Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Februari 2014

Pustaka: Buddha

Svasti Srih!


Aku terpaksa membuka bahagian baru. Bimbang tidak cukup ruangan pula. Pada mulanya aku cuma mahu memasukkan samacara penting sahaja tapi dirasakan perlu juga aku memasukkan mengenai ajaran Brahmana demi menyatakan perkaitan kita dengan bangsa Brahmana dan bagaimana kita berhubungkait pula dengan orang-orang Brahmana. Harap saudara-saudari, rakan-rakan, kakang sekelian suka hati menerima bingkisan kita dan tolonglah jalankan dharma vinaya buat kita bersama moga terbebas dari ikatan lokamaya. Sadhu...

Sutra Theravada

Angulimāla Sutraṃ
Śila Sutraṃ
Karaniya Mitraya Sutraṃ


Sel Barah Jadi Sel Cerah

Pembuka
Menghadapi Kesakitan

Jiva dan Vijñāna

Perbandingan
Vijñāna: Terbitan Dasar Deria

Sastera Mahayana

Ullambana Sutraṃ
Kekawin Astrachakram

Buku-Buku

Sel Barah jadi Sel Cerah



Rabu, 5 Februari 2014

Sel Barah Berubah jadi Sel Cerah

Svasti Sri!


Aku cuba membuat terjemahan ke bahasa Melayu pula bagi sebuah pustaka motivasi ajaran Buddha berbahasa Cina yang aku dapat semasa berkunjung ke biara. Sudah lama ku baca pustaka ini jadi elok juga aku berkongsi demi kebaikan bersama. Judul asalnya, "Ai xibao kuaile bian fo xibao" yang bererti "Sel Barah Berubah jadi Sel Pencerahan".

Tatkala sedang menderita sakit, mendiang bapa menulislah pada sekeping kertas buat diberikan kepadaku. Terdapat beberapa patah perkataan tertulis di siu. Bagai, tulisan beliau itu sangatlah penting sekali peringatannya serta menjadikan aku terpikir dengan mendalam. Beliau bertanya kepadaku...

Ulat bulu itu, bagaimanakah ia berubah bentuk menjadi rama-rama?

Siapakah yang membantunya bersolek sampai jadi begitu rupa?

Siapakah yang mengajarnya terbang selepas menjadi rama-rama?

Kenapa ia boleh berubah menjadi rama-rama yang cantik dan boleh terbang sedangkan sebelum ini ia cumalah seekor ulat bulu yang berbadan panjang dan merayap pun perlahan-lahana?

Makanya jika ulat bulu itu boleh berubah menjadi rama-rama, tentulah sel barah pun mampu berubah menjadi sel-sel pencerahan yang menggembirakan pula dalam diri kita. Setiap orang itu mampu menjadi seorang yang dicerahi!

Ahad, 17 November 2013

50 Daiwalocanam bhg. 4


Segalanya dalam bumi ini akan terurai dan bumi ini suatu hari pun akan terhapus. Matahari akan terhapus dan seluruh Jagat Raya pun serupa lah! Kemudian, mestilah ada setengah latarbelakang terbitan sakti bertanggungjawab bagi cetusan, pemeliharaan dan juga pemusnahan. Kita panggilnya sebagai Sang Hiyam Widdhi.

Kita mempunyai susunan pemikiran dan kemampuan perbuatan, dalam langkah kecil-kecilan atau besar-besaran. Perkara yang ini bergabung dengan Yang Maha Berkuasa selepas kematian kita. Yang Maha Sakti, yang dari-Nya kita mendapat tenaga dan kekuatan buat hidup. Dasar kukoh yang menyebabkan tercetusnya ciptaan dan kemusnahan segala sakti itu lah Tuhan, disebut Dia dengan pelbagai Nama.  

Ibu menyayangi anaknya tapi, anaknya yang tak setia pula menyebabkannya sedih. Kita mengetahui kejadian-kejadian ibu memulakan dakwaan menentang anak-anaknya dan anak-anaknya menentang ibu. Jika seseorang itu mencintai yang lain, dan jika seorang daripada mereka mati, pastilah keadaan tersebut mencetuskan kesedihan. Bank membantu orang ramai menyimpan wang dengan mereka. Ia sepatutnya menghilangkan kesedihan orang ramai tatkala mereka memerlukan wang. Tapi bank sendiri dicairkan atau ditutup, maka penyimpan pun bersedih lah. kesedihan itu lah yang memberikan rezeki kepada bank. Semakin kita mencintai, semakin sedih pula akibatnya. Jadi, adakah kita pun berkeputusan untuk tak mencintai sesiapa langsung??! Bahan bagi kelahiran ini adalah untuk mengaruniai cinta tak berbelah bagi kepada seseorang. Taklukan cinta kita itu tak patutlah terpisah-pisah atau pun dijadikan bahan pertengkaran. Jika kita kata kita patut mencintai hanya Tuhan yang tak akan musnah, maka persoalannya, mampukah kita membenci yang lain? Biarlah kita belajar mencintai semua dengan menyedari bahawa Tuhan itu wujud dalam segalanya. Tuhan itu abadi dan cinta kita kepada-Nya pun sepatutnya lah abadi.

Sukarlah sekali saya sampai ke kesimpulan bahawa kehidupan ini bukanlah kehidupan kalau tanpa motif yang mementingkan diri. Tetapi dengan tahun silih tahun, motif itu pun bukanlah perkara yang benar, yang benar kepada ciri saya, muncul sinarannya atas saya ini bahawa bernyawa di atas muka bumi ini beberapa jiwa yang mendalam sekali akar tatasusila dan budi di jiwa itu hidup membakar diri demi yang lain menjadi lilin, sukarelanya meninggalkan bukan sahaja keuntungan kebendaan dan keselesaan hidup tetapi juga menjalankan sadhana demi peningkatan rohani dalam terseksanya mereka.

Jelas kepada kita bahawa ada jelmaan dan ada juga kematian. Nafsu berahi itu penyebab jelmaan. Kala pula penyebab kematian. Yang dicetuskan oleh nafsu berahi itu dihancurkan pula oleh kala masa. Jika nafsu berahi datang, bertunaslah benih. Jika kala (ajal) datang, matilah pokok itu. Kalo jagat bhakshaka... Matahari dan bulan pun akan tercerai berai bila sampai ajalnya. Jika tiada nafsu berahi pula, maka tiada penghasilan benih. Jika tak ada kala pula maka tiada kehancuran. Oleh itu, haruslah kita menakluki Kala dan Kama. Begawan Siwa membakar sang Kama dengan trinetra baginda dan memijak Kala. Jika kita mencari suaka dengan baginda, maka tak ada lagi jelmaan atau kematian bagi kita. Marilah kita memuja di duli Bapa dan Ibu Jagat... Jagatha pitarau wande paarwati parameswarau...

Seorang tuan itu punyai dua pelayan. Seorang lagi cuba mengampu tuannya, manakala yang seorang lagi cuma menjalankan tugasan tanpa sebarang cinta pun kepada tuannya. Jika tuan itu seorang yang bodoh, maka pastilah dia suka akan pelayan kaki pengampu itu. Jika tuan itu cerdik pula, maka dia tak akan mencintai sesiapa pun yang bekerja demi mendapatkan wang atau pun yang suka mengampu. Tuan hanya akan menyayangi orang yang bekerja disebabkan oleh kebaktiannya. Begitulah juga kejadiannya dengan Tuan Yang Maha Baik, Sang Hiyam Widdhi.

Kenapalah pecahkan buah nyiur di depan berhala Sri Ganesa? Baginda itu anakanda Parameswara dan memohon ayahanda baginda mengorbankan kepalanya dengan trinetra hanya kerana baginda memikirkan bahawa sebarang usaha itu akan dimahkotakan dengan kejayaan dan tanpa sebarang halangan. Jadi, kita pun memecahkan buah nyiur bermata tiga. Sang Ganesa sangatlah sakti sampai meminta kepala ayahanda baginda sendiri. Sebarang benda yang tinggi bagi sesuatu itu mestilah dikorbankan kepada-Nya. Perlambangannya di sini, kita mengorbankan nyiur bermata tiga kepada Tuhan, seperti yang diarahkan-Nya. Apabila para sannyasin mencapai Siddhi, maka selesailah sudah. Amalan ini cuma terkenal di Tamil Nadu sahaja.

Memikirkan bahawa Tuhan itu jauh daripada kamu maka kamu pun melilau-lilau mencari-Nya. Lama kamu pun tak tahu, Dia masih jauh. Walaupun mungkin kam melewar, tapi kamu tak nampak bahawa Dia itu sebenarnya dekat sahaja denganmu. Dia jauh namun dekat. Ada cetera seorang gadis mau kahwin dengan seorang raja. Namun akhir kepada segala pengembaraannya, dia cuma menemui seorang lelaki biasa yang sudah pun dipilih oleh keluarganya sendiri buat dirinya. Mempelai itu dekat sahaja. Yang si gadis pergi mencari jalan jauh sebelum berpatah semula ke titik yang sebenarnya dekat sahaja.

Kita melihat pantulan diri kita dalam cermin. Dalam sebaris cermin itu, terpantul beribu-ribu pantulan. Hanya seorang sahaja yang melihat pantulan itu. Yang berdiam dalam kita melihat semua itu, Dia itu lah Tuhan. Yang melihat itu yang menyebabkan segala yang terpantul. Penyebab itu lah pengetahuan yang menjadi dasar lokamaya ini. Di mana pengetahuan itu? Dalam diri kamu sahaja, yang halus dan yang besar semua dalam diri mu.

Kesukaan itu datang dalam rupa kedudukan pangkat, wang dan lain-lain. Ia datang daripada tiada. Kita rasa terpencil. Tapi percaan terkecil daripada kesukaan besar itu di dalam ini, iaitu Ananda. Paramatma, ananda yang di dalam tak pernah risau pun sama ada sebarang kesukaan dari loka luar dan bercampur dengannya atau pun tidak. Air masuk ke lautan, tapi walaupun sentiasa penuh tetaplah ia nampak tenang saja.

Kalau diteliti ajaran Gita, nampak pula perkara bertentangan berkaitan dengan kebaktian, karma dan jnana. Tapi, Dia mengangkat para pemuja itu setahap demi setahap. Kita mestilah bertapa dengan rupa-Nya seperti yang dijelaskan dalam sastera suci dulu. Kebaktian ini membolehkan kita memahami ciri jagat-Nya. Pandangan kerohanian akan kemudian menjadikan kita jelas bahawa Tuhan itu tiada berupa dan Dia itu Hakikat Tertinggi, mendengar tanpa telinga, bergerak tanpa kaki. Memuja-Nya pada peringkat awal itu tak perlu pun kepada pengetahuan bawah kesedaran. Semakin lama kita bertapa, meningkatlah kebaktian itu sendiri. Kita pun sedar sendiri rupa jagat itu macam mana. Tak ada beda pun antara pemuja dengan bahan pemujaan.

Pemikiran kita akan mencari sendiri dan berpaut kepada-Nya seperti besi itu tertarik kepada besi berani. Laksana isteri yang setia tertarik kepada si suami, dedalu melekat di pokok, dan sungai menghala ke lautan. Kebenaran falsafah dan orang biasa pun tak banyak persamaannya. Makanya, pakaian luaran yang melebih-lebih itu tak guna pun. Perwakilan agama mestilah mempunyai nilai yang berbaloi dalam masyarakat. Tenang, shantam (ciri cinta), sentiasa tapa, dan tidak mementingkan diri atau tak ego. 

Agama Hindu ini walaupun nampak banyak lah percanggahan di sana sini sebab kebudayaan rakyat berbeda namun masih tetaplah bertahan sampai ke kini. Ini semua adalah karunia orang-orang suci sekelian. Kalau ada seorang pun dalam kalangan mereka maka sama kita, maka loka pun tenteram suka.

Selasa, 29 Oktober 2013

50 Daiwa Locanam Bhg. 3


Dengan menambah keinginan, kita cuma menambahkan kemiskinan sahaja. Perkara asas bagi hidup dan mruah patutlah disampaikan kepada semua orang dalam negara. Maka, bagi yang ini kita merencana. Orang yang berpengaruh itu patutlah hidup seperti orang miskin dan berhenti sudah meningkatkan keinginan yang melebihi keperluan. Yang kaya patutlah berkongsi kemakmuran dengan yang miskin. Inilah punnyam yang membawa kepada keselamatan. Lebih banyak keinginan kita itu, sampai ke tahap nya, langsung tiada lagi keamanan atau keselesaan dan ia cumalah membawa kepada kemiskinan dan kesedihan sahaja.

Wedanta yang merupakan kemuncak weda-weda suci mengajarkan cara bagi kita mengalihkan segala kesedihan. Kebencian dan nafsu keinginan timbul hanya kepada bahan-bahan yang bukan dari kita. Nafsu keinginan itu tak akan timbul jika bahan-bahan dianggap sebagai sejati dengan kita. Jika tiada sesuatu pun melainkan kita, maka nafsu keinginan pun tak timbul. Jika tak ada nafsu keinginan, maka tak ada lah usaha dan tak ada dosa. Tiada dosa, maka tiada sesiapa pun. Tiada sebarang derita duka.

Kita mungkin diserang pelbagai jenis kesedihan. Yang kenampakan sebagai kesedihan kepada semua orang itu tak mungkin nampak sedih bagi kita. Jika kita selalu gembira suka, tanpa mau mencapai sebarang kebendaan tak disentuhlah oleh kesedihan. Bagikan daun Teratai dan biji Kalakodi. Yang digelarkan yoga. "Ketahui bahawa untuk ditandai sebagai Yoga itu adalah sesuatu yang terpisah daripada kesatuan dengan kesedihan. Yoga itu pengalihan diri daripada dikaitkan dengan kesedihan".

Dalam usaha mencapai kehendak seseorang itu, kenapa pula Weda suci kena berbicara untuk banyak benda? Persoalan ini mungkin timbul dalam pikiran kita. Menerusi banyak benda yang mungkin bagi kita memahani bahawa kehendak seseorang iaitu hakikat: yoga, tapa semadhi, pengorbanan, menjalankan karma; yang tatkala semua ini disempurnakan, apa yang ditandai oleh ini semua itu adalah Hakikat yang satu jua. Hakikat inilah yang menjadi kehendak bagi Weda. Yang lain itu cirinya senantiasa berubah. Ia terjalin menjadi satu cetera dan kemudian cetera itu pun sirna terhapus begitu sahaja.

Untuk apa kah pengetahuan perubatan itu? Tujuannya biar tubuh sihat dan kuat. Kenapa kalau tubuh itu tak sihat dan tak kuat? Tubuh akan kena penyakit lah. Jika kena penyakit pula apa kejadiannya? Seorang itu tak akan mampu berfungsi dengan baik. Dia, Jiwa Tertinggi yang mengaruniai tubuh ini kepada kita. Ini lah kebenaran. Kita mesti mengamalkan beberapa disiplin pula. Kita boleh mengamalkannya hanya jika tubuh kita ini sihat dan berkeadaan baik. Dalam usaha memastikan tubuh terpelihara baik, kita mestilah menghalangnya daripada menjadi mangsa penyakit. Pengetahuan perubatan memberitahu kita cara mengubati dan menghalang penyakit. Makanya, Ayurweda itu membantu kita menyedari pengalaman Adwaita.

Sawikapla Semadhi

Minda itu tegoh tanpa sebarang gangguan sampingan, merenung bahan sepenuhnya menyerap ke dalamnya.

Nirwikalpa Semadhi

Tujuannya itu adalah Yoga. Dalam keadaan ini, minda kurang berfungsi lagi dan hilang terus. Meninggalkan Jiwa itu bersinar sendirian. Dalam Adwaita, jalan tapa semadhi ini dikenalpasti; namun di sini bahan tapa itu adalah Brahman yang tiada beda-beda lagi.

Sahaja Semadhi

Yang ini dicapai menerusi jalan mengkaji dan bertanya. Ia merupakan tahap semulajadi Jiwa. Kesedaran dan satu daripada fenomena yang dibiarkan berlalu macam itu saja.

Tiada sesuatu pun untuk dibanggakan apabila aku melihat orang ramai memuja bertabik kepada aku. Namun apabila aku merenung semula bahawa pemujaan itu diperbuat sebenarnya kepada Sang Hiyam Widdhi. Mereka berpikir bahawa Sang Hiyam Widdhi itu boleh didekati menerusi aku, maka aku berasa suka hatinya bahawa ramai orang yang mempercayai-Nya yang Maha Pengaseh yang akan mendengar keluh-kesah mereka dan mengalihkan kedukaan mereka.

Agama Hindu ini berkembang menerusi kebaktian yang mendalam, tapa dan pemurnian jiwa. Aama lain mungkin berkembang dengan menerusi propaganda yang diperbesar-besar atau menerusi pertelingkahan. Sebabnya berjuta-juta orang tetap bertahan dalam tradisi agama Hindu ini, walaupun dibayangi oleh agamawan lain yang lebih berkuasa propagandanya, menerusi godaan wang, peperangan, dan sebagainya itu adalah disebabkan oleh Mahatma yang berada dalam kalangan kita dan disebabkan mereka itu kita masih kekal berada dalam lipatan agama Hindu. Kita mengembangkan kebaktian kepadanya dan meningkatkan lagi kepercayaan kita dalam agama kita menerusinya. Terdapat ayat Weda Suci yang menyatakan bahawa pokok yang berbunga itu sendirinya menarik lebah-lebah berkerumun. Jika kita memeriksa kendiri kita ini, dan kita dapati bahawa seseorang dalam kalangan itu sempurna maka lokamaya ini akan segera mengikut kepadanya.

Seorang anak itu makan tanah. Tangannya diikat oleh si ibu. Anak pun marah lantas menangis. Adakah disebabkan ini ibunya mengikat tangannya? Kita tak tahu belas kasihan Ibu Jagat. Kebaikan atau keburukan yang menimpa kita itu disebabkan oleh karunia-Nya. Penderitaan dan keperitan itu juga adalah karunia-Nya untuk beberapa sebab. Harus kita terima sebarang perkara yang menimpa kita tanpa mengira baik atau buruk itu sebagai karunia Ibu Jagat. Kita tak mengetahui kenapa Ibu Jagat memberikan kita itu semua. Penglihatan kita ini terbatas. Kita tidak tahu apa yang sebelum atau apa yang selepas. Jika kita mampu melihat masa lampau, masa kini dan masa depan, maka kita ketahuilah bahawa Sang Hiyam Widdhi itu bukannya mahu perkara buruk menimpa kita. Selain daripada-Nya tiadalah sesiapa lagi yang terdekat dengan kita walaupun saudara-mara sekali pun.  

Kita tak boleh berkata bahawa seorang anak atau orang bodoh yang terus diam tanpa sebarang kegiatan bak batu itu sebagai agung. Kita tak boleh menganggapnya sebagai telah menerima Jiwanamuktih. Ini sebenarnya kesan daripada dosa. Dia seorang Yogi atau Jnani yang kebijaksanaannya sangat halus dan setajam mata pedang. Dia menjadi pokok yang layu, dan bahan yang tak bergerak dengan pemikiran yang tegoh. Dia harus memahami segala perkara yang terjadi sekelilingnya. Pengetahuannya harus sempurna. Dia tak patut terpengaruh dengan nafsu suka mau pun kesedihan. Dia harus senantiasa suka bahagia. Tak ada sesiapa pun dalam kalangan kita seperti itu dan Sang Eswara itu digambarkanlah sebagat Sat Chit Ananda.

Jika Sang Hiyam Widdhi itu lautan belas kasihan dan jika Dia Maha Mengetahui, maka Dia jua mesti mengetahui kehendak kita tanpa kita bercakap pun. Kenapa kita harus bermohon itu dan ini kepada-Nya? Jawapan munasabahnya itu, daripada kita bermohon kepada orang-orang tak guna di tempat-tempat tak berguna, ada baiknya kita bermohon hanya kepada Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Mencakupi. Selain daripada itu, tiadalah sebarang penegakan pun bagi kita buat memohon itu dan ini kepada-Nya.