Memaparkan catatan dengan label kerohanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerohanian. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2015

Perubatan Alternatif


Sehingga kini, dunia perubatan Barat melihat kepada teknik Allopati sebagai terapi asas untuk sebarang jenis penyakit. Hari ini, minat untuk mengguna pelbagai jenis bentuk perubatan alternatif semakin meningkat. Namun, kajian perbandingan yang jelas masih belum didokumenkan secara sistematik. 

Pihak Yayasan Kajian Rohaniah (SRF) telah pun membuat beberapa kajian mengenai beberapa jenis kaedah perawatan alternatif bagi membolehkan pembaca-pembaca di seluruh dunia menelusuri beberapa perkara seperti:
  • cara perubatan tersebut digunakan.
  • tahap-tahap ia memberi kesan kepada penyembuhan.
Maklumat-maklumat ini dipetik dari pengalaman-pengalaman para "pencari" SRF yang telah pun memperkembang daya pemandangan lampau deria (ESP) atau mempunya indera keenam yang maju. Ketepatan pengetahuan mereka ini disahkan oleh yang berhormat, Dr. Jayant Athavale.

Bentuk-Bentuk Perubatan Alternatif

Sabtu, 19 Julai 2014

Teladan Brahmana Sudama

Persembahan Sudama lebih Agung


 

Ramai orang kata, Kresna tidak berkawan dan tidak bermusuh. Jadi, bagaimana pula baginda sebagai seorang raja mencemar duli di gerbang istana baginda untuk menjemput rakan baginda, Sudama? Sudama merupakan seorang Brahmana miskin. Beliau itu kawan rapat dengan begawan Kresna semenjak kecil lagi. Kenapa baginda memberi Sudama seluruh kemewahan loka ini sebagai membalas segenggam nasi yang dihadiahi oleh Sudama miskin itu kepadanya? Bukankah ini menunjukkan yang baginda pun berkawan?

Ia bukan mitrabhava yang istimewa, tetapi cuma sekadar mitrabhava. Di sini pun, pemikiran kita muncul seperti pemahaman kita juga. Mungkin kita nampak bahawa membalas hadiah segenggam beras dengan kemewahan seluruh loka itu seperti melampau. Namun, kita terlupa pula bahawa betapa sukarnya Sudama yang miskin itu hendak memberikan segenggam beras sebagai semahan untuk kawannya, Kresna berbanding dengan Kresna yang memberi kemewahan itu dengan mudah. Sudama itu sudahlah fakir lagi miskin, beras itu pun merupakan barang mewah untuknya. Selain itu beliau turut berhadapan dengan rasa rendah diri dan malu!

Oleh itu, Kresna sangat memahami keadaan kawan baiknya itu. Semahan itu dipandang oleh baginda dengan penuh hormat dan penting. Berbeda dengan kita ini. Kita cuma melihat kepada kuantiti barangan, bukannya semangat dan kualiti di sebalik bahan tersebut. Kita tak sedar bahawa begitu sukar sekali seorang Brahmana yang hidup begitu sederhana untuk mengumpulkan segenggam beras berbanding dengan Kresna, seorang raja yang memberi persembahan kembali dengan begitu mudah. Begawan Kresna tidak berlebih-lebihan pun membalas persembahan Sudama, sebaliknya baginda cuma memberi balas hadiah kawannya saja. Kita pun boleh melihat juga, baginda Kresna pun masih belum berpuas hati lagi dengan persembahan kembali baginda kerana baginda berasa baginda boleh berbuat dengan lebih baik lagi.

Persembahan Sudama itu sebenarnya jarang-jarang sekali. Beliau itu hidup melarat. Pada pandangan kita, Sudama lah sahabat yang terbaik. Begawan Kresna pula sangat memahami, jadi baginda bukan seorang yang menentang persahabatan! Baginda itu seperti sebuah lembah yang menggemakan panggilan kita yang sekali itu dengan tujuh kali gema. Sebuah lembah itu tidak menunggu panggilan kita dan tidak pula berkewajiban untuk memberi maklumbalas kepada kita. Namun sudah fitrahnya begitu untuk menggemakan panggilan kita tujuh kali. Perbuatan begawan Kresna itu berakar dari sifatnya sendiri. Baginda cuma membalas kasih sayang sahabatnya yang luarbiasa itu.

Tujuan Sudama pergi ke istana Kresna bukanlah untuk meminta apa-apa. Beliau cuma ingin menyatakan kasih sayang persahabatan beliau kepada Kresna. Walaupun miskin papa, namun beliau masih lagi membawa persembahan untuk kawan lamanya itu. Umumnya diketahui, orang miskin itu cuma menerima saja. Jarang memberi. Namun, di sini, Sudama sendiri membawa persembahan. Persembahan tersebut ikhlas dan bukan untuk meminta balasan. Beliau tidak pergi untuk mengemis di istana Kresna!!! Bila seorang fakir itu memberi persembahan, maka pastilah kekayaan hatinya itu tidak boleh ditandingi oleh kekayaan seluruh loka pun.

Selalunya seorang miskin itu meminta kepada yang kaya. Itu biasa saja. Namun bila orang miskin memberi pula, maka besar maknanya. Sudama miskin membawa tandul (bertih beras) untuk kawannya dari jauh. Beginilah kasih seorang kawan. Persembahan itu bukannye penting sangat besar atau kecilnya. Ingatan dan kasih itu yang penting

Marilah memahami aspek cinta kasih ini. Cinta itu cuma memberi dan memberi. Ia tak pernah puas memberi. Tiada sempadan dalam cinta kasih. Cinta sentiasa menaburkan persembahan namun sentiasa malu kerana berasa persembahannya itu tidak mencukupi. Jika tuan beritahu seorang wanita itu bahawa dia itu sudah berusaha keras demi anaknya itu lalu dia mengiyakan pujian tersebut maka dia itu cuma seorang pengasuh saja. Jika dia itu sebenar-benar ibu, maka mestilah dia spontan berkata, "Saya cuma mampu memberi sedikit saja, banyak lagi yang belum terlaksana." Seorang pengasuh itu menyedari segala perbuatannya itu demi anaknya, namun seorang ibu itu sedar mengenai perkara yang belum diperbuat untuk kebaikan anaknya itu. Jika seorang ibu itu asyik membesarkan pengorbanannya itu demi anaknya, maka dia itu cuma seorang pengasuh saja. Bukannya seorang ibu. Cinta itu mengenai perkara yang belum pernah diperbuat semasa bersama mereka yang dikasihi.

Sudama mengetahui bahawa Kresna itu serba cukup, baginda itu seorang raja. Namun, beliau bimbang dengan persembahan beliau itu. Sebelum meninggalkan rumah, isteri beliau pernah berkata, "Sahabat mu itu seorang raja, jangan lupa untuk membawa kembali hadiah dari baginda". Sudama membawa persembahan namun tidak meminta balasan demi cinta kasihnya kepada sahabat beliau. Bila bertemu Kresna, beliau ragu-ragu untuk menyampaikan persembahan tersebut. Beliau menyembunyikan bungkusan bertih beras itu.

Cinta itu bukan mengenai pemberian biasa saja. Ia suka memberi dalam diam-diam. Jadi, Sudama ragu, beliau pun menyembunyikan bungkusan sembahannya dari Kresna. Beliau ragu itu bukan kerana sembahannya itu cuma bertih beras dan bahan itu tidak berharga. Beliau akan tetap ragu juga walaupun beliau membawa sebutir permata untuk sahabat baiknya itu. Cinta bakti tidak pernah berkompang keliling kampung mengenai pemberiannya biar diketahui ramai. Perbuatan begitu menunjukkan keegoan!

Oleh itu, Sudama pun ragu-ragu dan takut. Ia sesuatu yang jarang sekali terjadi. Yang menariknya itu, begawan Kresna terus saja bertanya oleh-oleh apa yang dibawa oleh sahabatnya itu? Kresna pun memahami bahawa cinta itu adalah mengenai memberi, bukan meminta dan mengambil. Tapi, kebijaksanaan baginda itu turut mengesan bahawa cinta itu adalah malu dan berahsia. Baginda tidak henti-henti bertanya mengenai oleh-oleh sehingga diragutnya bungkusan beras itu dari tangan kawan lamanya itu.

Sungguh menakjubkan sekali pekerti begawan Kresna kita. Baginda terus saja memakan bertih beras yang dibuka dari bungkusan Sudama itu. Namun, begitu lah caranya cinta kasih. Kita terkejut ini pun disebabkan oleh cinta kasih semakin menghilang dari muka bumi ini. Marilah memberi kasih dan menerima kasih dengan penuh bakti dan ikhlas. Terima kasih tuan-tuan budiman demi kesudian singgah ke gubuk kita ini... Hari Om Namah!

Jumaat, 20 Jun 2014

Karma Siddhanta


Temubual Christine Pierre dengan Prashant Iyengar, 2000
Terjemahan ke bahasa Melayu oleh North. Gate

Nirvacana

Karma Siddhanta umumnya bererti hukum karma. Kita kini di bumi, dan utamanya pencari rohaniah, sering mempunyai persoalan seperti:
  • Kenapa aku begini?
  • Kenapa aku lahir begini contohnya kenapa aku ini miskin, tidak sihat, keluargaku ini tidak sihat serta yang sebaliknya?
Jangka hayat kehidupan pun satu lagi unsur yang perlu dipertimbang. Semasa hayat ini, kita akan menjalankan karma-karma. Kehidupan kita ini diwarnai suka dan duka. Dipenuhi dengan komitmen terhadap kebajikan dan maksiat.

Pemahaman

Hukum karma memberi sedikit pemahaman mengenai kepedihan dan kesukaan. Jika kita menjalankan karma:
  • Bila kita berbuat karma baik?
  • Bila kita perbuat karma buruk? Kenapa?
  • Yang mana satu adalah karma baik, yang mana satu karma buruk?
  • Yang mana satu kelihatan seperti karma baik, tetapi sebenarnya karma buruk?
  • Yang mana satu kelihatan seperti karma buruk, namun sebenarnya karma baik?
Semua pemerhatian ini terbit menerusi pengajian karma siddhanta serta menerusi pemahaman kepadanya. Satu situasi itu mungkin bukan seperti ia kelihatan. Contohnya, saya boleh berbuat sesuatu untuk mu, yang dengannya itu, kamu menerima manfaat, dan kamufikir bahawa saya ini sudah berbuat benda baik, namun, niat saya berbuat baik untuk mu itu cuma untuk memerangkap mu dan menyakiti mu. Jadi, saya boleh juga berbuat baik, dengan niat buruk atau, saya berbuat keburukan dengan niat baik.

Semua kerumitan hidup ini merupakan teka-teki yang mula menjadi jelas sebaik saja kamu baca, mengaji, dan memahami karma siddhanta. Kata kuncinya adalah "kenapa"....
  • Kenapa kita mengalami kesukaan?
  • Kenapa kita mengalami kepedihan?
Jika kita mendapat jawapan kepada persoalan "kenapa" itu, maka selesailah hampir semua permasalahan kita. Sebaik saja kamu mengetahui punca penderitaan, maka kamu bolehlah mengambil beberapa rentetan tindakan yang sesuai. Jika kamu mengetahui punca penyakit, bolehlah diambil ubatan yang betul. Jika engkau mengetahui punca kesukaan, "Adakah kesenangan ini betul atau kesenangan yang salah, dan kenapa kita menerimanya?" maka jawapan-jawapan pun muncul.

Karma Siddhanta umumnya memberitahu kita, bahawa kepedihan dan kesukaan yang dialami dalam hidup ini mempunyai catitan-catitan klesha. Menurut Sutra Yoga Patanjali (sloka ke-3), kerana klesha seperti:
  • avidya, kejahilan terhadap hakikat dalam rupa lompong fahaman.
  • asmita, ego dalam penjatian diri dengan cita.
  • raga, keterikatan terhadap maya.
  • dvesa, meluat melampau.
  • abhinivesa, takut mati sebab cinta duniawi.
Maka kita pun menerima suka dan duka. Kehidupan ini seperti jalan berbonggol-bonggol dan berliku-liku. Pada satu masa kita di atas, pada satu masa pula di bawah. Pengamalan yoga ini bertujuan untuk mengurangi kesan klesha itu. Oleh itu, kepedihan dan kesenangan pun berkurang dan hidup menjadi lebih mudah. Untuk mengalami kepedihan dan kesenangan, kamu mesti lah dilahirkan, hidup dengan kesedaran (kerana jika tidak sedar, maka kuranglah pengalaman rohani), dan mempunyai jangka hayat. Jika kamu dilahirkan, sesaat selepas itu pula mati, maka pengalaman jiwa kamu cuma sesaat saja lah. Jika kamu hidup beberapa lama, maka kamu pun mendapat sedikit pengalaman hidup. Jadi, kamu perlu tiga perkara iaitu kelahiran, pengalaman menerusi kehidupan sedar dan jangka hayat.

Pengajaran

Karma Siddhanta mengajar kita mengenai:
  • Kenapa kita lahir?
  • Di mana lahir?
  • Bila kita lahir?
  • Kesan-kesan yang muncul akibat gaya hidup tertentu.
  • Keperluan untuk pengamalan untuk hidup yang lebih baik di alam-alam selepas itu.
Jika kita berbuat begini; maka hidup kita pun baik. Jika kita berbuat begitu, buruk pula kehidupan kita. Jadi, kita boleh membentuk acuan kehidupan jiwa kita di alam seterusnya, mencetuskan kehidupan seterusnya menerusi pengetahuan karma siddhanta. Jika kamu suka sesuatu lalu mengejarnya, kesannya pun pelbagai. Budak-budak kecil menggemari manisan, mereka menikmatinya sambil makan. Namun, jika mereka teruskan juga makan manisan tanpa dikawal ibu-bapa, maka mereka pun akan jatuh sakit. Mereka tidak tahu, gula berlebihan menyebabkan kencing manis. Karma Siddhanta pula memberitahu kita, terdapat sesetengah karma itu boleh menyebabkan sakit mental dan kita pun menderita. Perbuatan kita setiap hari mesti dipandu oleh karma siddhanta.

Karma Siddhanta menyebut bahawa kehidupan kini dan masa depan itu diselaputi oleh klesha. Kita wujud hari ini disebabkan kita mempunyai klesha. Kita terus wujud di kemudian hari, selepas mati pun, disebabkan kita mempunyai klesha. Karma siddhanta membantu kita meneliti karma-karma kita. Oleh itu, boleh diperguna neologism baru, karmascopy, untuk merujuk kepada penyelidikan karma. Seperti, radioscopy, merujuk kepada penyelidikan penyakit dan ujian-ujian klinikal dalam perubatan moden. Karmascopy bertindak untuk meneliti, contohnya, "tindakan ini kelihatan buruk, tapi sebenarnya baik; tindakan ini kelihatan baik, tapi sebenarnya buruk". Ia memberi kita gambaran karma seperti pengimbas penyakit, untuk kita melihat baik atau buruk karma itu dengan teliti. Jadi, kita bukan saja bertindak luaran seperti baik, tapi dalaman pula busuk.

Jenis-Jenis Karma

Terdapat pelbagai jenis karma. Umumnya terdapat perbuatan baik dan buruk. Namun penjenisan ini memberikan kita samacara lebih. Ia akan meningkat menerusi kematangan masa. Fikirkanlah mengenai ujian-ujian pengesanan penyakit kira-kira 30-40 tahun lepas dan perkembangannya kini. Kini, banyak sekali perinciannya. Begitu juga dengan karmascopy, banyak penelitian terperinci kini. Dengan duduk diam pun, diperkira sebagai satu tindakan. Ia menjadi lebih rumit seperti rumitnya bidang perubatan dan kimia.

Tindakan itu boleh jadi pelbagai jenis. Berdiam diri, tidak bertindak dan bertindak, semua pun tindakan juga. Tuan berdatang belajar yoga, dan tak berbuat sebarang benda di tempat tuan. Tuan menyampuk dalam kelas, urusan tuan dan pekerjaan tuan. Tanpa menghentikan tindakan tuan kini, tuan tidak akan sampai ke sini. Jadi, tuan tidak boleh berkata, "Saya sedang belajar yoga" semata-mata. Tuan perlu berkata, "Saya menghentikan pekerjaan saya itu, saya berhenti dari pengajaran saya, kerja saya serta datang kemari". Perkara ini mesti dinilai. Apakah kesannya kepada hakikat bawa tuan-tuan sudah menghentikan semua itu? Tuan tak boleh cuma berkata, "Saya mendapat pencapaian menerusi pembelajaran yoga". Dan disebabkan oleh menjadi guru yoga itu satu pekerjaan "baik", tuan pun berbuat baik untuk situasi seterusnya. Namun, disebabkan tuan berhenti menjalankan pekerjaan tuan untuk ke mari, tuan turut berbuat dosa juga sedikit. Jika tuan tinggal di sini katakan selama tiga tahun, apa pula yang mungkin terjadi kepada keluarga tuan?

Jadi, tindakan turut mengandungi tiada tindakan. Kadang-kala tindakan itu muncul dari sifat tidak berbuat apa. Untuk melepaskan ikatan tali, perlu dileraikan simpulannya. Di setengah tempat tuan bertindak, di setengah tempat pula tuan tidak bertindak. Semua ini pun menjadi lebih rumit. Tiada sesuatu pun yang terlepas dari tindakan. Karma Siddhanta menyebut bahawa setiap saat itu berlalu dengan tindakan. Setiap saat itu kita bertindak walaupun semasa diam. Walaupun sedang tidur, kita masih melakukan sedikit tindakan. Setengah tindakan itu terus berlaku. Kita tidak boleh menghentikan tindakan semasa sedang tidur, metabolisme kita itu tetap bergerak giat, jantung berdegup.

Tindakan tak pernah berhenti walaupun di titik kematian. Selepas kematian, tindakan itu fitrah bagi perpindahan roh. Meninggalkan tubuh masuk ke tubuh lain pun tindakan. Selepas mati, roh itu menerawang di suatu tempat, masuk semula ke rahim, dan lahir di kehidupan seterusnya dalam Maya. Jadi, selepas perpindahan itu, muncul pelbagai pergerakan disebut "perpindahan merentasi sempadan alam". Pergerakan ini terjadi selepas kematian. Jadi, selepas mati pun, tindakan seperti sabda Krishna Begawan, "tiada sedetik masa pun berlalu tanpa tindakan" (Bhagavadgita 3,5).

Berjaga, tidur, mandom, tidak sedar, sedar, separa sedar, mati, dalam sebarang keadaan itu, tindakan tidak pernah berhenti. Tindakan cuma berhenti bila tuan terbebas. Sehingga itu, tindakan tetap di situ dalam beberapa bentuk, atau lain-lain berlaku setiap detik. Tuan perlu berjaga-jaga. Tindakan tidak pernah berhenti, jadi penyiasatan malar itu hampir menjadi satu kemestian. Bila tuan sakit, tuan pun pergi membuat pemeriksaan kesihatan. Begitu jugalah sikap tuan bila menyentuh tindakan diri sendiri. Perbedaannya, tindakan itu tidak berhenti-henti, jadi di setiap detik saat itu, perlu pula kepada pemeriksaan. Mestilah tuan teliti karma-karma serta karma sendiri. Ringkasnya, karmascopy itu penting.

Terdapat serentetan carakah untuk berbuat begitu?

Ia merupakan suara hati, iaitu kesedaran. Sebaik saja sedar, kita akan sentiasa mengawasi tindakan-tindakan kita. Seperti disebut sebelum-sebelum ini, karma itu pelbagai sarungnya. Seperti seorang yang memakai banyak baju, di luaran kelihatan kuat, tetapi di dalam mungkin terasa meruwap. Karma yang nampak seperti baik, tetapi tidak semestinya baik. Karma yang kelihatan buruk tidak semestinya buruk. Jadi, pentinglah karma siddhanta ini untuk diketahui.

Karma pun merupakan aspek penting dalam pengetahuan yoga Patanjali. Karma Siddhanta menjadikan kita lebih berhati-hati. Ia memperkembang kesedaran karma dalam diri. Kita pun akan meneliti segala komitmen dan mempertimbang baik buruknya. Kesedaran timbul, hati nurani pun mencerah. Untuk mendapat suara hati cerah itu, perlu disebarkan pengaruh hukum karma ini di minda. Jika tak peduli, tiada hati nurani. Hukum karma ini membudayakan minda. Dasarnya, ia memberitahu kita, kenapa keadaan kita begini. Jika mahu keadaan yang baru, apa yang perlu dibuat sekarang untuk masa depan?

Isnin, 13 Januari 2014

Semadhi

Oleh Swami Sivananda Saraswati


Semadhi dan tapa merupakan jalan adiraja ke arah sempurna. Semadhi membawa kepada pertapaan. Pastikan dalam akal itu satu perkaa sama ada dalam tubuh atau pun tanpanya. Biarkan ia terusan tetap untuk beberapa lama. Itu adalah semadhi. Kenalah engkau amalkan hari-hari. Murnikan dulu pemikiran menerusi amalan-amalan tindakan baik dan kemudian barulah ambil amalan penumpuan semadhi. Semadhi tanpa memurnikan pemikiran itu cuma akan membawa kegagalan. Terdapat beberapa orang pengamal nibrata artha yang mempunyai semadhi. Namun mereka itu tak bersifat baik. Itulah sebabnya kenapa mereka tak meningkat dalam sebarang aliran kerohanian. 

Orang yang sudah pun duduk dalam asana tenang-tennag dan sudah memurnikan saluran sararfnya serta nyawanya dengan amalan mengawal pernafasan maka mampulah dia menumpukan tumpuannya dengan mudah. Penumpuan akan menjadi bersangatan mampu membuang segala gangguan. Seorang ajar-ajar sebenar yang memelihara prana (tenaga nyawa) nya itu akan mempunyai penumpuan yang sebenarnya. 

Setengah pelajar yang tidak sabar dan jahil terus sahaja ke semadhi terus tanpa sebarang adab atau memasuki latihan susila asas. Keadaan membabi buta ini sangatlah tidak sesuai. Penyempurnaan susila merupakan perkara yang utama.

Kau bolehlah membuat penumpuan dalaman dengan memberi tumpuan kepada tujuh cakra engkau. Perhatian memainkan peranan penting dalam semadhi (tumpuan). Orang yang sudah memperkembang tenaga perhatiannya akan mempunyai tumpuan yang bagus. Seorang yang dipenuhi dengan nafsu serta pelbagai keinginan hawa nafsu khayalan susahlah hendak membuat tumpuan kepada sebarang pelajaran mahu pun bahan walaupun untuk cuma sesaat. Pemikiran dan hatinya akan melompat-lompat seperti kera luku.

Seorang saintis akan membuat tumpuan dengan mindanya buat merekayasa bahan-bahan bau. Menerusi tumpuan, dia membuka lapisan-lapisan minda kasarnya dan menembusi dalam ke bahagian teratas di mindanya dan mendapat pengetahuan mendalam. Dia menumpukan segala tenaga mindanya ke dalam satu tumpuan dan menumpahkannya pada bahan yang akan diteliti dan dicari rahasianya.

Orang yang mencapai ciri-ciri bebas apabila berurusan dengan peristiwa-peristiwa dan mampu keluar dari deria daripada bahan-bahan akan mempunyai penumpuan yang baik. Kau nanti perlu masuk ke jalan kerohanian itu langkah demi langkah. Letakkan dasar tatasusila benar, asana dan pusingan pernafasan serta kebebasan dalam perwakilan ciri untuk memulakannya. Tatasusunan atas bagi penumpuan dan pertapaan itu akan berjaya dengan cara ini sahaja. 

Kau mestilah mampu membayangkan bahan tumpuan engkau dengan jelas walaupun ketika ketiadaannya. Kau nanti perlu memanggil rupa jiwa itu pada kesedaran-kesedaran tertentu. Kalau penumpuan engkau itu baik maka kau bolehlah melakukannya tanpa perlu bersusah payah pun.    

Pada permulaan latihan engkau, kau akan menumpukan tumpuan engkau kepada bunyi detikan jam atau pada api lilin atau bahan-bahan yang menyenangkan pikiran engkau. Keadaan ini disebutlah sebagai semadhi bahan kenampakan. Tak ada semadhi tanpa sesuatu untuk disandarkan minda pada nya. Minda boleh diaturkan pada sebarang bahan pada awalnya dan bahan tersebut boleh saja menyenangkan. Susah jika engkau hendak menumpukan pemikiran dan hati engkau itu pada bahan yang tak disukai minda engkau! 

Orang yang berlatih semadhi akan cepat beransur naik. Mereka boleh membuat sebarang kerja dengan ketepatan saintifik dan juga sangat berkesan dalam kerjanya. Kerja yang disiapkan seseorang itu selama enam jam boleh disiapkan oleh orang yang rajin semadhi dalam masa setengah jam sahaja. Yang dibaca oleh orang biasa selama enam jam untuk dihabiskan, boleh saja selesai dibaca oleh meeka yang semadhi itu selama setengah jam saja. 

Semadhi tumpuan itu memurnikan dan menenangkan perasaan yang tengelam-timbul, menguatkan aliran pemikiran dan menjelaskan lagi buah pikiran. Penumpuan membantu seseorang itu mencetuskan perkembangannya dalam bentuk rupa. Kesannya nanti dia akan bekerja dengan baik di pejabat dan di rumahnya. Yang kabur-kabur sebelum ini pun menjadi lebih jelas dan muktamad selepas latihan penumpuannya berkembang. Yang sukar menjadi mudah dan yang rumit, mengelirukan dan memeningkan menjadi mudah dicapai oleh akalnya.

Kau boleh mencapai segalanya menerusi penumpuan. Tak ada yang mustahil bagi mereka yang melatih dirinya secara malar dengan latihan penumpuan. Sukar untuk mengamalkan penumpuan kalau lapar dan kalau menderita kesakitan teruk. Latihan penumpuan ini mencerahkan lagi gambaran mental terhadap sesuatu perkara dan alam sekeliling.      

Khamis, 14 November 2013

Ahamkara dan Kerohanian


Ahamkara merupakan alat bagi Aham atau Roh. Roh ini merupakan dasar bagi diri persendirian yang bertindak sebagai entiti bebas kesedaran dalam hakikat tidak murni namun ia tak mempunyai kesedarannya yang sendiri. Kalau dilihat pada gambar yang ku sertakan itu pasti rakan-rakan paham sebab apa dilarang memetik japa dengan jari telunjuk. Tangan tuan akan membentuk mudra ahamkara yang melambangkan egoisme. Mudra-mudra ini sangat penting dalam proses pembentukan diri tuan semua.

Ia sebenarnya adalah roh diri, tercetus daripada bahan pemikiran atau tenaga gelap dan emosi. Ia menjadi alat bagi perkembangan persendirian roh ego, seperti juga deham (tubuh kasar, acuan) yang menjadi alat penggerak bagi perkembangan diri minda atau roh ego. Ia menjadi pembentung kepada Sakti Cit, dalam kesedaran yang merupakan cetusan kecil sahaja daripada Cit, Kesedaran Sejagat.

Ia menjelmakan dirinya dengan mengambil rupa segala tindakan buddhi, manas, deria tubuh dan anggota bagi tindakan. Ia dipercayai wujud dalam ruang lingkup keduaan, dalam keadaan penjatian dengan tubuh kasar, keperluannya dan keinginannya. Ahamkara ini berkaitan dengan Wak Tattwa, salah satu daripada 36 Tattwa dalam falsafah Wedika dan keagamaan Hindu. Dalam ahamkara ini, tahap raja guna menguasai. Keadaan ini disebabkan oleh penjatiannya itu hanya dengan sebahagian kecil sahaja ciptaan (tubuh) dan menolak segalanya yang "bukan aku". Ia menjadi taklukan kepada rentetan samsara seperti, kebanggaan, keegoan, suka bersaing dan membandingkan, benci dan dengki.

Walaupun ahamkara ini umumnya merupakan tahap khayalan, sekali saja seorang jatuh dalam keadaan itu, Wak Tattwa akan muncul. Bila terjatuh, maka pertama kalinya keazaman yang menjadi langkah pertama ke jalan kerohanian dan pencerahan akan bergerak seiring. Keazaman itu mendasar kepada deria tatasusila. Tanpa ahamkara (personaliti) yang harmoni dan berkuasa pun, dipikirkan bahawa mustahil juga untuk mengusahakan pencapaian usaha ke tahap kerohanian yang lebih tinggi.

Kedudukan ahamkara dan buddi ini kadangkala dipersembah dalam susunan terbalik karena, sebagai prinsip bagi "Keakuan", ahamkara dibenarkan mengawal manas (minda deria pengesan) dan buddhi (naluri dan intelek tinggi). Namun buddhi ini merupakan tattwa yang tinggi, dan ahamkara ini makanya cuma boleh naik ke kedudukan tinggi daripada buddhi itu dari titik pandangan fungsiannya sahaja. Dari pandangan mutlak, ahamkara ini dicetuskan oleh buddhi makanya ia sebenarnya boleh ditakluki oleh buddhi dan rendah saja kedudukannya daripada buddhi!

Jumaat, 7 September 2012

Pendekatan Kesihatan dalam Ayurveda

Mahapanchabhumi
 
Semasa zaman awalnya, Ayurveda menggunapakai Mahapanchabhumi atau Lima Unsur iaitu Pertiwi, Jalam, Agni dan Angkasa yang membentuk alam semesta dalam fizika nya. Ia termasuk lah juga tubuh badan manusia kerana manusia adalah sebahagian dari alam semesta. 

Sapta Dhatu

Ayurveda menyatakan bahawa ada tujuh jenis tisu tubuh badan manusia yang dikenali sebagai Sapta dhatu:

1. Rasa dhatu - plasma
2. Rakta dhatu - darah
3. Medha dhatu - lemak
4. Asthi dhatu - tulang belulang
5. Majja dhatu - urat sarat dan tulang rawan
6. Sukra dhatu - susunan pembiakan manusia
7. Mangsa dhatu - daging termasuklah otot-otot manusia

Keseimbangan Tenaga Asas

Sastera Ayurveda membincangkan tentang langkah-langkah untuk mendapatkan kehidupan sihat dalam seluruh peringkat hidup kita. Ia menekankan keseimbangan tiga tenaga asas seperti:

1. Vayu atau vata - angin, udara dalam angkasa
2. Pitta - api dan air yang membentuk benda masam atau berasid
3. Kapha - air dan bumi yang membentuk gelema 

Teori Perubatan Ayurveda

Menurut teori perubatan Ayurveda, ada tiga jenis dosa yang penting dalam hidup ini. Apabila dosa ini wujud dalam jumlah yang sama, maka badan akan sihat. Apabila ia tidak seimbang, maka badan tidak akan sihat dalam banyak jenis keadaan.

Satu daripada teori Ayurveda lagi menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai gabungan dosa tersendiri yang mentakrifkan sikap, perangai dan perasaan mereka. Pandangan lain pula yang juga terdapat dalam sastera purba menyatakan bahawa keseimbangan cecair dalam badan adalah sama dengan sihat. Seorang yang terlebih cecair dalam badan secara berkadarannya adalah tak sihat. Ayurveda tak seperti falsafah Sangkhya yang berteori bahawa ada 20 kualiti asas iaitu guna yang wujud dalam semua bahan.

Ayurveda juga mempunyai teori tentang sistem metabolik yang sihat, mengekalkan penghadaman yang baik dan sistem membuang perkumuhan yang betul membawa kepada kesihatan unggul. Ayurveda juga menumpukan kepada senaman, yoga dan bertapa.  

Amalan Panchakarma adalah satu cara terapi untuk membuang unsur buangan beracun dalam badan. Seawal zaman Mahabharata lagi, Ayurveda dikenali sebagai ashtanga iaitu sains lapan bahagian iaitu:

1. Kayacikitsa - ubatan dalaman
2. Kaumarabhertyam - kesihatan kanak-kanak
3. Salyacikitsa - pembedahan
4. Salakyatantram - perubatan mata
5. Bhutavidyam - perubatan saraf dan rohani
6. Agadatantram - perubatan sistem perkumuhan
7. Rasayana - pencegahan penyait dan meningkatkan ketahanan badan serta mengekalkannya
8. Vajikarannam - perubatan nafsu berahi dan pembiakan