Āyam Atmā Brahmā

Kata-kata agung ini terbit dari Atharvaveda yang membawa maksud "Roh ini adalah Tuhan". Ia menjelaskan bahawa jiwa perseorangan yang murni di dalam sekali itu merupakan saksi yang tidak terlibat dalam segala kegiatan tubuh makhluk. 

Pelita itu menyinari rantau sekitarnya. Cahayanya itu digunakan untuk pelbagai tujuan. Setengah orang menggunakan cahaya itu untuk mencari jalan menipu akaun dan mencuri wang. Sementara, ada orang yang menulis nama suci Tuhan dengan menggunakan cahaya tersebut. Walaupun cahaya tersebut disalahgunakan untuk mencuri dan melakukan kejahatan, namun pelita tersebut tidak pernah terkesan dan terganggu. Ia hanya menjadi saksi bisu bagi pelbagai kegiatan yang dijalankan oleh batang tubuh. 

Hal yang seumpama itu jugalah berlaku pada atma (roh) yang bersinar dalam gua hati manusia. Seseorang itu haruslah melibatkan diri dalam kegiatan kebajikan dengan panduan dari sinaran ketuhanan.

Māṇḍūkya Upaniṣad

Bahagian dari Atharvaveda ini dikaji bersama dengan satu golongan ayat-ayat dalam empat kārikās yang menurut kepada pengikut tradisi Advaita dianggap sebagai karya Śaṅkaracārya, guru agung Gauḍapāda. Manakala tradisi-tradisi lain menganggapnya sebagai sebahagian atau keseluruhan upanishad.

Oṃ ini adalah suku kata, yang tidak terhapuskan. Segalanya adalah huraian baginya, yang lampau, yang kini dan yang akan datang - segalanya adalah Oṃ. Yang mencakupi tiga kali itu juga Oṃ, tiada yang selain Oṃ melainkan Oṃ. Āyam Atmā Brahmā, Segala ini (yang terjati dari Oṃ) adalah Brahma; Diri ini pula terdiri daripada empat peringkat. Dalam keadaan jaga, dengan pengetahuan mata benda luaran, pengguna mata benda legap - manusia berbatang tubuh itu di peringkat pertama. Dalam keadaan bermimpi, memerhatikan dalam Diri sendiri, bebas bahan legap - pemerhatian penuh sinar itu berada pada peringkat kedua.   

Rujukan
  • Ayam Atma Brahma, Seeker, Speaking Tree (online)
  • Kenneth W. Morgan (ed.), The Religion of the Hindus (online)
  • Mahakavya, Michael (blog)
  • Vanamali, The Spiritual Science of the Rishis (online)