Soham

Soham ini adalah mantra yang bermaksud "Aku adalah Dia". Dalam falsafah Veda, ia bermaksud penjatian seseorang itu dengan alam semesta atau Hakikat Tertinggi. Mantra ini berasal dari saḥ dan haṃ - haṃsa. Gabungan antara so'haṃ haṃsa ini boleh ditafsirkan sebagai "Aku sendiri adalah Angsa". Angsa di sini membawa maksud Atman.

Terbitan Kata Agung

Terbitan kata haṃsaatau angsa adalah dari aha sa yang bermaksud "Aku adalah Itu" boleh ditemui dalam ulasan mengenai veda-veda oleh Sāyaṇācārya dari Vijayanagara. Monier-Williams berpendapat bahawa ungkapan so'haṃ ini berkaitan dengan sa, dan ungkapan ini diterjemahkan sebagai "Aku adalah orang itu". Jika ditafsirkan sebagai ayat nama, ia boleh dibaca sebagai "Aku adalah Dia". Ungkapan ini ditemui dalam sastera veda yang menjatikan diri dengan alam semesta atau Hakikat Tertinggi.

Sejarah

Kata agung ini ditemui dalam upanishad-upanishad utama seperti Isha Upanishad ayat 16 yang berakhir dengan, "... tejo yat te rūpaṃ kalyāṇatamaṃ tat te paśyāmi yo 'sāv [asau puruṣaḥ] so'haṃ asmi". Maksudnya, "Cahaya yang merupakan rupa cemerlang engkau, aku melihatnya. Aku lah itu".

So'ham sebagai Aku adalah Dia sangat terkenal dalam sastera zaman purba dan zaman pertengahan. Setengah contoh termasuklah dalam upanishad-upanishad berikut:
  • Upanishad-upanishad Sannyasa, seperti Naradaparivrajaka Upanishad, Nirvana Upanishad, Ashrama Upanishad, Maitreya Upanishad dan Satyavaniya Upanishad.
  • Upanishad-upanishad Yoga, seperti Dhyanabindu Upanishad dan Yogashikha Upanishad.
  • Hamsa Upanishad.
Tantra-Tantra
  • Gandharva Tantra
  • Kali Tantra
  • Kularnava Tantra
  • Mahanirvana Tantra
  • Niruttara Tantra
Stotra-Stotra
  • Bhaja Gaureesam
  • Gowresa Ashtakam
  • Shakti Mahimnah Stotram
  • Tripurasundari Vijaya Sthava
Vakya Vritti

Vakya Vritti, himpunan karya-karya terkemudian oleh Adi Sankara dalam tradisi Natha untuk Hatha Yoga juga menggunakan ungkapan ini. Karya-karya tersebut adalah seperti berikut:
  • Yogavishaya, Macendranatha
  • Siddha Siddhanta Paddhati, Gorakshanatha
  • Yoga Bija, Gorakshanatha
  • Goraksha Shataka, Gorakshanatha
  • Lakhota, Jñāndeva
  • Yogapara Abhangamala, Jñāndeva
  • Siva Svarodaya, asas untuk Swara Yoga
Risalah-Risalah Yoga Klasik

Risalah-risalah seperti Gheranda Samhita dan Siva Samhita turut menyebut soham dan hamsa bagi menggambarkan kepentingannya dan apabila ajaran disampaikan, so disebut semasa menarik nafas manakala ham pula semasa menghembus nafas. Amalan tradisi dalam beberapa rupa dan latarbelakang ini turut digambarkan dalam pelbagai jenis buku.

Ajaran Hamsa

Swami Muktananda menyatakan mengajarkan mengenai so, tarik nafas dan ham, hembus nafas dalam surat kepada Franklin Jones pada 1968. Amalan ini kemudian didedahkan melalui buku Franklin Jones. Semua ajaran yang terbit keluar di Barat kemudian merujuk kepada ajaran melalui Swami Muktananda.

Ajaran ham, tarik nafas dan sa, hembus nafas pula didakwa dicedok dari teks Vijñāṇa Bhairava (155a) yang digunakan dalam aliran Śaiva Kaśmir, "udara dihembus dengan suara sa dan ditarik dengan suara ham. Kemudian bacaan mantra hamsa berterusan".

Walau bagaimanapun, ayat 155a tidak ditemui dalam teks yang pertama kali diterbitkan dalam tahun 1918 dalam siri teks dan pengkajian Kashmir. Ia dipetik dari ulasan oleh Kṣemarāja, pengikut kepada Abhinavagupta dalam Siva Sutra Vimarsini, ulasan Siva Sutra yang dimasukkan juga dalam edisi terkemudian Vijñāṇa Bhairava.

Soham dalam Yoga

Apabila digunakan dalam samadhi, kata-kata agung ini bertindak sebagai mantra semulajadi bagi mengawal corak pernafasan bagi membantu mencapai nafas panjang dan bagi mencapai tumpuan.
  • So, bunyi nafas ditarik dan dibaca secara detik mental sekali dengan pernafasan itu.
  • Ham, bunyi nafas dihembus dan dibaca secara detik mental sekali dengan pernafasan itu.
Soham ini dianggap sebagai mantra dalam Tantra dan Kriya Yoga. Ia dikenali sebagai Ajapa Mantra, Ajapa Gayatri, Hamsa Gayatri, Hamsa Mantra, Prana Mantra, Sri Praprasada Mantra, Paramatma Mantra dan digunakan dalam amalan samadhi ajapa japa dan dalam amalan shabda sanchalana, kriya yoga.