Temubual Christine Pierre dengan Prashant Iyengar, 2000
Terjemahan ke bahasa Melayu oleh North. Gate
Nirvacana
Karma Siddhanta umumnya bererti hukum karma. Kita kini di bumi, dan utamanya pencari rohaniah, sering mempunyai persoalan seperti:
- Kenapa aku begini?
- Kenapa aku lahir begini contohnya kenapa aku ini miskin, tidak sihat, keluargaku ini tidak sihat serta yang sebaliknya?
Jangka hayat kehidupan pun satu lagi unsur yang perlu dipertimbang. Semasa hayat ini, kita akan menjalankan karma-karma. Kehidupan kita ini diwarnai suka dan duka. Dipenuhi dengan komitmen terhadap kebajikan dan maksiat.
Pemahaman
Hukum karma memberi sedikit pemahaman mengenai kepedihan dan kesukaan. Jika kita menjalankan karma:
- Bila kita berbuat karma baik?
- Bila kita perbuat karma buruk? Kenapa?
- Yang mana satu adalah karma baik, yang mana satu karma buruk?
- Yang mana satu kelihatan seperti karma baik, tetapi sebenarnya karma buruk?
- Yang mana satu kelihatan seperti karma buruk, namun sebenarnya karma baik?
Semua pemerhatian ini terbit menerusi pengajian karma siddhanta serta menerusi pemahaman kepadanya. Satu situasi itu mungkin bukan seperti ia kelihatan. Contohnya, saya boleh berbuat sesuatu untuk mu, yang dengannya itu, kamu menerima manfaat, dan kamufikir bahawa saya ini sudah berbuat benda baik, namun, niat saya berbuat baik untuk mu itu cuma untuk memerangkap mu dan menyakiti mu. Jadi, saya boleh juga berbuat baik, dengan niat buruk atau, saya berbuat keburukan dengan niat baik.
Semua kerumitan hidup ini merupakan teka-teki yang mula menjadi jelas sebaik saja kamu baca, mengaji, dan memahami karma siddhanta. Kata kuncinya adalah "kenapa"....
- Kenapa kita mengalami kesukaan?
- Kenapa kita mengalami kepedihan?
Jika kita mendapat jawapan kepada persoalan "kenapa" itu, maka selesailah hampir semua permasalahan kita. Sebaik saja kamu mengetahui punca penderitaan, maka kamu bolehlah mengambil beberapa rentetan tindakan yang sesuai. Jika kamu mengetahui punca penyakit, bolehlah diambil ubatan yang betul. Jika engkau mengetahui punca kesukaan, "Adakah kesenangan ini betul atau kesenangan yang salah, dan kenapa kita menerimanya?" maka jawapan-jawapan pun muncul.
Karma Siddhanta umumnya memberitahu kita, bahawa kepedihan dan kesukaan yang dialami dalam hidup ini mempunyai catitan-catitan klesha. Menurut Sutra Yoga Patanjali (sloka ke-3), kerana klesha seperti:
- avidya, kejahilan terhadap hakikat dalam rupa lompong fahaman.
- asmita, ego dalam penjatian diri dengan cita.
- raga, keterikatan terhadap maya.
- dvesa, meluat melampau.
- abhinivesa, takut mati sebab cinta duniawi.
Pengajaran
Karma Siddhanta mengajar kita mengenai:
- Kenapa kita lahir?
- Di mana lahir?
- Bila kita lahir?
- Kesan-kesan yang muncul akibat gaya hidup tertentu.
- Keperluan untuk pengamalan untuk hidup yang lebih baik di alam-alam selepas itu.
Karma Siddhanta menyebut bahawa kehidupan kini dan masa depan itu diselaputi oleh klesha. Kita wujud hari ini disebabkan kita mempunyai klesha. Kita terus wujud di kemudian hari, selepas mati pun, disebabkan kita mempunyai klesha. Karma siddhanta membantu kita meneliti karma-karma kita. Oleh itu, boleh diperguna neologism baru, karmascopy, untuk merujuk kepada penyelidikan karma. Seperti, radioscopy, merujuk kepada penyelidikan penyakit dan ujian-ujian klinikal dalam perubatan moden. Karmascopy bertindak untuk meneliti, contohnya, "tindakan ini kelihatan buruk, tapi sebenarnya baik; tindakan ini kelihatan baik, tapi sebenarnya buruk". Ia memberi kita gambaran karma seperti pengimbas penyakit, untuk kita melihat baik atau buruk karma itu dengan teliti. Jadi, kita bukan saja bertindak luaran seperti baik, tapi dalaman pula busuk.
Jenis-Jenis Karma
Terdapat pelbagai jenis karma. Umumnya terdapat perbuatan baik dan buruk. Namun penjenisan ini memberikan kita samacara lebih. Ia akan meningkat menerusi kematangan masa. Fikirkanlah mengenai ujian-ujian pengesanan penyakit kira-kira 30-40 tahun lepas dan perkembangannya kini. Kini, banyak sekali perinciannya. Begitu juga dengan karmascopy, banyak penelitian terperinci kini. Dengan duduk diam pun, diperkira sebagai satu tindakan. Ia menjadi lebih rumit seperti rumitnya bidang perubatan dan kimia.
Tindakan itu boleh jadi pelbagai jenis. Berdiam diri, tidak bertindak dan bertindak, semua pun tindakan juga. Tuan berdatang belajar yoga, dan tak berbuat sebarang benda di tempat tuan. Tuan menyampuk dalam kelas, urusan tuan dan pekerjaan tuan. Tanpa menghentikan tindakan tuan kini, tuan tidak akan sampai ke sini. Jadi, tuan tidak boleh berkata, "Saya sedang belajar yoga" semata-mata. Tuan perlu berkata, "Saya menghentikan pekerjaan saya itu, saya berhenti dari pengajaran saya, kerja saya serta datang kemari". Perkara ini mesti dinilai. Apakah kesannya kepada hakikat bawa tuan-tuan sudah menghentikan semua itu? Tuan tak boleh cuma berkata, "Saya mendapat pencapaian menerusi pembelajaran yoga". Dan disebabkan oleh menjadi guru yoga itu satu pekerjaan "baik", tuan pun berbuat baik untuk situasi seterusnya. Namun, disebabkan tuan berhenti menjalankan pekerjaan tuan untuk ke mari, tuan turut berbuat dosa juga sedikit. Jika tuan tinggal di sini katakan selama tiga tahun, apa pula yang mungkin terjadi kepada keluarga tuan?
Jadi, tindakan turut mengandungi tiada tindakan. Kadang-kala tindakan itu muncul dari sifat tidak berbuat apa. Untuk melepaskan ikatan tali, perlu dileraikan simpulannya. Di setengah tempat tuan bertindak, di setengah tempat pula tuan tidak bertindak. Semua ini pun menjadi lebih rumit. Tiada sesuatu pun yang terlepas dari tindakan. Karma Siddhanta menyebut bahawa setiap saat itu berlalu dengan tindakan. Setiap saat itu kita bertindak walaupun semasa diam. Walaupun sedang tidur, kita masih melakukan sedikit tindakan. Setengah tindakan itu terus berlaku. Kita tidak boleh menghentikan tindakan semasa sedang tidur, metabolisme kita itu tetap bergerak giat, jantung berdegup.
Tindakan tak pernah berhenti walaupun di titik kematian. Selepas kematian, tindakan itu fitrah bagi perpindahan roh. Meninggalkan tubuh masuk ke tubuh lain pun tindakan. Selepas mati, roh itu menerawang di suatu tempat, masuk semula ke rahim, dan lahir di kehidupan seterusnya dalam Maya. Jadi, selepas perpindahan itu, muncul pelbagai pergerakan disebut "perpindahan merentasi sempadan alam". Pergerakan ini terjadi selepas kematian. Jadi, selepas mati pun, tindakan seperti sabda Krishna Begawan, "tiada sedetik masa pun berlalu tanpa tindakan" (Bhagavadgita 3,5).
Berjaga, tidur, mandom, tidak sedar, sedar, separa sedar, mati, dalam sebarang keadaan itu, tindakan tidak pernah berhenti. Tindakan cuma berhenti bila tuan terbebas. Sehingga itu, tindakan tetap di situ dalam beberapa bentuk, atau lain-lain berlaku setiap detik. Tuan perlu berjaga-jaga. Tindakan tidak pernah berhenti, jadi penyiasatan malar itu hampir menjadi satu kemestian. Bila tuan sakit, tuan pun pergi membuat pemeriksaan kesihatan. Begitu jugalah sikap tuan bila menyentuh tindakan diri sendiri. Perbedaannya, tindakan itu tidak berhenti-henti, jadi di setiap detik saat itu, perlu pula kepada pemeriksaan. Mestilah tuan teliti karma-karma serta karma sendiri. Ringkasnya, karmascopy itu penting.
Terdapat serentetan carakah untuk berbuat begitu?
Ia merupakan suara hati, iaitu kesedaran. Sebaik saja sedar, kita akan sentiasa mengawasi tindakan-tindakan kita. Seperti disebut sebelum-sebelum ini, karma itu pelbagai sarungnya. Seperti seorang yang memakai banyak baju, di luaran kelihatan kuat, tetapi di dalam mungkin terasa meruwap. Karma yang nampak seperti baik, tetapi tidak semestinya baik. Karma yang kelihatan buruk tidak semestinya buruk. Jadi, pentinglah karma siddhanta ini untuk diketahui.
Karma pun merupakan aspek penting dalam pengetahuan yoga Patanjali. Karma Siddhanta menjadikan kita lebih berhati-hati. Ia memperkembang kesedaran karma dalam diri. Kita pun akan meneliti segala komitmen dan mempertimbang baik buruknya. Kesedaran timbul, hati nurani pun mencerah. Untuk mendapat suara hati cerah itu, perlu disebarkan pengaruh hukum karma ini di minda. Jika tak peduli, tiada hati nurani. Hukum karma ini membudayakan minda. Dasarnya, ia memberitahu kita, kenapa keadaan kita begini. Jika mahu keadaan yang baru, apa yang perlu dibuat sekarang untuk masa depan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan