Tindakan yang Meningkatkan Kemewahan
Jangan simpan sebatian cendana dalam bekas daripada batu atau kayu. Keadaan ini akan menyebabkan tidak bertuah.
Jika debu terbang disebabkan oleh telapuk kambing biri-biri atau oleh telapuk keldai atau debu apabila lantai disapu disebabkan oleh penyapu atau debu dari kaki wanita terkena kita maka hancurlah kemewahan kita.
Meningkatkan Jangka Hayat
Lima perkara yang memendekkan usia itu adalah apabila cahaya mentari pagi terkena tubuh, asap pembakaran mayat terkena kita, berhubungan jenis dengan wanita lebih tua, minum air berkeladak tanpa menapisnya dulu, dan minum panir malam hari.
Lima perkara meningkatkan jangka hayat secara semulajadi adalah membiarkan cahaya mentari petang terkena tubuh, asap homam terkena tubuh, berhubungan jenis dengan wanita lebih muda, minum air murni dan makan nasi bercampur susu di malam hari.
Membantu orang sakit, masa makan yang teratur, pengamalan Upasana dan menjalankan Namaskaram kepada orang tua pun membantu kepanjangan usia (dari segi mental).
Jika ada binatang jatuh dalam telaga dan mati maka boleh lagi pakai telaga tersebut hanya dengan menceduk keluar 10 cedukan air dari telaga. Kalau ada orang mati dalam telaga itu, harus dikeluarkan terus semua air dari dalam telaga. Kemudian mesti dicuci dengan Pancha Gavyam dan Punyaham (air suci). Selepas itu baru telaga disucikan dan boleh pakai semula untuk kehidupan harian.
Tapak kaki Brahmana adalah suci. Rumah yang terkena tapak kaki Brahmana terpelajar menjadi murni lantainya. Tapi, di punggung Brahmana pula ada Mu Devi (Devi Jyestha). Jangan benarkan Brahmana duduk atas lantai tanpa alas. Berikan lapik seperti tikar, kayu atau papan yang tiada tusukan paku kepadanya buat duduk.
Bahagian belakang lembu adalah suci tapi depannya tidak pula. Devi Laksmi menjadi penunggu di situ. Kau boleh puja dari belakangnya dan letakkan Tilaka di situ. Puja (tabik hormat) lembu, seva lah kepada lembu. Caranya itu dengan memberinya rumput dan menjaganya baik-baik. Berikan tanah buat lembu-lembu meragut merupakan tindakan kebajikan suci.
Dengan Wanita Datang Bulan
Apabila wanita itu datang bulan, beberapa perkara perlu diambil perhatian....
- Tiga hari lamanya jangan dekati wanita yang baru sampai pusingan bulannya.
- Jangan bercakap dengannya.
- Jangan dengar suaranya semasa makan.
- Jangan ambil makanan dan minum air yang bersisa daripadanya.
- Wanita sepatutnya memasak hanya selepas jam 8:30 pagi dan pada hari kelima selepas mandi wajib bersuci.
Kuku dan rambut dianggap sebagai bahan tak bernyawa. Perlu dipotong setiap sebulan sekali. Jangan potong semua sendiri. Jangan potong rambut dan kuku pada Prathama, Chaturthi, Sashti, Astami, Navami, Ekadasi, Dwadasi, Caturdasi, Amavasya, dan Purnami dalam kalangan Thithi dan pada setiap Brahaspatti, Sukrawara, dan Saurawara kalau mingguan.
Kuku jangan potong sendiri. Kalau potong sendiri, kena cepat-cepat pergi mandi. Kuku yang dipotong sisanya itu pergi buang diluar rumah jangan biar bersepah. Kuku jangan digigit.
Jangan getu rumput Durba, bunga atau rantingan kecil dengan kuku.
Rambut, janggut dan kuku jangan dibela oleh mereka yang berada dalam samaya rumah tangga lebih daripada sebulan. Tapi jika bini mengandung atau jika bapa atau mak meninggal, maka bolehlah lelaki Brahmana itu potongnya sekali setahun.
Pakai Baju
Mu Devi atau Devi Jyestha akan datang dan menyerang mereka yang tak pakai baju atau seseorang yang tak pakai Pancha Kacha (kain sarung yang diikat lima lapis) atau sesiapa yang cuma memakai kain cawat saja. Tapi di Selatan India, sudah amalan lah tak memakai Pancha Kacham semasa beberapa upacara agama. Pancha Kacham kau pakai dengan bahagian hujungnya disembunyikan.
Pancha Kacham jangan dibasuh di malam hari.
Pantang Masa Berjalan
Jangan berjalan di antara dua ekor lembu atau di antara dua orang Brahmana lain atau antara api dengan seorang Brahmana atau antara dua orang saudara atau antara dua orang saudari atau antra ibu dan anak, atau antara lembu dan anaknya atau antara lambang Betara Siwa dan Nandi atau antara lambang Betara Siwa dan Devi Parvati atau antara lambang Betara Wisnu dengan Devi Laksmi. Kalau dibuat juga degil maka segala pahala sebelum-sebelumnya sampai ketika berlakunya perbuatan itu akan perlina.
Jika terlanggar sesuatu semasa berjalan di luar rumah, maka harus ambil sedikit tanah di situ dan buat tilaka pada dahi dengannya.
Bila bertemu Brahmana lain, Sumangali atau wanita berkahwin yang masih hidup suaminya, pura, lambang devata, pohon Banyan dan lembu maka boleh buat pradakshina (tawaf) ikut arah jam sekali.
Pantang Upacara Harian
Setengah orang menjalankan Sandhya Vandanam menghadap ke Barat. Hanya Japa dan Arghya Pradana sahaja dibuat menghadap ke Barat. Achamanam, Prokshanam, Agnischa Adithyadhi Tarpana mestilah dibuat mengadap ke Utara.
Pada Amavasya, Purnami dan Prathama, mestilah dibaca Gayatri Mantra 36 kali banyaknya. Pada Trayodasi dan Vishu, dibaca ia sebanyak 28 kali. Hari-hari dibaca Gayatri Mantra itu 108 kali setiap pagi. Ia mesti dibaca dengan berdiri dan tangan itu buat tanda vandanam. Bila berada dalam keadaan tercemar jiwa atau tubuh, bacalah 10 kali Gayatri Mantram.
Yajnopavitam mestilah ditukar setiap empat bulan. Ia harus ditukar, jika satu benang itu putus atau carik, atau selepas tempoh terkena malang atau jika tersentuh penjenayah, orang jahat, tukang gunting, mayat wanita yang meninggal semasa datang bulan.
Semua orang atas usia 8 dan bawah usia 80 tahun tidak boleh makan pada hari-hari ekadasi. Orang sakit dan lemah pula dibenarkan makan buah-buahan dan susu sahaja. Jika tak mampu, maka boleh makan bubur atau havi tetapi hanya sekali sahaja sehari. Walaupun dalam tempoh tercemar pun mesti dijalankan juga ekadasi.
Kecuali pada hari-hari gerhana, jangan mandi langsung pada tengah malam. Jika perlu juga mandi, maka kena nyalakan pelita (lampu) dan boleh mandi depan lampu.
Pantang Makanan
Hanya dengan makanan bersih, maka akal kau pun bersih. Makanan, yang menyediakan makanan, yang memakannya, yang memakannya bersama dengan engkau semua mesti bersih.
Lelaki tidak mau makan bersama dengan wanita dan anak-anak. Jangan makan bersama dengan bini. Tapi semasa kenduri-kenduri menurut hari keagamaan sastera veda, maka tak perlu ketat sangat.
Air nyiur yang sudah tua jangan minum dalam bekas loceng besi kerana ia jatuh taraf menjadi minuman tuak. Gunakan bekas perak.
Jangan makan Nellikkai (Amalakam) pada Adityawara dan hari-hari Saptami. Jangan makannya pada malam hari. Tapi jika Dwadasi jatuh pada Adityawara, boleh saja makan pada siang hari.
Yellurundai (gula kabung) dengan bebola biji bijan serta nasi bercampur bijan cuma boleh disediakan untuk semahan kepada manusia dan deva.
Air yang tercelup kuku, air yang diminum dengan tangan kiri apabila tak makan, air yang diminum masa berdiri, air yang bersisa di tubuh orang lain, air nyiur yang disimpan dalam bekas loyang dan air panas atau air susu yang disimpan dalam bekas tembaga semua setaraf dengan minuman tuak, haram diminum.
Malam hari, dilarang makan Amalakam, halia, panir dan tepung goreng (cucur).
Upavasa ertinya puasa penuh. Kalau seksa sangat, boleh sahaja ambil air, akar-akar, minyak sapi, susu, nasi, ubatan dan buah-buahan sedikit. Upavasa masih berlaku.
Umumnya, makanan yang disediakan jangan dibeli dan jangan dimakan masa membeli. Tapi bagi kunyit, minyak sapi, garam, nasi dalam periuk, ubatan, pinang walaupun sedang disediakan tapi masih boleh dimakan sebab perlu merasa makanan. Jadi perkara ini semua boleh dibeli walaupun dalam keadaan sedang disediakan.
Makanan itu kalau kedekut tak mau beri kepada tetamu, maka anak cucu serta kemewahan akan hancur. Jika dibiarkan tetamu menunggu di luar dan kemudian ambil makanan di dalam, maka sama macam makan daging lembu (tindakan yang haram).
Sebelum hendak makan itu, seorang Brahmana dimestikan menjalankan Parishechanam. Ertinya itu, kau kena tuangkan sedikit air sekeliling bekas makanan engkau atau daun yang jadi lapik makanan engkau tiga kali banyaknya bersama dengan bacaan mantra katha. Kemudian, jamah sedikit nasi dan membaca mantra lagi tujuh kali. Sentuh dada dengan jari bersama dengan air yang dicurahkan sedikit pada bahagian kiri bekas makanan atau lapik makanan. Lepas itu baru kau balun nasi. Selepas selesai, minum air sedikit dengan bacaan mantra.
Ramai orang buat begini sebelum makan. Iaitu dia akan ambil sedikit air lalu dituang atas tapak tangan, kemudian dituang tiga kali sekeliling daun lapik makanan, dituang sedikit titik-titik pada bahagian kiri lapik makanan dan kemudian air yang bersisa itu dijadikan air buat Abochanam. Cara ini salah!!!!
Bagi setiap tindakan, air yang dipakai mestilah air yang segar bukannya air yang dah terkena bahagian tubuh. Apabila ambil makanan dengan orang lain, penting sekali bawa air buat Abochana bersama. Apabila sedikit daripada air tertitis atas makanan, tarafnya lebih kurang macam titisan madu. Tapi kalau terjadi malam hari, lebih kuranglah ia dengan titisan minuman tuak yang haram. Setengah air Abochanam mesti dibiarkan dalam bekas dan setengah lagi dituangkan di sebelah kiri lapik makanan dengan bacaan mantra.
Bacaan mantra bagi Abochanam.......
"Raurave apunya nilaye padmarpuda nivasinam. Arthinam udhakam datham Akshayyam upathishtathu".
Kalau tak jumpa air murni buat Achamanam, baca pranava kemudian sentuh telinga kanan engkau dengan tangan tiga kali. Keadaan ini digelarkanlah sebagai Srothra Achamanam. Jika ada air, maka jangan malas pula dengan hanya buat begini!
Nasi yang tak disemahkan kepada devata atau tak dijalankan Vaiswa deva adalah haram dimakan. Walaupun di rumah guru sekalipun nasi tersebut menjadi haram.
Mantra semah Vaiswa deva... "Vaiswadevasthu karthavya, panchasunyapanutthaye".
Lima cara meletakkan Bali dana... Chakrakaram dianggaplah cara terbaik. Ada mantra bagi menerima annam bagi Vaiswa devam dari tangan bini. Ada anna vibhaga kramam yang tertentu dan arah pula buat menyeru Vaiswa devam (sarwa deva, yang antaryaminya itu Dia). Ada 22 Bali diseru dan Parishechamana. Bini harus membuang Pitru Bali dan Rudra Bali. Pancha Yajna kemudiannya. Vayasa Bali dan Svana Bali yang terakhir daripada semua Bali. Bhujanam selepas athiti sathakaram berikutnya........
Sebelum makan, nasi yang akan disemahkan bagi Vaiswa deva dan semahannya kepada Sang Hyang mesti diasingkan dulu. Kemudian boleh jalankan upacara Pranagni Hotram untuk nasi selebihnya. Pranagni itu adalah upacara sebelum mula membalun nasi.
Jangan engkau makan selagi belum menjalankan Pranagni Hotram. Sebaik sahaja nasi tehidang, pegang daun pisang itu.
Abochana (cicipan titisan air dengan manta Amruthopastharanamsi) mestilah dijalankan apabila air disediakan oleh yang lain. Apabila makan dalam kumpulan, semua mesti mula serentak. Bunyi menyerut air janganlah didengari oleh orang lain.
Tatkala nasi diletak atas daun pisang, jangan becakap-cakap sehinggalah dijalankan upacara Pranagni Hotram. Enam kali nasi diambil dibacakan mantra telan teus jangan dimamah. Apabila makan, setiap kali dijamah nasi itu hendaklah menggunakan semua lima jari. Cubaan menelan banyak-banyak nasi lepas itu meluahkannya semula dan diletakkan atas daun adalah dosa!
Jangan berebut-rebut ambil nasi. Kalau kau lihat Cina Bukit ambil nasi berebut-rebut, itu bukan ciri bangsa Brahmana yang bertamadun. Itu ciri bangsa barbarian. Jangan makan depan bangsa lain. Jika terpaksa makan seperti di kantin atau tempat bercampur bangsa, mestilah dibacakan mantra-mantra Trisuparna atau Stotram nama-nama Nya.
Sebelum makan, tangan yang penuh dengan nasi cukup-cukup itu, sebutlah nama, "Govinda... Govinda..." Bagi yang mengikut baginda Betara Siwa cuba lihat tatacara keagamaan anda.
Selepas makan pastikan perut anda mengandungi dua bahagian makanan, sebahagian air dan sebahagian udara. Jangan sampai sangkak engkau melahap nasi.
Pastikan ada bekas air sebelah kanan bila makan. Air minuman letak sebelah kiri diambil dengan tangan kiri. Jangan minum berdiri atau ambil minuman bekas orang lain minum. Keadaan itu setaraf dengan engkau minum Tuak!
Kecuali bahan makanan bergoreng dan buah-buahan, makanan yang lain jika dihidangkan dengan tangan atau centung besi atau disediakan dengan tangan kiri sama taraf dengan daging lembu yang haram.
Bila ambil makanan tambahan dalam kenduri, jika seorang bangun, kemudian makanan di daun bersepai-sepai (tercampur dengan yang kena air ludah), kalau perlu juga nak bangun, pastikan dibuat garisan dengan air di kedua-dua bahagian daun pisang barulah bangun. Ertinya, kita memisahkan diri dari kumpulan.
Uthara Abochanam iaitu air yang diambil semasa lepas makan dengan bacaan mantra Amuthabhi Danamasi mestilah diberi oleh orang lain. Separo air mestilah diminum dan sebahagian yang tertinggal sebelah kanan diambil sedikit dengan jari telunjuk dan ibu jari selitkan celah daun. Tujuannya bagi membei sedekah kepada orang kena seksa dalam neraka yang dahaga.
Apabila nasi dibawa, sebutlah, "Asmakam nityam astu etat". Ertinya, "Biarlah semua ini didapati olehku setiap hari". Bila bangun sebutkan, "Anna data sukhi bhava". Ertinya, "Semoga yang mendanakan makanan itu mendapat segala suka".
Sehingga kau basuh tangan dan buat Achamanam, kalau bersentuhan dengan yang lain maka kedua-dua yang disentuh dan tersentuh kena pergi mandi. Jangan pegang bekas air basuh tangan sebelum basuh tangan kanan. Basuh tangan dan buat Achamanam dan kemudian bau boleh beri ai kepada orang lain untuk mereka basuh tangan. Kemudian berkumur-kumur dan meludah 16 kali.
Selepas Achamanam, bacalah....... "Caryati, sukanyamcha, chyvanam, cakam, asvinau. Bhukta matre smaret yastu chaksu thasya na hiyate". Sapukan kedua-dua belah mata engkau dengan air. Tujuannya supaya penglihatan itu cerah dan mencegah penyakit.
Kemudian bacalah.... "Agasti agni badapanalascha buktham maya annam jayantu asesham. Sukham chame tat parinamam sambhavam yachantu arogam mama cha astu dehe". Semoga Agni, resi Agastiya ikut bersama dengan sapuan perut dengan air. Badavagni bantulah aku menghadamkan makanan yang sudah aku makan. Biar aku sihat tidak ada penyakit. Kemudian sapulah perut anda dengan air.
Diberitakan lepas makan, kena bejalan sekurang-kurangnya 100 langkah. Jika duduk atau baring terus serta meta lepas makan maka nanti akan terjadi ketidakhadaman. Jika jalan atau lari laju lepas makan pula, jangka hayat akan pendek dan ketakutan mati akan menghantui dalam tubuh kita.
Sebelum Uthara Abochanam, mestilah dibawa nasi dan tanya sama ada orang lain mau nasi lagi? Jika tidak semawa orang lain sebelum menutup hidangan kita, maka kesan karma baik melayani orang lain akan hilang dan menambahkan dosa saja.
Selepas tetamu anda ambil makanan, memstilah beri Daksina atau Pengeras bebentuk kewangan bersama dengan Tambul. Berbuat begini supaya nanti kesan Anna Dana itu berlaku.
Pantang Masa Kumur
Selepas makan berkumu dan meludah sebanyak 12 kali. Basuhlah tangan dan kaki kemudian buat Achamanam.
Harus juga bekumur empat kali lepas kencing, lapan kali lepas melabur ketul emas di jamban dan 16 kali lepas memberus gigi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan