Menangis juga aku nak habiskan bahagian tradisi weda bangsa Brahmana Malayalam ini. Tapi demi penyebaran rujukan untuk rakan-rakan Hindu lain, ku gagahkan jua supaya jangan ada anak-anak Hindu yang memandang rendah agama dan budayanya sendiri.
Empat weda itu bukannya sama pada cirinya. Rigweda itu mengandungi pelbagai rujukan kepada amalan keagamaan. Banyak bahagian lain dalamnya itu bukannya pemaparan hubungan upacara agama dan bukannya susunan upacara yang boleh dilihat dengan mata. Kebanyakan fungsi kependitaan dan nama-nama untuk perlantikan pedanda disebut dalamnya, dan ada jua sabdawali bagi setengah upacara tertentu dan bacaan upacara, bagi para semahiyang dan utamanya juga upacara yang melibatkan Soma, tumbuhan suci. Susunan dan tatasusunan Yajurweda pula kebanyakannya kepada pertimbangan upacara. Samaweda mengandungi bahagian terbesar dari Rigweda dan selebihnya ditujukan kepada bunyian. Penyesuaian dari sastera ke bunyi rima itu menyebabkan banyak perubahan teks dan dalam masukan bahan baru, utamanya yang melibatkan penggunaan bunyian di mana yang perlu. Susunan Samaweda pun rumit. Atharwanaweda pula, walaupun seboran Rigweda, namun ia mempunyai latarbelakang yang sama sekali berbeda dan ditambah kemudiannya selepas tiga weda itu. Jarang ia dipakai dalam upacara.
Yagam
Yagam atau Yagñam ini merupakan upacara pengorbanan wedika yang berkembang lama dan panjang sekali diikuti dengan bacaan mantra wedika dan semahan kepada Sang Agni. Ada pelbagai jenis Yagam, antaranya Somayagam, Agni atau Athi Ratram dan lain-lain. Walaupun pengkaji mendapatkan bukti bahawa Wajapeya Yagam pernah dijalankan pada kurun kesatu masehi di Perinchelloor (Thaliparamb), Brahmana Nambudiri umumnya cuma mengamalkan Somayagam dan Athiraathram.
Tatacara perlaksanaan yagam ini mengandungi pelbagai lapisan kegiatan, diagih-agikan antara pedanda dari pelbagai cawangan pengajian weda, yang meresmikan bagi pihak atau bagi kebajikan Yagmaneswara atau Yagamanan. Yagam dan upacara berkaitan adalah dari Srautha Karmangal.
Sekitar 550 SM, ketamadunan Wedika mula jatuh. Namun, banyak perca upacara Wedika yang asal itu masih berlangsung. Upacara Wedika asal yang terselamat sampai ke hari ini dalam bentuk upacara perumah bangsa Brahmana dan juga upacara perkahwinan. Setengah pakar Wedika India Utara termasuk Mpu Udayana, dalam kurun ke-11 M, mengumumkan bahawa upacara Wedika agung dan paling lama itu sudah tidak lagi dijalankan. Namun, menurut Frits Staal, "Di sebelah Barat Daya India yang jauh itu, negeri Kerala, jauh dari tapak bekas kebudayaan Weda, ada beberapa keluarga yang hidup dalam masyarakat terasing dan ortodoks dari cawangan bangsa Brahmana Nambudiri memelihara lagi amalan tradisi Wedika dan terus mengamalkan upacara seperti Agnisthomam (Somayagam), yang mengambil masa lima hari dan menggunakan tumbuhan suci, Soma dan Agnicayanam atau Athirathram yang mengambil masa 12 hari dan berterusan lagi beberapa malam.
Kelayakan Menjalankan Somayagam
Sesiapa pun dalam kalangan Brahmana puak Nambudiri berkelayakan melaksanakan upacara ini, dengan syarat-syarat:
- Dia itu mesti datang dari kelompok yang sememangnya dikhusukan bagi menjalankan Yagam contohnya dari kelompok Aadu.
- Kalau bapanya masih hidup dan dia melaksanakan Yagam yang sama.
- Jika saudara tuanya masih hidup dan menjalankan upacara Yagama yang sama atau dia itu anak sulong.
- Dia menjalankan upacara yang lebih pendek, Adhanam. Adhanam ini sama seperti Agniadhanam dirujuk dalam bahagian Shodasakriyakal.
- Dia sudah kahwin dan isterinya itu hidup.
Brahmana Nambudiri selepas menjalankan Somayagam maka dia akan dipanggil Somaya Ji atau Somaya Jipad. Seorang Somaya Ji boleh menjalankan Yagam tahap lebih tinggi, Atiraathram, jika:
- Dia itu sudah kahwin dan isterinya hidup.
- Bapanya (jika masih hidup), dan abang sulongnya (jika masih hidup) pun ada menjalankan upacara sama.
Seorang Somaya Ji selepas menjalankan Athiratram mendapat gelaran Akkithiri atau Akkithiripad. Hanya beberapa orang sahaja pedanda Brahmana Nambudiri yang mengaji Rigweda, Yajurweda dan Samaweda yang mendapat gelaran ini. Yang menjadi kepala utama bahagian rujukan upacara Wedika ini ada enam keluarga antaranya Cherumukku, Thaikkat (kedua-duanya dari Sukupuram Gramam), Perumpadappu, Kaplingaad (kedua-duanya dari Peruwanam Gramam, Kaimukku Mana dan Panthal Mana (kedua-duanya dari Irinjalakkuda Gramam). Keluarga empat yang terakhir itu menjalankan Yagam kira-kira 50 tahun lepas manakala dua yang lain menjalankannya baru-baru ini sahaja sekitar 1970-an ke 1980-an.
Tatkala orang Brahmana serata benua kecil India berhenti menjalani Yagam disebabkan oleh penolakan pesaka ini oleh penganut ajaran Buddha dan ajaran Jina, maka Brahmana Nambudiri pun menjadi berat juga hendak menjalani Yagam beberapa tahun lamanya. Kemudian, Mpu Mezhatol Agnihotri yang kemudian berusaha menyambung semula pesaka Wedika ini. Usaha beliau ini mendapat sokongan tujoh kampung Brahmana Nambudiri lain iaitu Perinchellur (Taliparamb), Karikkad, Sukapuram, Panniyur, Alathiyur, Peruwanam dan Irinjalakkuda.
Maka cuma tujoh kampung ini sahaja yang Brahmana Nambudirinya memperoleh hak untuk menjalankan Yagam. Tujuh keluarga selain keluarga Agnihotri turut menyambung usaha Yagam bersama-sama dan mereka menjalankan 99 Yagam semuanya. Melihat dari sisi ini, sumbangan Mpu Mezhatol sangatlah besar dalam memelihara tradisi Wedika. Sampai hari ini, Brahmana Nambudiri masihlah menghargai usaha beliau itu. Sumbangan kedua dalam kelompok Brahmana Nambudiri pula dibuat oleh Mpu Sankara yang berusaha memurnikan kebudayaan Brahmana Nambudiri di Kerala sekitar kurun ke-8 M.
India dan Pesaka Wedika Kini
Sampai hari ini, upacara samaya Wedika ini dipelihara di dua tempat. Satu di Barat India dengan sambungannya sampai ke Utara di negeri Uttara Pradesh dan Maharashtra serta di Selatan India di negeri Tamil Nadu, Kerala, Karnataka dan Andra Pradesh.
Tradisi India Selatan lebih kuat disebabkan oleh penaklukan orang Islam di Utara serta penyebaran ajaran Buddha dan Jina. Sebelah Pakistan sana, penganut ajaran Buddha dan penganut agama Hindu banyak menganut Islam pula. Budaya Wedika pesaka makanya beranjak turun ke Selatan India.
Hari ini, tradisi Rigweda (cawangan Aswalayanan), Yajurweda dan Samaweda boleh dilihat di Barat India. Tradisi Atharwaweda beberapa tempatnya kelihatan di Surashtra di Maharashtra dan Paippalada di Kalinga. Ada beberapa lagi tradisi Wedika yang terasing di Nepal yang terasing dari tradisi pokok di India Utara. Mungkin juga tradisi Wedika terlepas sampai di Pulau Bali di negara Indonesia dan lain-lain rantau di Indochina. Frits Staal menyebut, "Sukarlah melihat suatu apa pun yang tertinggal di Tanah Asli pesaka Weda di sebelah Barat Laut India, dan juga di sebelah Bengal dan di Utara lanjut".
Kebudayaan Wedika India Selatan diwarnai oleh banyaknya Yajurweda, bersama Rigweda dan Samaweda. Kampung Brahmana Nambudiri iaitu Sukapuram Gramam kemungkinannya menjadi kubu kuat bagi pesaka Wedika Kaushitakan. Atharwaweda nampaknya tak pernah wujud di Selatan India. Walaupun Rigweda ini sama di sebelah Barat India dan Selatan India, namun cara mengajinya itu tak sama pula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan