Tat Tvam Asi

Tat Tvam Asi ini diterjemahkan sebagai "Kau adalah Itu" atau "Itu adalah Kau". Rujukan bagi pepatah ini boleh didapati dalam Chandogya Upanishad (6.8.7) dalam perbualan antara Ṛṣi Uddalaka dengan Śvetaketu, anak beliau. Pepatah ini muncul pada penghujung pupuh dan diulang pada penutup pupuh berikutnya sebagai satu penafian. Maksud pepatah ini adalah Jiwa dalam keadaan murni, asal dan permulaannya adalah sepenuhnya atau sebahagiannya dijatikan atau serupa dengan Hakikat Tertinggi, yang merupakan dasar dan asal-usul bagi segala kejadian atau fenomena.

Aliran-aliran Vedanta utama memberikan tafsiran berbeza kepada pepatah ini. Antaranya adalah seperti berikut:
  • Advaita, berpandangan bahawa kesaksamaan mutlak 'Tat' itu adalah Brahman manakala Tvam itu merujuk kepada Atman atau Jiwa.
  • Śuddhādvaita, berpandangan bahawa kesatuan itu pada "pati" antara "Tat" dan jiwa perseorangan, namun "Tat itu adalah keseluruhan dan jiwa itu adalah satu bahagian sahaja daripadanya.
  • Viśiṣtādvaita, berpandangan bahawa jati diri jiwa itu adalah sebahagian daripada keseluruhan yang disebut sebagai 'Tat", Brahman.
  • Dvaitādvaita, berpandangan bahawa ketidakbezaan saksama dan perbezaan antara jiwa itu adalah sebahagian daripada keseluruhan iaitu "Tat".
  • Dvaita Madhavacharya, berpandangan bahawa "Sa atma-tat tvam asi" dalam bahasa Sanskrit itu sebenarnya merujuk kepada "Sa atma-atat tvam asi" yang bermaksud bahawa "Atman, Kau bukanlah Itu". Hal ini adalah penafian kepada Mayavada, Mayavada Sata Duśani, teks keenam, "Tat Tvam Asi" diterjemahkan kepada "Kau adalah hamba kepada Yang Maha Tinggi (Visnu)".
  • Acintya Bheda Abheda, berpandangan bahawa kesatuan yang tidak dapat dibayangkan antara jiwa itu adalah sebahagian daripada keseluruhan iaitu "Tat".
Avadhuta Gita

Avadhuta Gita dalam 1.25 menyatakan bahawa, "tattvamasvādivākyena svātma hi pratipāditaḥ. Neti neti śrutirbrūyādanṛtaṃ pāñcabhautikam". Maksudnya, "Kau adalah Kau, Jiwa kita sendiri ditegaskan. Daripada segala yang tidak benar itu dan terbentuk dari lima unsur - Śruti menyebut bahawa, 'bukan ini, bukan ini'".