Memaparkan catatan dengan label ayurveda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayurveda. Papar semua catatan

Isnin, 3 November 2014

Sabun Chandrika


Kita memang menggunakan sabun ayurveda jenama Chandrika. Ia diimport dari negeri Kerala. Ia dijamin suci terutamanya untuk rakan-rakan Hindu sekelian. 

Bahan-Bahan
  • Minyak nyiur, mencerahkan kulit secara semuladi, melembut dan melembapkan kulit.
  • Halia liar, menghalang jangkitan kulat dan ruam-ruam.
  • Minyak kulit limau, menyejukkan kulit.
  • Minyak hidnocarpus, menghalang ruam dan kulit mudah pecah.
  • Minyak oren, menghalang bintik-bintik hitam, mengetatkan pori-pori dan menghalang jerawat.
  • Minyak cendana, menyegarkan dan mengharumkan kulit.
Sabun ini sudah pun di pasaran sejak 60 tahun dulu. Ia dipercayai oleh pengguna dari komuniti Hindu serta India dari Kerala dan negeri-negeri lain. Oleh itu, cubalah produk ini. Ia tidak mahal pun. Belilah sebuku dan cuba. Jika suka, boleh diberi sebagai hadiah juga kepada rakan dan taulan. Selamat mencuba!

Sambrani


Tahukah anda, bahawa wanita-wanita Hindu pernah mengeringkan rambut mereka yang ikal mayang suatu ketika dulu sedangkan belum wujud lagi alat pengering rambut moden yang berkuasa elektrik?

Ya! Kita mempunyai cara tradisi sendiri untuk mengeringkan rambut dengan menggunakan udara panas yang harum. Bunyinya romantik dan selesa, bukan? Suatu ketika dulu, mengeringkan rambut basah selepas mandi merupakan sejenis upacara kosmetik, terutamanya dalam kalangan wanita Hindu di India Selatan. Pendupa Sambrani menjana asap menerusi pembakaran serbuk sambrani atas arang yang terbakar. Serbuk sambrani ini menghasilkan bau yang harum bila terbakar dan mengeluarkan aroma yang meresap dalam di permukaan bahan. Untuk hal ini, bekas pendupa diperbuat dari loyang yang dilubangkan di dasarnya supaya proses pembakaran serbuk sambrani menjadi lengkap.

Rujukan

Rujukan bahasa Melayu untuk sambrani, adalah getah damar kuning dari pokok Śāla dari spesis Shorea Robusta. Tradisi Vainava sangat mementingkan pokok ini kerana ia disukai oleh Betara Vinu. Getah pokok ini diproses sehingga menjadi seperti kristal dan sedia untuk digunakan. Sambrani disebut sebagai Jhuna di India Utara.

Nama botani sambrani adalah Benzoin Resin. Ia ditoreh dari kulit kayu pokok berspesis seperti Genus Styrax. Komponen utamanya adalah asid Benzoin. Jenis Styrax dihasilkan di Kemboja, Thailand, Laos, Vietnam dan di Sumatera, Indonesia kerana pokok jenis ini tumbuh di situ. Kemenyan jenis ini turut diguna di gereja-gereja Ortodoks di Rusia untuk mewangikan ruang sembahyang mereka. Di sebelah Timur Tengah dan India, getah kemenyan ini dibakar di atas arang sebaliknya di sebelah China, mereka menghasilkan colok dengannya.

Kegunaan
  • Mengeringkan dan mewangikan rambut.
  • Memurnikan udara di pura atau kuil.
  • Menghambat roh-roh jahat.
  • Memudahkan untuk masuk semadhi.
Manfaat Perubatan
  • Wasap beraroma hasil pembakaran sambrani boleh menjadi terapi penyembuh serta antibakteria.
  • Memperkembang persepsi deria dan kejernihan minda.
  • Konsep rohaniah dan ayurveda menyebut bahawa sambrani membantu kita untuk bertenang, menenangkan sistem saraf, menyucikan fikiran kotor, dan menggalakkan keheningan minda.
  • Sambrani berguna untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan dalaman.
Konsep kemenyan dan sambrani ini sama saja sebenarnya. Ia boleh didapati dalam pelbagai budaya seperti budaya Hindu, China, Arab, Mediterania dan sebagainya. Di sini, kita menggunakan colok dan kemenyan jenama tempatan contohnya seperti Thurgas, Lotus, dan lain-lain.

Isnin, 13 Januari 2014

Pemakanan: Musim Sejuk


Pahami Musim Sejuk dan Keperluan Tubuh

Musim sejuk di India selalunya mempunyai reputasi yang buruk. Terkenal sebagai musim selesema, musim demam dan musim penyakit berkaitan salur pernafasan yang berjangkit. Samalah di Asia Tenggara pun musim hujan atau musim air bah merupakan musim yang melibatkan penyakit-penyakit seperti demam, selesema, sakit mata, dan sebagainya.

Menurut kepada Maharesi Ayurveda, musim sejuk merupakan raja segala musim! Musim sejuklah musim yang bagus bagi kita mempertingkat ketahanan tubuh. Jika anda tahu keperluan tubuh maka musim sejuk itu bukanlah sesuatu musim yang melemahkan.

Dalam sabdavali Ayuveda, ketahanan tubuh melawan penyakit ini berkaitanlah dengan penghadaman. Apabila penghadaman makanan itu kuat maka selera makan pun baik dan ketahanan tubuh pun kuat. Perkara yang melemahkan penghadaman maka ia pun melemahkan ketahanan tubuh. Ringkas saja... Di samping pemakanan dan gaya hidup, tedapat lagi punca lain yang boleh menggalakkan ketahanan tubuh itu. Antaranya adalah umur kau, ciri-ciri keturunan yang kau warisi, serta musim. Adalah tidak mustahil pun untuk kau kembangkan ketahanan tubuh dalam menghadapi jatuh naik dalam kehidupan serta kekal kukuh tidak tumbang cepat.

Musim sejuk sebenarnya adalah musim yang mana alam semulajadi sedang bersedia untuk menjaga kita. Tahap penghadaman kita sebenarnya berada di tahap tertinggi pada musim sejuk. Kita akan terasa lapar pada musim sejuk dan penghadaman kita akan bergerak cepat menghancurkan makanan sekaligus memudahkan penyerapan makanan ke bahagian-bahagian tubuh.

Atas sebab ini, penting sekali orang ramai mengambil makanan yang meningkatkan ketahanan tubuh! Jadi, cubalah selak-selak rutin pemakanan menurut cara Ayuveda juga. Jadi, gaya pemakanan begini diwajibkan amalannya semasa musim sejuk. Musim sejuk ini kenalah banyakkan berehat dan makan dengan betul. Musim lain pula kita harus lebih banyak memurnikan tubuh. Musim sejuk adalah musim membina rupakara dan menyediakan bekal buat tubuh seperti rambut, kulit dan kuku. Sangat bagus juga mengambil rasayana dan barangan berasaskan rempah kerana bahan-bahan ini akan diserap tubuh dengan lebih cepat pada musim sejuk.

Sabtu, 4 Januari 2014

Urut Abhyanga


Untuk mengurut ini, anda tak perlu tunggu orang untuk buatkannya untuk anda. Cuba buat urutan sendiri juga. Urutan minyak atau Snanam minyak ini memperbaiki lagi peredaran darah dan membetulkan perjalanan rupakara tubuh, membuang toksin dan menenangkan minda. Selanjutnya membantu anda tidur nyenyak dan merehatkan tubuh.

Urutan tubuh sendiri juga melembapkan dan meratakan semua tisu dan saluran tubuh selain menambahbaikkan lagi ketelusan tubuh dalam menahan penyakit dari menyerang. Urutan minyak ini mestilah dibuat dengan minyak panas bagi meningkatkan lagi penyerapan minyak ke kulit dan memberi kesan terapi. Ia juga menghalang terjadinya kesesakan dalam saluran darah.

Perkara penting harus diingat, janganlah berurut semasa demam panas, menghadapi masalah ketidakhadaman, cirit-birit, batuk atau demam kura atau semasa kenyang.

Panaskanlah 1/2 cawan minyak dengan meletakkan botol minyak anda dalam secawan air yang mengandungi air mengelegak dan ia bolehlah digunakan untuk mengurut tubuh seluruhnya.

Kaki dan Betis
  • Urut kaki termasuklah tapak kaki, dan sendi-sendi pada jari kaki dengan urutan putaran kecil.
  • Dengan gerakan kedutan tangan kerjakan pula sendi buku lali dan lutut.
  • Urut dengan urutan panjang dari buku lali ke lutut, kemudian dari kaki atas ke paha.
Belakang dan Paha
  • Bermula dengan tulang cenonot (hujung punggung), urut sampai ke bahagian dasar tulang belakang, keluar merentasi pipi punggung sebelah atas dan bawah punggung.
  • Urut sampai ke atas tulang belakang dan keluar belakang dengan urutan meluas dan cuba capai bahagian mana yang mampu dicapai urutan.
Abdomen dan Dada
  • Sapukan minyak di abdomen dengan sentuhan lembut membulat. Mulakan di pusat dalam putaran mengikut arah jam dan perlahan-lahan besarkan bulatan uratan anda.
  • Urut seluruh tengah pangkal dada dan keluar merentasi dada, bahagian rusuk keduanya, dan tulang rawan. Wanita bolehlah habiskan urutan dengan memperlahankan gerakan di sekitar payudara sendiri.
Tangan
  • Urut tangan dan lengan dengan cara seperti urutan kaki tadi.
  • Beri perhatian kepada sendi-sendi.
Kepala
  • Tuanglah 2-3 sudu besar minyak panas atas mahkota (tengah kepada) dan urut secara keluar dengan mencengkam kulit kepala.
  • Perhatian mestilah diberikan kepada bahagian tepi mata kiri dan kanan, bahagian belakang telinga dan tengkorak dasar dekat tengkok itu.
  • Urut telinga dari atas, sekeliling bingkai telinga sampai ke cuping.
Kemudian selepas selesai segala urutan, rehatlah di tempat yang panas dan lembap selama 5-10 minit sebelum mandi air panas. Jangan mandi dalam air sejuk selepas berurut.

Cara hendak buat minyak sendiri nanti kita lihat satu persatu.... Amalkan gaya hidup sihat....

Khamis, 7 Mac 2013

Untuk Sakit Belakang

1. Dalam hal seperti sakit belakang, elak asana yang memerlukan anda menunduk.

2. Duduk selalu dan berjalan dengan tegak, cuba tidur dalam kedudukan yang betul seperti diajar baba Ramadewa.

3. Elakkan mengambil tomato, lemon, bahan tenusu yang diperam, acar dan bahan bergoreng. Jika sakit teruk, elakkan timun.

4. Jika anda minum sebotol pati perahan kundur, tambah lada hitam dan serbuk halia kering.

5. Pagi-pagi perut kosong, makan dua ulas bawang putih. Makan sayur merungai (kalor). Makan juga dua gram halba yang direndam semalaman waktu pagi.

6. Ambil dua ke tiga gram serbuk aswagandha dengan susu dua kali sehari.

7. Dalam hal sakit punggung dan sakit pinggang ke bawah, ambil lima sampai 10 bunga serta lima sampai 10 helai daun pokok Srigading (Prajakta atau Pavazha Malli), bubuh dalam gelas. Tuang air panas sampai seperempat. Minum lepas disejukkan.

8. 100 gram kunyit, 100 gram halba dan 100 gram halia kering. Jadikannya serbuk seraya diminum dengan air atau susu setiap pagi dan petang. Boleh ditambah setitis atau dua titis shilajit

Perubatan Ayurveda

1. Sebijik Candraprabhavati dan Trayomdasham Guggul tiga kali sehari bersama susu dan air suam kuku.

2. Jika sakit teruk, makan 5 g ekamvir ras, 10 g Mahavat Vidhvan Ras, 10 g Praval Pishti atau Godanti Bhasma mana-mana satu nya bersama dengan 5 g Swarnamakshik Bhasma.

3. Jika sakit tidak tertanggung, tambah segram Brighad Cintamani Bhasma bahagikannya ke 60 bahagian. Jika lemah badan, bahagi lagi ke 80 sampai 90 bahagian. Ambil bersama dengan air suam dan madu dua kali sehari, pagi dan petang.

Jumaat, 7 September 2012

Pendekatan Kesihatan dalam Ayurveda

Mahapanchabhumi
 
Semasa zaman awalnya, Ayurveda menggunapakai Mahapanchabhumi atau Lima Unsur iaitu Pertiwi, Jalam, Agni dan Angkasa yang membentuk alam semesta dalam fizika nya. Ia termasuk lah juga tubuh badan manusia kerana manusia adalah sebahagian dari alam semesta. 

Sapta Dhatu

Ayurveda menyatakan bahawa ada tujuh jenis tisu tubuh badan manusia yang dikenali sebagai Sapta dhatu:

1. Rasa dhatu - plasma
2. Rakta dhatu - darah
3. Medha dhatu - lemak
4. Asthi dhatu - tulang belulang
5. Majja dhatu - urat sarat dan tulang rawan
6. Sukra dhatu - susunan pembiakan manusia
7. Mangsa dhatu - daging termasuklah otot-otot manusia

Keseimbangan Tenaga Asas

Sastera Ayurveda membincangkan tentang langkah-langkah untuk mendapatkan kehidupan sihat dalam seluruh peringkat hidup kita. Ia menekankan keseimbangan tiga tenaga asas seperti:

1. Vayu atau vata - angin, udara dalam angkasa
2. Pitta - api dan air yang membentuk benda masam atau berasid
3. Kapha - air dan bumi yang membentuk gelema 

Teori Perubatan Ayurveda

Menurut teori perubatan Ayurveda, ada tiga jenis dosa yang penting dalam hidup ini. Apabila dosa ini wujud dalam jumlah yang sama, maka badan akan sihat. Apabila ia tidak seimbang, maka badan tidak akan sihat dalam banyak jenis keadaan.

Satu daripada teori Ayurveda lagi menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai gabungan dosa tersendiri yang mentakrifkan sikap, perangai dan perasaan mereka. Pandangan lain pula yang juga terdapat dalam sastera purba menyatakan bahawa keseimbangan cecair dalam badan adalah sama dengan sihat. Seorang yang terlebih cecair dalam badan secara berkadarannya adalah tak sihat. Ayurveda tak seperti falsafah Sangkhya yang berteori bahawa ada 20 kualiti asas iaitu guna yang wujud dalam semua bahan.

Ayurveda juga mempunyai teori tentang sistem metabolik yang sihat, mengekalkan penghadaman yang baik dan sistem membuang perkumuhan yang betul membawa kepada kesihatan unggul. Ayurveda juga menumpukan kepada senaman, yoga dan bertapa.  

Amalan Panchakarma adalah satu cara terapi untuk membuang unsur buangan beracun dalam badan. Seawal zaman Mahabharata lagi, Ayurveda dikenali sebagai ashtanga iaitu sains lapan bahagian iaitu:

1. Kayacikitsa - ubatan dalaman
2. Kaumarabhertyam - kesihatan kanak-kanak
3. Salyacikitsa - pembedahan
4. Salakyatantram - perubatan mata
5. Bhutavidyam - perubatan saraf dan rohani
6. Agadatantram - perubatan sistem perkumuhan
7. Rasayana - pencegahan penyait dan meningkatkan ketahanan badan serta mengekalkannya
8. Vajikarannam - perubatan nafsu berahi dan pembiakan