Memaparkan catatan dengan label dravidia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dravidia. Papar semua catatan

Rabu, 2 April 2014

Aksara Bahasa Tamil: Suara Terbuka


உயிர் ஏழுத்துக்கள்
Wuyir Yelutthuggal
Bunyi Suara Terbuka

அ A ஆ Ā இ E ஈ Ë உ U ஊ Ū

எ Ā ஏ Ae  

ஐ I

ஒ O ஓ Wo ஒள  Ou

ஃ Ḥ

Pengelasan Suara Terbuka

Kuril
Pendek

அ A இ E உ U எ Ā ஒ O

Nedil 
Panjang

ஆ Ā ஈ Ë ஊ Ū ஏ Ae ஓ Wo

Haksara ஐ i dan ஒள ou disebut biasa-biasa saja tetapi pengelasan susunannya itu dalam aksara bunyi panjang.

Jumaat, 21 Mac 2014

Abirami Andhadhi Bhakti Sangitam

Om Svastiastu!

 

Prakata

Abirami Andhadhi ini dinyanyikan sepenuhnya oleh Dr. Sirgazhi Govindarajan dengan gambar-gambar indah dewi Abhirami. Ia dimuatnaik oleh Dolphin AR. Ramanathan. Koresponden Sekolah Dolphin di Mathurai bagi kebajikan pengikut dewi pada 2 Jul 2013. Dinasihatkan pendengar membeli cakera padat asalnya dari SareGama Records yang memiliki hak penerbitan. Bagi pihak En. AR. Ramanathan, kita meminta jasa bakti supaya beliau dibenarkan memuat naik video ini dengan tujuan kebaktian serta sevaka untuk penganut Hindu lain. Ia tidak dimuat naik bagi tujuan komersil. Sebaliknya untuk mendidik samudaya lokam mengenai kebudayaan India Selatan yang purba menerusi bahasa Tamil Kavi oleh Abhirami Bhattar. Semoga  dewi melimpahi karunia bagi penganut baginda, keluarga Dr. Sirgazhi, penerbit SareGama, dan encik Dolphin AR. Ramanathan yang memuat naik.- Google Translate .......

Ahad, 26 Januari 2014

Kata Rupa: Ukuran

Lama tidak menjengah bahagian bahasa Tamil. Sudah kuasai beberapa mata pelajaran yang ditampilkan untuk bahasa Tamil? Nanti akan menyusul lah pula cara menulis aksara Tamil.... Aksara Tamil sangat-sangatlah mudah walaupun kadangkala akan ada sedikit kekeliruan pada rupakara bunyinya. Sementara itu, marilah menambahkan perbendaharaan kata kita...

Alawugal
Ukuran

Kuraivāna Beberapa
Çirithalavāna Sedikit
Yeralamāna Banyak
Mikundha Terlampau banyak
Pakudhi Bahagian
Konjam Sedikit
Çila Beberapa
Muzhumaiyāna Seluruh

Ok? Mudah saja bukan? Jangan tergesa-gesa, cuba hafal sedikit-sedikit. Cuba juga bercakap dengan rakan yang boleh berbahasa Tamil dan jangan benarkan dia bercakap bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris sebenarnya bahasa yang biasa saja. Semua orang boleh berbahasa Inggeris tapi bahasa Tamil pun sangatlah istimewa. Anda boleh memahami banyak rahasia Siddha dengan menguasainya. Ia merupakan sesuatu yang menguntungkan : ) 

Ahad, 17 November 2013

Tamil: Kriyā Wiśeṣaṇa

Wanaggam!

Belajar Kriyā Wiśeṣaṇa atau Winai Wuricchorgal ini sangatlah penting kerana strukturnya itu diperguna dalam perbualan seharian. Lagi kau kuasainya lagi kau cepat menguasai bahasa Tamil. Tapi pertamanya itu, kena lah tahu apakah peranan kriya wisesana ini dalam tatabahasa Tamil.

Jadinya, kriya wisenana ini merupakan bahagian pengucapan juga. Umumnya, ada perkataan yang menambahi sebarang bahagian bahasa selain daripada kata nama. Kriya wisenana ini buat menambah kepada kata kriya, kata rupa atau wisesana (termasuk angka), prayodh-prayodh, wākya, dan lain-lain lah.

Contoh
Contohnya seperti berikut.... 

Nān woru putthaghaththai silasamayam padiggiren.
Saya membaca sebuah buku kadang-kadang. 

Nān yenrum pugai pidikka mātten!
Saya sekali-kali tidak akan merokok! 

Nī thaniyāga irukkirāya? atau Nīngal thaniyāga irukkirīrgalā?
Awak ada berseorangan kah? 

Seperti yang dilihat kau orang dalam contoh tersebut, binaan bagi kriya wisesana bahasa Tamil itu mempunyai corak yang masuk akal juga. Letakkan kata-kata kriya wisesana di tempatnya di atas itu dan cuba lihat bagaimana ia berfungsi dengan seluruh ayat dalam bahasa Tamil itu.

Untuk yang itu, cubalah kau merujuk kepada senarai bagi kriya wisesana yang sesuai dan gantikannya di bahagian-bahagian yang dipertunjuk dalam contoh atau cubalah perbuat ayat sendiri.

Isnin, 21 Oktober 2013

Bahasa Tamil Brahmana: Contoh Penggunaan "Ada" dalam Ayat

Om Svastiastu

Kata kerja "iru" yang selalu diperguna untuk kata "ialah" atau "adalah" dipakai jua untuk ada. Perbedaan itu cuma didapati menerusi sintaksis ayat atau susun atur ayat itu sahaja:

அவந் ஒறு கொழன்டே
Avan woru kozhandhei.
Dia itu seorang anak.

அவணுகு ஒறு கொழன்டே இறுகு
Avanuku woru kozhandei yiruku.
Dia ada seorang anak.

நாந் பஹ்ந காரந்
Nān pahna kāran.
Aku orang kaya.

ஏங்கிடெ பஹ்நம் இறுகு
Yengite pahnam yiruku.
Aku mempunyai wang.

ரகுலுகு கழுதை காது
Raghuluku kazhudei kādhu.
Rahul punya telinga kaldai.

ஏங்க தாதாகு ரொம்ப வயச் ஆசு
Yenga thāthāku romba vayas āchu.
Aku punya datuk itu sangat tua usianya.

கொழன்டே கி பதுவயசு
Kozhandei ki pathu vayasu.
Anak punya usia ada 10 tahun.

யேங்கிது ஒறு புஷ்தகம் இறுகு
Yengite woru pusthakam yiruku.
Aku mempunyai sebuah pustaka.

ஏநக்கொறு தம்பி இறுகன்
Yenakkoru thambi yirukān.
Aku mempunyai seorang adik kecil.

Cuba perhatikan betul-betul contoh ayat yang diberikan kemudian semak semula segala rujukan yang ada di bahagian tatabahasa. Gunakan segala bahan yang ada buat menambah kemahiran bahasa Tamil anda.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Pura India Selatan: Sri Maha Mariamman

Wanaggam


 

Koil Sri Mahamariamman ini merupakan pura Hindu tertua di Kuala Lumpur di negara Malaysia. Ia dibangunkan pada 1873, bertempat di hujung pekan Cina Jalan Bandar. Pada 1968, bangunan baru iaitu Raja Gopuram dibina menurut gaya binaan India Selatan. Pura ini mulanya memberi khidmat pelayanan bagi pemujaan masyarakat Tamil yang berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 M. Ia kini menjadi pusat kebudayaan Hindu dan juga warisan kebangsaan negara moden ini. Video oleh Encik Marcus Vinicius Carvalho.  

Itihasa

Pembangun awal pura ini, tuan K. Thambusamy Pillai menggunakan kawasan itu sebagai tempat pemujaan keluarganya. Kemudian keluarga Pillai membuka pintu pura keluarga mereka untuk pemujaan orang ramai pada lewat 1920an dan kemudian pengurusan pura diserahkan kepada badan amanah.

Pura ini merupakan antara pura yang paling tua berfungsi semula di Malaysia. Ia diperkatakan sebagai antara terkaya sekali dalam negara. Sebelum itu, ia terletak dekat-dekat dengan Stesyen Kereta Api Kuala Lumpur. Kemudian ia berpindah ke lokasi terkini di Jalan Tun H.S. Lee pada 1885. 

Struktur atap pura diruntuhkan pada 1887 dan sebuah bangunan batu-bata didirikan di situ. Kemudian ia dirobohkan lai bagi memberikan ruangan yang lebih baik kepada bangunan pura yang seperti kini sejak 1968. Gerbang masuk ke pura itu dikenali sebagai gopuram, siap terbina pada 1972. Bangunan pura yang baru dibuka semula pada 1973. 

Senibina

Gopuram

Terbina dengan gaya India Selatan. Ia mempunyai lima lapisan semuanya. Antara yang tertinggi dalam pura tersebut iaitu 22.9 m atau 75 kaki. Bentuknya seperti piramid menegak, dihiasi dengan gambaran dewata sekelian oleh tukang-tukang ukir Selatan India. Kepala tukang ukir, mendiang tuan S. T. Muniappa dari Tamil Nadu dan beliau bertanggungjawab mengukir 228 lambang dewata pada gopuram pura itu.

Garbagraham

Pura ini menyerupai rupa manusia berbaring dengan kepalanya mengadap ke Barat dan kaki ke Timur. Gopuram lima lapisnya itu bertindak seperti kaki manusia. Ia menjadi gerbang antara loka kebendaan dengan kejiwaan. Pada sisinya pula ada garbagraham atau lapangan pemujaan. Ia bertindak sebagai kepala. Ia merupakan bangunan yang sendiri dengan bumbung dan tembok sendiri serta ada pintu masuk satu yang menghadap ke Timur. Tapak ini merupakan tapak suci dalaman yang menempatkan lambang dewi Sri Maha Mariamman. Pedanda selalunya akan berdiri di depan garbagraham tatkala menjalankan puja.

Dalam pura ada lapangan pemujaan utama yang lelangitnya sarat dengan hiasan. Kedudukan tiga bangunan suci dalam pura utama itu ditandai dengan bumbung bentuk kubah bawang yang kelihatan di luar. Ada empat lagi bangunan suci dalamnya yang tersusun secara mengelilingi bangunan pura utama. Sang Pillaiyar (Ganesa) ada dalam bangunan suci yang ke kiri dan Sang Muruga (Skandha) pula di sebelah kanan. Sang Pillaiyar juga ditemui pada pintu masuk bertindak sebagai Wiganeswara menolak malang dan halangan. Lapan patung wanita menghiasi dinding-dinding dalaman pura pula adalah lambang Dewi Sri Laksmi. Sekali dalam 12 tahun menurut tradisi Hindu, pura akan disucikan semula.

Pedati Perak

Pedati perak juga turut dirumahkan di pura ini. Pedati ini akan diperguna semasa perayaan Thaipusham. Ia akan menanggung vigraham Sang Muruga dan peneman baginda, Si Walli dan Si Deiwayanni menerusi laluan di bandar itu sehingga ke Batu Malai. Ia terbuat pada 1893 dengan menggunakan 350 kg perak berharga RM350,000. Pedati ini ditukangkang pandai dari India dan dikapalkan ke Kuala Lumpur dengan 12 bahagian tercerai yang disambungkan di situ. Tinggi pedati itu 6.5 m dengan 240 loceng bersama dengan sepasang kuda padanya. Sebelum pedati perak diperguna, pedati kayu yang diperbuat pada 1930 oleh seorang tukang India berharga RM50,000.  

Bangunan Mariamman

Baru-baru ini, Pura Sri Maha Mariamman selepas 40 tahun penantian akhirnya mendapat bangunan tersendiri. Sebanyak RM13 juta diperuntukkan bagi pembinaan enam tingkat bangunan di belakang pura itu di Jalan Tun H. S. Lee. Ia diresmikan oleh Menteri Kerja Raya dan Presiden Kongres India, Datuk Sri S. Samy Wellu.

Pengerusi pura, R. Nadarajah berkata bahawa idea membina bangunan itu sebenarnya diutarakan oleh Datu Sri S. Samy Wellu sendiri sejak 38 tahun lalu tatkala beliau menjadi jawatankuasa pura tersebut. Bangunan itu dipanggil Bangunan Mariamman dibina sebelah Stesen Bas Klang dan berdepan Stesyen LRT Putra. Ia dihubungkan dengan pura dan ada dua tingkat tempat letak kereta bawah tanah, serta tiga tingkat untuk dua auditorium serta ada satu dewan keramaian.

Dewata Pura

Dewi Maha Mariamman terkenal dipuja dalam kalangan orang Hindu yang berada di luar India. Terutamanya dalam kalangan orang Tamil. Baginda dilihat sebagai pelindung semasa mereka berada di tanah asing. Dewi Maha Mariamman merupakan jelmaan dewi Parwati yang merupakan rupa kepada ibu pertiwi yang berkuasa mengawal persekitaran. Baginda dewi dikaitkan dengan penyakit, wabah demam, dan melindungi pemuja baginda daripada kekotoran dosa serta kejadian-kejadian yang disebabkan oleh asura.

Pengurusan Pura Hindu

Pura Sri Maghaa Mariamman ini diuruskan oleh Badan Pengurusan Pura Sri Maghaa Mariamman Dewastanam. Badan pengurusan ini turut menguruskan Pura Sri Subramaniam Batu Malai dan juga Pura Kortumalai Pillaiyar. Badan pengurusan ini juga memainkan peranan sebagai Konsultan Keagamaan Hindu bagi Kerajaan Persekutuan Malaysia terutamanya dalam perkiraan bintang, purnima dan penentuan penanggalan Hindu bagi Hari Raya Hindu.  

Selasa, 23 April 2013

Belajar Bahasa Tamil Brahmana


Malas pula aku mau merubah tajuknya itu. Sebenarnya tajuk bahagian ini cuma Bahasa Tamil sahaja. Brahmana itu merujuk kepada jenis langgam bahasa Tamil yang dituturkan oleh jenis-jenis orang Tamil. Nanti perlu diperbuat masukan lain lagi supaya lebih kuat genggaman pelajar bahasa Tamil tak mengira kau orang Tamil atau bukan Tamil. Bahasa Tamil amat penting peranannya!

Citra Bahasa Tamil

Pengenalan bahasa Tamil Brahmana
Bahan Rujukan Bahasa Tamil
Pendidikan Berwahana Bahasa Tamil: Malaysia
Keistimewaan Tersendiri Aliran Bahasa Tamil

Pelajaran Aksara

Suara Terbuka: Wuyir Yelutthugal
Contoh Ejaan Aksara Terbuka

Tatabahasa Bahasa Tamil

Kosa Kata Tamil Brahmana I
Kosa Kata Tamil Brahmana II
Kata Ganti Diri: Bentuk Tak Terus
Kata Tunjuk "Kepunyaan"
Kata Kriya "Ialah"  

Contoh Penggunaan Kata "Ada" dalam Ayat 
Kata Kriya Bantuan

Kata Rupa

Kata Rupa 
Kata Rupa: Kuantiti
Kata Rupa: Warna dan Ukuran
Kata Rupa: Bentuk, Rasa dan Ciri
Kata Rupa: Ukuran

Kriya Wisasena

Kriya Wisesana: Winai Wuricchorgal
Kāla dan Masa
Tempat


Dewasa ini jarang juga ditemui bahan mengenai bahasa Tamil dengan menggunakan wahana bahasa Melayu. Maka aku cuba perbuat bahagian ini demi kebaikan anak-anak Hindu sekelian yang ingin berurusan dengan orang Tamil di India Selatan atau di rantau lain. Diharapkan ia membantu kita supaya mencapai persefahaman, persahabatan dan juga mendapat lebih banyak pengetahuan yang tersembunyi di balik bahasa Tamil yang merupakan antara bahasa penduduk beragama Hindu di loka ini. 

Bagi peminat bahasa Tamil dan juga guru-guru bahasa Tamil boleh juga mengutarakan pendapat dan cadangan. Kita suka sekali menerima cadangan membina anda untuk penambahbaikan. Terima kasih.