Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Isnin, 10 Februari 2014

संङ ह्यङ् महाज्ञान

ॐ अविघ्नम् अस्तु


रि स्डङ साङ कुमार मूड़ाजि रि भटरगुरु । तुमड़ाकुन् सांहियां । मनम्बह् त सिर रि भटर। लिंगनिर । ॐ नम: शिवाय।रि त्लस निर मनम्बह्। उजर त सिर। लिंगनिर ॥

व्याप्तो हि सर्व्वभावेषु शरीरेऽस्मिन् शरीरिणाम् । कायेन मनसा शुभं तस्मै मया समुदाह्ऋतम् ॥१॥

साज्ञा भटर। क्षन्तव्यक्न हिकिङ पनम्बह् रानक् भटर।म्वङ्कतत्त्वन् सङ् ह्यङ् ईयबिङ् रात कबेह।प्नुह् रिं जगत।म्वङ स्यवक् निं आत्मा नाथ।खनन् भटर अपन् मङ्कन प्व कदिव्व्यहन् भटर।य त मतङ्ञन् पनम्बह् ङहुलुन् ह्यङ् ममि। कारण निंङ्हुलुन् सुमम्बह् रि पादुका ह्यङ् ममि। ईकें अवक् निं हुलुन्।हेनकाग्रन् भक्ति रिं भटर।मवङ् वुवुस् निं हुलुन् रहयु।लवन् एनक् अम्बक् रहयु अनक् ह्यङ् ममि

Devanagri in progress....

Rabu, 22 Januari 2014

Zoroaster: Itihasa Penganut Zaratosht


Terbitan

Ajaran Zaratosht ini timbul dari rupakara keagamaan prasejarah orang Indo-Arya yang dikesan sampai ke kurun ke-2 SM. Menurut tradisi Zaratosht, resi Zaratosht itu cuma seorang pembaharu yang memuja dan meninggikan Ohr Mazda (Asura Medha), Cahaya Kebijaksanaan, sebagai Pencipta dan Yang Maha Tinggi, sementara dewata lain turun pangkatnya. Beberapa upacara keagamaan juga ditolak oleh resi Zaratosht.


Samaya Klasik
Walaupun usia agama Zoroaster ini lebih tua, namun ia cuma masuk dalam catitan itihasa loka dalam pertengahan kurun ke-5 SM saja. Herodotus dalam The Histories yang disiapkan pada 440 SM memasukkan penerangan mengenai masyarakat Persia Raya dengan banyak ciri-ciri keagamaan Zaratosht, termasuklah pendedahan bankai orang sudah meninggal di udara. The Histories merupakan punca samacara yang terawal sekali menceterakan tentang samaya awal empayar Achaemenid (648-330 SM). Ia terutamanya menceterakan tentang peranan orang Magi.  

Menurut kepada Herodotus i.101, orang Magi merupakan puak ketujuh daripada suku bangsa Median. Sebelum penyatuan empayar parsi bawah maharaja Korush Agung, orang Parsi sebenarnya dipanggil juga sebagai bangsa Mede atau Mada oleh orang-orang purwa sekelilingnya kerana dilihat sebagai sama sahaja. Ternyata bahawa orang Magi ini merupakan jati yang menjalankan tugasan kepedandaan dalam aliran ajaran Zaratosht yang dipengaruhi oleh keagamaan Mesopotamia, dikenali sebagai cawangan Zurvani. Orang Magi sangatlah berpengaruh besar dalam istana maharaja-maharaja Media.

Berikutan penyatuan empayar Media dan Persia pada 550 SM, maharaja Korush Agung, dan anakanda baginda pula, Kambuja II mengekang pengaruh bangsa Magi selepas mereka cuba mempengaruhi orang ramai supaya memberontak disebabkan mereka kehilangan pengaruh. Padaa 522 SM, orang Magi memberontak dan menaikkan seorang pesaing kepada maharaja untuk merampas takhta. Perampas itu menyamar menjadi anakanda bongsu maharaja Korus Agung, memakai nama Smerdis, merampas kuasa sebentar. Disebab oleh pemerintahan maharaja Kambuja II itu agak kejam dan juga baginda lama sudah hilang di Mesir, "seluruh hamba rakyat, Parsi, Mede dan lain-lain bangsa" memberi restu kepada perampas takhta itu dan perampas takhta itu memberikan karunia kelepasan cukai selama tiga tahun kepada hamba rakyat (Herodotus iii. 68).

Menurut prasasti Behestun, perampas takhta yang menyamar menjadi putera Smerdis itu memerintah tujuh bulan lamanya sebelum dijatuhkan oleh maharaja Darius I pada 521 SM. Orang Magi, walaupun digencar-gencar dan dikejar masih terus berada di empayar tersebut. Setahun selepas kematian maharaja Smerdis palsu itu (nama sebenarnya Gaumata), muncul pula puteri Smerdis palsu kedua bernama Vahyazdāta yang cuba merampas kuasa. Awalnya rancangan rampasan kuasa berjaya tapi kemudiannya gagal pula.   

Maharaja Darius I merupakan pemuja kepada Ohr Mazda, seperti yang disaksikan pada prasasti Behestun. Namun, sama ada baginda itu merupakan pengikut resi Zaratosht masih belumlah diketahui lagi kerana kepatuhan dan kebaktian kepada Ohr Mazda pada ketika itu tidak membawa pengertian bahawa pemuja Ohr Mazda (Asura Medha) itu merupakan penganut ajaran resi Zaratosht.

Maharaja Darius I dan maharaja-maharaja empayar Achaemenid terkemudian, walaupun memperisytihar kebaktian mereka kepada Ohr Mazda dalam prasasti, namun masih tetap membenarkan agama lain sama-sama wujud dengan agama mereka. Namun, ketika samaya itu juga lah ajaran resi Zaratosht mendapat perhatian yang meluas. Beberapa sastera agama Zaratosht yang masih ada lagi sampai sekarang membentuk sastera Avestan yang dikaitkan dengan samaya itu. Penanggalan samaya Achaemenid dipakai sampai ke hari ini, dan memang dikaitkan dengan samaya empayar itu. Sebagai tambahan juga, yazatah atau deva-deva itu merupakan bangsa malaikat bagi penganut ajaran Zaratosht (Dhalla, 1938). 

Menurut kepada lagenda Zaratosht terkemudian (Denkard dan Pustaka Arda Viraf), banyak sastera suci hilang semasa kemasukan Alexander Macedonia dan tenteranya ke Persepolis. Perpustakaan diraja di sana dihancurkan pula selepas itu. Diodorus Siculus dalam Bibliotheca Historica, yang disiapkan pada sekitar 60 SM, muncul sebagai galang gantian kepada lagenda Zaratosht (Diod 17.72.2-12.72.6). Menurut kepada pemeriksaan carigali purwa, runtuhan istana Xerxes mempunyai tanda-tanda bekas terbakar (Stolze, 1882).

Sama ada kumpulan meluas sastera agama atau separa agama ditulis pada perca-perca dengan tinta emas, sebagai yang diperkatakan oleh Denkard itu sebenarnya ada atau tidak itu masih lagi dalam spekulasi. Nampak seperti perkara ini cuma digembar-gemburkan sahaja. Pernyataan Denkard itu, ditolak oleh kebanyakan sarjana dan cetera tentang perpustakaan diraja di Persepolis itu diterima meluas sebagai satu rekaan sahaja (Kellens, 2002).       


Samaya Lewat

Apabila empayar Sassan naik ke sinarannya pada 224 M, mereka sangat giat sekali menyiarkan ajaran Zaratosht tapi dalam bentuk cawangan Zurvani dan dalam beberapa kejadian, mengejar-ngejar orang Kristian dalam empayar mereka. 

Sebaik sahaja empayar Sassan menakluki sesuatu rantau, mereka akan mula-mula sekali membina pura semahan api bagi menyebarkan agama mereka. Selepas maharaja Constantine dari empayar Romawi, pemerintah wangsa Sassan juga meragui orang Kristian. Mereka dibimbangi mempunyai hubungan dengan orang Romawi yang beragama Kristian.

Ketika Gereja Parsi (Gereja Timur) secara resminya berpecah dengan adat-istiadat Gereja Romawi di Barat, pemerintah wangsa Sassan memberi muka pula kepada mereka dan kadang-kala tampil memberi bantuan untuk upacara agama mereka.

Satu bentuk ajaran Zaratosht pun ada diamalkan di rantau Caucasus yang belum menganut agama Kristian lagi ketika itu (utamanya rantau Azerbaijan). Wangsa Sassan bermati-matian menyebarkan agama mereka di rantau yang dikuasai mereka seperti rantau Caucasus.

Samaya Pertengahan

Pemerintahan Muslim: Wangsa Umayyah

Pada kurun ke-7 M, dan dalam tempoh lebih daripada 16 tahun itu (beberapa dasawarsa dalam kejadian-kejadian di negeri-negeri Parsi), empayar Sassan dijatuhkan bangsa Arab. Walaupun pentadbiran negara itu diislamkan dan ditundukkan bawah pemerintahan wangsa Umayyah, "terdapat juga sedikit tekanan yang agak mendesak" dikenakan ke atas hamba rakyat supaya menganut agama Islam. Hakim-hakim orang Islam menganggap hanya orang Islam sahaja yang bermaruah tinggi, berpekerti mulia, bertatasusila dan "yang tak beriman pula ditinggalkan ketinggalan, kerana mereka tak patuh kepada pemerintahan khalifah mereka".

Terdapat juga pertimbangan amali diperbuat, "kerana bilangan mereka yang kecil itu, penganut ajaran Zaratosht dilayan sebagai orang kafir dzimmi" yang kata nya membolehkan mereka dilindungi oleh tentera kerajaan yang beragama Islam. Namun begitu, ada juga keraguan berkenaan dengan pengenalpastian sabdavali kafir dzimmi itu yang masih lagi berlaku turun temurun. Yang utamanya, selepas penaklukan terjadi dan keadaan kembali sedia kala serta prasyarat tempatan dipersetujui, gabenor-gabenor Arab biasanya akan melindungi penduduk tempatan tetapi penduduk tempatan mesti membayar perlindungan yang diberikan dengan sraddhanjali atau ufti.  

Orang Arab yang menjajah Persia kemudian menggunapakai rupakara percukaian wangsa Sassan semula, dengan cukai tanah dikenakan kepada pemilik tanah dan cukai kepala dikenakan kepada orang perseorangan. Percukaian yang dikenali sebagai jizyah pula dikenakan kepada penduduk bukan Islam yang berdiam dalam mandala khalifah atau cakravartin Muslim. Sebagai contoh orang-orang bukan Islam yang disenaraikan dalam kelompok dzimmi

Dalam pada itu, cukai kepala dipergunakan juga untuk menundukkan orang bukan Islam, dan sebilangan lagi perundangan dan sekatan yang diperkembang bagi menekankan kedudukan rendah orang bukan Islam. Di bawah pemerintahan empat orang khalifah (cakravartin) Islam yang ortodoks, selagi orang bukan Islam membayar cukai-cukai mereka dan berpegang dengan undang-undang dzimmi yang disusun mereka, maka pemerintah tidak akan mengganggu agama dan tanah-tanah mereka (Khalifah Abu Bakr, petikan dalam Boyce 1979, ms. 146).

Maka, walaupun tunduk kepada pemerintahan baru dan diganggu, namun penganut ajaran Zaratosht boleh kembali ke kehidupan lama mereka selepas penaklukan orang Islam selesai. Selepas keadaan kembali sedia kala, terdapat juga tekanan dari segi ekonomi dan sosial yang memaksa penganut ajaran Zaratosht dan lain-lain supaya menganut Islam sebelum dituduh sebagai musuh dalam selimut dan tidak ikhlas oleh orang asing dan keturunan asing yang sudah lama beragama Islam padahal mereka sendiri yang memaksa orang bukan Islam menganut Islam. Agama Islam diterima secara perlahan-lahan dalam kalangan tuan tanah dan petani. Selepas itu, faedah-faedah duniawi dan kuasa duniawi pun jatuh ke tangan "penganut" agama Islam dan "walaupun dasar rasmi kerajaan merupakan salah satu penyebab pecah-belah dalam masyarakat, terdapat juga orang Islam yang perseorangan bersungguh-sungguh cuba menukar agama orang bukan Islam ke agama mereka dan memperguna segala macam cara untuk mencapai tujuan mereka" (Boyce, 1979). 

Pemerintahan Muslim: Wangsa Abbas

Tahun demi tahun, agama Islam kemudian berkembang dan menjadi pula sebahagian daripada agama orang Iran (sebahagian Tanah Parsi). Terdapat juga cetera bahawa Hussain, anak lelaki kepada khalifah Ali dan cucunda kepada nabi orang Islam dan orang Arab, Muhammad, berkahwin dengan puteri tawanan perang wangsa Sasan bernama Shahar Banu. Mary Boyce (1979) menulis dalam Zoroastrians: Their Religious Beliefs and Practices bahawa cetera itu cuma "cereka rekaan sahaja". Dalam cetera itu dinyatakan bahawa anak kepada Hussain itu, imam keempat orang Islam aliran Syiah, yang didakwa mempunyai hak-hak kekhalifahan kerana keturunan nenek sebelah bapa mereka adalah dari keturunan nabi orang Arab itu. Dan dinyatakan dalam cetera bahawa wangsa Umayyah telah merampasnya dari mereka. Dakwaan bahawa keturunan anak kepada Hussain yang bercampur dengan wangsa Sassan itu mengimbangi semangat kebangsaan Arab dari kelompok penyokong wangsa Umayyah dan sekaligus juga mengangkat semangat kebangsaan bangsa Parsi dengan ikatan masa lampau agama lama mereka. Makanya, menurut sarjana Mary Boyce, "bukan sahaja penganut ajaran Zaratosht sahaja yang menjadi wakil bagi semangat setia kebangsaan dan kebudayaan Parsi sebaliknya juga orang asing pun menjadi penyokong semangat dan setia kebangsaan Parsi selepas mereka menjalinkan diri mereka dengan bahasa, wangsa diraja dan kebudayaan Parsi". Selepas itu juga, kutukan dan cercaan kepada orang Parsi yang meninggalkan agama Parsi pergi menjadi orang Islam (menjadi Arab atau jatuh dari kejatian) atau meninggalkan kebangsaan Parsi mereka itu cuma menjadi tinggalan-tinggalan lama yang ada dalam sastera agama Zaratosht yang cuma dibaca penganutnya sahaja.  

Dengan orang Iran (terutamanya puak Parsi) menyokong wangsa Abbas yang awalnya dari cawangan Syiah (penyokong Ali) menjatuhkan wangsa Umayyah pada 750 M, Muslim yang berbangsa Iran kemudian diambil semula masuk ke dalam pentadbiran kerajaan di kedua-dua rantau empayar mereka di Iran dan di ibu kota di Baghdad, Iraq (Mesopotamia). Keadaan ini menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan bangsa Arab dan bangsa Parsi, dan memperkuatkan lagi perbedaan antara Muslim dengan bukan Muslim. Selepas itu, wangsa Abbas menukar kegiatan keagamaan mereka menjadi berkecuali dan menghukum sesiapa yang dianggap kerajaan sebagai bidaah. Walaupun perkara itu cuma menyentuh hubungan antara cawangan dalam keagamaan orang Islam, namun ia sebenarnya turut membawa suasana tak menyenangkan kepada orang bukan Islam dalam rantau itu.

Walaupun wangsa Abbas sangat-sangat kuat berseteru dengan keagamaan penganut ajaran Zaratosht, bentuk agama Islam yang diajarkan di seluruh rantau Tanah Parsi itu kemudiannya berubah menjadi lebih banyak miripnya ke ajaran Zaratosht mungkin disebabkan oleh penyesuaian budaya. Keadaan ini kemudiannya menyebabkan orang Parsi berasa mudah untuk menganut agama Islam. Pada kurun ke-9 M, banyak sastera agama ajaran Zaratosht dikarang atau ditulis semula dengan mengumpulkan semula bahan-bahan yang disalin dari kurun ke-8 M sampai ke-10 M. Pengubahsuaian dan menyalin semula kemudian berlaku pada samaya berikutnya. Semua karya agama tersebut dicatat dalam bahasa Parsi Pertengahan yang digunakan ketika itu. Ia bebas dari perkataan-perkataan bahasa Arab, dan ditulis dalam aksara Pahlavi yang rumit. Bila dibaca semula dengan bersuara, maka ia masih lagi boleh dikesan sampai ke sebutan samaya purwa nya.

Banyak daripada karya agama itu merupakan tindakbalas kepada pergerakan masa dan sejarah. Ia turut memuatkan seruan supaya teguh berpegang dengan kepercayaan yang digariskan oleh resi Zaratosht. Setengah pengikut gerakan ajaran Zaratosht seperti kelompok Denkard, mempertahan doktrin-doktrin agama, manakala yang lain seperti kelompok Bundahishn pula mempertahankan penjelasan-penjelasan keagamaan dan ketuhanan atau ciri-ciri pengamalan seperti penjelasan upacara dan sebagainya. Diperkirakan terdapat sebanyak 60 karya sastera agama yang masih ada sampai sekarang, dan setengahnya cuma diketahui dari rujukan dalam karya lain.

Ada dua piagam yang diperbuat dan menggalakkan perubahan dari masyarakat majoriti penganut agama lama dengan agama baru. Yang pertamanya, diambil dari peraturan wangsa Arsaci dan wangsa Sassan yang suatu ketika dulu memberikan faedah kepada ajaran Zaratosht. Pemerintah Islam menyusunnya dengan menyatakan bahawa hanya Muslim dibenarkan memiliki hamba Muslim atau pelayan yang diikat perjanjian. Maka, orang perseorangan yang diikat perjanjian dengan penganut ajaran Zaratosht akan terus menjadi orang bebas kalau dia menganut agama Islam. Piagam lain pula, jika seorang ahli keluarga penganut ajaran Zaratosht menganut Islam, maka dia akan segera mendapat segala harta benda keluarganya seluruhnya.

Bawah perintah wangsa Abbas, Muslim Parsi (mula menjadi majoriti) mula menyakiti orang sebangsa mereka yang beragama lama. Perbuatan menyakiti perasaan dan mengguris hati mereka menjadi satu acara "sukan" yang digemari orang Muslim berbangsa Parsi. Sebagai contoh perbuatan mereka yang tak sedar diri itu, pada kurun ke-9 M, sebuah pokok Cipres yang menjadi lambang bersejarah keagamaan dan kebudayaan orang Parsi beragama Zaratosht di Khorasan, menurut ceteranya ditanam oleh resi Zaratosht sendiri ketika pemerintahan empayar Parthia; ditebang habis untuk memberi laluan kepada pembinaan istana di Baghdad, yang letaknya 2000 batu (3,200 km) dari situ. Pada kurun ke-10 M, ketika hari Menara Senyap untuk upacara pengebumian menurut agama Zaratosht siap dibina dengan susah payahnya oleh penganut agama Zaratosht, diambil oleh seorang pegawai kerajaan wangsa Abbas berbangsa Parsi tetapi beragama Islam untuk membuat panggilan sembahyang. Mary Boyce (1979) menyatakan bahawa perbuatan tersebut bertujuan untuk merampas bangunan tersebut secara bermuslihat. Cara lain untuk menyakitikan hati penganut agama Zaratosht adalah dengan melayan anjing dengan kasar. Anjing dianggap sebagai binatang terhormat dan dikasihani dalam ajaran Zaratosh. Perbuatan memerangkap dan mencederakan anjing bukan sahaja dilakukan pegawai atasan wangsa Abbas, sebaliknya juga oleh orang awam tak berpendidikan pun.

Walaupun terdapat faedah dari segi ekonomi dan kenaikan sosial, ajaran Zaratosht tetap bertahan lama di setengah rantau yang jauh dari ibu kota di Baghdad. Di Bukhara (Uzbekistan) pada 9 M, penduduk tetap berdegil sehingga memaksa senapati berbangsa Arab bernama Qutaibah masuk ke rantau itu empat kali. Tiga kali awalnya, penduduk yang dipaksa menganut agama asing kembali ke agama lama mereka. Akhirnya, gabenor cuba menyusahkan mereka dalam perlaksanaan upacara agama mereka, seperti menukarkan pusat penyembahan api penduduk tempatan menjadi masjid, dan menggalakkan penduduk tempatan pergi menyertai sembahyang Jumaat dengan bayaran dua dirham (kepingan emas) (Boyce, 1979). Kota-kota yang diperintah gabenor Arab tidaklah dapat bertahan dengan tekanan sebegitu. Setengah keadaan memaksa penganut ajaran Zaratosht lari ke rantau yang pemerintahnya lebih mesra kepada penganut agama lain kerana tiada pilihan lain atau hanya menurut sahaja arahan pemerintah (Boyce, 1979).

Perpindahan

Antara perpindahan yang berlaku itu adalah ke kota-kota yang mundur dengan padang pasir bergaram utamanya di Yazd dan Kerman di Iran. Kedua-dua tempat itu menjadi pusat keagamaan Zaratosht yang terkenal sampai sekarang ini. Kota Yazd menjadi tempat pentadbiran pedanda tinggi Parsi semasa pemerintahan Ilkhan Mongol, apabila "harapan terbaik bagi orang Parsi bukan Muslim nampak tak jelas" (Boyce, 1979). Perpindahan orang Parsi penganut Zaratosht ke Timur Laut di kota Sanjan sampai ke Gujerat di India turut menyebabkan ajaran Zaratosht bertahan sampai sekarang. Keturunan kelompok ini digelar sebagai orang Parsi oleh orang Gujerat, yang timbul dari tradisi lama, mereka memanggil semua orang dari rantau Iran dan Persia sebagai orang Parsi (Boyce, 1979). Dua kelompok orang Parsi itu merupakan kelompok terbesar sekali hari ini mewakili penganut ajaran resi Zaratosht.

Di kota Khorasan pula, seorang Arya membawa bersamanya empat orang pedanda Zaratosht bagi mengalih aksara karya samaya pemerintahan wangsa Sassan berjudul Khwada-i-Namag atau Pustaka Tuan-Tuan dari aksara Pahlavi ke aksara Arab. Alih aksara itu masih tetap dalam bahasa Parsi Pertengahan (pustaka dalam terjemahan bahasa Arab berjudul al-Muqaffa pun ada) diselesaikan pada 957 M dan kemudian menjadi dasar pula bagi Pustaka Raja-Raja karya Ferdousi. Karya Ferdousi itu disukai oleh orang ramai tak mengira penganut ajaran Zaratosht atau Muslim sekali pun. Ia menjadi alat buat mempertahankan tindakan wangsa Sassan menjatuhkan wangsa Arsaci. Kata nya wangsa Sassan menyucikan semula fahaman agama Parsi ke fahaman ortodoks selepas wangsa Arsaci menyebabkan agama Parsi tercemar dengan pengaruh Helleni-Yunani.  

Pertelingkahan antara penganut ajaran Zaratosht dengan penganut Islam berkurangan pada sekitar kurun ke-10 M dan ke-11 M. Wangsa-wangsa pemerintah tempatan Iran selepas itu semuanya terdiri daripada Muslim. Mereka timbul daripada pemerintah tanah jajahan wangsa Abbas di Iraq sana tetapi berjaya membebaskan diri. Pada kurun ke-16 M, dalam salah satu surat awal antara penganut ajaran Zaratosht di Iran dengan saudara-saudara seagama mereka di India, pedanda Zaratosht di kota Yazd menangisi keberadaan mereka, sambil menyatakan bahawa, "tak pernah ada dalam tempoh sejarah manusia ini, walaupun pada masa Alexander Macedonia menjarah masuk ke Tanah Parsi, yang lebih teruk dan menyakitkan hati bagi mereka yang teguh dengan kepercayaan ini jika dibandingkan dengan "Yuga Setan Panas Hati" (Boyce, 1979). 

Isnin, 13 Januari 2014

Wiweka Martanda bhg. 3


प्राणं सूर्येण चाकृष्य पुरयेदुदरं शनैः। कुम्भयित्वा विधानेन पुनश्चन्द्रेण रेचयेत्॥ १००॥ प्रज्वलज्ज्वलनज्वालापुञ्जमादित्यमण्डलम्। ध्यात्वा नाभिस्थितं योगी प्राणायामे सुखी भवेत्॥ १०१॥ प्राणंश्चेदिडयापिबेत्परिमितं भूयोऽन्यया रेचयेत् पीत्वा पिङ्गलया समीरणमथो बद्ध्वा त्यजेद् वामया। सूर्यचन्द्रमसोरनेन विधिना बिम्बद्वयं ध्यायतां शुद्धा नाडिगणा भवन्ति यमिनां मासत्रयादूर्ध्वतः॥ १०२॥ यथेष्टं धारणं वायोरनलस्य प्रदीपनम्। नादाभिव्यक्तिरारोग्यं जायते नाडिशोधने॥ १०३॥ प्राणो देहे स्थितो वायुरपानस्य निरोधनात्। एकश्वसनमात्रेणोद्घाटयेत् गगने गतिम्॥ १०४॥ पूरकः  कुम्भकश्चैव रेचकः प्रणवात्मकः। प्राणायामो भवेत् त्रेधा मत्रद्वादशसंयुतः॥ १०५॥ मात्राद्वादशसंयुक्तौ दिवाकरनिशाकरौ। दोषजालमपध्नन्तौ ज्ञातव्यौ योगिभिः सदा॥ १०६॥ पूरके द्वादश प्रोक्ताः कुम्भके षोडशैव तु। रेचके दश चोम्कराः प्राणायामः स उच्यते॥ १०७॥ अधमे द्वादश प्रोक्ता मध्यमे द्विगुणा मता। उत्तमे त्रिगुणा ख्याताः प्राणायामस्य निर्णयः॥ १०८॥ अधमे च धनो धर्मः कम्पो भवति मधयमे। उत्तमे स्थानमाप्नोति ततो वायुं निरोधयेत्॥ १०९॥ 

बद्धपद्नासनो योगी नमस्कृत्य गुरुं शिवम्। भ्रूमध्ये दृष्टिरेकाकी प्राणायामं समभ्य्सेत्॥ ११०॥ ऊर्ध्वमाकृष्य चापानवायुं प्राणे नियुज्य च। उर्ध्वमानीय तं शक्त्या सर्वपापैः प्रमुच्यते॥ १११॥ द्वाराणां नवकं निरुद्ध्य मरुत पीत्वा दृढं धारयेत् नीत्वाकाशमपानवह्निसहितं शक्त्या समुद्धटितम्। आत्मस्थानयुतस्त्वनेन विधिना विन्यस्य मूर्घ्न ध्रुवं यावत्तिष्ठति तावदेन महतां संघेन संस्तूयते॥ ११२॥ प्राणायामो भवत्येवं पातकेन्धनपावकः। भवोदधिमहासेतुः प्रोच्यते योगिभिः सदा॥ ११३॥ प्राणायामे महान् धर्मों योगिनो मोक्षदयकः। प्राणायामे दिवारात्रौ दोषजालं परित्यजेत्॥ ११४॥ आसनेन रुजो हन्ति प्राणायामेन पातकम्। विकारं मानसं योगी प्रत्याहारेण मुण्चति॥ ११५॥ मनोधैर्यं धारणया ध्यानाच्चैतन्यमद्भुतम्। समाधौ मोक्षमानोति त्यक्त्व कर्म शुभाशुभम्॥११६॥ प्राणायामद्विषटकेन प्रत्याहारः प्रकीर्तितः। प्रत्याहारद्विषट्केन ज्ञायते धारणा शुभा॥११७॥ धारणा द्वादश प्रोक्तां ध्यानं धानविशारदैः। ध्यानद्वादशकेनैव समाधिरभिधीयते॥११८॥ सम्बद्धासनमेढ्रमंध्रियुगलं कर्णाक्षिनासापुटा द्वाराण्यगुलिभिर्नियम्य पवनं वक्त्रेण चापूरितम्। ध्यात्वा वक्षसि तत्त्वपानसहितं मूर्ध्नि स्थितं धारये देवं याति नरः शिवेन समतां योगीश्वरस्तन्मयः॥ ११९॥ 

पवने गगनं प्राप्ते ध्वनिरुत्पद्यते महान्। घण्टादीनां प्रवाद्यानां तदा सिद्धिरदूरतः॥१२०॥ प्राणायामेन युक्तेन सर्वरोक्षयो भवेत्। आयुक्ताभ्यासयोगेन सर्वरोगस्य संभवह् ॥१२१॥ हिक्का श्वासश्च कासक्ष शिरः कर्णाक्षिवेदनाः। भवन्ति विविधा रोगाः पवनस्य व्यतिक्रमात् ॥१२२॥ यथा सिंहो गजो व्याघ्रो भवेद् वश्यः शनैः शनैः। तथैव सेवितो वायुरन्यथा हन्ति साधकम् ॥१२३॥ युक्तं युक्तं त्यजेद् वायुं युक्तं युक्तं च पूरयेत्। युक्तं युक्तं च बनीयादेवं सिद्धिमाप्नुयात् ॥१२४॥ चरतां चक्षुरादीनां विषयेषु यथाक्रमम्। यत्प्रत्याहरणं तेषां प्रत्याहारः स उच्यते॥ १२५॥ यथा तृतीयकालस्थो रविः प्रत्याहरेत् प्रभाम्। तृतौयाङ्गस्थितो योगी विकारं मानसं तथा॥ १२६॥ अङ्गमध्ये यथाङ्गन् कूर्मः संकोचयेद् ध्रुवम्। योगी प्रत्याहरेदेवमिन्द्रियाणि तथात्मनि॥ १२७॥ अमेध्यमथवा मेध्यं यं यं पश्यति चक्षुषा। तत्तमात्मेति विज्ञाय प्रत्याहरति योगवित ॥१२८॥ यद्यच्छृणोति कर्णभ्यामप्रियं चाथवाप्रियम्। तत्तदात्मेति विज्ञाय प्रत्याहरति योगवित् ॥१२९॥ 

अमिष्टमथवा मिष्टं यद्यत्स्पृशति जिह्वया। तत्तदात्मेति विज्ञाय प्रत्याहरति योगवित् ॥१३०॥ सुगन्धमयं दुर्गन्धं यद्यज्जिध्रति नासया। तत्तदात्मेति विज्ञाय प्रत्याहरति योगवित् ॥१३१॥ कर्कंशं कोमलं वापि यद्यत् स्पृशति च त्वचा। तत्तदात्मेति विज्ञाय प्रत्याहरति योगवित् ॥१३२॥ चन्द्रामृत्मयीं धारां प्रत्याहरति भास्करः। यत्प्रत्यहरणं तस्याः प्रत्याहारः स उच्यते ॥१३३॥ एका स्त्री भुज्यते द्वाभ्यामागता चन्द्रमण्डलात्। तृतीयोऽपि पुनस्ताभ्यां स भवेदजरामरः ॥१३४॥ नाभिदेशे वसत्येको भास्करो दहनात्मनः। अमृतात्मा स्थितो नित्यं तालुमूले च चन्द्रमाः ॥१३५॥ वर्षत्यधोमुखश्चन्द्रो ग्रस्त्यूर्ध्वमुखो रविः। ज्ञातव्या करणं तत्र येन पीयूषमाप्यते॥ १३६॥ ऊर्ध्वं नाभिरधस्तालु चोर्ध्वं भानुरधः शशी। करणं विपरीताख्यं गुरुवाक्येन लभ्यते॥ १३७॥ त्रिधा बद्धो वृषो यत्र रोखिति महास्वनः। अनाहतं तु तच्चक्रं योगिनो हृदयेविदुः ॥१३८॥ अनाहतमतिक्रम्य चाक्रम्य मणिपूरकम्। प्राप्ते प्राणे महापद्मं योगीतमृतायते ॥१३९॥ 

ऊर्धवं षोडशपत्रपद्मगलितं प्राणाद्वाप्तं हठा दूर्ध्वस्यो रसनां नियम्य विवरे शान्ति परां चिन्तयन्। उत्कल्लोलकलाजलं सुविमलं जिह्वाकुलम् यः पिबे न्निर्दोषः स मृणालकोपुर्योगी चिरं जीवति॥ १४०॥ काकचञ्चुवदास्येन शीतलं सलिलं पिबेत्। प्राणापानविधानेन योगी भवति निर्जरः॥ १४१॥ रसनातालुयोगेन योऽमृतं सततं पिबेत्। अब्दार्द्धेन भवेत्तस्य सर्वरोगपरिक्षयः॥ १४२॥ विशुद्धे परमे चक्रे धृत्वा सोमकलाजलम्। उन्मार्गेण कृतं याति वञ्चयित्वा खेर्मुखं ॥१४३॥ वि शब्देन स्मृतो हंसो निर्मलं शुद्धमुच्यते। अतः कण्ठे विशुद्धाख्ये चक्रं चक्रविदो विदुः ॥१४४॥ अमृतं कन्दरे कृत्वा नासान्तसुषिरे क्रमात्। स्वयमुच्चालितं याति वर्जयित्वा खेर्मुखं ॥१४५॥ बद्धं सोमकलाजलं सुविमलं कण्ठस्थलादूर्ध्वतो नासान्ते सुषिरे याति गगनद्वारं ततः सर्वतः। ऊर्ध्वास्यो भुवि सन्निपत्य नितरामुत्तानगात्रः पिब त्येवं यो विबुद्धो जितेन्द्रियगणो नैवास्ति तस्य क्षयः॥ १४६॥ उर्ध्वजिह्वः स्थिर भूत्वा सोमपनां करोति यः। अब्दार्धेन न सन्देहो मृत्युं जयति योगवित्॥ १४७॥ बद्धम् मूलबिल येन तेन विघ्नो विदारितः। अजरामरमाप्नोति यथा पञ्चमुखो हरः ॥१४८॥ संपीड्य रसनाग्रेण राजदन्तबिलं महत्। ध्यात्वामृतमयीं देवीं षण्मासेन सुकविर्भवेत् ॥१४९॥ 

Isnin, 23 Disember 2013

Tuhan bagi Brahmana

Om Swastiastu!


Mohon maaf kerana aku sudah lama tidak memeriksa ke bahagian ini. Pada cuti hari Natal ini maka aku berkesempatanlah melihat semula bahagian mana yang mempunyai ulasan atau pesanan. Ada persoalan yang aku tidak pasti sama ada yang bertanya itu jujurnya memang kurang faham atau berbuat tidak faham kerana hal mengenai agama orang Hindu sebenarnya ada dijelaskan oleh pendakyah Islam bernama Zakir Naik yang menghafal segala ayat Veda suci untuk dibacakan dalam pidato berapinya di hadapan penganut agama Islam atau penganut agama lain. Zakir Naik mengakui dirinya, Hindu tetapi dia beragama Islam.

Persoalan itu berkisarkan mengenai penyembahan orang berkebudayaan Hindu dan kebenuaan Hindu. Sebenarnya istilah Hindu ini seperti rujukan kata Zakir Naik sendiri merujuk kepada Lembangan Sindhu iaitu tempat awal bermulanya tamadun India purwa sampai ke zaman moden seperti yang tuan-tuan lihat hari ini. Kawasan rantau kehinduan turut merangkumi kawasan sekitar India purwa seperti Indochina di Asia Tenggara kebenuaan atau di Indonesia yang meliputi rantau kepulauan. Makanya, orang Bali di Indonesia yang beragama "Hindu" pun akan mengakui dirinya sebagai bangsa Hindu. Sebenarnya pengakuan mereka itu bukannya satu pengakuan yang syok sendiri atau pun pengakuan yang jahil seperti yang akan dilontarkan oleh mereka yang tiada kesedaran jati diri lampau sebaliknya berdasarkan pula kepada sejarah lampau yang meliputi rantau Asia Tenggara (Hindia Timur) ribuan tahun lamanya. 

Bentuk agama yang ada dalam Lembangan Sindhu dan rantau sekitar Ganga-Yamuna-Kaveri adalah dari pelbagai ideologi yang dilabelkan oleh orang Barat seperti monotheisme, monisme, animisme, pantheisme, polytheisme, dan sebagainya. Yang itu baru sahajalah ideologi asas dalam sebuah agama sebaliknya juga ada aliran dan falsafah pemikiran yang tak akan tuan fahami kalau sekadar tuan membaca bahan-bahan penulis yang seorang atau penulis yang mendengar-dengar sahaja.  

Ajaran yang diajarkan di India purwa sebenarnya datang dari orang Brahmana. Orang Brahmana kemudian mengangkat juga orang-orang dari suku bangsa lain masuk ke lingkungan Brahmanisme seterusnya berkongsi kebudayaan dengan mereka iaitu ada "give and take". Pertukaran kebudayaan berlaku dalam jangkamasa yang lama juga. Di samping agama orang Brahmana yang berasaskan kepada kitab suci veda sekeliannya, ada juga agama kerantauan dan agama rakyat. Agama yang berdasarkan Veda Suci disebut sebagai Sanatana Dharma. Manakala ajaran Buddha atau ajaran Mahavira Jinendra pula merupakan bentuk ajaran yang bersifat falsafah hasil penelitian jiwa orang-orang zuhud dalam kalangan bangsa Kesatria terhadap kejadian dalam diri, jiwa, serta masyarakat manusia.

Keadaannya adalah seperti agama orang Mesopotamia dan rantau Arabia yang pelbagai pula. Ada agama polytheisme, pemujaan menerusi alam semesta seperti planet-planet dan agama puak, ada aliran agama monotheisme seperti agama Kristian, agama Yahudi atau agama Islam. Ada juga mereka yang atheis yang aku dengar disebut sebagai Zindik oleh orang Arab. Peranan orang Brahmana di India purwa itu sama lah jua dengan peranan orang Yahudi di negara-negara Arab atau peranan keturunan Abraham yang anak cucunya menjadi nabi-nabi. Orang Brahmana menjejaki asal-usul mereka dari gotra yang turun menerusi tujuh maharesi atau saptaresi. Resi itu adalah orang-orang yang menerima wahyu dari Tuhan menerusi "dewa-dewa" yang mendengar "nada" tanpa "bunyi". Keadaan di Arabia itu sama halnya dengan di India purwa dan dalam kalangan orang Hindu.     

Konsep Tuhan

Untuk perkataan konsep ini, cuba fahami dahulu erti konsep itu apa. Lihatnya dari sudut epistemologi dalam falsafah yang digunapakai orang-orang terpelajar. Dalam agama orang Hindu sekeliannya, konsep ketuhanan itu pelbagai pula dari satu aliran ke satu aliran dan dari satu agama ke satu agama. Agama di sini bererti kitab suci. Seperti yang sudah ku jelaskan tadi. Sistem pemikiran dalam penganut agama orang Hindu ini pun pelbagai juga dari sistem monotheisme, henotheisme, panentheisme, pantheisme, monisme, polytheisme, dan lain-lain. 

Setengah sarjana menamakan sistem keagamaan orang Hindu ini sebagai sistem monotheisme terbuka yang bukan sepenuhnya bersifat polytheisme seperti yang dilihat oleh orang bukan dari benua Hindu. Ada masanya juga sistem ketuhanan agama ini diistilahkan kepada sistem ketuhanan monisme bagi menerangkan mengenai kewujudan makhluk sekelian.

Sistem falsafah Advaita atau tiada duaan itu dijelaskan secara kategori dalam Veda Suci dan Upanishad, serta sangatlah terkenal dalam kalangan penganut agama Saiwa seperti penganut Saiwa Trika di Kashmir. Konsep ini disebarkan oleh Guru Adi Sankara sekitar kurun ke-9 M, dalam kerangka falsafah Vedanta dalam falsafah klasik Hindu.

Sistem Advaita ini meletakkan jati bagi Diri atau Atman dengan Keseluruhan atau Brahman. Maka perkara yang ini dijelaskan menerusi sistem monisme atau pantheisme. Bentuk monotheisme yang jelas terdapat dalam Bhagavadgitam. Monotheisme yang jelas ini digambarkan menerusi kebaktian atau bentuk perasaan hati yang disalurkan menerusi amalan kebaktian ditujukan kepada-Nya menerusi Ishta Devata atau dewa perseorangan mewakili Brahman Agung sama ada dalam rupa Betara Siwa atau rupa Betara Wisnu. Kebaktian menjadi terkenal di India Selatan pada awal abad pertengahan. Kebaktian kepada begawan Kresna, yang merupakan salah satu jelmaan Betara Wisnu, mula menjadi terkenal di seluruh India semasa abad-abad pertengahan lantas membawa kepada kemunculan Sampradayam Waisnawa. Kebaktian menerusi Dewi Durga pula menjadi terkenal di beberapa bahagian India seperti di Bengal dan India Selatan sekitar penghujung abad pertengahan dan awal abad moden.    

Sampai ke hari ini, kebanyakan orang Hindu (India) mengamalkan polytheisme atau monotheisme menurut kecenderungan mentaliti dan peribadinya tetapi terbuka juga kepada menghormati dewata lain-lain walaupun tidak memujanya dalam kehidupan harian. Kata puja itu ertinya memberi tabik hormat dan sembah takzim kepada tokoh tertentu. Sama halnya apabila orang Melayu walaupun kini menganuti agama Islam yang bersifat monotheisme tetapi memberi sembah takzim kepada sultan-sultan dan dilarang mempersoal sultan-sultan kerana mereka merupakan wakil Tuhan di muka bumi. Dewata itu merupakan wakil Tuhan yang menghubungkan manusia dengan-Nya. Maka dewata disembah hormat oleh manusia. Begitu lah juga dengan Guru seperti Betara Siwa yang menyampaikan ajaran-Nya. Maka Betara Siwa disembah dan dicontohi menerusi jalan tapa serta sadhana yang seolah-olahnya ditujukan kepadanya tetapi sebenarnya merupakan latihan rohani. 

Aliran Waisnawa, utamanya Sri Kresna Smapradayam, aliran Sakti dan beberapa bentuk aliran Saiwa mempunyai sistem pemujaan monotheisme yang ditujukan terus kepada ishta dewata atau dewa persendirian yang diambil buat Guru petunjuk Jalan. Setengah orang Hindu yang lain pula terutamanya dalam kalangan penganut ajaran Betara Siwa, cenderung kepada Tuhan Maha Esa tapi tak semestinya mengaitkan Tuhan dengan aspek-aspek seseorang tokoh keagamaan seperti begawan Kresna, Betara Siwa, Betara Wisnu dan sebagainya. Mereka memandang Tuhan itu sebagai Brahman yang Mutlak tiada rupa tokoh dalam akal manusia tapi menerima pemujaan-Nya dijalankan menerusi perupaan. Istilah Iswara boleh merujuk sama ada kepada sebarang konsep monotheisme dalam tradisi kepercayaan orang Hindu, bergantung kepada konteks.

Brahman
 
Terbitan Kata
 
Sebelum keluar teori mengarut mengenai asal-usul kata Brahman contohnya perkaitan dengan perkataan bahasa orang Timur Tengah untuk mengaitkan perkataan ini dengan Abraham. Maka aku berikanlah asal-usul terbitan bahasa Sanskertanya. Sama seperti bahasa Arab yang ada sistem Tajwid harkat dan sebagainya. Bahasa Sanskerta mempunyai sistem sebutan bunyi, sistem tatabahasa, serta sistem-sistem bahasa yang terdapat dalam pengajian bahasa dibangunkan oleh orang Brahmana sendiri.

Brahman ini terbit dari kata akar bahasa Sanskerta bṛh ertinya "membengkak kemudian berkembang dan bertambah lalu membesar". Brahman merupakan kata nama yang tidak berjantina, berbeda pula dengan kata "Brahmā" yang merujuk kepada orang yang dikaitkan dengan Brahman, dan dari Brahmā, yang merupakan pencetus kepada ciptaan. Bagi penganut ajaran Buddha, Brahmā ini merupakan makhluk kepada Brahman serupa malaikat yang sifatnya mencetuskan makhluk lain-lain bagi pihak Brahman. Orang yang berkecimpung dalam hal kerohanian serta keturunan resi-resi, maka disebutlah mereka sebagai Brahmana.

Konsep Brahman ini merupakan konsep tiada berjantina. Ia memberi gambaran bahawa ada tokoh yang lebih daripada jantina lelaki mahu pun perempuan yang biasanya terdapat dalam konsep dewa-dewi. Brahman ini dirujuk sebagai Jiwa Tertinggi oleh orang Hindu, yang tak tercapai dek akal manusia apatah lagi pemandangan manusia.

Ringkasnya, Brahman merupakan Jiwa Sejagat yang Maha Agung yang merupakan punca serta dokongan kepada segala Jagat berfenomena ini. Brahman kadangkala dirujuk sebagai Tuhan atau Yang Maha Mutlak. Yang menjadi Tapak Suci Murni bagi segala bahan, jisim, tenaga, masa, ruangan, makhluk kejadian dan segalanya dalam atau yang melampaui alam semesta ini.         

Brahman dilihat sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat, tak bertokoh tanpa sifat-sifat, dan Yang Maha Tinggi bergantung kepada aliran falsafah.

Orang-orang alim yang mengumpulkan Upanishad mengajarkan bahawa Brahman itu merupakan Zat Terutama bagi fenomena jisim (termasuklah jua jati diri jiwa manusia) yang tak boleh dilihat atau didengari oleh manusia biasa tetapi hanya oleh mereka yang fitrahnya boleh diketahui menerusi perkembangan atma-jnana atau pengetahuan kejiwaan

Menurut Advaita, manusia yang bebas jiwanya dari cengkaman duniawi atau jiwanamukta pastinya menyedari bahawa Brahman itu merupakan fitrah jiwanya sendiri. Isha Upanishad menyebut
"Om.... Brahman Agung yang tiada batasan, dan disyaratkanlah bahawa Brahman itu tiada batasan. Tiada batasan yang berlangsung dari yang tiada batasan. Jika kau tolak yang tiada batasan dengan yang tiada batasan, maka yang tiada batasan itu jugalah adanya".
Rigveda menyebut, bahawa menerusi kehendak (RV 10.12.94), jelmaan awalan dari alam semesta berjisim muncul dari Hiranyagarbha (Telur Emas), keluarlah dunia ini, makhluk-makhluk merayap halus dan besar serta makhluk-makhluk langit (dewata)...
"Hebat nian dewa-dewa yang terbit keluar dari Brahman" (Atharva Veda).
Agama Veda kemudian menghasilkan berlonggok-longgok renungan falsfah yang jelas dengan Brahman ketika itu dianggap sebagai satu Hakikat Mutlak di sebalik rupa-rupa yang berubah; Hakikat Maha Esa yang daripada-Nya terbit segala yang berjisim dan kenampakan di mata terbit dan kepada-Nya segalanya akan kembali selepas penguraian.

Penerima-penerima Upanishad membuat omkara perisytiharan dengan berdasarkan pengalaman peribadi mereka yang menerima wahyu atau sruti (yang kedengaran) sebagai salah satu komponen renungan falsafah mereka. Sruti itu merupakan salah satu perkara ghaib yang didengari dan dilihat oleh orang-orang yang berhubung dengan dewata (malaikat). Ia kemudian dicatit oleh si pendengar itu dalam daun lontar, kemudian dikumpulkan sampai ke hari ini kita dapat melihatnya dalam bentuk buku pula.     

Mahāwākaya

Beberapa sebutan agung dari Mahāwākya yang terdapat dalam Upanishad kita menyatakan perkara yang tersebut sebagai Brahman itu sebagai......

Bramha satyam jagan mithya. Ekam edwadwitiyam bramha. Prajnānam bhamha. Ayam ātmā bramha. Aham brahmāsmi. Tat tatwanisma. Sarwam khalwedam bramhasachchidānanda bramha.

Ada dua jenis terjemahan pula berdasarkan penafsiran oleh aliran falsafah Hindu seperti aliran Advaita dan aliran Waisnawa.....

Terjemahan Advaita

"Brahman itu benar, dunia ini tidak benar. Brahman itu Esa tiada duanya. Brahman itu ilmu pengetahuan. Jiwa (Roh) itu Brahman. Akulah Brahman. Engkaulah itu (Yang Maha Agung).  Segala yang kita nampak dalam dunia ini adalah Brahman. Segala yang kelihatan dalam alam berjisim itu adalah Maya (khayalan). Brahman atau Brahma itu kewujudan, kesedaran dan kesukaan".

Terjemahan Waisnawa

"Brahman itu benar, dunia ini tidak benar. Brahman itu Esa tiada duanya. Brahman tahu segalanya. Jiwa dan Atma itu dari fitrah rohaniah abadi mencakupi segalanya seperti Brahman. Aku (roh) ini seabadi Brahman. Engkau (pembaca) merupakan hamba kepada Brahman Agung. Brahman itu segalanya, dan segala yang kita nampak itu adalah (hasil) tenaga-tenaga Nya yang pelbagai, berjisim mahu pun yang rohani. Brahman mempunyai sat, cit, ananda, wigraham... Tubuh rohaniah abadi yang penuh dengan kesenangan dan kekayaan, dan Dia itu Maha Agung (Kebenaran Mutlak Yang Penuh Kesedaran-Nya)". 

Upanishad diajarkan oleh para resi menyatakan bahawa Brahman itu tiada terbatas wujud-Nya, tiada terbatas kesedaran-Nya, dan tiada terbatas kesenangan-Nya. Yang ini semuanya dicakupi oleh istilah Saccidananda

Pandangan Falsafah Advaita 

Disebut bahawa Brahman itu tak akan kau ketahui dengan cara yang empirik. Brahman cuma disedari menerusi kesedaran jiwa, kerana Brahman itu sendiri adalah Yang Maha Sedar. Maka, Moksa, yoga, semadhi, nirwana dan sebagainya itu bukan semata-mata jalan bagi mengenali Brahman, sebaliknya adalah untuk menyedari fitrah jiwa makhluk sendiri, menyedari bahawa jiwa itu adalah dan senantiasa bersama dengan-Nya.

Yang berkait dapat dengan konsep Jiwa dari Brahman itu adalah pikiran bahawa ia adalah bersamaan dengan Jiwa-Atma atau roh perseorangan, atman atau roh kita itu bersedia untuk menjatikan milikannya dengan Parama Atma atau Jiwa Tertinggi, Brahman Agung.

Inilah penjelasan ringkas dari pandangan falsafah Advaita mengenai Brahman Agung atau Tuhan. Ada lagi separuh pandangan tentang Brahman dalam falsafah orang Hindu disebut sebagai Tattwa Wada atau Hakikat Duaan.

Untuk kata agama Hindu itu, sebenarnya adalah sangat tak tepat. Agama orang Hindu sebenarnya tiada nama. Kata Hindu diterima oleh orang British daripada orang Parsi yang memanggil mereka yang tinggal di seberang Sungai Indus sebagai orang Hindu. Segala adat-istiadat, keagamaan, dan kebudayaan habis dicakupkan sekali dalam istilah payungan Hindu itu walaupun ada pelbagai jenis ideologi. 

Konsepnya seperti jika kau istilahkan agama-agama di rantau Arab sebagai agama Arab yang di dalamnya mengandungi pemujaan kepada raja-raja, pemujaan kepada Tuhan Maha Tinggi, pemujaan kepada malaikat-malaikat, pemujaan kepada makhluk halus lain, pemujaan kepada penunggu planet, penunggu kawasan serta sebagainya. Hanya baru-baru ini, kaum pendita Brahmana menyatakan bahawa istilah tepat bagi ajaran agama yang dianuti sebahagian besar orang Hindu adalah Sanatana Dharma yang ringkasnya membawa erti, Jalan Yang Abadi. Manakala hal mengenai perkara ghaib seperti dewa, hantu, roh, serta sebagainya dalam masyarakat penganut ajaran Buddha boleh dilihat dalam Abhidharma Pitaka.    

Ahad, 24 November 2013

Murti

Om Swastiastu


Tradisi keagamaan orang Hindu sangatlah kaya dengan perlambangan. Bukan sahaja perlambangan pada sekeliling alam sekitar ini sahaja malahan tubuh manusia jua mempunyai perlambangan. 

Jadi, Murti ini disebut juga sebagai Wigraham atau Pratimam, yang umumnya merujuk kepada rupa yang mengungkapkan Murta atau Semangat Diwiyam. Ertinya itu "perupaan". Ia selalunya menjawi wakil bagi dewa, diperbuat selalunya daripa pahatan batu, kayu atau besi, yang bertindak sebagai wahana untuk orang ramai memuja kedewataan atau kahiyangan. 

Orang Hindu sekelian menganggap bahawa murti itu layak bagi bertindak sebagai penumpuan pemujaan kepada kahiyangan hanya selepas kahiyangan itu diseru meresap ke dalamnya bagi tujuan khusus pemujaan dan semahan. Gambaran kahiyangan itu mestilah mencerminkan perupaan dan gambaran yang digariskan oleh adat-istiadat dalam agama. Ia menjadi satu wahana perhubungan dengan Brahman. Dalam bahasa Sanskerta, kata murti ini menunjukkan "kelainan" kahiyangan, yang apabila digantikan dengan tugu atau berhala itu, maka pengertian dasarnya itu pun hilang dan bukan lagi. Berhala dan tugu itu bukan terjemahan sebenar bagi murti.

Puji kepada murti ini disarankan, terutamanya dalam Dwapara Yuga. Ia dijelaskan dalam Pancharatram. Hanya selepas mencapai kemahiran dalam pertukangan bagi menggambarkan binatang, manusia, dan rupa-rupa Buddha sahaja lah pengukir-pengukir batu Hindu mula menghasilkan "tugu-tugu" dan "rupa" dewata Hindu.

Khamis, 14 November 2013

Rigweda: Purusha Suktam

Om Swastiastu!

Om Awighnam astuh...

 

Dituntut supaya tuan-tuan budiman menghormati bacaan-bacaan Weda suci menurut kepada Manusmriti dan Parmpara, terima kaseh!

Isnin, 28 Oktober 2013

Ciri Wedika dalam Agama Iran Purwa


Di sebelah Iran dan Tanah Parsi serta Sumeria yang merangkumi rantau Selatan Iraq sampai ke Selatan Russia dan Afghanistan, agama orang Iran seperti Zoroastrianisme, Zurwanisme dan sebagainya agak terkenal. Penganut agama ini turut terlepas ke rantau India Purwa, Selatan Eropah dan juga di Timur Tengah. Yang masuk ke Tanah Sindhu atau benua India itu menyeraplah dengan bangsa Brahmana yang masuk terlebih dahulu. Secara bersiri nanti kita akan cuba memaparkan rencana mengenai ciri yang sama antara agama ini dengan agama orang Hindu atau orang India. Punca rujukan rencana ini adalah dari Subhash Kak.

Sarjana sekelian umunya setuju bahawa sebelum penyebaran agama oleh Zoroaster, agama para dewa itu terkenal lah di Iran. Setengah orang memanggilnya sebagai agama Pra-Zoroastrianisme atau agama Pagan di Iran. Namun, Subhash Kak membahaskan bahawa memanggilnya sebagai demikian itu bererti mengkaburkan perhubungannya dengan agama Wedika. Persamaan antara agama Pra-Zoroaster itu dengan agama Wedika terlampau banyak sekali sampai tak mampu hendak diberi dengan kata nama saja gambarannya. 

Sabdawali Zoroastrianisme ini wujud selepas orang Yunani memanggil nama pembaharu agama orang Parsi itu menurut namanya. Pembaharu agama orang Parsi itu, namanya adalah Zaratustra. Zarat ertinya sama dengan baasa Sanskerta, Harit iaitu keemasan manakala Tra itu sama ertinya dalam bahasa Sanskerta iaitu unta. Diperkatakan pembaharu agama ini hidup kira-kira dalam tahun 1200 SM atau mungkin setengah milenia kemudiannya. Tradisi Yunani menyatakan bahawa beliau itu hidup 258 sesudah Alexander the Great, iaitu kurun ke-6 SM. Nama yang digelarkan orang Parsi kepada agama mereka itu adalah Mazda Yasna atau agama Pengorbanan kepada Kebijaksanaan. Sang Hiyam Widdhi bagi mereka itu digelarlah Ahura Mazda atau dalam bahasa Sanskerta kita disebut sebagai Asura Medha, Yang Dipertuan kepada Kebijaksanaan.

Rigweda 8.6.10 mempunyai satu bacaan yang berbunyi "medhamertasya" ertinya kebijaksanaan itu kebenaran yang menunjukkan perkataan Parsi Lama ini turut berselari dengan bahasa Sanskerta walaupun bukan bahasa yang sama. Zaratustra ini menjadi saingan pula kepada penganut agama para dewa, iaitu penganut Daiwa Yasna. Walaupun agama ini pernah menjadi agama resmi empayar Parsi sebelum kemasukan agama orang Islam, tetapi "nabi" nya itu berasal dari Timur Laut Iran dekat Afghanistan iaitu dari Bactria.  

Sabtu, 12 Oktober 2013

Samacara Jinagama

Jaya Jinendra!


Mungkin kurang samacara mengenai ajaran dan tokoh keagamaan ini. Walaupun ia terjelma sejak sebelum masehi di Timur benua Hindu namun ia bukan pula bahagian tatasusunan masyarakat Brahmana. Pembaharunya pun dari wangsa Kesatria. Ada pendapat mengatakan Jinagama adalah bahagian kehinduan kerana ciri yang hampir sama, ada juga menyatakan bukan kerana ada ciri yang tidak sama... Tidak kita peduli, pada kita pengajaran baik wajar dijadikan contoh. Berbeda pendapat bukan penyebab berhentam berhembas pecah ke darah...
  
Dasar

Bacaan Mantra


Kesihatan


Tempat Suci



Ajaran Buddha tersebarlah ke luar benua Hindu sampai ke Jepun, ke China, ke Jawa, ke Bali, ke Sumatera, ke Siam, Kemboja, Myanmar, Laos, Tibet, Bhutan, serta merata-rata sampai ke negara-negara Barat pun. Begitu juga bahagian tradisi Hindu dalam pelbagai agama dan falsafahnya. Namun, agama Jina cuma tertumpu di sebelah India utamanya di negeri India Barat seperti Gujerat, negeri India Selatan seperti Karnataka, Kerala dan sedikit di utara Tamil Nadu. Penganutnya banyak yang kaya-raya menjadi saudagar-saudagar besar walaupun ada alirannya yang mempunyai pedanda tak berbaju dan tak berseluar.

Selasa, 8 Oktober 2013

Yang Esa dalam Brahmana

Om Swastiastu


Sebenarnya terdapat punca daripada sastera Brahmana sendiri seperti weda-weda dan upanishad mengenai Dia Yang Esa tapi dalam kerohanian Hindu disebut Dia sebagai Kesedaran Tertinggi bagi jiwa-jiwa dalam Jagat Raya ini. Kejadian daripada pemahaman orang bukan Hindu itu berpunca daripada sikap paranoid mereka yang terlalu rigid dalam pengamalan perundangan agama bangsa mereka serta kejahilan mereka mengenai bangsa sekeliling kerana sibuk hendak berperang dan bermusuh.

Weda-Weda Suci

"Tiadalah rupa bagi Nya itu". (Yajurweda 32:3). "Dia itu tiada tubuh dan murni". (Yajurweda 40:8). "Wahai rakan sekelian, jangan kau puja sesiapa pun kecuali Dia, Yang Maha Esa. Pujilah Dia sahaja!" (Rigweda 8:1:1). "Resi (pedanda terpelajar) itu memanggil Yang Maha Esa itu dengan banyak tak terkiranya Nama" (Rigweda 1:164:46).

Upanishad

"Dia itu Esa hanya, tanpa kedua!" (Chandogya Upanishad 6:2:1). "Bagi Nya itu tiada ibu bapa atau Tuan lagi" (Swetaswatara Upanishad 6:9). "Tiada kesamaan suatu apa pun dengan Nya" (Swetaswatara Upanishad 4:19). "Rupanya itu tidak terlihat (pada mata kasar); tiada siapa pun melihat Nya dengan mata (tubuh mereka)" (Swetaswatara 4:20).

Berkenaan berhala itu, Mahatma Gandhi menyebut, "Saya tidak kata saya kesihan langsung dengan orang Hindu yang menyembah berhala, tapi, sebaliknya, saya menyedari kebijaksanaannya. Dengan menemui jalan pemujaan pada rupa, dia sebenarnya bukan menyekutukan Yang Maha Esa itu dengan makhluk lain, tapi dia menyedari hakikat dan menunjukkannya kepada loka bahawa manusia boleh memuja; dan akan terus memuja; Yang Tertinggi itu dalam pelbagai rupa. Masjid atau gereja pun terlibat dalam sebentuk pemujaan rupa. Membayangkan bahwa seseorang itu akan menjadi lebih suci hanya dengan pergi ke masjid atau gereja itu pun merupakan satu bentuk pemujaan berhala. Tak ada pula sebarang masalah dengan kepercayaan begitu. Walaupun kepercayaan yang Tuhan wahyukan dalam Quran atau Bibel itu merupakan pemujaan berhala dan yang berbentuk naif. Tak ada masalah".

Ajaran Buddha

Sebab ramai pengikut baginda Phra Buddha Chao pun dari jati wangsa Brahmana, disebutkan juga ia di sini memandangkan ia merupakan salah satu ajaran yang diajarkan seorang Hindu. Terdapat sabdawali Karmasthana iaitu tempat bekerja. Ia merujuk kepada tempat minda itu berada dalam pekerjaan melibatkan perkara kerohanian. Lebih legap lagi, ia merujuk kepada 40 bahan tapa semadhi yang disebutkan dalam Jalan Penyucian Jiwa. Tiap-tiap bahan ini diberi oleh mentor atau Kalyana Mitra, Teman Kesukaan kepada yang menjadi anak didiknya. Bahan ini diberikan bukan suka-suka tapi menurut kepada kecenderungan rohaniah dan tahap minda nya yang kini. Ia akan berubah-ubah. Benda ini bukannya berhala! Untuk ini nanti diperbuat masukan lanjut di Bahagian Ajaran Buddha.

Isnin, 7 Oktober 2013

Waisnawa

Om Svastiastu!


Aliran Vaishnava merupakan salah satu daripada aliran Hindu yang terkenal. Ia menumpukan kepada pemujaan kepada Betara Vishnu Narayana. Pengikut Vaishnava ini merupakan pengikut baginda Betara Vishnu Narayana, yang menunjukkan jalan hidup kepada mereka, dan menyebarkan konsep bertuhan Esa tapi dalam masa sama menerima pancaran lain bagi Nya. Penganut aliran ini memberi tumpuan istimewa kepada Betara Vishnu dan 10 Jelmaan baginda.

Sastera veda tertua, Rigveda menggambarkan Betara Vishnu sebagai Dewa Tertinggi dalam Vishnu Suktam (1.22.20):

ॐ तद विष्णोः परमं पदं सद पश्यन्ति सुरयः द्विवः चक्षुर अततम्

"Bagaikan pancaran sang surya di langit menyebar ke pemandangan biasa, maka dengan cara yang sama penganut bijaksana dan terpelajar selalu melihat singgahsana Betara Vishnu."

Tad vipraso vipanyavo jagrvam sah samindhate; vishnor yat paramam padam.

"Karena penganut yang terpuji tinggi dan sedar jiwanya itu mampu melihat loka kejiwaan, dan mampu mendedahkan singgahsana baginda Betara Vishnu."

Umumnya, agama-agama Vaishnava menjelaskan Betara Visnu sebagai, "yang tertinggi dan tapak bagi segala kewujudan". Ini tergambar dalam Katha Upanishad 2.2.13:

nityo nityanam cetanas cetananam; eko bahunam yo vidadhati kaman

"Yang Tertinggi, ciri Brahman, itu kepala bagi makhluk hidup antara segala makhluk hidup dan mengaruniai keinginan segala makhluk berhati nurani yang kekal".

Kepercayaan dan amalan, utamanya konsep Bakti dan Bakti Yoga itu berdasarkan kepada Upanishad, dikaitkan dengan weda segala dan sastera Purana, seperti Bhagawadgitam dan Padma Purana, Bhagawata Purana dan Wisnu Purana.

Isnin, 30 September 2013

Senarai Rujukan Ajaran Hindu

Berikut adalah senarai untuk materi ajaran agama Hindu dan kehinduan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Rujukan ini hanya untuk kegunaan penganut agama-agama Hindu sahaja. Ia bukan untuk kegunaan mereka yang bukan penganut agama Hindu. Materi akan ditambah dan disunting berdasarkan laman mana yang masih berfungsi.

Hinduisme Umum
Hinduisme di Utara India
Hinduisme di Bali

Pulau Bali adalah sebuah pulau dalam rantau Indonesia dengan majoriti penganut agama Hindu tradisi tempatan. Bahan materi adalah dalam bahasa Indonesia. Ruangan belajar bahasa Bali dan bahasa Jawa Kavi akan disediakan bagi kemudahan penganut Hindu yang bukan berbahasa Bali. 
Hinduisme di Jawa Timur

Beberapa etnik Jawa di Jawa Timur sememangnya tidak pernah meninggalkan agama Hindu. Oleh itu, terdapat beberapa halaman rujukan dibuat oleh penganut Hindu di bahagian Pulau Jawa dalam bahasa Indonesia.  
Hinduisme Tamil

Jumaat, 27 September 2013

Siddha dalam Ajaran Jina


Menurut ajaran Jinagama, Siddha ini merujuk kepada jiwa tenang yang bebas. Bebas sepenuhnya daripada putaran jelmaan dan kematian. Mereka mencapai tahap terakhir dalam pembebasan jiawa. Karma mereka sudah kosong dan mereka tidak mengumpul karma lagi sama ada baik atau buruk. Tahap kebebasan penuh ini disebut sebagai Moksha. Siddha sudah menjadi roh dan tak mempunyai bentuk lagi, tak ada kehendak nafsu dan bebas sudah daripada segala godaan.

Menurut penganut ajaran Jinagama, para Siddha mempunyai lapan ciri yang tersendiri atau 8 guna. Pustaka Tamil Purwa berkenan Jinagama bertajuk "Chudamani Nigandu" menggambarkan ciri-ciri itu dalam kawi indah:

"kadaiyilaa nyaanatthaudu kaatchi wiiriyamae yenba. Midaiyurru nmaminnmae widhitthu kotthirangalinmae. Adaiwilaa aayulyenmae antharayanggal yenmae. Wudaiyawan yaawan marrrru yewwulaginuuggu yerrainaamae".

Pengertian:

"Roh itu mempunyai ananta nyaanam atau pengetahuan tak terbatas, pandangan tak terbatas atau kadaiyila kaatci (ananta darsana), kesaktian tak terbatas atau kadaiyilaa wiiriyam (ananta labdhi), kesukaan tak terbatas atau kadaiyilaa yenbam (ananta sukha), tanpa nama atau naamaminmai (akshaya sthiti), tanpa diperkait dengan sebarang warnasrama atau kauttiraminmai menjadi witaaraga, langkau kehidupan tak terbatas atau aayulyenmae menjadi arupa, tanpa sebarang perubahan aazhiyaa yeyalbu (aguruladhutaa) adalah Sang Hiyang".

Daun lontar bahasa Tamil karangan Mpu Thiruwalluwar, berjudul Thirukural merujuk ciri tersebut sebagai lapan ciri Sang Hiyang Widdhi dalam salah satu seloka kawi nya.

Sorga Siddha

Dalam pandangan semesta penganut ajaran Jina, Siddhasila itu letaknya atas sekali dari Jagat Raya. Para Siddha tak akan terjelma lagi dalam bumi, kerananya mereka sudah melampaui putaran kehidupan dan kematian. Mereka akan dihantar ke Siddhasila selepas dibebaskan dan berada di sana selama-lamanya. Siddha ini merupakan satu tahap bagi roh yang melepasi Arihant serta mempunyai Kewala Jnana. Dibandingkan dengan pandangan Hindu umum, Siddhaloka ini merupakan loka halus dengan makhluk-makhluk sempurna atau para Siddha menjelma. Mereka ini dianugerahi dengan lapan siddhi dasar pada masa penjelmaan mereka.

Rabu, 10 Julai 2013

Sanatana Dharma: Jalan Semulajadi yang Nirandra

Om Swastiastu!


Sanatana Dharma: Jalan Semulajadi yang Nirandra

Bagi agama orang Hindu ini, disebutlah oleh orang-orang Hindu sebagai Sanatana Dharma. Untuk pembacaan tuan-tuan budiman yang berbahasa Inggeris, bolehlah disemak pustaka berjudul "Sanatana Dharma: The Eternal and Natural Way" cetusan pemikiran Acharya Seri Dharma Parvataka.

Pustaka ini boleh menjadi panduan kepada loka Yoga, Vedanta, pertapaan dan juga agama kepercayaan orang Hindu itu sendiri. Ia merayakan segala tradisi yang ada dalam jalan kerohanian orang-orang benua Hindu sekelian. Dibekalkan juga oleh acharya kepada kita dengan pengenalan kepada dresti dan amalan-amalan yang diamalkan dalam jalan kerohanian purba ini.

Cara penerangannya lebih tersusun dan pendedahan drestinya pun menyeluruh tatkala menyentuh tradisi-tradisi kerohanian benua Hindu kita. Tak pasti jika di negara Indonesia mempunyai anuvada (terjemahan), tapi aku percaya mereka cepat sekali membuat anuvada bagi segala tradisi kehinduan berbanding dengan di sini yang terlalu bergantung dengan bahasa Inggeris. Di India pun sebenarnya begitu jua...

Pengertian Ringkas

Sanatana Dharma ini pada dasar sabdawalinya pun tiada cenderung kepada aliran-aliran atau pembahagian buah pikiran atau ideologi. Dua perkataan Sanatana Dharma itu pun terbitlah dari kata bahasa Sanskerta Purwa. Sanatana itu merupakan kata yang menunjukkan sesuatu yang anadi atau tiada permulaan dan anantha atau tiada penghujungnya atau yang nirandra.

Dharma pula sungguh banyak abhidanamnya sehingga tidak mampu dianuvadakan ke bahasa lain. Sudahlah kita bicarakan bahawa kata Dharma ini terbitan dari kata dhri yang bererti memegang dan memelihara. Erti yang lebih kurangnya itu adalah "Undang-Undang Semulajadi" atau Niyama Vaswavikata Lokam yang semulajadi bagi Jagat Raya. Makanya, sabdawali ini bolehlah dianuwadakan sebagai, "Jalan Purwa yang Semulajadi lagi Nirandra". Makanya inilah agama orang Hindu sekelian.

Tatkala dianuvadakan ke bahasa Melayu ini maka, Sanatana merujuk kepada nirandra, brahmasi, tiada mula tiada hujung, yang nilakada, sejagat, yang selamanya ada, tiada pernah terhapus, semulajadi serta tahan lama melalui samaya. Dharma ertinya anusarana, jalan, kebenaran, belas kasihan, jalan semulajadi, kebajikan, ajaran-ajaran, parampara, sampradayam, dresti, aturan, sejagat, aliran, agama, kebijaksanaan, menepati divyam, adarsa brahmandiyam, aturan paksi dan kejadian, adhikaram serta tugasan setiap kejadian.     

Rupakara Sanatana Dharma

Sanatana Dharma ini bukannya menunjukkan kepercayaan seperti Kristian atau Islam. Ia mewakili satu kod perundangan tindakan dan rupakara nilai yang dasarnya adalah kebebasan kerohanian. Sebarang jalan atau pandangan kerohanian yang menerima kebebasan jiwa atau rohani dari jalan-jalan lain pun diperkiralah sebagai Sanatana Dharma tapi bukan bahagian kehinduan kerana kehinduan itu terjadi bila berada dalam lingkungan Mahabharata.

Sedikit bahagian itihasa samaya pertengahan benua Hindu apabila Sikandar Lodi pemusnah vigraham yang merupakan seorang pemerintah wangsa Lodi di Delhi pernah membakar seorang sadhu bernama Sang Bodhana hanya kerana berkata bahawa agama orang Hindu dan agama Islam itu setaraf dan diterima sahaja oleh Sang Hiyang Maha Agung asalkan beriman dengan hati yang ikhlas.

Keadaan ini sebenarnya menunjukkan bahawa pemerintah beragama Arab yang berketurunan sebelah bapanya dari keturunan Afghanistan manakala ibunya Punjabi Hindu itu tidak memahami tuntunan agama yang dianutinya itu sendiri. Sebaliknya, sadhu Hindu yang dibakar hidup-hidup sampai mati itu yang menyebut semula perkara yang diterangkan dalam agama orang Arab itu yang berbunyi, "untuk kamu agama kamu dan untuk aku agama aku". Hanya sedikit kilasan pada ayat sahaja menjadikan penganut agama Arab itu yang bukannya berbangsa Arab menjadi dungu dan berhenti fikirannya. Kejadian ini sungguhlah pelik sekali, memandangkan ia menjadi pemerintah atau raja pula bagi suatu wangsa. Bagaimana boleh seorang raja yang dungu memerintah lingkungan mandalanya?

Utamanya, Sanatana Dharma ini adalah anadi iaitu tanpa permulaan dan juga apauruseya. Apauruseya itu ertinya, tiada pengasas dalam kalangan manusia pun. Ia dinirwacanakan melalui pencarian kebenaran brahmandiya atau menerusi renungan pada cakerawala. Tiada beda sangat pun dengan pencarian kebenaran yang menirwacanakan sains moden. Catitan awal tentangnya adalah Rigweda. Rigweda ini merupakan catitan perkara yang didengari oleh rei-reṣi purwa yang dalam pelbagai cara cuba mempelajari kebenaran tentang jagat raya atau alam semesta, dalam hubungan-hubungan antara kedudukan manusia dengan kramabhadda (susunan alam semesta). Mereka melihat kepada sifat-sifat atau ciri bagi segala hidupan dan kejadian dalam jagat raya sebagai sebahagian daripada persamaan sejagat yang tercetus dari Kesedaran Tertinggi.

Pencarian para reṣi ini tiada permulaan sejarahnya; tiada juga penemu sejarahnya. Kenyataan ini bukanlah menunjukkan bahawa Rigveda itu tak berada dalam bentuk karya kesusasteraan. Kenyataan ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh menunjukkan atau menyatakan masa tertentu atau orang tertentu dalam sejarah lalu berkata, "Sebelum terpacul perkara ini, segala yang tersebut dalam Rigveda itu tak pernah wujud". Pemahaman dalam kenyataan begini sebenarnya sama dengan pemahaman orang pada samaya moden ini kerana mereka menurut pula kepada logik orang Barat yang menyebut sesuatu itu hanya wujud selepas ia "dituliskan" dan "dibukukan".

Ciri Sanatana Dharma dalam Agama Orang Hindu
  • Lebih bertumpu kepada Sang Hiyang Widdhi berbanding dengan tumpuan lebih kepada reṣi atau nabi dalam bahasa Arab.
  • Lebih berdasarkan kepada pengalaman berbanding dengan percaya kepada kenyataan orang lain semata-mata.
  • Permulaannya melampaui sebarang tanggal dalam sejarah dan tak ditemui pun dalam sejarah.
  • Proses perkembangannnya datang dari biji yang bertunas dan dresti ini bolehlah dilihat dalam ceritera seperti Hiranyagarbha serta sebagainya.
  • Wujud dalam dan termasuk dalam segala jalan kehidupan.
  • Wujud di loka ini tetapi dalam masa yang sama lebih tinggi daripada loka maya.
  • Wujud dan mencakupi loka segala.
  • Wujud pada seluruh atau pada bahagian-bahagian jagat.
  • Mencintai segala dan tiada mengecualikan barang sesuatu kejadian pun. 
Mula Siddhanta Sanatana Dharma
Sanatana Dharma mengenalpasti bahawa bahagian terbesar dalam cita keagamaan manusia itu selalunya tidak diketahui, tiada nirwacanam bahkan melebihi sebarang kepercayaan yang diinstitusikan. Aliran jagat Dharma, tak mengira nama apa pun dipanggil baginya, sama ada Dharma atau dengan nama lain sebenarnya senantiasa wujud. Ia sudah wujud sebelum sebarang guru agung terjelma atau dilahirkan ke loka ini pun. Ia bukan lebih baik daripada yang lain atau menjadi jalan yang lain bagi yang lain sebaliknya ia berada dalam semua. 
Dari Dharma ini, terpacullah bumi kita dan kemanusiaan ini. Dharma bukan sahaja sebagai Dharma, tetapi senantiasa dan akan senantiasa begitu sahaja. Untuk hidup dalam penjajaran dengan jagat raya, dan untuk mengetahui tentang ciri-ciri sebenar Sanatana Dharma itu maka perlu seseorang itu mengenalpasti bahawa Sanatana Dharma itu adalah satu daripada jalan yang menerangkan tentang matlamat tertinggi dalam kehidupan sesuatu kejadian.

Sanatana Dharma menghormati pengalaman kerohanian perseorangan melebihi vada upacara rĕsmi. Di mana sahaja terjelmanya Kebenaran Sejagat maka di situ ada Sanatana Dharma. Sama ada ia dalam lapangan agama, kesenian, sains atau pun dalam kehidupan orang perseorangan atau masyarakat.  Apabila Kebenaran Sejagat itu tidak dikenalpasti di sebarang tempat pun tak mengira sama ada di benua Hindu atau di mana-mana, atau disempitkan kepada kumpulan tertentu, pustaka sastera, upacara tertentu sahaja atau orang perseorangan walaupun dengan nama Sang Hiyang Tertinggi, maka Sanatana Dharma itu akan berhenti perjalanannya. 

Sanatana Dharma itu mengandungi perundangan kejiwaan atau kerohanian yang mentadbir kewujudan manusia. Sanatana Dharma bagi kehidupan manusia itu samalah dengan undang-undang jagat raya yang berlaku pada fenomena fizikal bahan dalam jagat raya ini. Boleh juga dicontohkan dengan fenomena hukum graviti yang sudah pun wujud sebelum diketahui dalam bentuk ayat dalam teori graviti Newton. Perundangan jiwa dalam kehidupan sebagai perundangan-perundangan yang anadi atau abadi itu sudah ada sejak sebelum ditemui oleh para reṣi purwa pada samaya vaidika. Sanatana Dharma mengisytiharkan bahawa sesuatu yang tak boleh diterbitkan dari sesuatu atau jagat raya itu sendiri adalah jelmaan dari kejadian divyam atau jelmaan dari kejadian Sang Hiyang. 

Sejak Sanatana Dharma dirujuk kepada jalan-jalan kehidupan yang wujud pada masa yang sama dengan Yang Purna, dan Perundangan Svayan Siddha; makanya sabdawali Sanatan Dharma ini tidak merujuk kepada sesuatu yang terbuka kepada pindaan-pindaan. Sama seperti undang-undang graviti, matematik atau logik pun tak terbuka kepada debat aliran pemikiran atau pendapat berkaitan. Graviti sebagai contoh merupakan perundangan terwujud dalam alam semesta tak mengira sama ada seorang itu percaya kepada perundangan (hukum) graviti atau tidak. Sama juga dengan undang-undang Tuhan yang halus pun, ia melepasi segala cita pakapātapura atau pihak-pihak yang memecahkan diri mereka dengan aliran-aliran pemikiran atau perundangan dalam jagat raya.

Loka dan segala yang tercetus dari loka ini terbentuk dengan tiga kecenderungan yang kita panggil sebagai guna-guna iaitu sattvika, rajasika dan tamasika. Sattvika ini merupakan kecenderungan yang condong kepada bersih, molek, sempurna, tenang dan śantipriyam. Rajasika pula merupakan kecenderungan ke arah yang giat, bergerak, keraguan dan penuh paksaan. Tamasika pula merupakan kecenderungan kejadian ke arah kemalasan, lembap, mandom, lengai dan gelap. Jikalau tiada tiga guna ini, maka tak wujudlah kejadian segala termasuklah kita semua. Segalanya merupakan campuran tiga guna yang ini. Seorang muni yang pada dasarnya sattwika pun tetap mempunyai tahap-tahap rajasika dan tamasika dalam dirinya walaupun sebesar butir pasir sahaja.

Sanatana Dharma memperguna yogacara sebagai cara mencapai moka atau kesedaran mengenai Tuhan. Yoga diterjemahkan secara lemahnya menjadi "kesatuan" ke dalam bahasa bukan bahasa Sanskerta. Yoga merangkumi yang lebih daripada itu. Yoga itu merupakan tindakan yang membawa kepada pencapaian kesatuan dengan Brahman. Ia merangkumi pengalaman sebenar membebaskan diri daripada keterikatan lokamaya yang menyebabkan "jiwa" tidak menyedari bahawa Brahman itu sedang mengawasinya.
Seterusnya nanti kita akan membicarakan mengenai Yuga Dharma pula. Apakah Yuga Dharma itu dan bagaimana bentuknya?