Memaparkan catatan dengan label palembang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label palembang. Papar semua catatan

Rabu, 2 Januari 2013

Cakera Senjata Tajam XI


100. Makanya walaupun demi untuk satu makhluk berperasaan lain, moga kita dengan sukacitanya mengambil kelahiran dalam tiga tahap terendah. Dengan Perilaku Mencerahkan yang tidak pernah lemah, moga kita menunjukkan jalan kepada seluruh makhluk dalam sengara kelahiran semula supaya keluar dari derita dan penyebab kesakitan.

101. Sebaik sahaja kita menempatkan diri kita dalam alam mereka, moga penjaga-penjaga neraka datang dan melihat kita sebagai para guru. Moga senjata yang menyeksa dipegang mereka bertukar menjadi bungaan; Moga segala kesakitan dijadikan aman tenang dan bertumbuhlah kesukaan.

102. Makanya, moga semua makhluk neraka memperoleh ketajaman hati nurani dan mengambil kelahiran semula yang lebih tinggi sebagai manusia atau sebagai dewa-dewa. Dengan cara berkembang dengan kuatnya menurut kehendak segala Buddha. Moga mereka membalas semula kebajikan kita dengan mematuhi memberi perhatian kepada ajaran-ajaran. Dan menganggap kita sebagai guru dengan keyakinan sebenarnya. 

103. Makanya, moga semua makhluk berperasaan dari tiga jelmaan teratas, pertapaan sempurna atas tiadanya diri lagi. Dengan cara ini moga mereka menyedari ketidakwujudan diri dari penglibatan keduniaan dan juga kebebasan. Moga mereka menempatkan tumpuan mereka pada kedua ini secara saksama, melihat sifat-sifat mereka itu sebagai kosong. 

104. Jika kita mengamalkan segala cara ini kita akan dapatlah menguasai musuh-musuh utama kita iaitu keinginan peribadi yang mementingkan diri serta sikap cintakan diri sendiri. Jika kita mengamalkan cara-cara ini, maka mampulah kita mengatasi pemahaman-pemahaman salah tentang diri yang kita anggap sebagai hakikat, makanya melalui tapa kesama tentang ketiadaan diri dan juga hikmat ketidakduaan kekosongan dan nikmat, bagaimanakah seseorang itu tidak mendapat penyebab untuk memenangi tubuh kasar seorang Buddha dan hasilnya, iaitu Pencerahan?

105. Wahai pemikiran, pahamilah bahawasanya perkara-perkara yang dibincangkan di sini merupakan kejadian-kejadian yang saling bergantungan antara satu sama lain. Kerana mata benda itu mesti bersandar kepada timbul yang terikat, baginya untuk wujud itu makanya ia tak berdiri sendiri. Proses perubahan itu menarik bagaikan suatu keajaiban, bagi tubuh kasar itu rupa pemikiran. Bagaikan obor api berputar bagaikan putaran api.

106. Tiada satu pun yang lebih besar daripada kuasa hayat seseorang, ia runtuh sebagiannya bagaikan batang kayu yang direndami air. Dan tiada satu pun yang lebih besar daripada jangka hayat seseorang, ia membengkak dalam sekelip mata sahaja bagikan buih-buih. Semua benda dalam dunia ini cuma lah rupa yang bagaikan kabus. Apabila diperiksa dekat, nyatalah ia sebenarnya tiada di penglihatan. Bagaikan fatamorgana, nampak di jauh benda-benda itu menyeronokkan, namun apabila kita mendekat, tiada ditemui pun. 

107. Semua benda itu bagaikan bayangan yang terdapat pada sebuah cermin. Namun kita masih lagi berkhayal bahawa ia adalah benar, sangat hakikat. Semua benda itu bagaikan kabus pagi atau pun awan di atas gunung. Namun, kita masih lagi ingat semuanya kukuh dan tegap berdiri. Musuh kita, itulah desakan dan jati  diri yang salah. Yang benar-benarnya dari diri kita, yang ingin kita pastikan selamat. Dan penyembelih kita, iaitu kepentingan diri bagi kesenangan kita sahaja. Seperti semua benda yang nampak benar-benar wujud, walaupun sebenarnya ia tak pernah wujud langsung.

108. Walaupun rupanya benar dan kasar, namun tidak lah benar dan hakikat, sebarang masa, sebarang tempat. Ia bukan benda yang patut kita bebani pada diri dengan nilai terakhir, tidak juga kita menafikan kebenaran terwujudnya. Kerana jati diri salah menggenggam dan cinta pada diri kita, kurang asas besarnya dengan kemerdekaan sebenar. Bagaimana ia menghasilkan tindakan yang wujud dengan sendirinya? Dan kemudian bagaimana pula putaran ganas penderitaan yang kejam, yang merupakan buah kepada tindakan-tindakan ini, menjadi hakikat dari dasarnya???

109. Walaupun semua benda itu kekurangan kewujudan kekal, namun bagaikan muka bulan yang boleh dilihat dalam secawan air jernih menampakkan bayangannya. Pelbagai ciri penyebab dan akibat muncul dalam dunia kewujudan sebagai bayangan-bayangan. Maka, biarlah dalam dunia berupa ini sahaja, kita pastikan perlakuan kita itu adalah pada dasar kebajikan. Dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menyebabkan kita kesakitan hebat.

110. Apabila tubuh kita terhangus dalam mimpi buruk yang menakutkan, oleh api meliputi dunia akibat letusan bercahaya terang, walaupun kepahitan ini bukanlah benar-benar terjadi. Kita masih lah terasa seram dan menjerit. Keadaan yang sama juga dengan penjelmaan yang malang dalam neraka atau sebagai hantu itu sebenarnya bukan hakikat. Namun kita masih boleh terasa kesakitannya. Takut akan penderitaan itu bagaikan kita terbakar hidup-hidup. Haruslah kita hentikan segala tindakan yang menghasilkan keputusan ini.                    

Selasa, 1 Januari 2013

Cakera Senjata Tajam VIII


90. Kita tak pernah malu apabila kita berbuat perkara keji, hanya perbuatan yang terhormat terpuji yang memberi kita malu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

91. Semua perkara yang perlu kita lakukan tak pernah diperbuat pun, kerana tebiat tidak sesuai itu mengambil seluruh masa kita. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

92. Wahai penghapus setan-setan mementingkan diri yang perkasa, dengan Tubuh Kebijaksanaan tak terikat dari segala ikatan, Sang Yamantaka marilah dengan senjata kepala tengkorak mu yang menakjubkan dari kebijaksanaan tanpa ego dari kekosongan dan nikmat. Tanpa sebarang salah pemberian kini hentaklah senjata ganas mu itu dan cengilnya hayun ia tiga kali keliling kepala mu!  

92. Dengan segala kecengilan mu marilah hentam musuh yang busuk! Pemahaman ego yang mengelembung dengan kekuatan kebijaksanaan mu yang hebat! Dengan belas kesihan mu tak terbatas lindungi lah kami dari penderitaan sengsara disebabkan oleh tindakan memandang diri kami penting. Hapuskan lah sikap inginkan hanya kegembiraan diri sendiri sekali dan untuk selamanya!

94. Dengan segala sengsara yang lain-lain alami, padamkanlah terus sikap mementingkan diri sendiri. Penderitaan orang lain yang timbul itu dari lima punca racun; makanya sebarang khayalan yang menimpa makhluk lain, maka bawalah ia ke diri pemadam khayalan!

95. Walaupun kita tiada keraguan, kerana kita mengenali sepenuhnya punca dan akar kepada dosa yang kita perbuat, jika ada satu ruang dalam pikiran kita yang cenderung untuk menyokong khayalan diri yang kita ada, makanya hapuskan lah pemegang ketat bahagian pemikiran kita itu. Yang berlawanan atau keinginan sebenar, masih membuat kita menjadi si bodoh.

96. Semua yang salah boleh lah dikesan puncanya dari yang satu, iaitu sikap pentingkan diri kita sendiri, yang paling kita hargai. Haruslah kita bertapa sekarang untuk merenung kebaikan yang lain. Menerima kesengsaraan yang mereka yang lain pun tak pernah harapkan, berbakti dengan penuh kebajikan terhadap semua. 

97. Makanya menerima diri kita bahawa perbuatan lampau kita tidak bakti tidak kebajikan terhadap lain. Pada masa kini dan masa depan dengan pikiran, ucapan dan tubuh kita menerimanya. Moga khayalan yang lain kesama kita berada dalam keadaan terbaik bagi menerima "Pencerahan". Bagaikan sang merak memakan racun namun berkembang ekornya.

98. Bagaikan gagak yang boleh disembuhkan selepas menelan racun dengan penangkal racun berkuasa yang diberikan tepat pada masanya, marilah kita mengarahkan segala pahala kebajikan kita kepada yang lain. Yang mana ia boleh mengisi peluang mereka ke arah pembebasan. Moga seluruh makhluk berperasaan itu mencapai "Pencerahan" mereka secepat mungkin!

99. Hingga ke masa apabila semua makhluk bersifat keibuan dan aku mencapai keadaan sempurna bagi kita untuk menjadi yang Dicerahi, melalui kuasa pada amalan yang boleh menyebabkan kita merayau-rayau melalui pelbagai alam dalam enam tahap kelahiran semula. Moga kita mampu membantu yang lain juga bagi menjaga matlamat kita mencari tepian Pencerahan!  

Tuan puan yang dihormati sekelian, aku ada meletakkan iklan di atas tu. Minta tolong sahabat-sahabat pembaca tulung tekan supaya aku dapat terus memasukkan untuk hangpa maklumat-maklumat dharmma bagi kebaikan sejagat. Anggap lah hangpa berbuat pahala belaka kepada diri hangpa dan kepada yang lain. Aku bukan mengambil untung sebaliknya aku bertindak menurut dharmma belaka dengan menggunakannya untuk penyelenggaraan laman dan ruangan. Terima kasih.

Jumaat, 28 Disember 2012

Cakera Senjata Tajam VI


70. Kebahagiaan dan kegembiraan kita datangnya dari para Buddha. Para guru, ajaran-ajaran mereka dan mereka yang tinggal yang bersama mereka. Namun, kita masih memberi sembahan kepada para hantu dan roh-roh. Semua petunjuk kita yang terserlah dari ajaran-ajaran. Namun kita masih cuba memerangkap mereka yang memberi nasihat-nasihat ini. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

71. Kita ingin berumah dalam asrama dan biara. Namun akibat gangguan-gangguan sekeliling, kita berusaha ke pekan. Kita dengar kepada perbincangan agama yang mengajarkan amalan-amalan ariya, namun kita masih membuang masa dengan tilik nasib dengan dadu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

72. Kita meninggalkan sumpah menjadi sami, jalan yang benar bagi mencapai kebebasan. Kita lagi suka berkahwin, beranak pinak dan berumah tetap. Kita sudah pun membiarkan peluang kebahagiaan terbang ditiup angin lalu meneruskan kesengsaraan seterusnya, masalah yang teruk dan kecelakaan. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

73. Menyekat amalan kita demi mencapai kebebasan, kita melencong mencari keseronokan dan perniagaan. Kita menerima tubuh dengan pemberian yang bernilai. Namun kita menggunakannya hanya semata-mata untuk masuk ke kelahiran bagaikan neraka. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

74. Tanpa mempedulikan kesan-kesan yang ajaran boleh bawa kepada kita, kita keluar untuk urusan keuntungan dan mencapai kebaikan diri sahaja. Meninggalkan segala ceramah-ceramah berhikmah guru-guru kita, kita merayau-rayau di tempat berlainan mencari keseronokan sementara. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

75. Kita menimbun segala yang menjadi kepunyaan kita, tidak mahu menggunakannya pun. Dan merampas semua makanan kita dan pakaian dari kawan-kawan. Kita letakkan di sebelah kita harta pesaka bapak kita, lalu merampas hak orang lain sesuka hati kita. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

76. Menakjubkan sekali tentang betapa kurang tabahnya kita, untuk bertapa namun kita masih berpura-pura. Seolahnya kita sudah mencapai kesaktian lalu menipu orang lain. Kita tak pernah pun bertemu dengan jalan hikmah yang dalam, namun berlari ke sana ke sini walaupun sebenarnya ia tak perlu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

77. Seseorang itu memberi nasihat kepada kita dari kedalaman hatinya, demi kebaikan kita namun kedengaran menyakitkan di telinga kita. Dan dalam kemarahan membara kita melihatnya seperti seorang musuh. Tetapi apabila seseorang tanpa sebarang "perasaan" terhadap kita dengan muslihatnya benda yang ingin kita dengar, tanpa mempertimbangkannya dan berfikir kita menunjukkan maklumbalas. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

78. Apabila orang lain menganggap kita ini kawan tercintanya dan rapat dengannya, lalu terkait dalam keyakinan yang ketat sebagai diketahui mereka. Kita mendedahkan rahsia-rahsia mereka terutamanya kepada musuh-musuh mereka. Apabila kita mempunya kawan yang sentiasa bersama kita, kita mencari titik-titik kelemahannya supaya kita boleh menyeksanya. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

79. Kedengkian kita itu kuat dan apa sahaja yang diperkatakan, kita sering sahaja bersikap ragu-ragu tidak percaya, kita ragui tentang apa yang diperkata. Kita menyusahkan, kepala angin dan sukar untuk dilayan. Menunjukkan perangai yang buruk kepada orang lain. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!     

Khamis, 20 Disember 2012

Cakera Senjata Tajam III


35. Apabila kita kurang semua kawalan ke mana harus kita mengembara. Dan selalu terpaksa merayau bagaikan kanak-kanak tiada berumah. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan dosa kita lakukan. Hingga kini, kita mengganggu guru-guru suci dan lain-lain. Dan memaksa mereka berganjak dari merpati utusan mereka atau dari tempat duduk mereka. Maka selepas ini, janganlah kita sekali-kali mengganggu orang lain. Dengan mengusir mereka dengan kejam dari tempat tinggal mereka.

36. Apabila tanaman di ladang kita terusan dilanda wabak. Disebabkan oleh banjir dan gumpalan air batu, serangga dan beku. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa kita lakukan. Hingga kini kita gagal menghormati sumpah kita. Maka selepas ini mari lah kita menjaga semua janji dan akhlak yang murni.

37. Apabila kita miskin, tapi masih dipenuhi dengan ketamakan dan nafsu. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan dosa kita lakukan. Hingga kini, kita kedekut sekali, enggan berkongsi. Semahan kita kepada tiga rattana cuma rendah-rendah tarafnya dan kurang sangat. Maka selepas ini biarlah semahan kita itu dari hati yang murah. 

38. Apabila tubuh kita itu hodoh dan yang lain menyeksa kita. Dengan mempermain kecacatan kita, tidak menunjukkan ciri. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa kita lakukan. Hingga kini, rupa yang kita hasilkan kurang kecantikannya. Dengan melepaskan perasaan amarah kita, kita membuat pemandangan yang hodoh. Maka lepas ini marilah kita mencetak pustaka dan menghasilkan rupa yang menarik hati. Dan bukannya panas baran tetapi sentiasa periang dan berkebajikan. 

39. Apabila keterikatan dan kemarahan mengganggu dan membuatkan kita sedih. Tidak kira berapa banyak kita cuba menekannya sekali pun. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa yang kita lakukan. Hingga kini, kita tetap mempertahan perangai tidak elok kita. Keras hatinya hanya menghargai diri kita sendiri. Maka selepas ini, marilah kita mencabut terus sikap penting diri kita.

40. Apabila kejayaan dalam amalan kita selalu menghindari kita. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa yang kita lakukan. Hingga kini, dalam diri kita itu ada sikap ego. Terendamnya ia dalam cara-cara mementingkan diri. Maka selepas ini, marilah kita mengarahkan segalanya hanya untuk perbuatan kebajikan. Moga yang lain beroleh kemajuan.

41. Apabila minda kita meliar walaupun kita beramal dengan kebajikan maha besar. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa-dosa kita. Hingga kini, kita cuma berhubungan dengan cita-cita keduniaan. Yang matlamatnya hanya untuk kejayaan kita sahaja di kehidupan ini. Maka selepas ini, marilah kita berusaha dengan usaha yang murni terarah. Untuk memupuk harapan bagi mencapai kebebasan sejauh samudera terbentang.

42. Apabila selepas kita menjalankan amalan kebajikan. Kita berasa sesal sangat atau meragui kesannya nanti. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa yang kita lakukan. Hingga kini kita tidak tetap pendirian dan digugat oleh tujuan-tujuan asas. Membuat amalan itu hanya kepada mereka yang berkuasa atau yang mempunyai kekayaan. Maka selepas ini, marilah bertindak dengan penuh sedar diri. Berikhtiar dengan penuh hati-hati dalam usaha kita berkawan.

43. Apabila mereka yang bercita-cita membalas amanah persahabatan. Mengumpan kita dengan perancangan bermuslihat. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa-dosa kita lakukan. Hingga kini, dari cita-cita itu kita telah bertindak dengan kejahilan (rohaniah). Maka selepas ini marilah kita memudarkan kebanggaan mengetengahkan diri kita.

44. Apabila kuasa tarikan atau yang disebabkan oleh kejijikan mewarnai setiap perkara yang kita dengari atau kita katakan. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Hingga kini kita tidak mempedulikan perkara yang menyebabkan kita ditimpa masalah. Sekelompok khayalan yang berada dalam hati kita. Maka selepas ini, marilah kita cuba untuk meninggalkan segala halangan. Menyedari kebangkitannya, meneliti keasyikannya. 

45. Apabila tak kira berapa bagus pun tujuan tindakan kita terhadap yang lain. Ia sentiasa menerima tindakbalas seteru. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya atas kita disebabkan dosa yang dilakukan. Hingga kini, kita membalas kasih sayang dengan tuba. Maka selepas ini, biarlah kita selalu menerima baik budi orang. Dengan penuh rendah diri dan rasa hormat.  

46. Pendeknya, apabila penderitaan malang yang tak kita ingini menghentam kita bagaikan halilintar. Bagaikan tukang besi yang mengambil nyawanya sendiri dengan pedang yang ditempanya. Derita sengsara kita itu adalah cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya atas sebab dosa yang kita lakukan. Selepas ini marilah kita beri perhatian dan berjaga-jaga. Tidak bertindak dengan cara yang keji.

47. Semua penderitaan yang kita tanggung dalam kehidupan yang kita lalui ini dalam tiga keadaan rendah. Sebagaimana kesakitan masa kini dan masa depan. Sama juga dengan pembuat panah yang kemudiannya terbunuh disebabkan oleh sebilah panah yang diperbuatnya. Sengsara kita itu adalah cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan dosa yang kita lakukan. Maka selepas ini, marilah kita beri perhatian berjaga-jaga. Jangan bertindak dengan cara yang keji.

48. Apabila musibah dan kebimbangan tentang keluarga itu menekan kita. Ini bagaikan seorang anak yang disayangi oleh ibu bapanya satu ketika dahulu. Lalu kemudiannya membunuh ibu bapaknya. Penderitaan kita itu adalah cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan dosa-dosa yang kita lakukan. Selepas ini, selayaknya dalam semua kehidupan kita itu supaya kita hidup dengan murni sebagai bhikkhu, pertapa dan ubun-ubun.

49. Benar sebagai yang aku perkatakan tentang faedah untuk sikap mementingkan diri. Kenal lah sudah seteru ku yang sebenar. Kenal lah aku orang jahat yang menjarah. Penipu yang mencurangi dengan berpura-pura bahawa ia sebahagian daripada aku. Leganya aku, bahawasanya aku sudah jaya atas keraguan ini!