Jumaat, 21 Jun 2013

Kesaktian Empu Ragawendra


Keajaiban Purwasrama

Di Kumbakonam sekali, Empu Ragawendra dan isteri beliau telah dijemput ke puja dan beliau diminta menyediakan sebatian kayu cendana bagi para jemputan. Sebatian tersebut menyebabkan rasa terbakar pada tubuh jemputan lain yang dikaitkan oleh Empu Ragawendra dengan bacaan mantera Agni Suktam yang dibacanya semasa menyediakan bahan tersebut. Ertinya di sini, sakti mantra weda itu berpindah ke sebatian kayu cendana itu. Manteraa-mantera yang berbeda menurut beliau, akan membuat mereka yang terkena atau terdengar itu merasai perasaan berbeda-beda.

Empu Seri Ragawendra dengan Empu Seri Yadawendra Tirtha

Sebelum kenaikan Empu Seri Ragawendra menjadi Pithadhipatti di Seri Matha, Seri Yadawendra Tirtha telah pun lama diberikan sannyasa oleh Seri Sudhi Indra Tirtha. Tatkala berpulang ke Tanjawur dari Tirthayatramnya merentasi India Selatan, Empu Seri Ragawendra menawarkan supaya beliau menjadi Pithadhipatti bagi Seri Matha itu serta menyemahkan murti Seri Mula Rama. Namun, Seri Yadawendra Tirtha ketika melihat kebaktian dan juga kekuatan tenaga rohani Empu Seri Ragawendra menjaga Seri Matha itu lantas menolak tawaran dan meneruskan tirthayatramnya. Makanya, Empu Seri Ragawendra terusanlah memperkaya Wedanta Dwaita daari Kumbakonam dengan ramai pelajar menyertai Seri Matham itu.

Kemarau Kumbakonam

Ketika beliau di Kumbakonam, daerah Tanjawur seluruhnya berada dalam keadaan kemarau lamanya 12 tahun. Nayaka Tanjawur, Nayaka Sewa Appa mendekati Empu Seri Ragawendra mencari bantuan nasehat, lantas dinasehati supaya menjalani yagna. Tak lama lepas yagna itu, kawasan tersebut terus dilanda hujan dan juga tuah. Sebagai lambang terima kaseh, Nayaka yang merupakan seri maharaja memberi karunia kepada Seri Matha bawah pantauan Empu Ragawendra dengan rantai bertatah batu bernilai.

Empu Ragawendra pula menyembahkan rantai karunia itu kepada yagna yang dijalankannya. Maharaja berasa terkejut melihat perbuatan Empu itu. Apabila disedari bahawa maharaja terkejut, maka beliau segera menghulurkan tangannya ke dalam homa kunda dan mendapatkan semula rantai itu tanpa sebarang tanda terbakar pun. Rantai itu pun masih elok dan utuh. Kejadian ini menjadi kesaksian tentang kebaktian Empu Seri Ragawendra dan maharaja sendiri tunduk menjadi anak bakti yang setia selepas itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan