Memaparkan catatan dengan label devi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label devi. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mei 2014

Magha Purnima Pujai 2014

Om Svasti Astu


Sempena Purnima Puja Wara 14 Feb 2014 yang telah berlalu.... Nanti Vesaka Purnima pula....

 

Setiap bulan di penanggalan Hindu pun ada Purnima Puja. Pengikut-pengikut baginda Betara Siva dan Betara Wisnu keturunan Hindu di rantau Kambuja Desam, Sumatera, Jawa, Bali, Malaya, Siam dan Singapura sila ambil perhatian! 

Senarai yang berikut mungkin tak sesuai untuk Pemujaan Sri Satya Narayanan (Betara Wisnu) dan puasa Purnima utamanya jika terkena Chaturdasi melepasi ganthamasa Madhyana. Jadi yang ini mesti mengikut kepada gantha bermula Purnima Tithi iaitu dijalankan sebelum masuk wara perayaan di Sri Pura Dewa Sthanam (Kovil). 

Pastikan periksa penanggalan selalu!

Senarai Purnima Wara

16     Jan     (Brighaspatti)       Paush Purnima
14     Feb    (Sukra Wara)       Magha Purnima  
16     Mac    (Aditya Wara)     Phalguna Purnima  
15     April    (Anggara Wara)  Chaitra Purnima  
14     Mei     (Budha Wara)     Vaishakha Purnima  
13     Jun      (Sukra Wara)      Jyaishta Purnima  
12     Julai     (Saura Wara)     Ashadha Purnima  
10     Ogos   (Aditya Wara)    Shravana Purnima  
09     Sep     (Anggara Wara)  Bhadrapada Purnima  
08     Okt     (Budha Wara)     Ashwin Purnima  
06     Nov    (Brighaspatti)       Kartik Purnima  
06     Dis      (Saura Wara)      Margashirsha Purnima

Selalu berkunjung ke pura pun boleh menjadikan tuan-tuan lebih peka jadi cuba juga pergi pura walaupun di rantau asing itu tradisi puranya mungkin berbeda.

Om Shanti Shanti Shanti Om!

Ahad, 27 April 2014

Bacaan Devi Mahatmyam

Om Svasti Astu!


 

Devi Mahātmyā atau Kegemilangan Sri Devi Durgā ini menggambarkan jaya devi itu ke atas Mahesa Suro. Sebagai bahagian daripada Markandeya Puranam, ia merupakan jenis Purana. Sumber sastera agama yang kedua bagi agama Hindu. Ia dicatit dalam bahasa Sanskerta sekitar kurun ke-4 sehingga ke-5 M dengan hak karangannya itu dikaitkan dengan Resi Markandeya.

Nama lainnya pula adalah Durgā Saptashatī, Saptashatī, Caṇḍī atau Caṇḍī Pāṭha. Pāṭha itu ertinya upacara mengaji.

Samacara Penting untuk Pemuda-Pemudi Hindu
  • Sastera ini mempunyai 700 sloka.
  • Ia mempunyai 13 chabab.
  • Penting sekali dalam aliran Sakti terutama dalam upacara.
Pandangan Terbitannya

Sastera ini nampaknya mempunyai gabungan drishti devata Vedika dengan kepercayaan terhadap devi ibu pertiwi yang dipercayai wujud di lembangan Indus dan rantau sekitar India Purba semenjak kurun ke-9 SM. Ia menirvacanakan devata dalam rupa wanita.

Ia menyelaraskan sebilangan cetera devi ibu dalam terbitan cetera orang Indo-Caucasus dengan yang bukan Caucasus menjadi cetera yang satu belaka. Kedudukan devi sebagai Sakti itu sendiri, yang melimpasi keduduka sebagai peneman deva yang malap, itu menjadi titik tolak penting dalam perubahan cetera agama Hindu. Terdapat juga sudut pandangan drishti Samkhya dalam cetera ini.

Upacara Mengaji
  • Terdapat juga apitan mengaji pustaka suci lain.
  • Ia merupakan kemestian dalam Nava Ratri.
  • Di Timur India, ia turut dibaca semasa upacara kematian.
  • Semasa Mahalaya, hari penghujung sebelum purnima Pitri Paksha (Kala Semah Mo Hyang), dibaca lagi ia untuk memulakan perayaan Durga Puja.
  • Orang Bengal selalunya bangkit tidur awal sekitar jam 4:00 pagi hari Mahalaya untuk mendengar bacaan sloka suci Mahesa Suro Mardini dendangan Wirendra Kresna Bhadra dan Pankaj Kumar Mullick di Radio Seluruh India semenjak tahun 1932.

Jumaat, 21 Mac 2014

Abirami Andhadhi Bhakti Sangitam

Om Svastiastu!

 

Prakata

Abirami Andhadhi ini dinyanyikan sepenuhnya oleh Dr. Sirgazhi Govindarajan dengan gambar-gambar indah dewi Abhirami. Ia dimuatnaik oleh Dolphin AR. Ramanathan. Koresponden Sekolah Dolphin di Mathurai bagi kebajikan pengikut dewi pada 2 Jul 2013. Dinasihatkan pendengar membeli cakera padat asalnya dari SareGama Records yang memiliki hak penerbitan. Bagi pihak En. AR. Ramanathan, kita meminta jasa bakti supaya beliau dibenarkan memuat naik video ini dengan tujuan kebaktian serta sevaka untuk penganut Hindu lain. Ia tidak dimuat naik bagi tujuan komersil. Sebaliknya untuk mendidik samudaya lokam mengenai kebudayaan India Selatan yang purba menerusi bahasa Tamil Kavi oleh Abhirami Bhattar. Semoga  dewi melimpahi karunia bagi penganut baginda, keluarga Dr. Sirgazhi, penerbit SareGama, dan encik Dolphin AR. Ramanathan yang memuat naik.- Google Translate .......