Memaparkan catatan dengan label brahmana india selatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label brahmana india selatan. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2014

Tatasusila Brahmana Smartha bhg. 7

Pic: Espiritokashi

Upacara Kematian

Tatkala terjadi kematian, dua biji batu disimpan untuk diguna di sungai (thaga kundam) dan di rumah (graha kundam). Batu-batu tersebut diperguna untuk menjadi perumah prettam (roh) si mati. Seusai upacara Sapindīkaram (sebelum prettam naik menjadi pitru), seluruh rumah perlu disembur dengan tinja lembu. Graha kundam disimpan di rumah lain. Kemudian rumah disucikan dengan Punyaha Vachanam. Yang menumpang atau menyewa di rumah si mati boleh menjalani pemujaan.

Boleh juga jalani agnihotra ketika rumah disembur dengan tinja. Tetapi Upasana dan Pujai mesti dijalankan oleh orang lain. Boleh juga boleh perbuat Sandhya Vandanam semasa tempoh rumah bertinja. Yang lain punya upacara pantang sama sekali!!! Untuk puja perayaan yang boleh cuma Grahana Snana Tarpanam, Ekadasi, Sravana Dvadasi dan Siva Ratri.

Selepas seseorang itu menghembus nyawa terakhirnya, tubuh cuma boleh diangkat untuk persediaan perlebonan selepas satu yamam supaya sang Yama untuk memulangkan nyawa semula jika terdapat kesilapan diperbuat Yamaduta yang mungkin tersilap pergi cabut nyawa mereka yang belum sampai kala. Jangan pula disimpan tubuh kosong itu melebihi tiga yamam untuk mengelakkan tubuh terkena Payushita Dosham (jadi tua).

Jika si mati meninggal siang hari, tubuh mesti dilebonkan (bakar) dalam tempoh tiga yamam. Namun jika meninggal malam, tubuh mesti dilebonkan dalam tempoh sembilan nalika. Selepas sembilan nalika malam hari jika tubuh tidak sempat dilebon maka ia perlu disimpan dulu sampai menjelma siang. Jika tubuh terkena Payushita Dosham, maka perlu diperbuat Kruchram (pecah dosa) tiga kali untuknya. Tubuh pertama dicuci dengan Panchagaviyam dan kemudian dengan air biasa, disiapkan dan boleh dilebonkan. Prasangga perlebonan ini adalah, kita menjalankan homam dengan tubuh mati itu. Sebab susah hendak perbuat unggun jadi tubuh mati diperbaring atas unggun dan api dinyalakan. Baru tutup dengan bahan-bahan bakar lain.

Kematian semasa Daksinayana dalam Kresna Paksa pada malam hari atas katil rajut. Jika terjadi semua ini sekali, maka perlu tiga Kruchram sebelum dilebonkan mayat. Kurang sopan melebonkan terus tubuh sebaik saja selepas nyawa habis. Dipercayai kinkara (Yamaduta) yang membawa nyawa ke Yama loka pun membuat kesilapan Yama sebagai Dharmaraja akan menyuruh supaya nyawa yang dicabut sebelum masa supaya dikembalikan semula ke tubuh. 

Prayacittam

Bila diketahui seseorang itu seperti nak meninggal, perlu dijalankan upacara Prayacittam supaya dosanya diampuni. Upacara ini penting! Jika seseorang itu berasa tanda kematian pada dirinya, sempat dan masih mampu buat, maka dia mesti menyelam dalam air dan beri danam sendiri kepada Brahmana lain. Jika tak mampu, maka anak lelakinya atau yang berada di upacara kematian yang kena buat. Jika tiga hari selepas upacara Prayacittam dijalankan dan belum meninggal, maka mesti diulangi lagi. Kerana bimbang berlaku dosa contohnya tertinggal Sandhya Vandanam. Jika orang sakit itu sembuh selepas Prayacittam, maka tidak perlu perbuat lagi.

Jika tidak mampu mengeluarkan dana (sedekah pemberian), cukuplah dengan menunjukkan daun Thulasi dan brahmana-brahmana yang agung ketika kala terputus nyawanya. Boleh dibisikkan di telinganya, "Rama, Rama". Boleh dipercikkan air sungai Ganga di tubuhnya dan berinya minum.

Jika kita tersedar seseorang itu sedang bergelut dengan kematian, jangan dibiar dia berbaring di katil rajut! Sebaliknya baringkannya atas rumput Durba di laluan bilik ke rumah (nezhi).

Pada hari ke-10 kematian, pemotongan rambut dhayadhi (puak sebelah bapa) pun mesti dijalankan atas semua lelaki yang sudah berkahwin dan sudah meninggal bapanya. Jika hari berkabung ke-10 ini jatuh pada Sukravara maka potong rambut itu buat dalam Brighaspatti. Selepas hari berkabung ke-10 itu, sebelum Sraddha bali, rambut dan kuku mereka yang terlibat sepatutnya sudah selesai dipotong.

Mantra semasa memotong rambut dan kuku itu dibaca tuan-tuan berbunyi:

मेरु मन्थर थुल्यनि पापनि, विविधानि च, केशान अस्रित्य थिष्तन्ति, तस्मद् केशान वपामय्हँ॥

Dosa setara gunung Meru dan Mandhara yang tersangkut di rambut-rambutku kita ini kita pangkaslah semuanya!

Jumaat, 4 April 2014

Tatasusila Brahmana Smartha bhg. 6

Pic: Hindu.com 
 
Peraturan Bila Isteri Mengandung

Sebaik sahaja orang Brahmana tahu isterinya hamil, maka dia perlu mengikut beberapa adat...
  • Dia tidak boleh memotong atau mencukur rambut di kepala sehingga bayi dilahirkan.
  • Dilarang makan sebagai Brahmana di Sradha.
  • Dilarang mandi di laut.
  • Dilarang berjalan jauh di luar kawasan.
  • Dilarang ke tapak ghat.
  • Dilarang menanggung bakai.
  • Jika berani langgar semua ini, dia akan pergi ke neraka dan kesihatan bayi terjejas.
Tindakan Penghapus Dosa

Prajapatya Kruchram merupakan tindakan menebus dosa kerana meninggalkan upacara atau tak sengaja berbuat dosa. Ia mengandungi tindakan menekan jiwa dengan terseksanya tubuh menerusi puasa dan ratap penyesalan. Bagi mereka yang tak berkemampuan untuk melaksanakan Kruchram, perlulah diperbuat seperti berikut:
  • Boleh membaca Gayatri Mantra 10000 kali.
  • Jika tak mampu, perbuatlah pranayama 200 kali.
  • Jika tak mampu, perbuatlah 1000 kali Thila Homam.
  • Jika tak mampu, bacalah veda-veda 30 kali.
  • Jika tak mampu, berilah semah makan kepada 60 atau 24 atau 12 Brahmana lain.
  • Jika tak mampu, cukuplah beri Godhana (beri lembu makan).
  • Jika tak mampu juga, beri semah lungsuran untuk Brahmana miskin lain seharga dengan seekor lembu.
Jika belum menerima kelayakan berbuat upacara lagi, berilah 12.50 rupiah kepada tujuh atau enam atau tiga orang sebagai dana.

Rabu, 2 April 2014

Aksara Bahasa Tamil: Suara Terbuka


உயிர் ஏழுத்துக்கள்
Wuyir Yelutthuggal
Bunyi Suara Terbuka

அ A ஆ Ā இ E ஈ Ë உ U ஊ Ū

எ Ā ஏ Ae  

ஐ I

ஒ O ஓ Wo ஒள  Ou

ஃ Ḥ

Pengelasan Suara Terbuka

Kuril
Pendek

அ A இ E உ U எ Ā ஒ O

Nedil 
Panjang

ஆ Ā ஈ Ë ஊ Ū ஏ Ae ஓ Wo

Haksara ஐ i dan ஒள ou disebut biasa-biasa saja tetapi pengelasan susunannya itu dalam aksara bunyi panjang.

Jumaat, 21 Mac 2014

Abirami Andhadhi Bhakti Sangitam

Om Svastiastu!

 

Prakata

Abirami Andhadhi ini dinyanyikan sepenuhnya oleh Dr. Sirgazhi Govindarajan dengan gambar-gambar indah dewi Abhirami. Ia dimuatnaik oleh Dolphin AR. Ramanathan. Koresponden Sekolah Dolphin di Mathurai bagi kebajikan pengikut dewi pada 2 Jul 2013. Dinasihatkan pendengar membeli cakera padat asalnya dari SareGama Records yang memiliki hak penerbitan. Bagi pihak En. AR. Ramanathan, kita meminta jasa bakti supaya beliau dibenarkan memuat naik video ini dengan tujuan kebaktian serta sevaka untuk penganut Hindu lain. Ia tidak dimuat naik bagi tujuan komersil. Sebaliknya untuk mendidik samudaya lokam mengenai kebudayaan India Selatan yang purba menerusi bahasa Tamil Kavi oleh Abhirami Bhattar. Semoga  dewi melimpahi karunia bagi penganut baginda, keluarga Dr. Sirgazhi, penerbit SareGama, dan encik Dolphin AR. Ramanathan yang memuat naik.- Google Translate .......

Sabtu, 20 Julai 2013

Gita Bakti: Nanda Nandanam

Hari Om!

 

Persembahkan Sri Kresna Wandanam bagi tabik kepada Sri Guru Wayorappa... Begawan Kresna serta Betara Wisnu Narayana.... Om Namo Narayanna...

Jumaat, 19 Julai 2013

Gita Bakti: Bho Siwa Sambho

Om Swastiastu... Wanaggam!

 

Gita bakti ini dinyanyikan untuk Betara Siwa... Bho Sambho Siwa Sambho Swayambho... Hara Hara Sankara... Potrri.... Pottrriii.... Bahasa diperguna adalah bahasa Sanskerta langgam selatan India. Lontaran suara oleh Puan Nittiya Seri Mahadewan. Gita bakti karangan oleh Empu Seri Dayananda Saraswati....

Selasa, 2 Julai 2013

Belajar Baca Sanskerta Lanjutan

Penanda Wiyanchanam

നൃ nya
പ്ര pra

Satu lagi penanda wiyanchanam pada aksara ശ (śo) aku tiada temui dalam papan kekunci maya untuk cara menggabung aksaram. Mungkin aku jarang menggunakan aksara ini. Sepatutnya wiyanchanam berpenanda aksara yang satu ini berbunyi śwa.

Aksara dan Wiyanchanam

Sama seperti aksara Hindu lainnya, segala bunyi bagi aksara swaranya akan tunggang terbalik ke depan, ke belakang dan juga mengapit si wiyanchanam itu.

Bunyi Pendek

ക ko atau ka
ക ko + ഇ i = കി ki
ക ko + ഉ u = കു ku
ക ko + എ e = കെ ke
ക ko + ഒ o = കൊ ko

Bunyi Panjang

ക ko + അ a = കാ kā
ക ko + ഈ ī = കീ kī
ക ko + ഊ ū = കൂ kū
ക ko +ഏ ē = കേ kē
ക ko + ഓ ō = കോ kō

Bunyi Sandhi Swara

ക ko + ഐ ai = കൈ kai
ക ko + ഔ au = കൌ kau

Wirama

Aksara dimatikan jadi ia tak berbunyi atau bunyi swaranya disekat...

ക ko = ക് k

Anuswara

ക ko = കം kaṃ

Wisargah

ക ko = കഃ kaḥ

Ahad, 30 Jun 2013

Sanskerta Warna Mala: Wiyanchana

Wiyanchana Kasar (Tak Berbunyi)

Ringkas

ക ko ച co ട ṭo ത to പ po

Letusan

ഖ kho ഛ cho ഠ ṭho ഥ tho ഫ pho

Ringkas

ഗ go ജ jo ഡ ḍo ദ do ബ bo

Letusan

ഘ gho ഝ jho ഢ ḍho ധ dho ഭ bho

Sengau

ങ ṅo ഞ ño ണ ṇo ന no മ mo

Antastha (Lembut)

യ yo ര ro ല lo വ wo

Desis Kasar dan Usman

ശ śo ഷ ṣo സ so ഹ ho ഴ žo/zho

Kuttakacharangal (Gabungan)

ക്ഷ kṣo ശ്രീ śri

Aku cadangkan tuan-tuan coba lah ingat sehari dalam 3-4 aksara. Mulakanlah dengan swara-swara dahulu, kemudian tuan-tuan boleh beransur ke wiyanchana. Kalau tuan-tuan mengetahui aksara Hindu tempatan tuan-tuan contohnya aksara Hindu Bali atau Hindu Kemboja maka boleh buat bandingan juga. Aksara aku beri ini adalah aksara Brahmi Malayalam. Aksara Dewanagri, Hindu Siam dan Tamil pun aku boleh baca dan tulis. Tetapi aku cuma mahu ceterakan bahawa India Selatan, Hindu Asia Tenggara atau India Utara tiada beda selagi bunyi aksara itu sepadan.... 

Jumaat, 21 Jun 2013

Kesaktian Empu Ragawendra


Keajaiban Purwasrama

Di Kumbakonam sekali, Empu Ragawendra dan isteri beliau telah dijemput ke puja dan beliau diminta menyediakan sebatian kayu cendana bagi para jemputan. Sebatian tersebut menyebabkan rasa terbakar pada tubuh jemputan lain yang dikaitkan oleh Empu Ragawendra dengan bacaan mantera Agni Suktam yang dibacanya semasa menyediakan bahan tersebut. Ertinya di sini, sakti mantra weda itu berpindah ke sebatian kayu cendana itu. Manteraa-mantera yang berbeda menurut beliau, akan membuat mereka yang terkena atau terdengar itu merasai perasaan berbeda-beda.

Empu Seri Ragawendra dengan Empu Seri Yadawendra Tirtha

Sebelum kenaikan Empu Seri Ragawendra menjadi Pithadhipatti di Seri Matha, Seri Yadawendra Tirtha telah pun lama diberikan sannyasa oleh Seri Sudhi Indra Tirtha. Tatkala berpulang ke Tanjawur dari Tirthayatramnya merentasi India Selatan, Empu Seri Ragawendra menawarkan supaya beliau menjadi Pithadhipatti bagi Seri Matha itu serta menyemahkan murti Seri Mula Rama. Namun, Seri Yadawendra Tirtha ketika melihat kebaktian dan juga kekuatan tenaga rohani Empu Seri Ragawendra menjaga Seri Matha itu lantas menolak tawaran dan meneruskan tirthayatramnya. Makanya, Empu Seri Ragawendra terusanlah memperkaya Wedanta Dwaita daari Kumbakonam dengan ramai pelajar menyertai Seri Matham itu.

Kemarau Kumbakonam

Ketika beliau di Kumbakonam, daerah Tanjawur seluruhnya berada dalam keadaan kemarau lamanya 12 tahun. Nayaka Tanjawur, Nayaka Sewa Appa mendekati Empu Seri Ragawendra mencari bantuan nasehat, lantas dinasehati supaya menjalani yagna. Tak lama lepas yagna itu, kawasan tersebut terus dilanda hujan dan juga tuah. Sebagai lambang terima kaseh, Nayaka yang merupakan seri maharaja memberi karunia kepada Seri Matha bawah pantauan Empu Ragawendra dengan rantai bertatah batu bernilai.

Empu Ragawendra pula menyembahkan rantai karunia itu kepada yagna yang dijalankannya. Maharaja berasa terkejut melihat perbuatan Empu itu. Apabila disedari bahawa maharaja terkejut, maka beliau segera menghulurkan tangannya ke dalam homa kunda dan mendapatkan semula rantai itu tanpa sebarang tanda terbakar pun. Rantai itu pun masih elok dan utuh. Kejadian ini menjadi kesaksian tentang kebaktian Empu Seri Ragawendra dan maharaja sendiri tunduk menjadi anak bakti yang setia selepas itu.

Isnin, 17 Jun 2013

Warna Dharma dalam Kehinduan

Oleh Sri Kanchi Parama Acharya
Terjemahan ke Bahasa Melayu oleh NG


Pada samaya lalu, dapur memasak selalunya disumbat dengan kayu kering, tahi lembu dan lain-lain. Kalau hari hujan, maka susahlah hendak menyalakan dapur sebab lembap. Namun, walau ada beberapa cetusan api sahaja pun sudah cukuplah untuk dikipaskan bagi membakar kayu kering atau pun tahi lembu.

Sanatana Dharma kita tidaklah pupus terus. Beberapa cetusan darinya itu masih ada lagi dalam hidup beberapa orang yang agung yang masih hidup dalam kalangan kita ini. Sesungguhnya aku ini berharap untuk meniup mereka dengan pandangan bagi menyebarkan semula agama purwa kita ini dalam bentuk sebenar-benarnya. Para pembaharu kita cubalah untuk menghapuskan warna dharma bagi menjadikan agama Hindu nampak tak berbeda dengan kepercayaan-kepercayaan lain. 

Dalam konteks yang ini, aku mestilah mempersoal kamu. Apakah itu agama?? Agama ini seperti lah juga tata penyembuh yang tujuannya itu untuk menyembuhkan penyakit yang tercetus dari "diri" atau "jiwa". Bomoh tahu lah mengenai penyakit yang menimpa pesakit dan bagaimana cara rawatannya. Sanatana Dharma kita ini adalah ubat yang disenaraikan oleh para resi dan juga pencetus kepada dharmasastram yang tak pernah meminta balasan apa pun bagi diri mereka. Mereka cuma mengambil berat mengenai kebajikan manusia. 

Di negara-negara lain, bomoh lain memberikan senarai ubatan dalam bentuk agama mereka sendiri. Jadi, adakah bomoh anda itu suka diberitahu yang dia kena mengubati kamu dengan cara bomoh atau doktor lain rawat pesakit mereka? Ada banyak tata penyediaan ubat-ubatan. Ada yang memerlukan pesakit berpantang dengan ketatnya, manakala yang lain tak begitu ketat pada pemakanan pesakit. Jenis perubatan yang ini, memberikan cadangan ubatan yang manis rasanya kepada pesakit dan yang lain pula pahit. Untuk sembuh semula maka kita kena lah mengikut dengan penuh perhatian segala cara rawatan, dan tak mendesak kepada gabungan terapi perubatan kerana ia akan mencelarukan kesihatan pesakit.

Agama lain mengajarkan mengenai dharma yang biasa bagi semua pengikutnya. Dalam agama Weda yang diwangsit oleh para dewata pula ada dua jenis dharma. Yang pertamanya itu, yang biasa kepada semua atau segala warna masyarakat. Yang ini adalah tata kelakuan yang sejagat diamalkan segala penganut agama Hindu digelarlah ia sebagai Samanya Dharma. Ahimsa, satya, kesucian, mengawal pancha indera, tidak melampau dalam keperluan hidup, kebaktian kepada Iswara, menghormati ibu bapa serta nenek moyang dan menghormati segala makhluk merupakan bahagian daripada Samanya Dharma.

Kemudian setiap warna itu mempunyai tata kelakuannya yang tersendiri pula. Yang ini kita sebutkannya sebagai Wisesa Dharma. Yang ini ertinya, pekerjaan anak itu diwarisi daripada nenek moyangnya samaya bersamaya atau tugasan khusus untuk sesuatu masyarakat. Jika Wisesa Dharma dari pelbagai warna ini disamaratakan atau dipaksa masuk ke bahagian Samanya Dharma maka akan muncul satu keadaan yang mana tak ada sesiapa pun yang akan mengamalkan lagi sebarang dharma pun!  

Bagi menggambarkannya, aku akan berikan kamu semua contoh. Mengelakkan daging dijadikan sebagai Samanya Dharma dalam ajaran Buddha. Tapi, apa yang kita lihat hari ini di negara-negara yang memayungi ajaran Buddha itu? Di sana, hampir semua penganut ajaran Buddha melahap daging. Berbeda pula dengan perolehan melalui agama kita. Resi-resi kita dan penyusun Dharmasastram mempunyai kepahaman yang mendalam mengenai ciri-ciri semulajadi manusia. Mengelakkan daging cuma dibataskan kepada orang-orang atau masyarakat tertentu. Tapi yang lain boleh sahaja mengikut contoh kelompok kecil tersebut. Contohnya, pada hari berpuasa akan ada peristiwa-peristiwa perayaan penting seperti ulang tahun kematian ibu bapa atau pada hari-hari suci yang merayakan para dewa maka semua pun akan berpantang daging.

Agama-agama yang berkembang suatu ketika dulu di negara-negara lain yang mempunyai bentuk tatakelakuan yang mencakupi seluruh masyarakat yang menganutinya pun sudah pupus. Di rantau Barat, agama Helleni sudah pupus. Di TImur pun hanya ada beberapa kerat orang yang mengamalkan agama Shintoisme, Taoisme atau Konfusianisme. Agama seperti ajaran Buddha, agama Kristian dan Islam pun menyerkap semua sekali penganutnya dengan tiada lapisan-lapisan lagi. Penganutnya di merata-merata negara tak menemui kepuasan jiwa sebenar pun. Banyaklah orang-orang yang menganut agama tersebut atau yang asal dari keluarga yang menganut agama tersebut mula hilang kepercayaan terhadap agama tersebut. Sama ada mereka bertukar menjadi Ateis atau kembali ke aliran-aliran pemikiran Hindu seperti Yoga Bakti dan Gnana.  

Susahlah hendak dikatakan tentang berapa lama orang ramai akan terus setia dengan agama-agama yang terbit di pelbagai negara sejak samaya sejarahnya. Aku katakan begini bukan kerana aku ini mewakili penganut Hindu dan Brahmana atau aku bercakap sebab ingin menjatuhkan agama lain. Harapan aku sebenarnya supaya orang ramai yang mengikut agama yang pelbagai itu tetap dalam lipatan agama mereka dan menemui kepuasan kerohanian dalamnya. Aku tak pernah menjemput sesiapa pun untuk menganuti agama aku atau kepercayaan aku. Sebaliknya, aku percaya bahawa berbuat begitu adalah sesuatu yang berlawanan dengan dasar-dasar agama kepercayaan aku.

Tiada suatu apa pun yang berlaku secara kebetulan dalam loka ini. Orang ramai dengan pelbagai tahap kematangan dilahirkan dalam agama yang berbeda-beda. Yang ini memang sudah ditetapkan oleh Nya. Aku percaya bahawa seseorang manusia itu bertumbuh rohaninya itu dengan mengamalkan dasar-dasar agama kelahirannya. Aku bercakap jujur tentang apa yang ku rasai sebagai satu ciri yang berbaloi dalam agama orang Hindu. Ciri ini tak kedapatan dalam agama lain. Bukan aku hendak memburukkan atau mempengaruhi orang ramai masuk ke lipatan agama Hindu.

Orang bukan Hindu menyerang ciri istimewa dalam agama kita tanpa bersusah payah cuba memahami dasar-dasar agama Hindu manakala ada pula orang Hindu sendiri yang dipengaruhi oleh pandangan orang-orang bukan Hindu itu. Maka, ini penyebabnya aku terpanggil untuk bercakap mengenai doktrin-doktrin berbeda dalam agama kita. Penerimaan terhadap konsep seperti karma, jelmaan-Nya dan lain-lain sebenarnya tak akan menggoncang pun keterikatan mereka terhadap kepercayaan dasar mereka terhadap agama mereka sendiri. 

Apakah konsep asas bagi sebarang agama itu? Dasar-dasar kehidupannya atau penghayatannya? Dasar agama Hindu itu, kepercayaan kepada-Nya dan kebaktian kepada Nya. Bagi mereka yang bukan Hindu, tapi memandang konsep agama Hindu ini dengan simpati (menerima perbedaan) sebenarnya bukan bermaksud hilang kepercayaannya dalam agamanya sendiri. Ku sebut semua ini kerana aku pikir bahawa penganut agama-agama lain bersusah-susah bukan sebab aku mempunyai sebab untuk suka jika mereka susah. Aku gemakan pandangan-pandangan pelajar-pelajar agama seperti Toynbee, Paul Brunton dan Kostler. Aku cuma mengulang semula pandangan bahawa kekurangan kepercayaan dalam agama atau Atheisme itu sedang berkembang sehari ke sehari di mana-mana sahaja. Agama-agama lain pun mengalami keadaan begini dalam pergelutannya untuk wujud. 

Gaya begini dilihat timbul juga di negara kita, negara India. Tapi orang asing yang mengkaji agama kepercayaan serata dunia sebulat suara dalam pandangan mereka bahawa di India keadaannya masih lagi lebih baik berbanding tempat lain. "Desakan keagamaan tidaklah sampai ke tahap menyedihkan di negara anda, dan diberitakan ramai Sadhaka, resi-resi masuk ke India dalam bilangan yang besar juga". Sedikit berpikir patut membayangkan tanpa keraguan pun bahawa rasa keagamaan sedang menurun dan Atheisme sedang meningkat di India. Ia disebabkan oleh penghapusan warna dharma dan juga kepercayaan bahawa penganut agama Hindu itu patut tidak dibedakan tanggungjawabnya, adhikaranya atau dharmanya pada jatiniyam.        

Apabila terdapat perbedaan dalam kalangan penganut agama dalam banyak caranya, kita pun pikir bahawa tak akan ada kesatuan atau integriti dalam kalangan mereka. Nampak bagi kita kononnya agama begitu akan hancur lebur disebabkan oleh pergelutan dalaman. Sejak zaman Aleksander Agung lagi, tanah Hindu sudah dijajah dan dijarah oleh gelombang demi gelombang orang asing dengan bermacam-macam agama. Lihat semula, pembahagian dalam agama kita dan juga penaklukan asing yang bertali-tali. Sepatutnya, agama orang Hindu pastilah hancur menjadi abu sahaja. Tapi sebaliknya pula tidak terjadi begitu. Agama yang tak ada pengkhususan dan pembahagian dharma menurut jati dan yang mengajarkan bahawa semua lapisan masyarakat untuk mengamalkan upacara dan dharma yang sama pastilah akan menghilang dalam arus masa. Tata agama yang serupa masih berada pada hari ini pun berhadapan dengan bahawa sebagai yang dipersaksi oleh kelompok cendekiawan dalam kalangan penganutnya sendiri. 

Tapi, agama orang Hindu yang menurut kepada lapisan demi lapisan masihlah wujud tak hapus-hapus walaupun mengalami pelbagai penjarahan. Haruslah kita cuba memahami rahasia di sebalik kelestariannya tanpa terbawa-bawa oleh emosi. Kita ini mengamalkan warna dharma sejak berkurun-kurun lamanya dan ia masih lagi berterusan sebagai kuasa kehidupan. Apa rahasianya itu? 

Atau pikirlah begini. Tugasan Brahmana itu adalah untuk memelihara segala mak neneknya mantra. Tapi adakah Brahmana itu kaum yang majoriti? Tidak! Adakah kaum Brahmana ini menikmati kuasa besar darai segi ketenteraan atau pemerintahan? Tidak! Adakah kaum Brahmana sekurang-kurangnya mempunyai kuasa ekonomi atau mendapat peluang mencapai kekayaan loka maya ini? Tidak! Baru-baru ini sahaja, ada dalam kalangan kaum Brahmana mula menceburkan diri dalam bidang-bidang berkaitan kewangan dan mencari kekayaan melebihi batasan sepatutnya. Hal ini sebenarnya tidak disukai oleh Dharma Brahmana!

Bagaimana dan kenapa jati-jati lain menerima pembahagian dharma masyarakat yang dianjurkan dalam sastram dan juga memberi perlindungan kepada kaum Brahmana yang tak ada kekuatan ekonomi mahupun bilangan jiwa? Tokoh-tokoh agung seperti Siddhartha Gautama dan juga Mahawira bangkit untuk mengisytiharkan bahawa, "Kita tak perlukan weda-weda dan tak perlu menjalani yagna sebagai yang dianjurkan olehnya. Biar kita semua jalani dharma yang serupa tanpa pembahagian. Kita tak perlu bahasa Sanskerta juga. Mari kita catit segala sastra-sastra baru dengan bahasa Prakerta dan bahasa Bali yang dipahami orang-orang biasa.

Memang benar beberapa orang itu terpujuk menganuti ajaran Buddha atau ajaran Jina tetapi tarikan terhadap agama-agama tersebut hanyalah sementara sahaja dan kedua-duanya pun kemudian mengecut semula. Agama berdasarkan pustaka weda purwa juga yang timbul kembali dengan tenaga baru. Seorang yang agung pernah menyanyikan sebagai berbunyi, "Ia menjadi satu keajaiban tatkala jiwa itu berada dalam tubuh dengan sembilan sela (nawadwara atau sembilan pintu). Jika ia terlepas darinya maka tak ada lah lagi keajaibannya". Jadi tak menghairankanlah jika agama Hindu itu terpupus disebabkan oleh terdedahnya ia secara berterusan dari luar. Namun, ia merupakan satu keajaiban kerana ia tak pernah mati atau hilang nyawanya.

Jika kepercayaan-kepercayaan lain di India sendiri dan di luarnya pun mula hilang dan jika agama kita ini sendiri masih kekal untuk 10,000 tahun lagi... Adakah ini bererti bahawa ia mempunyai sesuatu yang agama lain tak ada? Ya. Agama lain tak mengenalpasti warna dharma. Pembaharu-pembaharu dalam agama Hindu cuba membahaskan bahawa warna dharma ini yang menyebabkan perpecahan masyarakat Hindu secara keseluruhannya! Hakikatnya, warna dharmalah yang sebenarnya memeliharanya dan menyebabkan agama Hindu bertahan merentasi masa walaupun gigih diserang oleh bangsa luar. Ia mengenalpasti bahawa manusia itu bukan semuanya berkebolehan yang sama dan serba boleh.

Berikutnya, dharma ini mempunyai ciri-ciri yang tinggi dalam konsep seperti keseimbangan, yang penting untuk kebaikan semua orang. Masyarakat Hindu memang dibahagikan pada dasar yang ini, tetapi harus juga disedari bahawa pembahagian ini yang membantu agama Hindu terus terpelihara mengatasi kejadian serangan ke atas masyarakatnya.

Selasa, 30 April 2013

Pancharatnam Minakshi Stotram

 

Stotram ini ditujukan untuk dewi Minakshi. Baginda dewi ini adalah saudari kepada Betara Wisnu. Baginda merupakan jelmaan kepada dewi Parwati dan juga peneman kayangan Betara Siwa. Sri Koil untuk dewi ini terutamanya di Koil Sri Minakshi Sundareswarar di Tamil Nadu. Artinya malas sekali hendak aku tuliskan. Nanti jika rajin dan jika teringat aku cuba tuliskan dalam bahasa Melayu supaya mudah penganut Hindu Waisnawa di Nusantara dan yang berbahasa Melayu memahaminya.

 Udyath bhanu sahasra koti sadrusam, Keyura harojjwalam,
Bimboshtim smitha danthapankthi ruchiram, peetambaralankrutham,
Vishnu brahma surendra sevitha patham, Thathwa swaroopam shivam,
Meenakshmi pranathosmi santhathamaham, karunya vara nithim. 1

Mukthahara lasath kireeda ruchiram, poornendu vakthra prabham,
Sinchannupura kinkini manidaram, padmaprabha basuram,
Sarvabeeshta bala pradham giri sutham, vani rama sevitham,
Meenakshmi pranathosmi santhathamaham, karunya vara nithim 2

Sri vidhyam shiva vama bhaga nilayam, hreenkara mantrojwalam,
Sri chakrangitha bindu Madhya vasathim, Srimath sabha nayakeem,
Srimath shanmuga vignaraja jananim, sriman jagan mohinim,
Meenakshmi pranathosmi santhathamaham, karunya vara nithim 3

Srimath Sundara nayakim, bhaya haram, jnana pradham Nirmalam,
Syamabham kalasanarchitha padam,narayanasyaanujam,
Veena venu mrudanga vadhya rasikam, nana vidham ambikam,
Meenakshmi pranathosmi santhathamaham, karunya vara nithim 4

Nana yogi muneendra hrudsu vasatheem, nanartha sidhi pradham,
Nana pushpavirajithangri yugalam, narayanen architham,
Nada brahma mayim parath para tharam, nanartha thathwathmikam,
Meenakshmi pranathosmi santhathamaham, karunya vara nithim 5

Rabu, 24 April 2013

Kata Tunjuk Kepunyaan

Yang ini adalah kata tunjuk kepunyaan. Sama macam bahasa orang Eropah seperti bahasa Inggeris, bahasa Tamil pun ada bentuk ini contohnya sepeti my, your, his, her dan lain-lain.

Thanju Paalu Bahasa Melayu
en en aku punya
on on kau punya
om om awak punya
avan avan dia punya
avahl avahl dia punya (p)
avar avar dia punya (l/p) (sopan)
adhu adhu, adhu n ia punya
namma namma kami punya
enga enga kita punya
onga onga kamu punya (ramai)
avaa avaa mereka punya (l/p)
adhuha adhuha mereka punya (neutral)

Selasa, 23 April 2013

Kata Ganti Diri dan Bentuk Tak Terusnya

Kita ada jadual untuk bentuk kata ganti diri persendirian dan juga bentuk tak terusnya pun di sini dengan loghat bahasa Tamil Brahmana Thanju dan Tamil Brahmana Paalu:

Kata Ganti Diri Persendirian dan Bentuk Tak Terusnya

 
Thanju Paalu Bahasa
Melayu
naan (en, ena) naan (en, ena)
Aku
nie (on, ona) nie (on, ona) Kau (tunggal)
nier (om, oma) nier (om, oma)
Awak
avan (avan) avan (avan) Dia
ava(hl) (avahl) avahl (avahl)
Dia (perempuan)
avar (avar) avar (avar) Dia (Sopan untuk dua jantina
adhu (adhu) adhu (adhu) Ia
naama, namma(hl) (nammahl) nammahl (nammahl) Kami
naanga(hl) (engalh) naangahl (engahl) Kita
nienga(hl) (ongahl) niengahl (ongahl) Kamu semua (sopan)
avaa(hl) (avaahl) avaa(hl) (avaahl) Mereka (l / p ramai, tgl(sopan))
adhuha(hl) (adhuhahl) adhuhahl (adhuhahl) Mereka (semua jantina sopan)

Bentuk tak terus bagi kata ganati diri diikuti pula oleh imbuhan-imbuhan. Kata ganti diri ada bentuk perkaitan yang ditempatkan sebelum kata nama sebagai kata sifat kepunyaan. Boleh periksa jadual tak kiralah ini bahasa kaum Brahmana atau bukan. Ia bahasa semua orang Tamil dan penganut agama Hindu jugak. 

Khamis, 18 April 2013

Sri Wenkateswaran Suprabhatam

 

Begawan Wenkateswaran dari Thirupati dikenali juga sebagai begawan Sriniwasa, begawan Balaji, dan begawan Wenkatacalapati. Baginda dipercayai adalah jelmaan kepada Betara Wisnu. Wenkateswaran artinya dewa penghapus dosa. Agama Hindu menjelaskan, Betara Wisnu kerana cinta kepada anak bakti menjelma menjadi Sri Wenkateswaran muncul menyelamatkan dan mengangkat kemanusiaan kembali dalam Kaliyugam ini. Baginda ini merupakan wiswarupam Betara Wisnu pada yugam yang ini. Koil Wenkateswara Swami digelar juga sebagai Waikuntam Kaliyuga.

Suprabhatham Bahasa Tamil 

 

Di sini kalau nak bertithirtayatram untuk jelmaan ini boleh ke Sri Wenkatachalapathi Swami Sannadhi di Batu Malai Gombak. Suprabhatam ini adalah ucapan selamat pagi untuk baginda.

Ahad, 14 April 2013

Koil Sri Padmanabha Swami


Koil ini terletak di Thiruwanandapuram di India Selatan. Ia ditujukan untuk Betara Wisnu Narayana. Kediaman suci dewa diuruskan oleh amanah yang dikepalai oleh keluarga diraja Travancore. Koil ini adalah salah satu daripada 108 diwiya desam atau kediaman suci Betara Wisnu yang menjadi pusat pemujaan utama bagi penganut Hindu aliran Waisnawa.

Begawan Bala Rama menurut kepada Srimad Bhagawatam (19.70.18) telah berhenti singgah di Phalgunam yang kini dikenali sebagai Thiruwanandapuram sebagai sebahagian daripada tirtayatramnya. Baginda mandi di Pancha Apsara atau di Padma Tirtham selain memberi karunia 10,000 lembu kepada orang-orang alim.

Koil ini juga disucikan dalam diwiya prabandha, sastera awal zaman pertengahan Tamil oleh orang alim Tamil iaitu Alwar sekitar abad ke-6 sampai ke-9 M. Penambahan pada tubuh bangunan itu diperbuat sepanjang abad ke-16 M, gopuramnya pun dibina ketika itu. Koil ini merupakan pratikerti kepada koil terkenal di Thiruwattar, Koil Sri Adi Kesawa Perumal. Padmanabha Swami ini menyebabkan ibu kota negeri Kerala ini dipanggil sebagai Thiruwanandapuram. Thiru ananda puram artinya kediaman suci Sang Ananda Padmanabha. Kota ini juga dikenali sebagai Ananda Puram atau Kota Kesukaan dan Syananduram ataupun kesukaan itu tak jauh lagi.

Ananda ini merujuk kepada baginda Sri Padmanabha sendiri. Sastera suci Hindu merujuk Yang Maha Tinggi itu sebagai Sakshinanda atau pun Kebenaran Mutlak, Kesedaran Mutlak atau Kesukaan Mutlak. Dewata utama berdiam di situ, adalah Seri Padmanaba Swami yang dipasak dalam kedudukan ananda sayanam atau tidur abadi berdasarkan yoga nedra di atas ular ananda. 

Maharaja di Travancore memegang gelaran Sri Padmanabha Dasa atau pun Pelayan kepada Seri Padmanabha. Selari dengan Omkara Memasuki Koil, hanya penganut agama Hindu sahaja dibenar masuk ke koil! Orang yang ingin berbakti puja mestilah berpakaian menurut kepada peraturan pakaian sopan di koil! 

Padmanabha Pahi

  

Pallawi: Padmanabha paahi dipapakshaara, guna wasana shoure....

Anupallawi:  Sadma kalitha muni maanasa pankaja, saka bhuwana pari paalana lolubha...

Charannam: Charamukharjitha chandraanetra pari lasitha karuna sandra puriko baghata khaladanu chendra paaawana charita sri rama chandra....

Krithi: Swati Thirunala
Ragam: Hindolam
Talam: Adi

Bahasa Tamil Brahmana: Bilangan

Bilangan

1 Ohnne
2 Rende
3 Munne
4 Naale
5 Anje
6 Arre
7 Ezhe
8 Ete
9 Ombadhe
10 Pathe

Kata Kerja

Kata kerja iru boleh juga membawa arti "menjadi" atau "ada". Bedanya adalah dari segi tatabahasa...

1. Avan oru kozhandei
    Dia itu seorang anak laki-laki

2. Avanu ku oru kozhandei iruku
    Dia mempunyai seorang anak laki-laki

3. Naan pahna kaaran
    Aku seorang kaya

4. King Midasu ku kazhudhei kaadhu
    Raja Midas bertelinga keldai.

5. Enga thaathaa ku romba vayas aachu
    Datuk aku sangat tua

6. Kozhandei-ki pathu vayasu
    Anak ini berusia 10 tahun

7. En kite oru pusthaham iruku
    Aku mempunyai sebuah pustaka

8. Ena-k-oru thambi irukaan
    Aku mempunyai adik lelaki yang lebih muda

Bahasa Tamil Brahmana: Kata Kerja Bantuan

Bahasa Tamil Brahmana sama seperti bahasa Tamil biasa juga mempunya kata kerja bantuan yang memberikan nilai rujukan kepada kata nama, perbuatan dan juga penyempurnaan kepada kata kerja utama. Cepatnya ia menjadi bahasa basahan, maka ia menjadikan kata kerja bantuan ini sebagai imbuhan kata kerja dan menjadikan kata kerja utama sebagai rujukan kepada kata nama, perbuatan serta kata kerja yang lengkap.

Kata kerja bantuan kohllu dipendekkan kepada -ko dan vidu dipendekkan kepada -du sahaja. Mari lihat pembahagian kata kerja ini kepada rujukan kata nama dan pelengkap kata kerja....


Kata Kerja
 
Biasa Rujukan Penama-Perlaksanaan Pelengkap
poh 'pergi' pooygo 'kau boleh pergi' pooydu 'pergi dari sini'
vaa 'mari' vandhugo / -ho 'kau boleh datang' vandhudu 'mari dari sini'
edu 'ambil' eduthuko 'kau boleh ambil' eduthudu 'ambil pergi'
okaaru 'duduk' okaandhuko / -ho 'duduklah' okandhudu 'duduk saja lah'
sziri /chiri 'gelak' sziri- / chirichuko 'gelak kecil' sziri- / chirithudu 'tergelak' 

Aksara Grantha


Aksara Grantha atau Grantha Yeluttu merupakan sejenis aksara yang digunakan secara meluas antara kurun ke-6 M sampai ke-19 M oleh penutur bahasa Tamil di India Selatan terutamanya dari negeri Tamil Nadu dan negeri Kerala bagi menulis bahasa Sanskerta dan Maniprawalam sastriya. Kini masih lagi digunakan oleh pusat pengajian weda atau pathasala weda yang tradisional.

Aksara ini berkembang dari aksara Brahmi purwa makanya ia dikelaskan sebagai aksara keluarga orang Brahmana. Aksara bentuk Pallawa pula banyak digunakan di sekitar Asia Tenggara misalnya di Siam, Myanmar, Kemboja dan Nusantara yang menimbulkan aksara-aksara Hindu tempatan.

Aksara Grantha berkembang dari kepelbagaian aksara orang Brahmana dari negeri Tamil Nadu. Aksara Hindu sebelah Asia Tenggara seperti aksara orang Mon, orang Lao, orang Jawa, orang Khmer dan orang Siam terbit dari kembangan terus atau tidak terus aksara Pallawa yang merupakan kepelbagaian aksara Grantha ini. Aksara Malayalam merupakan turunan langsung aksara Grantha ini. Aksara Tulu dan Singhala juga kemungkinan terbit dari aksara Grantha. 

Perkembangan aksara Dewanagri dari India Utara untuk bahasa Sanskerta yang mendapat tempat dalam kalangan kaum cendekiawan serta tekanan politik dicetuskan oleh Tanittamil Iyaggam supaya aksara Grantha digantikan terus dengan aksara Tamil terkini menyebabkan aksara Grantha semakin terpinggi di negeri Tamil sekitar awal abad ke-20 M. 

Itihasa Aksara Grantha

Dalam bahasa Sanskerta, grantha ini artinya satu ikatan. Ia merupakan perkataan yang digunakan untuk pustaka-pustaka dan aksara inilah yang digunakan oleh kaum Brahmana untuk menulis bahasa Sanskerta di India Selatan.

Kata ini terbit dari amalan mengikat daun lontar dengan menggunakan benang panjang yang kemudian diikat menjadi satu ikatan. Walaupun kini bahasa Sanskerta ditulis hampir semuanya dalam aksara Dewanagri, namun aksara Grantha masih lagi menjadi pilihan di bahagian benua Hindu yang berbahasa Tamil untuk menulis bahasa Sanskerta sehingga abad ke-19 M.

Sarjana percaya aksara Grantha memang pernah digunakan semasa pustaka Weda disimpan dalam bentuk bertulis sekitar abad ke-5 M. Pada awal abad ke-20 M, aksara Dewanagri mula menggantikan aksara Grantha bagi penulisan pustaka agama serta pustaka kesarjanaan. Aksara Tamil moden juga mula mendapat tempat dalam penulisan bahasa Tamil sebagai bahasa tempatan di India Selatan.

Aksara Grantha juga pernah digunakan bagi menulis Maniprawalam bahasa Tamil-bahasa Sanskerta. Maniprawalam ini merupakan gabungan bahasa Tamil dan bahasa Sanskerta yang digunakan bagi penafsiran sastera-sastera Sanskerta. Perkara ini kemudian berkembang menjadi tata tulisan yang rumit. Lalu bahasa Tamil ditulis menggunakan aksara Watteluthu manakala bahasa Sanskerta ditulis dengan aksara Sanskerta. Menjelang abad ke-15 M, ia perkataan bahasa Sanskerta atau perkataan bahasa Tamil dengan kata terbitan daari bahasa Sanskerta akan ditulis dalam aksara Grantha. Tetapi imbuhan bahasa Tamil yang ditambah itu akan ditulis dengan aksara Watteluthu. Tatatulisan ini mula ditinggalkan selepas bahasa Maniprawalam terpinggir. Ia hanya digunakan secara istiadat dalam sesetengah terbitan yang memang ditulis dalam bahasa Maniprawalam sehingga pertengahan abad ke-20 M. 

Pada masa kini, aksara ini masih digunakan dalam konteks keagamaan oleh penganut Hindu ortodoks dalam kalangan penutur bahasa Tamil. Aksara ini digunakan untuk menulis nama anak semasa upacara namakaranna serta menulis bahagian bahasa Sanskerta dalam jemputan perkahwinan serta pengumuman untuk upacara pengebumian seseorang. Aksara ini juga digunakan dalam penanggalan Hindu dan juga untuk menulis primbon untuk tahun akan datang.  

Jenis Aksara Grantha

1. Pallawa 

Bentuknya adalah bentuk Grantha purwa yang digunakan oleh orang dari wangsa Pallawa bagi menulis batu bersurat. Hiasan tulisan ini terlalu rumit sehinggakan bentuknya tidak mungkin lagi digunakan dalam penulisan hari ini tetapi mungkin hanya sesuai digunakan untuk pemahatan batu bersurat. Batu bersurat Mammalla Puram, Tiruchira Palli, dan Kailasantha menggunakan aksara Grantha jenis ini. 

Aku perhatikan aksara jenis ini berkembang di Asia Tenggara sebagai tulisan Kemboja, tulisan Siam dan tulisan bahasa tempatan di Myanmar. Aku suka tulisan Grantha yang ini walaupun susah untuk dibaca.

2. Grantha Peralihan

Aksara Tulu-Malayalam dikenali sebagai aksara Grantha peralihan. Kedua-dua jenis ini masih lagi digunakan dengan bentuk empat persegi oleh kaum Brahmana, manakala bulatan oleh kaum Jina. Aksara ini merupakan kepelbagaian aksara Grantha dari abad ke-8 sampai ke-9 M. Aksara bahasa Tamil moden juga terbit dari jenis aksara ini. 

Aksara jenis ini digunakan oleh wangsa Chola kira-kira pada tahun 650-950 M. Batu bersurat wangsa Pallawa terkemudian dan juga wangsa Pandiya Neduncheliyan juga merupakan contoh kepelbagaian aksara Grantha jenis ini.

3. Grantha Pertengahan

Batu bersurat kemaharajaan wangsa Chola Tanjawur merupakan contoh kepada aksara Grantha jenis yang ini. Kepelbagaian ini terkenal sekitar tahun 950-1250 M.

4. Grantha Terkini

Grantha dalam bentuk terkini merupakan turunan aksara Grantha dari tulisan wangsa Pandiya terkemudian dan juga pemerintah Wijayanegara. Bentuk aksara Grantha ini sangat serupa dengan aksara Malayalam dan juga bentuk aksara Tamil moden.