Tahun 816, maharaja Saga menerima permintaan bhiksu Kukai untuk membangunkan satu kawasan kebiaraan di Gunung Koya sebagai cara untuk keluar dari duniawi. Tapak tanah itu dirasmikan pada pertengahan tahun 819 dengan upacara yang berlangsung tujuh hari lamanya.
Namun, bhiksu Kukai tidak dapat tinggal di situ kerana menerima arahan pihak istana untuk bertindak menjadi penasihat kepada setiausaha negara. Maka beliau memberikan kepercayaan projek tersebut kepada anak murid tuanya. Dari surat-menyurat bhiksu Kukai, didapati bahawa pengumpulan dana bagi projek pembinaan kawasan tersebut mula mengambil banyak masa bhiksu Kukai, dan masalah kewangan memang melanda mereka. Projek tersebut memang tidak siap sehingga lah bhiksu Kukai meninggal dunia pada tahun 835.
Bhiksu Kukai
mendapat gambaran bahawa Gunung Koya akan menjadi perlambangan kepada
dua mandala yang membentuk asas kepada aliran Buddha Mantrayana. Lembangan
tengah sebagai alam janin kepada mandala manakala puncak-puncaknya serta
sekeliling kawasan tersebut sebagai kelopak-kelopak bunga teratai yang
terletak di tengah-tengah. Ia dikenali sebagai mandala berlian dalam
bentuk sebuah kuil yang akan dinamakan olehnya sebagai Kongoubu-ji atau Candi Puncak Berlian. Di tengah kompleks percandian itu ada sebuah rupa besar
bagi Buddha Mahavairocana yang memberikan perlambangan kepada Hakikat
Mutlak.
Bhiksu-bhiksu membawa sembahan makanan kepada mumia bhiksu Kukai atau Kobo Daishi kerana mereka percaya beliau tidak mati pun tetapi sedang bertapa semadhi. Mereka memberi semahan makanan kepadanya dan menukar pakaiannya setiap hari. Hanya bhiksu berkedudukan tertinggi sahaja dibenarkan melihatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan