Memaparkan catatan dengan label bahasa mon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa mon. Papar semua catatan

Jumaat, 8 November 2013

Bahasa Ramanna: Kata Ganti Diri & Kata Penunjuk

Kata Ganti Diri

Kua Aku 
Peh Kau
Deh Dia
Poi Kita
Njeh Mereka

Kata Penunjuk

Nao Ini
Te Itu
Ӗnao Sini
Ӗte Sana

Arya Bhikkhu: Wira Mempertahan Bahasa dan Budaya Ramanna


Seorang bhikkhu itu adalah semulia-mulia makhluk. Bhikkhu hidup seringkas yang boleh. Bhikkhu mengorbankan segalanya pada jiwa raga demi kebaikan bersama. Bhikkhu itu pemimpin masyarakat. Bhikkhu bekerja demi memastikan keamanan dan pencerahan.

Masyarakat Ramanna kehilangan salah seorang bhikkhu agung pada bulan Jun tahun 2011. Yang Mulia, Tuan Eindaka meninggal dunia di Biara Kampung Kama. Beliau merupakan bekas pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Bahasa Ramanna hampir 10 tahun lama nya. Beliau juga pernah menjadi seorang guru di negeri Ramanna, Myanmar. Rencana ini ditujukan buat rakan-rakan Ramanna yang bekerja keras menyelamatkan harta masyarakat Ramanna di tanahnya itu.

Bahasa merupakan dasar bagi kewujudan manusia. Setiap bahasa itu mempunyai ciri-ciri tersendiri. Bahasa boleh berubah berikutan perubahan tempat, langgam dan persekitaran. Ketahanan kebudayaan satu suku kaum itu bertahan pada kurun ke-21 ini dengan bahasa. Bahasa bertulis dan percakapan orang Ramanna di Myanmar Bawah dan Tengah Thailand dihidupkan semula beberapa tahun ini hasil usaha bhikkhu Buddha dan juga pemimpin masyarakat sendiri yang berkesedaran. Pemeliharaan bahasa dan kebudayaan ini dipersetujui sebagai antara cabaran yang paling mendesak bagi turunan baru orang Ramanna secara keseluruhannya.

Pembelajaran dan pengajaran bahasa Ramanna tidak mendapat galakan kerajaan Persekutuan Myanmar sejak 200 tahun lama nya dari samaya empayar Burma lagi. Bahasa dan budaya Ramanna hanya bertahan pun disebabkan usaha masyarakat tempatan dan peranan serta kerjasama antara mereka sejak 60 tahun lalu yang berusaha demi ketahanan negeri Ramanna daripada dibuli dalam Persekutuan Myanmar.

"Inilah masanya menamakan anak-anak tuan dalam bahasa Ramanna", sebut Yang Mulia Eindaka kepada rombongan Jawatankuasa Bahasa dan Kebudayaan pada 1991 di sebuah kampung. "Kita ini orang Ramanna. Kenapa harus menamakan anak dalam bahasa asing seperti bahasa Burma?" Kata Yang Mulia Eindaka. Beliau berusaha tanpa mengenal lelah sejak 30 tahun bagi usaha menghidupkan dan mempertahankan bahasa dan kebudayaan orang Ramanna.

Saya dilahirkan dalam keluarga Ramanna di sebuah kampung di ulu negeri Ramanna. Beliau diajarkan bahasa dan budaya Ramanna di biara selama 15 tahun. Saya dijaga dengan baik oleh para bhikkhu Buddha sementara ibu bapa saya bekerja di ladang. Pembelajaran bahasa Ramanna itu berharga buat saya, walaupun ketika itu amat berbahaya sekali belajar bahasa selain daripada bahasa Burma. Saya pernah disoal siasat oleh pegawai keselamatan tempatan mengenai peranan saya dan perkaitan saya dengan bhikkhu bangsa Ramanna dan kelompok pembebasan negeri Ramanna di kawasan perhuluan sekitar tahun 1992. Namun, saya tetap menganggap penyebaran bahasa dan kebudayaan Ramanna sebagai matlamat hidup saya sejak kecil. Rencana ini memuatkan pengalaman terkumpul saya mengenai harapan bahasa Ramanna dan kebudayaannya dalam konteks sosial dan politik di Myanmar. 

Berjuta-juta anak bangsa Ramanna dilahirkan oleh ibu bapa Ramanna di kota-kota besar Myanmar. Ramai sekali yang berdiam di rantau hulu dan perladangan di Myanmar Bawah. Yang di hulu masih boleh bertutur, menulis dan membaca bahasa sendiri dengan baik sedangkan yang berdiam di bandar pula belajarnya di biara Buddha tempatan.

Kelas-kelas bahasa Ramanna dibuka sudah di bandar-bandar utama sejak 20 tahun lalu, tapi langsung tak menerima bantuan sumber dan dana dari kerajaan tempatan. Ibu bapa dan guru-guru mengorbankan masa dan wang mereka demi memstikan kelas bahasa ibunda berjalan lancar di kawasan kejiranan mereka. Bhikkhu-bhikkhu Buddha yang muda memainkan peranan penting dalam membentuk jawatankuasa kerja dan kumpulan sokongan dalam masyarakat tempatan yang membantu kelas-kelas bahasa di kampung mereka. Saya merupakan seorang bhikkhu semasa saya di kampung saya sejak 1994 lagi. Saya turut terlibat dalam jawatankuasa penyebaran dan pengajaran bahasa Ramanna dan kebudayaannya.

Nai Kelasa (Nai Khain Wieang) berkata, "Yang Mulia Eindka merupakan seorang bhikkhu yang sangat berani, tulus hati dan jujur dalam kalangan bhikkhu keturunan Ramanna. Beliau membuka biara kepada semua dan mengalu-alukan semua cawangan bhikkhu Ramanna lain tak kira aliran. Beliau memang seorang yang mulia". Nai Kelasa pernah menjadi guru saya semasa saya kecil, dan beliau menjaga saya selama 10 tahun.

Secara sejarahnya, bahasa Ramanna ini merupakan antara bahasa cawangan kelompok bahasa Mon-Khemir. Secara bangsanya, orang Ramanna sama seperti orang Asia Tenggara lain. Walaupun tak ada perangkaan kependudukan bangsa yang tepat, namun penutur bahasa Ramanna dianggarkan berjumlah kira-kira 1,130,00 orang di Myanmar manakala kurang 200,000 di Thailand menurut kepada kumpulan penyelidik negara Thailand.

Prasasti dalam bahasa Ramanna bertarikh dari seawal kurun ke-6 M pun ada ditemui. Negeri-negeri Ramanna awal diatur menurut kepada Dharmasastra dan dikepalai oleh dewaraja. Kerajaan-kerajaan Ramanna di Thailand nampaknya sudah menghilang disebabkan oleh pengaruh orang Thai yang melebar sekitar kurun ke-13 M. Yang di Myanmar Bawah pula selalu lah berhembas dengan negeri-negeri Burma yang terletak jauh di utara. Walaupun selepas negeri terakhir bangsa Ramanna jatuh dalam kurun ke-16 M pun, ketahanan hidup orang Ramanna masih berterusan. Ramai pelarian Ramanna lari ke Thailand, dan keturunan mereka di Thailand pun bertambah lagi dengan yang memang sudah berada dalam Thailand sejak samaya purwa.

Yang Mulia Eindaka dan lain-lain bhikkhu tua bekerja keras selama lima dekad demi melindungi bahasa Ramanna dan budayanya walaupun pemerintah Kesatuan Myanmar tidak menghargai usaha mereka bagi modal sosial dan kemasyarakatan. Beliau sebaliknya dipaksa oleh kerajaan dan pihak berkuasa supaya menutup kelas bahasa di biara dan banyak tempat lagi, namun beliau tetap berkeras dengan menggunapakai tapak perundangan dan susila. Disebabkan kesungguhan beliau ini maka bolehlah kelas musim panas diteruskan juga sampai ke tahun 2011 ini. Beribu-ribu anak orang Ramanna diterima belajar membaca bahasa Ramanna beberapa tahun ini. 

Orang Burma menerima banyak juga budaya orang Ramanna termasuk tulisan aksaranya. Orang Ramanna juga dikatakan sebagai penerima awal ajaran Buddha aliran Theravada di Asia Tenggara. Disiplin kebiaraan mereka dan upacara mereka sangat-sangat dipandang tinggi sampai ke hari ini. Budaya Ramanna dikongsi bersama dengan orang-orang bangsa lain di rantau Tanah Rendah di Asia Tenggara. Hampir semua orang Ramanna pun beragama Buddha aliran Theravada.

Sejarawan menyebut bahawa, ada lagi budaya Ramanna bersisa dalam beberapa rantau di Thailand tapi kini hampir semua orang Thailand berketurunan Ramanna sudah hilang kemampuan bertutur bahasa Ramanna. Di Myanmar pula, budaya tradisional masih dipelihara. Pergerakan politik yang cuba membebaskan dan membentuk negara Ramanna masih lagi giat berusaha melawan kerajaan Myanmar.

Menurut buku sejarah Ramanna, orang Ramanna dipercayai merupakan bangsa manusia terawal sekali sampai di kebenuaan Asia Tenggara. Mereka mencetuskan ketamadunan awal Asia Tenggara seperti di Dwarawati di Tengah Thailand dan kebudayaannya tersebar sampai ke Timur Laut Thailand kini serta kerajaan Thaton di Myanmar Bawah kini. Mereka mula-mula sekali menerima bhikkhu Samghamitra dari Sri Lanka, menganuti ajaran Buddha sekitar kurun ke-4 M sedang ketika itu jiran-jiran mereka orang Khemir dan orang Cheampa masih beragama Hindu. 

Orang Ramanna juga memakai aksara Brahmi dari Pallawawamsa dan bentuk tertuanya sekali terdapat di gua Saraburi bertarikh tahun 550 M. Walaupun tiada jumpaan carigali kerajaan Thaton, namun ia memang ada tersebut dalam babad Burma dan babad Lanna di Utara Thailand. Cetera Puteri Jamadewi dari Lembangan Chao Phraya yang memerintah di Haripunjaya di Lamphun moden pun berlaku sekitar kurun ke-8 M ketika rantau selatan berada dalam pengaruh Sriwijaya.

Yang Mulia Eindaka berkorban setulus hatinya bagi memastikan kebudayaan kita berterusan dan sejarah kita tidak mati. Beliau dan rakan-rakan beliau yang berhati mulia kini berada dalam hati kita semua. Beliau menyalakan lilin dalam kegelapan harapan orang Ramanna sekitar kurun ke-21 M. Maka tugas adhikara kita itu pula adalah meneruskan api lilin beliau biar ia bersinar di tanah kita. Orang tidak akan dapat hidup jika bahasa nya mati.

Nai Pendita, Biara Dharma Bhirata, Candrawara, 4 Julai 2011

Jumaat, 11 Oktober 2013

Panduan Tatabahasa Ringkas Bahasa Mon

Swasti Srih!

Kata Nama dan Ayat Kata Nama

Kata Nama dan Bilangan 

Bahasa Mon tidak mempunyai imbuhan bagi menunjukkan bahawa kata nama itu tunggal atau banyak. Sama macam bahasa-bahasa di Asia Tenggara lain. Ia cuma menggunakan penjodoh bilangan dan bilangan. Itu sahaja.

Contohnya:

Sott pakau mua miea
Buah epal sa biji

Sott pakau ba miea
Buah epal dua biji

Kata Nama dan Kata Rupa

Kata rupa mengikuti kata nama sama seperti bahasa Melayu lah juga (Pan Hla; ms. 24)...

Contoh:

Priya ce
Wanita cantik
  
Kata Nama dan Kata Penunjuk

Sama seperti bahasa Melayu jua....

oa nauk
Hari ini 

Penjodoh Bilangan

Kaneh mua tanĕ
Pen sa batang

Chup mua tanaum
Pokok sa pohon

Kata Sendi dalam Ayat

Doa ĕma
Dalam tasek

Pembentukan Ayat

Bentuk susunan ayat bahasa ini adalah S + V + O sama seperti bahasa Melayu. Pemangsa akan membuat perbuatan yang terkena mangsa.

Contoh ayat

'Ua ran hau toa ya.
Aku beli nasi sudah.

Ñeh tauḥ paton ko 'ua phasa Angloit.
Dia semua mengajar ke aku bahasa Inggeris.  

Tanya Soalan

Partikel "Ha"

Soalan ya atau tidak akan ditonjolkan menerusi partikel ha.... Jenis ini terdapat juga dalam ciri bahasa Melayu di rantau Utara Tanah Melayu tapi bentuk tatabahasanya tidak direkodkan. Contoh ayat bahasa Melayu Utara, "Dia mai sini taksat ha?" ertinya, "Dia sudah kemari sekejap tadi ya atau tidak?"

Be chia phng toa ya ha?
Kau makan nasi apa sudah belum?

Eha a ha?
Ayah sudah nak pergi kah?

Tatabahasanya tidak begitu rumit bagi penutur bahasa Melayu. Tapi mungkin rumit bagi penutur bahasa Eropah.

Partikel "Rau"

Yang ini sepadan dengan partikel kah dalam bahasa Melayu bagi soalan seperti apa, kenapa, siapa yang meminta samacara lanjut untuk menyiasat. Boleh sahaja berada di penghujung ayat...

Tala O krat-krau mu rau?
Apakah yang dibasuh oleh Tala Ong?

Khamis, 10 Oktober 2013

Bahasa Mon

Swasti Srih!

Wanita Mon di Siam, tahun 1904

Bahasa Mon merupakan bahasa jenis Daratan atau bahasa Austroasia, dipertutur dalam kalangan orang Mon yang berdiam di Kesatuan Myanmar dan Thailand. Bahasa ini berkaitan bau-bau bacang dengan bahasa Kemboja dan bahasa jenis Sengoi di Malaysia dan Selatan Thailand.  Orang Sengoi sudah biasa dengan konsep Mimpi Sedar atau Lucid Dream sejak samaya lampau lagi. Diperkatakan sejarawan dan ahli antropologi bahawa orang Sengoi di Tanah Melayu dan Segenting Kra pernah berhubungan dengan orang Mon Purwa pada samaya sebelum empayar Siam.

Bahasa Mon bukan jenis bahasa seperti bahasa Thai atau bahasa Burma yang mempunyai pelbagai nada suara. Hampir sejuta jiwa menuturkan bahasa ini hari ini. Beberapa tahun kebelakangan ini, bahasa ini mula kurang dipertutur oleh turunan orang muda. Di Myanmar, anak-anak muda sebelah Bawah mula menjadi penutur bahasa Burma sahaja. Penutur bahasa ini berada di negeri Mon dalam Kesatuan Myanmar, diikuti pecahan Tanintharyi (Tanah Seri, bahagian Tanah Melayu dalam Kesatuan Myanmar) dan negeri Kayin. Bahasa Mon ini menggunakan tulisan Hindu Brahmi yang juga menjadi punca penulisan bahasa negeri jirannya, negeri Burma.

Itihasa

Bahasa ini merupakan salah satu bahasa terpenting dalam sejarah Myanmar. Sampai kurun ke-12 M, ia menjadi bahasa lingua franca di lembangan Irrawaddy dan bukan sahaja di negeri-negeri Mon di bawah lembangan itu tapi sampai ke negeri Pagan iaitu negeri orang Burma.

Bahasa bertulis Mon ini terus menjadi bahasa utama sampai kejatuhan kerajaan orang Mon, kerajaan Thaton diserang kerajaan Pagan pada 1057. Raja negeri Pagan, raja Kyansittha (1084-1113) mengagumi kebudayaan orang Mon dan bahasa mereka turut dilindungi negeri Pagan. Tulisan mereka dipakai menjadi tulisan bangsa Burma semasa pemerintahan baginda. Raja ini meninggalkan banyak prasasti dalam bahasa Mon. Semasa samaya ini, prasasti Myazedi, yang mengandungi cetera serupa dalam bahasa Bali, bahasa Pyu, bahasa Burma dan bahasa Mon dipahat di semua empat bahagian batu itu. Selepas kemangkatan baginda raja ini, penggunaan bahasa ini mula menurun dalam kalangan orang Burma sebab itu bukan bahasa ibunda mereka. Bahasa Burma Lama mula mengambil tempat bahasa Mon dan bahasa Pyu yang sebelum itu menjadi bahasa perhubungan umum.

Dalam negeri Drawati dalam Thailand moden, ada juga prasasti bahasa Mon tapi banyaknya sudah berserpih pecah. Kurang jelas sama ada penduduk dalam negeri itu adalah campuran bangsa Mon dan bangsa Melayu atau bangsa Khemir Kemboja. Prasasti terkemudian menyebut bahawa kerajaan Lawapura atau Lavo menjadi negeri jajahan wangsa Angkor dari Kemboja. 

Selepas kejatuhan kerajaan Pagan, bahasa Mon sekali lagi dipakai meluas dalam kerajaan orang Mon iaitu kerajaan Hamsawati yang memegang negeri Pegu di Bawah Myanmar sekitar 1287-1539. Bahasa ini terus dipakai di situ sampai tengahan kurun ke-19 M pun rantau itu masih dipenuhi oleh orang Mon yang bertutur bahasa Mon. Keadaan mula berubah bila empayar British menakluki negeri-negeri di Myanmar Bawah pada 1852 dan menggalakkan penghijrahan bagi membangunkan pertanian dan ladang di delta Irrawaddy. Penghijrahan besar-besaran yang bersambungan menyebabkan bangsa lain dari sekitar Burma, termasuk dari India dan China memenuhi negeri orang Mon di selatan lantas menjadikan bahasa Mon terperuk sebagai bahasa ketiga yang dipakai sesama orang Mon sahaja.

Bahasa ini mula pudar sinarnya dalam pemerintahan penjajahan British. Penduduk mula menggunakan bahasa Burma sejak kemerdekaan negeri-negeri yang disatukan dengan Burma pada 1948 oleh British. Dengan sedikit bantuan dan sokongan daripada kerajaan Burma moden, bahasa Mon utamanya yang bentuk sastera kembali disebarkan semula oleh bhikkhu-bhikkhu Buddha berbangsa Mon. Bahasa ini masih diperguna di sempadan Thailand-Burma di kawasan pemberontak puak Mon yang mengawal kawasan-kawasan itu. Pada 2013, diumumkan Than Lwin Times mula membuat berita dalam bahasa Mon. Ia mula menjadi penerbitan pertama dalam bahasa Mon sejak 1962.

Langgam Bahasa

Ada tiga jenis langgam bahasa Mon diperguna di Myanmar. Ia datang dari pelbagai kawasan yang didiami orang Mon sendiri. Antaranya bahagian Tengah iaitu kawasan Martaban dan Moulmein, Pegu dan Ye. Semua pun boleh memahami sesama sendiri walaupun berbeda sikit-sikit. Bahasa Mon di negara Thailand pun ada perbedaan digelar bahasa Nyah Kur atau bahasa Chao Bon. Tapi masih boleh dipahami oleh yang di Myanmar.