Memaparkan catatan dengan label utara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label utara. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

Sakyamuni Mantra

Svasti Srih!


 

Bacaan...

ॐ मुणी मुणी महामुणी शाक्यमुणी स्वहः

Pengertian....

Om pemikir pemikir... Pemikir Agung... Pemikir Puak Sakya... Tabik!

Pengertian Muni

Bhagavadgitam

Muni itu ertinya seorang pemikir. Baginda Buddha Gautama merupakan salah seorang muni atau pemikir yang berdiam diri merenung fenomena jiwa.  

Bagi penganut ajaran Buddha yang tak membaca Bhagavadgitam, maka yang diketahui itu pastilah dari yang selepasnya. Bhagavadgitam 2.56 menjelaskan bahawa muni itu adalah seorang yang boleh mengocak pemikirannya dengan pelbagai cara bagi spekulasi mental tanpa perlu sampai kepada kesimpulan hakikat.

Disebut bahawa setiap muni itu mempunyai sudut pandangan yang berbeda pula, dan kecuali seorang muni itu berbeda daripada muni lain, dia itu tak boleh digelarkan sebagai seorang muni dalam pengertian yang ketat menurut sabdavali. नासाव् ऋषिर् यस्य मतं न भिन्नम (Mahabharata Vana Parvam 313.117). Namun, seorang sthita-dhīr muni seperti yang disebut oleh begawan Kresna pula, berbeda daripada muni yang biasa-biasa. 

Sakyamuni

Sakyamuni itu ertinya pemikir dari puak Sakya. Merujuklah kepada baginda Siddhartha Gautama yang dicerahi. Sakyamuni ini tentunya merupakan tokoh yang dicerahi pertama sekali digambarkan. Terdapat seloka yang cantik sekali dari Sutta Nipata menyebut bahawa Pingiya berbicara mengenai bagaimana beliau itu tak pernah berenggang dari baginda Buddha. Beliau berkata bahawa tatkala beliau ingin melihat atau mendengar gurunya itu, walaupun beratus batu dari kediaman baginda Buddha tetaplah beliau boleh melihat dan mendengarnya.  

Baginda Siddhartha Gautama yang menerima pencerahan itu bukannya Tuhan!!! Baginda cumalah manusia biasa yang menerima divyacaksus yang tembus ke fitrah kewujudan. Pandangan tembus tersebut menghapuskan khayalan, kebencian dan keinginan, dan membolehkan baginda mencapai kebahagiaan sebenar, bebas dari sengsara. 

Gelaran baginda yang lain itu adalah:
  • Tathagata, yang datang dan yang pergi.
  • Sugata, yang pergi berjasa.
  • Begawan, yang dikaruniai.
  • Jina, penakluk.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Karwa Chauth

Namaste!


Perayaan Karwa Chauth ini merupakan perayaan yang dirayakan oleh wanita-wanita Hindu di India Utara dan bahagian Barat India seperti di negeri Gujerat dan Pakistan. Wanita yang sudah berkahwin akan berpuasa bermula terbit sang mentari sampai terbitnya bulan bagi keselamatan dan usia suami mereka. Puasa ini diamalkan di negeri-negeri India Utara:
  • Uttara Khanda
  • Uttara Pradesh
  • Himachal Pradesh
  • Jammu dan Kashmir
  • Haryana
  • Punjab
  • Rajasthan
  • Chhattisgarha
  • Madhya Pradesh
  • Gujarat
Perayaan jatuh dalam hari keempat bulan penuh dalam wulan Karttika. Ada masanya wanita bujang pun akan berpuasa juga bagi tunang mereka atau bakal suami mereka.

Terbitan

Karwa ini merupakan perkataan lain bagi kendi, manakala Chauth ertinya itu keempat dalam bahasa Hindu di Utara. Karwa Chauth merujuk kepada peristiwa yang jatuh dalam hari keempat wulan gelap, Kresna Paksa dalam bintang Karttika.

Tidak dapat dipastikan bagaimana perayaan ini muncul dan bagaimana ia tiba-tiba dirayakan hanya di sebelah Barat Laut benua Hindu kita. Salah satu tanggapan awal kita mungkin disebabkan terjadinya banyak serangan ketenteraan dilancarkan ketika peristiwa ini dirayakan hari ini dalam kawasan yang Sapta Sindhu. Sungai pun kering disebabkan oleh kesan angin monsun. Para wanita pun berpuasa demi keselamatan suami mereka yang pergi berperang. Perayaan ini bertepatan dengan masa mencucuk benih gandum. Kendi besar yang disebut karwa digunakan buat menyimpan gandum dibawa keluar bagi memulakan puasa untuk semahiyang moga pertanian bertuah di rantau yang mengambil gandum sebagai makanan ruji.

Sabtu, 3 September 2011

Buddha Wairocana

 Buddha Wairocana bersepuh gangsa di Kuil Pulguksa di negara Korea

Wairocana atau Mahaawairocana merupakan Buddha langit yang selalu ditafsirkan sebagai sarira tenang bagi tokoh sejarah iaitu Gautama Buddha. Ia ada diterangkan dalam Sutra Bunga Malai. Buddha Wairocana boleh juga dirujuk sebagai Buddha Dharmakaya atau Buddha Mahaasurya. Dalam aliran Buddha di Jepun, Wairocana dilihat juga sebagai jelmaan sangkalpana shunyata atau kekosongan.

Sangkalpana Pancha Jnaana Buddha dari aliran Vajrayana menjadikan Wairocana sebagai tumpuan mereka. Peneman kepada Wairocana adalah Tara Putih. Bagi setiap Dhyani Buddha, ada pula sambaddha Buddha wanita menurut tradisi Tibet. Wairocana yang ini bukan Wirocana yang muncul dalam bab kelapan Chandogya Upanishad sebagai raja kaum Asura itu.

Itihasa Kebaktian

Wairocana Buddha pertama kalinya diperkenal dalam Sutra Jaring Brahma:

Kini, aku, Wairocana Buddha sedang duduk di atas teratai. Di atas seribu bunga mengelilingi aku ada seribu Sakyamuni Buddha. Setiap bunga itu menyokong seratus juta dunia. Dalam setiap dunia ada pula Buddha Sakyamuni yang muncul. Semuanya diperduduk di bawah sebatang pokok Bodhi. Semuanya dalam masa yang sama menerima pencerahan. Semua Buddha yang tidak terkira banyaknya ini ada Wairocana dalam sarira mereka.

Wairocana ada juga disebut dalam Sutra Bunga Malai. Walau bagaimanapun, siddhanta Buddha Wairocana ini didasarkan kebanyakan ajarannya dari Sutra Mahawairocana. Ia dikenali juga sebagai Mahaawairocana Abhisambodhi Tantra. Yang paling sedikit sebutannya walaupun ada disebut terdapat dalam Sutra Wajrasekhara yang dikenali juga sebagai Sarwatathaagatattwasangraha Tantra.

Ia juga disebut sebagai nama lain bagi Buddha Sakyamuni dalam Sutra Tapa Kebenaran Sarwabumi Bodhisatwa yang tinggal di satu tempat yang dipanggil "Cahaya Selalunya Menenangkan." Wairocana merupakan ciri yang selalu ada dalam aliran Buddha orang Cina seperti Hua Yen, juga dalam aliran Jepun seperti Kegon dan Shingon. Wairocana merupakan tokoh utama dalam aliran Shingon. 

Dalam aliran Buddha Cina-Jepun, Wairocana lama kelamaan digantikan oleh Amitabha. Hal ini terjadi disebabkan oleh peningkatan populariti aliran Buddha Bumi Suci. Namun warisan Wairocana masih lagi wujud dalam aliran Buddha Shingon di kuil Todaiji di Jepun. Mereka mempunyai rupa Buddha Wairocana besar diperbuat daripada tembaga. 

Semasa tahap awal penginjilan di Jepun, para penginjil Kristian Katolik seperti Francis Xavier dialu-alukan oleh sami Buddha Shingon di sana kerana dia menggunakan istilah Dainichi bagi merujuk kepada Jesus Kristos. Dainichi merupakan nama Jepun bagi Wairocana. Selepas mengetahui makna sebenar perkataan tersebut barulah Xavier mengubah rujukan Tuhan orang Kristian kepada perkataan Latin iaitu Deusu

Sami Shingon, Dohan menganggap dua Buddha yang agung iaitu Amitabha dan Wairocana sebagai satu sahaja dan merupakan Dharmakaya Buddha yang sama. Keduanya merupakan penjelmaan sebenar dan asas kepada segala kejadian.

Ada beberapa pewujudan yang boleh meningkat kepada pengamal Shingon atau jalan mantra berhubung dengan apa yang diperkatakan oleh Dohan. Dr. James Stanford menggariskan bahawa adanya Amitabha sebagai Dharmakaya bagi Buddha, Wairocana, kemudian wujudnya Amitabha sebagai Wairocana yang abadinya menjelma dalam sarwajagat masa dan ruang. Akhir sekali, ada pewujudan yang paling dalam bahawa Amitabha merupakan ciri yang sebenar, jasadiah dan rohaniah. Ia merupakan jasad tak terhad pengetahuan, ia tidak dilahirkan, tidak dijelmakan, hakikat yang tiada berubat yang berehat tenang di dasar semua kejadian.

Berhala dan Rupa

Berkenaan dengan kekosongan, rupa Wairocana yang besar dan berkilauan menjadi peringatan bahawa semua kewujudan yang ada dalam ruang ini kosong saja dan tiada jati yang kekal. Rupa Wairocana di kuil Todaiji di Nara merupakan rupa yang terbesar sekali di dunia bagi Buddha Wairocana.

Rupa Wairocana dalam bentuk tugu terbesar sekali ada di Bamiyan di Afghanistan sudah diletupkan Taleban. Di Jawa ada candi Mendut yang dibina pada abad ke-9 M dekat dengan candi Borobodor di Magelang. Candi tersebut dibina oleh dinasti Sailendra untuk merumahkan berhala Buddha Dhyani Wairocana. Berhala tersebut merupakan patung batu berukir Buddha Wairocana didudukkan dengan mudra Dharmachakra. Berhala itu ada sebaris dengan Bodhisatwa Avalokiteswara dan Vajrapani. Kuil Buddha Musim Bunga di Lushan wilayah Henan dalam negara China pula mempunyai patung Buddha tertinggi sekali di dunia berketinggian126 m.