Rabu, 16 Oktober 2013

Gurubani: Ik Onkar

Satsriakal!


 

Ik Omkar merupakan lambang kepada Hakikat Tertinggi Esa yang menjadi tumpuan kepada falsafah penganut agama Sikh. Ik ertinya satu atau kesatuan, On ertinya itu tertinggi atau Bhraman, dan Atma iaitu Jiwa Tertinggi bagi seluruh Jagat atau Rupakara, dan Kar ertinya tanpa sebarang bentuk atau rupa.  

Ia ditemukan dalam semua sastera agama dan juga di Gurudwara. Datangnya dari bahasa Punjabi dan merupakan Mula Mantra bagi merujuk kepada kewujudan "Yang Esa Malar" merujuk kepada Sang Hiyang Maha Esa. Biasanya dalam tulisan Gurumukhi dan selalunya merupakan bahagian dalam semahiyang pagi, Japji Sahib.

Dalam pembukaan Guru Granth Sahib, ia menjadi Mula Mantra pula. Kemudian ia dipakai menjadi Mula Mantra dalam Japji. Kemudian diikuti oleh 38 seloka dan seloka pengujung.

Ikk omkar satinaamu karata purau nirapa'u nirawer akal murat ajuni sepam gurprasad.

Satu Kesatuan Jagat, Yang Maha Tinggi Kebenarannya tiada berubah, Pencipta Jagat Raya, melampaui ketakutan, melampau kebencian dendam, melampaui kematian, melampaui kelahiran, berdiri sendiri, menerusi Karunia Sang Guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan