आहुः सत्यं हि परमं धर्मं धर्मविदो जनाः ... Mereka yang berpengetahuan dharma itu menyatakan bahawa Kebenaran itulah dharma tertinggi - Ramayana, Kaikeyi 2.14.13
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Ahad, 23 Mac 2014
Rabu, 31 Julai 2013
Lagu India Utara: Tode Bina Kahani
Om Swastiastu!
Persembahkan lagu berbahasa Hindi... Yang ini memang aku boleh berbahasa dengan lancar kerana ia adalah bahasa ibunda aku, hahaha....
Wayang gambar ini berjudul Kahaani. Pelontar suaranya, En. Sukhwinder Singh dan lokasi lakonannya adalah di Bengal Barat, India. Sempadan Bengal Barat adalah Bengal Timur yang dipisahkan semasa pembentukan negara Pakistan. Kemudian Bengal Timur berpecah lagi dengan Pakistan kerana masalah bahasa kebangsaan lalu menjadi negara Bangladesh. Pelakon wanita itu nama Widya Balan dari negara Kerala sebelah India Selatan. Sengaja ku perbuat begini supaya penganut Hindu Asia Tenggara boleh berhubung semula dengan penganut Hindu di rantau India dengan perlahan-lahannya bertukar kebudayaan sesama sendiri.
Rabu, 10 Julai 2013
Lagu Wayang: Damarugam
Om Swastiatu!
Cuma lagu-lagu dari sebuah wayang berbahasa Telugu. Tak semua lagu dalam ini berbentuk stotram atau agama pun... Tapi bolehlah dengar semasa duduk bersenang-senang. Judul wayang ini adalah "Damarugam" atau "Tabuh Betara Siwa".
Selasa, 11 Jun 2013
Jaya Jagat Janani
Om Swasiastu!
Lama tak menonton wayang-wayang gambar hebat begini... Aku rasa pemain peranan Dewi Sati itu adalah puan Gemini Ganeson!!!! Wayang gambar ini rasanya pernah diperbuat dalam bahasa Tamil berjudul Daksayagnam (1938). Aku tak pasti yang ini versi tahun wela mana...
Sabtu, 1 Jun 2013
Lagu: Payaname
Om Swasiastu!
Lagu ini dari wayang gambar berbahasa Telugu dari negeri Andhra Pradesh keluaran tahun 2010... Tajuknya Payaname. Lirik lagu ini dari tuan Dewakatta. Nyanyian Niranjaniah Katta dan V. V. Prasanna. Kalau dengar betul-betul... Liriknya sebenarnya hampir nak sama dengan Begawadgitam : )
Aku tidak pasti mengenai kemasukan wayang-wayang dari India Selatan ke pawagam di Nusantara (Indonesia). Oh ya, bagi pandangan aku Nusantara hanya diwakili Indonesia kerana kedudukan pusat kehinduan di Jawa Timur serta pulau Bali dan bukan di negara lain walaupun terdapat juga penganut Hindu sama ada yang keturunan asli atau yang berketurunan imigran seperti di Kemboja, Myanmar, Siam, Malaya, Vietnam dan lain-lain. Itu sebabnya aku menyebut Nusantara sebagai merujuk bahagian-bahagian negara Indonesia dalam konteks Hindu.
Di negara aku serta di negara-negara lain, kami mempunyai pelbagai etnik Hindu seperti etnik Drawidia yang diwakili oleh orang negeri Tamil, orang Telugu dari Andhra Pradesh, orang Malayala dari negeri Kerala, orang Gujerat dari negeri Gujerat serta dari etnik-etnik lain seperti orang Selong dari Sri Lanka dan lain-lain jadi kami mendapat pelbagai jenis pengaruh budaya Hindu yang senantiasa diperbaharui. Begitu juga dengan ajaran Buddha sama ada aliran Therawada atau Mahayana serta kebudayaan Brahmana. Aku berpandangan rakan-rakan aku yang berketurunan Tamil utamanya sangat membantu kerana mereka menterjemah pustaka-pustaka Hindu yang berguna bagi kegunaan rakan-rakan Hindu yang tidak berbahasa Tamil.
Om Namo Narayana.....
Label:
bagawadgita,
bahasa Telugu,
filem,
gita,
hindu,
lagu,
sastera,
separa sekular,
wayang
Selasa, 2 April 2013
Bharata Vedamuga
Dipersembahkan ntuk penganut cawangan Saiwa... Ini hanya persembahan dari sebuah wayang gambar Hindu berjudul Purnami dari wilayah Andhra Pradesh yang berbahasa Telugu. Rantau Andhra Pradesh merupakan rantau yang diwakili oleh empayar Wijayanegara diperintah oleh Seri Maharaja Kresna Dewaraya Sri Sangamawangsa dari abad ke-14 M.
Langgan:
Catatan (Atom)