Ahad, 26 Januari 2014

Agama Mesopotamia: Cetera Agama


Tiada catitan bertulis tertentu menerangkan mengenai prapanchavijnana agama Mesopotamia yang terselamat bagi turunan masa kini. Namun, sejarawan moden membuat pemeriksaan menyeluruh pada catitatan pelbagai dan menciptakan semula, perkara yang dipercayai sebagai gambaran tepat bagi prapanchavijnana orang Mesopotamia.

Itihasa mereka, Cetera Penciptaan, dari 1200 SM, menjelaskan bahawa deva Marduk membunuh devi ibunda, Tiamat dan memperguna sebahagian tubuhnya bagi menciptakan bumi, dan sebahagian lagi bagi mencipta kayangan šamû dan alam bawah, irsitu. Satu catitan dari samaya yang sama itu mencatatkan bahawa alam semesta ini berbentuk sfera (bulatan lonjong) dengan tiga lapisan kayangan šamû, tempat berdiamnya segala devata, dan tempat wujudnya bintang-bintang, atas tiga lapisan bumi bawahnya.  

Agama Mesopotamia ini mempunyai ciri-ciri pemujaan pelbagai devata, dan menerima kewujudan banyak jenis devata, sama ada yang lelaki atau wanita, walaupun ia turut mempunyai kepercayaan bahawa ada satu lagi Kekuasaan Agung oleh pemuja yang tertentu yang mengaitkannya dengan tokoh keagamaan atau devata penunggu kota. Pemuja ini biasanya datang dari negara-kota yang berpegang dengan devata penunggu kota, seperti deva Enki dikaitkan dengan negara-kota Eridu, deva Ashur dikatkan dengan negara-kota Assur dan empayar Assyria, deva Enlil mewakili kota Nippur, devi Ishtar dikaitkan dengan negara-kota Arabela, dan deva Marduk dikaitkan dengan negara-kota Babilon. 

Walaupun bilangan deva dan devi sebenar di Mesopotamia tak diketahui, tetapi K. Tallqvist, daalam Akkadishche Götterepitheta (1938) memperkirakan ada dalam 2400 devata yang diketahui dengan nama-nama devata itu dalam bahasa Sumeria. Dalam bahasa Sumeria, devata dirujuk sebagai dingir, sementara dalam bahasa Akkadia, devata dipanggil sebagai ilu. Nampak juga terdapat persenyawaan keagamaan berlaku dalam pemujaan dua kelompok bangsa itu, dengan masing-masing pun memuja devata masing-masing.

Devata Mesopotamia mempunyai banyak persamaan dengan manusia dan merupa sebagai manusia atau makhluk lain; oleh itu mereka pun mempunyai rupa manusia. Sama juga, mereka selalu juga bertindak seperti manusia, memerlukan makanan dan minuman, serta minuman tuak dan turut mengalami mabuk, Namun mereka ini diperkatakan mempunyai kedudukan kesempurnaan lebih tinggi daripada manusia biasa. Mereka lebih sakti, boleh nampak dan mengetahui lebih jauh daripada manusia biasa, tak boleh dijangkakan dan abadi. 

Salah satu ciri terkenal mereka adalah mereka diselubungi oleh melammu (cahaya yang menggemparkan) sekeliling mereka, dan menyebabkan manusia terkejut dan memuja mereka secara spontan. Dalam kebanyakan kes, devata yang banyak-banyak itu mempunyai pertalian dengan sesama sendiri. Ciri ini turut terdapat dalam agama orang Yunani, agama orang Hindu dan lain-lain. Sejarawan J. Bottéro berpendapat devata itu tak dipandang secara mistik, namun dilihat sebagai tuan-tuan yang tinggi sedikit kedudukannya dan dipatuhi serta ditakuti, berlawanan dengan rasa mereka mencintai atau memuja mereka. Begitu pun, kebanyakan penduduk Mesopotamia tak mengira jati bangsa, mempunyai nama yang ditujukan bagi kebaktian untuk devata tertentu. Amalan ini bermula pada kurun ke-3 SM dalam kalangan orang Sumeria lalu dipakai juga oleh orang Akkadia kemudiannya.  

Mulanya, susunan devata tak tersusun, namun agamawan Mesopotamia kemudiannya tampil dengan konsep kedudukan devata dan susunan menurut kepentingan mereka. Satu senarai dari orang Sumeria mencatatkan kira-kira 560 devata ditemui di Fara dan Tell Abu Salabikh bertarikh pada kira-kira 2600 SM, dengan lima devata dicatatkan sebagai devata terutama.

Salah satu daripada devata awal yang penting di Mesopotamia adalah deva Enlil, yang mulanya merupakan devata orang Sumeria. Ia dianggap sebagai raja segala deva dan mengawal loka. Kemudian orang Akkadia turut memujanya juga. Yang lain adalah deva orang Sumeria, deva Ea, yang turut dipuja orang Akkadia. Deva Nanna orang Sumeria dipuja orang Akkadia sebagai deva Sin mewakili bulan. Deva Utu orang Sumeria dipuja sebagai deva Shamas mewakili matahari. Devi yang terkenal pula dalam kalangan masyarakat Sumeria, adalah devi Inanna, yang merupakan devi cinta. Kemudian orang Akkadia memujanya sebagai devi Ishtar, dan seterusnya dipuja juga orang Aramia dan Phonecia di Syria dan Lebanon sebagai devi Astarte. Dengan kebangkitan orang Babilon pada kurun ke-18 SM, raja Hammurabi, mengisytiharkan bahawa deva Marduk, naik ke kedudukan setara dengan deva Anu dan Enlil di selatan Mesopotamia.

Cetera yang terkenal yang masih boleh dibaca orang ramai berkenaan agama di Mesopotamia mungkin, Cetera Gilgamesh. Ia merupakan cetera yang mengisahkan raja adiwira Gilgamesh dan rakannya yang liar, Enkidu. Raja Gilgamesh cuba mencari keabadian dengan pertembungannya dengan devata lain dan restu mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan