu.

Dasar Kepercayaan

Deva: Penerangan

Trimurthi

Konsep Trimurthi

Betara  Brahma

Sang Brahma
Kurangnya Sembahan kepada Sang Brahma


Betara Wisnu

Siapa itu Betara Wisnu
Asal-Usul Nama Wisnu
Keperibadian Betara Wisnu

Avatara Betara Wisnu

Begawan Sri Kresna

Betara Siva

Sakti Devata

Siva Sakti

Dewi Sati

Dhaksina Kali: Kaula Cara

Devata Vedika

Betara Indera
Betara Indera: Terbitnya Baginda
Betara Indera dalam Weda
Betara Indera: Ciri-Ciri
Betara Indera: Hubungan dengan Dewata Lain
Betara Indera dalam Purana
Betara Indera dalam Ajaran Buddha dan Jina

Devata Purana

Dewata Hindu: Skandha
Sang Skandha dalam Itihasa
Sang Skandha dalam Kimwadanti Diwiyam
Pemujaan Skandha Merentas Masa

Devata Rantau

India Timur

Siam

Chatugamamarga Ramadewa
Mae Nang Kwak

Jawa

India Tanah Besar

Kerala

Dewa Ayyappa

Tamil Nadu

Dewa

Thawamuniswarar
Muniandy
Aiyannar

Naduwan: Perantara Kematian
    
Dewi
 
Dewi Kali Amman
Pemujaan kepada Dewi Mariamma
Kateri Amman
Dewi Sri Renuka Yellamma
Ibu Maha Sakti
Adhi Parasakti dan Tujoh Jelmaan
Dewi Pratiyangira
Dewi Periyachi Amman

Terbitan devata yang dasar-dasar pun boleh dibicarakan jika terdapat rujukan sastera agama untuk makhluk ghaib seperti dari sumber Vedika, Purana, Itihasa dan lainnnya. Ramai juga orang bukan Hindu yang terkeliru dengan sabdavali seperti deva (dewa), devi (dewi), devata (dewata), bhagavan (begawan), ishvar (iswara), bhattara (betara), dan lain-lain itu kerana mereka menganggap yang perkataan Hindu itu hanya satu jenis agama sedang pada yuga ini, ia lebih kepada perumah yang memayungi pengertian dari segi drishti (falsafah), sampradayam (silsilah jalan keagamaan), budaya, samūdaya (sosial), bhūgola (geografi), kejiwaan (kerohanian) dan lain-lain.

Isnin, 24 Mac 2014

Māra Deva


Māra Deva merupakan jenis jin setan yang menggoda Siddharta Gautama dengan memperlihat kepada baginda wanita-wanita cantik yang menurut ceteranya diperkata sebagai putri-putri sang Māra. Dalam prapancavijnana Buddha, Māra ini merupa dari keinginan kuat tiba-tiba untuk perkara tidak semenggah, ketidakmahiran, dan kematian kehidupan kerohanian. Māra itu adalah keadaan jiwa, menggelincirkan manusia dari kehidupan rohaniah dengan menjadikan benda-benda yang biasa kelihatan menarik hati atau yang negatif itu kelihatan positif.

Pengertian rujukan kepada Māra diberikan dalam empat pengertian menurut ajaran Buddha tradisional:
  • Klesa Māra, Māra sebagai jelmaan semua emosi tak mahir.
  • Mrtyu Māra, Māra sebagai kematian dengan pengertian gelung kelahiran dan kematian.
  • Skandha Māra, Māra sebagai gambaran bagi keseluruhan kewujudan bersyarat.
  • Devaputra Māra, Māra putra kepada sejenis deva, yang memang wujud.
Ajaran Buddha awal mengenalpasti kedua-dua jenis tafsiran perkataan itu sebiji begitu atau kejiwaannya. Ia dijelaskan sebagai entiti yang memang betul-betul wujud, seperti juga devata Vedika yang ditunjukkan wujud di sekeliling baginda Buddha, dan juga dijelaskan secara dasarnya sebagai tenaga kejiwaan, perlambangan bagi pelbagai proses keraguan dan godaan yang menghalang amalan kerohanian.

Buddha jayanti atas Māra merupakan asana biasa diperguna dalam seni membentuk arca Buddha. Buddha Guru digambarkan dengan tangan kiri di riba, tapak tangan menghadap langit, dan tangan kanan diletak di lutut kiri. Jari tangan kanan baginda menyentuh bumi, menyeru Phra Dharani menjadi saksi jaya baginda mengatasi Māra dan mencapai tahap kesedaran Buddha. Asana ini dirujuk juga sebagai mudra sentuh tanah. Deva ini dirujuk juga sebagai Kama Deva oleh pengikut sastera Vedika dengan pengertian "dia yang mencederakan".

Terbitan

Sir Ralph Lilley Turner dan Dorothy Rivers Turner (2006) dalam A comparative dictionary of the Indo-Aryan languages mencatitkan bahawa kata Māra diterbitkan dari akar bahasa Indo-Eropah Tua, mer yang bererti mati. Ia turut berkaitan dengan Mara di Eropah, Marzanna di Slavia dan Māra di Latvia. Mara di Latvia diberi pengertian ibu pertiwi dan mempunyai pengertian positif, berciri bijaksana dan pemurah.

Tiga Putri

Dalam setengah cetera pencerahan baginda Buddha, diperkata bahawasa Māra Deva menghantar tiga putrinya (māradhītā) untuk menduga baginda Buddha serta untuk menghentikan usaha baginda. Tiga putrinya itu dikenalpasti sebagai:

1. Taṇhā, nafsu keinginan.
2. Arati, kebosanan dan menyampah.
3. Raga, nafsu kebirahan.

(SN 4.25, berjudul, "Māradhītā" (Bodhi, 2000, m.s. 217-20); Suttanipata 835 (Saddhatissa, 1998, m.s 98))

Sebagai contoh, dalam Māra-saṃyutta dari Samyutta Nikaya, putri-putri Mara Deva itu gagal menundukkan baginda Buddha...

Mereka mendatangi baginda serba indah gemerlapan, Taṇhā, Arati, dan Rāga. Namun Guru menyapu terus mereka di situ juga. Bagai angin menghembus putik kapas luruh (SN 4.25, v. 518; Bodhi, 2000, m.s 220). Setengah cetera merujuk kepada kewujudan lima putri, yang mewakili rupa tiga racun: tarikan, kemeluatan, dan khayalan, diikuti dengan kebanggaan dan takut. Dengan bentuk keterangan yang sama, dalam Suttanipata 436 (Saddhatissa, 1998, p. 48), taṇhā dijelmakan sebagai salah satu senā (tentera) Kematian bersama dengan kāmā (keinginan membirah), arati (menyampah) dan khuppipāsā (rasa lapar serta dahaga).

Rujukan

1. Bodhi, Bhikkhu (terj.) (2000). The Connected Discourses of the Buddha: A Translation of the Samyutta Nikaya. Boston: Wisdom Pubs.

2. Saddhatissa, H. (penterjemah) (1998). The Sutta-Nipāta. London: RoutledgeCurzon Press.

Selasa, 7 Januari 2014

Dunia Makhluk Halus: Punca Diserang


Sebelum masuk lebih jauh lagi, sebenarnya orang ramai perlu sedar satu perkara ini. Kau tak semestinya menjadi mangsa dunia makhluk halus itu disebabkan oleh ilmu hitam, santet atau santau. Dalam syarat-syarat tertentu pun, ada saja makhluk halus lain yang boleh melekat kepada engkau. Ertinya itu, kau mengalami kelemahan cakra disebabkan lemah rohani. Satu lagi makhluk tersebut terpanggil untuk melekat kepada engkau disebabkan oleh perhubungan gelombang cakra tertentu yang dikeluarkan menerusi tubuh engkau yang disebut sebagai "pembayang". Pembayang ini boleh menyebabkan kejadian lain pula berlaku iaitu "kerasukan".  

Dasar-Dasar
  • Wanita lebih mudah menjadi mangsa dunia makhluk halus dibandingkan dengan lelaki.
  • Petanda nampak lebih jelas pada wanita kalau dibandingkan dengan lelaki. Jadi lelaki menghadapi risiko besar pula kehilangan nyawa disebabkan lambat sedar. Kecuali jika orang tesebut kuat amalan kerohaniannya atau kesedarannya berada di tahap tertinggi maka makhluk halus sukar mendekatinya jika dibandingkan dengan orang biasa.
  • Wanita yang menarik perhatian atau yang cantik menawan mudah jatuh menjadi mangsa makhluk halus dan setan.
Kelemahan Perisai Cakra

Beberapa perbuatan ini menyebabkan cakra perisai engkau lemah maka engkau mudah terdedah kepada ancaman makhluk halus yang nakal atau menerima pendamping tak diundang.....
  • Menyental daging berjenis-jenis sesuka hati setiap nya hari.
  • Meminum benda yang melalaikan seperti tuak atau ambil dadah.
  • Ketegangan perasaan dan kemurungan.
  • Melawat perkuburan dan tapak pembakaran mayat.
  • Masuk hutan dan berseorangan di tempat-tempat jin bertendang tiada orang.
  • Melawat puing-puing bangunan lama yang runtuh seperti kubu, gua, muzium, pecandian, piramid, bangkai kapal lama dan tapak peperangan.
  • Masuk tempat kotor dan tak bersih seperti bar, kelab malam, kelab suka-ria seperti kelab gay, atau pasar-pasar.
  • Kepala otak kaki dengki dan suka membenci.
  • Mengamuk melampau-lampau dan perasaan tak terkawal.
  • Behubungan jenis dengan teman secara tidak betul terutamanya di rantau mandala gelap seperti pada malam-malam bulan purnima atau amavasya (gelap).
  • Kemalangan atau kesakitan.
Untuk dua pekara di bawah itu iaitu kemalangan dan kesakitan sila lah ambil perhatian. Aku sedang dan pernah terkena keadaan ini. Hal itu menyebabkan aku menjalani tapasvinam dan upuvasa selain memarahi orang-orang degil yang membawa masuk daging dalam dapur rumah sewa aku!!!!!