Ayurveda


Ayurveda adalah sisterm penyembuhan semulajadi yang berusia 5,000 tahun. Ia berasal dari tamadun dan kebudayaan kitab suci Veda di lembah Indus. Walaupun ia ditekan oleh penjajahan luar, namun ia tetap terkenal dalam kalangan penduduk tempatan di benua kecil India dan juga seluruh dunia. Perubatan Tibet dan perubatan tradisional Cina pun turut mempunyai akar asal usulnya dari Ayurveda. Perubatan awal orang Yunani (Greek) pun turut menerima beberapa konsep yang asalnya dijelaskan dalam teks-teks kesusasteraan perubatan Ayurveda yang sudah pun berusia rubuan tahun.

Sistem ini sebenarnya lebih daripada sistem perawatan penyakit, sebaliknya ia adalah sejenis pengetahuan perubatan untuk menangani kehidupan. Ia mempersembah suatu tubuh hikmah yang dibentuk untuk membantu orang ramai supaya hidup sihat dan menyedari potensi penuh seseorang manusia itu. Ia memberi panduan bagi rutin harian dan bermusim, sikap-sikap dan tabiat serta penggunaan deria tubuh dengan betul. Ayurveda memberi peringatan kepada kita bahawa kesihatan itu adalah keseimbangan dan integrasi dinamik antara persekitaran kita, tubuh kita sendiri, minda dan rohani.   

Ia mengenalpasti bahawa manusia itu adalah sebahagian daripada alam semulajadi. Ia memberi penjelasan mengenai tiga tenaga asas yang mentadbir persekitaran dalaman dan luaran iaitu:

  • Vata atau angin yang mengawal pergerakan
  • Pitta atau api yang mengawal perubahan
  • Kapha atau bumi yang mengawal struktur
Ketiga-tiga tenaga asas ini bertanggungjawab bagi membentuk ciri-ciri di minda dan tubuh kita. Setiap kita ini, merupakan kandungan yang unik terbentuk daripada ketiga-tiga tenaga yang membentuk ciri peribadi kita. Jika vata itu dominan dalam sistem tubuh, maka kita akan cenderung menjadi kurus, bertenaga, mudah berubah, ringan dan mudah menerima. Jika pitta dominan dalam sistem tubuh, maka kita menjadi cerdik, tertumpu kepada mencapai matlamat, garang, dan mempunyai selera yang kuat untuk hidup. Jika kapha dominan, maka kita adalah seorang yang mudah untuk diuruskan, lebih bersikap menurut kaedah, dan memupuk. Walaupun setiap daripada kita ini terbentuk daripada tiga ciri ini, namun kebanyakan orang hanya mempunyai satu atau dua ciri yang mengawal peribadinya.

Untuk setiap ciri ini, terdapat pula ungkapan seimbang dan tidak seimbang. Sekiranya vata diseimbangkan, seseorang itu menjadi ceria dan kreatif, namun sekiranya berlaku terlampau banyak pergerakan dalam sistem tubuh, seseorang itu akan cenderung mengalami, insomnia, kerisauan, kulit kering, sembelit, dan kesukaran menumpukan perhatian. Jika pitta, berfungsi dengan seimbang, seseorang itu menjadi ramah mesra, berdisiplin, pemimpin yang hebat, dan petah berbicara. Namun, jika pitta tidak seimbang, maka seseorang itu menjadi suka memaksa, menyakitkan hati, menghadapi masalah penghadaman atau pedih hulu hati. Jika kapha seseorang itu, seimbang, seseorang itu menjadi begitu menyenangkan, menyokong, dan stabil. Sekiranya, kapha tidak seimbang maka seseorang itu menjadi mandom, naik berat badan, dan sering selesema.

Matlamat utama ayurveda adalah untuk mengenalpasti:
  • tahap keseimbangan ideal seseorang
  • mengesan ketidakseimbangan unsur di tubuh
  • membolehkan campurtangan untuk penggunaan perawatan seperti diet pemakanan, aromaterapi, urutan, muzik, dan bertapa bagi mencapai keseimbangan.
Isi Kandungan
Asal-Usul
Komponen Ayurveda
Prinsip-Prinsip dan Istilah
Amalan-Amalan Perubatan
Status Terkini
Klasifikasi dan Keberkesanan
Penggunaan Besi Bertoksin

Sumber: Rujukan