Rabu, 16 Oktober 2013

Buah Betik

Om Swastiastu!


Buah betik ini sangat bagus bagi kulit dan boleh diperguna sebagai pembungkus muka bagi mendapatkan kebaikannya. Ia membantu menghapuskan jerawat dan membantu membuka pori-pori tersumbat.

Isi buah betik yang diperam disebut Papain itu membantu mencairkan sel mati, memberi kesan kulit yang segar dan bersinar. Buah betik ini merupakan buah yang kaya serat dan rendah tahap kolesterolnya.

Ia mengandungi enzim-enzim yang membantu menghalang pengoksidaan kolesterol, yang kemudiannya akan membantu mengelakkan serangan jantung. Anti-oksida dalam buah betik membantu mengawal tua sebelum usia. Ciri buah betik ini membantu anda kelihatan muda remaja.

Biji betik juga mempunyai nilai perubatan tersendiri. Ia sangat bagus bagi merawat cacing dalam usus di tubuh anda. Buah betik membantu menghalang makanan tak hadam dan masalah sembelit. Enzim Papain itu merupakan enzim yang menghadam dan membantu dalam penghadaman semulajadi.

Air perahan buah betik membantu mengubati jangkitan dalam tali perut dengan membersihkan nanah dan lendiran daripadanya. Anda boleh minum air buah betik selalu supaya cepat sembuh. Buah betik bagus mengubati jangkitan di kulit serta luka-luka yang lambat nak sembuh.

Kalori rendah dan nilai nutrisi yang tinggi sesuai bagi sesiapa yang ingin berdiet dan mengurangkan berat badan. Bagi wanita mengandung, pengambilan sedikit potongan betik membantu mengelakkan loya tekak dan rasa loya pagi hari. Selain itu, ia mengandungi enzim anti-inflamasi yang membantu melegakan kesakitan bagi penghidap atritis, edema dan tulang rapuh. Ia juga mengandungi bahan anti-barah yang menghalang pertumbuhan sel barah.

Buah Betik mempunyai vitamin A dan vitamin C. Ia membantu meningkatkan pertahanan tubuh dan sangat bagus bagi mereka yang kena demam dan jangkitan selesema. Basuhan rambut atau syampu yang mempunyai perahan betik bagus bagi mengawal kelemumur.

Buah Betik yang dimakan mentah-mentah itu, boleh mengawal datang bulan tak teratur masa bagi kaum wanita. Ia melegakan ketegangan semasa datang bulan dan membantu melancarkan perjalanan turun darah semasa datang bulan. 

Jadi, sebaiknya tuan-tuan dan puan-puan makan Buah Betik itu sekali seminggu. Buah Betik boleh dimakan bersama salad buah-buahan, sebagai rojak, sebagai colek seperti di Terengganu sana tu, atau dimasak dengan lain-lain hidangan istimewa keluarga anda. Atau boleh saja dipupurkan di muka terus bagi kulit yang sihat. Elok juga ada pokok Betik di taman rumah tuan-tuan. Segala pokok-pokok ini berguna untuk kesihatan rumah tuan sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan