Oleh Kulbushan Singhal
Terjemahan N.G
ஸத்யம் ஶிவம் ஸுன்டரம்
Satyam Ciwam Cundaram merupakan cara bagaimana penganut agama Hindu menggambarkan baginda Betara Siwa dengan penuh hormat dan bakti. Walau bagaimanapun, seseorang itu haruslah memahami pengertiannya dan pengertian amali perkataan dalam wakyom ini supaya kehidupan menjadi lebih bererti dan menarik. Semasa mencuba menulis masukan ini, pelbagai langkah diambil bagi memastikan bahawa tiada kesamaran, dengan menggunakan bahasa mudah, tanpa meletakkan sebarang seloka Sanskerta yang merumitkan pemahaman orang ramai.
Sebagai kepercayaan Hindu yang kita ketahui, perihal loka ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Penciptaan
Sejak penciptaan dengan kerumitannya tersendiri, baginda Sang Brahma menyediakan petunjuk dan memerhatikan ciptaan segalanya sambil bersinggahsana di Brahmaloka. Di manakah kedudukan Brahmaloka atau pun bintangnya tiada siapalah yang mengetahui. Ciptaan ini tidak bolehlah digambarkan secara saintifik menurut kepada perkaitan perkara bumi. Ada lagi penunjuk aras di luar bumi yang mungkin mempengaruhi perkara ini.
2. Pemeliharaan Ciptaan
Palankarta dalam bahasa Sanskerta merujuk kepada kegiatan baginda Wisnu Narayana memelihara segala ciptaan di jagat raya. Baginda berdiam di Wisnuloka atau pun Waikuntha. Tempat ini bukanlah di bumi kita. Seperti yang sudah kita perkatakan, ada penunjuk aras lain di luar bumi yang mempengaruhi kejadian-kejadian di bumi.
3. Pemusnahan
Kita sebutnya sebagai Sanghakarta dalam bahasa Sanskerta. Baginda Betara Siwa bertanggungjawab dalam perkara ini. Kediaman baginda di Himalaya. Makanya, penunjuk aras bagi pemusnahan pula bertumpu di bumi dan berkaitan dengan bumi.
Maka, Sang Brahma, Sang Narayana dan Sang Sambu bertanggungjawablah dalam penciptaan, pemeliharaan ciptaan dan pemusnahannya. Memahami perkara perbezaan yang terkait dalam tiga perkara di atas ini, maka bolehlah kita fahami pula perkataan Satyam.
Pengertian Satyam
Pengertian Satyam
Arti kata Satyam ini ringkas sahaja. Artinya kebenaran. Namun, segalanya yang benar itu bolehlah secara saintifiknya digambarkan sebagai benar. Tetapi, kita tidaklah pergi sejauh itu. Apabila kita kata Betara Siwa sebagai Satyam, kita memaksudkan-Nya sebagai kebenaran yang sebenar-benarnya. Kehadiran baginda itu bertubuh. Baginda itu dalam kita dan kita itu dalam-Nya. Dia lah penyebab terjelmanya kita, dan ia satu kebenaran. Dialah yang menjaga kebajikan kita menjaga dan menumbuhkan kita, ini adalah kebenaran. Ingatlah bahawa, Sang Brahma dan Sang Narayana hanya menjalankan peristiwa itu dengan dukungan dan anugerah Sang Sambu Sangkara. Baginda itulah Dewata yang tinggal di muka bumi dan menyuburkannya. Kepentingan baginda dalam menjaga kebajikan kita itulah yang tertinggi, dan itulah kebenaran.
Pengertian Ciwam
Pengertian Ciwam
Bertumbuh dari seorang bayi kepada orang dewasa, seseorang itu memerlukan sokongan keluarganya yang merupakan hak asasinya. Yang lain itu, Sang Sambu menjadi Ciwam yang memastikan kita menerima maklumat dan kemampuan yang diperlukan seorang dewasa. Ciwam artinya itu mengaruniakan segala sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Inilah yang keluarga dan samaja berikan dalam kehidupan bayi yang bertumbuh.
Ingatilah bahawa ibunda Parwati, seorang puteri atau bolehlah dikatakan puteri yang sangat kaya sekali mengahwini Betara Siwa sambil meninggalkan segalanya diberi habis kepada yang lain. Baginda mengetahui bahawa baginda tidak akan dapat mendekati baginda Betara Siwa tanpa memberi. Betara Siwa memberi segalanya dan dalam pada itu baginda langsung tidak mempunyai walau sebuah gubuk pun untuk melindungi dirinya. Betara Siwa itu lah Ciwam yang memberikan segalanya. Oleh karena kita itu bahagian dari Betara Siwa dan baginda itu bagian kita, maka haruslah kita memastikan bahwa kita memberi pada tahap-tahap tertentu bagi keterusan hubungan dengan-Nya.
Pengertian Cundaram
Pengertian Cundaram
Cundaram, artinya indah. Seorang yang sempurna dewasa berhubung pula dengan loka. Hubungannya itu adalah disebabkan oleh Betara Siwa. Baginda memberinya perasaan sebenar tentang betapa indahnya loka ini. Betara Siwa yang memastikan loka ini menjadi tempat yang sesuai untuk dihuni. Loka ini indah sekali. Tetapi kita pula, sebagai bagian daripada-Nya haruslah menunjukkan keterlibatan kita dengan menjaga keindahannya dan jangan merosakkan keindahan yang dikaruniakan. Jika kita mengambil segala sesuatu dan tidak memberi maka loka ini akan menuju kepada kehancuran. Cundaram ini menyarankan pihak kita supaya turut terlibat memberi. Kita sudah dikarunia dengan loka indah ini maka jadikannya lebih indah. Inilah akhirnya tujuan segala agama itu. Haruslah kita menjadi Cundaram seperti-Nya.
Selepas itu, perkara penting seterusnya pula adalah melengkapkan putaran. Putaran kemusnahan dan kematian yang merupakan kebenaran! Inilah Satyam yang membolehkan putaran bermula semula. Hidup di loka ini sebenarnya mudah sahaja, hanya kita sendiri yang mempersusahnya.
Satyam Ciwam Cundaram!
Satyam Ciwam Cundaram!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan