Memaparkan catatan dengan label wisnu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wisnu. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Januari 2014

Bhakti Yoga


Bhakti yoga merupakan jalan kerohanian yang digambarkan dalam falsafah Hindu sebagai berkesan bagi memupuk cinta, kepercayaan dan penyerahan diri kepada Tuhan. Ia bererti menyedari Tuhan, dan merupakan cara termudah bagi orang awam kerana ia tidak melibatkan amalan-amalan yoga yang banyak.

Bhagavad Gitam, Bhagavata Purana dan Purana lain merupakan sastera suci yang menerangkan lagi falsafah Bhakti. Pergerakan Hindu yang menekankan amalan bhakti sebagai keutamaan digelarkanlah sebagai pergerakan Bhakti. Aliran yang menekankan gerakan Bhakti ini adalah seperti Vaishnava, Saiva dan Sakti.

Falsafah

Bhakti merupakan sabdavali bahasa Sanskerta yang menandakan sikap kebaktian kepada Tuhan perseorangan yang serupa dengan sebilangan hubungan antara manusia dengan manusia. Perbedaannya itu cuma perhubungan kebaktian ini adalah antara roh makhluk dengan Roh Tertinggi, atau Tuhan. Sikap ini digambarkan seperti sikap perhubungan pencinta dengan yang dicintai, rakan dengan rakan, ibu bapa dengan anak-anak, dan tuan dengan hamba. 

Bhagavata Puranam (7.5.23-24) mengajarkan enam bentuk dasar bagi kebaktian seperti yang dijelaskan oleh Prahlada, pengikut setia Betara Wisnu dalam jelmaan Narasimha....

1. Sravaṇa, mendengar cetera sastera suci mengenai begawan Kresna dan rakan-rakan baginda.
2. Kīrtana, memuji yang selalunya merujuk kepada kumpulan penyanyi keagamaan.
3. Smaraṇa, mengingati atau mengarahkan ingatan kepada betara Wisnu.
4. Pāda-sevana, menjalankan seva.
5. Arcana, pemujaan rupa.
6. Vandana, memberi tabik.
7. Dāsya, perhambaan diri.
8. Sākhya, persahabatan.
9. Atma-nivedana, penyerahan diri terus.

Semua samilan prinsip seva bakti ini digambarkan sebagai membantu anak bakti supaya lebih memberi tumpuan dalam hubungan secara berterusan dengan Tuhan. Proses japa dan tapa dalam dengan memberi tumpuan kepada jelmaan devata dipilih oleh anak bakti terutamanya sangat terkenal dalam aliran kebaktian. Bhakti ini merupakan jalan yoga, yang bertujuan suci demi mencari penyatuan dengan Tuhan Maha Agung. Rupa sebenar Tuhan, atau jenis penyatuan itu berbagai pula menurut kepada aliran pemikiran Hindu, tetapi kandungan bagi setiap proses itu semua sama sahaja. 

Guru kerohanian India, Meher Baba menyatakan bahawa, "Daripada sebilangan amalan yang membawa kepada matlamat tertinggi kemanusiaan iaitu menyedari-Nya itu, Bakti Yoga antara salah satu yang terpenting. Hampir seluruh kemanusiaan itu melibatkan Bakti Yoga. Dalam perkataan ringkasnya, Bakti Yoga itu sejenis silpa kesenian bagi pemujaan. Tetapi ia mestilah dipahami dalam semua aspek sebenarnya, dan bukan dengan pemikiran yang sempit dan cetek, seperti yang dipergunakan dalam penafsiran perkataan ini. Pemujaan yang jelas berdasarkan kepada ideal-ideal falsafah tinggi dan kerohanian, dilatari oleh cinta suci, tanpa keraguan yang mewarnai Bakti Yoga".

Bhagavadgitam

Sementara sastera agama ini mempunyai senarai falsafah dan perkaitan keagamaan yang berjela-jela, ia juga dilihat sebagai sudut utama bagi ketuhanan dalam gerakan kebaktian Hindu, terutamanya dalam lingkungan kelompok Waisnawa.

Namun, kebaktian ini seringlah ditafsirkan oleh ramai orang sebagai satu panduan yang tidak semestinya terbatas hanya kepada pengikut begawan Kresna sahaja. Tidak mengira sebarang kejadian mau pun keadaan, dalam sabda begawan Kresna itu, bahawasanya cinta dan niat murni tiada celanya itu merupakan kuasa yang memotivasikan anak bakti secara berkesan dalam kehidupan rohaniahnya.  

Kebaktian itu sangat jelas sekali memaparkan pernyataan aturan akal seorang yang berbakti itu terhadap Guru nya. Begawan Kresna bersabda seperti tercatat dalam Bhagavadgitam 9.34...
"Libatkan pemikiran mu itu dalam pemikiran yang senantiasa mengingati Ku, jadilah orang-orang yang berbakti kepada-Ku, dan pujalah Aku. Biarkan diri mu itu sempurna terserap dalam Ku, maka kau pasti akan datang kepada Aku!"
Seseorang itu pastilah memahami sabda begawan Kresna yang menyebut "Aku" itu sebenarnya merujuk kepada Jiwa Yang Maha Tinggi dan dengan memahami bahawa "Aku" itu adalah sebahagian daripada diri sendiri sahaja, maka seseorang itu akan menghilangkan segala sikap mementingkan dirinya sendiri. Apabila seseorang itu sedar sepenuhnya mengenai "Aku" itu dengan kebaktiannya, maka dia pun akan masuk ke kerajaan Tuhan (Bhagavadgitam 18.55).  

Gerakan Bakti

Ada tiga kumpulan pengamal kebaktian dalam agama orang Hindu.....
  • Pengikut Betara Siwa yang memuja menerusi Betara Siwa dan keluarga baginda, termasuklah Sang Ganesa dan Kumara Murugan.
  • Pengikut Betara Wisnu, yang memuja rupa-rupa Betara Wisnu, jelmaan baginda yang membawa sabda-sabda agung seperti begawan Kresna atau Seri Rama serta lain-lain yang dikaitkan dengan Betara Wisnu.
  • Pemuja Sakti (Kuasa Tuhan), yang memuja rupa-rupa kesaktian yang terjelma dalam Jagat Raya ini menerusi jelmaan dewi Durga, dewi Kali, dewi Laksmi dan dewi Parwati.
Semua pergerakan ini menghormati dewata-dewata utama kelompok lain di samping memuja Tuhan menerusi wahana utama serta jelmaannya dalam pemujaan keagamaan masing-masing. Yang termaju dalam kalangan kelompok pengamal tersebut, agama-agama kelompok tersebut, itu adalah setiap mereka mengenalpasti bahawa dewa atau dewi itu masing-masing berkaitan rapat sesama sendiri dan tercetus dari satu kejadian juga, walaupun setiap satunya dilihat dari pandangan manusia sebagai berbeda pada rupa atau berbeda ciri-ciri pertama dan ciri-ciri kedua pada tahap pencetusan.

Dalam lain perkataan, cendekiawan Hindu berkata bahawa bukit itu dilihat dari segenap arah berbeda pula kelihatannya pada mata manusia ini. Namun ia itu masih lagi bukit yang sama, cuma pandangannya saja berbeda sudut. Setiap seorang itu haruslah mendekati bukit itu dari tempat mereka berdiri.  

Jumaat, 21 Jun 2013

Kesaktian Empu Ragawendra


Keajaiban Purwasrama

Di Kumbakonam sekali, Empu Ragawendra dan isteri beliau telah dijemput ke puja dan beliau diminta menyediakan sebatian kayu cendana bagi para jemputan. Sebatian tersebut menyebabkan rasa terbakar pada tubuh jemputan lain yang dikaitkan oleh Empu Ragawendra dengan bacaan mantera Agni Suktam yang dibacanya semasa menyediakan bahan tersebut. Ertinya di sini, sakti mantra weda itu berpindah ke sebatian kayu cendana itu. Manteraa-mantera yang berbeda menurut beliau, akan membuat mereka yang terkena atau terdengar itu merasai perasaan berbeda-beda.

Empu Seri Ragawendra dengan Empu Seri Yadawendra Tirtha

Sebelum kenaikan Empu Seri Ragawendra menjadi Pithadhipatti di Seri Matha, Seri Yadawendra Tirtha telah pun lama diberikan sannyasa oleh Seri Sudhi Indra Tirtha. Tatkala berpulang ke Tanjawur dari Tirthayatramnya merentasi India Selatan, Empu Seri Ragawendra menawarkan supaya beliau menjadi Pithadhipatti bagi Seri Matha itu serta menyemahkan murti Seri Mula Rama. Namun, Seri Yadawendra Tirtha ketika melihat kebaktian dan juga kekuatan tenaga rohani Empu Seri Ragawendra menjaga Seri Matha itu lantas menolak tawaran dan meneruskan tirthayatramnya. Makanya, Empu Seri Ragawendra terusanlah memperkaya Wedanta Dwaita daari Kumbakonam dengan ramai pelajar menyertai Seri Matham itu.

Kemarau Kumbakonam

Ketika beliau di Kumbakonam, daerah Tanjawur seluruhnya berada dalam keadaan kemarau lamanya 12 tahun. Nayaka Tanjawur, Nayaka Sewa Appa mendekati Empu Seri Ragawendra mencari bantuan nasehat, lantas dinasehati supaya menjalani yagna. Tak lama lepas yagna itu, kawasan tersebut terus dilanda hujan dan juga tuah. Sebagai lambang terima kaseh, Nayaka yang merupakan seri maharaja memberi karunia kepada Seri Matha bawah pantauan Empu Ragawendra dengan rantai bertatah batu bernilai.

Empu Ragawendra pula menyembahkan rantai karunia itu kepada yagna yang dijalankannya. Maharaja berasa terkejut melihat perbuatan Empu itu. Apabila disedari bahawa maharaja terkejut, maka beliau segera menghulurkan tangannya ke dalam homa kunda dan mendapatkan semula rantai itu tanpa sebarang tanda terbakar pun. Rantai itu pun masih elok dan utuh. Kejadian ini menjadi kesaksian tentang kebaktian Empu Seri Ragawendra dan maharaja sendiri tunduk menjadi anak bakti yang setia selepas itu.

Empu Seri Raghawendra

Om Swastiastu!


Empu Seri Raghawendra ini merupakan seorang orang suci Hindu dan juga ahli falsafah Hindu yang mengepalai Sri Matham di Kumbakonam dari 1624 sampai 1636. Beliau menulis ulasan Sudha Parimala tentang Nyaya Sudha yang merupakan salah satu penerangan mengenai falsafah Dwaita. Semadhi Jiwa beliau berada di Mantralayam dalam negara Andhra Prades kini serta sering dikunjungi mereka yang berdharmayatram. Beliau dipuja kerana mempunyai pelbagai keajaiban dan sesiapa yang berkeyakinan dengan beliau akan menerima keselamatan melalui jiwa beliau.

Ringkasan

Beliau dilahirkan di Wenkanna Bhatta di pekan Bhuwanagiri di negara Tamil Nadu. Ibu bapa beliau kedua-duanya berjati Brahmana Kannada. Mereka adalah Seri Thimanna Bhatta dan Serimati Gobikambha. 

Beliau turut dikenali sebagai Wenkata Natha atau Wenkata Acharya bersempena nama penghormatan kepada Seri Wenkateswara (Betara Wisnu). Selepas pendidikan awalnya dengan abang iparnya, Laksmi Narasinghachara di Madurai, beliau dimasukkan ke Seri Matha di Kumbakonam. Di sana, beliau mengambil wrata Sanyasa dengan memakai nama Raghawendra Tirtha. Pada 1614, selepas pulangnya ke Madurai, beliau diwiwahakan dengan Serimati Saraswati Bai. Anak mereka, Seri Laksmi Narayana Acharya dilahirkan pada tahun itu juga selepas mereka pindah ke Kumbakonam.    

Di Seri Matha, beliau belajar di bawah pengawasan Sudhi Indra Tirtha. Beliau sangat cerdas dan cepat sahaja menjadi sarjana. Banyak debat yang dimenanginya dan lawan debatnya itu ramai yang lebih tua daripadanya. Selain itu, beliau merupakan guru terkenal dalam pengajaran sastera Weda dan juga bahasa Sanskerta.

Pada 1621, Seri Raghawendra menggantikan gurunya, Sudhi Indra Tirtha sebagai ketua Seri Matha dan bersewah di situ dari 1624-1636. Beliau mengembara serata India Selatan mengajarkan ajaran Dwaita oleh Seri Mathawacharya dan juga dikaitkan dengan banyak keajaiban. Pada satu tahap, beliau mengembara serata India Selatan berdharmayatram di kawasan suci dan mengajar falsafah Dwaita.

Pada 1671, beliau menyatakan kepada pelajar beliau bahawa beliau akan berada dalam bentuk rohani dan sentiasa bersama dengan mereka untuk tempoh 800 tahun lagi. Beliau mencapai Semadhi Jiwa di Mantralayam.

Khamis, 18 April 2013

Sri Wenkateswaran Suprabhatam

 

Begawan Wenkateswaran dari Thirupati dikenali juga sebagai begawan Sriniwasa, begawan Balaji, dan begawan Wenkatacalapati. Baginda dipercayai adalah jelmaan kepada Betara Wisnu. Wenkateswaran artinya dewa penghapus dosa. Agama Hindu menjelaskan, Betara Wisnu kerana cinta kepada anak bakti menjelma menjadi Sri Wenkateswaran muncul menyelamatkan dan mengangkat kemanusiaan kembali dalam Kaliyugam ini. Baginda ini merupakan wiswarupam Betara Wisnu pada yugam yang ini. Koil Wenkateswara Swami digelar juga sebagai Waikuntam Kaliyuga.

Suprabhatham Bahasa Tamil 

 

Di sini kalau nak bertithirtayatram untuk jelmaan ini boleh ke Sri Wenkatachalapathi Swami Sannadhi di Batu Malai Gombak. Suprabhatam ini adalah ucapan selamat pagi untuk baginda.

Rabu, 10 April 2013

Acintya Bheda Abhedha


Yang ini adalah aliran darsana Wedanta bererti kesatuan dan perbedaan yang tidak terbayangkan, yang menerangkan mengenai hubungan antara sakti ciptaan dan pencipta, Begawan Kresna, Swayam Begawan dam juga antara Tuhan dengan tenaga-tenaga Nya dalam sampradaya Gaudiya Waisnawa.

Dalam bahasa Sanskerta, acintya artinya yang tidak terbayangkan, bheda artinya beda manakala abheda artinya kesatuan. Darsana ini diajarkan oleh gerakan keagamaan yang diasaskan oleh Empu Chaitanya Mahaprabhu (1486-1534). Perkara ini membezakan sampradaya Gaudiya Waisnawa dari sampradaya Waisnawa lain. Ia boleh juga difahami sebagai wedanta jalinan, sebagai satu pandangan yang berlawanan dengan wedanta mutlak oleh Empu Adhi Sankaracarya dari aliran Adwaita serta wedanta duaan oleh Empu Ramanujacarya daari Wisistadwaita. 

Darsana Empu Caitanya, acintya bhedabheda tattwa disempurnakan perjalanannya ke arah kebaktian ketuhanan. Empu Ramanuja bersetuju dengan pandangan Empu Sangkara bahawa Yang Mutlak itu Esa sahaja, tetapi tidak bersetuju pula pada mengesahkan kepelbagaian seseorang itu dalam kesatuan itu.

Empu Mathawa menekankan duaan abadi bagi Yang Maha Tinggi dan Jiwa. Beliau tetap berpandangan bahawa duaan ini bertahan walaupun selepas moksa. Empu Caitanya pula, mengkhususkan Yang Maha Tinggi itu dan Jiwa dua-duanya tidak terbayangkan oleh akal, sama-sama satu dan berbeda pula. Empu Caitanya berlawanan dengan darsana Empu Sangkara bagi alasannya dari Siddhanta Wiyasadewa. - Satswarupa dasa Goswami, Bacaan dalam Sastera Weda: Sampradaya Bercakap bagi Dirinya, Bab ke-5
Pandangan Sudut Itihasa

Dari sudut pandangan itihasa, dalam agama Hindu itu ada dua darsana yang saling berlawanan berkaitan dengan hubungan jiwa atau atma dengan Iswara, Brahman atau Begawan. Aliran Adwaita menekankan pandangan wedanta bahawa jiwa perseorangan dan Iswara itu satu dan sama. Aliran Dwaita pula memberikan pandangan duaan bahawa jiwa perseorangan dan Iswara itu abadinya berbeda. Darsana Acintya Bedha Abheda ini memasukkan juga ciri kedua-dua pandangan yang bertelingkah itu. Jiwa itu asasnya berhubung dengan Nya dan dalam pada itu bukanlah jiwa itu sama dengan Sang Iswara. Hubungan sebenarnya bagi jiwa dan Sang Iswara ini tidaklah tercapai dek akal manusia.  

Darsana

Tiang pahaman agama bagi acintya bheda abheda ini mendamaikan rahasia Sang Iswara yang pada masa yang sama satu tapi berbeda pula dengan ciptaan-Nya. Dalam perkara ini, pahaman keagamaan aliran Waisnawa bukanlah dewapajang kerana sudah semestinya ia tidak menafikan kewujudan Nya dalam rupa Nya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, ciptaan atau jelmaan jagat itu tidak pernah terpisah daripada Nya.

Dia itu menjalankan kawalan tertinggi atas ciptaannya. Kadangkala secara terus, tetapi kebanyakan masanya tidak secara langsung melalui prakerti Nya dan sakti Nya yang berbeda-beda tahap. Contohnya, seekor labah-labah dan bagaimana ia menghasilkan jaringnya; bumi dan tumbuhannya menjalar keluar darinya serta rambut di tubuh manusia.

Seseorang yang mengetahui mengenai Nya itu mengetahui bahawa wibhawana awayaktika dan wibhayana wiyaktigata dalam masa yang sama itu ada dalam segalanya dan tiada sebarang percanggahan pun baginya. Oleh itu, Empu Caitanya mengasaskan siddhanta uddhata acintya bheda abheda tattwa sebagai yang disebut oleh Empu Baktiwedanta Swami Prabhupada.

Umpama ini sering digunakan sebagai penerangan dalam prasangga hubungan antara suria dengan terbitnya matahari. Contohnya, suria dan sinarannya itu adalah bagian dari hakikat yang sama, tetapi ada perbedaan ketara pula antara sinaran matahari yang melorot ke dalam bilik kita dan apabila kita dekat dengan matahari itu sendiri. Secara kualitatif, matahari dan matahari terbit itu tidaklah berbeza, tetapi menurut kuantiti ia berbeza pula. Umpama ini digunapakai juga bagi hubungan jiwa dengan Sang Iswara. Jiwa itu dari ciri sama dengan Sang Iswara tetapi tidak berkongsi ciri-ciri dengan Nya kerana ciri-ciri Nya itu tak terhingga. Jadi, ada beza lah antara jiwa dengan Sang Iswara.  

Beza Darsana dengan Adwaita Wedanta

Darsana ini jelaslah berbeza daripada wibhayana anirwacaniya atau tidak tergambar oleh wedanta adwaita. Ada perbezaan jelas antara kedua-dua wibhayana ini sebagai dua buah fikiran yang muncul dari sebab musabab yang berbeza-beza. 

Wibhayana adwaita in berkaitan dengan kedudukan ciri bawah sedar dunia, manakala kedua-dua begawan swayam dan sakti-saktinya itu benar-benar hakikat, dan beda-beda pula sesama sendiri. Pada masa yang sama, ia dari punca yang sama.

Wibhayana mayawadi pula bercanggah terus dengan wibhayana kebegawanan baginda Seri Kresna Wasudewa. 

Pengecualian

Tatkala digunapakai hubungan antara Purusha dan Prakriti sama ada dalam bentuk rupa, tinggalan atau pun kuasa kerohanian, dalam paham keagamaan pun ada pula lapangan pengecualiannya. Jiwa Goswami turut menerima bahawa sebarang benda dan tenanganya itu tak berbeda, seperti api dan kuasa membakarnya. Dalam pada mempertahan bahawa ia cumalah lanjutan duaan bagi ciri asas yang awalnya terpakai pada Begawan Swayam dan sakti Nya. 

Ia tidak terpakai kepada perbedaan antara awatara jelmaan Begawan Swayam dan Sang Iswara sendiri. Begitu juga dengan perbedaan Sang Narayana dan asal Nya, tidaklah dicakupi oleh wibhayana acintya bheda abheda. Tambahan juga, ia tidak terpakai dalam hal perbandingan tahap-tahap Purusha.  

Darsana  Falsafah
Wibhayana  Konsep
Anirwacaniya Tak tergambar
Prasangga Konteks