Memaparkan catatan dengan label wedanta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wedanta. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2014

Totakastakam


 

विदिताखिलसास्त्रसुधाजलधे महितोपनिषत्कथितार्थनिधे ।

हृदये कलये विमलं चरणं भवशङ्कर देशिक मे शरणं ॥ १॥

करुणावरुणालय पालय माम् भवसागर दुःख विदूनहृदम् ।

रचयाखिलदर्सनतत्त्वविदम् भवशङ्कर देशिक मे शरणं ॥ २॥

भवता जनता सुहिता भविता निजबोधविचारण चारुमते ।

कलयेश्वर जीवविवेकविदम् भवशङ्कर देशिक मे शरणं ॥ ३॥

भव एव भवा निति मे नितरां समजायत चेतसि कौतुकिता ।

मम वारय मोहमहाजलधिंभवशङ्कर देशिक मे सरनम् ॥ ४॥

सुक्रिते’धिक्रिते बहुधा भवतो भविता समदर्शनलालसता ।

अतिदीनमिमं परिपालय मां भवशङ्कर देशिक मे शरणं ॥ ५॥

 जगतीमवितुं कलिताकृतयो विचरन्ति महामहसश्छलत: ।

अहिमांशुरिवात्र विभासि गुरो भवशङ्कर देशिक मे शरणं ॥ ६॥

गुरुपुङ्गव पुङ्गव केतन ते समतामयताम् नहि को’पि सुधी: ।

सरणागतवत्सल तत्त्वनिधे भवशङ्कर देशिकमे शरणं ॥ ७॥

विदिता न मया विसदैककला न च किञ्चन कान्चन मस्ति गुरो ।

द्रुतमेव विधेहि क्रुपां सहजां भवशङ्कर देशिक मे शरणं ॥ ८॥

Khamis, 14 November 2013

Ahamkara dan Kerohanian


Ahamkara merupakan alat bagi Aham atau Roh. Roh ini merupakan dasar bagi diri persendirian yang bertindak sebagai entiti bebas kesedaran dalam hakikat tidak murni namun ia tak mempunyai kesedarannya yang sendiri. Kalau dilihat pada gambar yang ku sertakan itu pasti rakan-rakan paham sebab apa dilarang memetik japa dengan jari telunjuk. Tangan tuan akan membentuk mudra ahamkara yang melambangkan egoisme. Mudra-mudra ini sangat penting dalam proses pembentukan diri tuan semua.

Ia sebenarnya adalah roh diri, tercetus daripada bahan pemikiran atau tenaga gelap dan emosi. Ia menjadi alat bagi perkembangan persendirian roh ego, seperti juga deham (tubuh kasar, acuan) yang menjadi alat penggerak bagi perkembangan diri minda atau roh ego. Ia menjadi pembentung kepada Sakti Cit, dalam kesedaran yang merupakan cetusan kecil sahaja daripada Cit, Kesedaran Sejagat.

Ia menjelmakan dirinya dengan mengambil rupa segala tindakan buddhi, manas, deria tubuh dan anggota bagi tindakan. Ia dipercayai wujud dalam ruang lingkup keduaan, dalam keadaan penjatian dengan tubuh kasar, keperluannya dan keinginannya. Ahamkara ini berkaitan dengan Wak Tattwa, salah satu daripada 36 Tattwa dalam falsafah Wedika dan keagamaan Hindu. Dalam ahamkara ini, tahap raja guna menguasai. Keadaan ini disebabkan oleh penjatiannya itu hanya dengan sebahagian kecil sahaja ciptaan (tubuh) dan menolak segalanya yang "bukan aku". Ia menjadi taklukan kepada rentetan samsara seperti, kebanggaan, keegoan, suka bersaing dan membandingkan, benci dan dengki.

Walaupun ahamkara ini umumnya merupakan tahap khayalan, sekali saja seorang jatuh dalam keadaan itu, Wak Tattwa akan muncul. Bila terjatuh, maka pertama kalinya keazaman yang menjadi langkah pertama ke jalan kerohanian dan pencerahan akan bergerak seiring. Keazaman itu mendasar kepada deria tatasusila. Tanpa ahamkara (personaliti) yang harmoni dan berkuasa pun, dipikirkan bahawa mustahil juga untuk mengusahakan pencapaian usaha ke tahap kerohanian yang lebih tinggi.

Kedudukan ahamkara dan buddi ini kadangkala dipersembah dalam susunan terbalik karena, sebagai prinsip bagi "Keakuan", ahamkara dibenarkan mengawal manas (minda deria pengesan) dan buddhi (naluri dan intelek tinggi). Namun buddhi ini merupakan tattwa yang tinggi, dan ahamkara ini makanya cuma boleh naik ke kedudukan tinggi daripada buddhi itu dari titik pandangan fungsiannya sahaja. Dari pandangan mutlak, ahamkara ini dicetuskan oleh buddhi makanya ia sebenarnya boleh ditakluki oleh buddhi dan rendah saja kedudukannya daripada buddhi!

Selasa, 29 Oktober 2013

50 Daiwa Locanam Bhg. 3


Dengan menambah keinginan, kita cuma menambahkan kemiskinan sahaja. Perkara asas bagi hidup dan mruah patutlah disampaikan kepada semua orang dalam negara. Maka, bagi yang ini kita merencana. Orang yang berpengaruh itu patutlah hidup seperti orang miskin dan berhenti sudah meningkatkan keinginan yang melebihi keperluan. Yang kaya patutlah berkongsi kemakmuran dengan yang miskin. Inilah punnyam yang membawa kepada keselamatan. Lebih banyak keinginan kita itu, sampai ke tahap nya, langsung tiada lagi keamanan atau keselesaan dan ia cumalah membawa kepada kemiskinan dan kesedihan sahaja.

Wedanta yang merupakan kemuncak weda-weda suci mengajarkan cara bagi kita mengalihkan segala kesedihan. Kebencian dan nafsu keinginan timbul hanya kepada bahan-bahan yang bukan dari kita. Nafsu keinginan itu tak akan timbul jika bahan-bahan dianggap sebagai sejati dengan kita. Jika tiada sesuatu pun melainkan kita, maka nafsu keinginan pun tak timbul. Jika tak ada nafsu keinginan, maka tak ada lah usaha dan tak ada dosa. Tiada dosa, maka tiada sesiapa pun. Tiada sebarang derita duka.

Kita mungkin diserang pelbagai jenis kesedihan. Yang kenampakan sebagai kesedihan kepada semua orang itu tak mungkin nampak sedih bagi kita. Jika kita selalu gembira suka, tanpa mau mencapai sebarang kebendaan tak disentuhlah oleh kesedihan. Bagikan daun Teratai dan biji Kalakodi. Yang digelarkan yoga. "Ketahui bahawa untuk ditandai sebagai Yoga itu adalah sesuatu yang terpisah daripada kesatuan dengan kesedihan. Yoga itu pengalihan diri daripada dikaitkan dengan kesedihan".

Dalam usaha mencapai kehendak seseorang itu, kenapa pula Weda suci kena berbicara untuk banyak benda? Persoalan ini mungkin timbul dalam pikiran kita. Menerusi banyak benda yang mungkin bagi kita memahani bahawa kehendak seseorang iaitu hakikat: yoga, tapa semadhi, pengorbanan, menjalankan karma; yang tatkala semua ini disempurnakan, apa yang ditandai oleh ini semua itu adalah Hakikat yang satu jua. Hakikat inilah yang menjadi kehendak bagi Weda. Yang lain itu cirinya senantiasa berubah. Ia terjalin menjadi satu cetera dan kemudian cetera itu pun sirna terhapus begitu sahaja.

Untuk apa kah pengetahuan perubatan itu? Tujuannya biar tubuh sihat dan kuat. Kenapa kalau tubuh itu tak sihat dan tak kuat? Tubuh akan kena penyakit lah. Jika kena penyakit pula apa kejadiannya? Seorang itu tak akan mampu berfungsi dengan baik. Dia, Jiwa Tertinggi yang mengaruniai tubuh ini kepada kita. Ini lah kebenaran. Kita mesti mengamalkan beberapa disiplin pula. Kita boleh mengamalkannya hanya jika tubuh kita ini sihat dan berkeadaan baik. Dalam usaha memastikan tubuh terpelihara baik, kita mestilah menghalangnya daripada menjadi mangsa penyakit. Pengetahuan perubatan memberitahu kita cara mengubati dan menghalang penyakit. Makanya, Ayurweda itu membantu kita menyedari pengalaman Adwaita.

Sawikapla Semadhi

Minda itu tegoh tanpa sebarang gangguan sampingan, merenung bahan sepenuhnya menyerap ke dalamnya.

Nirwikalpa Semadhi

Tujuannya itu adalah Yoga. Dalam keadaan ini, minda kurang berfungsi lagi dan hilang terus. Meninggalkan Jiwa itu bersinar sendirian. Dalam Adwaita, jalan tapa semadhi ini dikenalpasti; namun di sini bahan tapa itu adalah Brahman yang tiada beda-beda lagi.

Sahaja Semadhi

Yang ini dicapai menerusi jalan mengkaji dan bertanya. Ia merupakan tahap semulajadi Jiwa. Kesedaran dan satu daripada fenomena yang dibiarkan berlalu macam itu saja.

Tiada sesuatu pun untuk dibanggakan apabila aku melihat orang ramai memuja bertabik kepada aku. Namun apabila aku merenung semula bahawa pemujaan itu diperbuat sebenarnya kepada Sang Hiyam Widdhi. Mereka berpikir bahawa Sang Hiyam Widdhi itu boleh didekati menerusi aku, maka aku berasa suka hatinya bahawa ramai orang yang mempercayai-Nya yang Maha Pengaseh yang akan mendengar keluh-kesah mereka dan mengalihkan kedukaan mereka.

Agama Hindu ini berkembang menerusi kebaktian yang mendalam, tapa dan pemurnian jiwa. Aama lain mungkin berkembang dengan menerusi propaganda yang diperbesar-besar atau menerusi pertelingkahan. Sebabnya berjuta-juta orang tetap bertahan dalam tradisi agama Hindu ini, walaupun dibayangi oleh agamawan lain yang lebih berkuasa propagandanya, menerusi godaan wang, peperangan, dan sebagainya itu adalah disebabkan oleh Mahatma yang berada dalam kalangan kita dan disebabkan mereka itu kita masih kekal berada dalam lipatan agama Hindu. Kita mengembangkan kebaktian kepadanya dan meningkatkan lagi kepercayaan kita dalam agama kita menerusinya. Terdapat ayat Weda Suci yang menyatakan bahawa pokok yang berbunga itu sendirinya menarik lebah-lebah berkerumun. Jika kita memeriksa kendiri kita ini, dan kita dapati bahawa seseorang dalam kalangan itu sempurna maka lokamaya ini akan segera mengikut kepadanya.

Seorang anak itu makan tanah. Tangannya diikat oleh si ibu. Anak pun marah lantas menangis. Adakah disebabkan ini ibunya mengikat tangannya? Kita tak tahu belas kasihan Ibu Jagat. Kebaikan atau keburukan yang menimpa kita itu disebabkan oleh karunia-Nya. Penderitaan dan keperitan itu juga adalah karunia-Nya untuk beberapa sebab. Harus kita terima sebarang perkara yang menimpa kita tanpa mengira baik atau buruk itu sebagai karunia Ibu Jagat. Kita tak mengetahui kenapa Ibu Jagat memberikan kita itu semua. Penglihatan kita ini terbatas. Kita tidak tahu apa yang sebelum atau apa yang selepas. Jika kita mampu melihat masa lampau, masa kini dan masa depan, maka kita ketahuilah bahawa Sang Hiyam Widdhi itu bukannya mahu perkara buruk menimpa kita. Selain daripada-Nya tiadalah sesiapa lagi yang terdekat dengan kita walaupun saudara-mara sekali pun.  

Kita tak boleh berkata bahawa seorang anak atau orang bodoh yang terus diam tanpa sebarang kegiatan bak batu itu sebagai agung. Kita tak boleh menganggapnya sebagai telah menerima Jiwanamuktih. Ini sebenarnya kesan daripada dosa. Dia seorang Yogi atau Jnani yang kebijaksanaannya sangat halus dan setajam mata pedang. Dia menjadi pokok yang layu, dan bahan yang tak bergerak dengan pemikiran yang tegoh. Dia harus memahami segala perkara yang terjadi sekelilingnya. Pengetahuannya harus sempurna. Dia tak patut terpengaruh dengan nafsu suka mau pun kesedihan. Dia harus senantiasa suka bahagia. Tak ada sesiapa pun dalam kalangan kita seperti itu dan Sang Eswara itu digambarkanlah sebagat Sat Chit Ananda.

Jika Sang Hiyam Widdhi itu lautan belas kasihan dan jika Dia Maha Mengetahui, maka Dia jua mesti mengetahui kehendak kita tanpa kita bercakap pun. Kenapa kita harus bermohon itu dan ini kepada-Nya? Jawapan munasabahnya itu, daripada kita bermohon kepada orang-orang tak guna di tempat-tempat tak berguna, ada baiknya kita bermohon hanya kepada Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Mencakupi. Selain daripada itu, tiadalah sebarang penegakan pun bagi kita buat memohon itu dan ini kepada-Nya.

Selasa, 11 Jun 2013

Perbincangan Wedanta: Punar Jelma

Om Swastiastu!


Hal ini datang dari persoalan seorang rakan kita... Katanya dalam persoalan yang pertamanya, telah dijelaskan dalam pustaka suci mengenai Atman itu tidak mempunyai karma dan segala yang ternampak di jagat raya ini termasuklah diri kita itu cumanya angan belaka. Makanya, apa itu punar jelma? Sekiranya Atman itu tidak masuk ke tubuh lain tetapi tercatat pula dalam Begawadgita mengenai jelmaan semula itu mengambil masa beberapa lamanya selepas perlinanya seseorang itu tapi tiada pula keadaan berterbangan ke sana ke sini mencari tubuh lain???

Persoalan keduanya pula, dalam jelmaan ini dengan jelmaan terkemudian atau sebarang jelmaan yang diambil seseorang itu, apa yang dibawa dari jelmaannya kini dan bagaimana ia berlaku? Apa yang terjadi kepada pikiran, gnana, prana dan adrishiyam tatkala matinya tubuh seseorang itu?

Pertanyaannya banyak sekali amat beratlah hendak diberi balasannya. Pertamanya, kita mengenalpasti jati diri kita ini sebagai Atman. Tak ada persoalan lanjut lagi tertinggal, iaitu persoalan dan juga pertanyaan, semua tiga atau tiga serangkai, melarut ke dalam satu Atman yang akarta dan abhokta, tidak berbuat dan tidak pula menikmati.... Makanya, seseorang itu dapat memahami bahawa tak ada jelma itu sendiri untuk merisaukan perkara punar jelma.

Persoalan ini cuma berlaku bagi mereka yang ingat bahawa dirinya itu lahir atau menjelma dalam kehidupan yang ini yang menunjukkan juga bahawa dia tidak menyedari "Akulah Atman" yang suci murni, abadi dan tiada batasan-Nya. 

Persoalan ini juga menunjukkan bahawa kita ini mengetahui pustaka ikat lontara suci dalam bicaranya serta kita menerimanya juga sebagai tattwa tapi ada pula wacana kita bahawasanya "Aku ini satu jiwa" yang mengambil jelmaan tertentu. Maka lahirlah wacana bahawa aku ini pembuat yang ini dan yang itu. Oleh itu, aku bertanggungjawab untuk segala yang ku perbuat kini atau yang ku perbuat di masa lampau. Karma yang ku perbuat di masa lampau bertanggungjawab pula menyebabkan keadaanku di jelmaan ini begini dan menyebabkan aku berada di tempat ini dan itu.   

Katakanlah, kini aku bekerja sebagai seorang jurutera. Aku menjadi begini kerana pada masa lampauku, aku pergi ke sekolah serta mendapatkan kelayakan untuk pekerjaan itu. Makanya, masa kini merupakan kesan bagi masa lampau dan masa depan itu pula merupakan kesan lampau yang ditambah baik oleh tindakan aku yang sekarang ini. Sabdawalinya itu adalah prarabda dan purusartha. Yang ku punyai ini adalah prarabda manakala yang ku perbuat dengan yang ku punyai itu purusartha. Masa depanku itu terjadi disebabkan oleh tindakan ku kini yang membega masa lampauku itu. 

Aku boleh mengembangkan diriku mahupun mengutuk diriku sendiri. Pilihannya itu di tangan aku. Aku bukanlah tubuh legap ini yang terdiri daripada karbohidrat dan mineral galian serta air tetapi orang perseorangan yang bertempat tinggal dalam tubuh ini. Menggunakan tubuh ini untuk merasai karma phala sama ada baik atau buruknya. Ikat lontara suci semuanya menyatakan bahawasanya, kematian itu menyekat tubuh tatkala ia tak berguna lagi bagi merasai rentetan karma phala yang mendatang serta masuk ke ksetram atau mengambil tubuh lain yang lebih selesa bagi menyusutkan karma phala ku. 

Semua ini terjadi selagi aku tidak mengenalpasti bahawa aku ini bukanlah selain daripada Atma atau Brahman yang suci murni, abadi kekal tiada batasan. Makanya, sebagai Atma aku ini tiada punya jelma mau pun punar jelma. Sehingga aku mengenalpasti perkara itu, maka punarapi gnanam akan terus berterusan seperti yang diberitakan segala purana.

Penanya soalan itu bertanya lagi, Brahman itu satu-satunya yang ada. Jadi tak ada kah tempat yang tak ada Brahman? Jadi, jika seorang pembunuh atau orang alim mati pun dia tetap akan berakhir dalam Brahman? Sedangkan pada masa mereka bernyawa dalam tubuh itu pun mereka sudah berada dalam keadaan Brahman. Bedanya itu, orang alim itu menyedari Brahman sedangkan si pembunuh itu tak menyedarinya. Jadi, persoalannya itu mengapa kita cuba mencapai Brahman dan kenapa pula dikatakan seseorang itu tak mencapai Brahman disebabkan kesalahan karmanya sedang dia sudah pun berada dalam keadaan Brahman?

Dalam perjawaban juga terdapat kenyataan, "Sebagai Atma, aku tak menjelma atau pun punar jelma pun. Sehingga aku menyedari bahawa punarapi gnanam berterusan sebagaimana yang diberitakan ikat-ikat pustaka lontara suci". Seorang yang mengetahui bahawa dia itu adalah Atma dan seorang yang tak mengetahui bahawa dia itu Atma kedua-duanya pun dalam Brahman. Jadi, apa gunanya berkata, "sehingga kita menyedari punarapi gnanam" sedangkan orang yang tak mengenalpasti punarapi gnanam itu pun berada dalam keagungan Atma atau Brahman?

Bagi soalan yang ini, jawapannya terdapat dalam upanishad. Sebagaimana yang difahami, tiada suatu apa pun yang nyata kecuali Brahman. Tak ada soalan lanjut lagi. Bagi agnani (agnostik) atau gnani (gnostik) itu merupakan penggulungan berdasarkan kepada agnana saja kerana dalam Brahman itu tak ada perbedaan gnani dan agnani.  

Diperjawabkan juga, "pustaka ikatan lontara suci menyebut, kematian itu menyekat tubuh apabila ia sudah tak berguna lagi bagi merasai rentetan karma phala dan masuk ke ksetram atau mengambil tubuh yang selesa untuk menghauskan karma phala ku? Semua ini terjadi disebabkan aku tak mengenalpasti bahawa aku bukan dari sebarang Atma atau Brahman suci murni, tak terbatas serta abadi" Jadi, apa yang terjadi apabila seorang batak (budak) itu terbang nyawanya? Batak kecil langsung tak tahu mengenai Brahman. Yang mereka tahu cuma menyusu di kantung susu ibu mereka sahaja. Tak ada siapa pun boleh mengajar mereka mengenai Brahman kerana akal mereka pun belum meningkat. Bukan salah mereka juga jika mereka mati muda sebelum menyedari Brahman. Apa pandangan kepinanditaan mengenai perkara ini?

Perkara yang terjadi kepada anak kecil yang mati itu sama saja seperti yang terjadi kepada sebarang tubuh lain yang mati. Kematian menghapuskan tubuh daripada mengambil tubuh lain dalam pada menghauskan rentetan wasana (pemikiran) yang bertunas seperti yang disebut baginda Begawan Kresna sebagai, itu bukan Aku. Pada pemahaman kepinanditan sekelian, batak kecil yang mati (sama ada berkembang akalnya atau tidak) disebabkan oleh prarabda karma dalam jelmaan atau kelahiran yang dilemahkan dan dia memerlukan jelmaan seterusnya supaya dia boleh melemahkan rentetan sanchita karma seterusnya yang sedia untuk bercambah.

Makanya di sini, karma semua orang berkaitan dan terlibat dengan si mati itu turut terlibat. Aturannya itu apa yang aku ada adalah prarabda dan apa yang aku perbuat dengan yang aku ada itu adalah purusartha atau usaha kendiri yang apabila berpeluang atau diberi pilihan pastu aku perbuat. Kemudian kita menerima segala yang mendatang itu sebagai prasadam, wibhuti atau lungsuran dari pengetahuan Sang Hiyang. Pada hakikatnya juga, tak ada sesiapa pun dalam loka ini mati tak bersebab. Apa betul? Dalam Wirata Swarupam, Begawan Kresna menunjukkan serta menyatakan bahawa baginda itu Kala atau Masa. Kala itu memakan segalanya! Jadi, menurut pandangan Wedanta, tiada suatu pun perkara di jagat ini yang berlaku dengan secara kebetulan. Hanya ada kejadian sahaja serta penyebab kepada kejadian. Pemikiran manusia yang terbatas itu tak bolehlah memahaminya. Tiada satu pun perkara yang terjadi tanpa keperluan dan itulah undang-undang jagat.  

Berbalik kepada pokok persoalan, masalah utama pada persoalan rakan ini adalah; penting sekali untuk mengenalpasti dari mana datangnya rujukan mengenai kenyataan yang diperbuat. Jika dikatakan aku memahami Brahman ini lah satu-satunya yang ada, dan aku Brahman. Perbincangan yang berikutnya sudah tak berlaku lagi. Tak ada soalan, tak ada penanya soalan dan tak ada juga permasalahan. Semua sudah diselesaikan kerana tak ada suatu apa pun selain daripada Brahman yang "tak berbelah bahagi".

Perbincangan mengenai jelma dan punar jelma hanya berlaku apabila seseorang itu memikirkan mengenai tubuhnya yang lahir itu. Yang tiada terbatas itu tak boleh melalui sebarang pemotongan atau diubah-ubah. Persoalan yang keluar dalam bayangan kepala hanya apabila ada orang yang salah tapi tak rasa dia bersalah. Dan mengenai orang yang pikir bahawa dia berbeda daripada Brahman lalu dia menjelma dan ingin mengetahui mengenai jelmaan masa ke depannya. Jika aku ketahui bahawa rakan yang ini salah, maka kesalahan itu akan gugur lalu mendedahkan kebenaran yang terselindung olehnya. Tapi persoalan melibatkan pengambilan perkara yang salah sebagai satu yang benar jadi kelahiran itu juga menjadi kebenaran hanya berada pada tahap pemikiran si penanya soalan saja. Daripada soalan ini pun, seorang itu kena menjawab bahawa yang salah boleh disalahkan dan jawapan lain diberikan itu cuma akan mengesahkan kesalahan itu saja. Ajaran yang ini ditujukan bagi barangsiapa yang tidak mengenalpasti "Akulah Brahman". Dalam Brahman pula, tersebut bahawa tak ada persoalan mengenai jelma atau punar jelma.

Pesanan kepinanditaan sekelian, supaya orang ramai itu mengenalpasti dahulu keadaan rujukan dari mana kebenaran itu ditunjukkan sama ada dari Paramarthika atau dari Wiyaharika. Kekeliruan cuma timbul apabila orang itu menyaling gantikan rujukan tersebut. Ajaran ini akan sempurna sekiranya seseorang itu memahami rujukan dari mana ajaran dilepaskan. Jika aku memahami bahawa aku ini atma; segala persoalan pun terhenti sendiri. Si penanya soalan sebenarnya cuba hendak menggabungkan pandangan dwaita (duaan) dengan adwaita (kesatuan).

Yato wacho niwartante apraya manasa sah.... Kata-kata dan pikiran itu tak tercapai di sana... Hari Om Tat Sat...

Khamis, 11 April 2013

Maya Panchagam

Oleh Empu Adi Sangkara
Terjemahan oleh NG

Menurut kepada adwaita wedanta, Brahman itu satu-satunya Hakikat. Brahman ini tampak kepada kita sebagai jagat raya yang mempunyai pelbagai nama dan rupanya. Perkara ini terjadi disebabkan oleh kejahilan kita sendiri mengenai Brahman. Halnya seperti tali yang di dalam cahaya yang samar-samar itu kita sangkakan ular.

Kejahilan inilah yang kita sebutkan sebagai maya dan kepercayaan ikut-ikutan. Dalam ulasan beliau untuk Kathopanishad, Empu Adi Sangkara berkata, "Tiada terukur, tiada terduga dan pelbagainya warna maya ini, yang segala ciptaan walaupun sama hakikatnya dengan Diri Tertinggi, dan walaupun diajarkan begitu, tidaklah dapat mengecapi hakikat dan mengenalpasti dirinya itu sebagai Diri Tertinggi. Walaupun tidak diajarkan, dia menerima yang "bukan dirinya" itu sebagai dirinya iaitu kula tubuhnya dan deria lalu dia ingat bahawa, "aku ini anaknya si anu si anu" walaupun tubuh dan deria serta sebagainya cumalah bahan anubhawa seperti juga kendi dan lain-lain. Sungguhlah bahawa mereka itu sudah dirasuk oleh maya ciptaan Diri Tertinggi yang menyebabkan ia berlalu terus dan terus tiada hentinya dalam putaran kelahiran dan kematian".

Dalam Wiweka Cudamani, padiyam ke-108 Empu Seri Sangkara ada menyebut bahawasanya maya itu tidak boleh dikenali terus tetapi boleh disimpulkan keberadaannya itu menerusi kesan-kesan yang disebabkan olehnya. Maya itu berada pada loka nama dan rupa yang kita perhatikan ini. Ia adalah kuasa Diri Tertinggi juga. Padiyam ke-109 pula menjelaskan bahawa maya itu tidak boleh digambarkan sebagai ada atau tidak ada atau kedua-duanya sekali. Maya itu anirwacaniya iaitu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.   

Maya Panchagam

Melalui Maya Panchagam yang lima seloka ini, Empu Seri Adi Sangkara menjelaskan bagaimana maya itu memperbuat yang tak serasi itu nampak serasi dan menunjukkan pula bagaimana maya menjadikan yang logik itu nampak mustahil. 

Tirupamanityaniram'syakepyakhande. Mayi chiti sarwawikalpanadisyun'ye. Ghatoyati jagadisya jiwa bhedam. Twaghatitaghatonapat'iyasi maya 1

Maya yang mahir dalam membuat segala yang mustahil itu terjadi itu menindan Aku yang pada hakikatnya adalah kesedaran yang murni, yang tiada bandingan, yang abadi, tak pernah tercerai-cerai, tidak terhad oleh ruangan, masa dan perkara lain yang dalamnya tiada perbedaan, perbedaan dalam rupa loka, Yang Tertinggi  dan jiwatma.        

Srutistanigamantasodhakana. Pyahaha dhanadini darsyanena sadyah. Kalushayati, chatushpadadhyabhinnan. Twadhatit'adhat'anapat'iyasi maya 2

Maya ini yang mahir menjadikan segala sesuatu yang mustahil itu terjadi, menjadikan mereka yang menguasai weda-weda dan upanishad pun berkelakuan serupa sahaja dengan binatang empat kaki dengan memikat mereka dengan harta dan pemilikan. Sayang sekali!      

Sukhacida khanda wibodhamaddhitiyam. Wiyadaniladiwinimiti niyojiya. Bhramayati bhawasagare nitantam. Twadhat'i tadhat'anapat'iyasi maya 3

Maya ini yang mahir menjadikan sesuatu yang mustahil itu terjadi, menjadikan Atman yang daripada prakerti suka dan murni serta Kesedaran tiada batasan yang tanpa sebarang ksana menjatikan Diri Nya dengan tubuh dari ciri-ciri angkasa, udara dan selanjutnya... selanjutnya berputar seputar-putarnya dalam lautan pemindahan kewujudan.

Apagatagunnawarnnajatibhede sukhaciti wiprawid'adyaham kertim ca. Sphut'ayati sutadaragehamoham. Twadhat'itadhatonapat'iyasi maya 4

Maya ini yang mahir menjadikan sesuatu yang mustahil itu terjadi, menciptakan Kesedaran Suka murni yang tiada sifat misalnya jati, kepercayaan dan lain-lain, tanggapan ke"aku"an yang melihat atas diri seseorang sebagai brahmana, waisya, dan lain-lain serta keterikatan terhadap anak lelaki, isteri dan rumah.

Widdhi harihara bhedamapya khande. Bata wirachayya budhanapi prakamam. Bhramayati harihara wibheda bhawan. Twadat'i tadhat'anapat'iyasi maya 5

Malang sekali! Maya yang mahir dalam menjadikan segala suatu yang mustahil itu terjadi, menciptakan dalam Brahman yang hanya Esa tanpa sebarang pembahagian itu, pecahan-pecahannya sebagai Sang Brahma, Sang Narayana dan Sang Sambu. Membingungkan walaupun mereka yang berpengetahuan dan menyebabkan mereka memandang Sang Brahma, Sang Narayana dan Sang Sambu sebagai berbeda-beda.

Catitan

Sebagai rujukan kepada seloka pertama... Loka, Tuhan dan jiwatma nampak berbeza disebabkan oleh penambahan-penambahan yang mengehadkan. Pada asasnya, tiada beda atau jati antara ketiga-tiga perkara ini semua. Ketiga-tiga ini semua pun pati Kesedaran Murni, ciri-cirinya itu bagaikan unsur yang membentuk selonggok garam. Tatkala Diri yang tidak berkeadaan itu memasuki penambahan terhad, iaitu tubuh dan anggota yang dicirikan oleh kejahilan, kama dan karma. Maka yang ini disebutlah sebagai perpindahan jiwatma. Apabila penambahan terhad itu merupakan kuasa abadi dan pengetahuan tiada batasan, iaitu maya, maka Diri yang sama itu dikenali juga sebagai Tuhan, yang juga merupakan antaryamin atau pengawal dalaman seluruh buana. Diri yang sama yang bebas daripada segala penambahan yang membataskan, maka itulah Brahman (Br. up. 3. 8. 12 Sangkarabahasiya)