Yang ini adalah aliran darsana Wedanta bererti kesatuan dan perbedaan yang tidak terbayangkan, yang menerangkan mengenai hubungan antara sakti ciptaan dan pencipta, Begawan Kresna, Swayam Begawan dam juga antara Tuhan dengan tenaga-tenaga Nya dalam sampradaya Gaudiya Waisnawa.
Dalam bahasa Sanskerta, acintya artinya yang tidak terbayangkan, bheda artinya beda manakala abheda artinya kesatuan. Darsana ini diajarkan oleh gerakan keagamaan yang diasaskan oleh Empu Chaitanya Mahaprabhu (1486-1534). Perkara ini membezakan sampradaya Gaudiya Waisnawa dari sampradaya Waisnawa lain. Ia boleh juga difahami sebagai wedanta jalinan, sebagai satu pandangan yang berlawanan dengan wedanta mutlak oleh Empu Adhi Sankaracarya dari aliran Adwaita serta wedanta duaan oleh Empu Ramanujacarya daari Wisistadwaita.
Pandangan Sudut ItihasaDarsana Empu Caitanya, acintya bhedabheda tattwa disempurnakan perjalanannya ke arah kebaktian ketuhanan. Empu Ramanuja bersetuju dengan pandangan Empu Sangkara bahawa Yang Mutlak itu Esa sahaja, tetapi tidak bersetuju pula pada mengesahkan kepelbagaian seseorang itu dalam kesatuan itu.Empu Mathawa menekankan duaan abadi bagi Yang Maha Tinggi dan Jiwa. Beliau tetap berpandangan bahawa duaan ini bertahan walaupun selepas moksa. Empu Caitanya pula, mengkhususkan Yang Maha Tinggi itu dan Jiwa dua-duanya tidak terbayangkan oleh akal, sama-sama satu dan berbeda pula. Empu Caitanya berlawanan dengan darsana Empu Sangkara bagi alasannya dari Siddhanta Wiyasadewa. - Satswarupa dasa Goswami, Bacaan dalam Sastera Weda: Sampradaya Bercakap bagi Dirinya, Bab ke-5
Dari sudut pandangan itihasa, dalam agama Hindu itu ada dua darsana yang saling berlawanan berkaitan dengan hubungan jiwa atau atma dengan Iswara, Brahman atau Begawan. Aliran Adwaita menekankan pandangan wedanta bahawa jiwa perseorangan dan Iswara itu satu dan sama. Aliran Dwaita pula memberikan pandangan duaan bahawa jiwa perseorangan dan Iswara itu abadinya berbeda. Darsana Acintya Bedha Abheda ini memasukkan juga ciri kedua-dua pandangan yang bertelingkah itu. Jiwa itu asasnya berhubung dengan Nya dan dalam pada itu bukanlah jiwa itu sama dengan Sang Iswara. Hubungan sebenarnya bagi jiwa dan Sang Iswara ini tidaklah tercapai dek akal manusia.
Darsana
Tiang pahaman agama bagi acintya bheda abheda ini mendamaikan rahasia Sang Iswara yang pada masa yang sama satu tapi berbeda pula dengan ciptaan-Nya. Dalam perkara ini, pahaman keagamaan aliran Waisnawa bukanlah dewapajang kerana sudah semestinya ia tidak menafikan kewujudan Nya dalam rupa Nya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, ciptaan atau jelmaan jagat itu tidak pernah terpisah daripada Nya.
Dia itu menjalankan kawalan tertinggi atas ciptaannya. Kadangkala secara terus, tetapi kebanyakan masanya tidak secara langsung melalui prakerti Nya dan sakti Nya yang berbeda-beda tahap. Contohnya, seekor labah-labah dan bagaimana ia menghasilkan jaringnya; bumi dan tumbuhannya menjalar keluar darinya serta rambut di tubuh manusia.
Seseorang yang mengetahui mengenai Nya itu mengetahui bahawa wibhawana awayaktika dan wibhayana wiyaktigata dalam masa yang sama itu ada dalam segalanya dan tiada sebarang percanggahan pun baginya. Oleh itu, Empu Caitanya mengasaskan siddhanta uddhata acintya bheda abheda tattwa sebagai yang disebut oleh Empu Baktiwedanta Swami Prabhupada.
Umpama ini sering digunakan sebagai penerangan dalam prasangga hubungan antara suria dengan terbitnya matahari. Contohnya, suria dan sinarannya itu adalah bagian dari hakikat yang sama, tetapi ada perbedaan ketara pula antara sinaran matahari yang melorot ke dalam bilik kita dan apabila kita dekat dengan matahari itu sendiri. Secara kualitatif, matahari dan matahari terbit itu tidaklah berbeza, tetapi menurut kuantiti ia berbeza pula. Umpama ini digunapakai juga bagi hubungan jiwa dengan Sang Iswara. Jiwa itu dari ciri sama dengan Sang Iswara tetapi tidak berkongsi ciri-ciri dengan Nya kerana ciri-ciri Nya itu tak terhingga. Jadi, ada beza lah antara jiwa dengan Sang Iswara.
Beza Darsana dengan Adwaita Wedanta
Darsana ini jelaslah berbeza daripada wibhayana anirwacaniya atau tidak tergambar oleh wedanta adwaita. Ada perbezaan jelas antara kedua-dua wibhayana ini sebagai dua buah fikiran yang muncul dari sebab musabab yang berbeza-beza.
Wibhayana adwaita in berkaitan dengan kedudukan ciri bawah sedar dunia, manakala kedua-dua begawan swayam dan sakti-saktinya itu benar-benar hakikat, dan beda-beda pula sesama sendiri. Pada masa yang sama, ia dari punca yang sama.
Wibhayana mayawadi pula bercanggah terus dengan wibhayana kebegawanan baginda Seri Kresna Wasudewa.
Pengecualian
Tatkala digunapakai hubungan antara Purusha dan Prakriti sama ada dalam bentuk rupa, tinggalan atau pun kuasa kerohanian, dalam paham keagamaan pun ada pula lapangan pengecualiannya. Jiwa Goswami turut menerima bahawa sebarang benda dan tenanganya itu tak berbeda, seperti api dan kuasa membakarnya. Dalam pada mempertahan bahawa ia cumalah lanjutan duaan bagi ciri asas yang awalnya terpakai pada Begawan Swayam dan sakti Nya.
Ia tidak terpakai kepada perbedaan antara awatara jelmaan Begawan Swayam dan Sang Iswara sendiri. Begitu juga dengan perbedaan Sang Narayana dan asal Nya, tidaklah dicakupi oleh wibhayana acintya bheda abheda. Tambahan juga, ia tidak terpakai dalam hal perbandingan tahap-tahap Purusha.
Darsana Falsafah
Wibhayana Konsep
Anirwacaniya Tak tergambar
Prasangga Konteks
Tiada ulasan:
Catat Ulasan