Memaparkan catatan dengan label kannada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kannada. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Jun 2013

Empu Seri Raghawendra

Om Swastiastu!


Empu Seri Raghawendra ini merupakan seorang orang suci Hindu dan juga ahli falsafah Hindu yang mengepalai Sri Matham di Kumbakonam dari 1624 sampai 1636. Beliau menulis ulasan Sudha Parimala tentang Nyaya Sudha yang merupakan salah satu penerangan mengenai falsafah Dwaita. Semadhi Jiwa beliau berada di Mantralayam dalam negara Andhra Prades kini serta sering dikunjungi mereka yang berdharmayatram. Beliau dipuja kerana mempunyai pelbagai keajaiban dan sesiapa yang berkeyakinan dengan beliau akan menerima keselamatan melalui jiwa beliau.

Ringkasan

Beliau dilahirkan di Wenkanna Bhatta di pekan Bhuwanagiri di negara Tamil Nadu. Ibu bapa beliau kedua-duanya berjati Brahmana Kannada. Mereka adalah Seri Thimanna Bhatta dan Serimati Gobikambha

Beliau turut dikenali sebagai Wenkata Natha atau Wenkata Acharya bersempena nama penghormatan kepada Seri Wenkateswara (Betara Wisnu). Selepas pendidikan awalnya dengan abang iparnya, Laksmi Narasinghachara di Madurai, beliau dimasukkan ke Seri Matha di Kumbakonam. Di sana, beliau mengambil wrata Sanyasa dengan memakai nama Raghawendra Tirtha. Pada 1614, selepas pulangnya ke Madurai, beliau diwiwahakan dengan Serimati Saraswati Bai. Anak mereka, Seri Laksmi Narayana Acharya dilahirkan pada tahun itu juga selepas mereka pindah ke Kumbakonam.    

Di Seri Matha, beliau belajar di bawah pengawasan Sudhi Indra Tirtha. Beliau sangat cerdas dan cepat sahaja menjadi sarjana. Banyak debat yang dimenanginya dan lawan debatnya itu ramai yang lebih tua daripadanya. Selain itu, beliau merupakan guru terkenal dalam pengajaran sastera Weda dan juga bahasa Sanskerta.

Pada 1621, Seri Raghawendra menggantikan gurunya, Sudhi Indra Tirtha sebagai ketua Seri Matha dan bersewah di situ dari 1624-1636. Beliau mengembara serata India Selatan mengajarkan ajaran Dwaita oleh Seri Mathawacharya dan juga dikaitkan dengan banyak keajaiban. Pada satu tahap, beliau mengembara serata India Selatan berdharmayatram di kawasan suci dan mengajar falsafah Dwaita.

Pada 1671, beliau menyatakan kepada pelajar beliau bahawa beliau akan berada dalam bentuk rohani dan sentiasa bersama dengan mereka untuk tempoh 800 tahun lagi. Beliau mencapai Semadhi Jiwa di Mantralayam.

Selasa, 18 Jun 2013

Mathwa Nama oleh Empu Seri Pada Raja

 

Mathawa Nama ini merupakan salah satu karya agung empu Seri Seri Pada Raja Tirtha. Brindawana beliau dikenalo sebagai Narasinga Tirtham lebih kurang 1.5  km dari Mulabagilu berdekatan dekat lebuhraya lama Bangalore-Madras. Beliau memuji tiga jelmaan atau awatara trayah Seri Mukhiya Pranna.

Dalam video yang dimuatkan itu, ia dilagukan dalam kawi bahasa Kannada tetapi ada juga dalam bahasa Sanskerta. Dijelaskan bahawa Dewa Wayu mempunyai jelmaan tiga. Ketika masa puasa bertuah Mathawa Nawami mendekat, maka ramailah pengikut akan mengingati karya-karya empu ini bersemahiyang kepadanya dan juga antergata (isi dalaman) empu Mathawa serta dalam kepulangan antergatanya ke Seri Ranggam Wittala.

Susunan kekawin ini dalam susunan yang menurut Seri Hari Wayu Stuthi dan dikarangnya oleh Seri Pada Raja untuk kebajikan mereka yang tak herti berbahasa Sanskerta atau yang tak dibenarkan membaca Wayu Stuthi. Dalam karya padat tetapi ringkas Seri Pada Raja ini, bukan sahaja mencakupi isi Hari Wayu Stuthi tetapi juga mempunyai beberapa kunci yang tak begitu diketahui ramai. Selain itu ada selitan dari Ramayana dan Maha Bharata.

Harus diingat bahawa Seri Pada Raja merupakan amsha kepada Dhruwa, iaitu salah satu aparoksa gyani atau cendekiawan agung dan juga widya guru kepada Seri Wiyasa Raja. Jadi, gambarannya mengenai dewa Wayu dan juga tiga jelmaannya itu sempurna dan juga tiada cacatnya. Beliau mencetuskan stotram ini dengan kebaktian yang sesungguhnya serta penuh gyana. Makanya, dari segi isi kerohanian dan nilainya itu, wajarlah ia termasuk dalam jenis puja dan juga tabik. 

Seri Jagannatha Dasaru ada menulis dalam Phala Stuthi bahawa karya ini merupakan kesaksian kepada keagungan dan kehebatannya sendiri, "Mathawa Nama yang diceterakan oleh Seri Pada Raja ini akan menghapuskan kedukaan semua, membekalkan segala jenis kebahagiaan dan kebajikan. Tambahan lagi, ia akan menunjukkan kepada mu Seri Pati Jagannata Wittala dan membawa kamu keluar dari telaga (lautan) yang dipanggil sengsara". 

Empu Seri Pada Raja

Beliau dihormati semua pengikut pergerakan Mathawa. Nama lain beliau adalah Laksmi Narayana Tirtha dan beliau hidup sekitar 1402-1502. Beliau banyak menyumbang kepada aliran pemikiran Dwaita dan juga Haridasa Sahitya. Begitu juga dengan sumbangannya terhadap bidang kemasyarakatan dan juga politik.

Beliau merupakan satu daripada teras pergerakan Haridasa (hamba Tuhan). Beliau menjadikan amalan mengarang dewaranama dalam bahasa Kannada untuk kebaktian dan amalan ini menjadi ikutan ramai. Jadi, tak ada lah hanya tertumpu kepada bahasa Sanskerta sahaja. Dikatakan bahawa ketika usia beliau sudah tua, beliau mahu mempunyai Ganga Snanam tetapi tak mampu pergi jauh. Ganga Snanam ini kalau bahasa orang Kristiannya itu, baptis atau mencelup mandi. Jadi, aku tak hairan pun kalau ada orang Kristian datang mengajak aku untuk dibaptiskan menjadi orang Kristian kerana aku hanya perli mereka sambil ketawa tetapi mereka mungkin tidak paham, ahahah....

Berbalik ke cetera Seri Pada Raja, kerana tidak mampu ke sungai Ganga maka sungai Ganga muncul di hadapan beliau dan dikatakan bahawa dewi Ganga akan datang ke Narasingha Tirtham dan berada di situ selamanya. Pengikut Seri Pada Raja sangatlah suka hati kerana mereka pun boleh turut berganga snanam tanpa perlu susah-susah lagi. Mulanya ketika itu lah, mencebur diri di Narasingha Tirtham samalah seperti mencebur diri dalam sungai Ganga. 

Ada 29 seloka untuk semua bacaan bahasa Sanskertanya. Esok aku sangatlah sibuk sampai penghujung minggu ini. Jika ada kesempatan elok juga aku membuat catitan mengenai Mathawa Namah kerana ia sangat penting untuk kepahaman kita semua mengenai Hari Wayu Stuthi dan amalan Parayana.