Memaparkan catatan dengan label weda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label weda. Papar semua catatan

Khamis, 14 November 2013

Rigweda: Purusha Suktam

Om Swastiastu!

Om Awighnam astuh...

 

Dituntut supaya tuan-tuan budiman menghormati bacaan-bacaan Weda suci menurut kepada Manusmriti dan Parmpara, terima kaseh!

Khamis, 17 Oktober 2013

Brahmana Nambudiri: Budaya Wedika di Kerala

Pura Mannarsala Sri Nagaraja, Kerala

Budaya Wedika di Kerala ini mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan keadaannya dengan dirinya sendiri. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh pemisahan Kerala daripada seluruh India di Ghat Barat, dengan ketinggian tanah 5000 kaki tapi juga terdapat beberapa punca setinggi 8000 kaki, dan selari secara kasarnya ke Pantai Barat, kira-kira 30 m dari laut di utara dan 60 km di selatan. Ada jugaa sela utama, sela Palakkad, yang melaluinya terjadi perhubungan Timur-Barat di negeri itu. Penempatan Brahmana Nambudiri kebanyakan terletak di celah-celah sela pantai di Utara negeri Kerala.

Di negeri Kerala, kecil sahaja tompokannya, kita dapati tradisi yang kecil sahaja, tapi sangat berbeda dengan seluruh benua India dan ciri-cirinya itu pun tersendiri. Jika ia tidak mempunyai ciri tersendiri, pastilah ia tidak menyokong tradisi homogenus Srautha. Tradisi Srautha dalam kalangan Brahmana Nambudiri ini tidak memerlukan negeri Kerala memanggil pakar Wedika negeri lain kerana mereka melatih orang mereka sendiri. Cawangan Kausitakan masih wujud lagi dalam kalangan Brahmana Nambudiri yang mengaji Rigweda, tapi sudah tidak wujud lagi di tempat lain. Cawangan Aswalayanan dalam Rigweda, cawangan Baudhayanan (biasa), Badholakan (kurang terpakai), kedua-duanya untuk Yajurweda serta tradisi Samaweda cawangan Jaimiliya sangat-sangatlah sedikit kelihatan di Kerala tapi sekurang-kurangnya masih ada. Seperti tersebut awalnya, tiada langsung Brahmana Nambudiri yang mengaji Atharwanaweda. Frits Staal menyebut bahawa tradisi Wedika di negeri Kerala ini memparkan ciri-ciri arkaik jika dibandingkan dengan seluruh India.

Menurut kepada Burnell, berdasarkan pengajian terhadap aliran-aliran Wedika di Malabar pada 1890, 80% daripada Brahmana Nambudiri memakai Rigweda, 19% memakai Yajurweda manakala baki satu peratus memakai Samaweda. Perangkaan lain di Malabar seperti yang dipetik Logan menunjukkan, daripada 1017 Brahmana Nambudiri itu, 466 keluarga mengikut Rigweda, 406 keluarga mengikut Yajurweda dan enam kelyarga mengikut Samaweda. Manakala baki 139 keluarga lagi sama ada tidak mengikut mana-mana weda atau tak pasti.

Taburan Wedika di Cochin dan Travancore (kedua-dua ini negeri lindungan Mahkota manakala Malabar merupakan jajahan British sama seperti Pulau Pinang, Melaka, Singapura di Malaya) langsung tak diketahui sehingga pengajian lanjut oleh Staal pada 1961. Pengajian yang dijalankan di Malabar, Cochin dan Travancore (keseluruhan perangkaan tiga kawasan dalam negeri Kerala tahun 1970-an) menganggarkan ada 35% pengikut Rigweda, 50% pengikut Yajurweda, 0.08% pengikut Samaweda manakala selebihnya itu tidak termasuk dalam mana-mana lapangan weda. Lingkaran Thrissur (di hujung negeri Cochin), dan kawasan tengah negeri Kerala sangat penting kerana merupakan pusat pengajian bagi Yajurweda dan Samaweda.

Brahmana Tanpa Weda

Brahmana Nambudiri merupakan bangsa Brahmana yang agak unik kerana mempunyai kelompok bangsa Brahmana cawangan yang dikeluarkan terus daripada weda-weda. Mereka ini dipanggil sebagai Odhillatha Nambudiri atau Nambudiri tak ada Odhu. Odhu ini ertinya weda dalam bahasa Malayala pasar. Mereka ini antaranya:
  • Chāthira Nambūdiri yang terlibat dalam senaman peperangan dalam bentuk permainan seperti Panemkali.
  • Adukkala Nambūdiri yang pakar dalam memasak masakan secara penanggah untuk kenduri.
  • Kīzhasandhi Nambūdiri yang merupakan pedanda yang menjalankan pura.
  • Astawaidiyan atau delapan keluarga yang mempunyai pesaka sebagai pakar kesihatan tubuh kecuali keluarga Waidyamadham semuanya adalah Brahmana tak ada weda.
Semua Brahmana tak ada weda ini mempelajari sastera wedika Samhita tetapi bukan baki sastera lain seperti Brahmana, Aranyaka dan Upanishad. Mereka juga tak menjalankan upacara Srautha, tidak mengajarkan atau mengamalkan mengaji weda suci dalam pembacaan upacara.

Antara 32 kampung asal Nambudiri, Sukapuram (Cowaram), Perumanam dan Irinjalakuda pernah menjadi kubu kuat tradisi Wedika. Perinchellūr (Thaliparamba) menjadi kubu kuat tradisi Wedika sekitar kurun ke-9 M dan ke-10 M. Di Sukapuram, hanya pengamal Rigweda dari cawangan Kausitakan dan pengikut Samaweda sahaja ada. Cawangan Aswalayana-Rigweda masuk kemudian apabila beberapa keluarga Brahmana Nambudiri dari Gramam Panniyūr pindah masuk ke Sukapuram. Di Irinjalakuda, langsung tak ada pengamal Rigweda. Brahmana Nambudiri yang mengaji Yajurweda kebanyakannya memakai cara Baudhyana dan sikit sahaja memakai cara Badhūlakan. Di Perumanam, pembaca Rigweda memakai cara Aswalāyan dan yang mengaji Yajuweda memakai cara Baudhāyan.

Pengajaran dan Pengajian Weda

Brahmana Nambudiri yang dibenarkan mengaji weda-weda, mengembangkan satu kebudayaan mengaji weda yang kaya dan pelbagai. Cara mereka mengaji berbeda juga daripada bacaan weda di negeri-negeri lain. Ini disebabkan oleh ciri-ciri seperti sebutan bahasa Sanskerta di negeri Kerala itu sendiri. Ciri penting seperti sengau, yang merupakan ciri bahasa Malayala pada umumnya nampaknya adalah ciri sebutan samaya purwa. Dalam bahasa Sanskerta bunyi itu disebut Anunāsika Athiprasaram. Sebab lain adalah banyak perkataan bahasa Malayalam itu dicedok dari bahasa Sanskerta berbanding dengan bahasa Tamil. 

Ia mungkin juga boleh dikaitkan dengan perkembangan terasing tradisi Nambudiri, yang tak terdedah kepada hubungan dengan tradisi Brahmana negeri lain. Dan kemudiannya, walaupun ada banyak sarjana Brahmana Nambudiri dalam bidang bahasa Sanskerta, namun tak pernah ada kecenderungan untuk membawa amalan yang sedia ada itu biar selari dengan tatacara yang sudah dibangunkan pada samaya lampau. Tradisi yang hidup itu dbiarkan sahaja berkembang tanpa dipangkas-pangkas.

Pendidikan awal empat sampai enam tahun secara tradisional bagi anak-anak Brahmana Nambudiri, iaitu tempoh antara Upanayanam dan Samāwarthanam itu dihabiskan dengan menghafal weda suci. Setiap anak lelaki menghafal, weda keluarganya sendiri atau semua sekali samhita. Kemudian diikuti dengan cara mengaji yang lebih maju, iaitu padapantha dan sedikit wikriti atau pembetulan bacaan. Ada pembetulan cara bacaan yang hanya diketahui oleh Brahmana Nambudiri tapi tak diketahui di negeri lain (Staal, 1961 ms 47-49;59-61). 

Dalam pembacaan Rigweda dan Yajurweda, tekanan sebutan Udātha, Anudātha dan Swarita, diajarkan dengan cara istimew. Guru akan menegakkan kepala pelajar bagi Udātha, membengkokkannya ke bawah bagi Anudātha dan menegakkannya bagi Swarita. Bila tekanan sebutan semua ini dipelajari dan dihafalkan, maka kepala tak perlu lagi dah digerak-gerakkan macam itu. Ada juga mudra yang mengikuti ciri-ciri tertentu bacaan. Nambudiri yang mengaji Samaweda memakai gerakan lain pula.

Sementara semua pembacaan weda diajarkan secara mengaji dalam rumah, tapi ada juga dua sekolah agama yang mengajar Rigweda iaitu di Thrissur dan di Thirunāwāta dalam bhumipada Malappuram. Sekolah agama Thirunawaya dibentuk oleh Puthillath Mana disokong oleh beberapa orang Brahmana Nambudiri lain dan dibiayai dana raja Samūthiri dari Malabar. Sekolah agama Thrissur didanakan oleh Raja Cochin. Ada dua gaya bacaan di dua sekolah agama Rigweda ini. Di Bramhaswam Madhom, di Thrissur hanya ada beberapa orang pelajar sahaja pada 1972. Manakala di Thirunawaya langsung dah tak berfungsi lagi. Sekolah di Thrissur kemudian memakai cara bacaan di Thirunawaya bila ibu bapa menghantar anak-anak lelaki mereka untuk pengajian agama.

Dalam tahun 1970-an ada cadangan bagi mewujudkan sekolah untuk mengajar Yajurweda, namun ketika itu masih belum berjaya. Bagi Yajurweda, ada dua tradisi yang berbeda sedikit gaya bacaannya. Satu memakai cara Peruwanam Gramam dan yang lain Iirnjalakuda. Yajurweda dan Samaweda ketika itu cuma diajarkan dalam rumah. Tradisi Samaweda ketika itu cuma diamalkan 12 keluarga sahaja dan mungkin akan pupus dulu.

Mana Menurut Bhumipada


Bagi rujukan tuan-tuan yang beragama Hindu yang berminat melawat, antara 21 Mana menurut bhumipada atau kacamatan....

Pānjāl di Thrissur
  • Nellikāttil Mammanu
  • Muttathukā Mammannu
  • Thottam Perumangad
  • Korattikkara 
Kodumumunda di Palakkad
  • Mūthiringod
  • Naripatta 
Mūkkuthala di Malappuram
  • Pakarāwūr
  • Mangalatheri
Waliya
  • Wadankāchery
Kāttukulam di Palakkad 
  • Mundaya
Padinjārangadi, Malappuram
  • Kāmbram
Sembilan lagi keluarga di Kidangūr, dekat Kottayam antaranya keluarga Malamel, Muriyoth Malamel, Kallambilly, Nellipua Kallambilly, Pātyal, Onamthuruth Pātyal, Mulawelipuram, Wātana dan Podūr.
 
Daripada semua 21 mana ini, 20 daripadanya ada Othu atau Weda manakala Kāmbram Mana, disebabkan oleh perkaitannya dengan Panniyur Grāmam maka dia dikeluarkan dari pengajian Weda Suci. Semua lima keluarga bertapak di Panjal (Penchala) bersama dengan Pakarawūr dan Mangalatheir mempunyai hak bagi melaksanakan Yagam. Pengkajian lanjut bacaan Weda suci menurut gaya Brahmana Nambudiri  ada dalam rujukan yang dikurung ini (Staal, 1961; Gray, 1959; Howard, 1977). 

Kesimpulan

Sela masa antara dua juta tahun itu mengasingkan orang Hindu Wedika daripada Brahmana Nambudiri, iaitu wangsa Brahmana yang berbahasa Malayalam. Frits Staal dalam bukunya "Agni" menyebut bahawa, "Beda dalam gaya hidup, amalan, dan kepercayaan antara orang nomad Wedika dan Brahmana Nambudiri ini hampir seluruhnya!".  
 
Dari segi jati wangsa dan pengamalan keagamaan, Brahmana Nambudiri masihlah ortodoks sampai mula kurun ke-20 M. Mereka menjalankan upacara Tantra dan juga Wedika, dan orang luar tidak terlibat dalam upacara ini. Mereka langsung tak terkesan walaupun dididik dengan pendidikan "Inggeris". "Kebanyakan Brahmana Nambudiri ini berdiam sebagai orang kampung, kelompok orang besar-besar negara, tuan tanah kecil, sasterawan, karyawan seni seperti Kathakali, sarjana dan orang mulia" (Staal, 1983). 

Menurut Ananda Kresna Iyer dalam kajian beliau, "Puak Cochin dan Jati II" (Madras-London, 1912), "... antara ciri-ciri jelas Brahmana Nambudiri ini adalah sikap ringkas mereka dan juga tidak melibatkan orang lain, walaupun upacara mereka itu mungkin tidak seringkas sikap mereka".

Bagi rujukan ini, tuan dan puan boleh juga membaca rencana bil. 4 yang disunting oleh tuan P. Vinod Bhattathiripad dan juga merujuk buku berjudul "Agni" karya Frits Staal, Asian Humanities Press, Berkeley, 1983.

Rabu, 16 Oktober 2013

Brahmana Nambudiri: Upacara Wedika


Menangis juga aku nak habiskan bahagian tradisi weda bangsa Brahmana Malayalam ini. Tapi demi penyebaran rujukan untuk rakan-rakan Hindu lain, ku gagahkan jua supaya jangan ada anak-anak Hindu yang memandang rendah agama dan budayanya sendiri.

Empat weda itu bukannya sama pada cirinya. Rigweda itu mengandungi pelbagai rujukan kepada amalan keagamaan. Banyak bahagian lain dalamnya itu bukannya pemaparan hubungan upacara agama dan bukannya susunan upacara yang boleh dilihat dengan mata. Kebanyakan fungsi kependitaan dan nama-nama untuk perlantikan pedanda disebut dalamnya, dan ada jua sabdawali bagi setengah upacara tertentu dan bacaan upacara, bagi para semahiyang dan utamanya juga upacara yang melibatkan Soma, tumbuhan suci. Susunan dan tatasusunan Yajurweda pula kebanyakannya kepada pertimbangan upacara. Samaweda mengandungi bahagian terbesar dari Rigweda dan selebihnya ditujukan kepada bunyian. Penyesuaian dari sastera ke bunyi rima itu menyebabkan banyak perubahan teks dan dalam masukan bahan baru, utamanya yang melibatkan penggunaan bunyian di mana yang perlu. Susunan Samaweda pun rumit. Atharwanaweda pula, walaupun seboran Rigweda, namun ia mempunyai latarbelakang yang sama sekali berbeda dan ditambah kemudiannya selepas tiga weda itu. Jarang ia dipakai dalam upacara.

Yagam

Yagam atau Yagñam ini merupakan upacara pengorbanan wedika yang berkembang lama dan panjang sekali diikuti dengan bacaan mantra wedika dan semahan kepada Sang Agni. Ada pelbagai jenis Yagam, antaranya Somayagam, Agni atau Athi Ratram dan lain-lain. Walaupun pengkaji mendapatkan bukti bahawa Wajapeya Yagam pernah dijalankan pada kurun kesatu masehi di Perinchelloor (Thaliparamb), Brahmana Nambudiri umumnya cuma mengamalkan Somayagam dan Athiraathram.

Tatacara perlaksanaan yagam ini mengandungi pelbagai lapisan kegiatan, diagih-agikan antara pedanda dari pelbagai cawangan pengajian weda, yang meresmikan bagi pihak atau bagi kebajikan Yagmaneswara atau Yagamanan. Yagam dan upacara berkaitan adalah dari Srautha Karmangal

Sekitar 550 SM, ketamadunan Wedika mula jatuh. Namun, banyak perca upacara Wedika yang asal itu masih berlangsung. Upacara Wedika asal yang terselamat sampai ke hari ini dalam bentuk upacara perumah bangsa Brahmana dan juga upacara perkahwinan. Setengah pakar Wedika India Utara termasuk Mpu Udayana, dalam kurun ke-11 M, mengumumkan bahawa upacara Wedika agung dan paling lama itu sudah tidak lagi dijalankan. Namun, menurut Frits Staal, "Di sebelah Barat Daya India yang jauh itu, negeri Kerala, jauh dari tapak bekas kebudayaan Weda, ada beberapa keluarga yang hidup dalam masyarakat terasing dan ortodoks dari cawangan bangsa Brahmana Nambudiri memelihara lagi amalan tradisi Wedika dan terus mengamalkan upacara seperti Agnisthomam (Somayagam), yang mengambil masa lima hari dan menggunakan tumbuhan suci, Soma dan Agnicayanam atau Athirathram yang mengambil masa 12 hari dan berterusan lagi beberapa malam.

Kelayakan Menjalankan Somayagam

Sesiapa pun dalam kalangan Brahmana puak Nambudiri berkelayakan melaksanakan upacara ini, dengan syarat-syarat:
  • Dia itu mesti datang dari kelompok yang sememangnya dikhusukan bagi menjalankan Yagam contohnya dari kelompok Aadu.
  • Kalau bapanya masih hidup dan dia melaksanakan Yagam yang sama.
  • Jika saudara tuanya masih hidup dan menjalankan upacara Yagama yang sama atau dia itu anak sulong.
  • Dia menjalankan upacara yang lebih pendek, Adhanam. Adhanam ini sama seperti Agniadhanam dirujuk dalam bahagian Shodasakriyakal.
  • Dia sudah kahwin dan isterinya itu hidup.
Brahmana Nambudiri selepas menjalankan Somayagam maka dia akan dipanggil Somaya Ji atau Somaya Jipad. Seorang Somaya Ji boleh menjalankan Yagam tahap lebih tinggi, Atiraathram, jika:
  • Dia itu sudah kahwin dan isterinya hidup.
  • Bapanya (jika masih hidup), dan abang sulongnya (jika masih hidup) pun ada menjalankan upacara sama. 
Seorang Somaya Ji selepas menjalankan Athiratram mendapat gelaran Akkithiri atau Akkithiripad. Hanya beberapa orang sahaja pedanda Brahmana Nambudiri yang mengaji Rigweda, Yajurweda dan Samaweda yang mendapat gelaran ini. Yang menjadi kepala utama bahagian rujukan upacara Wedika ini ada enam keluarga antaranya Cherumukku, Thaikkat (kedua-duanya dari Sukupuram Gramam), Perumpadappu, Kaplingaad (kedua-duanya dari Peruwanam Gramam, Kaimukku Mana dan Panthal Mana (kedua-duanya dari Irinjalakkuda Gramam). Keluarga empat yang terakhir itu menjalankan Yagam kira-kira 50 tahun lepas manakala dua yang lain menjalankannya baru-baru ini sahaja sekitar 1970-an ke 1980-an.

Tatkala orang Brahmana serata benua kecil India berhenti menjalani Yagam disebabkan oleh penolakan pesaka ini oleh penganut ajaran Buddha dan ajaran Jina, maka Brahmana Nambudiri pun menjadi berat juga hendak menjalani Yagam beberapa tahun lamanya. Kemudian, Mpu Mezhatol Agnihotri yang kemudian berusaha menyambung semula pesaka Wedika ini. Usaha beliau ini mendapat sokongan tujoh kampung Brahmana Nambudiri lain iaitu Perinchellur (Taliparamb), Karikkad, Sukapuram, Panniyur, Alathiyur, Peruwanam dan Irinjalakkuda.

Maka cuma tujoh kampung ini sahaja yang Brahmana Nambudirinya memperoleh hak untuk menjalankan Yagam. Tujuh keluarga selain keluarga Agnihotri turut menyambung usaha Yagam bersama-sama dan mereka menjalankan 99 Yagam semuanya. Melihat dari sisi ini, sumbangan Mpu Mezhatol sangatlah besar dalam memelihara tradisi Wedika. Sampai hari ini, Brahmana Nambudiri masihlah menghargai usaha beliau itu. Sumbangan kedua dalam kelompok Brahmana Nambudiri pula dibuat oleh Mpu Sankara yang berusaha memurnikan kebudayaan Brahmana Nambudiri di Kerala sekitar kurun ke-8 M.

India dan Pesaka Wedika Kini

Sampai hari ini, upacara samaya Wedika ini dipelihara di dua tempat. Satu di Barat India dengan sambungannya sampai ke Utara di negeri Uttara Pradesh dan Maharashtra serta di Selatan India di negeri Tamil Nadu, Kerala, Karnataka dan Andra Pradesh.

Tradisi India Selatan lebih kuat disebabkan oleh penaklukan orang Islam di Utara serta penyebaran ajaran Buddha dan Jina. Sebelah Pakistan sana, penganut ajaran Buddha dan penganut agama Hindu banyak menganut Islam pula. Budaya Wedika pesaka makanya beranjak turun ke Selatan India.

Hari ini, tradisi Rigweda (cawangan Aswalayanan), Yajurweda dan Samaweda boleh dilihat di Barat India. Tradisi Atharwaweda beberapa tempatnya kelihatan di Surashtra di Maharashtra dan Paippalada di Kalinga. Ada beberapa lagi tradisi Wedika yang terasing di Nepal yang terasing dari tradisi pokok di India Utara. Mungkin juga tradisi Wedika terlepas sampai di Pulau Bali di negara Indonesia dan lain-lain rantau di Indochina. Frits Staal menyebut, "Sukarlah melihat suatu apa pun yang tertinggal di Tanah Asli pesaka Weda di sebelah Barat Laut India, dan juga di sebelah Bengal dan di Utara lanjut".

Kebudayaan Wedika India Selatan diwarnai oleh banyaknya Yajurweda, bersama Rigweda dan Samaweda. Kampung Brahmana Nambudiri iaitu Sukapuram Gramam kemungkinannya menjadi kubu kuat bagi pesaka Wedika Kaushitakan. Atharwaweda nampaknya tak pernah wujud di Selatan India. Walaupun Rigweda ini sama di sebelah Barat India dan Selatan India, namun cara mengajinya itu tak sama pula. 

Brahmana Nambudiri: Pemeliharaan Weda Suci

Om Swastiatu!


Pemeliharaan Kesucian Weda

Pengajaran dan pemeliharaan weda suci dijalankan secara lisan. Penulisan samaya lampau tidaklah begitu terkenal dalam kalangan masyarakat Brahmana walaupun catitan itu ada. Apabila penulisan diperkenal kemudiannya entah dari mana-mana, ia dianggap pula sebagai pantang dalam warisan wedika. Untuk suatu masa yang lama, penyalinan sastera suci weda itu di lembaran tetaplah dianggap sebagai mengotorkan dan suatu perbuatan jahat!

Karenanya, kekuatan ingatan dan sebutan memainkan peranan dalam pemeliharaan sastera suci kita. Sastera wedika terkemudian seperti Aitareya dan Aranyaka, menyebut bahawa anak-anak bangsa Brahmana dilarang membaca weda suci selepas makan daging, melihat darah atau bangkai, berhubungan jenis atau terlibat dalam penulisan sehingga dia mandi barulah boleh dibaca semula weda. 

Penyebaran weda suci menerusi lisan itu diperturun dari bapa ke anak atau dari guru ke muridnya dikenali sebagai Adhyayanam atau pengajian. Yang ini berlawanan dengan Prayogam atau pemakaian sastera dalam upacara yang merujuk kepada penggunaan umum sastera wedika dalam upacara atau Winiyogam yang merujuk kepada pembacaan mantra tertentu dalam tahap-tahap tertentu dalam upacara pengorbanan dan puja. Seorang atau lebih pedanda semasa upacara akan membaca seloka dan mantra sastera weda. Susunan dan tatasusunan pembacaan mestilah menurut kepada syarat upacara. Kesannya, seloka dan perkataan selalunya akan dibawa keluar dari konteks oleh barangsiapa yang membacanya dan yang pakar dalam penyusunan dan penyusunan semula ayat-ayat dalam Prayogam.

Namun, susunan sebenar seloka dan mantra itu diikuti sepenuhnya semasa Adhyayanam. Maka, kelompok Brahmana Nambudiri boleh dilihat sebagai satu-satunya pakar dalam pembelajaran dan pengajaran weda suci. Setengahnya pakar dalam mengubahsuai susunan dan menyusun semula seloka-seloka menurut keadaan selain menambahkan beberapa ayat lain dari weda juga untuk kegunaan upacara dalam peringkat Prayogam ini.

Kelompok ketiga Brahmana Nambudiri memelihara amalan persendirian dan mengetahui mengenai cara dan bila untuk membaca mantra tertentu dalam bahagian Winiyogam. Pembelajaran weda, Prayogam dan Winiyogam, dengan cara betul, memerlukan kecerdikan dan juga kemampuan ingatan tinggi. Pengetahuan dalam weda dan menyebut sebutan betul mantra serta pembacaan persendirian akan diperiksa setiap hari disebut bahagian Anyonyam.

Ahad, 13 Oktober 2013

Cara Membaca Mantra


Om Swastiastu!


Diketahuilah bahawa semua widya itu tercetus di India purwa. Maka tidak juga mengejutkan kalau diketahui bahawa mahawidyalayam yang pertama di loka ini iaitu Mahawidyalaya Nalanda itu dibangunkan di India purwa pada 427 SM. Sarjana seluruh pelosok lokamaya ini pernah diberikan pengetahuan dan pencerahan mengenai pelbagai mata pelajaran di mahawidyalaya ini. Maka, pengetahuan berkaitan mantra dan ilmu ghaib itu tersebar dari India purwa sampai ke benua dan rantau lain hari ini bersama tersebarnya bangsa Hindu. Makanya, kita pun melihat ada saja bacaan mantrakata di pelbagai negara dan budaya hari ini.

Pembacaan mantra ini merupakan satu bentuk parampara yang istimewa yang diperturun oleh guru-guru purwa di India lama. Mereka yang juga merupakan para resi dan muni itu memberikan beberapa tata kelakuan untuk sesiapa yang ingin mendapat kebajikan dari pembacaan mantrakatha. Prinsip ini semua mestilah dituruti dengan penuh patuh. Jika tidak, maka orang yang membacanya pun akan terkena malang celaka lah. Dalam rencana yang ini, kita ingin membincangkan beberapa cara bagaimana mendapatkan kebajikan daripada mantrakatha.

Mula

Utamanya sekali, seseorang yang ingin mengalami kenaikan ke pembacaan mantrakatha mesti pergi berdepan dengan seorang Guru. Mencari Guru sebenar ini merupakan tugasan yang sangat sukar. Kebanyakan orang akhirnya langsung tak bertemu Guru. Caranya tuan mencari Guru itu adalah dengan memastikan tubuh dan pemikiran tuan suci dan murni. Ertinya, tuan jangan terlibat dalam perbuatan buruk tabiat buruk. Pikiran mesti dikawal jangan menerawang ke yang bukan-bukan. Cuba baca dulu pustaka kerohanian dan cetera-cetera mengenai para Guru dan cuba mengembangkan bhawana atau rasa bakti kepada-Nya dan Guru lampau seperti Mpu Sankara, Mpu Ramanuja, Mpu Madhawa, Mpu Rama Kresna Paramahamsa, Mpu Wiwekananda, Mpu Ramana Maharesi dan lain-lain. Menerusi cara ini maka pemikiran tuan akan disucikan secara tak disedari. Bila pemikiran, hati dan tubuh sudah murni maka Guru akan berhubung dengan tuan. Guru yang Agung sekali untuk tuan teliti ceteranya adalah Betara Siwa, Betara Wisnu Narayana, Sri Begawan Kresna menerusi purana-purana dan kekawin suci. 

Eka Bija atau bacaan mantra satu suku kata itu boleh dibaca tanpa seorang Guru. Bagi mantra lain dengan dua atau lebih suku kata digabungkan, maka perlu kepada seorang Guru! Ada orang membaca mantra menerusi dengar-dengar dari pustaka atau dengar cakera padat dengan memuat turunnya dari laman sesawang. Yang ini bukan cara sebenar. Aku ada juga meletakkannya di sini tetapi ia bukan cara sebenar mendapatkannya. Tuan mesti pergi cari Guru sendiri. Tujuan ku letakkannya adalah untuk memperkenal sahaja. Jika sudah diketahui maka boleh pergi mencarinya. Mantrakatha utamanya dari weda-weda suci bukan untuk dijual sebagai barangan jualan di pasar-pasar! Kita sangat menjaga kesucian weda suci segala!

Ramai orang bertanya mengenai mantrakatha ini dan menyatakan sukarnya hidup mereka maka mereka mau membaca mantrakatha bagi menghapuskan masalah mereka. Setengah mengatakan menghadapi masalah kewangan dan maukan mantrakatha untuk menang loteri atau menang judi. Pemuda mau kan mantra sebab mau menarik gadis perawan. Ada yang mau mantra sebab maukan anak-anak jangan degil jangan ketegar. Bacaan mantra untuk tujuan ini semuanya adalah karut belaka!

Mari lihat semula apa tujuan mantra diwangsitkan dan diajarkan! Mantrakatha yang diambil mesti terus dibaca sampai ke putus nyawa! Bukan dibaca setakat untuk mendapatkan untung laba loka, tapi lepas itu ditinggalkan! Rupakara weda mengajarkan bahawa seseorang itu mesti menerima dan mengikut prinsip tertentu dalam hidup bagi mencapai kebebasan jiwa. Tujuan mantrakatha itu adalah untuk menghapuskan kesan karma buruk kehidupan lampau tuan. Ia akan menjadi batu dasar bagi kehidupan yang lebih baik pada kehidupan akan datang!

Tujuan kenapa Guru perlu ada adalah untuk mendapatkan mantrakatha itu kerana hanya Guru saja yang tahu mantra mana yang sesuai dengan si pembaca. Guru akan mengajarkan bacaan betul sebutannya dan susunannya. Bila diberikan kepada tuan, saktipatha akan disalurkan juga supaya jangan ada halangan bila tuan membacanya.

Tahap Membaca Mantra

1. Bacanya kuat-kuat biar didengari oleh semua sekeliling tuan. Semasa membaca kuat, tumpuan hanya kepada bunyi mantra sahaja. Untuk tahap awal ini, ia akan berlarutan selama tiga sampai enam bulan.

2. Baca mantrakatha seperti berbisik pula yang hanya tuan sahaja boleh dengarnya. Yang ini tumpuannya pada bunyi dalaman yang terbit dalam diri tuan. Yang ini pun selama tiga sampai enam bulan.

3. Baca mantrakatha secara senyap tanpa bibir digerakkan. Pada tahap yang ini, tuan mesti tumpukan perhatian kepada dewa atau dewi penunggu mantrakatha itu. Ini tahap terakhir, mesti diperbuat tuan sampai ke putusnya nyawa!

Susila Membaca Mantrakatha

Sebelum mantrakatha dibacakan, nyalakan pelita dengan minyak sapi depan rupa atau murti dewa penunggu mantrakatha atau dewi penunggu mantra. Duduk menghadap ke Timur atau Timur Laut. Semasa membaca mantrakatha, mata ditutup dan biar arah anak mata ke depan. Tulang belakang biar lurus! Longgarkan semua bahagian sendi tubuh dan jangan ada tekanan pada mana-mana bahagian pun.

Prinsip Mesti Ikut

Dasar

Bila sudah mengambil mantra, mesti tinggalkan segala tabiat busuk seperti merokok, makan makanan berdaging, tuak, serta bermukah dengan wanita yang bukan isteri tuan.

Jangan marah dengan sesiapa pun dan jangan mudah sentao. Harus dikembangkan rasa bahawa setiap perkara itu merupakan ketentuan-Nya dan kita ini cuma penonton saja dalam loka ini. Pada tahap kejiwaan, kita langsung tiada rakan atau musoh.

Jangan bercakap bohong dan jangan bercakap banyak. Bahasa harus dijaga bercakap cuma dengan tatakrama. Bukan bahasa mencarut atau bahasa longkang. 

Wanita yang datang bulan jangan disentuh langsung. Jika disentuh saja pun, tuan mesti segera mandi dan pakai pakaian cawat besi. Kalau masa kini, cukup pergi mandi sahaja. Yang ini biasa terjadi bagi yang sudah berkahwin. 

Baca mantrakatha jangan duduk atas lantai tanpa dilapik. Tubuh yang berhubung dengan lantai itu akan membuatkan mantra itu bocor saktinya ke pertiwi. Duduk atas para kayu dengan kain sutera dilapis atasnya. Sebab itu tuan selalu nampak orang membaca mantra tidak duduk terus atas lantai.

Gayattri Mantra

Gayattri mantra mesti ambil dari Guru tuan. Bukan diambil dari buku atau dengar-dengar dari punca kedua atau ketiga. Selesai baca Gayattri mantra 100,000 kali, maka baru boleh diambil mantrakatha lain menurut pilihan tuan.

Mesti dibaca 108 kali pagi hari. Kemudian baca pula mantrakatha pilihan tuan sekurang-kurangnya 108 kali atau dikali dengan dua atau tiga dan seterusnya. Dinasihatkan guna japa mala yang nilainya 108 biji bagi mengira mantrakatha. Lagi baik dipakai rudraksha atau yang diperbuat dari manik kaca.

Semasa mengira itu, tarik biji mala itu menggunakan jari tengah dan ibu jari tangan kanan. Yang ini lambangnya tuan tidak menghiraukan ahamkara (ego). Selepas 108 kali, jika mau membaca bacaan lain untuk 108 kali maka dikira terbalik pula. Maka bacaannya akan bermula semula dalam arah yang sama.

Mantrakatha pun ada kelahiran dan kematian sama macam manusia. Pada saat tuan ambil mantrakatha dari Guru, ia melambangkan mantrakatha itu menjelma dalam diri tuan. Bila tuan berhenti, maka ia matilah dari jiwa tuan. Maka, jika tuan berhenti membaca sebelum putus nyawa tuan maka tuan berdosa papa lah kerana tuan sudah membunuh jiwa lain dalam jiwa tuan!!!!

Mantrakatha tak boleh dibaca bila saudara-mara terdekat atau ahli keluarga tuan meninggal. Mantrakatha mesti berhenti selama sebulan dari tanggal upacara pengebumian atau pembakaran tubuh. Selepas satu bulan, mula sekali mesti dibaca Gayattri Mantra sebanyak 1000 kali dan kemudian teruskan semula bacaan seperti biasa.

Masa terbaik membaca mantra-mantra adalah satu jam sebelum timbul mentari. Boleh diteruskan semula bacaan mantrakatha itu kemudian selepas satu jam terbitnya mentari. Contoh, katakan jika tuan berada di Jepun masa timbul mentari pada jam 4:00 maka tuan kena bangun jam 2:30 bagi bersiap-siap. Jam 3:00 itu boleh mula baca. Kemudian boleh diteruskan sampai jam 5:00.

Setiap kali gerhana candramasa dan suryamasa tuan mesti beri tenaga kepada mantrakatha. Pergi mandi dengan biar air luruh atas kepala tuan sebelum mula gerhana. Kemudian mula bacaan apabila gerhana masuk dan teruskan sampai selesai. Selepas selesai gerhana, mandi sekali lagi dengan biar air luruh atas kepala. Baca mantra sekali semasa gerhana itu diperkira sama dengan membaca mantra 1000 kali pada hari biasa.

Amawasya atau wulan baru akan selalu terjadi pada wara Aditya. Sama seperti gerhana juga. Maka hari itu pun dinasihatkan membaca mantrakatha seberapa lama yang mampu. Jangan didedahkan mantrakatha kepada sesiapa pun kecuali jika dibenarkan oleh Guru.

Jika tuan tiada Guru, maka tuan tidak masuk pun dalam bacaan mantrakatha menurut cara waidika. Maka, boleh tuan dan puan baca stottram contohnya Astottram iaitu 108 nama dan Sahasram iaitu 1000 nama dewa atau dewi. Stottram tidak seperti mantrakatha dan tak memerlukan guru. Ada aku tempek juga dalam ini. Tuan, puan, abang, adik dan kakak semua dijemput membaca stottram itu semua kerana tak perlukan guru. Boleh minta bantuan pujari atau pendita sahaja bagaimana cara membaca atau menyebutnya dengan betul. Boleh dengar juga dari cakera padat atau audio. Mantra weda-weda sahaja sangat kita kawal supaya kesucian jangan dicemari. Bukan sebab kita melarang orang bangsa lain membacanya. Boleh saja baca terjemahannya dalam bahasa lain. Yang tertulis dalam bahasa Sanskerta dan aksara Brahmana itu suci dan mesti ditinggikan.

Selesai Tempoh Tertentu

Selesai tempoh pembacaan mantra itu sebanyak beberapa ratus ribu kalinya, sehari itu tuan akan mendapat mantra siddhi atau sempurna mantram. Dalam proses ini, muka tuan akan menjadi cerah dan tubuh bersinar macam emas. Tuan akan mendapat sedikit sakti yang membolehkan tuan mempunyai pra-rasa bagi perkara yang terjadi di masa ke depan dalam kehidupan tuan atau kehidupan orang lain. Semua perkara yang tuan mahu akan terjadi menurut kepada keinginan tuan.

Ada masa, mungkin tuan boleh mempunyai sakti mengawal setengah daripada unsur panchamahabhutam iaitu air, api, tanah, angkasa atau angin. Sebagai contoh, tuan boleh menghentikan hujan lebat pada masa tertentu. Tuan dilarang sama sekali bercakap mengenai perkara ini dengan sesiapa pun! Dilarang keras berbangga sekelumit pun dengan semua ini!!!! Tujuan sebenar mantrakatha bukan untuk mencapai sakti loka! Tujuan mantrakatha itu adalah untuk menyedari Nya.

Yang ini sangat-sangat penting. Tuan boleh ambil perhatian dengan masukan yang ini, aku tidak marah kalau tuan mau salinnya dan simpan untuk tuan perguna bagi diri tuan. Yang ini bagi penganut Hindu yang memakai benang suci yagnopawittam. Memang untuk tujuan kebajikan dan peringatan bersama.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Akar Hindu Dharmam

Om Swastiastu!


Caturweda iaitu Rigweda, Yajurweda, Samaweda dan Atharwaweda merupakan empat pramanas atau sastera suci yang berlaku dalam agama orang Hindu sekeliannya. Caturweda ini amatlah penting. Dari yang berbaki 10, enam daripadanya itu adalah Anga bagi Weda manakala empat selebihnya itu adalah Upanga.

Manusia itu mengandungi sebilangan anga atau anggota tubuh. Sama juga halnya dengan Weda yang diperlambangkan dengan Wedapurusa beranggota lima lah jua. Empat upanga walaupun bukan bahagian terjalin pada Weda berempat itu menjadi anggota pendukung pula kepada Wedapurusa. Anga ini sebagai yang tercatit sudah bilangannya enam. 

Anga

1. Siksa
2. Wiyakarana
3. Chandas
4. Nirukta
5. Jiyotesa
6. Kalpa

Upanga

Empat upanga pula....

1. Mimamsa
2. Nyaya
3. Purana
4. Dharmasastram

Makanya harus saudara-saudara Hindu sekelian memperhati bahawa Caturweda itu sangatlah dasar dalam dharma. Anga dan Upanga itu pula menggaris tebalkan lagi kepentingan Caturweda dalam dharma. Ayurweda, Dhanurweda, Arthasastram dan Gandharwaweda pula disebut sebagai Upaweda atau saudarinya kepada Weda berempat itu. Nampak jelas jua perhubungan pengetahuan ini semua dengan Weda utama kita.

Sangopanga

Weda mestilah dipelajari bersama-sama dengan Anga dan Upanga. Penelitian yang halus sastera suci ini kita sebutlah sebagai Sangopanga Adhyayana atau Pengajian Weda dengan Anga bersama Upanga. Sabdawali Sangopanga ini sangat terkenal sekali dalam benua kita dalam menjelaskan mengenai perkara melibatkan persembahan. Sabdawali ini merujuklah kepada Purwa Caturdasa Widyam iaitu enam Anga ditambah empat Upanga.

Dalam pendidikan masyarakat Hindu kini, rupakara pendidikan lama ini sudah lah dilupakan orang tapi perkataan ini sudah lama berakar umbi dalam bahasa kita sampai diperguna ia bagi merujuk kepada perhatian penuh atau penekananan kepada pendedahan sesuatu mata benda itu secara teliti. Inferensnya jelas sekali. Berkurun-kurun lamanya Weda ini bersama dengan Anga dan Upanga telah terbentuk menjadi rupakara pendidikan penting masyarakat Brahmana dan Hindu di Negara Tamil sampai sabdawali ini pun menjadi budaya bahasa dalam pertuturan masyarakat biasa sekali pun. Ironinya pula, hari ini anak-anak Hindu sekelian tanpa mengira di mana sekali pun berada sudah tak mengetahui lagi nama-nama sastera purwa sendiri.

Dasar Dharma

Caturweda dan Weda semuanya pun adalah dasar kepada kepercayaan Hindu. Ia merupakan sumber terus bagi dharma dan juga semua amalan agama serta upacara. Caturweda ini bagaikan Injil bagi orang Kristian, bagaikan Quran bagi penganut Islam, bahkan sudah pun berada di sekeliling kita semenjak sebelum terbentuk gerakan keagamaan lain di benua mana pun dalam loka maya. Weda dan pengetahuan kita di benua Hindu (Bharata dan Mahabharata sampai ke Indonesia dan Indochina sana) pun tercetus dari segala yang terkandung dalam Caturweda. Kata Weda itu sendiri merujuk kepada sesuatu yang sah dan berlaku bagi mencapai Kebenaran. Yang sahih dalam sesuatu masyarakat bertamadun. 

Ada lah juga amalan bahasa yang merujuk kepada Injil, Quran dan lain-lain sebagai Weda jua. Disebutlah penganut Kristian di India akan Bible itu sebagai Satya Weda. Masyarakat lain di India seperti orang Parsi merujuk sastera suci mereka Zend Awestan itu sebagai Parsi Weda dan lain-lain. Maka sulitlah untuk dibicarakan tentang Weda ini sebagai satu tajuk perbincangan pula. Sulitlah kerana tak tahu bagaimana hendak dimulakan dan bagaimana pula hendak disimpulkan perbicaraan tentang apakah Weda itu. Begitu lah besarnya erti Weda bagi kita pada kesuciannya dan juga pada kepentingannya.

Tersebutlah dalam Dharmasutra Apastambha, "Pramanam Wedasca". Weda itu sememangnya punca segala dharma sama serta menjadi penguatkuasa pula pada segala yang ditemukan. Pustaka yang dirayakan dan dibesarkan di negara bangsa Tamil sejak awalan samayanya Manudharmanul atau samaya Manusmerti. Serata benua Hindu ini, Dharmasastra Manu itu mendapat penghormatan tertinggi. Dalam negara Tamil pun, ada juga raja yang digelarkan dengan gelaran Manunitikanda Cholan kerana sikapnya yang mentadbir negara dengan keadilan. Ceteranya itu, suatu masa ada seekor anak lembu dilanggar dan diinjak oleh roda pedati yang dipandu puteranya sendiri. Raja sangatlah adil dan taat pada menjalankan keadilan. Pada masa ibu lembu meminta keadilan, baginda mengarahkan supaya putera baginda itu sendiri diinjak sampai mati di bawah pedati yang sama menginjak anak lembu tersebut.     

Bagi kita-kita ini, Manuniti Sastram atau Manusmerti itu adalah penguatkuasa bagi dharma. Tapi, adakah ia mengatasi dharma segalanya itu sendiri? Tidak sekali-kali tidak!!!! Kata Maharesi Manu, "Wedo'khilo dharmamulam" yang bererti Weda itu merupakan akar segala dharma. Dharma itu dijelaskan menerusi Weda pada samaya yang mana sekali pun!

Yang patut dipatuhi itu adalah segala yang dinyatakan dari Weda segala. Tatkala dipinta kita menerima sesuatu pernyataan tanpa mempersoalnya, maka mestilah ada pertanyaan, "Adakah ini kata-kata Weda?" Pertanyaan begini mengesahkanlah hakikat bahawa orang-orang umum pun percaya pada Weda atau dasar peraturannya itu adalah sah dan dipatuhi tanpa disanggah cumanya mereka tiada pengetahuan tentangnya maka ditanyailah mereka. Wedawaka atau sebutan dari Weda itu sudahlah menjadi perundangan kita yang harus dipathu sejak beribu-ribu tahun lampau.