Sabtu, 1 Jun 2013

Lagu: Payaname

Om Swasiastu!

Lagu ini dari wayang gambar berbahasa Telugu dari negeri Andhra Pradesh keluaran tahun 2010... Tajuknya Payaname. Lirik lagu ini dari tuan Dewakatta. Nyanyian Niranjaniah Katta dan V. V. Prasanna. Kalau dengar betul-betul... Liriknya sebenarnya hampir nak sama dengan Begawadgitam : )

 

Aku tidak pasti mengenai kemasukan wayang-wayang dari India Selatan ke pawagam di Nusantara (Indonesia). Oh ya, bagi pandangan aku Nusantara hanya diwakili Indonesia kerana kedudukan pusat kehinduan di Jawa Timur serta pulau Bali dan bukan di negara lain walaupun terdapat juga penganut Hindu sama ada yang keturunan asli atau yang berketurunan imigran seperti di Kemboja, Myanmar, Siam, Malaya, Vietnam dan lain-lain. Itu sebabnya aku menyebut Nusantara sebagai merujuk bahagian-bahagian negara Indonesia dalam konteks Hindu. 

Di negara aku serta di negara-negara lain, kami mempunyai pelbagai etnik Hindu seperti etnik Drawidia yang diwakili oleh orang negeri Tamil, orang Telugu dari Andhra Pradesh, orang Malayala dari negeri Kerala, orang Gujerat dari negeri Gujerat serta dari etnik-etnik lain seperti orang Selong dari Sri Lanka dan lain-lain jadi kami mendapat pelbagai jenis pengaruh budaya Hindu yang senantiasa diperbaharui. Begitu juga dengan ajaran Buddha sama ada aliran Therawada atau Mahayana serta kebudayaan Brahmana. Aku berpandangan rakan-rakan aku yang berketurunan Tamil utamanya sangat membantu kerana mereka menterjemah pustaka-pustaka Hindu yang berguna bagi kegunaan rakan-rakan Hindu yang tidak berbahasa Tamil.  

Om Namo Narayana.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan