Sabtu, 4 Januari 2014

Urut Abhyanga


Untuk mengurut ini, anda tak perlu tunggu orang untuk buatkannya untuk anda. Cuba buat urutan sendiri juga. Urutan minyak atau Snanam minyak ini memperbaiki lagi peredaran darah dan membetulkan perjalanan rupakara tubuh, membuang toksin dan menenangkan minda. Selanjutnya membantu anda tidur nyenyak dan merehatkan tubuh.

Urutan tubuh sendiri juga melembapkan dan meratakan semua tisu dan saluran tubuh selain menambahbaikkan lagi ketelusan tubuh dalam menahan penyakit dari menyerang. Urutan minyak ini mestilah dibuat dengan minyak panas bagi meningkatkan lagi penyerapan minyak ke kulit dan memberi kesan terapi. Ia juga menghalang terjadinya kesesakan dalam saluran darah.

Perkara penting harus diingat, janganlah berurut semasa demam panas, menghadapi masalah ketidakhadaman, cirit-birit, batuk atau demam kura atau semasa kenyang.

Panaskanlah 1/2 cawan minyak dengan meletakkan botol minyak anda dalam secawan air yang mengandungi air mengelegak dan ia bolehlah digunakan untuk mengurut tubuh seluruhnya.

Kaki dan Betis
  • Urut kaki termasuklah tapak kaki, dan sendi-sendi pada jari kaki dengan urutan putaran kecil.
  • Dengan gerakan kedutan tangan kerjakan pula sendi buku lali dan lutut.
  • Urut dengan urutan panjang dari buku lali ke lutut, kemudian dari kaki atas ke paha.
Belakang dan Paha
  • Bermula dengan tulang cenonot (hujung punggung), urut sampai ke bahagian dasar tulang belakang, keluar merentasi pipi punggung sebelah atas dan bawah punggung.
  • Urut sampai ke atas tulang belakang dan keluar belakang dengan urutan meluas dan cuba capai bahagian mana yang mampu dicapai urutan.
Abdomen dan Dada
  • Sapukan minyak di abdomen dengan sentuhan lembut membulat. Mulakan di pusat dalam putaran mengikut arah jam dan perlahan-lahan besarkan bulatan uratan anda.
  • Urut seluruh tengah pangkal dada dan keluar merentasi dada, bahagian rusuk keduanya, dan tulang rawan. Wanita bolehlah habiskan urutan dengan memperlahankan gerakan di sekitar payudara sendiri.
Tangan
  • Urut tangan dan lengan dengan cara seperti urutan kaki tadi.
  • Beri perhatian kepada sendi-sendi.
Kepala
  • Tuanglah 2-3 sudu besar minyak panas atas mahkota (tengah kepada) dan urut secara keluar dengan mencengkam kulit kepala.
  • Perhatian mestilah diberikan kepada bahagian tepi mata kiri dan kanan, bahagian belakang telinga dan tengkorak dasar dekat tengkok itu.
  • Urut telinga dari atas, sekeliling bingkai telinga sampai ke cuping.
Kemudian selepas selesai segala urutan, rehatlah di tempat yang panas dan lembap selama 5-10 minit sebelum mandi air panas. Jangan mandi dalam air sejuk selepas berurut.

Cara hendak buat minyak sendiri nanti kita lihat satu persatu.... Amalkan gaya hidup sihat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan