Memaparkan catatan dengan label tradisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tradisi. Papar semua catatan

Khamis, 17 Oktober 2013

Brahmana Nambudiri: Budaya Wedika di Kerala

Pura Mannarsala Sri Nagaraja, Kerala

Budaya Wedika di Kerala ini mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan keadaannya dengan dirinya sendiri. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh pemisahan Kerala daripada seluruh India di Ghat Barat, dengan ketinggian tanah 5000 kaki tapi juga terdapat beberapa punca setinggi 8000 kaki, dan selari secara kasarnya ke Pantai Barat, kira-kira 30 m dari laut di utara dan 60 km di selatan. Ada jugaa sela utama, sela Palakkad, yang melaluinya terjadi perhubungan Timur-Barat di negeri itu. Penempatan Brahmana Nambudiri kebanyakan terletak di celah-celah sela pantai di Utara negeri Kerala.

Di negeri Kerala, kecil sahaja tompokannya, kita dapati tradisi yang kecil sahaja, tapi sangat berbeda dengan seluruh benua India dan ciri-cirinya itu pun tersendiri. Jika ia tidak mempunyai ciri tersendiri, pastilah ia tidak menyokong tradisi homogenus Srautha. Tradisi Srautha dalam kalangan Brahmana Nambudiri ini tidak memerlukan negeri Kerala memanggil pakar Wedika negeri lain kerana mereka melatih orang mereka sendiri. Cawangan Kausitakan masih wujud lagi dalam kalangan Brahmana Nambudiri yang mengaji Rigweda, tapi sudah tidak wujud lagi di tempat lain. Cawangan Aswalayanan dalam Rigweda, cawangan Baudhayanan (biasa), Badholakan (kurang terpakai), kedua-duanya untuk Yajurweda serta tradisi Samaweda cawangan Jaimiliya sangat-sangatlah sedikit kelihatan di Kerala tapi sekurang-kurangnya masih ada. Seperti tersebut awalnya, tiada langsung Brahmana Nambudiri yang mengaji Atharwanaweda. Frits Staal menyebut bahawa tradisi Wedika di negeri Kerala ini memparkan ciri-ciri arkaik jika dibandingkan dengan seluruh India.

Menurut kepada Burnell, berdasarkan pengajian terhadap aliran-aliran Wedika di Malabar pada 1890, 80% daripada Brahmana Nambudiri memakai Rigweda, 19% memakai Yajurweda manakala baki satu peratus memakai Samaweda. Perangkaan lain di Malabar seperti yang dipetik Logan menunjukkan, daripada 1017 Brahmana Nambudiri itu, 466 keluarga mengikut Rigweda, 406 keluarga mengikut Yajurweda dan enam kelyarga mengikut Samaweda. Manakala baki 139 keluarga lagi sama ada tidak mengikut mana-mana weda atau tak pasti.

Taburan Wedika di Cochin dan Travancore (kedua-dua ini negeri lindungan Mahkota manakala Malabar merupakan jajahan British sama seperti Pulau Pinang, Melaka, Singapura di Malaya) langsung tak diketahui sehingga pengajian lanjut oleh Staal pada 1961. Pengajian yang dijalankan di Malabar, Cochin dan Travancore (keseluruhan perangkaan tiga kawasan dalam negeri Kerala tahun 1970-an) menganggarkan ada 35% pengikut Rigweda, 50% pengikut Yajurweda, 0.08% pengikut Samaweda manakala selebihnya itu tidak termasuk dalam mana-mana lapangan weda. Lingkaran Thrissur (di hujung negeri Cochin), dan kawasan tengah negeri Kerala sangat penting kerana merupakan pusat pengajian bagi Yajurweda dan Samaweda.

Brahmana Tanpa Weda

Brahmana Nambudiri merupakan bangsa Brahmana yang agak unik kerana mempunyai kelompok bangsa Brahmana cawangan yang dikeluarkan terus daripada weda-weda. Mereka ini dipanggil sebagai Odhillatha Nambudiri atau Nambudiri tak ada Odhu. Odhu ini ertinya weda dalam bahasa Malayala pasar. Mereka ini antaranya:
  • Chāthira Nambūdiri yang terlibat dalam senaman peperangan dalam bentuk permainan seperti Panemkali.
  • Adukkala Nambūdiri yang pakar dalam memasak masakan secara penanggah untuk kenduri.
  • Kīzhasandhi Nambūdiri yang merupakan pedanda yang menjalankan pura.
  • Astawaidiyan atau delapan keluarga yang mempunyai pesaka sebagai pakar kesihatan tubuh kecuali keluarga Waidyamadham semuanya adalah Brahmana tak ada weda.
Semua Brahmana tak ada weda ini mempelajari sastera wedika Samhita tetapi bukan baki sastera lain seperti Brahmana, Aranyaka dan Upanishad. Mereka juga tak menjalankan upacara Srautha, tidak mengajarkan atau mengamalkan mengaji weda suci dalam pembacaan upacara.

Antara 32 kampung asal Nambudiri, Sukapuram (Cowaram), Perumanam dan Irinjalakuda pernah menjadi kubu kuat tradisi Wedika. Perinchellūr (Thaliparamba) menjadi kubu kuat tradisi Wedika sekitar kurun ke-9 M dan ke-10 M. Di Sukapuram, hanya pengamal Rigweda dari cawangan Kausitakan dan pengikut Samaweda sahaja ada. Cawangan Aswalayana-Rigweda masuk kemudian apabila beberapa keluarga Brahmana Nambudiri dari Gramam Panniyūr pindah masuk ke Sukapuram. Di Irinjalakuda, langsung tak ada pengamal Rigweda. Brahmana Nambudiri yang mengaji Yajurweda kebanyakannya memakai cara Baudhyana dan sikit sahaja memakai cara Badhūlakan. Di Perumanam, pembaca Rigweda memakai cara Aswalāyan dan yang mengaji Yajuweda memakai cara Baudhāyan.

Pengajaran dan Pengajian Weda

Brahmana Nambudiri yang dibenarkan mengaji weda-weda, mengembangkan satu kebudayaan mengaji weda yang kaya dan pelbagai. Cara mereka mengaji berbeda juga daripada bacaan weda di negeri-negeri lain. Ini disebabkan oleh ciri-ciri seperti sebutan bahasa Sanskerta di negeri Kerala itu sendiri. Ciri penting seperti sengau, yang merupakan ciri bahasa Malayala pada umumnya nampaknya adalah ciri sebutan samaya purwa. Dalam bahasa Sanskerta bunyi itu disebut Anunāsika Athiprasaram. Sebab lain adalah banyak perkataan bahasa Malayalam itu dicedok dari bahasa Sanskerta berbanding dengan bahasa Tamil. 

Ia mungkin juga boleh dikaitkan dengan perkembangan terasing tradisi Nambudiri, yang tak terdedah kepada hubungan dengan tradisi Brahmana negeri lain. Dan kemudiannya, walaupun ada banyak sarjana Brahmana Nambudiri dalam bidang bahasa Sanskerta, namun tak pernah ada kecenderungan untuk membawa amalan yang sedia ada itu biar selari dengan tatacara yang sudah dibangunkan pada samaya lampau. Tradisi yang hidup itu dbiarkan sahaja berkembang tanpa dipangkas-pangkas.

Pendidikan awal empat sampai enam tahun secara tradisional bagi anak-anak Brahmana Nambudiri, iaitu tempoh antara Upanayanam dan Samāwarthanam itu dihabiskan dengan menghafal weda suci. Setiap anak lelaki menghafal, weda keluarganya sendiri atau semua sekali samhita. Kemudian diikuti dengan cara mengaji yang lebih maju, iaitu padapantha dan sedikit wikriti atau pembetulan bacaan. Ada pembetulan cara bacaan yang hanya diketahui oleh Brahmana Nambudiri tapi tak diketahui di negeri lain (Staal, 1961 ms 47-49;59-61). 

Dalam pembacaan Rigweda dan Yajurweda, tekanan sebutan Udātha, Anudātha dan Swarita, diajarkan dengan cara istimew. Guru akan menegakkan kepala pelajar bagi Udātha, membengkokkannya ke bawah bagi Anudātha dan menegakkannya bagi Swarita. Bila tekanan sebutan semua ini dipelajari dan dihafalkan, maka kepala tak perlu lagi dah digerak-gerakkan macam itu. Ada juga mudra yang mengikuti ciri-ciri tertentu bacaan. Nambudiri yang mengaji Samaweda memakai gerakan lain pula.

Sementara semua pembacaan weda diajarkan secara mengaji dalam rumah, tapi ada juga dua sekolah agama yang mengajar Rigweda iaitu di Thrissur dan di Thirunāwāta dalam bhumipada Malappuram. Sekolah agama Thirunawaya dibentuk oleh Puthillath Mana disokong oleh beberapa orang Brahmana Nambudiri lain dan dibiayai dana raja Samūthiri dari Malabar. Sekolah agama Thrissur didanakan oleh Raja Cochin. Ada dua gaya bacaan di dua sekolah agama Rigweda ini. Di Bramhaswam Madhom, di Thrissur hanya ada beberapa orang pelajar sahaja pada 1972. Manakala di Thirunawaya langsung dah tak berfungsi lagi. Sekolah di Thrissur kemudian memakai cara bacaan di Thirunawaya bila ibu bapa menghantar anak-anak lelaki mereka untuk pengajian agama.

Dalam tahun 1970-an ada cadangan bagi mewujudkan sekolah untuk mengajar Yajurweda, namun ketika itu masih belum berjaya. Bagi Yajurweda, ada dua tradisi yang berbeda sedikit gaya bacaannya. Satu memakai cara Peruwanam Gramam dan yang lain Iirnjalakuda. Yajurweda dan Samaweda ketika itu cuma diajarkan dalam rumah. Tradisi Samaweda ketika itu cuma diamalkan 12 keluarga sahaja dan mungkin akan pupus dulu.

Mana Menurut Bhumipada


Bagi rujukan tuan-tuan yang beragama Hindu yang berminat melawat, antara 21 Mana menurut bhumipada atau kacamatan....

Pānjāl di Thrissur
  • Nellikāttil Mammanu
  • Muttathukā Mammannu
  • Thottam Perumangad
  • Korattikkara 
Kodumumunda di Palakkad
  • Mūthiringod
  • Naripatta 
Mūkkuthala di Malappuram
  • Pakarāwūr
  • Mangalatheri
Waliya
  • Wadankāchery
Kāttukulam di Palakkad 
  • Mundaya
Padinjārangadi, Malappuram
  • Kāmbram
Sembilan lagi keluarga di Kidangūr, dekat Kottayam antaranya keluarga Malamel, Muriyoth Malamel, Kallambilly, Nellipuḷa Kallambilly, Pātyal, Onamthuruth Pātyal, Mulawelipuram, Wātana dan Podūr.
 
Daripada semua 21 mana ini, 20 daripadanya ada Othu atau Weda manakala Kāmbram Mana, disebabkan oleh perkaitannya dengan Panniyur Grāmam maka dia dikeluarkan dari pengajian Weda Suci. Semua lima keluarga bertapak di Panjal (Penchala) bersama dengan Pakarawūr dan Mangalatheir mempunyai hak bagi melaksanakan Yagam. Pengkajian lanjut bacaan Weda suci menurut gaya Brahmana Nambudiri  ada dalam rujukan yang dikurung ini (Staal, 1961; Gray, 1959; Howard, 1977). 

Kesimpulan

Sela masa antara dua juta tahun itu mengasingkan orang Hindu Wedika daripada Brahmana Nambudiri, iaitu wangsa Brahmana yang berbahasa Malayalam. Frits Staal dalam bukunya "Agni" menyebut bahawa, "Beda dalam gaya hidup, amalan, dan kepercayaan antara orang nomad Wedika dan Brahmana Nambudiri ini hampir seluruhnya!".  
 
Dari segi jati wangsa dan pengamalan keagamaan, Brahmana Nambudiri masihlah ortodoks sampai mula kurun ke-20 M. Mereka menjalankan upacara Tantra dan juga Wedika, dan orang luar tidak terlibat dalam upacara ini. Mereka langsung tak terkesan walaupun dididik dengan pendidikan "Inggeris". "Kebanyakan Brahmana Nambudiri ini berdiam sebagai orang kampung, kelompok orang besar-besar negara, tuan tanah kecil, sasterawan, karyawan seni seperti Kathakali, sarjana dan orang mulia" (Staal, 1983). 

Menurut Ananda Kresna Iyer dalam kajian beliau, "Puak Cochin dan Jati II" (Madras-London, 1912), "... antara ciri-ciri jelas Brahmana Nambudiri ini adalah sikap ringkas mereka dan juga tidak melibatkan orang lain, walaupun upacara mereka itu mungkin tidak seringkas sikap mereka".

Bagi rujukan ini, tuan dan puan boleh juga membaca rencana bil. 4 yang disunting oleh tuan P. Vinod Bhattathiripad dan juga merujuk buku berjudul "Agni" karya Frits Staal, Asian Humanities Press, Berkeley, 1983.

Rabu, 3 Julai 2013

Aliran Saiwa Bukan Purana


Smarta

Smarta ini merupakan aliran cawangan agama Hindu Saiwa yang menekankan pemujaan kepada pancha dewata berbanding dengan hanya menumpukan kepada satu dewata sahaja. Pemujaan Sang Hiyang dalam lima bentuk ini dikenali sebagai rupakara pancayatana puja. Ia disebarkan oleh joṃ dreśti, Mpu Adi Sankara atau Sankaracarya (650-800/788-820). Rupakara ini disusun semula oleh Mpu Adi Sankara bagi menyatukan dewata-dewata utama dalam lima aliran utama dengan meletakkan dewata ini pada kedudukan yang selaras bagi mewakili Sang Hiyang. Pemujaan biasanya dijalankan dengan menyeru Betara Siwa, Sang Ganesa, Betara Wisnu, Seri Dewi dan Sang Suriya.

Dreśti wedanta yang dibicarakan oleh Mpu Adi Sankara ini membolehkan seseorang itu memilih iṣta dewata bagi dirinya dalam masa yang sama juga turut memuja lagi chatur dewata sebagai rupa-rupa yang terpancar dari Brahman Maha Tinggi. Aku kurang pasti mengenai ajaran Hindu di bahagian Bali dan di Jawa Timur yang secara tradisinya memang pusat ajaran agama Hindu di bahagian Asia Tenggara kepulauan. Aku pernah mendengar mengenai aliran Siwa Buddha yang mungkin kita bicarakan serba sedikit tentangnya. Kalau salah itu ku pohon ampun dahulu dan minta rakan-rakan Hindu Nusantara membantu kita menceterakan pula serba sedikit bagi pencerahan bersama jika mempunyai samacara mengenainya kerana aku berpendapat penganut aliran Saiwa patut berkongsi mengenai tradisi sesama sendiri walapun berbeda-beda budaya supaya celik pada pandangan jagat.    

Saiwa Siddhanta

Tradisi kehinduan ini mungkin terbitan dari aliran Saiwa Trika di Kashmir sana sebelum berkembang menjadi bentuk pengajian agama yang disebarkan oleh Mpu Sadajiyothi, Mpu Narayanakantha Bhatta dan putera beliau, Mpu Ramakantha Bhatta (950-1000 M). 

Aliran ini dianggap sebagai aliran Saiwa-Tantra yang piawai. Ia memberikan bentuk upacara yang piawai, pandangan jagat dan juga bentuk pengajian agama yang bercirikan tantra. Dreśtinya yang dwaita ini bertujuan utama untuk mencapai rupa Siwa yang berbeda menerusi karunia Betara Siwa. Ia sudah diamalkan di seluruh tanah Hindu pada suatu ketika dahulu. Namun penaklukan orang-orang yang beragama Arab di kawasan India Utara menyebabkan Saiwa Siddhanta hanya hidup di sebelah Selatan Tanah Hindu dan kemudiannya terserap dalam pemujaan Saiwa orang-orang Tamil yang terpapar pada kekawin bakti para Nayanar dalam bahasa Tamil. Kerana perjalanan babad ini lah makanya aliran ini selalu dianggap sebagai tradisi "Selatan" dan masih utuh sebagai bentuk lamanya.   

Para Nayanar

Menjelang satawarsa ke-7 M, Nayanar atau pengarang kekawin yang berkedudukan sebagai Mpu menurut tradisi bakti di India Selatan memberikan tumpuan kepada Betara Siwa seperti juga para Alwar aliran Waisnawa memandang utama kepada Betara Wisnu.

Kekawin bakti para Nayanar ini terbahagi kepada 11 kumpulan yang bersama dengan Purana Bahasa Tamil digelar sebagai Periya Puranam atau Purana Raya. Tujuh kumpulan kekawin mulaan dipanggil sebagai Thewaram dan dianggap oleh penganut Hindu aliran Saiwa keturunan Tamil sebagai setara dengan Catur Weda. Thewaram ini dikarang sekitar satawarsa ke-7 M oleh Mpu Sambandar, Mpu Appar dan Mpu Sundarar. 

Kekawin suci lain yang terkenal adalah hasil karangan Mpu Tirumular berjudul Thiru Mantram. Ia dianggap oleh Mpu Tattwananda sebagai salah satu penerangan mengenai ajaran aliran Saiwa di rantau orang Tamil yang awal sekali. Thiru Mantram ini merupakan sumber pertama bagi rupakara Saiwa Siddhanta dan merupakan pustaka ke-10 dalam susunan pustaka suci Saiwa Siddhanta kini.

Di samping itu, ada juga Thiru Wacagam oleh Mpu Manikka Wacagar. Ia merupakan himpunan stotram penting yang dinyatakan oleh Sir Charles Eliot dalam tulisannya sebagai, "Tak pernah ku temui dalam sastera-sastera yang sudah biasa ku baca yang dalamnya itu terdapat kehidupan beragama, pergelutan jiwa dan juga ketika lemahnya jiwa, harapannya dan juga kebimbangan jiwa, keyakinan jiwa dan kejayaan yang dijelaskan secara ikhlas dan jelas dari hati sanubari". Pujian Thiru Wacagam memuji Betara Siwa ini merupakan karya penduduk negara Selatan, rantau negara Tamil tetapi menjadi bacaan puja oleh orang ramai di merata-rata negara tanpa ada sebarang sekatan dan dakwaan hak milik pun kerana ramai memang sedia tahu mengenai milikannya. 

Ada banyak pura atau koyil yang ditujukan untuk Betara Siwa di negara Tamil, utamanya itu terletak di rantai Tanjawur yang dahulunya merupakan tapak utama bagi pemerintahan wangsa Chola antara 800-1200. Saiwa Siddhanta terkenal sekali di India Selatan, Malaysia, Singapura dan negara-negara yang terdapat warganegara berbangsa Tamil.

Siwa-Buddha

Aliran ini merupakan perpaduan antara tradisi Hindu dengan ajaran Buddha di Pulau Jawa. Pada samaya kerajaan Majapahit, ajaran Saiwa dan ajaran Buddha berpadu menjadi satu dan terlihat pada beberapa karya sastram di Pulau Jawa contohnya seperti Kekawin Sutosama dan Kekawin Arjuna Wijayam.

Kini, kedua-dua aliran Saiwa dan ajaran Buddha (Siwa-Buddha) dianggap sebagai aliran yang berbeda dalam satu agama yang sama iaitu agama Hindu. Di Pulau Bali, terdapat sebuah kampung yang dinamakan sebagai Buda Keling di kebupatian Karang Asem dengan seluruh penduduknya beraliran Siwa-Buddha.

Sebagai perkongsian juga, di kawasan Indo-China juga terdapat penduduk yang mengamalkan ajaran Buddha tetapi turut menjalankan pemujaan kepada sama ada Betara Siwa atau Betara Wisnu sehingga ke hari ini. Ajar-ajar yang menjalankan upacara biasanya berkain puteh dan berambut sanggul seperti resi-resi Hindu di India. Mereka cuma dipanggil sebagai Brahmana dan upacara yang dijalankan termasuk dalam kumpulan upacara pemujaan Brahmana. Upacara pemujaan kepada Sang Ganesa juga biasa dijalankan tatkala membuka perwayangan atau lakonan di pentas upacara bagi tujuan pengubatan dan sebagai dalam bentuk tabik guru bagi meminta perlindungan dari santet orang-orang yang dengki kepada dalang wayang atau pelakon wayang.       

Isnin, 10 Jun 2013

Pesanan Sandhiya Wandana

Om Swasiastu!


Sandhau sandhiyamupasita nastage nodgate rawau... Brahmanopasyate sandhiya wisnuna sankarena ca... Kasmannipasayed-dewim sreyaskamu dwijottamaha..... - Yagna Walkiya Smerti

Cahaya senjakala mentari dipuja bertepatan masanya dengan persimpangan siang dan malam. Janganlah ia dipuja semah selepas mentari tenggelam dalam petang dan selepas mentari naik di pagi hari. Tiga dewata pengawal lokamaya... Sang Brahma.... Sang Wisnu Narayana.... Sang Siwa Mahasangkara sendiri yang terlibat dalam pemujaan Sandhiya. Makanya, Brahmana yang terbaik itu adalah mereka yang meminta tuah jangan sekali-kali meninggalkan puja Sandhiya....

Jaya Jaya Jaya Begawan Seri Parasurama....

Ahad, 11 Mac 2012

Grehastasrama: Sehari dalam Kehidupan Seorang Brahman

 Oleh Sri Chandrasekharendra Saraswati Mahaswami Ji 

"Bagaimanakah seorang Brahman itu boleh menjalankan banyak samskara sekaligus pada hari-hari ini?" Soalan ini mungkin suatu soalan yang semulajadi. Kemudian kita akan dengar soalan seperti: "Apa gunanya kita bercakap tentang perkara-perkara yang dah ketinggalan zaman itu?"

Bagi saya, ada dua senarai yang dapat saya catitkan untuk menjawab dua persoalan yang diajukan itu. Yang pertamanya, saya bahagikan samskara yang mudah-mudah dengan samskara yang tak begitu mudah diamalkan. Apa akan jadi kemudiannya? Anda sendiri akan tambahkan perkara dalam bahagian senarai samskara yang mudah-mudah itu pindah masuk ke senarai yang sukar-sukar jadi saya risau yang tak ada apa pun yang tinggal untuk diamalkan. Jadi selepas sahaja anda berpencen dari kerja lokiya, anda sekurang-kurangnya menjalankan adat-istiadat keagamaan yang dikenakan menurut dharma Brahmana anda ke atas diri anda. Anda tak sepatutnya meminta diperpanjang lagi perkhidmatan anda dengan majikan anda sekarang atau mencari kerja lain selepas tempoh yang ditetapkan.   

Baiklah, sekarang mari lah saya terangkan lanjut sedikit mengenai kehidupan harian bagi Brahman yang beragama menurut sastera-sastera. Sebenarnya ia merupakan satu kehidupan harian yang sukar dan bukannya bersenang-lenang. Seorang Brahman itu mesti bangun lima nadika atau dua jam sebelum terbitnya mentari. Yang ini kita panggilnya sebagai pancha utskale. Pancha maksudnya lima, dan pancha utskale bermaksud nadika ke-25. Dari bersinarnya mentari ke terbitnya mentari dikira nadika ke-30. Seorang Brahmin mesti bangun pada nadika ke-25 dari masa itu dan berjaga sehingga terbitnya matahari di ufuk timur. Ia dipanggil sebagai Brahmamuhurtha.

Lepas bangun dari tidur, Brahmana itu perlu membersihkan giginya, mandi dalam air sejuk dan menjalankan Sandhiyawandana dan Japah. Kemudian, dia perlu menjalankan upacara Aupasana dan Agnihotra. Upacara-upacara ini merupakan ranting-ranting kepada Dewayagna atau pengorbanan kepada para dewata.     

Selepas itu, dia perlu menjalankan Brahmayagna. Apa dia itu Brahmayagna? Ia merupakan amalan harian melibatkan pembelajaran dan pembacaan Weda. Sebahagian dari upacara istiadat ini, ada juga tarpana atau penyemahan anggur dipersembah. Bagi yang menurut sesetengah sutra yang terkemudian, kalau hari siang dibahagikan kepada lapan bahagian, seperlapan daripadanya sudah terisi.

Bahagian kedua dari hari siangnya, Brahman harus lah mengajarkan pelajar-pelajarnya dengan Weda. Ia disebut sebagai Adhiyapana. Lepas itu, dia mesti mengutip bungaan untuk menjalankan pemujaan persendirian. Seorang Brahman itu tidak boleh mempunyai gaji dalam bentuk wang. Jika Brahman itu tiada menerima kurniaan tanah maka dia harus lah meminta dhana untuk bekalan makanannya dan juga untuk bahan-bahan menjalankan upacara korban.    

Seorang Brahman itu berhak untuk meminta dhana, tapi ia merupakan hak yang terbatas kerana ia bermaksud bahawa Brahman itu cuma boleh meminta benda-benda yang diperlukan sahaja dan perkara-perkara tersebut cuma terhad kepada upacara korban harian. Sebahagian yang munasabah yang diterima oleh Brahman itu sebagai kurniaan mestilah dibayarkan sebagai daksina pula kepada sami-sami yang menjalankan korban untuk orang Brahman.

Dari enam pekerjaan orang Brahman, satu daripadanya adalah Pratigraha iaitu menerima kurnia. Lain dari itu adalah dhana dan menyumbang kepada orang lain pula. Selalu juga ditanya kenapa orang Brahman sahaja yang berhak menerima kurnia. Jawapannya, orang Brahman mempunyai kewajipan untuk memberi kurnia itu kepada orang lain pula selepas diterimanya. Orang Brahman menerima kurnia tersebut untuk tujuan kebajikan yang dimestikan ke atasnya menurut agama. Antara sumbangan yang dimestikan atas orang Brahman menjalankannya adalah Athithya dan Bhutayagna.

Bahagian ketiga dari hari pula diisi oleh Brahman dengan mandi dan menjalankan Madhyahnika. Kemudian menjalankan Pitartarpana iaitu menjamu air anggur kepada arwah nenek moyang. Upacara ini diikuti pula oleh homa dan puja. Dalam upacara pemujaan selepas homa, Brahman mesti menujukan semua bahan-bahan yang mempunyai Panchagnanendriya atau lima unsur api kepada para dewata. 

Sekarang ni sudah masuk tengah hari lah. Sudah masuk bahagian keempat bagi hari itu. Brahman mesti sudah sempurna selesai semua adat-istiadat untuk para dewata, weda-weda dan juga kepada nenek-moyang. 

Daripada Panchamahayagna atau lima korban terbesar, dua daripadanya adalah manushayagna (menghormati dan memberi makan tetamu) dan bhutayagna yang mempunyai bali bagi makhluk-makhluk pertiwi dan memberi makan waiswadewa (orang miskin).

Nasik yang disembahkan kepada api korban dan juga sebagai bali (yang tak diletakkan dalam api). Dalam bali, makanan dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam rumah untuk bacaan montram. Bahagian-bahagian makanan tersebut adalah untuk orang luar kasta, peminta, anjing, burung, dan lain-lain. Dalam manushayagna, para tetamu akan dihiburkan dan ia disebut sebagai athithya.  

Brahman makan hanya selepas selesai semua adat-istiadat ini. Sehingga itu, dia tak boleh makan apa-apa melainkan cuma minum sedikit susu atau mentega. Dia tidak boleh minum kopi atau makanan ringan mengalas perut. Jika dia ada korban untuk dijalankan, seperti paka, hawir, atau soma, maka masa makannya akan dilewatkan lagi. Jika ada Sraddha untuk dijalankan, maka dia pun akan makan lewat juga. Upacara Sraddha mesti diteruskan hanya dalam Aparahna.     

Waktu siang, sebagaimana yang disebut terbahagi kepada lapan bahagian. Tapi ia boleh dibahagikan lagi kepada lima, setiap satunya dengan enam nadika. Jika matahari terbit pada jam enam, maka nadika adalah dari jam enam sampai jam lapan. Nadika 24 adalah pagi atau Pratahkala dan jam lapan. Nadika 24 sampai 10. Nadika 48 masuk ke Sangawakala dan 10. Nadika 48 sampai satu. Nadika 12 dikira Madhyahnika dari satu. Nadika 12 sampai tiga. Nadika 36 dikira masa untuk Aparahna dan dari tiga. Nadika 36 sampai enam (waktu tenggelam mentari) dipanggil Sayamkala. Waktu nak dekat ke terbenam matahari disebut sebagai Pradosa. Dosa ertinya malam dan imbuhan pra maksudnya sebelum.      

Masa untuk sraddha adalah aparahna. Upacara ini bertujuan untuk korban kepada dewata dijalankan hanya selepas penyempurnaan sraddha. Lepas makan, Brahman akan membaca Purana. Lepas itu tugasnya adalah mengajarkan ahli dari jati lain kemahiran-kemahiran warisan mereka, kesenian dan kemahiran mengenai kehidupan. Brahman sebenarnya tiada sesaat pun untuk rehat atau bersenang-lenang. Lepas habis semua ini, Brahman akan mandi petang, menjalankan sandhyawandana, korban dan japa. Waiswadewa dijalankan waktu malan sebelum Brahman makan malam dan berehat tidur. Dalam hampir setiap malam, Brahman cuna makan makanan ringan seperti buahan, susu, dan lain-lain. Pada ekadashi atau hari kesebelas, Brahman mesti berpuasa seluruh hari itu.       

Tiada sebarang masa pun kosong. Jelas juga, Brahman yang mencetuskan sastera-sastera. Bukan sebab orang-orang Brahman mahu hidup senang atau selesa. Sebaliknya sastera-sastera mengenakan ke atas mereka kehidupan yang sukar dan bersederhana mendisiplinkan pemikiran dan tubuh badan. 

Hari ini pun, Brahman yang bekerja makan gaji di pejabat atau pertubuhan lain mesti cuba untuk hidup menurut sastera-sastera. Mereka mesti bangun jam empat pagi untuk Brahma Muhurta, menjalankan Aupasana, Agnihotra, Brahmayagna, dan lain-lain menurut adat-adat yang lampau. Mereka akan menjalankan puja dan madhyanika semasa waktu sangawa sekitar jam 8:24-10:48 pagi. Madhyanika bermaksud waktu korban tengah hari tetapi kemudahan diberikan kepada mereka yang makan gaji untuk beramal waktu sangawakala. Waktu petang, banyak juga upacara yang dijalankan dengan melalui jalan sastera-sastera. Waktu cuti, orang Brahman mesti menjalankan semua upacara yang dimestikan ke atas dirinya.

Yang bekerja pada kitaran pagi dan terpaksa berkejar ke pejabat mesti menjalankan upacara sebaik mungkin. Waktu petang, boleh diperpanjang Gayatrijapa bagi menggantikan masa pagi yang tak diisi dengan korban-korban dan upacara. Kalau ada kitaran kerja pagi dalam seminggu, tak ada pula kah kitaran untuk tengah hari atau malam pada minggu berikutnya sekiranya jadual kerja sentiasa berubah? Penyesuaian boleh dibuat untuk menyesuaikannya dengan waktu puja.

Orang Brahman mesti rasa bersalah jika gagal menjalankan semua upacara ini kerana ia merupakan jati mereka. Mereka mesti menumpukan masa bersara mereka untuk menjalankan dharmma berbanding dengan berasa sedih kerana tak keluar bekerja. Jarang sekali kita jumpa orang Brahman yang belajar weda seluruhnya lepas bersara dan hidup berdasarkan saranan sastera. 

Upacara-upacara dharmma kita merupakan upacara-upacara yang lampau. Ia mesti dijalankan supaya tak hilang dari amalan harian jati Brahmana. Ia bukan sahaja untuk diri kita tapi sebenarnya untuk menjaga keseimbangan alam dan kebajikan semua makhluk.