Memaparkan catatan dengan label brahman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label brahman. Papar semua catatan

Rabu, 19 September 2018

Kata-Kata Agung


Kata-kata agung dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Mahāvākyam. Jamaknya adalah Mahāvākyāni. Kata-kata agung dari Upanishad ini diberikan cirinya oleh aliran Advaita Vedanta. Kata-kata agung yang selalu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
Sebenarnya terdapat banyak lagi kata-kata agung. Namun, empat yang tersebut di atas itu adalah yang terkenal. Setiap satunya datang dari salah satu daripada empat Veda. Tradisi Vedanta menyebut bahawa bahan dan zat bagi segala Upanishad itu adalah sama dan segala Kata-Kata Agung Upanishad itu mengungkapkan titipan sejagat dalam rupa kenyataan yang ringkas dan padat. Dalam terminologi Sanskrit kemudiannya, istilah Kata-Kata Agung ini turut membawa maksud perbincangan khususnya melibatkan subjek falsafah yang tinggi. Tradisi Advaita Vedanta pula berpandangan bahawa empat kenyataan dari Upanishad ini menandakan kesatuan tertinggi antara orang perseorangan (Atman) dengan Yang Maha Agung (Brahman).

Orang yang dinaikkan ke taraf kehidupan Sannyasa dalam tradisi Advaita Vedanta akan diajarkan empat kata-kata agung ini. Ia akan disampaikan dalam bentuk empat mantra. Tujuannya adalah untuk mencapai kedudukan tertinggi iaitu apabila jiwa seseorang itu melebur ke dalam Brahman.

Kata-kata agung lain adalah seperti berikut:
  • Brahma Satyam Jagan Mithyā
  • Ekam Evadvitiyam Brahma
  • SoHam
  • Sarvam Khalvidam Brahma
Sumber Gambar: Murree, Rawalpindi, Pakistan, World for Travel (online) 

Isnin, 13 Januari 2014

Tapa


Tapa merupakan satu-satunya jalan mencapai keselamatan iaitu Moksa. Tapa membunuh segala penyakit, penderitaan dan tiga jenis tapas (haba) dan lima klesa (racun pembawa kesedihan). Tapa memberi gambaran kepada kesatuan. Tapa menghasilkan deria mengenai yang satu. Tapa ini merupakan wahana yang membantu yang menerima limpahan itu naik tinggi dalam alam karunia abadi dan mencapai ketenangan tak putus-putus. Ia merupakan tangga rahasia yang menghubungan bumi dengan kayangan dan membawa mereka yang dilimpahi itu ke kediaman tiada pernah mati Brahman.

Tapa itu merupakan aliran malar pemikiran seseorang tentang Tuhan (Atman), seperti aliran berterusan minyak dari satu bekas dituang ke bekas lain (tailadharavat). Tapa timbul selepas semadhi.

Amalan tapa pada awal pagi dari jam 04:00 sampai ke jam 06:00 waktu Brahma Muhutam itu merupakan latihan terbaik bagi pertapaan.

Duduk dalam padma atau siddha atau suddha asana. Pastikan kedudukan kepala, leher dan badan lurus dan tumpukan sama ada pada trikuti, ruangan pada antara tengah mata atau pada hati dengan mata ditutup. 

Tapa ada dua jenis pula.....
  • Saguna Dhyana iaitu tapa bahan kenampakan.
  • Nirguna Dhyana iaitu tapa bahan yang pada akal dan hati.
Dalam Saguna Dhyana, pelajar yoga akan bertapa dengan rupa Begawan Kresna, Sri Rama, Sita Dewi, Betara Wisnu, Betara Guru, Gayatri atau Dewi. Dalam Nirguna Dhyana, pelajar yoga akan bertapa dengan Jiwa dan juga dengan Atman.

Contoh  Bertapa

Saguna Dhyana

Letak gambar Sri Hari dengan empat tangan depan engkau. Pandang saja ke gambar itu selama lima minit dan kemudian tutup mata dan bayangkan gambar itu. Semasa membayangkan itu, gerakkan minda ke pelbagai bahagian Betara Wisnu. Lihat dengan akal anda, kakinya dulu, kemudian ikut turutan betis ketingnya, busana kuningnya, rantai leher emasnya dengan permata Kaustubha di dadanya, subang, Makaakundala, kemudian muka, kemudian mahkota kepalanya, kemudian cakra di tangan kanan atasnya, kemudian sangkakala di tangan atas kirinya, kemudian gada di tangan kanan bawahnya, kemudian teratai di tangan kiri bawahnya. Kemudian lihat dengan akal kakinya semula ulangi perkara ini ikut urutan berulang-ulang. Akhirnya, tumpukan minda pada kaki atau muka tokoh. Ulangi mantra, Hari Om atau Om Namo Narayana dalam hati. Pikir mengenai ciri-ciri Nya sebagai Maha Kuasa, Di Semua Tempat, Suci, Murni....  

Nirguna Dhyana

Tapa pada Om dan pengertiannya dengan perasaan. Ulangi Om dalam hati. Kenalpasti jiwa engkau dengan Atman. Rasai lah, "Aku lah Jiwa tak pernah mati menembusi segala, Atman. Aku lah Sat-Chit-Ananda, Brahman. Aku Sakshi saksi senyap tiga tahap dan segala perubahan pikiran. Aku kesedaran murni. Aku ini berbeda daripada tubuh, akal dan prana serta deria. Aku ini jiwa bercahaya, cahaya dari cahaya. Aku ini abadi, Paramatman".  

Jika kau suka, bahagia, sabar, tahap pikiran tiada kusut, suara merdu, tumpuan satu akal, tubuh ringan, tiada takut, tiada kehendak, menyampah dengan benda duniawi, pikirkanlah bahawa kau mendekati laluan kerohanian dan bahawasanya engkau mendekati-Nya.

Wahai Prem! Ada satu tempat yang kau tak akan denga suara mau pun bunyi atau melihat sebarang warna. Tempat itu adalah Param Dham atau Padam Anamayam (tempat duduk tiada sakit). Ini adalah alam ketenangan dan karunia. Tiada kesedaran tubuh di sini. Di sini, minda direhatkan. Segala kehendak dan nafsu semua tercair sudah. Indriyas diam sahaja di sini. Akal pun tak bergerak lagi. Tak ada sebarang pergaduhan mahu pun pertelingkahan bertengkar di sini. Adakah kau akan mencari kediaman sunyi ini menerusi sunyi menyepi? Ketenangan begitu adalah tertinggi di sini. Para resi lampau mencapai tempat ini dengan hanya mencairkan mindanya dalam sepi. Brahman bersinar dalam sinaran gemilang. 

Lupakan tubuh, lupakan sekeliling. Lupakan Sadhana tertinggi. Ia membantu tapa dengan sebanyaknya. Ia membuatkan kau mendekati Tuhan lebih mudah. Dengan mengingati-Nya, kau lupa segalanya. Rasailah kesedaran rohani dengan mengeluarkan dari minda anda bahan-bahan yang menyebabkan deria bergerak naik turun dan pasakkannya pada tapak kaki begawan, yang bersinar cemerlang dalam hati engkau. Bergabunglah dengan mengamalkan tapa brata. Masuk lagi ke dalam dan berenang dengan bebas dalam lautan Sat-Chit-Ananda. Timbul dalam sungai diviyam kesukaan. Berpijak atas sumbernya. Berjalanlah menuju ke kepala air mata air kesedaran diviyam dan minumlah amrit. Rasailah pelukan diviyam dan nikmatilah kebahagian diviyam. Aku akan tinggalkan kau di sini. Kau capailah tahap keabadian dan tiada takut lagi. Wahai Prem! Jangan takut. Bersinarlah engkau. Cahaya kau sedang terbit.  

Berlatihlah selalu tapa yang tersusun dengan masa yang sama setiap hari. Kau akan mendapat angin nak bertapa itu tanpa perlu dipaksa-paksa lagi. Semakin lama kau bertapa semakin kau mempunyai kehidupan pula dalam jiwa dalaman engkau manakala minda dan Indriyas pun tak masuk campur lagi. Kau akan dekat lah dengan Atman, yang menjadi punca. Kau akan menikmati gelombang ombak karunia dan ketenangan. Segala bahan deria tak akan menarik perhatian kau lagi mulai kini. Loka akan kenampakan kepada engkau seperti mimpi yang panjang. Jnana akan mula terbit dalam diri engkau sepanjang masa, tapa dalam.

Kau akan disinari sepenuhnya. Tirai kejahilan akan terjatuh. Turun naik perasaan akan hilang. Tubuh buah pikiran pun akan hilang. Kau akan sedar pengertian Mahakavyam, "Tat Tvam Asi". Segala beda, perbedaan, ciri-ciri menghilang. Kau cuma akan nampak segalanya di mana-mana menjadi tak terbatas, tak bersempadan, Atman. Penuh karunia, cahaya dan pengetahuan. Yang ini sangatlah jarang dirasai. Jangan kau ketar ketakutan seperti terjadi kepada Sang Arjuna. Berani lah. Kau tak akan keseorangan. Tak ada sesuatu pun untuk dilihat atau didengari sekarang. Tak ada sebarang deria. Hanyalah kesedaran murni sahaja.  

Kau lah Atman, wahai Prem (Cinta). Kau itu jisim yang tidak terhapus. Hapuskanlah Moha bagi tubuh kotor ini. Janganlah sebut di masa depan, "tubuhku". Sebut, "alat ini..." Matahari terbitlah sekarang. Ia sedang timbul dengan sinar-sinar yang menyebar. Kini duduklah bertapa. Sekali lagi menjunamlah dalam Atmika Triveni suci. Kumpulkan semua cahaya dalam minda dan menyelam dalam kedalaman sepi dalam kerehatan hati. Lepaskanlah segala takut, risau, peduli, bimbang dan runsing. Rehatlah dalam lautan sepi. Nikmatilah ketenangan abadi. Kejiwaan lama engkau sudah hilang kini. Segala keterbatasan pun hilang. Jika hawa nafsu dan keinginan lama cuba masuk campur, hempuklah sampai hancur ia dengan Viveka dan pedang Vairagyam.   

Ingati senantiasa dua benda ini dengan engkau untuk beberapa lama sampai engkau mencapai Brahmistithi (kukuh dalam Atman)....... Om itu Sat-Chit-Ananda. Om itu abadi, selamanya.

Nyanyikanlah Om. Rasai Om. Baca lah Om. Hiduplah dalam Om. Tapa dengan Om. Ngaumlah Om Om Om... Dengari Om... Rasai Om... Lihat Om... Makan Om... Minum Om... Om itu Nama-Mu! Moga Om memandu kamu!

Om.... Śanti... Śanti... Om!!!

Selasa, 24 Disember 2013

Tuhan bagi Brahmana: Nirguṇa Brahman

Om Swasti Astu!


Pengertian konsep Nirguna Brahman ini adalah, Hakikat Agung tanpa rupa dan tanpa sebarang sifat yang diungkapkan melalui bunyi suara yang menggambarkan falsafah Brahmana dan Hindu mengenai Brahman yang menembusi Jagat Raya atau Alam Semesta, tanpa guna (rupa ciri) seperti dalam aliran Advaita (Kesatuan Wujud), atau tanpa jasad seperti yang dipandang dalam aliran Dvaita (Dwi Wujud).   

Menurut Guru Adi Sankara, yang menyuburkan kembali Advaita Vedanta (Kesatuan Wujud), Nirguna Brahman ini tiada beda daripada Tokoh Agung, Tuhan, sebarang sifat yang dikaitkan dengan Tuhan. Menerusi kesaktian Maya, Sang Iswara mencetuskan pelbagai loka bertindan-tindannya di Jagat Raya dan mengkhayalkan segala makhluk, yang pada zat dasarnya itu tiada bedanya daripada Dia. Loka ini hanya pada perkaitannya benar dan jiwa sebenarnya itu tidak terkesan pun dengannya. Sang Hyam Tunggal akan muncul menerusi masa dan sekali lagi dalam dunia ini buat menunjukkan jalan kebebasan. Penjelasannya di sini, Dia nampak seolahnya mengambil jelmaan namun ia cuma lah satu Maya! Kerana Dia itu tiada jelmaan pun sebenarnya!

"Tubuh" Nya itu mencakupi melampaui segala batasan masa mahu pun ruang, bukan seperti tubuh kita ini yang diciptakan dan kemudian diuraikan hancur! Seseorang itu boleh memuja-Nya sebagai dirinya sendiri atau sebagai sepenuhnya berbeda daripada diri sendiri atau sebahagian-sebahagian. Mengenai pemujaan itu ada dalam Bhagavadgitam iaitu sastera suci kita semua (B.G 4:11; 9:14 dan 34...). Tafsirannya pun kau boleh lihat daripada pandangan aliran sampradayam kehinduan seperti Sri Rudra Waisnawa, Bramha Waisnawa, Sri Waisnawa, dan Kumara Waisnawa.  

Jika seseorang itu memuja sebarang dewata itu, maka dia akan sampai ke loka sang dewata (hiranya garbha) yang dipujanya itu. Namun, kemungkinannya, selepas berjuta-juta tahun, dewata yang menjadi wahana sang pemuja itu barulah akan sampai ke Para Wasudewam atau "Melampaui Kedewataan". Jiwa tanpa nafsu akan sampai ke tahap Jiwanamukta atau "Bebas semasa Hidupnya lagi". Aliran fahaman Advaita (Kesatuan Wujud) mengajarkan bahawa Tuhan itu asas-Nya bukan makhluk dan tiada rupa mahupun mampu diterangkan oleh akal manusia pun!

Jumaat, 27 September 2013

Pembuka Siddha

Om Swastiastu!


  Dalam pandangan falsafah Hindu Tantra dan Saiva Kashmir, Siddha ini merujuk kepada Guru Siddha yang boleh mengangkat masuk pelajar ke dalam yoga menerusi Saktipat. Dalam bahasa Tamil pula, Siddham berpengertian "orang yang sempurna" dan merujuk kepada ajaran agama Hindu mengenai orang yang sudah melampaui ahamkara atau ego, menguasai pemikiran dengan menjadikannya berada dalam kawalan kesedaran dan mengubah tubuh manusia yang biasanya mengandungi guna-guna Rajotama yang tepu menjadi tubuh lain yang dikuasai Sattva. Keadaan ini dapat dicapai menerusi tapa yang malar senantiasa.  

Siddha boleh juga dipanggil sebagai orang alim, sadhu, sang natha atau yogi pertapa kerana mereka semua pun mengamalkan konsep pengorbanan yang disebut sebagai Sadhana. Di Nusantara mungkin digelar ajar-ajar atau pun ubun-ubun bagi yang perempuannya. Selain itu, seorang siddha itu dinirwacanakan juga sebagai seorang yang mencapai Siddhi. Siddhi sebagai kemampuan atas kebiasaan ini dianggap sebagai kebolehan yang digilap keluar dari terpendam dalam diri seseorang dalam jalan siddha tidak pula dianggap sebagai Siddha yang sudah maju dalam Pranava atau Om. Pranava ini merupakan lapisan kerohanian atau kejiwaan bagi makhluk. Siddhi dalam rupa murninya itu bererti "pencapaian jati diri tiada celaan dengan Hakikat iaitu Brahman; kesempurnaan jiwa". Jadi, tuan-tuan sekelian, jika tuan ingin mencari Siddhi, carilah yang dalam rupa murni itu. Bukan yang diertikan dengan kemampuan luarbiasa itu....

Dalam kepercayaan dharma masyarakat Jinagama, para Siddha ini merupakan roh atau jiwa yang sudah bebas disebabkan mereka sudah menghapuskan segala ikatan karma. Ertinya di sini, Siddha itu merujuk kepada mereka yang sudah meninggalkan tubuh kasar dan berada dalam bentuk murni jiwa atau roh sahaja. Mereka berdiam di Siddhasila yang bertempat di atas Jagat Raya tapi tiada diketahui kedudukannya oleh sesiapa pun makhluk dalam lokamaya ini.

Penggunaan awal kata nama ini boleh dikesan dalam Maitreya Upanishad dalam ikatan Adhiya Ketiga apabila penulis ikatan itu mengisytiharkan bahawa, "Akulah Siddha". Sannasiddha menurut kepada prasasti Gupta merujuk kepada nama seorang upasaka. Bhibuti Baruah dalam buku, Aliran Ajaran Buddha dan Pecahan Alirannya mukasurat 156 menyatakan bahawa Svetasvara (2.12) mempersembah prasyarat kepada masuk ke "Tubuh Siddha".     

Jumaat, 16 Ogos 2013

Jñāna Yoga

Om Swastiastu!


Lama aku tak bersiaran bersama rakan-rakan sekelian. Diharapkan rakan-rakan semua bergembira bercuti walaupun hari cuti yang baru berlalu itu bukan perayaan keagamaan orang Hindu tapi perayaan agama orang lain. Tapi jika sudah namanya cuti maka sudah tentulah boleh bertenang-tenang sebentar. Cubalah tuan budiman sekelian elakkan bercakap hal-hal agama dengan orang-orang beragama Arab tersebut terutamanya juga mereka sedang berada dalam musim sentap menyentap. Baru-baru ini terdapat kes-kes berkaitan dengan agama seperti agama Kristian, ajaran Buddha serta kelompok penganut agama itu sendiri yang "dikatakan" menghina itu dan ini dalam agama mereka menurut acuan pemahaman mereka. Itu bukan tujuan kita mengetik di sini lagipun aku tak berminat nak mengambil tahu hal mereka kerana suka hati mereka lah. Biar sahaja mereka. Kita ini mesti pula memantapkan pengetahuan dharma serta menjalani samskara dharmam supaya jangan kita menjadi ciptaan yang rosak dan kotor.

Pengertian Jñāna

Masukan kita ini adalah tentang Jñāna yoga yang boleh disebut pula dengan pelbagai cara seperti Nyana, Dhyana atau Gyana. Perkataan Jñāna ini membawa pengertian pengetahuan. Makanya Jñāna yoga ini merupakan jalan atau disiplin yang diamalkan bagi pengikut adat-istiadat keagamaan orang Hindu sekelian untuk mencapai pengetahuan benar. Penganut ajaran Buddha turut juga mengamalkan jalan ini yang disebut sebagai Dhyana atau Zen itu. Untuk keselarian pula, ku ceterakan bahawa Jñāna ini sepadanlah dengan Gnostisisme di sebelah Barat seperti di Mesir, Tanah Yunani, Tanah Parsi, Syria dan Iraq. Untuk bandingannya, nanti-nanti sahaja sekiranya aku berkelapangan kerana hal pekerjaan seharian ku ini sudah pun menyebabkan aku terpaksa melanggar beberapa samskara bangsa Brahmana yang menyebabkan aku berasa sesal dan pilu hati. Maka, pada masukan yang ini biar kita ketahui pada dasarnya dahulu. Kemudian baru kita membandingkannya dengan bentuk kefahaman bangsa lain tentang jalan yang ini serta melihat pula kepada ajaran Buddha.  

Matlamat Jñāna Yoga

Seperti yang tersebut menerusi Bhagawadgitam, ahli falsafah Brahmana; Mpu Adi Sangkara sangat-sangat mementingkan jalan ini serta menyatakan bahawa jalan ini adalah jalan mencapai pengetahuan tentang Yang Mutlak itu iaitu Brahman. Manakala Mpu Ramanuja yang mengulas Wisistadwaita menganggap bahawa pengetahuan itu cuma satu syarat sahaja bagi kebaktian.

Sri Begawan Kresna sebagai tercatit dalam Bhagawadgitam (13.3) menyebut bahawasanya Jñāna itu mengandungi pemahaman yang sesuai tentang ksetram atau lapangan kegiatan yang merujuk kepada tubuh kita ini dan juga ksetrajña atau pengenalan bagi tubuh kita itu atau roh yang kita selalu sebut sebagai jiwa menurut langgam bahasa Hindu kita kerana roh itu adalah bahasa Arab. Kemudian Begawan Kresna menekankan lagi dalam Gita (13.35) bahawa pelajar yang mempelajari kecakupan Nya itu mesti memahami dulu beda antara keduanya itu. Mpu Sri Ganapatrao Maharaja Kannur menekankan juga kepentingan kita mengetahui tentang diri kita kerana ia membawa kita kepada mengetahui juga Yang Maha Agung itu dan penting sekali bagi menghapuskan ego atau sikap mementingkan diri sendiri serta kecenderungan kita mengenalpasti diri kita dengan tubuh dan bukan dengan jiwa kita. 

Jalan Berlapis Empat

Adwaita Wedanta yang klasik memperguna sadhana catustaya atau jalan empat lapis bagi melatih para pelajar dan bagi pencapaian moksa. Disebut ia berlapis empat itu kerana sebenarnya ia mengandungi empat tahap pula: 

1. Samanyasa yang pada tahap ini seseorang itu cuba menuruti ciri-ciri ini:
  • Wiweka atau kemampuan untuk membedakan yang hakikat dan bukan hakikat. Konsep ini sangat penting sekali kerana ia tersebut juga dalam sastera sebelum dicetuskan sastera Bhagawadgitam. Ia selalunya diseru dalam rupa angsa yang dikatakan mampu pula mengasingkan antara susu atau soma daripada air semasa minum.
  • Wairagya yang merujuk kepada melepaskan ikatan belenggu, tidak mengendahkan kesukaan pada tubuh dan juga kesakitan pada tubuh lagi tak mengira apa jua keadaannya.
  • Shadsampat yang terdiri pula daripada enam tabiat baik:
                - Sama iaitu ketenangan atau kawalan minda. Damai-damai saja.
                - Dama atau mengawal pancaindera dan deria.
                - Uparati atau meninggalkan kegiatan keduniaan.
                - Titiksa iaitu ketahanan kepada perubahan dan keadaan yang berlawanan.
                - Sraddha atau kepercayaan teguh pada guru, atman dan juga sastera suci.
                - Samadhana iaitu tumpuan pikiran.
  • Mumuksutwa iaitu keazaman untuk kebebasan.
2. Srawana mendengar kepada ajaran-ajaran segala acarya dan resi dengan bantuan Upanishad dan Adwaita Wedanta. Belajar Caturweda dan sastera Wedanta seperti Brahma Sutra, Bhagawadgitam, Ramayana dan Mahabharata. Di tahap inilah nanti, pelajar akan mempelajari hakikat Brahman dan hubungan-Nya dengan atman.
3. Manana atau tahap merenung kepada ajaran.
4. Dhyana iaitu tahap tapa semadi pada kebenaran "bahawa Engkau itulah Engkau!" Ajaran ini tak perlu pada agama yang tertentu pun menurut pada muka buminya atau terlalu sukar untuk dipahami bagi yang biasa dengan sastera-sastera Hindu tapi mungkin terlalu tinggi bagi jenis-jenis orang yang tak biasa dengan konsep Jñāna.

Selasa, 11 Jun 2013

Perbincangan Wedanta: Punar Jelma

Om Swastiastu!


Hal ini datang dari persoalan seorang rakan kita... Katanya dalam persoalan yang pertamanya, telah dijelaskan dalam pustaka suci mengenai Atman itu tidak mempunyai karma dan segala yang ternampak di jagat raya ini termasuklah diri kita itu cumanya angan belaka. Makanya, apa itu punar jelma? Sekiranya Atman itu tidak masuk ke tubuh lain tetapi tercatat pula dalam Begawadgita mengenai jelmaan semula itu mengambil masa beberapa lamanya selepas perlinanya seseorang itu tapi tiada pula keadaan berterbangan ke sana ke sini mencari tubuh lain???

Persoalan keduanya pula, dalam jelmaan ini dengan jelmaan terkemudian atau sebarang jelmaan yang diambil seseorang itu, apa yang dibawa dari jelmaannya kini dan bagaimana ia berlaku? Apa yang terjadi kepada pikiran, gnana, prana dan adrishiyam tatkala matinya tubuh seseorang itu?

Pertanyaannya banyak sekali amat beratlah hendak diberi balasannya. Pertamanya, kita mengenalpasti jati diri kita ini sebagai Atman. Tak ada persoalan lanjut lagi tertinggal, iaitu persoalan dan juga pertanyaan, semua tiga atau tiga serangkai, melarut ke dalam satu Atman yang akarta dan abhokta, tidak berbuat dan tidak pula menikmati.... Makanya, seseorang itu dapat memahami bahawa tak ada jelma itu sendiri untuk merisaukan perkara punar jelma.

Persoalan ini cuma berlaku bagi mereka yang ingat bahawa dirinya itu lahir atau menjelma dalam kehidupan yang ini yang menunjukkan juga bahawa dia tidak menyedari "Akulah Atman" yang suci murni, abadi dan tiada batasan-Nya. 

Persoalan ini juga menunjukkan bahawa kita ini mengetahui pustaka ikat lontara suci dalam bicaranya serta kita menerimanya juga sebagai tattwa tapi ada pula wacana kita bahawasanya "Aku ini satu jiwa" yang mengambil jelmaan tertentu. Maka lahirlah wacana bahawa aku ini pembuat yang ini dan yang itu. Oleh itu, aku bertanggungjawab untuk segala yang ku perbuat kini atau yang ku perbuat di masa lampau. Karma yang ku perbuat di masa lampau bertanggungjawab pula menyebabkan keadaanku di jelmaan ini begini dan menyebabkan aku berada di tempat ini dan itu.   

Katakanlah, kini aku bekerja sebagai seorang jurutera. Aku menjadi begini kerana pada masa lampauku, aku pergi ke sekolah serta mendapatkan kelayakan untuk pekerjaan itu. Makanya, masa kini merupakan kesan bagi masa lampau dan masa depan itu pula merupakan kesan lampau yang ditambah baik oleh tindakan aku yang sekarang ini. Sabdawalinya itu adalah prarabda dan purusartha. Yang ku punyai ini adalah prarabda manakala yang ku perbuat dengan yang ku punyai itu purusartha. Masa depanku itu terjadi disebabkan oleh tindakan ku kini yang membega masa lampauku itu. 

Aku boleh mengembangkan diriku mahupun mengutuk diriku sendiri. Pilihannya itu di tangan aku. Aku bukanlah tubuh legap ini yang terdiri daripada karbohidrat dan mineral galian serta air tetapi orang perseorangan yang bertempat tinggal dalam tubuh ini. Menggunakan tubuh ini untuk merasai karma phala sama ada baik atau buruknya. Ikat lontara suci semuanya menyatakan bahawasanya, kematian itu menyekat tubuh tatkala ia tak berguna lagi bagi merasai rentetan karma phala yang mendatang serta masuk ke ksetram atau mengambil tubuh lain yang lebih selesa bagi menyusutkan karma phala ku. 

Semua ini terjadi selagi aku tidak mengenalpasti bahawa aku ini bukanlah selain daripada Atma atau Brahman yang suci murni, abadi kekal tiada batasan. Makanya, sebagai Atma aku ini tiada punya jelma mau pun punar jelma. Sehingga aku mengenalpasti perkara itu, maka punarapi gnanam akan terus berterusan seperti yang diberitakan segala purana.

Penanya soalan itu bertanya lagi, Brahman itu satu-satunya yang ada. Jadi tak ada kah tempat yang tak ada Brahman? Jadi, jika seorang pembunuh atau orang alim mati pun dia tetap akan berakhir dalam Brahman? Sedangkan pada masa mereka bernyawa dalam tubuh itu pun mereka sudah berada dalam keadaan Brahman. Bedanya itu, orang alim itu menyedari Brahman sedangkan si pembunuh itu tak menyedarinya. Jadi, persoalannya itu mengapa kita cuba mencapai Brahman dan kenapa pula dikatakan seseorang itu tak mencapai Brahman disebabkan kesalahan karmanya sedang dia sudah pun berada dalam keadaan Brahman?

Dalam perjawaban juga terdapat kenyataan, "Sebagai Atma, aku tak menjelma atau pun punar jelma pun. Sehingga aku menyedari bahawa punarapi gnanam berterusan sebagaimana yang diberitakan ikat-ikat pustaka lontara suci". Seorang yang mengetahui bahawa dia itu adalah Atma dan seorang yang tak mengetahui bahawa dia itu Atma kedua-duanya pun dalam Brahman. Jadi, apa gunanya berkata, "sehingga kita menyedari punarapi gnanam" sedangkan orang yang tak mengenalpasti punarapi gnanam itu pun berada dalam keagungan Atma atau Brahman?

Bagi soalan yang ini, jawapannya terdapat dalam upanishad. Sebagaimana yang difahami, tiada suatu apa pun yang nyata kecuali Brahman. Tak ada soalan lanjut lagi. Bagi agnani (agnostik) atau gnani (gnostik) itu merupakan penggulungan berdasarkan kepada agnana saja kerana dalam Brahman itu tak ada perbedaan gnani dan agnani.  

Diperjawabkan juga, "pustaka ikatan lontara suci menyebut, kematian itu menyekat tubuh apabila ia sudah tak berguna lagi bagi merasai rentetan karma phala dan masuk ke ksetram atau mengambil tubuh yang selesa untuk menghauskan karma phala ku? Semua ini terjadi disebabkan aku tak mengenalpasti bahawa aku bukan dari sebarang Atma atau Brahman suci murni, tak terbatas serta abadi" Jadi, apa yang terjadi apabila seorang batak (budak) itu terbang nyawanya? Batak kecil langsung tak tahu mengenai Brahman. Yang mereka tahu cuma menyusu di kantung susu ibu mereka sahaja. Tak ada siapa pun boleh mengajar mereka mengenai Brahman kerana akal mereka pun belum meningkat. Bukan salah mereka juga jika mereka mati muda sebelum menyedari Brahman. Apa pandangan kepinanditaan mengenai perkara ini?

Perkara yang terjadi kepada anak kecil yang mati itu sama saja seperti yang terjadi kepada sebarang tubuh lain yang mati. Kematian menghapuskan tubuh daripada mengambil tubuh lain dalam pada menghauskan rentetan wasana (pemikiran) yang bertunas seperti yang disebut baginda Begawan Kresna sebagai, itu bukan Aku. Pada pemahaman kepinanditan sekelian, batak kecil yang mati (sama ada berkembang akalnya atau tidak) disebabkan oleh prarabda karma dalam jelmaan atau kelahiran yang dilemahkan dan dia memerlukan jelmaan seterusnya supaya dia boleh melemahkan rentetan sanchita karma seterusnya yang sedia untuk bercambah.

Makanya di sini, karma semua orang berkaitan dan terlibat dengan si mati itu turut terlibat. Aturannya itu apa yang aku ada adalah prarabda dan apa yang aku perbuat dengan yang aku ada itu adalah purusartha atau usaha kendiri yang apabila berpeluang atau diberi pilihan pastu aku perbuat. Kemudian kita menerima segala yang mendatang itu sebagai prasadam, wibhuti atau lungsuran dari pengetahuan Sang Hiyang. Pada hakikatnya juga, tak ada sesiapa pun dalam loka ini mati tak bersebab. Apa betul? Dalam Wirata Swarupam, Begawan Kresna menunjukkan serta menyatakan bahawa baginda itu Kala atau Masa. Kala itu memakan segalanya! Jadi, menurut pandangan Wedanta, tiada suatu pun perkara di jagat ini yang berlaku dengan secara kebetulan. Hanya ada kejadian sahaja serta penyebab kepada kejadian. Pemikiran manusia yang terbatas itu tak bolehlah memahaminya. Tiada satu pun perkara yang terjadi tanpa keperluan dan itulah undang-undang jagat.  

Berbalik kepada pokok persoalan, masalah utama pada persoalan rakan ini adalah; penting sekali untuk mengenalpasti dari mana datangnya rujukan mengenai kenyataan yang diperbuat. Jika dikatakan aku memahami Brahman ini lah satu-satunya yang ada, dan aku Brahman. Perbincangan yang berikutnya sudah tak berlaku lagi. Tak ada soalan, tak ada penanya soalan dan tak ada juga permasalahan. Semua sudah diselesaikan kerana tak ada suatu apa pun selain daripada Brahman yang "tak berbelah bahagi".

Perbincangan mengenai jelma dan punar jelma hanya berlaku apabila seseorang itu memikirkan mengenai tubuhnya yang lahir itu. Yang tiada terbatas itu tak boleh melalui sebarang pemotongan atau diubah-ubah. Persoalan yang keluar dalam bayangan kepala hanya apabila ada orang yang salah tapi tak rasa dia bersalah. Dan mengenai orang yang pikir bahawa dia berbeda daripada Brahman lalu dia menjelma dan ingin mengetahui mengenai jelmaan masa ke depannya. Jika aku ketahui bahawa rakan yang ini salah, maka kesalahan itu akan gugur lalu mendedahkan kebenaran yang terselindung olehnya. Tapi persoalan melibatkan pengambilan perkara yang salah sebagai satu yang benar jadi kelahiran itu juga menjadi kebenaran hanya berada pada tahap pemikiran si penanya soalan saja. Daripada soalan ini pun, seorang itu kena menjawab bahawa yang salah boleh disalahkan dan jawapan lain diberikan itu cuma akan mengesahkan kesalahan itu saja. Ajaran yang ini ditujukan bagi barangsiapa yang tidak mengenalpasti "Akulah Brahman". Dalam Brahman pula, tersebut bahawa tak ada persoalan mengenai jelma atau punar jelma.

Pesanan kepinanditaan sekelian, supaya orang ramai itu mengenalpasti dahulu keadaan rujukan dari mana kebenaran itu ditunjukkan sama ada dari Paramarthika atau dari Wiyaharika. Kekeliruan cuma timbul apabila orang itu menyaling gantikan rujukan tersebut. Ajaran ini akan sempurna sekiranya seseorang itu memahami rujukan dari mana ajaran dilepaskan. Jika aku memahami bahawa aku ini atma; segala persoalan pun terhenti sendiri. Si penanya soalan sebenarnya cuba hendak menggabungkan pandangan dwaita (duaan) dengan adwaita (kesatuan).

Yato wacho niwartante apraya manasa sah.... Kata-kata dan pikiran itu tak tercapai di sana... Hari Om Tat Sat...

Khamis, 11 April 2013

Aingiri Nandini Mahesa Sura Mardini



Tahukah rakan-rakan siapakah Mahesa Sura ini? Mahesa Sura ini adalah sejenis asura menurut kepada pengelasan jenis ciptaan di jagat raya. Asura ertinya bukan sura atau kuasa kehidupan yang bukan sura. Mereka ini berlawanan dengan para dewata tapi kita tak boleh katakan yang mereka ini sentiasa di pihak jahat. 

Mahesa Sura ini anakanda kepada raja Rambha yang memerintah golongan asura. Baginda raja Rambha jatuh cinta dengan puteri Shyamala yang disumpah menjadi kerbau. Hasil penyatuan keduanya ini maka terjelma lah Mahesa Sura. Beliau ini boleh berubah-ubah rupa menjadi mahesa (kerbau) atau pun menjadi manusia.

Kim Wadanti

Dewata dan asura seringlah berperang sesama sendiri. Dalam salah satu peperangan, raja Rambha terbunuh oleh Betara Indera. Mahesa Sura terdengar bahawa ayahanda beliau terbunuh semasa membesar. Jadi, beliau mengumpulkan pengikut setia menjadi tenteranya dan membuat kacau dalam sorga loka. Sorga loka berjaya ditawan, Betara Indera dikalahkan dan para dewa disepak keluar dari sorga loka. Maka, dendam Mahesa Sura pun sempurna. 

Dewata membentuk gupta sabha (pertemuan tertutup) bagi mencari jalan bagaimana mengalahkan asura yang perkasa itu. Kerana Mahesa Sura tidak dapat dikalahkan oleh jantina lelaki, maka dewata mencetuskan seteru dalam bentuk dewi Durga yang merupakan satu bentuk kepada dewi Sakti dan dewi Parwati. Baginda dewi menggabungkan kesaktian para dewa dalam rupa yang cantik. Selepas itu, baginda dewi pergi mencari asura dengan menunggang wahananya, seekor harimau yang kadang-kadang digambarkan sebagai singa juga.

Mahesa Sura sebaik sahaja mendengar perkara itu, menghantar tenteranya untuk menawan dewi Durga. Dewi Durga membunuh asura semua dan mencabar Mahesa Sura supaya berlawan satu lawan satu. Selepas sembilan hari berperang dengan Mahesa Sura, dewi Durga berjaya juga mengalahkan Mahesa Sura. Baginda dewi meminum madu yang menambahkan kesaktian baginda. Mahesa Sura dibunuh oleh baginda dewi pada malam kesepuloh bulan mengambang. Makanya, baginda dewi dipanggillah sebagai Mahesa Sura Mardini iaitu yang menyembelih asura kerbau.

Cetera Lanjutan

Di negeri Kerala di India Selatan, ada cetera lanjutan pula selepas kematian Mahesa Sura. Mahesi, sang puteri kerbau memegang singgahsana kerajaan asura dan meneruskan perang dengan dewata. Mahesi merupakan wanita berkepala kerbau. Dewa Ayyappa yang dalam perjalanan di dalam hutan untuk mengambil susu harimau betina membunuh Mahesi. Jadi, dewa Ayyappa pula dikenali sebagai Mahesi Mardaka. 

Dalam beberapa peperangan lain pula, baginda dewi Durga menjelma menjadi dewi Kali. Dewi Kali melawan Rakta Bija iaitu jelmaan raja Rambha. Rakta Bija menerima karunia bahawa darahnya yang menitis-nitis itu akan mencetuskan Rakta Bija yang lain. Ketika itulah, dewi Kali menjelirkan lidahnya dalam swarupa dan menjilat semua titisan darah asura tersebut sebelum ia jatuh ke bumi.

Peristiwa ini dirayakan dalam jenis pujaan kepada dewi Durga misalnya di Behar, Bengal, Odisa (Kalingga), Assam dan sebagai Nawa Ratri di bahagian lain di benua India. Ia merayakan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan. Cetera ini ada dalam Dewi Mahatmaya dalam Markandeya Purana.  

Pandangan Darsana

Menurut kepada kimwadanti berdarsana, Mahesa Sura bukanlah jahat seperti yang digambarkan. Beliau ini sebenarnya adalah antara anak bakti terkenal yang memuja kesaktian dewi Durga. Dewi merupakan ibu kepada semua. Baginda adalah kuasa yang memandu jagat raya menurut Kalika Purana. Apabila baginda melihat ciptaan para dewa mula menjadi rosak disebabkan oleh kekuasaan tak berpenghujung, maka baginda menyeru anak bakti terbaik baginda dan memberinya kuasa untuk mengalahkan para dewa.

Dewi ingin mengajar para dewa pengajaran dan mengembalikan mereka dari kejatuhan. Jadi, baginda dewi meminta Mahesa Sura supaya memuja baginda dalam rupa seteru dengan ganjaran beliau akan mendapat karunia punyam dari beribu-ribu kehidupan baktinya itu. Mahesa Sura pun mengambil jelmaan asura. Beliau menjadi berkuasa kerana kuasa dewi. Namun, karunia kebal dengan lelaki dari segala bangsa itu adalah punyam dari Sang Brahma. Para dewa kemudian menyedari bahawa Mahesa Sura kebal dengan mereka. Kesaktian mereka kalah dengan beliau kerana beliau memegang kesaktian dewi Durga. Beribu-ribu tahun para dewa terpencar-pencar ke sana ke mari dan beribu-ribu tahun juga diambil oleh mereka untuk memehamai bahawa mereka tidak bererti sama sekali tanpa kesaktian yang diwakili dewi Sakti.

Jadi mereka berguptasabha dan mengumpulkan saki baki kesaktian yang masih ada. Dari situ muncul rupa dewi Durga. Artinya di sini, Adiya Sakti Dewa menyeru baginda dewi. Para dewa memuja dewi Durga dan baginda memberi janji akan mengembalikan sorga loka kepada mereka. Apabila Mahesa Sura memahami bahawa beliau tidak akan dapat jaya di atas dewi. Tetapi, beliau masih memelihara dharma asura dan berperang dengan baginda dewi sekuat tenaganya. Penghujungnya, Mahesa Sura mengambil rupa dan lelaki kacak berotot kekar namun, beliau ditangkap dewi dengan ikatan pasa atau tali sakti dan ditikam jantungnya dengan trisulo.

Seebelum mati, Mahesa Sura memuja dewi Durga dan dewi memberikan punyam yang Mahesa Sura akan tetap dipuja pula dengan baginda dewi Durga sehingga penghujung masa jagat raya berada. Jadi, apabila anda melihat dewi Durga dipuja dalam rupanya, anda akan nampak juga Mahesa Sura berada di bawah kaki dewi dengan rupa ditikam oleh trisulo baginda dewi di dada.     

Jumaat, 23 November 2012

Kenapa Baca Bhagavadgitam?

Seri Krishna Begawan dan Arjuna meniup Sangkakala

Orang-orang alim banyak mencadangkan kepada orang ramai supaya membaca sekurang-kurangnya beberapa ayat daripada Bhagavadgitam setiap hari walaupun betapa sibuk nya seseorang itu dengan kerja hariannya.

Kesemua tiga acharya bukan sahaja menulis ulasan tentang gitam, tetapi juga memetik keagungan nya dalam beberapa keadaan. Tapi kenapa ada soalan ini?! Apakah faedah kita mempelajari Bhagavadgitam? Ini lah cetera yang ringkas tetapi menarik perhatian untuk menerangkan keadaan ini.

Seorang cucu tinggal bersama seorang datuk. Bagi budak kecil tersebut, datuknya itu seorang contoh terbaik dan dia cuba meniru datuknya semampu mungkin. Datuknya mempunyai tebiat membaca Bhagavadgitam setiap hari dan satu hari budak kecil itu bertanya datuk itu. "Tatha, aku cuba hendak membaca gitam setiap hari seperti mu tetapi aku bukan sahaja tidak paham apa-apa pun, aku juga lupa akannya sebaik sahaja aku menutup pustakam. Cuba lah tatha beritahu aku, adakah tujuan bermanfaat yang dapat aku penuhi melalui pembacaan pustaka suci ini?" 

Orang tua bijaksana tidak lah terus menjawab sebaliknya hanya merenung dengan senyap ke arah bakul yang dipenuhi dengan arang. Dia berkata kepada budak itu: "Pergilah engkau ke gigi sungai dan celupkan bakul arang itu. Nanti pulang semula ke sini dengan sebakul air pula". Cucu pun patuh lah dan kembali ke rumah dengan bakul. Tapi dah tentu lah air nya berciciran dan bakul pun kosong sahaja tiada air penuh. Orang tua kemudian tersenyum. Dia menyuruh cucu buat sekali lagi tapi segera pulang supaya air akan berbaki. Tapi bila cucu pulang sebaik sahaja menjijak bendul pintu rumah, air dalam bakul sudah habis menitis. Orang tua tetap menyuruh cucu berbuat benda yang sama, dan sebab cucu patuh. Maka diturutinya sahaja arahan datuknya. 

Penat lah sudah budak itu dan kehabisan nyawa, dia berkata: "Lihat thatha, mustahil lah begini dan tak guna pun aku mencuba air masih tak penuh juga dalam bakul". Jawab orang tua: "Cucuku sayang, kau pikir hal ini tak berbaloi, benar? Tapi lihatlah pada bakul yang kau bawa sekarang". Budak yang cerdik itu menyedari bahawa bakul yang dibawanya itu banyak berubah. Arang dalam bakul sudah tiada, dan kekotoran sudah hilang luaran dan dalaman.

Datuk berkata lagi: "Wahai cucuku, apa yang terjadi apabila seseorang itu membaca gitam? Seorang itu mungkin tak ingat semua seloka di dalamnya selepas membaca atau memahami maksud sebalik barisan ayatnya. Tetapi apabila kamu bacanya selalu, kamu akan mengalami perubahan, luaran dan dalaman". Maka fahamlah budak itu faedah membaca Bhagavadgitam. 

Cetera dari Sri Sarma Sastrigal....

Khamis, 6 September 2012

Pallawawamsa


Terbitan

Tiga Raja Mahkota atau Muvaentar merujuk kepada pemerintahan tiga regim politik iaitu Cholan, Cheran dan Pandiyan yang menguasai politik dalam Tamilagam atau negara Tamil yang terdiri daripada Cholan Nadu, Cheran Nadu dan Pandiyan Nadu. 

Orang Pallava tidak pernah tersebut sebagai pemerintah wilayah-wilayah Tamil ketika itu. Sastera terawal Tamil yang memberi sedikit gambaran tentang penglibatan orang Pallava dalam wilayah orang Tamil di Ahananuru yang meletakkan dua orang Thiriyan. Thiriyan yang tua di Gudur dalam daerah Nellore dengan kerajaannya menyebar sampai ke Thirupati atau Thiruvengadam. Thiraiyan muda pula beribu kota di Kanchipuram. Karya sastera Shangam berjudul Perumbanarruppadai mencatatkan turunan Thiriyan muda atau Ellam Thiraiyan sebagai turunan dari Iksvaku. Pengulas Tamil terkemudian mengenali beliau sebagai anak tidak sah taraf raja Chola dengan puteri wangsa Naga. 

P. T Srinivasa Iyyengar menyatakan bahawa Tondaiyar bermaksud "puak yang lambang mereka adalah pohonan Tondai". Tondai atau Coccinia Indica juga dikenali sebagai pohon Kovai dalam bahasa Tamil moden. Bahasa Telugu di Andhra Pradesh sekarang menyebut pokok ini sebagai pokok Dondei. Senama dengan pokok Tondai ini adalah Cephalandra Indica atau Coccinia Grandis.      

Persidangan Tahunan Awal Yang Berikutan di Kongres India Selatan juga menyebut: Perkataan Tondai bermaksud pokok timun padang atau pokok pepas dan istilah Pallava merujuk kepada pokok ini. Oleh sebab puak Pallava memerintah wilayah dari Bellary sampai Bezwada, ia membawa kemungkinan bagi teori bahawa Pallava merupakan wangsa utara yang mempunyai hubungan melalui perkahwinan antara putera-puteri dengan wangsa Andhra sekaligus turut mewarisi bersama kawasan selatan Andhra Pradesh.

Nilakanta Shastri berhujah bahawa wangsa Pallava merupakan keturunan wangsa dari India utara yang berpindah ke selatan. Mereka menerimapakai budaya tempatan dan mengamalkannya serta memanggil diri mereka dengan nama Tondaiyar atau penduduk tanah pokok timun padang. K. P. Jaswal turut bersetuju dengan teori asal-usul India utara wangsa Pallava ini dan menambah lagi teori mereka ini dari cabang Vakataka. Perkaitan dengan Vakataka ini disebabkan oleh hakikat bahawa wangsa Pallava memakai tanda perisytiharan Vakataka. Dalam cop mohor mereka ada lambang Ganga dan Yamuna yang dikenali sebagai tanda tangan Vakataka. 

Buku sastera klasik zaman Shangam, Manimegalai mengaitkan asal-usul raja Pallava pertama dari perhubungan antara puteri raja Naga, Manipallava dengan raja kerajaan Cholan. Dari hubungan puteri Pilivallai dengan raja Kilivallavan ini, lahirlah putera yang hilang semasa tongkang pecah dan bayi kecil itu ditemui dengan rantingan atau Pallava pokok Tondai sekeliling buku lalinya. Oleh itu baginda dipanggil sebagai Tondaiman.   

Cetera lain pula menyatakan bahawa Pallava lahir dari kesatuan antara Asvathama dengan seorang puteri Naga yang kenyataan ini disokong oleh ayat keenam dalam piring tembaga Bahur. Ia berbunyi: "Dari Asvathama dilahirkan raja bernama Pallava".  

Melalui Manimegalai, Ellam Thiriyan dilihat sebagai seorang dari wangsa Chola dan bukan Pallava. Bagaimana pun piring tembaga Velurpalaiyam bertarikh 852 tidak pula menyebut tentang Chola di mana-mana di situ. Piring tersebut memberi perhatian kepada cetera hubungan Naga dengan tercetusnya kerajaan wangsa Pallava dengan raja bernama Virakurcha sambil menegaskan bahawa ia kerajaan berdiri sendiri yang sah:

"...dari nya (Asvattaman) tersusunnya (datang) Pallava, tuan kepada seluruh bumi ini, yang kemahsyurannya menakjubkan. Makanya, muncul wangsa Pallava... (termasuklah putera kepada Chutapallava) Virakurcha, yang namanya diraikan, yang pada masa yang sama dengan (tangan) puteri kepada ketua penghulu ular (naga) mencapai lambang kebesaran adiraja lalu menjadi terkenal".

Menurut sejarah, hubungan awal antara puak Naga dengan wangsa Pallava telah pun lama didengari berbanding dengan mitos kelahiran Pallava dari Asvatama. Prasasti yang dikarang pada 753 M tentang pujian kewangsaan dalam piring tembaga Kasakadi, oleh Pallava Trivikrama, menyusun turunan Pallava dari penciptaan melalui beberapa jalur moyang yang melibatkan agama Hindu dan kemudian memuji wangsa tersebut dengan dua perumpamaan yang berbunyi avataram (jelmaan atau keturunan):

"Dari (mereka) turun wangsavataram Pallava yang berkuasa, yang menyerupai angsavatara Sri Vishnu yang mempamerkan keberanian tidak berbelah bagi menguasai mandala loka... dan yang menyerupai keturunan Gangavataram yang menyucikan loka seluruhnya".

Sejarawan K. R. Subramaniam menyatakan bahawa wangsa Pallava asalnya bukan kuasa Tamil. Sebaliknya kuasa empayar orang Telugu berpunca dari Trailochana Pallava. Trailochana Pallava dibunuh oleh raja Chalukya dekat dengan Mudivemu, daerah Chuddapah. Cetera Buddha pula menggambarkan bahawa Kala iaitu Nagaraja (dewa Siva) mengambil rupa Kalabhartar sebagai raja di wilayah dekat dengan daerah Krishna.    

Pallavabhoga boleh juga dikenali dengan kerajaan Kala di Andhra yang mempunyai hubungan kebudayaan dan kelautan yang rapat dengan Sri Langka. Heras pula mengenalpasti raja Bappa sebagai Kalabhartar atau Kalabhartri, permata utama keluarga yang dicadangkan oleh Heras sebagai penemu awal wangsa Pallava. Ia dikesan melalui piring tembaga Hirahadagalli dan Uruvapalli yang menyebut: "rasa kepurbaan dan penghormatan yang selalu menyelubungi ingatan kepada penemu awal wangsa".   

Batu bersurat terawal dari wangsa Pallava ditemui di daerah-daerah Bellary, Guntur dan Nellore. Selepas daripada kajian cermat turunan Pallava dengan segala bahan yang ada dengan tak kurang daripada 45 catatan berbentuk batu bersurat dan piring tembaga, Heras telah membuat satu teori bahawa keturunan Pallava tak pernah terputus dengan 24 orang daripada mereka awalnya memerintah negara kota di negara orang Telugu kemungkinannya di Dasanapura yang dinyatakan oleh piring tembaga Darsi sebagai adhistana. Dasanapura dikenalpasti sebagai Darsi, dalam daerah Nellore di Andhra Pradesh.

Isnin, 6 Ogos 2012

Kebudayaan Brahmana


Pengenalan

Brahmana merupakan ajaran dan kebudayaan yang tersebar meluas di kawasan Asia Tenggara khususnya di daratan Indo-China, negara kota orang Melayu dan dalam negara kota dalam wilayah negara Indonesia moden menerusi penglibatan Brahmakshatria dari wangsa Pallava. Ia merupakan agama orang Hindu pada zaman boran (purba).

Brahman merujuk kepada Paramatma atau Roh Jagat Raya. Manakala Brahmana merujuk kepada orang yang berpengetahuan mengenai pantang larang, sanskriti (tradisi), parampara (adat), sastram dan sebagainya. Apabila perkataan Brahmana diinggeriskan maka ia disebut sebagai Brahmin. Brahmin juga merujuk kepada pengamal ajaran Hindu Ortodoks dan golongan pendita. Bagaimana pula dengan Brahma? Brahma merujuk kepada aspek penciptaan dalam kesedaran sejagat.

Konsep Pembahagian Masyarakat

Masyarakat pada zaman dahulu di benua India purba menurut kepada sistem feudal dan sistem pemerintahan beraja. India moden merupakan bekas anak jajahan kepada empayar Britain yang terbahagi antara India, Pakistan dan Bangladesh. Kesemua negara-negara moden ini mempunyai sistem kenegaraan republik. Manakala kawasan benua yang lebih luas lagi tersebut dalam Mahabharata merujuk kepada kawasan India moden, Pakistan, dan hampir seluruh kawasan Asia Tenggara di daratan dan di kepulauan. 

Bentuk masyarakat yang kita lihat mesti mempunyai tingkatan nya pula dan jika kita bentuk maka akan kelihatan lah bentuk piramid atau tiga segi dari bawah sampai ke atas di bucu yang tajam itu. Konsep kemasyarakatan Hindu adalah seperti ini dan ini merupakan suatu hakikat. Jika dilihat dalam ilmu kemasyarakatan pun, hal nya dinyatakan begitu dan mustahil lah bentuk tiga segi itu berubah menjadi empat segi walaupun sebuah negara itu berubah menjadi sebuah republik. Lihat sahaja sekarang bagaimana hal nya? Ada juga presiden di atas nya walaupun bukan bersifat keturunan? Di Asia Tenggara, mana negara bersifat republik? Indonesia dan Singapura merupakan antara contoh nya. Di Asia Timur pula ada China dan Korea Utara.

Jadi pembahagian masyarakat Hindu adalah menurut sistem chaturvarna atau empat warna. Masyarakat itu terbahagi lah kepada masyarakat Brahmana, Kesatria, Vaisya, Shudra serta Chandala. Yang tiga di atas itu disebut sebagai triwangsa pula. Hal ini ada disebut dalam Atreya Smarthi 141-142:

Janmana jayate shudrah, samskarat dwija uchyate, vedapati bhaved viprah, brahma janati brahmanah.

Ertinya:

Jelmanya seorang itu sebagai shudra, menurut kepada samskara maka naik lah dia ke dwija, baca lah veda menjadi ia viprah, maka yang mengenali Brahman itu lah Brahmana.

Dari sini, kita dapat melihat bahawa Brahmana merupakan orang yang terlibat dalam mencapai pengetahuan kerohanian yang tertinggi yang dipanggil sebagai Brahmavidyam. Brahmana menurut pula kepada shakha atau cabang dan veda-veda. Hal ini diterangkan sebagai suatu jalan yang sukar untuk mendisiplinkan tubuh badan, minda pemikiran dan mencapai kebijaksanaan. Mereka ini pun dikenali sebagai Brahmana menurut dharmma, walaupun varna mereka bukan varna Brahmana.

Apakah contohnya? Contohnya seperti Resi Vishvamitra yang bukan seorang Brahmana berdasarkan kelahiran tetapi mencapai Brahmavidyam lalu mengarang Gayatri Mantra. Jadi beliau meningkat menjadi seorang Brahmarishi yang bukan menurut kelahiran varna nya tetapi menurut kepada pencapaian dharmma nya.

Dalam Manusmarthi sendiri, ada tersebut tentang perubahan taraf jati puak-puak di India purba misalnya melalui upacara upanayan atau menaik taraf dan menyerap puak-puak tidak bertamadun ke dalam sistem tradisi dan adat-istiadat Brahmana. Ada yang dinaik taraf menjadi golongan pendita. Dalam zaman pertengahan di India serta zaman penjajahan British, orang ramai dari pelbagai jenis kemahiran pun mengakui diri mereka sebagai golongan Brahmana namun mereka tidak lah menurut gaya kehidupan para Brahmana. Mereka gila kuasa, tamak harta dan hanya berfikir untuk memenuhi hawa nafsu mencari kekayaan sahaja.

Golongan pendita diharapkan menjalani kehidupan menurut tradisi dan sanskriti, menjalankan pengorbanan dan menjadi pelindung pula kepada dharmma kerana kemahiran mereka dalam pengajian veda-veda. Masa kini, golongan pendita ada lah menerima sedikit saguhati apabila menjalankan upacara korban bagi orang ramai supaya mereka boleh menampung hidup berdasarkan kepada pengetahuan keagamaan mereka dan kewajipan mereka terhadap dharmma.      

Selasa, 9 Ogos 2011

Brahma

Brahma merupakan dewa orang Hindu yang memegang fungsi mencipta dan merupakan satu watak dalam Trimurti selain dari Vishnu dan Siva. Menurut Brahma Purana, Brahma merupakan bapak kepada Manu yang darinya semua manusia diturunkan. Dalam Ramayana dan Mahabharata, Brahma sering dirujuk sebagai nenek moyang terawal manusia.

Brahma ini bukan Roh Jagat Yang Utama yang dalam falsafah Vedanta menyebutnya sebagai Brahman yang tiada jantina. Peneman kepada Brahma adalah Saraswati yang merupakan isterinya dan duduk di sebelahnya untuk mendapatkan pengetahuan. Saraswati dirujuk sebagai dewi pembelajaran. Brahma sering dikenali sebagai Prajapati yang merupakan dewata Veda.

Asal-usul Nama Brahma

Dalam tatabahasa Sanskrit, kata nama akar Brahman membentuk dua kata nama berbeza. Satunya kata nama tak berjantina, manakala satu lagi dalam bentuk tunggal iaitu Brahma. Kata nama Brahma ini mempunyai erti abstrak yang umum. Kata nama Brahma ini digunakan untuk merujuk kepada dewata Brahma.

Ada banyak jenis sebutan atau rujukan kepada tokoh dewata ini dalam masyarakat yang dipengaruhi budaya kehinduan. Misalnya dalam bahasa Melayu, dewa Brahma dikenali dengan panggilan Batara Brahma atau Adi Brahma. Bahasa Siam menyebutnya sebagai Phra Phrom atau Dhaataa manakala bahasa Tamil menyebutnya sebagai Piraman.

Gunnalaksanah

Pada permulaan penciptaan, Brahma mencipta 11 Prajapati yang dipercayai sebagai bapa kepada bangsa manusia. Manusmirti memperkira mereka sebagai Marici, Atri, Angiras, Pulastya, Pulaha, Kratuj, Vashishta, Pracetas atau Daksha, Bhrigu dan Narada. Brahma juga menciptakan Saptarishi bagi membantunya mencipta jagat raya. Walau bagaimanapun semua anaknya ini terpancar dari pikirannya dan bukan dari jasadnya. Mereka dipanggil juga sebagai Manaputra atau anak dari segi rohaniah.

Dalam pustaka Veda dan Purana, Brahma digambarkan sekali-sekala masuk campur juga dalam hal ehwal dewa-dewa lain, dan tidak banyak terlibat dalam hal ehwal loka manusia. Brahma pernah memaksa Soma supaya memulangkan Tara kepada suaminya semula Brihaspatti. Brahma dianggap sebagai bapa kepada Dharmma dan Atri.

Penjelmaan

Menurut Purana, Brahma dikatakan menjelma sendiri dari dalam bunga teratai. Lagenda lain menyebut bahawa Brahma terjelma dari air. Dari sebiji benih yang menjadi telur emas. Dari telur emas lah terjelmanya Brahma sebagai Hiranyagarbha. Sisa kulit telur emas tersebut berkembang menjadi Brahmananda atau jagat raya. Kerana terjelma dalam air, maka Brahma dikenali sebagai Kanja. Brahma juga dikatakan sebagai anak kepada Brahman dan kuasa dalam bentuk wanita disebut sebagai Prakartih atau Maya.

Rupanya dalam gambaran menunjukkan hubungan bunga teratai dengan Brahma dan Vishnu yang boleh juga dijadikan perlambangan untuk bhrunnah purba dan nala purba. Nala ini dijanakan melalui perlambangan minda ke dalam loka selepasnya. Begitulah, Brahma terlibat dalam penciptaan manakala Vishnu menyambung pula selepasnya.

Nisambung

Rabu, 6 Julai 2011

Kaliyugam, Zaman Kehancuran!

Empat Yuga

Menurut kata kitab-kitab Hindu, semua makhluk semesta ada tertulis pada Brahma bahawa mereka itu akan melalui empat pusingan terbesar dalam tiap-tiap pusingan penciptaan dan kemusnahan. Pusingan dunia ini akan penuh pada penghujung tiap-tiap kalpa.

Satu kalpa dikira dengan satu yuga. Satu yuga sama dengan satu abad dikira menurut tahun Brahma 10, 000 tahun dan dibahagikanlah ia ke dalam empat zaman atau yuga. Yuga maknanya zaman lah dalam bahasa moden kita. Ikut satu pusingan, satu pusingan yuga dianggarkan selama 4, 320, 000 tahun dan satu kalpa sama dengan 4, 320, 000, 000 tahun.

Empat yuga dipanggil sebagai Satyayuga, Tretayuga, Dwaparayuga, dan Kaliyuga. Satyayuga merupakan Zaman Kebenaran. Dikatakan ia bertahan selama empat ribu tahun Brahma. Tretayuga bertahan selama tiga ribu tahun Brahma. Dwaparayuga bertahan selama dua ribu tahun Brahma manakala Kaliyuga bertahan selama seribu tahun Brahma bersamaan dengan 432, 000 tahun bumi.

Dipercayai juga bahawa dunia sudah melalui tiga yuga. Kita kini berada dalam Kaliyuga dan yang teerakhir. Apa yang dimaksudkan sebenarnya oleh kesemua zaman-zaman ini dan mengapa ada pembahagian semua? Susah nak diterangkan kerana nampak seperti tak masuk di akal yang biasa.

Lagu Kejahilan dan Pengalaman Manusia!

Kesemua yuga ini melambangkan empat fasa pengalaman hidup manusia yang secara berperingkat hilang kesedaran dalam diri atau dalam diri halus masing-masing. Dipercayai oleh orang-orang Brahman bahawa manusia ini ada lima jenis diri iaitu:

1. Annamayagosa (diri rendah yang keji)
2. Pranamayagosa (diri nyawa)
3. Manomayakosa (diri ragasukma)
4. Vignanamayagosa (diri kebijaksanaan)
5. Anandamayagosa (diri kesukaan)

Ada teori lain yang menyatakan bahawa zaman-zaman ini dibahagikan berdasarkan kepada tahap hilangnya kebenaran dari dunia ini. Dikatakan bahawa kebenaran hanya wujud secara mutlak semasa Satyayuga. Pada masa Tretayuga, kebenaran mula hilang seperempat darinya. Masuk ke Dwaparayuga, seperdua kebenaran hilang dan dalam Kaliyuga ini hanya tinggal seperempat kebenaran sahaja. Kejahatan dan ketidakadilan mula menggantikan kebenaran dalam tiga yuga yang dilalui dalam sejarah dunia ini.

Dasavataram

Dalam empat yuga yang dilalui ini, diceritakan oleh orang Brahman bahawa dewa Vishnu menjelma sebanyak 10 kali dalam avatara yang berbeza-beza. Penjelmaan ini dikenali dengan nama Dasavatara. Pada Satyayuga, manusia itu secara rohaninya maju dan mempunyai kuasa meraga sukma yang tinggi.

Dalam Tretayugam, ramai orang masih kekal berada dalam kebenaran dan mengikuti cara hidup yang mulia. Sang Rama yang merupakan watak dalam Ramayana hidup pada zaman Tretayugam. Pada ketika Dwaparayugam, manusia hilanglah ilmu pengetahuan dari diri kebijaksanaan dan diri kesukaannya. Sang Krishna dilahirkan dalam Dwaparayugam. Kaliyugam yang paling teruk kerosakan adab sopan serta cara hidupnya.

Hidup dalam Kaliyugam

Kita kini berada dalam Kaliyugam. Dunia yang penuh dengan ketidaksucian dan kemaksiatan. Ramai yang memiliki ketulusan hati mula hilang dari dunia ini hari demi hari. Banjir, kebuluran, peperangan, jenayah, penipuan, dan bermuka-muka adalah ciri-ciri utama zaman ini. Namun, diberitakan oleh kitab suci bahawasanya kebebasan mutlak diperolehi hanya melalui zaman ini.

Tanda-tanda Kaliyugam

Kaliyugam berjalan dalam dua fasa:

Fasa yang pertama

1. manusia mula hilang keilmuan dalam dua diri tertingginya iaitu ilmu dari diri nyawanya yang menghuni jasadnya.

Fasa yang kedua

2. ilmu-ilmu sendiri yang meninggalkan manusia.
3. yang tinggal cuma kesedaran jasad kotor yang keji dan rendah.
4. kesannya, manusia kini bersikap tamak dan tak pernah cukup dengan apa yang dimiliki jasad kemahuan diri kejinya (hawa nafsu).

Jadi disebabkan oleh kesibukan jasad kita dan juga diri keji, serta penekanan yang diberikan kepada pencapaian kepada kebendaan yang keterlaluan, maka zaman ini dikenali sebagai Zaman Kegelapan. Ia adalah zaman apabila kita hilang sudah hubungan dengan diri dalaman kita, zaman yang dipenuhi dengan kejahilan!

Apa kata kitab-kitab lama????

Kedua-dua epik terkenal tidak kira di benua kecil India, negara-negara dalam benua India Hulu seperti Indonesia, Malaysia, Kemboja, Thailand, Myanmar, dan Laos iaitu Ramayana dan Mahabharata ada menyebut mengenai Kaliyugam. Dalam Thulasi Ramayana, Kakbhushundi memberitakan bahawa: "dalam Kaliyugam nanti, ranjang panas berisi dosa, laki-laki dan wanita semuanya akan ditempuhi oleh ketidakbenaran dan berkelakuan menjauhi ajaran Veda... setiap kebenaran itu akan ditelan oleh dosa dalam Kaliyugam. Semua kitab yang baik hilang. Penipu menciptakan berbilang-bilang kepercayaan yang diciptakan mereka walaupun mereka sebenarnya tiada faham apa pun..."

Dalam Mahabharata (Santi Parvam) Yuddhisthir pernah berkata: "...perundangan-perundangan Veda hilang secara beransur-ansur dalam setiap penghabisan pusingan zaman... tugasan dan tanggungjawab dalam Kaliyugam adalah dari jenis yang lain. tugasan dalam Kaliyugam secara keseluruhannya menjadi terbalik. Tugasan tertakluk kepada kuasa manusia itu sendiri."

Resi Vyasa juga menerangkan bahawa: "Dalam Kaliyugam nanti, tanggugjawab dari suruhan itu hilang dan manusia terganggu oleh ketidakadilan. Manusia itu semuanya menjadi mangsa kepada bayangan dan semua perbuatan amal itu ditelan oleh ketamakan!"

Apa Seterusnya Terjadi?????

Dijangkakan bahawa pada penghujung Kaliyugam ini, Maheswara atau Shivaji akan memusnahkan jagat raya dan seluruh jasad akan mengalami perubahan besar. Selepas itu, Brahma akan menciptakan semula jagat raya dan manusia akan menjadi "makhluk kebenaran" semula.