Sebelum masuk lebih jauh lagi, sebenarnya orang ramai perlu sedar satu perkara ini. Kau tak semestinya menjadi mangsa dunia makhluk halus itu disebabkan oleh ilmu hitam, santet atau santau. Dalam syarat-syarat tertentu pun, ada saja makhluk halus lain yang boleh melekat kepada engkau. Ertinya itu, kau mengalami kelemahan cakra disebabkan lemah rohani. Satu lagi makhluk tersebut terpanggil untuk melekat kepada engkau disebabkan oleh perhubungan gelombang cakra tertentu yang dikeluarkan menerusi tubuh engkau yang disebut sebagai "pembayang". Pembayang ini boleh menyebabkan kejadian lain pula berlaku iaitu "kerasukan".
Dasar-Dasar
- Wanita lebih mudah menjadi mangsa dunia makhluk halus dibandingkan dengan lelaki.
- Petanda nampak lebih jelas pada wanita kalau dibandingkan dengan lelaki. Jadi lelaki menghadapi risiko besar pula kehilangan nyawa disebabkan lambat sedar. Kecuali jika orang tesebut kuat amalan kerohaniannya atau kesedarannya berada di tahap tertinggi maka makhluk halus sukar mendekatinya jika dibandingkan dengan orang biasa.
- Wanita yang menarik perhatian atau yang cantik menawan mudah jatuh menjadi mangsa makhluk halus dan setan.
Beberapa perbuatan ini menyebabkan cakra perisai engkau lemah maka engkau mudah terdedah kepada ancaman makhluk halus yang nakal atau menerima pendamping tak diundang.....
- Menyental daging berjenis-jenis sesuka hati setiap nya hari.
- Meminum benda yang melalaikan seperti tuak atau ambil dadah.
- Ketegangan perasaan dan kemurungan.
- Melawat perkuburan dan tapak pembakaran mayat.
- Masuk hutan dan berseorangan di tempat-tempat jin bertendang tiada orang.
- Melawat puing-puing bangunan lama yang runtuh seperti kubu, gua, muzium, pecandian, piramid, bangkai kapal lama dan tapak peperangan.
- Masuk tempat kotor dan tak bersih seperti bar, kelab malam, kelab suka-ria seperti kelab gay, atau pasar-pasar.
- Kepala otak kaki dengki dan suka membenci.
- Mengamuk melampau-lampau dan perasaan tak terkawal.
- Behubungan jenis dengan teman secara tidak betul terutamanya di rantau mandala gelap seperti pada malam-malam bulan purnima atau amavasya (gelap).
- Kemalangan atau kesakitan.
Untuk dua pekara di bawah itu iaitu kemalangan dan kesakitan sila lah ambil perhatian. Aku sedang dan pernah terkena keadaan ini. Hal itu menyebabkan aku menjalani tapasvinam dan upuvasa selain memarahi orang-orang degil yang membawa masuk daging dalam dapur rumah sewa aku!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan