Memaparkan catatan dengan label jin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jin. Papar semua catatan

Sabtu, 12 April 2014

Deva: Penerangan


Deva ini merupakan makhluk ghaib yang memberi kebaikan kepada jagat raya. Yang perempuannya devi. Sabdavali penuh kita untuk makhluk ghaib ini adalah devasura. Juga dipanggil para sura. Yang berlawanan ciri dengan devasura itu adalah asura. Disebut asura itu saudara-saudara tiri devasura sekelian. Deva-deva ini juga merupakan pemelihara alam-alam di jagat raya menurut perintah menteri-menteri, iaitu Trimurti. Deva dan asura saling berperang sesama sendiri. Perkara ini sering disalahertikan sebagai rujukan kepada Tuhan oleh penganut agama lain seperti Yahudi, Kristian atau Islam sedangkan mereka tidak begitu jelas dengan timbulnya garis halus pemisah antara kepercayaan bapa ketiga-tiga agama terbitan itu dengan kepercayaan lain di Mesopotamia dan Sumeria seperti Sabian dan lain-lain.

Terbit Kata

Terbitan dari bahasa Indo-Kaukasus lama, deiwos, yang mulanya cuma sejenis kata rupa untuk kayangan atau sinaran berkilat, terbit dari kata akar diw yang bererti "bersinar" utamanya merujuk kepada pancaran sinaran di pagi hari. Bentuk wanita untuk kata Indo-Kaukasus lama ini, deiwih, turun menjadi bahasa-bahasa Hindu kini, devi. merujuk kepada makhluk ghaib perempuan. Kata Divali dalam bahasa Hindustan kini pun mempunyai perkaitan dengan ciri-ciri cahaya.

Bahasa-bahasa di Eropah moden pun mempunyai perkataan terbitan bahasa Kaukasus lama (rujuk ke itihasa bangsa-bangsa Hindu untuk mengetahui pecahan suku puak di benua India Purba) untuk deiwos (deva) walaupun bukan Hindu contohnya:
  • Tiwaz dalam bahasa jenis Jerman seperti terbitan bahasa Inggeris Tuesday, Dievas (bahasa Lithuania), Dievs (bahasa Latvia), serta Deiwas (bahasa Prussia dan bahasa Norse lama).
  • Deus dan Divus dari bahasa Latin yang merujuk kepada unsur cahaya kayangan yang menerbitkan perkataan bahasa Inggeris seperti divine atau deity dan perkataan bahasa Perancis, iaitu dieu, perkataan bhs Sepanyol, dios, perkataan bahasa Portugis, deus, dan perkataan bhs Itali, dio.
  • Bahasa Yunani pun mempunyai perkataan yang berdekatan bunyi dan pengertian iaitu Zeos (raja dan bapa dewata) dan theos.
Bahasa di sebelah timur pula sama ada memang jenis Kaukasia seperti bahasa jenis Parsi atau yang menyerap perkataan deva ini dari bahasa Sanskerta seperti bahasa Melayu, bahasa Siam, bahasa Tamil dan bahasa Hindi:
  • Bahasa Siam, tevoda (devata), thevi (dewi), dan thep (deva).
  • Bahasa Melayu, dewata (devata), dewi (devi), dan dewa (deva). 
  • Bahasa Parsi, dīv (semangat), bahasa Pashtun, bahasa Balochi, dan bahasa Kurdish, dêw (hantu).
  • Bahasa Tamil, thevi (dewi), theiva (deva), dan theivada (devata).
  • Bahasa Hindi, devta (devata), dev (deva), dan devi.
Yang berkaitan lagi dengan akar hampir serupa boleh dirujuk kepada kata Dyaus, bapa kayangan bersinar, kepala bagi segala deva dari terbitan cahaya, api dan lain-lain lima unsur jagat raya. Kayangan (bukan langit awan semua itu, tapi langit seperti yang terdapat dalam kajian sains astronomi) disebut sebagai Dyuloka.

Veda-Veda dan Agama Brahmana

Veda-veda mempunyai mantrakatha yang menyeru deva-deva untuk mendapatkan restu (berkat) bagi melalui kehidupan seharian. Rigveda mempunyai sebutan untuk deva itu sampai 33 deva semua.

Setengah deva ini merupakan pemerupaan tenaga-tenaga alam sekitar dan setengah lagi itu merupakan semangat merupa dari nilai-nilai susila seperti kelompok samudaya aditya atau asura, Varuna dan Mitra. Deva-deva utama ditujukan mantra-mantra Rigveda itu seperti Betara Indra, Agni, dan Soma. Agni dan Soma itu terjelma dari unsur pengorbanan disebut sebagai Yagna.

Sastera pasca Rigveda, Aitareya Brahmana dalam sloka pembukanya memaparkan bahawa terdapat susunan kedudukan dalam kalangan deva. Banyak devata itu ditabik bersama-sama oleh orang Brahmana sebagai Vishwedeva, seluruh devata. Sang Varuna dipergolong kepada jenis deva (sura) dan asura. Sang Savitra, Wisnu, dan Rudra (kemudian Siva) dalam kelompok devata (yang terbit dulu). Prajapati dikenalpasti sebagai Brahma. Devi-devi pula seperti Ushas (fajar), Pertiwi (bumi) dan Saraswati (tasik).

Upanishad-Upanishad

Brighadaranyaka menyebut kira-kira 33 deva di kayangan, yang terlibat dalam membawa upacara yagna (pengorbanan). Terdapat delapan Vasu, 11 Rudra, 12 Aditya, Indra, dan Prajapati, yang semua mereka tersebut dalam Rigveda....

स होवाच महिमान एवैषामेते त्रयस्त्रिँशत्त्वेव देवा इति कतमे ते त्रयस्त्रिँशदित्यष्टौ वसव एकादश रुद्रा द्वादशादित्यास्त एकत्रिंशदिन्द्रश्चैव प्रजापतिश्च त्रयस्त्रिँशाविति॥ (वृहदारन्यक ६.९)

Cuba  tuan-tuan budiman perkaitkan dengan ajaran Phra Guru kita, baginda Siddhartha Gautama yang dicerahi itu berkenaan makhluk ghaib deva-deva ini. Kita tidak melihat baginda menolak veda-veda sebaliknya baginda cuma tidak bersetuju dengan sikap buruk yang mulai meracun jiwa bangsa Brahmana serta drishti-drishti yang tidak selari dengan pemahaman para resi arya itu perlu diperhatikan semula.

Purana-Purana

Salah satu daripada Brahma di rantau jagat kita ini mempunyai 10 anakanda....
  • Marici
  • Atri
  • Angira
  • Pulastya
  • Pulaha 
  • Kratu
  • Vasistha
  • Daksa
  • Narada
Marici mempunyai putra, Maharesi Kasyapa. Maharesi Kasyapa berbini 13 orang pula. Yang terkenal dalam kalangan biniya itu, Aditi, Diti, Danu, dan Kadru. Putra-putra Aditi, digelar sebagai Aditya, putra-putra Danu menjadi bangsa Danava, putra-putra Diti menjadi bangsa Daitya. Brighaspati (Jupiter) putra kepada Angira menjadi gurudeva (deva vedika). Sukracharya (Venus) putra Bhrigu menjadi guru asura (asura vedika) atau bangsa Danava. Bentuk kepercayaan dan perkara melibatkan bintang-bintang ini mirip kepada kepercayaan orang Sabian di rantau Mesopotamia, Sumeria, Persia Lama dan di Tanah Arab Lama. Bukan bererti nama agama itu sama, bangsa sama atau terbit lalu disebar dari rantau tertentu tapi bentuk kepercayaan manusia boleh jadi mirip.

Kepercayaan Hindu Klasik

Ciri-ciri deva ini bertanggungjawab bagi tercetusnya unsur-unsur seperti api, udara, air, dan tumbuhan dari tanah. Kebanyakan mereka berperanan kecil sahaja bila agama bangsa Brahmana itu bertumbuh dengan pelbagai jenis falsafah pandangan semesta cendekiawan di rantau benua Hindu.

Setengah devata pula menjadi terkenal pula di rantau tertentu. Devata-devata ini mengawal banyak tugasan yang melibatkan pergerakan kosmos dan evolusi makhluk. Mahadeva seperti Sang Ganesa, mempunyai tugasan yang tiba-tiba jatuh ke pundaknya itu kerana ketekunannya, maka pada ketikanya mereka pun digelar tuan-tuan yang bersevah (melayan) bawah Tuhan Yang Esa, dirupai menerusi Brahma, Wisnu dan Siva.

Banyak lagi makhluk ghaib berkedudukan rendah bangsanya seperti Gandharva (Genderuwo), yang memainkan bunyian di kayangan atau alam ghaib, dan bangsa Apsara, penari kayangan atau wanita bunian. Ghandarva dan Apsara berkahwin dan beranak-pinak sesama sendiri. Sang Vayu (Bayu), merupakan antara jenis deva yang penting. Begitu juga kematian menjelma dengan rupa Sang Yama.

Deva-deva pada pandangan kehinduan ini, merupakan sebangsa makhluk ghaib yang berdiam menjadi penunggu di ciri-ciri persekitaran loka-loka di jagat raya seperti api, angin, air, tanah dan lain-lain. Mereka ini bukannya Tuhan Yang Agung! Tuhan Yang Maha Tinggi itu cuma Dia dengan rupa-Nya yang sendiri-sendiri, Saguna Brahman. Penganut aliran Saiva membayangkan-Nya dengan rupa Betara Siva. Penganut aliran Vaishnava pula membayangkan-Nya dengan rupa, Betara Wisnu. Iswara (Tuhan), atau Brahman itu yang sebenarnya mengawal jagat raya.

Sloka terkenal dari Katha Upanishad menyebut, "Dari (kerana) ketakutan (ini sakti) terhadap Dia, angin bertiup; dari ketakutan terhadap Dia, mentari pun timbul merembang; dari ketakutan terhadap Dia, api, Indra dan kematian, yang kelima, lari". Maka, Iswara Brahman itu sajalah Hakikat Tertinggi, dan deva-deva ini semua cumalah jelmaan-jelmaan (seperti hologram) yang terbit dari Nya.

Pengikut Betara Vishnu Narayana (sering digelar separa deva), memetik banyak sloka yang menyebut mengenai kedudukan deva-deva sebagai pelayan-pelayan di jagat raya saja. Contohnya, Rigveda (1.22.20) menyebut, "oṃ tad viṣṇoḥ paramam padam sadā paśyanti sūryaḥ". Ertinya, "Semua sura (cahaya) itu, memandang kepada duli paduka Dia yang meresapi segalanya".

Vishnu Sahasra Nama dalam sloka penutupnya menyebut, "Maharesi sekelian, nenek moyang, deva-deva, unsur-unsur agung, semua yang bergerak dan tak bergerak membentuk jagat itu, hakikatnya berasal dari Narayana (Yang Memberi Petunjuk)". 

"Hei pemerintah manusia, Aditi itu mempunyai 12 putra dikepalai Indra. Yang termuda, Wisnu, yang dalamnya itu seluruh loka bertempati tinggal" - Mahābhārata 1.60.35

Selasa, 7 Januari 2014

Dunia Makhluk Halus: Punca Diserang


Sebelum masuk lebih jauh lagi, sebenarnya orang ramai perlu sedar satu perkara ini. Kau tak semestinya menjadi mangsa dunia makhluk halus itu disebabkan oleh ilmu hitam, santet atau santau. Dalam syarat-syarat tertentu pun, ada saja makhluk halus lain yang boleh melekat kepada engkau. Ertinya itu, kau mengalami kelemahan cakra disebabkan lemah rohani. Satu lagi makhluk tersebut terpanggil untuk melekat kepada engkau disebabkan oleh perhubungan gelombang cakra tertentu yang dikeluarkan menerusi tubuh engkau yang disebut sebagai "pembayang". Pembayang ini boleh menyebabkan kejadian lain pula berlaku iaitu "kerasukan".  

Dasar-Dasar
  • Wanita lebih mudah menjadi mangsa dunia makhluk halus dibandingkan dengan lelaki.
  • Petanda nampak lebih jelas pada wanita kalau dibandingkan dengan lelaki. Jadi lelaki menghadapi risiko besar pula kehilangan nyawa disebabkan lambat sedar. Kecuali jika orang tesebut kuat amalan kerohaniannya atau kesedarannya berada di tahap tertinggi maka makhluk halus sukar mendekatinya jika dibandingkan dengan orang biasa.
  • Wanita yang menarik perhatian atau yang cantik menawan mudah jatuh menjadi mangsa makhluk halus dan setan.
Kelemahan Perisai Cakra

Beberapa perbuatan ini menyebabkan cakra perisai engkau lemah maka engkau mudah terdedah kepada ancaman makhluk halus yang nakal atau menerima pendamping tak diundang.....
  • Menyental daging berjenis-jenis sesuka hati setiap nya hari.
  • Meminum benda yang melalaikan seperti tuak atau ambil dadah.
  • Ketegangan perasaan dan kemurungan.
  • Melawat perkuburan dan tapak pembakaran mayat.
  • Masuk hutan dan berseorangan di tempat-tempat jin bertendang tiada orang.
  • Melawat puing-puing bangunan lama yang runtuh seperti kubu, gua, muzium, pecandian, piramid, bangkai kapal lama dan tapak peperangan.
  • Masuk tempat kotor dan tak bersih seperti bar, kelab malam, kelab suka-ria seperti kelab gay, atau pasar-pasar.
  • Kepala otak kaki dengki dan suka membenci.
  • Mengamuk melampau-lampau dan perasaan tak terkawal.
  • Behubungan jenis dengan teman secara tidak betul terutamanya di rantau mandala gelap seperti pada malam-malam bulan purnima atau amavasya (gelap).
  • Kemalangan atau kesakitan.
Untuk dua pekara di bawah itu iaitu kemalangan dan kesakitan sila lah ambil perhatian. Aku sedang dan pernah terkena keadaan ini. Hal itu menyebabkan aku menjalani tapasvinam dan upuvasa selain memarahi orang-orang degil yang membawa masuk daging dalam dapur rumah sewa aku!!!!!