Memaparkan catatan dengan label pengenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengenalan. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Oktober 2013

Garuda Purana: Sepintas Pandangan

Penterjemah ke bahasa Melayu: Northern Gate


Ia merupakan salah satu daripada purana-purana yang menjadi bahagian kepada sastera kehinduan yang dikenali sebagai smartih. Purana ini merupakan purana aliran Vaishnava. Bahagian pertamanya mengandungi perbualan antara dewa Visnu dengan Garuda, raja segala burung. Sebahagian dari bahagian keduanya pula memberikan keterangan lengkap mengenai kehidupan selepas kematian, upacara kematian dan juga hal bawah sedar tentang penjelmaan roh. Ia dibacakan sekali sebagai sebahagian daripada Antyesti (Anting Sanskar) atau upacara pengebumian agama orang Hindu.

Pandangan Sepintasnya

Begawan yang berasal dari bahasa Sanskrit membawa maksud Yang Tertinggi yang mempunyai segala yang nampak di mata dan yang tidak kelihatan kerana wujud dalam keadaan rohaniah yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran terhad manusia atau maksudnya boleh juga disamaertikan dengan ananta tak terjangkau. Garuda memanggil dewa Visnu sebagai begawan.

Sastera ini merupakan satu bentuk arahan dari dewa Visnu kepada wahananya sang Garuda. Purana ini membicarakan hal kaji bintang, perubatan, tatabahasa, dan kualiti serta unsur-unsur batu permata. Selain itu, Garuda Purana juga memasukkan rujukan veda yang sahih seperti gulungan yang menerangkan tentang sembilan mutiara yang bukan sahaja memasukkan mutiara tiram tetapi juga mutiara sangka, mutiara naga, mutiara sungkur, mutiara gajah, mutiara buluh, mutiara paus, mutiara ikan, dan mutiara awan.

Selain Garuda Purana dalam jenis purana aliran Vaishnava, ada juga Vishnu Purana, Narada Purana, Bhagavata Purana, Pathma Purana, dan Vraha Purana. Sastera ini ada 19000 seloka dan merupakan jenis purana berukuran sederhana. Skanda Purana sebagai contoh ada 81000 seloka. Ribuan seloka dalam purana ini dibahagikan dua bahagian iaitu purwa kanda dan uttara kanda. Purwa kanda di bahagian pertama panjang sedikit dengan 234 bab manakala uttara kanda pula hanya 45 bab.

Bahagian kedua purana ini berbicara mengenai kehidupan lepas mati. Pengikut veda yang abadi yang dikenali sebagai orang Hindu umumnya membaca purana ini semasa upacara membakar bakai di ghatka bagi atma yang sudah pergi. Hal ini dikatakan penting dan berasal dari Garuda. Ada 19000 ayat yang menerangkan jalan menuju kepada Tuhan.

Suta Dengan Resi Lain

Suta merupakan seorang resi yang berpengetahuan tinggi. Beliau dikatakan sangat mahir dalam perkara purana-purana serta sastera-sastera. Beliau merupakan seorang yang setia terhadap dewa Vishnu.

Resi Vedavyasa mengajarkan purana-purana kepada salah seorang anak sikshanya bernama Romaharshana atau Lomaharshana. Beliau dipanggil roma (bulu) kerana bulu roma pada badannya akan meremang (harshana) apabila mendengar bacaan purana gurunya. Romaharshana yang meceriterakan kisah-kisah dari purana kepada orang lain. Bhagavata purana menyebut bahawa anak Romaharshana namanya Suta. Kemudian Suta pula memindahkan ceritera purana kepada resi-resi lain.

Dalam pada itu, Romaharshana berasal dari kasta Suta maka beliau pun dikenali lah juga sebagai Suta. Dari pembacaan Garuda Purana ini, dapat disimpulkan bahawa sebenarnya Romaharshana sendiri yang meceriterakan semula Garuda Purana dan bukan anaknya yang diberi nama Suta itu.

Jelmaan Vishnu dalam Awal Caritra Garuda Purana

Kembali kepada Romaharshana, beliau telah masuk dalam hutan Naimisharanya. Di situ, beliau duduk sebentar dan cuba merungkai rahasia dewa Vishnu. Resi-resi lain yang diketuai oleh Shounaka juga masuk dalam hutan itu. Mereka berkata kepada Romaharshana, "Wahai resi, kamu mengetahui segalanya. Siapakah dewa atas segala dewa? Siapa yang patut dipuja selayaknya? Atas sebab apa seseorang itu bertapa? Siapakah yang menghapuskan kejahatan? Bagaimanakah lokamaya ini sampai tercipta? Apakah itu dharma (kebenaran)? Ceriterakanlah kepada kami semua ini dan lagi."

"Baiklah," kata Romaharshana. "Akan aku bacakan kepada mu semua Garuda Purana. Lama lah bertahun dahulu, purana ini diceriterakanlah oleh Garuda sendiri mengenai purana ini kepada resi Kashyapa. Guruku Vyasadeva yang mengajarkannya semula kepada aku. Tetapi biarlah aku senaraikan kepadamu 22 jelmaan dewa Vishnu."

Sambungnya: "Jelmaan pertamanya seorang budak lelaki. Dalam rupa ini dia mengambil brahmacharya dan melakukan tapasya yang sukar. Jelmaan keduanya pula seekor sungkur (babian). Dalam rupa ini, Vishnu menyelamatkan lokantara ini dari loka bawah. Jelmaan ketiganya sebagai dewaresi. Dalam rupa ini dia menyebarkan widya pengetahuan tantra. Jelmaan keempatnya Nara dan Narayan yang merupakan dua orang resi. Jelmaan kelimanya sebagai resi Kapila. Resi Kapila mengajarkan anak sikshanya Asuri falsafah Sangkhyayoga. Jelmaan keenamnya pula Dettatreya, putera kepada Atri dan Anasuya. Jelmaan ketujuh berlaku di manawantara sbagai Swayambhu. Dewa Vishnu dilahirkan sebagai putera dewa Ruchi dan Akuti yang menjalankan banyak yajnya.

Jelmaan kelapannya pula sebagai Urukrama, putera kepada Nabhi dan Meru. Sebagai Urukrama, dia mengajarkan orang ramai cara hidup mulia. Jelmaan kesembilannya, dia menjadi raja Prithu dan mengembalikan semula bijirin serta herba ke muka bumi. Jelmaan kesepulohnya sebagai Matcha atau ikan. Dengan rupa ikan, dia menyelamatkan Vaivasata Manu dari bah besar yang melingkari dunia.

Jelmaan kesebelasnya sebagai kurma atau kura-kura. Jelmaan ini membantu dewa-dewa dan asura-asura sekeliannya mengeringkan lautan samudra manthana. Jelmaan kedua belas pula sebagai Dhawantari, bomoh kepada dewa-dewa dan pemula kepada segala perubatan. Jelmaan ketiga belas Mogini. Dalam rupa ini, Vishnu mengambil jasad wanita cantik bagi menawan dan merampas semula amrita (minuman pemberi hidup).

Jelmaan keempat belas, Vishnu menjadi Narasimma. Sebagai separuh manusia separuh singa, dia membunuh asura jahat Hiranyakashipu. Jelmaan kelima belas, Vishnu menjelma sebagai wamana (orang kerdil). Ia bagi memaksa raja Bali memulangkan semula surga para dewa.

Jelmaan keenam belas, Vishnu menjelma sebagai Parasuram. Parasuram membunuh kesatria-kesatria jahat dalam loka 21 kali. Jelmaan ketujuh belas, dia menjelma sebagai resi aku ini iaitu Vedavyasa, putera kepada Parashar dan Satyawati. Resi Vedavyasalah yang membahagikan dan mengelaskan semula veda-veda.

Jelmaan yang kelapan belasnya pula sebagai resi Narada. Jelmaan yang kesembilan belas sebagai Rama. Jelmaan yang kedua puluh sebagai Balaram. Jelmaan kedua puluh satu nya sebagai Krishna. Dan jelmaan yang kedua puluh dua nya masih belum tiba lah lagi. Pada saat itu jelmaan Vishnu ini akan kembali lalu menghapuskan kejahatan dan menegakkan keadilan."

Ada beberapa lagi lah jelmaan dewa Vishnu yang tidak disebutkan. Yang dua puluh dua itu yang utamanya.

Sabtu, 15 Jun 2013

Bahasa Melayu Tuha: Bahasa Jakun

Swasti Srih!

Di negara ini, terdapat juga kaum orang asli yang berbahasa Melayu Tuha. Suku kaum Melayu ini dikenali sebagai suku kaum Jakun. Kepercayaan mereka kebanyakannya adalah kepercayaan animis atau dalam sabdawali kehinduan kita hampir ke Tantrayana. Cuma mereka tidak bertembung dengan pengaruh Hindu sahaja. Suku kaum Jakun ini ada di negeri Pahang, Selangor dan Perak. Terdapat juga rombongan dari orang Kristian dan orang Islam yang cuba memasukkan mereka ke dalam agama mereka... Tapi orang Hindu tidaklah masuk lagi ke kawasan daratan dan hutan-hutan seperti samaya lampau lalu mengajarkan dresti kehinduan kepada mereka ini....

Contoh bahasa mereka....

Ajeh duduk kat mano?
Awak tinggal di mana?

Kam suka kat ajeh.
Saya suka kepada awak.

Sapa namo mok ajeh?
Siapa nama emak awak?

Ajeh tengoh muat napa tu?
Awak sedang buat apa itu?

Kam suka samo ajeh!
Saya suka sama awak!

Bosok betol bao bajuk ajeh ya!
Busuk benar bau baju awak ya! 

Pangkat Panggilan Saudara Mara

Momok, mamak - pakcik, bapa saudara
Tuhak - saudara mara ibu bapa yang lebih tua
Amoi, entengoh - saudara ibu baya yang lebih muda
Mok nok - orang yang baru beranak seorang
Nenek - merujuk lelaki atau perempuan kerana tiada sabdawali datuk dalam bahasa mereka

Lain-Lain

Ajeh - awak
Anok anok - kanak kanak
Arih - hari
Bapak - bapa
Begika - begini
Betino - perempuan
Bini - isteri
Dia semo - mereka
Emok - emak
Eni' - ini
Kami - kami
Hema' - saya
Jantan - lelaki
Kema' - kita
Ketuha - ketua
Ku' - aku
Laki - suami
Macam ika - macam ini
Rodong - rakan
Saing -rakan
Seloi - penat, letih
Tulung - tolong
Urang - orang
Urang tuha - orang dewasa

Yang lain-lain suku Melayu Tuha adalah seperti suku kaum Orang Laut di Johor dan di Riau. Suku kaum Melayu Tuha di tempat ini, ada sebanyak enam suku semuanya iaitu Semelai, Jakun, Seletar, Kanaq, Temuan dan Kuala.

Kalau di Sumatera, yang aku tahu suku kaum Melayu Tuha lain seperti Orang Talang Mamak dan Orang Kubu. Di Selatan Thailand, suku Melayu Tuha mereka dipanggil sebagai Orang Moken dan lain-lain suku. Yang di Selatan Thailand, ada yang menganut ajaran Buddha-Brahmana dan ajaran Islam mengikut kepada kawasan mana mereka berada.

Bahasa lain-lain seperti bahasa Brunei di Kalimantan sana, bahasa Iban, bahasa-bahasa sukuan di Filipina juga hampir sama. Kalau di Indonesia, aku hampir boleh memahami bahasa orang di Pulau Bangka, di sebelah Riau tapi aku kurang memahami bahasa Minangkabau dan bahasa Mendahiling dalam Sumatera. Anehnya, aku boleh memahami bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Bali (bukan bahasa tempatan mereka) berbanding dengan bahasa Indonesia yang dituturkan di Pulau Jawa seperti di Jakarta dan Jawa Timur. Aku faham juga bahasa Filipina walaupun tidak badas bertutur, mungkin kerana pengaruh media-massa.    

Jumaat, 19 Oktober 2012

Sejarah Advaita Vedanta


 Pengenalan

Advaita Vedanta ini merupakan konsep falsafah yang mana para pengikut mencari kebebasan atau kelepasan dengan mengenalpasti Atman (Jati Diri) dan Brahman (Seluruh) melalui proses persediaan yang panjang dan latihan, selalunya bawah pengawasan dan petunjuk guru, yang melibatkan usaha seperti pengetahuan dalam kitab suci, meninggalkan kegiatan duniawi dan pengalaman-pengalaman yang merangsang jati diri secara berterusan.

Aliran Advaita Vedanta ini berasal dari benua India. Sebelum tahun 788 M lagi ia dianggap sebagai aliran falsafah yang berpengaruh dan merupakan cabang aliran falsafah yang terbesar dalam matlamat kitab-kitab Veda (Vedanta). Aliran matlamat Veda terbesar yang lain adalah seperti Vasishtadvaita dan Dvaita. Lain-lain yang kecil sahaja pengikutnya seperti Suddhadvaita, Dvaitadvaita dan Acintya Bhedabhedha.

Kesatuan wujud ini merupakan sistem pemikiran yang mana Advaitan merujuk kepada jati bagi Diri iaitu Atman dan Seluruh atau Brahman. Dengan mengenali jati ini maka seseorang boleh lah menuju kepada pembebasan. Mencapai kebebasan memerlukan pula persediaan panjang dan latihan berterusan bawah petunjuk sang guru. Teks-teks utama dalam semua aliran Vedanta ini sudah tentu nya adalah Prasthanatrayi. Teks ini merupakan teks berkanun yang mengandungi Upanishad, Bhagavadgitam dan Sutra-Sutra Brahma. Orang pertama yang mengukuhkan dan menjelaskan prinsip-prinsip Advaita Vedanta ini adalah Shankara Bhagavadpada. Manakala tokoh sejarah pertama yang menyokong falsafah ini adalah Gaudapada, iaitu guru kepada guru Sri Adhishankara, Govinda Bhagavatpada.

Senarai Salasilah Para Guru

Advaita Vedanta sudah wujud sebelum Sri Adhishankaracharya lagi tetapi penggulungannya dibuat oleh Sri Adhihankara. Ajaran agama di benua India dan tradisi falsafah serta pengetahuan berkenaan keagamaan berasal dari Tuhan dan didapati melalui para resi yang "melihat" Veda.

Guruparamparadvaita atau salasilah para guru advaita ini bermula dari zaman daivaparampara atau zaman dewa-dewa, diikuti dengan zaman resiparampara atau orang alim yang menilik kitab dan kemudian manaavaparampara atau zaman sejarah. 

Daivaparampara

Sri Narayana
Sang Brahma Padmabhuva

Resiparampara

Vasishtha
Sakti
Parasara
Viyasa
Suka

Manavaparampara

Gaudapada
Govinda Bhagavatpada
Shankara Bhagavatpada
I. Padmapada II. Hastaamalaka III. Totaka IV. Vartikakaara Sureswar

Gaudapada

Beliau merupakan guru kepada Govinda Bhagavatpada dan guru kepada guru Shankara. Gaudapada mencedok ajaran Buddha bahawa hakikat akhir itu adalah kesedaran murni atau dalam bahasa Sanskrit nya Vignaptimaatra dan bahawasanya sifat dunia ini adalah penafian berpenjuru empat. Gaudapada menganyam dan menjalinkan kedua-dua ajaran ini menjadi satu falsafah bergelar Mandukaya Upanishad. Ia kemudian dimajukan lagi oleh Shankara.   

Adhi Shankaracharya

Beliau ini dikenal juga sebagai Shankara Bhagavatpadacharya (788-820) yang memperincikan lagi ajaran Advaita iaitu hakikat kesatuan wujud. Beliau mengukuhkan Advaita Vedanta, tafsiran kitab suci Veda yang mempunyai kesinambungan dari aliran pemikiran guru-guru Upanishad seperti dari Govinda Bhagavatpada, Gaudapada dan Ajativada.

Sistem Falsafah

Shankara menyusun karya-karya ahli falsafah sebelumnya dengan teratur. Dalam aturan Vedanta nya, diperkenal kaedah-kaedah penafsiran secara akademik berkenaan dengan ilmu alam ghaib dari Upanishad. Gaya ini dipakai juga oleh aliran-aliran Vedanta terkemudian. 

Sintesis Advaita Vedanta Shankara diringkaskan dalam petikan katanya dari Vivekacudamani, iaitu salah satu dari prakaranna grantha nya (risalah falsafahnya):

"Dalam setengah seloka ini sudah aku nyatakan, apa yang dinyatakan melalui ribuan tulisan; bahawasanya Brahman sahaja yang benar, dunia ini mithiya (tidak berwujud dengan sendiri), dan diri perseorangan itu tidak berbeza dengan Brahman". 

Isnin, 6 Ogos 2012

Kebudayaan Brahmana


Pengenalan

Brahmana merupakan ajaran dan kebudayaan yang tersebar meluas di kawasan Asia Tenggara khususnya di daratan Indo-China, negara kota orang Melayu dan dalam negara kota dalam wilayah negara Indonesia moden menerusi penglibatan Brahmakshatria dari wangsa Pallava. Ia merupakan agama orang Hindu pada zaman boran (purba).

Brahman merujuk kepada Paramatma atau Roh Jagat Raya. Manakala Brahmana merujuk kepada orang yang berpengetahuan mengenai pantang larang, sanskriti (tradisi), parampara (adat), sastram dan sebagainya. Apabila perkataan Brahmana diinggeriskan maka ia disebut sebagai Brahmin. Brahmin juga merujuk kepada pengamal ajaran Hindu Ortodoks dan golongan pendita. Bagaimana pula dengan Brahma? Brahma merujuk kepada aspek penciptaan dalam kesedaran sejagat.

Konsep Pembahagian Masyarakat

Masyarakat pada zaman dahulu di benua India purba menurut kepada sistem feudal dan sistem pemerintahan beraja. India moden merupakan bekas anak jajahan kepada empayar Britain yang terbahagi antara India, Pakistan dan Bangladesh. Kesemua negara-negara moden ini mempunyai sistem kenegaraan republik. Manakala kawasan benua yang lebih luas lagi tersebut dalam Mahabharata merujuk kepada kawasan India moden, Pakistan, dan hampir seluruh kawasan Asia Tenggara di daratan dan di kepulauan. 

Bentuk masyarakat yang kita lihat mesti mempunyai tingkatan nya pula dan jika kita bentuk maka akan kelihatan lah bentuk piramid atau tiga segi dari bawah sampai ke atas di bucu yang tajam itu. Konsep kemasyarakatan Hindu adalah seperti ini dan ini merupakan suatu hakikat. Jika dilihat dalam ilmu kemasyarakatan pun, hal nya dinyatakan begitu dan mustahil lah bentuk tiga segi itu berubah menjadi empat segi walaupun sebuah negara itu berubah menjadi sebuah republik. Lihat sahaja sekarang bagaimana hal nya? Ada juga presiden di atas nya walaupun bukan bersifat keturunan? Di Asia Tenggara, mana negara bersifat republik? Indonesia dan Singapura merupakan antara contoh nya. Di Asia Timur pula ada China dan Korea Utara.

Jadi pembahagian masyarakat Hindu adalah menurut sistem chaturvarna atau empat warna. Masyarakat itu terbahagi lah kepada masyarakat Brahmana, Kesatria, Vaisya, Shudra serta Chandala. Yang tiga di atas itu disebut sebagai triwangsa pula. Hal ini ada disebut dalam Atreya Smarthi 141-142:

Janmana jayate shudrah, samskarat dwija uchyate, vedapati bhaved viprah, brahma janati brahmanah.

Ertinya:

Jelmanya seorang itu sebagai shudra, menurut kepada samskara maka naik lah dia ke dwija, baca lah veda menjadi ia viprah, maka yang mengenali Brahman itu lah Brahmana.

Dari sini, kita dapat melihat bahawa Brahmana merupakan orang yang terlibat dalam mencapai pengetahuan kerohanian yang tertinggi yang dipanggil sebagai Brahmavidyam. Brahmana menurut pula kepada shakha atau cabang dan veda-veda. Hal ini diterangkan sebagai suatu jalan yang sukar untuk mendisiplinkan tubuh badan, minda pemikiran dan mencapai kebijaksanaan. Mereka ini pun dikenali sebagai Brahmana menurut dharmma, walaupun varna mereka bukan varna Brahmana.

Apakah contohnya? Contohnya seperti Resi Vishvamitra yang bukan seorang Brahmana berdasarkan kelahiran tetapi mencapai Brahmavidyam lalu mengarang Gayatri Mantra. Jadi beliau meningkat menjadi seorang Brahmarishi yang bukan menurut kelahiran varna nya tetapi menurut kepada pencapaian dharmma nya.

Dalam Manusmarthi sendiri, ada tersebut tentang perubahan taraf jati puak-puak di India purba misalnya melalui upacara upanayan atau menaik taraf dan menyerap puak-puak tidak bertamadun ke dalam sistem tradisi dan adat-istiadat Brahmana. Ada yang dinaik taraf menjadi golongan pendita. Dalam zaman pertengahan di India serta zaman penjajahan British, orang ramai dari pelbagai jenis kemahiran pun mengakui diri mereka sebagai golongan Brahmana namun mereka tidak lah menurut gaya kehidupan para Brahmana. Mereka gila kuasa, tamak harta dan hanya berfikir untuk memenuhi hawa nafsu mencari kekayaan sahaja.

Golongan pendita diharapkan menjalani kehidupan menurut tradisi dan sanskriti, menjalankan pengorbanan dan menjadi pelindung pula kepada dharmma kerana kemahiran mereka dalam pengajian veda-veda. Masa kini, golongan pendita ada lah menerima sedikit saguhati apabila menjalankan upacara korban bagi orang ramai supaya mereka boleh menampung hidup berdasarkan kepada pengetahuan keagamaan mereka dan kewajipan mereka terhadap dharmma.      

Ahad, 13 Mei 2012

Dewi Mari Amma

Bhajan yang ditujukan oleh penyanyi kepada dewi Sakti iaitu Kali Amma. Ia dinyanyikan dalam bahasa Tamil iaitu bahasa orang India Selatan. Nama lain dewi in dalah dewi Durga. Di Malaysia, dewi ini mempunyai ramai penganutnya sama juga seperti di negara India dan di mana-mana. Dewi ini menghapuskan kejahatan dan merupakan jelmaan dari peneman kepada dewa Siva Maheswara.


Dewi ini juga mengubati penyakit misalnya seperti penyakit cacar. Dalam filem-filem di negara India wilayah selatan misalnya seperti filem Ammoru ada memaparkan kisah dewi ini memberi jasa kepada penduduk setempat dan mengajarkan perubatan kepada penduduk supaya menggunakan daun semambu untuk mengubati penyakit tersebut.

Di pulau Jawa di negara Indonesia, dewi ini juga pernah mempunyai tempat dalam kalangan penganut Hindu Kejawen beraliran Siva-Tantra.