Memaparkan catatan dengan label bahasa hindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa hindu. Papar semua catatan

Ahad, 26 Januari 2014

Kata Rupa: Ukuran

Lama tidak menjengah bahagian bahasa Tamil. Sudah kuasai beberapa mata pelajaran yang ditampilkan untuk bahasa Tamil? Nanti akan menyusul lah pula cara menulis aksara Tamil.... Aksara Tamil sangat-sangatlah mudah walaupun kadangkala akan ada sedikit kekeliruan pada rupakara bunyinya. Sementara itu, marilah menambahkan perbendaharaan kata kita...

Alawugal
Ukuran

Kuraivāna Beberapa
Çirithalavāna Sedikit
Yeralamāna Banyak
Mikundha Terlampau banyak
Pakudhi Bahagian
Konjam Sedikit
Çila Beberapa
Muzhumaiyāna Seluruh

Ok? Mudah saja bukan? Jangan tergesa-gesa, cuba hafal sedikit-sedikit. Cuba juga bercakap dengan rakan yang boleh berbahasa Tamil dan jangan benarkan dia bercakap bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris sebenarnya bahasa yang biasa saja. Semua orang boleh berbahasa Inggeris tapi bahasa Tamil pun sangatlah istimewa. Anda boleh memahami banyak rahasia Siddha dengan menguasainya. Ia merupakan sesuatu yang menguntungkan : ) 

Ahad, 12 Januari 2014

Bahasa Sanskerta: Aksara Kemboja

Aksara Kemboja, boleh dititik atas tubuh buat penangkal.... Kalau di rantau Tanah Besar ini kau hendak titikkan mantra dan yantra semua guna aksara Kemboja yang ini bagi Brahmana Selatan... Devanagri dan Siddham tu cuma orang India Utara dan bangsa Brahmana Utara saja memakainya... Devanagri pun boleh pakai buat menulis bahasa Parsi Purwa...

Swara Bebas

 

Vyanchana


Vyanchana Bawah

Yang warna hitam itu aksara vyanchana bawah... Bila kau matikan aksara vyanchana itu, maka aksara itu akan turun ke bawah jadi seperti yang warna hitam itu...



Baca Vyanchana dengan Swara


Angka

 

Aksara ini boleh diperguna buat menulis bahasa-bahasa orang Darat seperti bahasa bangsa Senoi di Tanah Melayu kerana bunyi bahasa nak sama dengan bahasa orang Khmer yang sengau. Bahasa Melayu pun boleh ditulis menggunakan aksara ini. Bahasa Siam terpaksa memakai penanda pula sama seperti bahasa Burma kerana bertekanan seperti bunyi bahasa Cina. Boleh juga digunakan aksara ini buat menulis bahasa Hindu seperti bahasa Sanskerta....