आहुः सत्यं हि परमं धर्मं धर्मविदो जनाः ... Mereka yang berpengetahuan dharma itu menyatakan bahawa Kebenaran itulah dharma tertinggi - Ramayana, Kaikeyi 2.14.13
Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan
Khamis, 3 Julai 2014
Bahasa Melayu
Pengenalan
Bahasa Kepulauan Selatan Purba
Penanda Soalan dan Keadaan
Bahasa Melayu Tua
Bahasa Melayu Jakun
Kosa Kata Bahasa Melayu Jakun
Bahasa Melayu Srivijaya
Kosa Kata Srivijaya Kedukan Bukit 604 Saka
B. Melayu Moken: Senarai Dapatan Kata Kerja
Frasa Bahasa Melayu suku Semelai
Ciri Lain
Aksara Bahasa Burma
Bahasa ini antara bahasa terpenting untuk urusan di sini....
Vayanchana
Vayanchana dan Svara
Lanjutan
Sumber: Prof. Bo dari Youtube
Selasa, 14 Januari 2014
Bahasa Semelai: Frasa Mudah
Ucapan
मन्दाय खबर Mandai Khabar Apa Khabar
सलाम्त सौं Selamat Som Selamat Pagi
सलाम्त पितों Selamat Petom Selamat Malam
सलाम्त स्वक Selamat Suak Selamat Jalan
Ganti Diri
अन En Saya
यीय Yea Saya
को Ko Kau
जी Ji Awak
केः Keh Dia
ढे: Deh Mereka
यीय्क Yeak Kami
Perkataan Biasa
बेय्ह Beah Bukan
दुम् Dom Ya
लच्छ Lachh Sudah
Perbuatan
छः Cha Makan
जिर् जोर Jer Jor Kencing
छिर् येय्च Cher Yeach Berak
स्वक Suak Jalan
जितैक़ Jete'k Tidur
Nama Umum
लूक Luka Luka
महम् Maham Darah
चौ Cho Anjing
पनबो Penebo Anjing
दो औ: Do'oh Kebun, Ladang
Masa
तिङा हारी Tengahari Tengah Hari
पितों Petom Petang, Malam
सौं Som Siang, Pagi
Keluarga
मुयाङ Muyang Moyang
माः Mak Emak
बापः Bapak Bapa
ए ऐक् E Ek Abang
काकः Kakak Kakak
तोक् आकी Tuk Aki Datuk
तोक् वान् Tuk Wan Nenek
मन्दाय खबर Mandai Khabar Apa Khabar
सलाम्त सौं Selamat Som Selamat Pagi
सलाम्त पितों Selamat Petom Selamat Malam
सलाम्त स्वक Selamat Suak Selamat Jalan
Ganti Diri
अन En Saya
यीय Yea Saya
को Ko Kau
जी Ji Awak
केः Keh Dia
ढे: Deh Mereka
यीय्क Yeak Kami
Perkataan Biasa
बेय्ह Beah Bukan
दुम् Dom Ya
लच्छ Lachh Sudah
Perbuatan
छः Cha Makan
जिर् जोर Jer Jor Kencing
छिर् येय्च Cher Yeach Berak
स्वक Suak Jalan
जितैक़ Jete'k Tidur
Nama Umum
लूक Luka Luka
महम् Maham Darah
चौ Cho Anjing
पनबो Penebo Anjing
दो औ: Do'oh Kebun, Ladang
Masa
तिङा हारी Tengahari Tengah Hari
पितों Petom Petang, Malam
सौं Som Siang, Pagi
Keluarga
मुयाङ Muyang Moyang
माः Mak Emak
बापः Bapak Bapa
ए ऐक् E Ek Abang
काकः Kakak Kakak
तोक् आकी Tuk Aki Datuk
तोक् वान् Tuk Wan Nenek
Label:
bahasa,
dokumen,
malaya,
melayu darat,
melayu purba,
melayu tua,
orang asli,
pendidikan,
proto melayu,
semelai
Jumaat, 8 November 2013
Arya Bhikkhu: Wira Mempertahan Bahasa dan Budaya Ramanna
Seorang bhikkhu itu adalah semulia-mulia makhluk. Bhikkhu hidup seringkas yang boleh. Bhikkhu mengorbankan segalanya pada jiwa raga demi kebaikan bersama. Bhikkhu itu pemimpin masyarakat. Bhikkhu bekerja demi memastikan keamanan dan pencerahan.
Masyarakat Ramanna kehilangan salah seorang bhikkhu agung pada bulan Jun tahun 2011. Yang Mulia, Tuan Eindaka meninggal dunia di Biara Kampung Kama. Beliau merupakan bekas pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Bahasa Ramanna hampir 10 tahun lama nya. Beliau juga pernah menjadi seorang guru di negeri Ramanna, Myanmar. Rencana ini ditujukan buat rakan-rakan Ramanna yang bekerja keras menyelamatkan harta masyarakat Ramanna di tanahnya itu.
Bahasa merupakan dasar bagi kewujudan manusia. Setiap bahasa itu mempunyai ciri-ciri tersendiri. Bahasa boleh berubah berikutan perubahan tempat, langgam dan persekitaran. Ketahanan kebudayaan satu suku kaum itu bertahan pada kurun ke-21 ini dengan bahasa. Bahasa bertulis dan percakapan orang Ramanna di Myanmar Bawah dan Tengah Thailand dihidupkan semula beberapa tahun ini hasil usaha bhikkhu Buddha dan juga pemimpin masyarakat sendiri yang berkesedaran. Pemeliharaan bahasa dan kebudayaan ini dipersetujui sebagai antara cabaran yang paling mendesak bagi turunan baru orang Ramanna secara keseluruhannya.
Pembelajaran dan pengajaran bahasa Ramanna tidak mendapat galakan kerajaan Persekutuan Myanmar sejak 200 tahun lama nya dari samaya empayar Burma lagi. Bahasa dan budaya Ramanna hanya bertahan pun disebabkan usaha masyarakat tempatan dan peranan serta kerjasama antara mereka sejak 60 tahun lalu yang berusaha demi ketahanan negeri Ramanna daripada dibuli dalam Persekutuan Myanmar.
"Inilah masanya menamakan anak-anak tuan dalam bahasa Ramanna", sebut Yang Mulia Eindaka kepada rombongan Jawatankuasa Bahasa dan Kebudayaan pada 1991 di sebuah kampung. "Kita ini orang Ramanna. Kenapa harus menamakan anak dalam bahasa asing seperti bahasa Burma?" Kata Yang Mulia Eindaka. Beliau berusaha tanpa mengenal lelah sejak 30 tahun bagi usaha menghidupkan dan mempertahankan bahasa dan kebudayaan orang Ramanna.
Saya dilahirkan dalam keluarga Ramanna di sebuah kampung di ulu negeri Ramanna. Beliau diajarkan bahasa dan budaya Ramanna di biara selama 15 tahun. Saya dijaga dengan baik oleh para bhikkhu Buddha sementara ibu bapa saya bekerja di ladang. Pembelajaran bahasa Ramanna itu berharga buat saya, walaupun ketika itu amat berbahaya sekali belajar bahasa selain daripada bahasa Burma. Saya pernah disoal siasat oleh pegawai keselamatan tempatan mengenai peranan saya dan perkaitan saya dengan bhikkhu bangsa Ramanna dan kelompok pembebasan negeri Ramanna di kawasan perhuluan sekitar tahun 1992. Namun, saya tetap menganggap penyebaran bahasa dan kebudayaan Ramanna sebagai matlamat hidup saya sejak kecil. Rencana ini memuatkan pengalaman terkumpul saya mengenai harapan bahasa Ramanna dan kebudayaannya dalam konteks sosial dan politik di Myanmar.
Berjuta-juta anak bangsa Ramanna dilahirkan oleh ibu bapa Ramanna di kota-kota besar Myanmar. Ramai sekali yang berdiam di rantau hulu dan perladangan di Myanmar Bawah. Yang di hulu masih boleh bertutur, menulis dan membaca bahasa sendiri dengan baik sedangkan yang berdiam di bandar pula belajarnya di biara Buddha tempatan.
Kelas-kelas bahasa Ramanna dibuka sudah di bandar-bandar utama sejak 20 tahun lalu, tapi langsung tak menerima bantuan sumber dan dana dari kerajaan tempatan. Ibu bapa dan guru-guru mengorbankan masa dan wang mereka demi memstikan kelas bahasa ibunda berjalan lancar di kawasan kejiranan mereka. Bhikkhu-bhikkhu Buddha yang muda memainkan peranan penting dalam membentuk jawatankuasa kerja dan kumpulan sokongan dalam masyarakat tempatan yang membantu kelas-kelas bahasa di kampung mereka. Saya merupakan seorang bhikkhu semasa saya di kampung saya sejak 1994 lagi. Saya turut terlibat dalam jawatankuasa penyebaran dan pengajaran bahasa Ramanna dan kebudayaannya.
Nai Kelasa (Nai Khain Wieang) berkata, "Yang Mulia Eindka merupakan seorang bhikkhu yang sangat berani, tulus hati dan jujur dalam kalangan bhikkhu keturunan Ramanna. Beliau membuka biara kepada semua dan mengalu-alukan semua cawangan bhikkhu Ramanna lain tak kira aliran. Beliau memang seorang yang mulia". Nai Kelasa pernah menjadi guru saya semasa saya kecil, dan beliau menjaga saya selama 10 tahun.
Secara sejarahnya, bahasa Ramanna ini merupakan antara bahasa cawangan kelompok bahasa Mon-Khemir. Secara bangsanya, orang Ramanna sama seperti orang Asia Tenggara lain. Walaupun tak ada perangkaan kependudukan bangsa yang tepat, namun penutur bahasa Ramanna dianggarkan berjumlah kira-kira 1,130,00 orang di Myanmar manakala kurang 200,000 di Thailand menurut kepada kumpulan penyelidik negara Thailand.
Prasasti dalam bahasa Ramanna bertarikh dari seawal kurun ke-6 M pun ada ditemui. Negeri-negeri Ramanna awal diatur menurut kepada Dharmasastra dan dikepalai oleh dewaraja. Kerajaan-kerajaan Ramanna di Thailand nampaknya sudah menghilang disebabkan oleh pengaruh orang Thai yang melebar sekitar kurun ke-13 M. Yang di Myanmar Bawah pula selalu lah berhembas dengan negeri-negeri Burma yang terletak jauh di utara. Walaupun selepas negeri terakhir bangsa Ramanna jatuh dalam kurun ke-16 M pun, ketahanan hidup orang Ramanna masih berterusan. Ramai pelarian Ramanna lari ke Thailand, dan keturunan mereka di Thailand pun bertambah lagi dengan yang memang sudah berada dalam Thailand sejak samaya purwa.
Yang Mulia Eindaka dan lain-lain bhikkhu tua bekerja keras selama lima dekad demi melindungi bahasa Ramanna dan budayanya walaupun pemerintah Kesatuan Myanmar tidak menghargai usaha mereka bagi modal sosial dan kemasyarakatan. Beliau sebaliknya dipaksa oleh kerajaan dan pihak berkuasa supaya menutup kelas bahasa di biara dan banyak tempat lagi, namun beliau tetap berkeras dengan menggunapakai tapak perundangan dan susila. Disebabkan kesungguhan beliau ini maka bolehlah kelas musim panas diteruskan juga sampai ke tahun 2011 ini. Beribu-ribu anak orang Ramanna diterima belajar membaca bahasa Ramanna beberapa tahun ini.
Orang Burma menerima banyak juga budaya orang Ramanna termasuk tulisan aksaranya. Orang Ramanna juga dikatakan sebagai penerima awal ajaran Buddha aliran Theravada di Asia Tenggara. Disiplin kebiaraan mereka dan upacara mereka sangat-sangat dipandang tinggi sampai ke hari ini. Budaya Ramanna dikongsi bersama dengan orang-orang bangsa lain di rantau Tanah Rendah di Asia Tenggara. Hampir semua orang Ramanna pun beragama Buddha aliran Theravada.
Sejarawan menyebut bahawa, ada lagi budaya Ramanna bersisa dalam beberapa rantau di Thailand tapi kini hampir semua orang Thailand berketurunan Ramanna sudah hilang kemampuan bertutur bahasa Ramanna. Di Myanmar pula, budaya tradisional masih dipelihara. Pergerakan politik yang cuba membebaskan dan membentuk negara Ramanna masih lagi giat berusaha melawan kerajaan Myanmar.
Menurut buku sejarah Ramanna, orang Ramanna dipercayai merupakan bangsa manusia terawal sekali sampai di kebenuaan Asia Tenggara. Mereka mencetuskan ketamadunan awal Asia Tenggara seperti di Dwarawati di Tengah Thailand dan kebudayaannya tersebar sampai ke Timur Laut Thailand kini serta kerajaan Thaton di Myanmar Bawah kini. Mereka mula-mula sekali menerima bhikkhu Samghamitra dari Sri Lanka, menganuti ajaran Buddha sekitar kurun ke-4 M sedang ketika itu jiran-jiran mereka orang Khemir dan orang Cheampa masih beragama Hindu.
Orang Ramanna juga memakai aksara Brahmi dari Pallawawamsa dan bentuk tertuanya sekali terdapat di gua Saraburi bertarikh tahun 550 M. Walaupun tiada jumpaan carigali kerajaan Thaton, namun ia memang ada tersebut dalam babad Burma dan babad Lanna di Utara Thailand. Cetera Puteri Jamadewi dari Lembangan Chao Phraya yang memerintah di Haripunjaya di Lamphun moden pun berlaku sekitar kurun ke-8 M ketika rantau selatan berada dalam pengaruh Sriwijaya.
Yang Mulia Eindaka berkorban setulus hatinya bagi memastikan kebudayaan kita berterusan dan sejarah kita tidak mati. Beliau dan rakan-rakan beliau yang berhati mulia kini berada dalam hati kita semua. Beliau menyalakan lilin dalam kegelapan harapan orang Ramanna sekitar kurun ke-21 M. Maka tugas adhikara kita itu pula adalah meneruskan api lilin beliau biar ia bersinar di tanah kita. Orang tidak akan dapat hidup jika bahasa nya mati.
Nai Pendita, Biara Dharma Bhirata, Candrawara, 4 Julai 2011
Label:
bahasa,
bahasa mon,
buddha,
myanmar,
ramanna
Isnin, 28 Oktober 2013
Bahasa Kepulauan Selatan: Kosa Kata Asas
Pertanian dan Rekaan Karya
Bahasa Kepulauan Selatan Purwa......
Pajai Padi
Beras Beras
Semai Nasi
Gayam Burung Belaan
Manok Ayam
Manumanok Burong
Babui Babi
Kanuang Kerbau
Kuden Periuk Tanah
Sadiri Gerbang Rumah
Busur Pemanah
Panak Panah Terbang
Tulanni Seruling Bambu
Di Perkampungan
Bahasa Malayu Purwa Pulau Pelbagai.....
Pukun Pohon, Punca, Penyebab, Terbitan, Dasar Pokok
Sumpit Sumpit
Harzan Tangga Menaiki ke Rumah Bertiang
Taitai Tangga, Titi atau Jambatan Bambu Bersambungan
Kaka Saudara Tua Sejantina
Huaji Saudara Muda Sejantina
Ñara Saudara Lelaki kepada Seorang Wanita
Betau Saudari kepada Seorang Lelaki
Rumah
Bahasa Malayu Purwa Pelbagai Pulau juga mempunya beberapa kosa kata bagi rumah...
Balai Rumah atau bangunan buat kegunaan ramai
Rumak Rumah bagi kediaman keluarga
Banua, Wanua Tanah, rumah, negara, langit, kahiyangan
Lepau Kepuk padi
Kamalir Rumah berkumpul kaum bujang
Bahasa Kepulauan Selatan Purwa......
Pajai Padi
Beras Beras
Semai Nasi
Gayam Burung Belaan
Manok Ayam
Manumanok Burong
Babui Babi
Kanuang Kerbau
Kuden Periuk Tanah
Sadiri Gerbang Rumah
Busur Pemanah
Panak Panah Terbang
Tulanni Seruling Bambu
Di Perkampungan
Bahasa Malayu Purwa Pulau Pelbagai.....
Pukun Pohon, Punca, Penyebab, Terbitan, Dasar Pokok
Sumpit Sumpit
Harzan Tangga Menaiki ke Rumah Bertiang
Taitai Tangga, Titi atau Jambatan Bambu Bersambungan
Kaka Saudara Tua Sejantina
Huaji Saudara Muda Sejantina
Ñara Saudara Lelaki kepada Seorang Wanita
Betau Saudari kepada Seorang Lelaki
Rumah
Bahasa Malayu Purwa Pelbagai Pulau juga mempunya beberapa kosa kata bagi rumah...
Balai Rumah atau bangunan buat kegunaan ramai
Rumak Rumah bagi kediaman keluarga
Banua, Wanua Tanah, rumah, negara, langit, kahiyangan
Lepau Kepuk padi
Kamalir Rumah berkumpul kaum bujang
Bahasa Kepulauan Selatan: Penanda Keadaan dan Soalan
Om Swastiastu!
Untuk yang ini kita membahagikan bahasa Gugusan Kepulauan Selatan ini kepada bahasa Kepulauan Selatan Purwa dan bahasa Malayu Purwa Gugusan Kepulauan.
Bahasa Kepulauan Selatan Purwa
अनु, नानु Anu, Nanu Apa
ईम, सिम Ima, Sima Siapa
ईनु Inu Mana
ईजन् Ijan Bila
अनु, नानु Anu, Nanu Bagaimana
Bahasa Malayu Purwa Gugusan Kepulauan
आप Apa Apa
ईशै Isai Siapa
ईनु Inu Mana
पिजन Pijan Bila
कुजा, कुअ Kuja, Kua Bagaimana
Penanda keadaannya itu aku kurang paham cara penggunaannya kerana binaan semula tatabahasanya itu diperbuat orang Barat bernama Malcolm Ross. Susunan tatabahasa mereka aku kurang paham.
Label:
austronesia,
bahasa,
kepulauan selatan,
malayu,
melayu
Khamis, 24 Oktober 2013
Bahasa Kepulauan Selatan Lama
Om Swastiastu
Dhwani Prakriyam
Bahasa kepulauan lama ini sebenarnya adalah leluhur kepada bahasa-bahasa termasuklah bahasa Melayu. Untuk segmen yang ini, aku cuba hendak memasukkan pembentukan semula leluhur bahasa orang kepulauan selatan sekadar buat pengetahuan. Ahli bahasa baru-baru ini seperti Malcolm Ross dan Andrew Pawley telah membina leksikon besar bagi bahasa Kelautan Lama dan bahasa Pulau Pelbagai Lama sekitar 2009.
Bahasa Melayu Purwa Pulau Pelbagai ini membentuk semula leluhur bahasa-bahasa Melayu Pelbagai Pulau, yang merupakan pecahan bahasa Kepulauan Selatan yang terbesar sekali. Bahasa Melayu Purwa Pelbagai Kepulauan ini merupakan leluhur kepada semua bahasa Kepulauan Selatan yang dipertutur di luar pulau Taiwan, dengan pengecualian mungkin bahasa Tai-Kadai (jenis bahasa Siam) jika hipotesis bahawa bahasa Tai-Kadai itu merupakan turunan bahasa Kepulauan Selatan Purwa tapi bukan pula pecahan bawah bahasa Melayu Pelbagai Kepulauan.
Bahasa Kepulauan Selatan Lama dibentuk semula dengan membentuk beberapa golongan padanan antara wiyanchana dalam pelbagai bahasa Kepulauan Selatan lain dengan menurut cara perbandingan. Walaupun dalam teori, keputusan sepatutnya menjadi kabur, namun amalinya banyak sekali golongan bahasa yang menimbulkan pertelingkahan pula antara pelbagai sarjana berkaitan dengan bilangan dan ciri kepada swanima dalam bahasa Kepulauan Selatan Lama.
Pada masa lalu, pertelingkahan berkaitan sama ada kelompok padanan itu adalah benar atau hanya mewakili perkembangan bertampuk-tampuk dalam bahasa tertentu sahaja. Bagi ketidaksetujuan yang masih kekal kini, para sarjana mula menerima secara umum kelompok padanan sebagai sah namun tak setuju pula mengenai sampai tahap mana perbedaan dalam kelompok itu boleh dikesan semula ke bahasa Kepulauan Selatan Lama atau mewakili kelompok-kelompok bahasa yang merupakan ranting kepada bahasa yang satu.
Binaan Semula
Yang pertama adalah swanima yang dibina semula oleh Robert Blust, seorang profesor dalam bidang bahasa di Universiti Hawaii di Manoa. Sejumlah 25 wiyanchana bahasa Kepulauan Selatan Lama, empat suara, dan empat samyukta swara dibina semula oleh beliau. Namun, Blust memberitahu bahawa setengah binaan semula wiyanchana itu masih lagi boleh diperdebat dan dipertikaikan.
Yang kedua oleh John Wolff (2010) yang menerbitkan Pembentukan semula Bahasa Kepulauan Selatan Lama dalam Fonologi Berglosari Bahasa Proto-Austronesia. Beliau membentuk semula sejumlah 19 wiyanchana, empat swara (i, u, a, e atau e pepet) dan empat samyukta swara iaitu (ay, aw, iw, uy) dengan tekanan suku kata.
Banyak lagi pembentukan semula sebutan dan ejaan bagi bahasa purwa ini. Tapi yang dapat dipersembah di sini cuma duanya sahaja lah.
Label:
bahasa,
kepulauan selatan,
leluhur bahasa melayu
Isnin, 21 Oktober 2013
Bahasa Tamil Brahmin: Kata Kerja Bantuan
Om Swastiastu!
Bahasa Tamil Brahmana pada satu masa, sama seperti bahasa Tamil moden, mengasingkan kata kerja bantuan bagi memberikan nilai sempurna, cerminan atau pencirian bagi kata kerja utama. Disebabkan bahasa Tamil Brahmana ini bahasa pasar, jadi ia memakai kata kerja bantuan dalam bentuk berimbuhan jadi kata kerja yang utama itu turut mempunyai ciri-ciri yang sempurna, bercerminan dan juga berciri.
Kata kerja bantuan berupa cerminan ini tetap sahaja. Sama ada ia adalah kata kohllu (cerminan) yang dipendekkan sebagai imbuhan -ko atau widu (kala bantuan sempurna) yang dipendekkan menjadi -du.
Kata Kerja Bantuan Berciri
Poh (pergi) - Pohyigo (kau boleh pergi)
Wā (mari) - Wāndhugho (kau boleh datang)
Yedu (ambil) - Yedhutugo (kau boleh ambil)
Wokāru (dudok) - Wokāndhugho (kau boleh dudok)
Ciri (gelak) - Cirichugo (gelak malu-malu)
Kata Kerja Bantuan Sempurna
Poh (pergi) - Pohyidu (pergi dari sini!)
Wā (pergi) - Wāndhudu (mari dari sini!)
Yedu (ambil) - Yeduthudu (ambil bawa balik!)
Wokāru (dudok) - Wokāndhudu (dudok saja lah jangan bangun!)
Ciri (gelak) - Cirithudu (tergelak besar)
Senang dan menarik bukan? Harap-harap masukan ini semua menjadi antara bahan wahana bantuan pembelajaran bahasa Tamil bagi penutur bahasa Melayu. Jarang nak ditemui buku bahasa Tamil yang mengajar guna bahasa Melayu di luar lingkungan mahawidyalaya pun kan? Sudah pandai bahasa Tamil ini jangan lupa ajarkan kepada yang lain. Tak payah nak malu tak payah nak segan! Simpan sorang-sorang tu kedekut sangat tau!
Label:
bahasa,
bahasa melayu,
bahasa Tamil,
brahmana,
hindu,
india,
iyyer,
tambram,
tamil nadu,
tatabahasa
Jumaat, 27 September 2013
Bahasa Hindustan
Om Awighnam Astuh... Namaste!
Pengenalan
Terbitnya Bahasa Hindustan
Bahasa Hindustan Timur: Bahasa Awadhi
Frasa Bahasa Awadhi Lipat 1
Frasa Bahasa Awadhi Lipat 2
Frasa Bahasa Awadhi Lipat 3
Tatabahasa Ringkas
Kata Rupa
Pengenalan
Terbitnya Bahasa Hindustan
Bahasa Hindustan Timur: Bahasa Awadhi
Frasa Bahasa Awadhi Lipat 1
Frasa Bahasa Awadhi Lipat 2
Frasa Bahasa Awadhi Lipat 3
Tatabahasa Ringkas
Kata Rupa
Label:
bahasa,
bahasa hindustan,
dharma,
pelajaran
Terbitnya Bahasa Hindustan
Om Awighnam Astu!
Sudah lama aku mencuba untuk memperbuat masukan bagi bahasa Hindustan atau bahasa Hindi sahaja. Ia merupakan bahasa yang diperguna secara meluas di India Utara, Pakistan dan juga beberapa kawasan berdekatan seperti di Nepal, Myanmar dan lain-lain. Di Pakistan, bahasa kebangsaannya adalah bahasa Urdu yang merupakan bahasa campuran dengan kosa kata bahasa Arab, Parsi dan Turki dengan tatabahasa bahasa Hindu. Manakala di India pula disebut bahasa Hindi dengan penggunaan perkataan dari bahasa Sanskerta bagi sabdawali falsafah dan sebagainya.
Apabhramsa
Bahasa Hindustan ini berasal dari bahasa Apabhraṃśa atau dalam bahasa Prakerta disebut sebagai Awahaṃśa. Bahasa Apabhramsa ini merupakan sabdawali yang merujuk kepada beberapa langgam bahasa Indo-Arya Tengahan yang diperguna dalam pada samaya perubahan dari bahasa samaya tengahan ke bahasa moden di rantau India dari kurun ke-6 M dan seterusnya lagi pada kurun ke-12 M sampai 16 M. Sabdawali Apabramsa ini diperguna oleh joṃ tatabahasa Sanskerta sekelian sejak samaya Patanjali lagi. Ertinya dalam bahasa Sanskerta itu, adalah bahasa yang "rosak" yang tak menurut bentuk tatabahasa tergilap. Kesusasteraan dalam bahasa Apabhramsa ini merupakan punca pengetahuan itihasa India Utara yang tak ternilai bermula dari kurun ke-12 M sampai ke-16 M.
Langgam bahasa Indi-Arya Tengahan yang pelbagai termasuk bahasa Prakerta perlahan-lahannya berubah menjadi langgam bahasa Apabhramsa yang diperguna ketika kurun ke-13 M sampai ke-15 M. Ia kemudian berkembang menjadi bahasa moden yang diketahui hari ini sebagai bahasa Hindustan, bahasa Sinhala, bahasa Maithili, bahasa Bengali, bahasa Marathi, bahasa Gujerat, bahasa Kalinga, bahasa Punjabi, dan bahasa Konkani. Sempadan samaya itu semua kabur-kabur, tak menurut turutan masa pun. Bahasa India Utara moden dianggap mula berkembang dengan jati yang beda sekitar kurun ke-11 M. Ketika itu bahasa Apabhramsa masih diperguna sebelum mula menjadi bahasa yang lain juga pada kurun ke-12 dan ke-15 M.
Sastera dalam bahasa Apabhramsa ini boleh ditemui dalam perpustakaan orang Jina. Amir Khusro dan Kabir pernah menulis dalam bahasa yang hampir serupa dengan bahasa Hindustan moden. Ramai kawi dari rantau yang diperintah oleh raja-raja Hindu masih terus menulis dalam bahasa ini. Kawi itu antaranya adalah Saraha, Tilopa, dan Kanha dari Kamarupa; Dewasena dari Dhara (9 M); Puspadanta dari Manyakheta (9M); Dhanapala; Muni Rasimha; Acarya Hemacandra dari Patan; dan Raighu dari Gwalior (15 M). Contoh penggunaan awal Apabhramsa ada dalam Wikramorwashiyam karangan Mpu Kalidasa, ketika Sang Pururawa bertanya kepada mergasatwa di hutan tentang kekasihnya yang hilang. Karangan dalam Apabhramsa ini terusan ada sampai 1700 W.S, ketika Mpu Bhagawatidasa menulis karya Migankaleha Chariyu.
Khamis, 26 September 2013
Bahasa Siam dan Bahasa Bali-Sanskerta
Swasti Srih!
Rencana kita diperbuat berdasarkan kertas kerja Dr. Pathana Pengpala dari Universiti Ramakhamheng. Seperti diketahui ramai, bahasa Bali dan bahasa Sanskerta kedua-duanya pun adalah dari jenis bahasa Indo-Iran. Ia merebak dari Timur Dekat yang merupakan tempat turunnya orang-orang berkebudayaan Arya di sebelah Utara India kini. Kedua-dua bahasa ini pun berkembang kemudiannya menjadi bahasa Indo-Iran Purwa, bahasa Indo-Iran Tengahan dan bahasa Indo-Iran Moden.
Bahasa Sanskerta dianggap sebagai bahasa bentuk tertua seperti yang terpapar pada pustaka suci weda dalam tradisi bangsa Brahmana dan orang Hindu. Bahasa Bali pula dianggap sebagai bahasa Indo-Iran Tengahan. Ia disaksikan dalam pustaka Traipitaka dalam ajaran Buddha aliran Hinayana. Bahasa Sanskerta berperanan menjadi wahana penulisan bagi sastera suci Brahmana dan ajaran Buddha aliran Mahayana sedangkan bahasa Bali dipergunalah buat menulis dan menyampaikan ajaran Buddha aliran Hinayana. Penyebaran bahasa Sanskerta di Siam telah terjadi sebelum penyebaran bahasa Bali ke situ. Sementara itu, bahasa Bali merebak di rantau Suwarnabhumi dengan Negara Pertama sebagai ibu kota selepas Majlis Penganut Buddha Ketiga iaitu kira-kira pada 235 T.S (308 SM). Ketika negara Sukhothai diisytiharkan sebagai negara merdeka oleh raja Sri Indraditya pada 1800 T.S (1257 M), bahasa Sanskerta sudah pun tertancap agak lama di rantau mereka dan sekeliling mereka. Ketika prasasti Ramkhamhaeng dipasakkan oleh baginda raja Ramkhamhaeng pada 1826 T.S (1283 M), kedua-dua bahasa Bali dan bahasa Sanskerta sama-sama dipahat di batu itu.
Bahasa Bali dan bahasa Sanskerta mempunyai perkataan yang terbit dari akar kata. Setiap akar kata itu mempunyai makna tersendiri, tapi tak sedia diperguna lagi sebelum setiap kata nama dan kata kerja itu mengalami perubahan dan penambahan imbuhan bila diperguna dalam perhubungan. Tak seperti bahasa Bali atau bahasa Sanskerta, bahasa Siam pula merupakan bahasa terasing. Setiap bunyi mempunyai makna tersendiri dan boleh terus diperguna begitu sahaja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan bahasa Siam sangat berbeda dengan bahasa Bali atau bahasa Sanskerta. Namun kesan kedua-dua bahasa Hindu ini sangatlah besar dalam kehidupan orang Siam dan orang negara sekelilingnya. Jika ditanya, pastilah dijawab mereka bahawa tradisi Brahmana dan ajaran Buddha lah yang menyebabkan kedua-dua bahasa ini memberi pengaruh dalam kehidupan berbudaya mereka.
Sabtu, 15 Jun 2013
Bahasa Melayu Tuha: Bahasa Jakun
Swasti Srih!
Lain-Lain
Ajeh - awak
Anok anok - kanak kanak
Arih - hari
Bapak - bapa
Begika - begini
Betino - perempuan
Bini - isteri
Dia semo - mereka
Emok - emak
Eni' - ini
Kami - kami
Hema' - saya
Jantan - lelaki
Kema' - kita
Ketuha - ketua
Ku' - aku
Laki - suami
Macam ika - macam ini
Rodong - rakan
Saing -rakan
Di negara ini, terdapat juga kaum orang asli yang berbahasa Melayu Tuha. Suku kaum Melayu ini dikenali sebagai suku kaum Jakun. Kepercayaan mereka kebanyakannya adalah kepercayaan animis atau dalam sabdawali kehinduan kita hampir ke Tantrayana. Cuma mereka tidak bertembung dengan pengaruh Hindu sahaja. Suku kaum Jakun ini ada di negeri Pahang, Selangor dan Perak. Terdapat juga rombongan dari orang Kristian dan orang Islam yang cuba memasukkan mereka ke dalam agama mereka... Tapi orang Hindu tidaklah masuk lagi ke kawasan daratan dan hutan-hutan seperti samaya lampau lalu mengajarkan dresti kehinduan kepada mereka ini....
Contoh bahasa mereka....
Ajeh duduk kat mano?
Awak tinggal di mana?
Kam suka kat ajeh.
Saya suka kepada awak.
Sapa namo mok ajeh?
Siapa nama emak awak?
Ajeh tengoh muat napa tu?
Awak sedang buat apa itu?
Kam suka samo ajeh!
Saya suka sama awak!
Bosok betol bao bajuk ajeh ya!
Busuk benar bau baju awak ya!
Pangkat Panggilan Saudara Mara
Momok, mamak - pakcik, bapa saudara
Tuhak - saudara mara ibu bapa yang lebih tua
Amoi, entengoh - saudara ibu baya yang lebih muda
Mok nok - orang yang baru beranak seorang
Nenek - merujuk lelaki atau perempuan kerana tiada sabdawali datuk dalam bahasa mereka
Lain-Lain
Ajeh - awak
Anok anok - kanak kanak
Arih - hari
Bapak - bapa
Begika - begini
Betino - perempuan
Bini - isteri
Dia semo - mereka
Emok - emak
Eni' - ini
Kami - kami
Hema' - saya
Jantan - lelaki
Kema' - kita
Ketuha - ketua
Ku' - aku
Laki - suami
Macam ika - macam ini
Rodong - rakan
Saing -rakan
Seloi - penat, letih
Tulung - tolong
Urang - orang
Urang tuha - orang dewasa
Tulung - tolong
Urang - orang
Urang tuha - orang dewasa
Yang lain-lain suku Melayu Tuha adalah seperti suku kaum Orang Laut di
Johor dan di Riau. Suku kaum Melayu Tuha di tempat ini, ada sebanyak enam suku semuanya iaitu Semelai, Jakun, Seletar, Kanaq, Temuan dan Kuala.
Kalau di Sumatera, yang aku tahu suku kaum Melayu Tuha lain seperti Orang Talang Mamak dan Orang Kubu. Di Selatan Thailand, suku Melayu Tuha mereka dipanggil sebagai Orang Moken dan lain-lain suku. Yang di Selatan Thailand, ada yang menganut ajaran Buddha-Brahmana dan ajaran Islam mengikut kepada kawasan mana mereka berada.
Bahasa lain-lain seperti bahasa Brunei di Kalimantan sana, bahasa Iban, bahasa-bahasa sukuan di Filipina juga hampir sama. Kalau di Indonesia, aku hampir boleh memahami bahasa orang di Pulau Bangka, di sebelah Riau tapi aku kurang memahami bahasa Minangkabau dan bahasa Mendahiling dalam Sumatera. Anehnya, aku boleh memahami bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Bali (bukan bahasa tempatan mereka) berbanding dengan bahasa Indonesia yang dituturkan di Pulau Jawa seperti di Jakarta dan Jawa Timur. Aku faham juga bahasa Filipina walaupun tidak badas bertutur, mungkin kerana pengaruh media-massa.
Kalau di Sumatera, yang aku tahu suku kaum Melayu Tuha lain seperti Orang Talang Mamak dan Orang Kubu. Di Selatan Thailand, suku Melayu Tuha mereka dipanggil sebagai Orang Moken dan lain-lain suku. Yang di Selatan Thailand, ada yang menganut ajaran Buddha-Brahmana dan ajaran Islam mengikut kepada kawasan mana mereka berada.
Bahasa lain-lain seperti bahasa Brunei di Kalimantan sana, bahasa Iban, bahasa-bahasa sukuan di Filipina juga hampir sama. Kalau di Indonesia, aku hampir boleh memahami bahasa orang di Pulau Bangka, di sebelah Riau tapi aku kurang memahami bahasa Minangkabau dan bahasa Mendahiling dalam Sumatera. Anehnya, aku boleh memahami bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Bali (bukan bahasa tempatan mereka) berbanding dengan bahasa Indonesia yang dituturkan di Pulau Jawa seperti di Jakarta dan Jawa Timur. Aku faham juga bahasa Filipina walaupun tidak badas bertutur, mungkin kerana pengaruh media-massa.
Label:
bahasa,
melayu tua,
melayu tuha,
orang asli,
pengenalan
Ahad, 14 April 2013
Aksara Grantha
Aksara Grantha atau Grantha Yeluttu merupakan sejenis aksara yang digunakan secara meluas antara kurun ke-6 M sampai ke-19 M oleh penutur bahasa Tamil di India Selatan terutamanya dari negeri Tamil Nadu dan negeri Kerala bagi menulis bahasa Sanskerta dan Maniprawalam sastriya. Kini masih lagi digunakan oleh pusat pengajian weda atau pathasala weda yang tradisional.
Aksara ini berkembang dari aksara Brahmi purwa makanya ia dikelaskan sebagai aksara keluarga orang Brahmana. Aksara bentuk Pallawa pula banyak digunakan di sekitar Asia Tenggara misalnya di Siam, Myanmar, Kemboja dan Nusantara yang menimbulkan aksara-aksara Hindu tempatan.
Aksara Grantha berkembang dari kepelbagaian aksara orang Brahmana dari negeri Tamil Nadu. Aksara Hindu sebelah Asia Tenggara seperti aksara orang Mon, orang Lao, orang Jawa, orang Khmer dan orang Siam terbit dari kembangan terus atau tidak terus aksara Pallawa yang merupakan kepelbagaian aksara Grantha ini. Aksara Malayalam merupakan turunan langsung aksara Grantha ini. Aksara Tulu dan Singhala juga kemungkinan terbit dari aksara Grantha.
Perkembangan aksara Dewanagri dari India Utara untuk bahasa Sanskerta yang mendapat tempat dalam kalangan kaum cendekiawan serta tekanan politik dicetuskan oleh Tanittamil Iyaggam supaya aksara Grantha digantikan terus dengan aksara Tamil terkini menyebabkan aksara Grantha semakin terpinggi di negeri Tamil sekitar awal abad ke-20 M.
Itihasa Aksara Grantha
Dalam bahasa Sanskerta, grantha ini artinya satu ikatan. Ia merupakan perkataan yang digunakan untuk pustaka-pustaka dan aksara inilah yang digunakan oleh kaum Brahmana untuk menulis bahasa Sanskerta di India Selatan.
Kata ini terbit dari amalan mengikat daun lontar dengan menggunakan benang panjang yang kemudian diikat menjadi satu ikatan. Walaupun kini bahasa Sanskerta ditulis hampir semuanya dalam aksara Dewanagri, namun aksara Grantha masih lagi menjadi pilihan di bahagian benua Hindu yang berbahasa Tamil untuk menulis bahasa Sanskerta sehingga abad ke-19 M.
Sarjana percaya aksara Grantha memang pernah digunakan semasa pustaka Weda disimpan dalam bentuk bertulis sekitar abad ke-5 M. Pada awal abad ke-20 M, aksara Dewanagri mula menggantikan aksara Grantha bagi penulisan pustaka agama serta pustaka kesarjanaan. Aksara Tamil moden juga mula mendapat tempat dalam penulisan bahasa Tamil sebagai bahasa tempatan di India Selatan.
Aksara Grantha juga pernah digunakan bagi menulis Maniprawalam bahasa Tamil-bahasa Sanskerta. Maniprawalam ini merupakan gabungan bahasa Tamil dan bahasa Sanskerta yang digunakan bagi penafsiran sastera-sastera Sanskerta. Perkara ini kemudian berkembang menjadi tata tulisan yang rumit. Lalu bahasa Tamil ditulis menggunakan aksara Watteluthu manakala bahasa Sanskerta ditulis dengan aksara Sanskerta. Menjelang abad ke-15 M, ia perkataan bahasa Sanskerta atau perkataan bahasa Tamil dengan kata terbitan daari bahasa Sanskerta akan ditulis dalam aksara Grantha. Tetapi imbuhan bahasa Tamil yang ditambah itu akan ditulis dengan aksara Watteluthu. Tatatulisan ini mula ditinggalkan selepas bahasa Maniprawalam terpinggir. Ia hanya digunakan secara istiadat dalam sesetengah terbitan yang memang ditulis dalam bahasa Maniprawalam sehingga pertengahan abad ke-20 M.
Pada masa kini, aksara ini masih digunakan dalam konteks keagamaan oleh penganut Hindu ortodoks dalam kalangan penutur bahasa Tamil. Aksara ini digunakan untuk menulis nama anak semasa upacara namakaranna serta menulis bahagian bahasa Sanskerta dalam jemputan perkahwinan serta pengumuman untuk upacara pengebumian seseorang. Aksara ini juga digunakan dalam penanggalan Hindu dan juga untuk menulis primbon untuk tahun akan datang.
Jenis Aksara Grantha
1. Pallawa
Bentuknya adalah bentuk Grantha purwa yang digunakan oleh orang dari wangsa Pallawa bagi menulis batu bersurat. Hiasan tulisan ini terlalu rumit sehinggakan bentuknya tidak mungkin lagi digunakan dalam penulisan hari ini tetapi mungkin hanya sesuai digunakan untuk pemahatan batu bersurat. Batu bersurat Mammalla Puram, Tiruchira Palli, dan Kailasantha menggunakan aksara Grantha jenis ini.
Aku perhatikan aksara jenis ini berkembang di Asia Tenggara sebagai tulisan Kemboja, tulisan Siam dan tulisan bahasa tempatan di Myanmar. Aku suka tulisan Grantha yang ini walaupun susah untuk dibaca.
2. Grantha Peralihan
Aksara Tulu-Malayalam dikenali sebagai aksara Grantha peralihan. Kedua-dua jenis ini masih lagi digunakan dengan bentuk empat persegi oleh kaum Brahmana, manakala bulatan oleh kaum Jina. Aksara ini merupakan kepelbagaian aksara Grantha dari abad ke-8 sampai ke-9 M. Aksara bahasa Tamil moden juga terbit dari jenis aksara ini.
Aksara jenis ini digunakan oleh wangsa Chola kira-kira pada tahun 650-950 M. Batu bersurat wangsa Pallawa terkemudian dan juga wangsa Pandiya Neduncheliyan juga merupakan contoh kepelbagaian aksara Grantha jenis ini.
3. Grantha Pertengahan
Batu bersurat kemaharajaan wangsa Chola Tanjawur merupakan contoh kepada aksara Grantha jenis yang ini. Kepelbagaian ini terkenal sekitar tahun 950-1250 M.
4. Grantha Terkini
Grantha dalam bentuk terkini merupakan turunan aksara Grantha dari tulisan wangsa Pandiya terkemudian dan juga pemerintah Wijayanegara. Bentuk aksara Grantha ini sangat serupa dengan aksara Malayalam dan juga bentuk aksara Tamil moden.
Label:
aksara,
bahasa,
bahasa Sanskerta,
brahmana india selatan,
tamil
Selasa, 23 Ogos 2011
Garuda Purana
Artikel ke bahasa Melayu Jati: Northern Gate
Ia merupakan salah satu daripada purana-purana yang menjadi bahagian kepada sastera kehinduan yang dikenali sebagai smartih. Purana ini merupakan purana aliran Vaishnava. Bahagian pertamanya mengandungi perbualan antara dewa Visnu dengan Garuda, raja segala burung. Sebahagian dari bahagian keduanya pula memberikan keterangan lengkap mengenai kehidupan selepas kematian, upacara kematian dan juga hal bawah sedar tentang penjelmaan roh. Ia dibacakan sekali sebagai sebahagian daripada Antyesti (Anting Sanskar) atau upacara pengebumian agama orang Hindu.
Pandangan Sarwanya
Begawan yang berasal dari bahasa Sanskrit membawa maksud Yang Tertinggi yang mempunyai segala yang nampak di mata dan yang tidak kelihatan kerana wujud dalam keadaan rohaniah yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran terhad manusia atau maksudnya boleh juga disamaertikan dengan ananta tak terjangkau. Garuda memanggil dewa Visnu sebagai begawan.
Sastera ini merupakan satu bentuk arahan dari dewa Visnu kepada wahananya sang Garuda. Purana ini membicarakan hal kaji bintang, perubatan, tatabahasa, dan kualiti serta unsur-unsur batu permata. Selain itu, Garuda Purana juga memasukkan rujukan veda yang sahih seperti gulungan yang menerangkan tentang sembilan mutiara yang bukan sahaja memasukkan mutiara tiram tetapi juga mutiara sangka, mutiara naga, mutiara sungkur, mutiara gajah, mutiara buluh, mutiara paus, mutiara ikan, dan mutiara awan.
Selain Garuda Purana dalam jenis purana aliran Vaishnava, ada juga Vishnu Purana, Narada Purana, Bhagavata Purana, Pathma Purana, dan Vraha Purana. Sastera ini ada 19000 seloka dan merupakan jenis purana berukuran sederhana. Skanda Purana sebagai contoh ada 81000 seloka. Ribuan seloka dalam purana ini dibahagikan dua bahagian iaitu purwa kanda dan uttara kanda. Purwa kanda di bahagian pertama panjang sedikit dengan 234 bab manakala uttara kanda pula hanya 45 bab.
Bahagian kedua purana ini berbicara mengenai kehidupan lepas mati. Pengikut veda yang abadi yang dikenali sebagai orang Hindu umumnya membaca purana ini semasa upacara membakar bakai di ghatka bagi atma yang sudah pergi. Hal ini dikatakan penting dan berasal dari Garuda. Ada 19000 ayat yang menerangkan jalan menuju kepada Tuhan.
Suta Dengan Resi Lain
Suta merupakan seorang resi yang berpengetahuan tinggi. Beliau dikatakan sangat mahir dalam perkara purana-purana serta sastera-sastera. Beliau merupakan seorang yang setia terhadap dewa Vishnu.
Resi Vedavyasa mengajarkan purana-purana kepada salah seorang anak sikshanya bernama Romaharshana atau Lomaharshana. Beliau dipanggil roma (bulu) kerana bulu roma pada badannya akan meremang (harshana) apabila mendengar bacaan purana gurunya. Romaharshana yang meceriterakan kisah-kisah dari purana kepada orang lain. Bhagavata purana menyebut bahawa anak Romaharshana namanya Suta. Kemudian Suta pula memindahkan ceritera purana kepada resi-resi lain.
Dalam pada itu, Romaharshana berasal dari kasta Suta maka beliau pun dikenali lah juga sebagai Suta. Dari pembacaan Garuda Purana ini, dapat disimpulkan bahawa sebenarnya Romaharshana sendiri yang meceriterakan semula Garuda Purana dan bukan anaknya yang diberi nama Suta itu.
Jelmaan Vishnu Dalam Mulaan Caritra Garuda Purana
Kembali kepada Romaharshana, beliau telah masuk dalam hutan Naimisharanya. Di situ, beliau duduk sebentar dan cuba merungkai rahasia dewa Vishnu. Resi-resi lain yang diketuai oleh Shounaka juga masuk dalam hutan itu. Mereka berkata kepada Romaharshana, "Wahai resi, kamu mengetahui segalanya. Siapakah dewa atas segala dewa? Siapa yang patut dipuja selayaknya? Atas sebab apa seseorang itu bertapa? Siapakah yang menghapuskan kejahatan? Bagaimanakah lokamaya ini sampai tercipta? Apakah itu dharma (kebenaran)? Ceriterakanlah kepada kami semua ini dan lagi."
"Baiklah," kata Romaharshana. "Akan aku bacakan kepada mu semua Garuda Purana. Lama lah bertahun dahulu, purana ini diceriterakanlah oleh Garuda sendiri mengenai purana ini kepada resi Kashyapa. Guruku Vyasadeva yang mengajarkannya semula kepada aku. Tetapi biarlah aku senaraikan kepadamu 22 jelmaan dewa Vishnu."
Sambungnya: "Jelmaan pertamanya seorang budak lelaki. Dalam rupa ini dia mengambil brahmacharya dan melakukan tapasya yang sukar. Jelmaan keduanya pula seekor sungkur (babian). Dalam rupa ini, Vishnu menyelamatkan lokantara ini dari loka bawah. Jelmaan ketiganya sebagai dewaresi. Dalam rupa ini dia menyebarkan widya pengetahuan tantra. Jelmaan keempatnya Nara dan Narayan yang merupakan dua orang resi. Jelmaan kelimanya sebagai resi Kapila. Resi Kapila mengajarkan anak sikshanya Asuri falsafah Sangkhyayoga. Jelmaan keenamnya pula Dettatreya, putera kepada Atri dan Anasuya. Jelmaan ketujuh berlaku di manawantara sbagai Swayambhu. Dewa Vishnu dilahirkan sebagai putera dewa Ruchi dan Akuti yang menjalankan banyak yajnya.
Jelmaan kelapannya pula sebagai Urukrama, putera kepada Nabhi dan Meru. Sebagai Urukrama, dia mengajarkan orang ramai cara hidup mulia. Jelmaan kesembilannya, dia menjadi raja Prithu dan mengembalikan semula bijirin serta herba ke muka bumi. Jelmaan kesepulohnya sebagai Matcha atau ikan. Dengan rupa ikan, dia menyelamatkan Vaivasata Manu dari bah besar yang melingkari dunia.
Jelmaan kesebelasnya sebagai kurma atau kura-kura. Jelmaan ini membantu dewa-dewa dan asura-asura sekeliannya mengeringkan lautan samudra manthana. Jelmaan kedua belas pula sebagai Dhawantari, bomoh kepada dewa-dewa dan pemula kepada segala perubatan. Jelmaan ketiga belas Mogini. Dalam rupa ini, Vishnu mengambil jasad wanita cantik bagi menawan dan merampas semula amrita (minuman pemberi hidup).
Jelmaan keempat belas, Vishnu menjadi Narasimma. Sebagai separuh manusia separuh singa, dia membunuh asura jahat Hiranyakashipu. Jelmaan kelima belas, Vishnu menjelma sebagai wamana (orang kerdil). Ia bagi memaksa raja Bali memulangkan semula surga para dewa.
Jelmaan keenam belas, Vishnu menjelma sebagai Parasuram. Parasuram membunuh kesatria-kesatria jahat dalam loka 21 kali. Jelmaan ketujuh belas, dia menjelma sebagai resi aku ini iaitu Vedavyasa, putera kepada Parashar dan Satyawati. Resi Vedavyasalah yang membahagikan dan mengelaskan semula veda-veda.
Jelmaan yang kelapan belasnya pula sebagai resi Narada. Jelmaan yang kesembilan belas sebagai Rama. Jelmaan yang kedua puluh sebagai Balaram. Jelmaan kedua puluh satu nya sebagai Krishna. Dan jelmaan yang kedua puluh dua nya masih belum tiba lah lagi. Pada saat itu jelmaan Vishnu ini akan kembali lalu menghapuskan kejahatan dan menegakkan keadilan."
Ada beberapa lagi lah jelmaan dewa Vishnu yang tidak disebutkan. Yang dua puluh dua itu yang utamanya.
Label:
agama hindu,
bahasa,
jelmaan vishnu,
jenis purana,
sanskrit,
sastera agama,
smarti,
vashnava
Rabu, 10 Ogos 2011
Prajapati
Namoskar!
Kita teruskan mendalami apa yang ada dalam kebudayaan Sanskrit sama ada melalui bahasa atau pun melalui khazanah tinggalan para pendita dan resi. Apakah prajapati ini? Dalam kehinduan, prajapati bererti tuan bagi segala yang tercipta. Prajapati ini merupakan dewata yang berada di awalan bagi setiap penciptaan, dan melindungi kehidupan.
Prajapati muncul sebagai dewa pencipta atau dewata agung Viswakarma yang merupakan dewata Veda (Rigveda 10) dan dalam kesusasteraan Brahmanna. Pengulas Veda juga mengenalpastinya sebagai pencipta yang dirujuk dalam Nasadiva Sukta.
Prajapati Menurut Veda
Viswakarma
Dalam samaya terkemudian, dia dikenali sebagai Vishnu, Siva dengan penjelmaan Kala, Agni, dan Surya serta sebagainya. Srimad Bhagavatam 8.8.16 menyebut Visvakarma sebagai salah satu daripada prajapati. Mereka ini merupakan anak-anak kepada dewa Brahma yang menjana keturunan. Dia juga dikenalpasti dengan pelbagai leluhur dalam lagenda terutamanya 10 prajapati yang diciptakan pada awalnya oleh dewa Brahma (Manusmirti 1.34) iaitu:
1. Marichi
2. Atri
3. Angiras
4. Pulaha
6. Kratu
7. Vasishta
8. Prachetas atau Daksha
9. Bhrigu
10. Narada
Mahabharata menceriterakan dari kata-kata resi kayangan Narada, 14 prajapati (penjaga praja) adalah:
1. Daksha
2. Prachetas
3. Pulaha
4. Marichi
5. Kasyapa
6. Bhrigu
7. Atri
8. Vasistha
9. Gautama
10. Angiras
11. Pulastya
12. Kratu
13. Prahlada
14. Kardama menjaga chiturdasaloka iaitu saptaloka dan saptatala
Kelompok masyarakat Kumhar di Punjab mendakwa juga bahawa mereka merupakan keturunan prajapati maka mereka pun dikenali sebagai prajapati. Kumhar ertinya tembikar kerana jati mereka sebagai pembuat tembikar.
Persamaan Kebetulan
Kata nama prajapati (keturunan raja) mungkin mempunyai asal yang merujuk kepada dewa kepawangan di Kolophon (menurut Makrobios), dinamakan sebagai protogonos. Menurut Damaskios, protogonos atau Phanes ini digambarkan mempunyai empat kepala, satunya kepala ular atau drakon, lembu, manusia, dan dewa. Kebetulan prajapati juga diperkira mempunyai empat kepala yang tiap satunya menjelmakan dewa-dewa, resi, pitar (leluhur), dan nara (manusia) menurut Brahmananda Purana.
Prajapati muncul sebagai dewa pencipta atau dewata agung Viswakarma yang merupakan dewata Veda (Rigveda 10) dan dalam kesusasteraan Brahmanna. Pengulas Veda juga mengenalpastinya sebagai pencipta yang dirujuk dalam Nasadiva Sukta.
Prajapati Menurut Veda
Viswakarma
Dalam samaya terkemudian, dia dikenali sebagai Vishnu, Siva dengan penjelmaan Kala, Agni, dan Surya serta sebagainya. Srimad Bhagavatam 8.8.16 menyebut Visvakarma sebagai salah satu daripada prajapati. Mereka ini merupakan anak-anak kepada dewa Brahma yang menjana keturunan. Dia juga dikenalpasti dengan pelbagai leluhur dalam lagenda terutamanya 10 prajapati yang diciptakan pada awalnya oleh dewa Brahma (Manusmirti 1.34) iaitu:
1. Marichi
2. Atri
3. Angiras
4. Pulaha
6. Kratu
7. Vasishta
8. Prachetas atau Daksha
9. Bhrigu
10. Narada
Mahabharata menceriterakan dari kata-kata resi kayangan Narada, 14 prajapati (penjaga praja) adalah:
1. Daksha
2. Prachetas
3. Pulaha
4. Marichi
5. Kasyapa
6. Bhrigu
7. Atri
8. Vasistha
9. Gautama
10. Angiras
11. Pulastya
12. Kratu
13. Prahlada
14. Kardama menjaga chiturdasaloka iaitu saptaloka dan saptatala
Kelompok masyarakat Kumhar di Punjab mendakwa juga bahawa mereka merupakan keturunan prajapati maka mereka pun dikenali sebagai prajapati. Kumhar ertinya tembikar kerana jati mereka sebagai pembuat tembikar.
Persamaan Kebetulan
Kata nama prajapati (keturunan raja) mungkin mempunyai asal yang merujuk kepada dewa kepawangan di Kolophon (menurut Makrobios), dinamakan sebagai protogonos. Menurut Damaskios, protogonos atau Phanes ini digambarkan mempunyai empat kepala, satunya kepala ular atau drakon, lembu, manusia, dan dewa. Kebetulan prajapati juga diperkira mempunyai empat kepala yang tiap satunya menjelmakan dewa-dewa, resi, pitar (leluhur), dan nara (manusia) menurut Brahmananda Purana.
Label:
bahasa,
budaya hindu,
datuk nenek,
istilah,
keturunan,
leluhur,
moyang,
penciptaan,
perkataan,
prajapati,
sanskrit,
tuan kepada makhluk,
viswakarma
Ahad, 7 Ogos 2011
Geopolitik dan Fobia Sanskrit: Rajiv Malhotra
Ok aku rasa rajin pulak nak terjemahkan tulisan laman sesawang ni dalam bahasa Melayu. Benda ni dari rujukan laman sesawang Rajiv Malhotra. Sapa dia reti bahasa Inggeris hangpa tekan sahaja tetikus hangpa kat atas sambungan yang aku bagi kat nama orang tu.
Ikhtisar
Kertas ini membincangkan tentang hubungan sejarah dan terbaru antara geopolitik dan Sanskrit, yang mengandungi bahagian-bahagian seperti berikut:
- I. Bahasa Sanskrit sebenarnya lebih daripada satu bahasa. Macam bahasa lain, susunan dan pengelasannya mengandungi bingkai terbina mewakili pandangan dunia yang tertentu. Sanskriti merupakan nama bagi kebudayaan dan tamadun yang terbingkai dalam kerangka tersebut. Seseorang itu mungkin boleh berkata bahawa Sanskriti baru-baru ini dikenali sebagai tamadun keindiaan, satu tamadun yang juga tersebar ke luar dari sempadan India moden yang di dalamnya terkandung Asia Selatan serta Asia Tenggara. Dalam satu masa ia juga merangkumi Asia.
- II. Interaksi antara benua berbeza di Asia membantu pembentukan dan saling bertukar budaya bahasa Sanskriti di seluruh Asia. Banyak contoh melibatkan India, Asia Tenggara dan China diberikan.
- III. Bahasa Sanskrit mula pudar pengaruhnya selepas penaklukan dari Asia Barat di benua kecil India. Ia memberikan kesan yang agak buruk kepada Sanskriti kerana banyak tempat pembelajaran tersohor dunia di situ dimusnahkan, dan penakluk tak pula membina semula pusat pengajian bagi kebudayaan tersebut untuk beberapa abad selepas itu.
- IV. Selain Asia, Sanskrit dan budaya Sanskrit mempengaruhi juga permodenan Eropah, dan pengajian Sanskrit menjadi kegiatan rasmi dalam skala yang besar di kebanyakan universiti di Eropah. Ia turut mempengaruhi disiplin inteletual yang kini dikenali sebagai "Barat." Namun, penemuan Sanskrit oleh Eropah turut memberikan kesan negatif terhadap Eropah dengan meningkatnya rasa perkauman di Eropah sejak kurun ke-19 M.
- V. Sementara itu di India tanah jajahan British, sistem pendidikan mengalami proses nyah-Sanskritisasi dan wahana pengajaran menggunakan bahasa Inggeris. Untuk melatih kerani dan pekerja tahap rendah dalam pentadbiran empayar British juga menggunakan bahasa Inggeris. Proses rendah diri bermula dalam kalangan orang India. Dan ia berterusan sehinga hari ini. Ramai dari orang-orang terkenal India serta orang tengah yang berkhidmat untuk empayar seperti Gandhi dalam monografnya 1908 membincangkan fenomena ini, misalnya dalam Swaraja.
- VI. Selepas negara India mencapai kemerdekaan, wujud rasa kecintaan penyokong Nehru yang meluas terhadap bahasa Sanskrit sebagai wahana penting pembinaan negara. Walau bagaimanapun, generasi cendekiawan India yang berjaya telah menggantikannya dengan apa yang disebut dalam kertas ini sebagai "Fobia Sanskrit." Dalam erti kata yang lain, satu kepercayaan bahawa Sanskrit dan budaya Sanskrit dipersalah atas segala permasalahan masyarakat, siasah, dan iktisad yang dihadapi oleh golongan tidak bernasib baik di India. Bahagian ini membincangkan fobia dalam kalangan ahli pengajian keindiaan dari Barat dan dalam kalangan orang India yang terlibat dalam pengajian Sanskrit tetapi menurut berat sebelah Barat serta kerangka pengajian mereka.
- VII. Pertembungan tamadun antara Barat, China dan Islam digunakan sebagai kanta untk membincangkan masa depan budaya Sanskrit di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
- VIII. Beberapa cadangan konkrit diberikan untuk pertimbangan selanjutnya bagi menghidupkan semula bahasa Sanskrit sebagai bahasa hidup yang berpotensi untuk perkembangan pengetahuan masa depan serta memperkasakan kemanusiaan.
Label:
asia tenggara,
bahasa,
bahasa melayu,
budaya hindu,
interaksi,
kertas kerja,
rajiv malhotra,
sanskrit,
terjemahan aku
Langgan:
Catatan (Atom)







