Memaparkan catatan dengan label tokoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tokoh. Papar semua catatan

Selasa, 15 April 2014

Sant Dnyaneswar: Karyanya Dnyaswari


Dari bukti tertulis dalam karya berjudul Dnyaneswari (Bhavartha Dipika), jelas sekali bahawa ulasan mengenai Bhagavadgitam ini disempurnakan pada tahun Saka 1212. Pustaka ini dihasilkan oleh Sant Dnyaneswar yang ketika itu cuma berusia 16 tahun. Pasti perkara ini menimbulkan rasa aneh dalam kalangan  pembaca budiman mengenai bagaimana seorang remaja boleh membincangkan drishti ketika itu, teori-teori kehidupan, adat susila dan vidya orang-orang ketika itu menerusi pustaka ini. Namun, perkara begini sebenarnya juga terjadi kepada Sri Begawan Kresna kita. Baginda ditonjolkan menerusi Bhagavadgitam sebagai seorang yang vicaksana, berjati mulia dengan serba pencapaian yang jelas sekali menunjukkan bahawa baginda itu sedari kecilnya cerdas lagi pintar.

Kalau kita, orang Hindu ini yang percaya dengan jelmaan semula jiva, pastilah menyebut perkara pengetahuan Dnyaneswar itu datang bersama dari kelahiran lampaunya. Walaupun karya budak berhati suci ini merupakan ulasan untuk Bhagavadgitam, namun ia turut menampilkan drishti Hindu secara mandiri berkenaan kehidupan. Bhagavadgitam itu cuma dasar saja kerana semua orang Hindu (termasuk pengikut ajaran Buddha yang berketurunan Hindu) menghormatinya. Pada benarnya, ulasan berkenaan 700 lebih seloka dari Bhagavadgitam itu bertambah menjadi 8500 ovi (seloka Marathi) semuanya menunjukkan yang pustaka itu berdiri mandiri.

Jika contoh tertentu itu dipetik, mungkin kita boleh menggariskan bahawa dalam kandam keenam Bhagavadgitam itu, cuma ada 47 seloka saja dalamnya dengan selebihnya itu 497 ovi bahasa Marathi. Begitu juga, terbitan pikiran Dnyaneswar sendiri sebanyak 1124 seloka dalam kandam ke-10. Banyak lagi contoh tapi yang itu jika berkesempatan, pasti kita cuba paparkan untuk tuan-tuan kita.

Dnyaneswari bukan saja penting dari sudut drishti, tetapi juga merupakan contoh yang baik bagi kekawin yang penuh dengan imaginasi. Penggunaan bentuk bahasanya pun menarik. Perkataan dan bentuk sabdom (ayat) yang dipergunanya sungguh sempurna sehingga tidak sesiapa pun mampu mengarang sebegitu. Bentuk pengucapan seperti perumpamaan dan perlambangan seringkali ditemui dalam karya beliau ini. Semua bentuk pengucapan ini sentiasa saja berada di tempat sepatutnya selain menunjukkan pengetahuan remaja ini bukan calang-calangnya. Beliau menyampaikan ucapan dengan bahasa yang menawan hati pendengar dan penutur bahasa Marathi di tahap kesusasteraan pasti akan terpana demi manisnya bunyi bahasanya.

Dnyaneswar juga nampaknya mahir dalam tapa semadhi. Beliau sering bercakap mengenai yoga siddhanta (teori yoga) seolahnya kedengaran seperti perkara diucapkannya dialaminya sendiri, bukan dari cakap-cakap sekeliling saja. Pada semadhi penghabisannya, sebelum menghembuskan nyawa penghabisannya, beliau menunjukkan kemahiran amalan yoga beliau. 

Beliau tidak mengabaikan sudut kebaktian dalam pemujaan beliau. Beliau melatih diri menerusi latihan bakti pada murthi atau vikraham. Beliau mementingkan keadilan dan menjalankannya di merata saja yang beliau mampu. Beliau turut meminta supaya keadilan sentiasa diwujudkan semoga semua makhluk suka bahagia.

Dari sudut pandangan Rasa, beliau menunjukkan menerusi kandam ke-11, apabila Begawan Kresna menunjukkan kepada Sang Arjuna seluruh jagat raya ini, kelihatan juga perkembangan Rasa di peringkat-peringkat berlainan seperti, Rowdra, Bhayanaka, Shanta dan seterusnya. Perkara ini membuktikan bahawa beliau mengkaji ulasan-ulasan sastra ketika itu.

Karya Dasar Kelompok Warkari

Dnyaneswari ini diperguna sebagai bahan pendidikan asas untuk pergerakan Vaishnava, iaitu pergerakan Warkari. Setiap mereka berbakti yoga kepada Tuhan menerusi begawan Vithoba. Mereka sering merujuk kepada ovi-ovi dari karya ini semasa pembelajaran mereka. Pelajar kesusasteraan bahasa Marathi yang bukan anggota pergerakan kebaktian ini pun turut menyelak-nyelak karya ini kerana kepentingannya dalam perkembangan sastra tempatan. Pelajar kesusasteraan Marathi belum lengkap pengajiannya itu jika belum mengaji Dnyaneswari.

Orang-orang alim Hindu Maratha seperti Namdeo, Eka Natha, Tukaram, dan Ramadas selalu menyebut Dnyaneswari dengan penuh hormat selain berbangga mengakui sebagai pengikut Dnyaneswar. Penulis kawi bahasa Marathi pun sering menulis bahan kekawin agama dengan menceduk umpama, terbitan pikiran dan petikan karya terkenal itu. Mereka pun berbangga mengakui menceduk dan mendapat buah pikiran dari membaca Dnyaneswari.

Selain Bhagavadgitam yang semestinya menjadi bahan inspirasi utama penulisan dan ulasan bagi kavi-kavi di Maharashtra, drishti Dnyaneswari pun turut menjadi bahan penulisan dan penjelasan. Hampir 700 tahun sudah, penulisan Dnyaneswari ini merentangi masa. Setengah perkataannya sudah tidak dimengertikan lagi orang masa kini, maka karya ini semestinya perlu dibaca dengan ulasan dan panduan pula supaya mudah dicerna kita semua.

Isnin, 7 April 2014

Kukai: Percandian Gunung Koya


Tahun 816, maharaja Saga menerima permintaan bhiksu Kukai untuk membangunkan satu kawasan kebiaraan di Gunung Koya sebagai cara untuk keluar dari duniawi. Tapak tanah itu dirasmikan pada pertengahan tahun 819 dengan upacara yang berlangsung tujuh hari lamanya. 

Namun, bhiksu Kukai tidak dapat tinggal di situ kerana menerima arahan pihak istana untuk bertindak menjadi penasihat kepada setiausaha negara. Maka beliau memberikan kepercayaan projek tersebut kepada anak murid tuanya. Dari surat-menyurat bhiksu Kukai, didapati bahawa pengumpulan dana bagi projek pembinaan kawasan tersebut mula mengambil banyak masa bhiksu Kukai, dan masalah kewangan memang melanda mereka. Projek tersebut memang tidak siap sehingga lah bhiksu Kukai meninggal dunia pada tahun 835. 

Bhiksu Kukai mendapat gambaran bahawa Gunung Koya akan menjadi perlambangan kepada dua mandala yang membentuk asas kepada aliran Buddha Mantrayana. Lembangan tengah sebagai alam janin kepada mandala manakala puncak-puncaknya serta sekeliling kawasan tersebut sebagai kelopak-kelopak bunga teratai yang terletak di tengah-tengah. Ia dikenali sebagai mandala berlian dalam bentuk sebuah kuil yang akan dinamakan olehnya sebagai Kongoubu-ji atau Candi Puncak Berlian. Di tengah kompleks percandian itu ada sebuah rupa besar bagi Buddha Mahavairocana yang memberikan perlambangan kepada Hakikat Mutlak.

Bhiksu-bhiksu membawa sembahan makanan kepada mumia bhiksu Kukai atau Kobo Daishi kerana mereka percaya beliau tidak mati pun tetapi sedang bertapa semadhi. Mereka memberi semahan makanan kepadanya dan menukar pakaiannya setiap hari. Hanya bhiksu berkedudukan tertinggi sahaja dibenarkan melihatnya.

Kukai: Kemunculan Dari Kekaburan


Tahun 810, bhiksu Kukai muncul sebagai tokoh umum apabila beliau dilantik menjadi ketua kepada pentadbiran Toudai-ji iaitu kuil utama bagi Nara serta menjadi Sougou atau Ketua Bhiksu Diraja. Tak lama selepas kenaikan ke takhta, maharaja Saga menderita penyakit teruk. Sementara baginda pulih, bekas maharaja iaitu Heizei mula melakukan pemberontakan yang memaksa kerajaan untuk memadamkannya dengan kekuasaan tentera.

Bhiksu Kukai membuat permohonan kepada maharaja supaya membenarkannya menjalankan upacara rohaniah yang dikatakan membolehkan maharaja menghapuskan tujuh jenis ketidaktenangan, mengekalkan empat musim dengan aman, melindungi negara dan keluarga, serta memberi ketenangan kepada maharaja serta orang lain. Maharaja Saga membenarkannya. Sebelum itu juga, kerajaan memang bergantung kepada bhiksu-bhiksu dari aliran tradisional di Nara untuk menjalankan upacara seperti membacakan Sutra Cahaya Keemasan bagi mengukuhkan kerajaan. Permohonan Kukai ini menandakan pencapaian baru pula bagi aliran tradisi rahsia rohaniah Buddha pula yang memainkan peranan dalam upacara istana. 

Dengan upacara abhisheka awam untuk bhiksu Saicho dan yang lain-lain di Takaosan pada 812, bhiksu Kukai kemudian dikenali sebagai guru ajaran Buddha rahsia di Jepun. Beliau mengasaskan susunan bagi pengikutnya menjadi satu gerakan rohaniah dengan tanggungjawab pentadbiran, penjagaan, dan pembinaan dalam kuil serta tatacara kebiaraan. Tahun 813, bhiksu Kukai menggariskan matlamatnya dan amalan dalam satu dokumen yang dipanggil sebagai Garis Panduan Konin. Pada ketika itu juga lah, bhiksu Kukai menyempurnakan banyak karya-karya pengasasan aliran Shingon di Takaosan misalnya seperti:
  • Mencapai Pencerahan dalam Hayat Ini.
  • Makna Suara, Bunyi dan Hakikat.
  • Makna Perkataan Huṃ.
Semua karya ini dikarang pada tahun 817. Rekod ada menunjukkan bahawa bhiksu Kukai begitu sibuk menulis kekawin, menjalankan upacara, dan mengarang bacaan upacara kematian serta permintaan peringatan roh si mati. Popularitinya juga meningkat di istana dan melebar luas ke seluruh negara.

Sementara itu, ajaran rahsia baru oleh bhiksu Kukai serta sasteranya ini menimbulkan persoalan juga bagi seorang bhiksu terpelajar yang agak disegani ketika itu dikenali sebagai bhiksu Tokuitsu. Bhiksu Tokuitsu menulis surat kepada bhiksu Kukai sehingga tahun 815 meminta penjelasan tentang semua itu. Timbul pula perbualan antara mereka dalam surat yang terbukti membina dan membantu memberi bhiksu Kukai lebih kredibiliti. Dalam pada itu, sekolah-sekolah ajaran Buddha di Nara mula berminat dengan amalan Buddha rahsia yang diperkenal oleh Kukai ini.

Kukai: Pengajian di China



Sekitar tahun 804, Kukai mengambil bahagian dalam ekspedisi ditaja kerajaan ke mandala China bagi mempelajari lebih lagi tentang Sutra Mahavairocana. Sejarawan semua tidak lah pasti mengapa Kukai terpilih mengikuti misi rasmi kerajaan ke China, sedangkan latarbelakangnya lebih kepada orang perseorangan dan bukan bhiksu yang ditauliahkan oleh negeri. Maka wujud teori bahawa ia mungkin ada kaitan dengan puak Saeki-Otomo atau hubungannya dengan bhiksu-bhiksu yang berkaitan dengannya atau ahli puak Fujiwara.

Ekspedisi itu disertai lapan biji kapal, dengan Kukai menaiki kapal yang pertama. Bhiksu lain yang terkenal iaitu Saichou berada dalam kapal kedua. Semasa ribut petir di lautan, kapal ketiga berpatah balik semula ke Jepun. Kapal keempat hilang di laut. Manakala kapal yang dinaiki oleh Kukai tiba beberapa minggu kemudian di negeri Fujian. Penumpang kapal dilarang masuk ke pelabuhan manakala kapal mereka disita. Kukai yang lancar berbahasa Cina menulis sepucuk surat kepada adhipati bhumipada menerangkan keadaan mereka. Jadi, adhipati membenarkan kapal tersebut berlabuh dan mereka disuruh meneruskan perjalanan ke ibu kota di Chang An (Xian) yang ketika itu merupakan pusat kepada wangsa Tang.

Selepas kelewatan yang berlaku, istana wangsa Tang memberikan tempat kepada Kukai di Kuil Ximing untuknya belajar ajaran Buddha tradisi Cina serta pelajaran bahasa Sanskerta dengan pendita Prajna Gandharan (734-810) yang mendapat pendidikan di mahawidyalaya Buddha terkenal, Nalanda di India purba

Pada 805, Kukai akhirnya bertemu dengan bhiksu Huiguo (746-805). Orang ini yang akan melantik Kukai masuk ke dalam tradisi Buddha rahsia di Biara Qinglong di Chang An. Huiguo berasal dari parampara guru-guru Buddha yang terkenal dengan usaha penterjemahan teks Sanskerta ke bahasa Cina termasuklah Sutra Mahavairocana. Kukai memberikan gambaran pertemuan pertama mereka:

"Ditemani Jiming, Tansheng, serta beberapa orang guru Dharma lain dari Biara Ximing, aku melawatnya dan dibenarkan melihat-lihat. Sebaik sahaja dia melihat aku, dia tersenyum dan berkata dengan wajah yang manis, "Sejak mendengar tentang ketibaan mu itu, aku sudah tidak senang duduk menunggu. Alangkah indahnya pertemuan hari ini! Hidup ku sudah tidak lama lagi dan aku masih belum ada seorang pun anak murid untuk memindahkan Dharma ini. Sediakan segera sembahan colok dan bungaan bagi kemasukan mu ke abhisheka mandala jangan bertangguh lagi."

Huiguo segera mengurniakan Kukai tahap pertama abishekam atau kenaikan ke pelajaran rahsia. Walaupun Kukai dijangkakan akan mengambil masa selama 20 tahun belajar di China, tetapi dalam masa beberapa bulan sahaja beliau sudah mendapat kenaikan terakhir dan menjadi guru bagi salasilah rahsia. Huiguo dikatakan memberi gambaran bahawa mengajar Kukai seperti menuangkan air dari satu pasu ke pasu yang lain menunjukkan betapa mudahnya mengajar beliau. Tak lama selepas itu, Huiguo meninggal dunia. Sebelum itu, Huiguo ada berpesan bahawa Kukai mesti pulang ke Jepun dan menyebarkan ajaran rahsia tersebut di sana dan menyatakan kepada Kukai bahawa anak murid lain akan meneruskan kerjanya di mandala China.

Kukai tiba semula di Jepun tahun 806 sebagai Bapa Kelapan Ajaran Buddha Rahsia, dengan pengetahuan bahasa Sanskerta dan tulisan Siddham serta ditauliahkan dengan ajaran Buddha tradisi Hindu. Selain itu, beliau ada juga belajar tulisan kaligrafi Cina serta kekawin dengan guru-guru yang bertauliah di China. Beliau tiba juga dengan teks-teks yang banyak dan baru-baru lagi sebelum itu tak pernah ada di Jepun. Semuanya bersifat rahsia dan rohaniah. Di samping itu ada juga teks berkenaan bahasa Sanskerta dan tulisan Siddham.

Semasa ketiadaan bhiksu Kukai, maharaja Kanmu mangkat lah sudah digantikan dengan maharaja Heizei. Maharaja Heizei tidak minat lah dengan ajaran Buddha. Kepulangan Kukai dari China sebenarnya merupakan zaman malap bagi bhiksu Saichou yang merupakan pengasas aliran Tendai yang pada samaya maharaja lalu mendapat perlindungan istana. Bhiksu Saichou sudah mempunyai upacara rahsia yang disahkan oleh istana sebagai sebahagian aliran Tendai serta sudah menjalankan upacara abhisheka bagi pihak istana semasa ketibaan bhiksu Kukai dari Jepun. Malangnya maharaja Kanmu mangkat, maka bhiksu Saichou mula lah menghadapi masalah untuk penyebaran ajaran Buddha menurut aliran Tendai.

Bhiksu Saichou ada meminta bhiksu Kukai untuk memberikannya abhishekam awal pada tahun 612 M. Bhiksu Kukai bersetuju lalu turut memberikannya abhishekam tahap kedua. Tetapi abhishekam terakhir yang membolehkan Saichou menjadi guru aliran Buddha rahsia, bhiksu Kukai enggan memberikannya kerana bhiksu Saichou tidak menyempurnakan pelajaran yang diperlukan. Hal ini membawa kepada pertikaian yang tak selesai sehingga membawa juga kepada pertikaian antara aliran Mantrayana dan aliran Tendai. 

Tak banyak yang diketahui tentang aliran dibawa bhiksu Kukai ini sehingga lah tahun 809 M apabila istana memberi maklum balas terhadap laporan Kukai berkenaan pengajiannya yang juga mengandungi senarai teks dan benda-benda lain yang dibawa pulang bersamanya selain petisyen kepada kerajaan supaya menyokong pengasasan aliran Buddha rahsia baru di Jepun. 

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Katalog Barangan Import merupakan percubaan pertama Kukai untuk membedakan ajaran Buddha dalam bentuk baru berbanding dengan ajaran Buddha yang telah diamalkan di Jepun sebelum itu. Pihak istana memberi maklum balas dengan arahan supaya mereka berpenempatan di Takaosan yang kemudiannya dikenali sebagai Kuil Jingo-ji di luar kota Kyoto. Kawasan ini kemudian menjadi pusat kepada bhiksu Kukai untuk 14 tahun kemudiannya. 

Tahun 809 juga menyaksikan persaraan maharaja Heizei dari jawatan maharaja kerana penyakit dan digantikan oleh maharaja Saga. Maharaja Saga memberikan sokongan penuh kepada Kukai dan bertukar-tukar puisi serta kurniaan dengannya.

Kukai: Samaya Muda



Kukai (Mahasamudra) atau nama lainnya Kobo Daishi merupakan seorang bhiksu Jepun, seorang pegawai kerajaan, penyair, sarjana, dan karyawan yang membawa masuk aliran Mantrayana di Jepun. Pengikut aliran Mantrayana selalunya merujuk guru ini dengan gelaran kehormatnya iaitu odaishi sama atau henjou kongou.

Kukai merupakan salah seorang ahli kaligrafi yang terkenal dan juga seorang jurutera. Antara banyak pencapaian yang dikaitkan dengannya adalah penciptaan aksara kana atau aksara suku kata yang digunakan sekali dengan tulisan Cina dalam penulisan bahasa Jepun. Dakwaan ini sebenarnya sudah tidak diambil kisah lagi dalam lingkungan sarjana walaupun menjadi kepercayaan umum.

Menurut tradisi, Iroha yang menggunakan setiap suku kata kana sekali sahaja itu merupakan salah satu puisi Jepun yang terkenal dikaitkan juga dengan Kukai. Kepercayaan ini tidak ada asasnya walaupun terkenal. Tulisan keagamaan Kukai ada sebanyak 50 karya itu menekankan tentang ajaran Mantrayana. Tulisan yang utamanya ada diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Yoshito Hakeda.

Samaya Muda

Kukai dilahirkan pada tahun 774 di daerah Zentsu-ji dalam bhumipada Sanuki di Pulau Shikoku. Keluarganya merupakan ahli keluarga orang besar Saeki, dari puak Otomo. Ada sedikit kemusykilan pada nama kelahirannya iaitu Toutomono yang bererti Yang Berharga disimpan dalam satu rekod manakala dalam rekod lain pula direkodkan namanya sebagai Mao atau Ikan Sebenar. Dalam pengajian moden, nama Mao sering digunakan merujuk kepada nama kelahirannya.

Kukai dilahirkan dalam ketika perubahan politik yang penting sekali dengan maharaja Kanmu (781-806) cuba untuk memperluas kuasa dan mempersatu negara. Baginda mengambil langkah seperti memindahkan ibu kota Jepun dari Nara ke Heian yang kini berada dalam Kyoto. Zaman kecil Kukai tidak banyak diketahui umum. Pada usia 15 tahun, beliau mula menerima pendidikan sastera Cina Klasik di bawah pantauan bapa saudara sebelah emaknya. Pada masa itu, puak Saeki-Otomo menjalani hukuman kerana tuduhan bahawa ketua puak mereka iaitu Otomo Yakamochi bertanggungjawab dalam pembunuhan saingan mereka, Fujiwara Tanetsugu.

Keluarga itu hilang tuahnya pada tahun 791 semasa Kukai mengembara ke Nara iaitu ibu kota Jepun untuk belajar di mahawidyalaya kerajaan iaitu, Daigaku Ryou. Pelajar biasanya dipilih berdasarkan kedudukan keluarga. Biografi Kukai memberi pendapat bahawa Kukai menjadi tidak berminat dengan pengajian Confucius sebaliknya menjadi lebih berminat dengan pengajian Buddha.

Semasa usianya 22 tahun, Kukai diperkenalkan dengan amalan Buddha melibatkan mantra Bodhisattva Akasagarbha (Kokuzou). Semasa ini, Kukai selalu lah bertapa seorang diri di gunung dan kawasan terpencil membaca mantra Akasagarbha tanpa jemu. Meningkat usia 24 tahun, beliau menerbitkan karya tulisan berjudul Sansou Shiiki yang memetik sumber-sumber bacaan yang banyak termasuklah sastera klasik Confucius, Taoisme, dan agama Buddha. Kuil-kuil di Nara dengan perpustakaan besar mereka ada menyimpan teks-teks ini.

Semasa ini dalam itihasa Jepun, kerajaan pusat menyebarkan ajaran Buddha melalui jawatan perihal kebhiksuan atau Sougou dan menguatkuasakan dasar-dasarnya berdasarkan rupakara Ritsuryou. Orang alim dan bhiksu-bhiksu bebas seperti Kukai selalunya dilarang daripada menyebarkan ajaran kerana tidak ada tauliah dan mereka hidup di luar undang-undang merayau-rayau di luar kota atau dari kuil ke kuil.

Ketika itu, Kukai mengamalkan amalan Buddha secara persendirian. Beliau bermimpi tentang seorang lelaki muncul di hadapannya. Lelaki tersebut memberitahunya di mana tempatnya untuk mendapat Sutra Mahavairocana yang mengandungi ajaran yang dicari-cari oleh Kukai selama itu. Walaupun tidak lama selepas itu Kukai berjaya mendapatkan satu salinan sutra tersebut yang ketika itu baru sahaja sampai ke Jepun, beliau menghadapi masalah juga. Kebanyakan isi sutra tersebut tidak dialihbahasakan dan masih berada dalam bentuk bahasa Sanskerta bertulisan Siddham

Selain itu, beliau mendapat bahawa sutra tersebut sangat kabur. Kerana Kukai tak berjumpa sesiapa yang boleh membantunya memberi penerangan tentang teks sutra tersebut, beliau membuat keputusan untuk ke mandala China wangsa Tang bagi mempelajarinya di sana. Profesor Abe berpandangan bahawa Sutra Mahavairocana menjadi penghubung antara minat Kukai dengan amalan senaman keagamaan (yoga) dan pengetahuan ajaran yang diperolehi dari pengajiannya.

Isnin, 27 Januari 2014

Dharmakirti Sailendra

Svasti Sri!


Rasanya sudah pun dibicarakan mengenai tokoh ini kerana baginda ini menulis kekawin 'Senjata Tajam" yang kini cuma terdapat dalam bahasa Tibet sahaja. Baginda Dharmakirti ini merupakan tokoh pengajar ajaran Buddha dan juga yang menemukan falsafah logik ajaran Buddha. Baginda juga yang pertama sekali membicarakan teori zarah menurut pandangan ajaran Buddha, yang menyatakan bahawa bahan yang satu-satunya dianggap wujud itu cuma dalam keadaan-keadaan kesedaran berkala sahaja.  

Itihasa

Baginda ini dilahirkan di Sumatera, yang kini berada dalam rantau Indonesia dalam istana diraja Sriwijaya. Baginda sebenarnya adalah putera raja bagi wangsa Sailendra tetapi menjadi seorang ajar-ajar pertapa dan bhiksu pula. Kalau disebut empayar Sriwijaya itu pastilah sinonim dengan puak-puak yang berkait dengan orang Melayu serta suku-sakatnya. Baginda kemudian mencapai tahap bhiksuka tertinggi lantas berpindah sebentar ke benua India sana menjadi mahaguru di Mahawidyalaya Nalanda. Baginda pun mempelajari ajaran Dignaga dan juga menafsirkannya semula lalu menjadi perintis bagi pemikiran logik dalam kalangan penganut Buddha. Sebenarnya baginda ini berpengaruh juga dalam kalangan orang Brahmana. 

Teori baginda menjadi terkenal di tanah Tibet dan dipelajari sampai ke hari ini di sana sebagai sebahagian daripada kurikulum pembelajaran dasar di biara Buddha di Tibet. 

Collins dalam penjelasan kontekstualnya mengenai baginda Dharmakirti dan pengalamannya dengan rasa tidak puas hati dan salah-faham yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan semahawidyalaya di Nalanda dengan.....
"Adunan fahaman baginda Dharmakirti itu merupakan kemuncak gemilang dalam falsafah Buddha, pada ketika ia mula menghadapi kejatuhan dari segi institusi, namun Nalanda masih lagi dipenuhi dengan orang, melampung disebabkan oleh serangan kosmopolitan dari orang Brahmana dan pelajar biasa. Dalam masa yang sama lalang tumbuh sekitar cetiya bukan sahaja di selatan India tetapi juga di utara India. Baginda Dharmakirti merupakan cahaya terakhir yang masih menyala sebelum ia terpadam, burung hantu sang Sraddha yang mengembangkan sayapnya di senjakala: kreativiti adunan sebagai institusi yang dasarnya sudah hendak rapuh namun masih dipertahankan. Baginda Dharmakirti dahulunya seorang upasaka sahaja, bukannya seorang bhiksu yang beragama pun, dan tata nata bunyi bagi impian baginda itu kenampakan seperti seorang yang sekular sahaja mahu menyelamatkan institusi biara tersebut. Sloka penutup karya agung baginda menangisi kekurangan sarjana yang mahir bagi mengikut segala falsafah ajaran baginda, "karya beta ini tak akan mendapat tempat pun dalam kalangan sesiapa dalam loka ini kerana sukarlah ditangkap kata-kata dalamnya. Ia cuma akan terserap dan hilang dengan diri aku ini sahaja, seperti sungai masuk ke lautan". Seorang sejarawan Tibet menyatakan bahawa tatkala karya baginda diselesaikan pun, "pelajar baginda langsung tak menunjukkan penghargaan kepada guru, dan seteru baginda pula "mengikat daun lontara" ke ekor anjing dan membiarkan daun lontar baginda itu ditariknya sepanjang lorong sampai bertebaran merata-rata" (Stcherbatsky, 1962: 1:35-36). Hakikatnya, baginda Dharmakirti tak mengakhiri penguasaan sebagai seorang pakar dirshti terkemuka dalam turunan terakhir ajaran Buddha India (Hindu). Pengharapan baginda itu tetap bernyala. Baginda meninggalkan Nalanda, pulang ke negara baginda (Palembang) di selatan dan membangunkan biara di situ. Pelajar Brahmana yang berjaya dari India Selatan (Kerala), Guru Adi Sankara pula naik ke Utara sampai ke Kashmir sana. Beliau itu kemudian membongkar semula segala bakai ajaran Buddha di India yang hampir mati itu".
Drishti

Baginda Dharmakirti mempersembah kebanyakan buah fikiran bainda dalam bentuk ulasan kepada karya Dignaga. Teori baginda sendiri pun sudah boleh berdiri sendiri dan melampaui teori yang dipersembah oleh pendahulunya. Setengah daripada buah fikiran baginda, seperti bukti bagi kesahihan sabda baginda Buddha itu pula, cumalah rekayasa sahaja, kerana Dignaga menganggap bahasa itu setara kemaksumannya dengan kesimpulan yang mencapai dasar dalil dan musabab. 

Sudah lama juga pengkaji sastera klasik India dan Tibet bertelingkah pendapat tentang bagaimana caranya untuk mengelaskan pemikiran Dharmakirti. Aliran Gelug menekankan bahawa baginda itu mengungkapkan pandangan Yogacara, manakala kebanyakan pengulas Tibet yang bukan aliran Gelug menyatakan bahawa baginda memberi ungkapan bagi pandangan Saurantika dan menurut kepada salah satu sumber Tibet, sebilangan penganut Buddha aliran Madhyamika pula menyatakan baginda ada juga mengungkapkan pandangan Madhyamika (Jalan Tengah).

Stcherbatsky mengaitkan Dharmakirti kepada pemahamannya sendiri mengenai Kant. Beliau membandingkan pandangan-segera baginda itu dengan perkara Immanuel Kant sendiri....
"Perbedaan dasar bagi falsafah Immanuel Kant berkenaan "perkara sendiri" itu dengan "zat sendiri" oleh Dharmakirti  itu terkandung dalam pengenalan yang terkemudian itu dengan titik tunggal segera bagi hakikat yang selari dengan satu kala perasaan".
Jaluran Akal: Mainan Kenyataan Tak Ada Mula dan Sementara, Satu Kesinambungan

Baginda menulis satu lontara berkenaan dengan fitrah jaluran akal dalam Pembahagian Jaluran Akal Lain (Saṃtãnãntarasiddhi). Ratnakirti iaitu pelajar baginda pula menulis karya lanjut lagi dan memperkembang dan memperbaiki tema-tema dalamnya lagi, dan memberinya tajuk, "Tentangan mengenai Pembahagian Jaluran Akal" (Saṃtãnãntaradusana). Beliau bukannya menentang pun karya sebelum itu sebaliknya memperkembang tajuk itu menjadi satu pengajian yang empirik, yang memberi gambaran bahawa akal yang banyak-banyak lapisan itu dikenalpasti menerusi pengalaman orang yang merasai pengalaman orang lain, proses akal yang dikaitkan menerusi tindakan yang diperhatikan oleh makhluk berhati nurani lain ke pemandangan mutlak, yang mana hanya ada satu saja jaluran pemikiran (ekacitta).

Ratnakirti membahaskan bahawa pramana (pengalaman sah) daripada jaluran akal yang lain itu merupakan anumana (kesimpulan bagi penyebab), bukannya pratyaksha (pesepsi terus). Sebagai tambahan, Ratnakirti memperkenal doktrin dua kebenaran sebagai kunci kepada fitrah perbincangan apabila kesimpulan kepada sesuatu pernyataan awal itu mula dipenuhi oleh samanya (kesejagatan maya), bukti jaluran akal yang lain, sementara samvrtisatya (kebenaran terkait sah yang empirik), tidak pula memegang kepastian ghaib dalam paramarthasatya (kebenaran mutlak). 

Dharmakirti berpegang dengan pendapat bahawa jaluran akal itu tiada pemula tapi juga menjelaskan bahawa jaluran akan itu sebagai peristiwa yang datang secara berkala, dan disebabkan tak ada kebenaran pemula yang benar, maka tak ada juga penghabisan yang benar, makanya, tujuan "kala yang tiada mula" pun pula diperguna buat menggambarkan konsep jaluran akal seperti kata Dunne......    
"Ahli falsafah Buddha sering bercakap mengenai tiada permulaan. Didakwa bahawa akal makhluk hidup, sebgai contohnya, tiada permulaan, dan bahawasanya jagat raya kita kini hanya satu sahaja dalam putaran tiada pemula dari pengembangan dan pereputan. Setengah pemikir Buddha akan mendakwa bahawa walaupun tugasan paling biasa itu pun sebenarnya tak ada pemula sebenarnya. Kalau ada pemulanya, mestilah nanti akan ada beberapa ketika (sela), beberapa "kini", yang akan terjadi. Bagi yang kini untuk terwujud itu, kena lah ada masa lampau dan masa depan, untuk apa erti "kini" jika tiada masa selain daripada "kini"? Dan sudah semestinya, jika ada masa lampau, maka bagaimana pula ada permulaan? Sekarang ini patutnya menjadi penghabisan bagi yang lampau. Setiap yang bermula itu pendek, mestilah dia itu sendiri mempunyai permulaan".
Karya

Antara karya tulisan baginda adalah dalam kumpulan Tujuh Lontara Pengetahuan Sahih....

1. सम्ब्न्दपरिक्षवर्त्ति Penelitian Perhubungan
2. प्रमाणविनिश्चय Pemastian Pengetahuan Sahih
3. प्रमाणवर्त्तिककारिक Ulasan Karya Mpu Dignaga
4. न्याबिन्दुप्रकरण Tetesan Sebab Munasabah
5. हेतुबिन्दुनामप्रकरण Tetesan Sebab-Sebab
6. संतानान्तरसिद्धिनमप्रकरण Bukti Kesinambungan Lain
7. वादन्यायनाम Sebab Munasabah bagi Hujah

Ahad, 17 November 2013

Acarya Yutthadhammo Noah

Swasti Srih!


Dalam bahagian aliran Buddha Theravada ini, aku pun meminati Acarya Yutthadhammo. Nama sebenar beliau Noah Herschell Greenspoon. Beliau dilahirkan pada 1979 di Ice Lake, Pulau Manitoulin, negeri Ontario, Kanada. Pengalaman hidup beliau pun lebih kurang dengan pengalaman hidup aku.  Cara aku belajar dharma juga menerusi cara pertapaan hutan dan pertapaan seperti ajaran Buddha merenung hakikat lokamaya. Aku lebih suka cara ini berbanding dengan cara duduk dalam biara sahaja...

Pendidikan Mulaan

Pada 1985, beliau dikeluarkan dari taman asuhan kanak-kanak oleh ibu bapa beliau lalu disekolahkan di rumah sahaja. Pada 1993, beliau masuk semula ke rupakara pendidikan awam di Sekolah Menengah Manitoulin. Pada 1996, beliau keluar pula dari aliran awam masuk ke Sekolah Alternatif West Bay. Pada 1997, beliau pindah ke Toronto dan meneruskan pendidikan sekolah swasta beliau di Subway Academy II, sekolah itu cuma ada tiga bilik sahaja di atas Kedai Roti Futures di Jalan Bloor. Pada 1998, beliau masuk pendidikan lanjutan di Universiti McMaster dalam Program Sains dan Sastera. Pada 1999, beliau berhenti dari pengajian.

Hubungan dengan Ajaran Buddha

Pada 2000, beliau mengembara ke Thailand untuk pertama kalinya. Beliau menjalani amalan Wipassana Satiprarthana di Biara Phradhatu Sri Chom Tong. Kemudian beliau kembali ke Universiti McMaster untuk mengaji agama-agama India dan bahasa Sanskerta. Pada 2001, beliau pulang semula ke Thailand untuk perlantikan menjadi bhikkhu Buddha. Perlantikan dijalankan di Biara Phradhatu Sri Chom Tong pada 4 Disember 2000.

Pada 2002, beliau kembali ke Kanada sebagai seorang bhikkhu dan belajar di Universiti McMaster sebagai bhikkhu. Beliau pergi ke Thailand semula belajar bersama dengan Acarya Tong Sri Manggalo. Pada 2003, beliau menjalani latehan intensif sebagai seorang ajar-ajar bawah pemantauan Acarya Tong.

Pada 2004, beliau menerima jemputan mengasaskan pusat pertapaan Wipassana di Biara Doi Suthep. Pada 2006, beliau kembali ke Biara Chom Thong belajar dan mengajar Wipassana. Dalam tahun 2007, beliau pindah ke Biara Sanku membuka biara hutan antarawangsa dan pusat bertapa. Beliau melawat Biara Thai di Los Angeles dan mengajar dua kursus pertapaan yang mengambil masa sebulan.

Dalam 2008, beliau ke Samoeng dan cuba membangunkan biara hutan antarawangsa serta pusat tapa semadhi di situ. Beliau pulang semula ke Biara Thai di Los Angeles buat mengajar kursus bertapa selama dua bulan. Dalam 2009, beliau pergi tiga kali ke Biara Thai di Los Angeles mengajar kursus bertapa tiga bulannya lama. Kali itu beliau berniat mau pindah terus ke Amerika bagi menyambung pengajaran dan pertapaan di tempat yang sesuai.

Sabtu, 28 September 2013

Muganayaga Bhimrao Ramaji Ambedkar

Swasti Srih!


Aku tahu ramai juga dalam kalangan penganut ajaran Buddha Therawada terpengaruh dengan tokoh ini dalam pemurnian ajaran Buddha. Sebenarnya tak salah pun, aku suka juga dengan tokoh ini. Cuma takkan lah saudara aku sampai bermusuhan dengan bangsa Brahmana yang sedharma? Mungkin ada bangsa Brahmana yang agak ortodoks sedikit tapi tidak bermaksud semua bangsa Brahmana itu sombong congkak disebabkan jati kasta nya.

Tokoh ini merupakan seorang ahli politik, seorang ahli antropologi, sejarawan, pengkaji ekonomi, ahli falsafah dan pengkaji perundangan yang terlibat dalam penyuburan semula ajaran Buddha di rantau India. Beliau memberi inspirasi bagi Pergerakan Modernis Penganut Ajaran Buddha di negeri Maharstra yang kemudian tersebar di seluruh India sebagai Gerakan Penganut Buddha Dalit. Beliau pernah menjadi Menteri Perundaangan India pertama yang merangka penggubalan Perlembangaan India.

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan di kota dan penempatan tentera di Mhow dalam negeri Madhiya Pradesh. Anak bongsu dari 14 adik beradik. Bapa Ramaji Sakpala dan ibu, Bhimabai. Keluarga beliau adalah penutur bahasa Marathi dari kota Ambawade atau Madangada Taluka di bhumipada Ratanagiri di Maharastra kini. Keluarga beliau dari kelompok masyarakat jati Mahar. Mereka dilayan seperti orang Dalit dan didiskriminasikan secara sosio-ekonomi. Nenek moyang tuan Ambedkar ini sudah lama diupah bekerja dalam tentera Kampeni Hindia Timur Inggeris. Bapa beliau merupakan seorang askar India untuk empayar British di penempatan Mhow.

Bapa tuan Ambedkar mengikut gerakan Kabir Panth. Beliau menggalakkan anak-anak beliau membaca sastera klasik Hindu. Kedudukan beliau dalam tentera diperguna bagi melobi untuk pendidikan anak-anak dalam sekolah kerajaan walaupun menghadapi rintangan sebab jati mereka. Di sekolah pula, tuan Ambedkar menghadapi masalah yang sama dengan kanak-kanak Dalit lain. Beliau diasingkan, dipulaukan dan tidak dibantu guru-guru jati tinggi. Mereka tidak dibenar duduk dalam kelas. Meminta air pun kena menadah tangan dari budak atau orang berjati tinggi. Biasanya tugasan ini dibuat oleh peon sekolah. Kalau peon sekolah tiada maka kanak-kanak Dalit tidak dapat minum air di sekolah. Setiap hari di sekolah kanak-kanak Dalit harus duduk atas guni yang dibawa bersama ke sekolah dan pulang ke rumah.

Bapa beliau bersara pada 1894 lalu keluarga mereka pindah ke Satara dua tahun lepas itu. Tak lama itu, ibu beliau meninggal. Anak-anak dijaga oleh mak cik sebelah bapa dan susahlah hidup mereka. Kemudian adik-beradik tuan Ambedkar yang tua pula mengambil alih tugasan menjaga adik-adik. Antara mereka, Balarama, Ananda Rao, Bhim Rao, Manjula dan Tulasa. Tuan Ambedkar berjaya melepasi peperiksaan sekolah tinggi. Nama beliau Ambawadegar datang dari nama sebuah kampung di Ratanagiri. Seorang guru kepada tuan Ambedkar bernama Mahadewa Ambedkar sayang akan beliau walaupun guru itu berjati Brahmana. Guru itu menukar nama Ambawadegar menjadi Ambedkar dalam rekod sekolah tuan Ambedkar.

Jumaat, 27 September 2013

Rama Bahadur Bamjaan

Swasti Srih!


Tokoh ini merupakan salah seorang tokoh yang kontemporari dengan kehidupan aku. Aku dari generasi 1980-an sampai 1990-an. Jadinya, ketika budak ini masuk bertapa. Aku pula berada di sekolah menengah. Beliau ini dilahirkan pada 9 April 1990. Nama biara beliau adalah Palden Dorje, dan kini dikenali pula sebagai Dharma Sangha. Beliau berasal dari kampung Ratanapuri di bhumipada Bara, Nepal.

Kebanyakan orang yang terlalu taksub menganggap budak ini sebagai penjelmaan baginda Phra Buddha Chao. Namun beliau sendiri menafikan perkara tersebut, samalah juga dengan penganut ajaran Buddha lain pun bersetuju bahawa baginda Phra Buddha Chao sudah mangkat masuk ke parinirwana tak akan kembali lagi. Aku tak memandang budak ini sebagai luar biasa pun sementelah mendengar warta berita mengenai beliau. Kerana sebenarnya ada ramai orang yang begitu cuma mereka mengelakkan diri daripada bertembung dari orang ramai. Jika nasibmu baik, maka akan ketemu walaupun di dalam masyarakat ramai. 


Ketika itu, beribu-ribu pelawat dan media dari merata tempat berkampung di tempat beliau bertapa semadhi. Kemudian beliau mendapat jolokan Budak Buddha. Beliau mula bertapa semadhi sejak 16 Mei 2005. Beliau dilaporkan hilang dari batang pokok tempat beliau bertapa semadhi berbulan-bulan lamanya pada 16 Mac 2006. Beberapa minggu dari 16 Mac 2006 itu, beberapa pengikut menemui beliau. Beliau memberitahu mereka bahawa beliau sudah meninggalkan tempat tapa kerana orang ramai mengganggu tapa semadhi beliau! Beliau bukan bahan tontonan! Kemudian, beliau muncul semula pada 26 Disember 2006 dan hilang lagi pada 8 Mac 2007. Pada 26 Mac 2007, seorang inspektor dari Balai Polis Nijagadha di Ratanapuri menemui beliau bertapa semadhi dalam bilik bawah tanah sedalam tujoh kaki persegi. Pada 10 Nov 2008, beliau muncul semula di Ratanapuri dan berbicara dengan sekumpulan penganut ajaran Buddha di hutan tebal. 

Latarbelakang Agama

Beliau merupakan ahli masyarakat Tamang yang rata-ratanya merupakan penganut ajaran Buddha pengamal Wajrayana. Cerita beliau ini menarik perhatian kerana hampir menyerupai cetera dari Phra Jataka Nidanakatha mengenai pencerahan baginda Siddhartha Gautama. Persamaan ini yang mendorong setengah penganut ajaran Buddha yang taksub mendakwa beliau merupakan penjelmaan baginda Buddha. Bagi aku, tak mungkinlah baginda ini jelmaan baginda Siddhartha Gautama tapi kemungkinan beliau seorang yang mencapai pencerahan atau menjadi seorang Buddha itu mungkin lah. Pada 8 Nov 2005, beliau ada berkata kepada orang ramai, "Beritahu orang sekeling berhenti memanggil aku sebagai seorang Buddha, aku tak ada tenaga seorang Buddha pun! Aku cuma berada di tahap Rinpoche (Permata Berharga) sahaja!" Rinpoche ini merupakan gelaran bagi guru yang mencapai kemahiran tertentu menurut aliran Wajrayana di sebelah Nepal dan Tibet sana. Bagi mencapai tahap seorang yang dicerahi, beliau berkata yang beliau perlu selama enam tahun tapa semadhi lagi. 

Setengah pengikut beliau mendakwa, Rama mungkin seorang bodhisattwa yang berada di jalan mencapai pencerahan sempurna bagi kebaikan segala makhluk berhati nurani. Menurut baginda Siddharta Gautama sendiri pun, terdapat ramai lagi Buddha sebelum baginda. Masa mendatang pun pastinya ramai lagi Buddha akan muncul. Yang lain mendakwa, beliau mungkin jelmaan bodhisattwa Maitreya, iaitu jelmaan Buddha Masa Hadapan. Sarjana meragui dakwaan pengikut beliau ini. Pengerusi Majlis Penganut Ajaran Buddha Nepal, Tuan Maheswara Raja Wajracharya berkata, "Kita tak percaya beliau seorang Buddha, beliau tak ada ciri-ciri Buddha pun". Kebetulan pula, nama ibu beliau hampir sama seperti ibunda baginda Siddhartha Gautama, iaitu Maya Dewi. Dilaporkan juga, ibu Rama jatuh pitam mendengar hasrat anaknya mahu bertapa dalam tempoh tak diketahui bila selesainya. 

Melilau di Bhumipada Bara

Selepas kira-kira 10 bulan bertapa semadhi, Rama hilang pada 11 Mac 2006. Beliau tak memberi penjelasan dan setengah orang percaya beliau diculik. Pengikut beliau berdesas-desus bahawa beliau masuk ke hutan dalam demi mencari tempat bertapa yang lebih sunyi sepi. Polis berhenti mencari beliau selepas kemungkinan bahawa unsur jahat dapat dihilangkan dari keraguan mereka. Pihak bank pun membekukan akaun bank jawatankuasa kampung tempatan yang menguruskan orang ramai kerana merasakan ada pengumpulan wang haram diperbuat sebanyak Rupee 600,000 tapi tiada bukti kukuh pula ditemui.

Pada 19 Mac, sekumpulan pengikut Rama bertemu dengan beliau kira-kira dua batu (3.2 km) ke Barat Daya tapak pertapaan beliau. Mereka bercakap dengan mereka selama setengah jam. Beliau ada menyebut beliau tiada ketenangan di situ. Nanti lepas enam tahun beliau akan kembali semula. Mungkin pada tahun 2011 atau 2012. Beliau meninggalkan pesanan kepada keluarga supaya jangan risau akan beliau.

Pada 25 Dis 2006, penduduk kampung di Bara menyedari tempat beliau bertapa. Beliau didapati membawa sebilah pedang dalam hutan. Beliau berkata kepada wartawan yang bertanya, "Sang Buddha Gautama pun melindungi diri baginda", dan beliau mendakwa cuma bergantung hidup kepada tumbuhan sahaja dalam tempoh tapa semadhinya. Beliau mengulang semula keazaman untuk berbakti guru dan menyebut bahawa orang ramai boleh memerhatikan beliau kali ini. Tapi diingati jangan mengganggunya dan jangan mendekatinya. Wartawan memberitahu bahawa ada kutipan dana derma diperbuat dengan nama beliau. Beliau lalu mengingatkan bahawa dana derma itu jangan dicabuli dan diperguna buat urusan keuntungan laba! Pelawat ramai lagi datang dan memuja tabik di tapak semadhi beliau. Pada 8 Mac 2007, beliau hilang dari Bara mencari tapak lebih sunyi.

Bertapa bawah Tanah

Pada 26 Mac 2007, berita mengenai beliau bertapa bawah tanah tersebar meluas. Inspektor Rameswara Yadawa dari Balai Polis Nijagadha menemui Rama dalam bilik bawah tanah yang berkeluasan tujuh kaki persegi. Inspektor Yadawa menyatakan bahawa, "muka budak itu bersih rambut bersikat rapi". Beliau melaporkan lagi, bilik itu disimen di semua bahagian dan atasnya bertutup atap genting. Indra Lama yang menjaga kebajikan Rama sebermula pertapaan Rama memberitahu bahawa bilik bawah tanah itu disediakan menurut permintaan Rama sendiri.

Isnin, 23 September 2013

Luang Phu Thuad

Swasti Srih!


Luang Pu Thuad dilahirkan pada 2125 Sakawarsa (1582) dan kemungkinannya perlina pada 2225 Sakawarsa (1682) di Ayer Kala, bhumipada Lenggong di negeri Perak dalam negara Malaysia kini. Beliau adalah seorang pendita, ajar-ajar dan bhikkhu ajaran Buddha yang berdiam dalam mandala Siam. Diceterakan bahawa beliau ini mempunyai banyak kesaktian.

Beliau ada disebut dalam itihasa rantau Selatan Thailand tapi babad kehidupan beliau banyaknya berlegar dalam cetera lisan penduduk sahaja. Rantau Selatan Thailand ini merupakan rantau yang dihuni penganut ajaran Buddha dan Brahmana berbahasa dan berketurunan Melayu. Bapa tokoh ini sendiri adalah seorang berketurunan Melayu. Cetera melibatkan beliau menunjukkan kesaktian tanpa disedari ketika belajar, bertapa dan juga ketika meningkat menjadi seorang keramat. Pergerakan beliau bergerak di Selatan Thailand dan ramai orang melawat ke biara beliau. Sekarang pun ramai mengetahui mengenai beliau, cetera beliau tersebar sampai ke Singapura.

Ramailah orang di negara Thailand, Singapura dan Malaysia sekalipun berkepercayaan pada penangkal yang dicap dengan rupa Luang Pu Thuad sebagai berkesaktian dan mampu melindungi pemakainya daripada tekanan, menyelamatkan juga nyawa pemakai yang percaya dalam kemalangan jalan raya. Tradisi penangkal dengan cap rupa beliau ini dimulakan oleh seorang bhikkhu di Biara Chang Hai dikenali sebagai Phra Acarya Tim Dharmataro. Penangkal lama yang dicap rupa beliau ini dikatakan sangat bernilai tinggi dan saktinya tinggi.

Mpu Sabda Palon

Om Swastiastu dan Swasti Srih!


Terpanggil kita meletakkan rencana berkenaan tokoh Hindu-Buddha dari Pulau Jawa ini walaupun kita di utara ini bukan keturunan Jawa. Jauh sekali berkebudayaan Hindu Jawa memandangkan ada lah beberapa orang Jawa yang celaru agamanya itu menyatakan seolahnya tokoh agamawan Hindu-Buddha kedatuan Jawa ini beragama seperti agama orang Arab sedangkan beliau ini adalah seorang yang dharma setia. Harus sedar dirinya itu, bahawa jika mahu melestarikan kebudayaan sendiri maka Hindu-Buddha, Dharma dan Tantrayana itu jembatannya kerana itulah Tanah Jawa!

Beliau ini merupakan pendita Hindu-Buddha dalam keratuan Majaphit pada ketika pemerintahan baginda Prabhu Bhrawijaya V yang terakhirnya beragama Hindu-Buddha sebelum tanggal pasak buminya diserang orang Demak. Tokoh yang ini merupakan penyusun kepada Lontar Dharmagandhul yang merupakan jenis tembang majapat dalam kesusasteraan Kejawaan Baru menurut kepada langgam bahasa Jawa Ngoko.

Tersebut cetera bahawa Mpu Sabda Palon tidak dapat menerima penggulingan baginda Prabhu sekitar 1478. Jatuh bintang Majapahit selepas diserang tentera negara Demak dengan bantuan Wali Sanga walaupun terdapat jua catitan menyatakan bahawa Sang Prabhu digulingkan oleh putera Girindrawardhana. Kemudian, tersebut dalam cetera bahawasanya Mpu Sabda Palon akan kembali lagi setelah 500 tahun tatkala kebejatan bermaharajalela dan bencana melanda Tanah Jawa bagi mengembalikan kembali Jaya Dharma dan kebudayaan Hindu Jawa. Dalam catitan Serat Dharmagandhul disebut bahawa panutan masyarakat Tanah Jawa itu adalah ajaran Buddha yang berdampingan dengan agama Hindu aliran Saiwa. Catitan lain mengenai tokoh ini ada dalam Serat Damarwulan dan Serat Belambangan.

Pada pemahaman aku ini, mungkin beliau kembali dalam bentuk semangat dalam diri bangsa Hindu di Tanah Jawa sendiri. Pengertiannya itu mendalam, pada pengertiannya boleh ditafsirkan jua sebagai pengembalian semula kejayaan Nusantara yang pada ketika tokoh ini dalam jelmanya diasuh oleh Tanah Jawa selepas lupanya mereka kepada dharma dana, pengembalian semula jati diri pada mandala pusat di selatan selepas terjajahnya mereka akibat keruntuhan akhlak mengejar kebendaan oleh orang asing seperti orang Arab, orang Cina dan juga orang Eropah. Sekitar 1978, tatkala meletusnya Gunung Sumeru ramailah sudah kembali ke ramalan Mpu Sabdapalon sejurusnya. Kelompok yang ingin menghidupkan semula ajaran dharma di Jawa serta aliran tertentu Hindu Kejawen pun ramailah menghormati beliau ini. 

Maka atas dasar sesama pengamal dharma kita meminta supaya tuan kakang pelajari dahulu dharma sedasarnya atau menerusi sang Guru maka baru beketimbangan mau merubah panutan! Tidak sedikit kita melihat tercemar peribadi anak muda turunan bekas penganut agama Hindu kerana celaru pendidikan agamanya. Tidak dapat jua kita salahkan penganut agama lain kerana jayanya merubah panutan anak muda bangsa Hindu sekelian kerana kurangnya didikan agama sedari dalam rumahnya sendiri karena mengejar laba loka yang maya ini. Maka ku ulangi harapan sekelian bangsa Hindu, mungkin serupa saja dengan pengamal dharma di Pulau Bali atau di India Raya sana bahawa cubalah berpulang ke dasar dharma. Nanti, akan tuan dapati keindahannya itu secara dalaman diri pandangan jagatnya. 

Om awighnam astuh....... 

Rabu, 29 Mei 2013

Begawan Parasurama


Antara gambar yang aku rasa cantik mewakili Begawan Parasurama, putera Brahmana Jamadgani. Tokoh ini merupakan antara idola kami yang mewakili keadilan serta para Brahmana yang dianiayai oleh kaum Kesatria. Umumnya aku tak bermasalah dengan mana-mana kaum pun. Aku bukan jenis yang berbangga dengan jati melampaui batasan. Dharmma yang lebih penting.

Jumaat, 7 September 2012

Tokoh Brahmana: Ramakrishna Paramhamsa


Latarbelakang

Ramakrishna dilahirkan pada 18 Februari 1836 dan meninggal dunia pada 16 Ogos 1886. Beliau dilahirkan sebagai Godhadhar Chattopaddhae di kampung Kamarpukur di daerah Hooghly dalam wilayah Bengal Barat di India. Keluarga beliau merupakan keluarga miskin tetapi mereka berjati Brahmana yang ortodoks dan alim dalam ajaran agama dari aliran Vaishnava. Kampung beliau letaknya jauh dari jalan kereta api. Kamarpukur ketika itu masih belum disentuh oleh kemahsyuran bandaraya dan hanya mempunyai sawah padi, pokok nyiur, pokok Ara Jejawi, beberapa tasik dan dua tapak pembakaran mayat. 

Bapa beliau, Kshudiram Chatthopaddhae manakala ibu nya Chandramani Devi. Menurut pengikut Ramakrishna, ibu bapa Ramakrishna pernah mengalami pengalaman mistik dan melihat peristiwa-peristiwa pelik sebelum kelahiran beliau. Bapanya, Kshudiram, pernah bermimpi di Gaya yang mana jelmaan dewa Vishnu, Gadadhara memberi khabar bahawa anaknya itu nanti adalah jelmaan dewa Vishnu. Chandramani pula menurut cetera pengikut aliran Ramakrishna melihat cahaya yang bersinar dari kuil dewa Siva memancar memasuki rahimnya.  

Pendidikan Ramakrishna

Beliau menghadiri pembelajaran di sekolah sampai berusia 12 tahun. Kemudian beliau menolak pembelajaran secara begitu kerana beliau berpandangan bahawa beliau tidak berminat dengan pendidikan "untuk mencari nafkah". kamarpukur menjadi tempat persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan untuk berdharmmayatra ke Puri. Jadi Ramakrishna juga berpeluang bertemu dengan orang-orang alim yang singgah di situ. Beliau menjadi seorang yang mahir dalam purana-purana, Ramayana, Mahabharata dan juga Bhagavatapurana kerana selalu mendengar semua bahagian ini dari Brahmana yang mengembara serta dari Kathak. Ramakrishna boleh menulis dan membaca bahasa Benggali. Ketika biografi resmi nya menuliskan bahawa nama Ramakrishna diberikan oleh Mathura Vishwas yang menjadi pendita utama kuil Dakshineswar Kali, ada juga pendapat menyatakan bahawa nama ini sebenarnya diberikan oleh ibu bapa nya.     

Ramakrishna menggambarkan kecenderungannya terhadap kerohanian pada usia enam tahun. Ketika itu beliau berjalan kaki sepanjang sawah padi, dan beberapa ekor bangau berterbangan melintasi awan yang gelap dan disinari oleh kilat yang ditangkap oleh pandangan matanya. Pada saat itu, beliau terpana dan kemudian hilang kesedaran pada alam sekeliling sebaliknya berada dalam keadaan yang menyukakan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Menurut laporan-laporan lagi, beliau pernah beberapa kali mengalami keadaan sebegitu misalnya semasa sedang menyembah dewi Vishalakshi, dan memainkan peranan dewa Siva semasa pementasan drama semasa perayaan Sivaratri. Ketika berusia 10 atau 11 tahun, beliau kerap dilanda kesurupan dan juga semasa beliau hampir meninggal dunia pun dalam tempoh semadi, beliau dilanda kesurupan hampir setiap hari. 

Bapa beliau meninggal pada tahun 1843. Lepas itu tanggungjawab menjaga keluarga jatuh ke bahu abang nya Ramakumar. Kehilangan ini menjadikan Ramakrishna rapat dengan ibu nya dan setiap hari beliau menjalani kegiatan di rumah dan upacara menyembah dewata rumah. Beliau juga terdedah kepada kegiatan merenung diri melalui pembacaan sastera-sastera agama. Ketika remaja nya, kedudukan kewangan keluarga Chattopaddhae mula terjejas. Ramakumar terpaksa membuka sebuah sekolah bahasa Sanskrit di Calcutta dan berkhidmat sebagai pendita untuk masyarakat di situ. Ramakrishna pun berpindah bersama Ramakumar ke Calcutta pada 1852 dan membantu dalam kerja-kerja upacara keagamaan.

Khidmat Sebagai Pendita di Kuil Dhaksineswar Kali  

Pada 1855, Ramakumar dilantik menjadi pendita di kuil Daksineswar Kali di bandaraya Calcutta yang dibiayai pembinaannya oleh seorang wanita kaya bernama Rani Rasmoni. Pada 1856 selepas Ramakumar meninggal, Ramakrishna pula dilantik menjadi pendita kuil. Selepas kematian Ramakumar ini, Ramakrishna menjadi semakin banyak merenung diri. Beliau melihat rupa dewi Kali sebagai ibu nya dan ibu kepada alam semesta. Ramakrishna dilaporkan berkata bahawa beliau melihat dewi Kali sebagai ibu jagat raya dan menggambarkan ketika itu dalam kata-kata: "...rumah-rumah, pintu-pintu, kuil dan segalanya habis hilang seolahnya sudah tiada apa lagi! Dan aku melihat di situ ada lautan cahaya tidak terbatas; lautan kesedaran. Sejauh mana pun aku melihat tidak kira dari mana-mana arah, aku nampak gelombang cahaya, satu demi satu datang kepada ku".   

Perkahwinan

Khabar angin merebak ke kampungnya di Kamarpukur bahawa beliau tidak begitu waras kepala otak nya disebabkan oleh kegiatan kerohanian di Dhaksineswar. Ibu Ramakrishna dan seorang lagi abang nya bernama Rameswar berkeputusan bahawa Ramakrishna mesti berkahwin. Mereka fikir bahawa perkahwinan mungkin boleh memberi kesan yang baik kepadanya dengan memaksanya menerima tanggungjawab kekeluargaan, membuatkannya menumpukan perhatian kepada hal-ehwal kekeluargaan yang biasa dan mengelakkannya terlalu taksub dengan kegiatan kerohanian dan menerima penglihatan ghaib.   

Ramakrishna dilaporkan berkata bahawa calon isterinya boleh ditemui di rumah Ramachandra Mukherjee di Jayarambati yang terletak tiga batu dari barat laut Kamarpukur. Pengantin perempuan beliau, Saradamani Mukhophadhyaya hanya berusia lima tahun ketika itu. Perkahwinan berlangsung pada tahun 1859 dan usia Ramakrishna ketika itu 23 tahun. Perbezaan umur yang ketara dalam perkahwinan cuma perkara biasa di kawasan pedalaman wilayah Bengal pada abad ke-19 M. Ramakrishna dan Sarada berada di Kamarpukur selama tiga bulan sahaja sebelum Ramakrishna pulang ke Calcutta menjalani sadhana di bawah guru-guru Tantra, Vedanta dan Vaishnava. Apabila berusia 18 tahun baru Sarada menyertai suaminya di Dhaksineswar. Ramakrishna memainkan peranan besar dalam kehidupan Sarada dan Sara merupakan salah seorang pengikut Ramakrishna yang setia. 

Ketika Sarada sampai ke Calcutta, Ramakrishna sudah memasuki tahap hidup sannyasi meninggalkan rumah. Jadi perkahwinan mereka bukan seperti perkahwinan orang lain. Apabila Ramakrishna menjalankan upacara-upacara misalnya seperti Sodashi puja, Sarada akan didudukkan di kerusi dewi Kali dan dipuja sebagai ibu jagat. Ramakrishna menganggap Sarada sebagai ibu jagat dan memanggilnya ibu suci. Sarada yang meneruskan pergerakan Ramakrishna dan ketika berusia 34 tahun, beliau lah yang berperanan dalam kelahiran gerakan keagamaan Ramakrishna.       

Amalan Keagamaan dan Guru-Guru

1) Bhairavi Brahmani dan Tantra

Pada 1861, Ramakrishna menerima Bhairavi Brahmani yang merupakan seorang wanita separuh abad yang berpakaian serba jingga sebagai gurunya. Wanita ini membawa bersamanya rupa batu mewakili Sri Rama dan semua dewata dikenali sebagai Raghuvir Sila. Wanita ini sangat mahir dengan teks-teks Gaudiya Vaishnava dan mengamalkan Tantra. Menurut Bhairavi, Ramakrishna pernah mengalami kejadian yang diikuti oleh Mahabhava iaitu kecintaan teramat terhadap ketuhanan. Beliau mengutip kata-kata dari sastera-sastera bakti bahawa tokoh agama lain seperti Radha dan Chaitanya juga mengalami hal yang sama.

Bhairavi memberi abiseka ke dalam Tantra kepada Ramakrishna. Ajaran Tantri menumpukan kepada pemujaan sakti dan tumpuan kepada latihan Tantri adalah untuk mencakupi sempadan yang ada antara suci dan tak suci sebagai tujuan untuk mencapai kebebasan dan melihat semua aspek alam semulajadi sebagai jelmaan kepada sakti ketuhanan. Di bawah tunjuk ajar Bhairavi, Ramakrishna melalui 64 sadhana tantri yang diselesaikannya pada tahun 1863.    

Ramakrishna memulai pembacaan mantra-mantra seperti japam dan purascarana serta banyak lagi amalan yang tujuannya untuk membersihkan minda dan mengawal diri. Kemudian beliau terus kepada sadhana tantra yang mempunyai amalan-amalan sayap kiri atau vamacara yang digunakan bertujuan untuk mencapai kebebasan misalnya seperti makan ikan dan daging, memakan bijirin digoreng, minum minuman keras dan hubungan jenis. Menurut kepada biografi Ramakrishna, beliau tidak terlibat secara langsung dalam kegiatan hubungan jenis atau minum minuman keras. Beliau hanya mengambil buah pikiran dari dua kegiatan tersebut untuk mendapatkan keputusan yang ingin dicapai. Ramakrishna mengiktiraf jalan sayap kiri walaupun ia mempunyai ciri-ciri yang tidak diingini sebagai satu jalan untuk menyedari tentang Tuhan. Beliau selalu mengingatkan pengikut dan pelajarnya supaya jangan terlibat dengan amalan sayap kiri.

Bhairavi ada juga mengajar Ramakrishna tentang kumari puja. Ia merupakan satu pemujaan yang mana dewi dara dipuja dalam rupa seorang gadis muda. Beliau juga diajarkan tentang Kundalini Yoga. Langkah-langkah yoga dan ajaran Tantra yang diajarkan Bhairavi memainkan peranan penting dalam perkembangan kerohanian awal Ramakrisna.      

2) Vaishnava Bhakti

Tradisi Vaishnava Bhakti membincangkan tentang lima perasaan hati yang dirujuk sebagai bhava. Ia bermaksud sikap berbeza-beza yang mana para pengikut boleh ambil untuk mencintai Tuhan iaitu:

1. Syantam - sikap bertenang
2. Dasyam - sikap seorang hamba pelayan
3. Sakhyam - sikap seorang kawan
4. Vatsalyam - sikap seorang ibu kepada anak
5. Mathuram - sikap seorang wanita terhadap kekasih

Pada satu tahap ketika penglihatan ghaibnya melihat dewi Kali dan perkahwinannya, Ramakrishna mengamalkan dasyabhava misalnya ketika memuja Sri Rama, beliau memuja dengan sikap Hanuman yang dianggap sebagai seorang pelayan setia Sri Rama. Menurutnya lagi, semasa mengakhiri sadhana nya, beliau melihat Sita Dewi meresap ke dalam tubuh nya.

Pada 1864, Ramakrishna mengamalkan vatsalyabhava semasa diajar oleh guru Jatadhari dari aliran Vaishnava. Beliau memuja rupa besi Ramlala (Sri Rama semasa kecil) seperti seorang ibu menyayangi anak nya. Menurutnya, beliau boleh merasai kehadiran Rama yang masih kecil berada dalam rupa besi tersebut.

Semasa mengamalkan amalan Vaishnava, beliau mengambil sikap mathura bhava iaitu sikap pengembala lembu dan Radha terhadap Sri Krishna. Semasa mengambil sikap ini, Ramakrishna memakai pakaian wanita untuk beberapa hari dan menganggap dirinya sebagai salah seorang gembala di Vrindhavan. Menurut Ramakrishna, sikap ini diambil untuk mencabut keluar pikiran tentang ghairah seks yang dilihat sebagai satu penghalang kepada perkembangan kerohanian. 

Menurutnya lagi, hampir kepada tamatnya sadhana, beliau mencapai savikalpa samadhi iaitu penglihatan ghaib dan kesatuan dengan Sri Krishna. Ramakrishna melawat Nadia iaitu rumah kepada Chaitanya dan Nityananda yang merupakan para pemula kepada gerakan kebaktian Gaudiya Vaishnava di Bengal pada kurun ke-15. Ramakrishna menyatakan bahawa beliau mengalami penglihatan ghaib dua orang budak lelaki meresap ke dalam tubuhnya. Semasa memuja dewi Kali, beliau juga dikatakan mencapai santa bhava terhadap dewi Kali. 

3) Totapuri dan Vedanta

Pada tahun 1865, Ramakrishna dinaikkan ke dalam tahap sannyasa oleh Totapuri. Totapuri merupakan seorang pendita yang mengembara dan berpengetahuan dalam falsafah Advaita Vedanta. Advaita Vedanta mengajarkan tiada dua sebaliknya hanya satu kewujudan. Totapuri mula-mula sekali memberi petunjuk kepada Ramakrishna untuk melalui upacara sannyasa meninggalkan duniawi. Kemudian dia diajar dengan ajaran Advaita bahawa: "Brahman sahaja yang benar sebaliknya dunia ini maya belaka. Aku tidak wujud secara berbeza sebaliknya aku lah Brahman". Semasa belajar dengan Totapuri, Ramakrishna dilaporkan melalui nirvikalpa samadhi. Ia dianggap sebagai tahap kesedaran tertinggi dalam kerohanian Brahmana.

Totapuri tinggal selama 11 bulan lamanya dengan Ramakrishna dan mengajarnya ajaran-ajaran mendalam tentang Advaita. Ramakrishna berkata bahawa ini lah saatnya nirvikalpa samadhi berakhir apabila beliau menerima perintah dewi Kali untuk berada dalam bhavamukha demi pencerahan orang ramai. Bhavamukha bermaksud tahap kewujudan perantaraan antara semadi dengan kesedaran biasa.

4) Islam 

Pada 1866, Govinda Roy yang merupakan seorang guru Hindu yang mengamalkan ajaran Sufi memperkenal Ramakrishna kepada Islam. Ramakrishna kemudian menyebut nama Allah berulang-ulang kali, memakai pakaian Arab dan orang Muslim serta melakukan salat lima kali sehari. Ketika itu beliau berasa tidak berminat dengan rupa-rupa berhala dewata Hindu dan kurang lah memuja rupa-rupa. Nampak seperti pemikiran Hindu sudah hilang dari minda nya. Beliau beramal seperti orang Islam selama tiga hari sebelum mendapat penglihatan ghaib nabi orang Islam dengan janggut putih bersinar-sinar dalam cahaya muncul dan meresap dalam tubuhnya.     

5) Kristian

Pada penghujung 1873, Ramakrishna mula mengamalkan ajaran Kristian pula apabila seorang pengikutnya Shambu Charan Mallik membacakan al-Kitab kepadanya. Ramakrishna berkata bahawa untuk beberapa hari, pemikirannya diisi dengan pemikiran Kristian dan tidak berpikir untuk pergi ke kuil Kali. Ramakrishna menceritakan gambaran bahawa gambar Maria dan bayi Jesus menjadi hidup dan turun dari gambar lalu meresap ke dalam dirinya. Dalam biliknya sendiri, ada tersimpan gambar Jesus dan beliau membakar colok cendana sebelum pagi dan petang pada gambar tersebut. Ada juga gambar Jesus menyelamatkan Saint Peter yang tenggelam dalam air.