Rabu, 16 Oktober 2013

Brahmana Nambudiri: Pemeliharaan Weda Suci

Om Swastiatu!


Pemeliharaan Kesucian Weda

Pengajaran dan pemeliharaan weda suci dijalankan secara lisan. Penulisan samaya lampau tidaklah begitu terkenal dalam kalangan masyarakat Brahmana walaupun catitan itu ada. Apabila penulisan diperkenal kemudiannya entah dari mana-mana, ia dianggap pula sebagai pantang dalam warisan wedika. Untuk suatu masa yang lama, penyalinan sastera suci weda itu di lembaran tetaplah dianggap sebagai mengotorkan dan suatu perbuatan jahat!

Karenanya, kekuatan ingatan dan sebutan memainkan peranan dalam pemeliharaan sastera suci kita. Sastera wedika terkemudian seperti Aitareya dan Aranyaka, menyebut bahawa anak-anak bangsa Brahmana dilarang membaca weda suci selepas makan daging, melihat darah atau bangkai, berhubungan jenis atau terlibat dalam penulisan sehingga dia mandi barulah boleh dibaca semula weda. 

Penyebaran weda suci menerusi lisan itu diperturun dari bapa ke anak atau dari guru ke muridnya dikenali sebagai Adhyayanam atau pengajian. Yang ini berlawanan dengan Prayogam atau pemakaian sastera dalam upacara yang merujuk kepada penggunaan umum sastera wedika dalam upacara atau Winiyogam yang merujuk kepada pembacaan mantra tertentu dalam tahap-tahap tertentu dalam upacara pengorbanan dan puja. Seorang atau lebih pedanda semasa upacara akan membaca seloka dan mantra sastera weda. Susunan dan tatasusunan pembacaan mestilah menurut kepada syarat upacara. Kesannya, seloka dan perkataan selalunya akan dibawa keluar dari konteks oleh barangsiapa yang membacanya dan yang pakar dalam penyusunan dan penyusunan semula ayat-ayat dalam Prayogam.

Namun, susunan sebenar seloka dan mantra itu diikuti sepenuhnya semasa Adhyayanam. Maka, kelompok Brahmana Nambudiri boleh dilihat sebagai satu-satunya pakar dalam pembelajaran dan pengajaran weda suci. Setengahnya pakar dalam mengubahsuai susunan dan menyusun semula seloka-seloka menurut keadaan selain menambahkan beberapa ayat lain dari weda juga untuk kegunaan upacara dalam peringkat Prayogam ini.

Kelompok ketiga Brahmana Nambudiri memelihara amalan persendirian dan mengetahui mengenai cara dan bila untuk membaca mantra tertentu dalam bahagian Winiyogam. Pembelajaran weda, Prayogam dan Winiyogam, dengan cara betul, memerlukan kecerdikan dan juga kemampuan ingatan tinggi. Pengetahuan dalam weda dan menyebut sebutan betul mantra serta pembacaan persendirian akan diperiksa setiap hari disebut bahagian Anyonyam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan