Memaparkan catatan dengan label suvarnadvipa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suvarnadvipa. Papar semua catatan

Isnin, 27 Januari 2014

Dharmakirti Sailendra

Svasti Sri!


Rasanya sudah pun dibicarakan mengenai tokoh ini kerana baginda ini menulis kekawin 'Senjata Tajam" yang kini cuma terdapat dalam bahasa Tibet sahaja. Baginda Dharmakirti ini merupakan tokoh pengajar ajaran Buddha dan juga yang menemukan falsafah logik ajaran Buddha. Baginda juga yang pertama sekali membicarakan teori zarah menurut pandangan ajaran Buddha, yang menyatakan bahawa bahan yang satu-satunya dianggap wujud itu cuma dalam keadaan-keadaan kesedaran berkala sahaja.  

Itihasa

Baginda ini dilahirkan di Sumatera, yang kini berada dalam rantau Indonesia dalam istana diraja Sriwijaya. Baginda sebenarnya adalah putera raja bagi wangsa Sailendra tetapi menjadi seorang ajar-ajar pertapa dan bhiksu pula. Kalau disebut empayar Sriwijaya itu pastilah sinonim dengan puak-puak yang berkait dengan orang Melayu serta suku-sakatnya. Baginda kemudian mencapai tahap bhiksuka tertinggi lantas berpindah sebentar ke benua India sana menjadi mahaguru di Mahawidyalaya Nalanda. Baginda pun mempelajari ajaran Dignaga dan juga menafsirkannya semula lalu menjadi perintis bagi pemikiran logik dalam kalangan penganut Buddha. Sebenarnya baginda ini berpengaruh juga dalam kalangan orang Brahmana. 

Teori baginda menjadi terkenal di tanah Tibet dan dipelajari sampai ke hari ini di sana sebagai sebahagian daripada kurikulum pembelajaran dasar di biara Buddha di Tibet. 

Collins dalam penjelasan kontekstualnya mengenai baginda Dharmakirti dan pengalamannya dengan rasa tidak puas hati dan salah-faham yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan semahawidyalaya di Nalanda dengan.....
"Adunan fahaman baginda Dharmakirti itu merupakan kemuncak gemilang dalam falsafah Buddha, pada ketika ia mula menghadapi kejatuhan dari segi institusi, namun Nalanda masih lagi dipenuhi dengan orang, melampung disebabkan oleh serangan kosmopolitan dari orang Brahmana dan pelajar biasa. Dalam masa yang sama lalang tumbuh sekitar cetiya bukan sahaja di selatan India tetapi juga di utara India. Baginda Dharmakirti merupakan cahaya terakhir yang masih menyala sebelum ia terpadam, burung hantu sang Sraddha yang mengembangkan sayapnya di senjakala: kreativiti adunan sebagai institusi yang dasarnya sudah hendak rapuh namun masih dipertahankan. Baginda Dharmakirti dahulunya seorang upasaka sahaja, bukannya seorang bhiksu yang beragama pun, dan tata nata bunyi bagi impian baginda itu kenampakan seperti seorang yang sekular sahaja mahu menyelamatkan institusi biara tersebut. Sloka penutup karya agung baginda menangisi kekurangan sarjana yang mahir bagi mengikut segala falsafah ajaran baginda, "karya beta ini tak akan mendapat tempat pun dalam kalangan sesiapa dalam loka ini kerana sukarlah ditangkap kata-kata dalamnya. Ia cuma akan terserap dan hilang dengan diri aku ini sahaja, seperti sungai masuk ke lautan". Seorang sejarawan Tibet menyatakan bahawa tatkala karya baginda diselesaikan pun, "pelajar baginda langsung tak menunjukkan penghargaan kepada guru, dan seteru baginda pula "mengikat daun lontara" ke ekor anjing dan membiarkan daun lontar baginda itu ditariknya sepanjang lorong sampai bertebaran merata-rata" (Stcherbatsky, 1962: 1:35-36). Hakikatnya, baginda Dharmakirti tak mengakhiri penguasaan sebagai seorang pakar dirshti terkemuka dalam turunan terakhir ajaran Buddha India (Hindu). Pengharapan baginda itu tetap bernyala. Baginda meninggalkan Nalanda, pulang ke negara baginda (Palembang) di selatan dan membangunkan biara di situ. Pelajar Brahmana yang berjaya dari India Selatan (Kerala), Guru Adi Sankara pula naik ke Utara sampai ke Kashmir sana. Beliau itu kemudian membongkar semula segala bakai ajaran Buddha di India yang hampir mati itu".
Drishti

Baginda Dharmakirti mempersembah kebanyakan buah fikiran bainda dalam bentuk ulasan kepada karya Dignaga. Teori baginda sendiri pun sudah boleh berdiri sendiri dan melampaui teori yang dipersembah oleh pendahulunya. Setengah daripada buah fikiran baginda, seperti bukti bagi kesahihan sabda baginda Buddha itu pula, cumalah rekayasa sahaja, kerana Dignaga menganggap bahasa itu setara kemaksumannya dengan kesimpulan yang mencapai dasar dalil dan musabab. 

Sudah lama juga pengkaji sastera klasik India dan Tibet bertelingkah pendapat tentang bagaimana caranya untuk mengelaskan pemikiran Dharmakirti. Aliran Gelug menekankan bahawa baginda itu mengungkapkan pandangan Yogacara, manakala kebanyakan pengulas Tibet yang bukan aliran Gelug menyatakan bahawa baginda memberi ungkapan bagi pandangan Saurantika dan menurut kepada salah satu sumber Tibet, sebilangan penganut Buddha aliran Madhyamika pula menyatakan baginda ada juga mengungkapkan pandangan Madhyamika (Jalan Tengah).

Stcherbatsky mengaitkan Dharmakirti kepada pemahamannya sendiri mengenai Kant. Beliau membandingkan pandangan-segera baginda itu dengan perkara Immanuel Kant sendiri....
"Perbedaan dasar bagi falsafah Immanuel Kant berkenaan "perkara sendiri" itu dengan "zat sendiri" oleh Dharmakirti  itu terkandung dalam pengenalan yang terkemudian itu dengan titik tunggal segera bagi hakikat yang selari dengan satu kala perasaan".
Jaluran Akal: Mainan Kenyataan Tak Ada Mula dan Sementara, Satu Kesinambungan

Baginda menulis satu lontara berkenaan dengan fitrah jaluran akal dalam Pembahagian Jaluran Akal Lain (Saṃtãnãntarasiddhi). Ratnakirti iaitu pelajar baginda pula menulis karya lanjut lagi dan memperkembang dan memperbaiki tema-tema dalamnya lagi, dan memberinya tajuk, "Tentangan mengenai Pembahagian Jaluran Akal" (Saṃtãnãntaradusana). Beliau bukannya menentang pun karya sebelum itu sebaliknya memperkembang tajuk itu menjadi satu pengajian yang empirik, yang memberi gambaran bahawa akal yang banyak-banyak lapisan itu dikenalpasti menerusi pengalaman orang yang merasai pengalaman orang lain, proses akal yang dikaitkan menerusi tindakan yang diperhatikan oleh makhluk berhati nurani lain ke pemandangan mutlak, yang mana hanya ada satu saja jaluran pemikiran (ekacitta).

Ratnakirti membahaskan bahawa pramana (pengalaman sah) daripada jaluran akal yang lain itu merupakan anumana (kesimpulan bagi penyebab), bukannya pratyaksha (pesepsi terus). Sebagai tambahan, Ratnakirti memperkenal doktrin dua kebenaran sebagai kunci kepada fitrah perbincangan apabila kesimpulan kepada sesuatu pernyataan awal itu mula dipenuhi oleh samanya (kesejagatan maya), bukti jaluran akal yang lain, sementara samvrtisatya (kebenaran terkait sah yang empirik), tidak pula memegang kepastian ghaib dalam paramarthasatya (kebenaran mutlak). 

Dharmakirti berpegang dengan pendapat bahawa jaluran akal itu tiada pemula tapi juga menjelaskan bahawa jaluran akan itu sebagai peristiwa yang datang secara berkala, dan disebabkan tak ada kebenaran pemula yang benar, maka tak ada juga penghabisan yang benar, makanya, tujuan "kala yang tiada mula" pun pula diperguna buat menggambarkan konsep jaluran akal seperti kata Dunne......    
"Ahli falsafah Buddha sering bercakap mengenai tiada permulaan. Didakwa bahawa akal makhluk hidup, sebgai contohnya, tiada permulaan, dan bahawasanya jagat raya kita kini hanya satu sahaja dalam putaran tiada pemula dari pengembangan dan pereputan. Setengah pemikir Buddha akan mendakwa bahawa walaupun tugasan paling biasa itu pun sebenarnya tak ada pemula sebenarnya. Kalau ada pemulanya, mestilah nanti akan ada beberapa ketika (sela), beberapa "kini", yang akan terjadi. Bagi yang kini untuk terwujud itu, kena lah ada masa lampau dan masa depan, untuk apa erti "kini" jika tiada masa selain daripada "kini"? Dan sudah semestinya, jika ada masa lampau, maka bagaimana pula ada permulaan? Sekarang ini patutnya menjadi penghabisan bagi yang lampau. Setiap yang bermula itu pendek, mestilah dia itu sendiri mempunyai permulaan".
Karya

Antara karya tulisan baginda adalah dalam kumpulan Tujuh Lontara Pengetahuan Sahih....

1. सम्ब्न्दपरिक्षवर्त्ति Penelitian Perhubungan
2. प्रमाणविनिश्चय Pemastian Pengetahuan Sahih
3. प्रमाणवर्त्तिककारिक Ulasan Karya Mpu Dignaga
4. न्याबिन्दुप्रकरण Tetesan Sebab Munasabah
5. हेतुबिन्दुनामप्रकरण Tetesan Sebab-Sebab
6. संतानान्तरसिद्धिनमप्रकरण Bukti Kesinambungan Lain
7. वादन्यायनाम Sebab Munasabah bagi Hujah

Rabu, 2 Januari 2013

Cakera Senjata Tajam XI


100. Makanya walaupun demi untuk satu makhluk berperasaan lain, moga kita dengan sukacitanya mengambil kelahiran dalam tiga tahap terendah. Dengan Perilaku Mencerahkan yang tidak pernah lemah, moga kita menunjukkan jalan kepada seluruh makhluk dalam sengara kelahiran semula supaya keluar dari derita dan penyebab kesakitan.

101. Sebaik sahaja kita menempatkan diri kita dalam alam mereka, moga penjaga-penjaga neraka datang dan melihat kita sebagai para guru. Moga senjata yang menyeksa dipegang mereka bertukar menjadi bungaan; Moga segala kesakitan dijadikan aman tenang dan bertumbuhlah kesukaan.

102. Makanya, moga semua makhluk neraka memperoleh ketajaman hati nurani dan mengambil kelahiran semula yang lebih tinggi sebagai manusia atau sebagai dewa-dewa. Dengan cara berkembang dengan kuatnya menurut kehendak segala Buddha. Moga mereka membalas semula kebajikan kita dengan mematuhi memberi perhatian kepada ajaran-ajaran. Dan menganggap kita sebagai guru dengan keyakinan sebenarnya. 

103. Makanya, moga semua makhluk berperasaan dari tiga jelmaan teratas, pertapaan sempurna atas tiadanya diri lagi. Dengan cara ini moga mereka menyedari ketidakwujudan diri dari penglibatan keduniaan dan juga kebebasan. Moga mereka menempatkan tumpuan mereka pada kedua ini secara saksama, melihat sifat-sifat mereka itu sebagai kosong. 

104. Jika kita mengamalkan segala cara ini kita akan dapatlah menguasai musuh-musuh utama kita iaitu keinginan peribadi yang mementingkan diri serta sikap cintakan diri sendiri. Jika kita mengamalkan cara-cara ini, maka mampulah kita mengatasi pemahaman-pemahaman salah tentang diri yang kita anggap sebagai hakikat, makanya melalui tapa kesama tentang ketiadaan diri dan juga hikmat ketidakduaan kekosongan dan nikmat, bagaimanakah seseorang itu tidak mendapat penyebab untuk memenangi tubuh kasar seorang Buddha dan hasilnya, iaitu Pencerahan?

105. Wahai pemikiran, pahamilah bahawasanya perkara-perkara yang dibincangkan di sini merupakan kejadian-kejadian yang saling bergantungan antara satu sama lain. Kerana mata benda itu mesti bersandar kepada timbul yang terikat, baginya untuk wujud itu makanya ia tak berdiri sendiri. Proses perubahan itu menarik bagaikan suatu keajaiban, bagi tubuh kasar itu rupa pemikiran. Bagaikan obor api berputar bagaikan putaran api.

106. Tiada satu pun yang lebih besar daripada kuasa hayat seseorang, ia runtuh sebagiannya bagaikan batang kayu yang direndami air. Dan tiada satu pun yang lebih besar daripada jangka hayat seseorang, ia membengkak dalam sekelip mata sahaja bagikan buih-buih. Semua benda dalam dunia ini cuma lah rupa yang bagaikan kabus. Apabila diperiksa dekat, nyatalah ia sebenarnya tiada di penglihatan. Bagaikan fatamorgana, nampak di jauh benda-benda itu menyeronokkan, namun apabila kita mendekat, tiada ditemui pun. 

107. Semua benda itu bagaikan bayangan yang terdapat pada sebuah cermin. Namun kita masih lagi berkhayal bahawa ia adalah benar, sangat hakikat. Semua benda itu bagaikan kabus pagi atau pun awan di atas gunung. Namun, kita masih lagi ingat semuanya kukuh dan tegap berdiri. Musuh kita, itulah desakan dan jati  diri yang salah. Yang benar-benarnya dari diri kita, yang ingin kita pastikan selamat. Dan penyembelih kita, iaitu kepentingan diri bagi kesenangan kita sahaja. Seperti semua benda yang nampak benar-benar wujud, walaupun sebenarnya ia tak pernah wujud langsung.

108. Walaupun rupanya benar dan kasar, namun tidak lah benar dan hakikat, sebarang masa, sebarang tempat. Ia bukan benda yang patut kita bebani pada diri dengan nilai terakhir, tidak juga kita menafikan kebenaran terwujudnya. Kerana jati diri salah menggenggam dan cinta pada diri kita, kurang asas besarnya dengan kemerdekaan sebenar. Bagaimana ia menghasilkan tindakan yang wujud dengan sendirinya? Dan kemudian bagaimana pula putaran ganas penderitaan yang kejam, yang merupakan buah kepada tindakan-tindakan ini, menjadi hakikat dari dasarnya???

109. Walaupun semua benda itu kekurangan kewujudan kekal, namun bagaikan muka bulan yang boleh dilihat dalam secawan air jernih menampakkan bayangannya. Pelbagai ciri penyebab dan akibat muncul dalam dunia kewujudan sebagai bayangan-bayangan. Maka, biarlah dalam dunia berupa ini sahaja, kita pastikan perlakuan kita itu adalah pada dasar kebajikan. Dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menyebabkan kita kesakitan hebat.

110. Apabila tubuh kita terhangus dalam mimpi buruk yang menakutkan, oleh api meliputi dunia akibat letusan bercahaya terang, walaupun kepahitan ini bukanlah benar-benar terjadi. Kita masih lah terasa seram dan menjerit. Keadaan yang sama juga dengan penjelmaan yang malang dalam neraka atau sebagai hantu itu sebenarnya bukan hakikat. Namun kita masih boleh terasa kesakitannya. Takut akan penderitaan itu bagaikan kita terbakar hidup-hidup. Haruslah kita hentikan segala tindakan yang menghasilkan keputusan ini.                    

Selasa, 1 Januari 2013

Cakera Senjata Tajam VIII


90. Kita tak pernah malu apabila kita berbuat perkara keji, hanya perbuatan yang terhormat terpuji yang memberi kita malu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

91. Semua perkara yang perlu kita lakukan tak pernah diperbuat pun, kerana tebiat tidak sesuai itu mengambil seluruh masa kita. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

92. Wahai penghapus setan-setan mementingkan diri yang perkasa, dengan Tubuh Kebijaksanaan tak terikat dari segala ikatan, Sang Yamantaka marilah dengan senjata kepala tengkorak mu yang menakjubkan dari kebijaksanaan tanpa ego dari kekosongan dan nikmat. Tanpa sebarang salah pemberian kini hentaklah senjata ganas mu itu dan cengilnya hayun ia tiga kali keliling kepala mu!  

92. Dengan segala kecengilan mu marilah hentam musuh yang busuk! Pemahaman ego yang mengelembung dengan kekuatan kebijaksanaan mu yang hebat! Dengan belas kesihan mu tak terbatas lindungi lah kami dari penderitaan sengsara disebabkan oleh tindakan memandang diri kami penting. Hapuskan lah sikap inginkan hanya kegembiraan diri sendiri sekali dan untuk selamanya!

94. Dengan segala sengsara yang lain-lain alami, padamkanlah terus sikap mementingkan diri sendiri. Penderitaan orang lain yang timbul itu dari lima punca racun; makanya sebarang khayalan yang menimpa makhluk lain, maka bawalah ia ke diri pemadam khayalan!

95. Walaupun kita tiada keraguan, kerana kita mengenali sepenuhnya punca dan akar kepada dosa yang kita perbuat, jika ada satu ruang dalam pikiran kita yang cenderung untuk menyokong khayalan diri yang kita ada, makanya hapuskan lah pemegang ketat bahagian pemikiran kita itu. Yang berlawanan atau keinginan sebenar, masih membuat kita menjadi si bodoh.

96. Semua yang salah boleh lah dikesan puncanya dari yang satu, iaitu sikap pentingkan diri kita sendiri, yang paling kita hargai. Haruslah kita bertapa sekarang untuk merenung kebaikan yang lain. Menerima kesengsaraan yang mereka yang lain pun tak pernah harapkan, berbakti dengan penuh kebajikan terhadap semua. 

97. Makanya menerima diri kita bahawa perbuatan lampau kita tidak bakti tidak kebajikan terhadap lain. Pada masa kini dan masa depan dengan pikiran, ucapan dan tubuh kita menerimanya. Moga khayalan yang lain kesama kita berada dalam keadaan terbaik bagi menerima "Pencerahan". Bagaikan sang merak memakan racun namun berkembang ekornya.

98. Bagaikan gagak yang boleh disembuhkan selepas menelan racun dengan penangkal racun berkuasa yang diberikan tepat pada masanya, marilah kita mengarahkan segala pahala kebajikan kita kepada yang lain. Yang mana ia boleh mengisi peluang mereka ke arah pembebasan. Moga seluruh makhluk berperasaan itu mencapai "Pencerahan" mereka secepat mungkin!

99. Hingga ke masa apabila semua makhluk bersifat keibuan dan aku mencapai keadaan sempurna bagi kita untuk menjadi yang Dicerahi, melalui kuasa pada amalan yang boleh menyebabkan kita merayau-rayau melalui pelbagai alam dalam enam tahap kelahiran semula. Moga kita mampu membantu yang lain juga bagi menjaga matlamat kita mencari tepian Pencerahan!  

Tuan puan yang dihormati sekelian, aku ada meletakkan iklan di atas tu. Minta tolong sahabat-sahabat pembaca tulung tekan supaya aku dapat terus memasukkan untuk hangpa maklumat-maklumat dharmma bagi kebaikan sejagat. Anggap lah hangpa berbuat pahala belaka kepada diri hangpa dan kepada yang lain. Aku bukan mengambil untung sebaliknya aku bertindak menurut dharmma belaka dengan menggunakannya untuk penyelenggaraan laman dan ruangan. Terima kasih.

Sabtu, 29 Disember 2012

Cakera Senjata Tajam VII


80. Apabila seseorang meminta kita membuat sesuatu untuknya, kita tak pernah membuatnya pun sebaliknya akan berfikir-fikir dahulu. Fikirkan kaedah muslihat untuk menyakitkannya. Apabila orang lain bersetuju dan memperakui pandangan kita, kita akur pun sebaliknya kita masih lagi berbahas. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

81. Kita tak pernah pun beri perhatian terhadap perkara yang diberitahu orang kepada kita; Kita ini suatu ujian pula kepada orang lain apabila bersama; kita menegangkan urat saraf orang lain. Perasaan kita terguris terhadap sekecil-kecil kata, dan kita menyimpan dendam yang membara tiada pernah mengampunkan. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

82. Kita selalu dengki kepada orang-orang yang diberi sembah; kita terasa bahawa guru-guru pavitra itu ancaman yang mesti dijauhi. Diatasi oleh keterikatan dan diperintah oleh hawa nafsu kita. Kita menghabiskan masa berahikan yang muda. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

83. Kita tak terpikir pun untuk menjaga hubungan persahabatan untuk jangka panjang. Kita melayan sahabat-sahabat lama dengan buruk tidak menghiraukan mereka lagi. Lagi apabila kita membuat kawan baru dengan orang lain, kita cuba membuatkannya takjub dengan cara-cara yang nampak macam hebat. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

84. Kita kurang kewaspadaan dalam penelitian, namun kita berpura-pura berkuasa tentangnya. Dan kemudian apabila kita terbukti salah, kita menghalang pula aduan. Kita kurang belas kasih kepada mereka yang rapat dengan kita. Apakala mereka terkhilaf sahaja, kita segera sentap mencerca. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

85. Pendidikan kita rendah dan kurangnya pengetahuan kita. Apakala kita bercakap kita tidak sedar ke diri kita. Pembelajaran kitab-kitab suci kita pun tidak seberapa. Apabila mendengar ajaran-ajaran baru, kita syak wasangka akan kebenarannya. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

86. Dengan bertabiat marah dan ghairah, kita mula bertentangan dengan orang yang kita temui. Lagi kita membuat tabiat berdengki dendam, kita menyebabkan kesannya menimpa yang lain menolak nilai diri mereka! Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!  

87. Kita tidak mengikut susunan betul pengajian; kita berkata bahawa tak perlu lah membaca sastera-sastera yang melaut itu. Kita terasa tak ada gunanya belajar dari para guru pavitra. Kita memotong ajaran mulut ke mulut, lantas terpikir bahawa kita tahu segalanya! Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

88. Kita gagal menerangkan tentang perkara yang diajarkan oleh "Traipitaka", sebaliknya kita membuat teori yang kita sendiri ada-adakan. Kita kekurangan penyabitan dan kepercayaan dalam ajaran-ajaran. Apa sahaja yang kita katakan menjadikan para pelajar kita keliru. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

89. Kita tidak menentang langsung amalan-amalan tak bijak dan tak berakhlak. Sebaliknya kita mempertikaikan dan cuba mencari-cari kecacatan sahaja dalam ajaran-ajaran terbaik serta dalam karya ulasan para guru. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!                 

Jumaat, 28 Disember 2012

Cakera Senjata Tajam VI


70. Kebahagiaan dan kegembiraan kita datangnya dari para Buddha. Para guru, ajaran-ajaran mereka dan mereka yang tinggal yang bersama mereka. Namun, kita masih memberi sembahan kepada para hantu dan roh-roh. Semua petunjuk kita yang terserlah dari ajaran-ajaran. Namun kita masih cuba memerangkap mereka yang memberi nasihat-nasihat ini. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

71. Kita ingin berumah dalam asrama dan biara. Namun akibat gangguan-gangguan sekeliling, kita berusaha ke pekan. Kita dengar kepada perbincangan agama yang mengajarkan amalan-amalan ariya, namun kita masih membuang masa dengan tilik nasib dengan dadu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

72. Kita meninggalkan sumpah menjadi sami, jalan yang benar bagi mencapai kebebasan. Kita lagi suka berkahwin, beranak pinak dan berumah tetap. Kita sudah pun membiarkan peluang kebahagiaan terbang ditiup angin lalu meneruskan kesengsaraan seterusnya, masalah yang teruk dan kecelakaan. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

73. Menyekat amalan kita demi mencapai kebebasan, kita melencong mencari keseronokan dan perniagaan. Kita menerima tubuh dengan pemberian yang bernilai. Namun kita menggunakannya hanya semata-mata untuk masuk ke kelahiran bagaikan neraka. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

74. Tanpa mempedulikan kesan-kesan yang ajaran boleh bawa kepada kita, kita keluar untuk urusan keuntungan dan mencapai kebaikan diri sahaja. Meninggalkan segala ceramah-ceramah berhikmah guru-guru kita, kita merayau-rayau di tempat berlainan mencari keseronokan sementara. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

75. Kita menimbun segala yang menjadi kepunyaan kita, tidak mahu menggunakannya pun. Dan merampas semua makanan kita dan pakaian dari kawan-kawan. Kita letakkan di sebelah kita harta pesaka bapak kita, lalu merampas hak orang lain sesuka hati kita. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

76. Menakjubkan sekali tentang betapa kurang tabahnya kita, untuk bertapa namun kita masih berpura-pura. Seolahnya kita sudah mencapai kesaktian lalu menipu orang lain. Kita tak pernah pun bertemu dengan jalan hikmah yang dalam, namun berlari ke sana ke sini walaupun sebenarnya ia tak perlu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

77. Seseorang itu memberi nasihat kepada kita dari kedalaman hatinya, demi kebaikan kita namun kedengaran menyakitkan di telinga kita. Dan dalam kemarahan membara kita melihatnya seperti seorang musuh. Tetapi apabila seseorang tanpa sebarang "perasaan" terhadap kita dengan muslihatnya benda yang ingin kita dengar, tanpa mempertimbangkannya dan berfikir kita menunjukkan maklumbalas. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

78. Apabila orang lain menganggap kita ini kawan tercintanya dan rapat dengannya, lalu terkait dalam keyakinan yang ketat sebagai diketahui mereka. Kita mendedahkan rahsia-rahsia mereka terutamanya kepada musuh-musuh mereka. Apabila kita mempunya kawan yang sentiasa bersama kita, kita mencari titik-titik kelemahannya supaya kita boleh menyeksanya. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

79. Kedengkian kita itu kuat dan apa sahaja yang diperkatakan, kita sering sahaja bersikap ragu-ragu tidak percaya, kita ragui tentang apa yang diperkata. Kita menyusahkan, kepala angin dan sukar untuk dilayan. Menunjukkan perangai yang buruk kepada orang lain. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!