Bacaan yang dibaca dalam tapa semadhi kita dalam bahasa Bali.... Dibaca dalam amalan.... Sadhu... Sadhu... Sadhu...
आहुः सत्यं हि परमं धर्मं धर्मविदो जनाः ... Mereka yang berpengetahuan dharma itu menyatakan bahawa Kebenaran itulah dharma tertinggi - Ramayana, Kaikeyi 2.14.13
Memaparkan catatan dengan label buddha therawada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buddha therawada. Papar semua catatan
Jumaat, 15 November 2013
Ruam Swad Mantra
Swasti Srih!
Label:
ajaran buddha,
buddha theravada,
buddha therawada,
mantra,
siam raja
Sabtu, 2 November 2013
Anagarika
Swasti Srih!
Dalam ajaran Buddha aliran Therawada, seorang anagarika ini adalah seorang yang sudah menyerahkan segala pemilikan loka mayanya dan tanggungjawabnya itu bagi menjalani sepenuhnya ajaran Buddha.
Tahap ini merupakan satu tahap yang pertengahan antara seorang bhikkhu dengan seorang upasaka. Seorang anagarika akan mengangkat wratam Astanga Arya Marha bagi seluruh tempoh anagarika nya. Kemungkinannya sepenuh hidupnya. Biasanya anagarika ini berpakaian warna puteh atau memakai jubah warna puteh mengikut kepada tradisi mana yang diikutinya. Setengah tradisi ada upacara resmi bagi perlantikan masuk ke tahap anagarika, sementara yang lain itu cuma mengangkat wratam sahaja menjalani Astanga Arya Marga dengan niat yang khusus.
Dalam latar kebiaraan, memang diperlukan pembantu dalam kalangan orang biasa bagi menolong bhikkhu atau pun bhikkhuni. Peraturan kebiaraan menghalang bhikkhu dan bhikkhuni daripada banyak tugasan yang mungkin diperlukan seperti penggunaan wang, memandu, memasak, menggali lubang bagi menanam pokok, jadi pembantu pula bagi menghubungkan sela-sela ini.
Anagarika ini berbeda dengan upasaka hanya pada komitmen mereka terhadap pengamalan ajaran Buddha, kepada pegangan jalan tengah dan juga disiplin kebiaraan. Beda yang menjolok itu adalah pada tingkahlaku, rupa dan juga pakaian. Dalam setengah keadaan, mereka ini merupakan penghuni tetap biara di tempat mereka diangkat masuk ke tahap anagarika.
Anagarika selalunya berniat hendak menjadi bhikkhu atau bhikkhuni juga pada tahap terakhirnya, tapi bukan selalu juga mereka keluar menjadi upasaka semula. Dalam setengah biara, tahap anagarika ini selalunya ditetapkan selama setahun sebelum dibenarkan mengangkat wratam menjadi seorang bhikkhu.
Beda anagarika antara Astanga Arya Marga dengan 10 ajaran bagi bhikkhu itu adalah peraturan tak dibenarkan memegang wang. Justeru itu, kenaikan anagarika ini selalunya berjalan dalam kalangan bhikkhu-bhikkhu yang berdiam dalam hutan yang melantik pembantu dalam kalangan upasaka disebabkan tak dibenarkan memegang wang serta peraturan lain yang diikuti dengan ketat.
Isnin, 28 Oktober 2013
Perumah dalam Minda: Kammathana
Swasti Sri!
Bidang Ulangkaji Tapa dan Jhana
Daripada ini semua, disebabkan rumitnya, empat bahan ingatan (tak termasuk ingatan tubuh atau kayagatasati dan anapanassati), persepsi kebencian pada makanan dan penelitian empat unsur hanya membawa kepada upacara samadhi atau kemasukan ke semadhi (penumpuan) sahaja.
Penyerapan dalam Jhana Pertama boleh dicapai dengan kesedaran terhadap 10 jenis kebusukan dan kesedaran tubuh. Walau bagaimanapun, tapa-tapa ini tak boleh melampaui tahap Jhana Pertama kerana ia melibatkan pemakaian witaka atau pemikiran yang tak hadir dari jhana-jhana lain yang lebih tinggi.
Penyerapan dalam Tiga Jhana Awal boleh dicapai menerusi renungan tiga bramha wiharam awal. Namun, tapa-tapa ini, tak boleh membantu juga dalam mencapai Jhana Keempat disebabkan rasa kesukaan yang dikaitkan dengan semuanya itu. Apabila Jhana Keempat sudah timbul, barulah timbul bramha wiharam keempat.
Disebabkan ringkas pula bahan perbincangan, semua Empat Jhana ini boleh ditimbulkan menerusi kesedaran pada pernapasan dan 10 kasina.
Bidang Tapa dan Ciri Seseorang
Semua bidang-bidang tapa yang disebut sebelum ini boleh menekan Lima Halangan, jadi membolehkan seseorang itu mencapai kebijaksanaan. Sebagai tambahan, seseorang itu boleh memakai bahan tapa tertentu sebagai penawar, seperti bertapa mengenai kebusukan bagi melawan nafsu serakah atau pun bertapa pernapasan bagi meninggalkan pemikiran bukan-bukan.
Ulasan sastera Bali kemudian memberi panduan bagi cadangan bidang tapa tumpuan itu berdasarkan kepada kecenderungan seseorang ketika itu....
Dalam ajaran Buddha, kammatthana ini merupakan kata bahasa Bali yang merupakan sebutan bagi karmasthana yang ertinya itu istana amalan. Yang diertikan di sini adalah tempat di dalam minda yang mana seseorang itu pergi bagi usaha pengembangan kejiwaannya. Lebih tuntas lagi, ia merujuk kepada bahan tapa yang sah menurut pustaka suci atau samatha kammatthana disenaraikan dalam Jalan Penyucian Jiwa.
Setiap kammathana boleh diberi, sama ada oleh kalyana mitta, kepada sesetengah pelajar secara persendirian bila mencapai satu tahap, dengan melihat bahan apa yang sesuai dengan kecenderungan dan juga sikap pelajar serta tahap pemikiran pelajar itu.
Empat Bahan Tapa Semadhi
Daripada 40 bahan yang ditapakan sebagai kammathana itu, yang 10 nya adalah benda yang boleh dipegang 'terus', 'kasina', atau 'seluruhnya'...
Tiga bahan peringatan adalah silsila daripada Trairattana...
Empat Bahan Tapa Semadhi
Daripada 40 bahan yang ditapakan sebagai kammathana itu, yang 10 nya adalah benda yang boleh dipegang 'terus', 'kasina', atau 'seluruhnya'...
- Bumi
- Air
- Udara atau Angin
- Biru dan Hijau
- Kuning
- Merah
- Puteh
- Ruangan Tertutup
- Cahaya Terang
- Mayat lebam
- Mayat yang sudah turun warna dan biru
- Mayat pecah-pecah
- Mayat yang terbelah
- Mayat yang tercarik koyak
- Mayat yang tercerai-cerai anggota
- Mayat berdarah
- Mayat dimakan ulat dan berenga
- Rangka
Tiga bahan peringatan adalah silsila daripada Trairattana...
- Phra Buddha Chao
- Dharma
- Samgha
- Sila atau akhlak
- Cāga atau kebebasan
- Ciri-ciri baik para dewa
- Kaya atau tubuh
- Kematian (sila rujuk Upajjhatana Sutta)
- Prana (pernapasan) atau anapana (menyawa)
- Ketenangan (Nibbhana)
- Metta atau kebaikan tanpa syarat
- Karuna atau belas kasihan
- Mudita atau kesukaan atas kejayaan yang lain
- Upekkha berpikiran seimbang
- Ruangan tak berkesudahan
- Kesedaran tak berkesudahan
- Kekosongan tak berkesudahan
- Tiada persepsi atau tiada tanpa persepsi
Bidang Ulangkaji Tapa dan Jhana
Daripada ini semua, disebabkan rumitnya, empat bahan ingatan (tak termasuk ingatan tubuh atau kayagatasati dan anapanassati), persepsi kebencian pada makanan dan penelitian empat unsur hanya membawa kepada upacara samadhi atau kemasukan ke semadhi (penumpuan) sahaja.
Penyerapan dalam Jhana Pertama boleh dicapai dengan kesedaran terhadap 10 jenis kebusukan dan kesedaran tubuh. Walau bagaimanapun, tapa-tapa ini tak boleh melampaui tahap Jhana Pertama kerana ia melibatkan pemakaian witaka atau pemikiran yang tak hadir dari jhana-jhana lain yang lebih tinggi.
Penyerapan dalam Tiga Jhana Awal boleh dicapai menerusi renungan tiga bramha wiharam awal. Namun, tapa-tapa ini, tak boleh membantu juga dalam mencapai Jhana Keempat disebabkan rasa kesukaan yang dikaitkan dengan semuanya itu. Apabila Jhana Keempat sudah timbul, barulah timbul bramha wiharam keempat.
Disebabkan ringkas pula bahan perbincangan, semua Empat Jhana ini boleh ditimbulkan menerusi kesedaran pada pernapasan dan 10 kasina.
Bidang Tapa dan Ciri Seseorang
Semua bidang-bidang tapa yang disebut sebelum ini boleh menekan Lima Halangan, jadi membolehkan seseorang itu mencapai kebijaksanaan. Sebagai tambahan, seseorang itu boleh memakai bahan tapa tertentu sebagai penawar, seperti bertapa mengenai kebusukan bagi melawan nafsu serakah atau pun bertapa pernapasan bagi meninggalkan pemikiran bukan-bukan.
Ulasan sastera Bali kemudian memberi panduan bagi cadangan bidang tapa tumpuan itu berdasarkan kepada kecenderungan seseorang ketika itu....
- Jenis tamak maka tapa 10 kebusukan atau tapa renungan tubuh.
- Jenis benci maka tapa empat bramha wihara atau tapa empat warna kasina.
- Jenis khayal banyak maka tapa pernapasan.
- Jenis setia maka tapa enam ingatan yang awal.
- Jenis cerdik maka tapa ingati kematian atau cari ketenangan; persepsi makanan yang benci atau teliti empat unsur.
- Jenis suka spekulasi maka tapa pernapasan sedar.
Label:
ajar ajar,
ajaran buddha,
buddha theravada,
buddha therawada,
penyucian jiwa,
semadhi,
tapa,
wisuddhi
Bahasa Bali: Kata Nama Jantan Hujung -ī
Swasti Srih!
Sāmī Tuan
Mantī Menteri
Seṭṭhī Ceti, Orang kaya, Jutawan
Balī Orang berkuasa
Ganī Pemimpin
Dīghajīwī Orang berusia panjang
Bhāgī Orang yang berkongsi
Sukhī Penerima kesukaan, Orang yang bahagia
Chattī Payung
Mālī Orang yang dikalungkan, Orang yang berbunga malai
Sārathī Pemandu
Kuṭṭhī Pesakit kusta
Pāpakārī Pendosa, Penjahat
Pakkhī Burong
Hatthī Gajah
Dāṭhī Yang bergading (Babi Hutan atau Gajah)
Bhogī Ular
Karī Gajah
Sikhī Burong Merak
Sasī Wulan
Ini sebahagian nota bahasa Bali aku. Siapa-siapa anak muda yang berminat hendak menjadi bhikkhu itu boleh mula belajar bahasa Bali. Jangan terpengaruh sangatlah dengan lokamaya sementara ini. Hidup yang bahagia itu jua yang menyenangkan...
Sāmī Tuan
Mantī Menteri
Seṭṭhī Ceti, Orang kaya, Jutawan
Balī Orang berkuasa
Ganī Pemimpin
Dīghajīwī Orang berusia panjang
Bhāgī Orang yang berkongsi
Sukhī Penerima kesukaan, Orang yang bahagia
Chattī Payung
Mālī Orang yang dikalungkan, Orang yang berbunga malai
Sārathī Pemandu
Kuṭṭhī Pesakit kusta
Pāpakārī Pendosa, Penjahat
Pakkhī Burong
Hatthī Gajah
Dāṭhī Yang bergading (Babi Hutan atau Gajah)
Bhogī Ular
Karī Gajah
Sikhī Burong Merak
Sasī Wulan
Bagi rakan-rakan yang tak reti baca bahasa Siam atau tulisan Hindu lain bolehlah guna yang bertulisan Rumi dahulu.
Label:
bahasa bali,
buddha,
buddha therawada,
dharma,
pali
Isnin, 14 Oktober 2013
Tradisi Pertapa Hutan Siam
Swasti Srih!
Tradisi ini merupakan tradisi kebiaraan dalam aliran ajaran Buddha Therawada. Pengamal ajaran akan mendiami ceruk-ceruk alam sekitar seperti padang pasir, gunung-ganang atau pun hutan tebal bagi mengamalkan ajaran kerohanian.
Dua tradisi kebiaraan di Siam mempunyai tradisi biara dalam hutan iaitu Mahanigaya dan Dhammayuttika Nigaya. Tradisi ini banyak diamalkan orang Thailand yang berbahasa Lao terutamanya di negeri Timur Laut. Ia menekankan pengalaman terus menerusi amalan pertapaan dan berpegang teguh dengan winaya berbanding dengan pengajian Tripitaka Bali. Pertapa hutan ini biasanya dianggap sebagai pakar pertapaan dan ajar-ajar. Ia biasanya dikaitkan dengan pencapaian alam ghaib atau abhinna. Selain itu ia merupakan sisi tradisi ajaran Buddha yang ortodoks, konservatif dan mengamalkan kesederhanaan.
Atas ciri-ciri yang ini, ia mendapat kehormatan dan dikagumi masyarakat Siam tak mengira bangsa apa pun. Para ajar-ajar mengamalkan gaya hidup baginda Buddha dan juga pelajar awal ajaran Buddha. Mereka digelarlah dalam bahasa kita sebagai Chao Phanawa atau penghuni hutan kerana hidup menurut ajaran baginda Buddha seperti dalam sejarah itu, yang sentiasa berdiam dalam hutan, bagi pencarian jiwa dan juga kehidupan selepasnya atau akhirat. Aku periksa makna akhirat dalam bahasa orang Arab itu, ertinya alam yang lain-lain.
Sejak samaya baginda Buddha lagi, sudah ada ajar-ajar dan ubun-ubun yang masuk ke kedalaman hutan, naik pergunungan dan masuk dalam gua mengasingkan diri bagi membantu mereka mengembangkan tapa semadhi dan menyedari dharmma, iaitu kebenaran ajaran baginda Buddha. Sama ada ajar-ajar itu masuk berseorangan atau secara berkumpulan, meninggalkan kehidupan kota masuk ke dalam kehidupan ringkas, penuh peringatan dan usaha yang berterusan.
Mereka itu antaranya adalah guru-guru tapa agung sejak samaya baginda Buddha sendiri. Jauh dari kesibukan kota dan pekan, mereka sanggup berhempas pulas dalam kesusahan hidup dalam kehidupan yang liar bagi mempelajari alam sekitar. Mereka tak berminat lagi dengan nama keduniaan atau mencari pangkat pengaruh lagi. Selalunya, mereka ini akan terus berada dalam misteri, tak dikenali. Kehidupan mereka hilang di celah-celah hutan tebal dan pergunungan.
Tradisi Pertapa Hutan Siam kini sangat-sangat rendah hatinya. Ia kembali kepada pergerakan akar yang mengambil contoh amalan tapa semadhi dan gaya hidup baginda Buddha sendiri semasa turunan awal masyarakat Sangha. Penyebaran tradisi ini masih dihidupkan menerusi tradisi purwa berdasarkan kepada rukun winaya yang merupakan kod latehan pelajar disusun baginda Buddha.
Sampai pertengahan kurun ke-20 M pun, kebanyakan biara di Siam atau Thailand merupakan pusat pengajian utama. Bhikkhu dalam pekan-pekan dan kampung mengajar budak sekolah termasuk budak sekolah penganut agama lain seperti pelajar Muslim menulis membaca dan menekankan pengajian kesarjanaan pustaka Buddha bagi penganut ajaran Buddha. Upacara turut memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Hampir semua bahagian biara di kampung tidak menekankan pertapaan sangat, menggunakan wang, dan tidak mengikut sangat rukun winaya.
Penyuburan semula tradisi ini pada kurun ke-19 M merupakan satu cubaan bagi membawa masuk kembali gaya hidup latihan yang diamalkan bawah pemantaun baginda Buddha. Dua tokoh utama gerakan ini adalah Yang Mulia Guru Mun Bhuridatta dan Yang Mulia Guru Sao Kantasilo.
Niat mereka itu adalah untuk menyedari ciri-ciri hati sendiri dan minda tenang dalaman serta kebijaksanaan dharmma. Biara kampung ditinggalkan dan dibiarkan tenang sunyi sepi. Winaya diikuti dengan patuhnya dengan penekanan diberi terhadap semua perinciannya! Bhikkhu hidup tanpa wang, menerima sahaja semua yang diberikan dengan sabar menahan lapar jika tidak menerima semahan. Ajar-ajar mengamalkan ajaran yang disarankan baginda Buddha dan menggabungkannya dalam cara hidup mereka. Contohnya, makan sekali sehari dari makanan yang dibubuh dalam bejana oleh upasaka, memakai kain kasar, dan hidup di dalam hutan atau atas kuburan candi. Mereka akan merayau-rayau mencari tempat sesuai bertapa, sambil membawa bejana, tiga pasang kain, payung yang ada kelambu, yang disangkut dalam hutan macam khemah dan beberapa barang peribadi lain.
Daripada Guru Mun dan Guru Sao serta beberapa lagi pelajar yang lain, mereka menjadi contoh kepada kehidupan yang ringkas dan berdisiplin. Ajaran mereka diarahkan kepada sesiapa yang ingin memurnikan pemikiran menerusi cara hidup baginda Buddha. Jantung kepada Tradisi Hutan adalah perkembangan tapa semadhi. Menerusi pencarian ketenangan mendalam dan secara teratur mengkaji tubuh dan minda, pandangan dalam timbul sebagai ciri benar kewujudan.
Bila masuk ke biara hutan yang baik, semangat beramal itu ada di mana-mana saja di situ. Ada udara yang ringkas. Bangunan bersih teratur. Latar tempat yang terpencil membantu suasana menjadi lebih tenang. Kuti-kuti yang biasa tiada hiasan muncul di celah-celah hutan. Ajar-ajar dan ubun-ubun dengan peka dan senyap membuat kerja atau terlibat dalam tapa duduk atau tapa berjalan.
Dalam perkembangan tapa semadhi, banyak rintangan akan dihadapi seseorang. Maka guru-guru di hutan disedari mempunyai kekreatifan tersendiri dalam mengatasi halangan, goncangan jiwa dan kekotoran minda. Mereka ini sangat berani dalam usaha menyedari kecerahan minda. Kini, tradisi ini mula berkembang di negara-negara Barat juga. Rasanya di Sriwijaya suatu ketika dahulu pernah wujud jua tradisi ini. Begitu juga di rantau Pulau Jawa ketika dahulu kerana aku ada membaca karya sastera Jawa seperti Panji Samirang yang turut memberikan gambaran latar di rantau Jawa. Begitu juga di rantau Tibet dan Himalaya.
Label:
ajaran buddha,
buddha therawada,
siam,
tapa,
thailand
Khamis, 10 Oktober 2013
Tapa Anatman
Swasti Srih!
Sebutan mengenai "ini aku punya", "ini adalah aku" dan "inilah diriku" timbul apabila tuan tidak memahami bagaimana timbulnya kesedaran tuan itu timbul lalu berpergian. Phra Buddha Chao mengajar kita bahawasanya, "diri" yang tersebut itu terbina dari lima skandha bahan kebergantungan iaitu bahan, perasaan, persepsi, pembentukan keinginan dan kesedaran.
Kemuculan semua skandha ini terjadi dengan kelahiran dan ia akan hilang pula dengan kematian. Kesedaran, sementara berdiri, mungkin berdiri itu bertalian dengan rupa; berdasarkan kepada rupa, terbangun di atas rupa dengan renjisan suka, ia akan berkembang, bertambah, dan meluas.
Atau kesedaran, sementara berdiri, mungkin berdiri bertalian dengan perasaan... bertalian dengan persepsi... bertalian dengan pembentukan kemahuan; berdasarkan kepada pembentukan kemahuan, didirikan atas pembentukan kemahuan dengan renjisan kesukaan, ia mungkin akan berkembang, bertambah dan meluas. Selain daripada rupa, selain daripada perasaan, selain daripada persepsi, selain daripada pembentukan kemahuan mendatang dan perginya kesedaran itu adalah mustahil.
Ada tiga jenisnya pembentukan kemahuan:
1. Pembentukan kemahuan pada tubuh.
2. Pembentukan kemahuan pada perbuatan.
3. Pembentukan kemahuan pada pemikiran.
Dalam lain perkara pula, ada enam jenis kemahuan iaitu:
1. Kemahuan berkaitan rupa.
2. Kemahuan berkaitan bunyi
3. Kemahuan berkaitan bauan
4. Kemahuan berkaitan putik rasa
5. Kemahuan berkaitan bahan boleh dipegang
6. Kemahuan berkaitan fenomena pemikiran.
Menurut kepada Khajjaniya Sutra, pembentukan kemahuan itu memainkan peranan besar dalam hidup kita. Baginda Buddha menyebut, "Pembentukan kemahuan membina rupa bersyarat itu menjadi rupa, ia membina perasaan bersyarat menjadi perasaan, ia membina persepsi bersyarat menjadi persepsi; ia membina pembentukan kemahuan bersyarat sebagai pembentukan kemahuan; ia membina kesedaran bersyarat menjadi kesedaran".
Kini, lihatlah apa terjadi dalam pemikiran tuan apabila tuan melihat bahan yang menyenangkan. Rasa suka dalam rupa timbul dan tuan akan menyambutnya dan terus memegangnya. Sejak tuan tetap memegang rupa ini, perasaan, persepsi, pembentukan kehendak dan kesedaran yang timbul itu bergantung kepada bahan yang ternampak pada diri tuan, tuan sedang membuat "pembentukan kemahuan" yang baru.
Kemudian, pikir pula bagaimana tuan akan bertindak balas apabila tuan melihat bahan yang sama pada ketika lain? Pembentukan kemahuan akan membentuk rupa itu, perasaan senang, persepsi, pembentukan kemahuan dan kesedaran untuk tuan. Perkara ini akan berterusan dan kita patut cuba memahami bahawa semua ini adalah pembentukan yang tak kekal, tertakluk kepada derita duka dan bukan "diri".
Perbincangan lain yang menarik dalam Parileyya Sutra, menjelaskan asal terbitnya pembentukan kemahuan. Baginda Phra Buddha Chao bersabda, "Seseorang itu menganggap rupa itu sebagai diri. Tanggapan itu merupakan pembentukan. Pembentukan itu, apakah puncanya? Apakah asalnya? Dari mana ia terjelma dan dihasilkan? Apabila pelokaan tak terarah itu dihubungkan oleh perasaan yang terjelma daripada hubungan kejahilan, muncul teringin atau tanha; maka dari situ, lahirlah pembentukan".
Jika kita mengetahui keadaannya itu, bahawa pembentukan ini menimbulkan kedukaan maka kita pastilah tidak akan "menerima" rupa, perasaan, persepsi, dan lain-lain sebagai "diri". Baginda Phra Buddha Chao bersabda bahawasanya, "Rupa itu bukan kau punya: tinggalkannya! Dengan kau tinggalkannya, maka itu akan membawa kau kepada kebajikan dan suka bahagia". Jalan membawa kepada tuan meninggalkan segala yang bukan punya tuan itu adalah Jalan Lapan Lapis Mulia: Arya Astangika Marga. Moga kita semua menurut Jalan Para Arya ini, sadhu... sadhu... sadu....

anatta,
buddha therawada,
jiwa,
psikologi
Jumaat, 4 Oktober 2013
Dewa dalam Ajaran Buddha: Jenis
Swasti Srih!
Sabdawali dewa ini tidak merujuk kepada golongan semulajadi makhluk, tapi merujuk secara cakrawartinya bagi memasukkan semua makhluk yang lebih berkesaktian atau lebih suka bahagia daripada manusia. Ia turut memasukkan jenis makhluk halus lain yang ditahapkan pula. Yang rendah tahapnya itu lebih dekat cirinya dengan manusia dibandingkan dengan dewa jati tinggi.
Dewa dibahagikan kepada tiga golongan wangsa yang berada dalam tiga dhatu atau tiga alam di Jagat mereka dijelmakan. Dewa Arupiyadhatu tak ada jasad kasar atau tempat, mereka berdiam dalam tapa tanpa rupa. Mereka ini mencapai tahap ini menerusi tahap tapa tinggi dalam kehidupan jiwa lampau mereka. Mereka tidak berhubungan langsung dengan seluruh Jagat dah.
Dewa Rupadhatu ini ada jasad kasar. Tapi tak ada jantina dan tak ada nafsu. Yang ini lebih kurang gambaran makhluk halus tahap tinggi orang di Timur Tengah sana lah kot. Mereka tinggal ramai-ramai di sorga atau loka dewata yang naik, lapis demi lapis, atas bumi. Mereka ini dibahagikan lagi kepada lima kumpulan utama:
- Dewa Suddhawasa yang dijelmakan daripada Anagamin, pengamal tapa pencerahan yang meninggal tak lama lepas mencapai tahap Arahant. Bramha Saghampati yang muncul kepada Phra Buddha yang baru-baru dicerahi, baginda Siddharta Gautama, itu merupakan jenis Anagami yang merupakan jiwa kepada manusia yang dicerahi sebelumnya. Mereka ini adalah jiwa yang melindungi dan menjaga ajaran dharma di bumi, dan akan menghantar pencerahan sebagai Arahant apabila mereka keluar dari loka Suddhawasa. Yang tertinggi dalam alam ini adalah, Akanishtha.
- Brhatphala iaitu para dewa yang berada dalam tahap tenang mencapai tahap Dhyana Keempat.
- Syubhakretsna iaitu dewa yang berada dalam suka tahap Ketiga Dhyana.
- Abhaswara iaitu dewa yang menikmati kesukaan tahap kedua Dhyana.
- Bramha iaitu dewa yang mengambil bahagian giat dari Dhyana Pertama. Mereka ini banyak terlibat dalam loka bumi ini dibandingkan dengan dewa tahap tinggi lain. Kadangkala mereka ini masuk campur dan memberi nasihat atau mendengar keluhan manusia dan makhluk di bumi.
Setiap kumpulan dari loka dewa ini mempunyai tahap-tahap kedudukan. Tapi semuanya masih dalam kumpulan sama yang mampu berhubung dan berbicara sesama sendiri. Pada masa yang sama, kumpulan dewa yang lebih rendah langsung tak mempunyai pengetahuan langsung tentan kewujudan dewa jati tinggi. Maka, atas sebab ini lah, para Bramha menjadi bongkak, berasakan diri mereka itu sebagai pencipta loka mereka sendiri dan seluruh loka di bawah mereka. Kerana mereka ini wujud dahulu sebelum loka mula wujud.
Dewa di Kamadhatu pun mempunyai rupa jasad kasar sama, tapi lebih besar daripada manusia. Mereka ini hidup sama macam manusia, walaupun panjang usia lebih daripada manusia dan lebih suka bahagia. Kadang kala mereka pun terbuai dengan kesukaan mereka. Ini adalah alam yang mana Sang Mara mempunyai pengaruh terkuat. Dewa tertinggi dalam Kamadhatu ini hidup dalam empat sorga yang terapung di udara, menyebabkan mereka bebas daripada pertelingkahan bumi di bawah. Dewa Kamadhatu ada empat jenis semua:
- Parinirmitawasawartin iaitu dewa-dewa mewah yang dalamnya ada jenis Mara juga
- Nirmannarati
- Tushita, yang dalam kalangan mereka ini jiwa Sang Maitreya kini berdiam
- Yama.
Dewa jati rendah dalam Kamadhatu tinggal di bahagian-bahagian di pergunungan di tengah bumi, Sumeru. Mereka ini lagilah bernafsu besar dibandingkan daripada dewa jati lebih tinggi. Bukan saja mereka berperasaan seronok tapi juga berhumbas dan berkelahi... Ada dua jenis iaitu:
- Trayatimsah, dewa yang tinggal di Gunung Sumeru lebih kurang macam keterangan orang Yunani mengenai dewa Olympus. Dengan ketua pemerintah mereka, Sang Sakra Betara Indra.
- Caturmaharajikakayika, dewa yang termasuklah raja kesatria penjaga empat benua bumi. Ketua segala raja ini adalah Waisrawanna, tapi semua mereka ini pun tunduk kepada Sang Sakra. Mereka ini termasuk dalam golongan separa dewa di bumi atau roh alam seperti Khumbannda, Gandharwa, Naga, dan Yaksa. Kemungkinan juga bangsa Garuda termasuk dalamnya.
"Tambahan lagi, harus juga kau sebutkan dewa-dewa: "Ada dewa dalam kalangan Empat Raja Agung, dewa-dewa tiga puloh tiga..." (196. Dh.) "Pemberi bahagia maka kita akan jadi seperti dewasura". Kadangkala termasuk dalam kalangan dewasura, kadangkala dimasukkan dalam kalangan lain iaitu, asura, lawan yang muncul selepas dua kumpulan dewa, yang cirinya itu suka berperang saja kerjanya!
Manusia ini dikatakan pada asalnya mempunyai kesaktian banyak serupa dewa juga. Mereka tak perlu makanan, ada kemampuan terbang melayang di udara, dan bersinar sendiri. Masa demi masa, anak cucu manusia mula makan makanan pejal, tubuh menjadi kasar dan hilang habis kesaktian. Ada jua ciri kemanusiaan dinirwacanakan kepada baginda Siddhartha Gautama bagi dewa dan dewi. Dikatakan dewa itu seorang yang tinggi bagus akhlaknya. Bukan ertinya dewa itu Tuhan! Kalau dari segi bahasa orang yang ikut agama pak Arab itu, lebih kurang macam, "Baik sungguh si Balarama itu, serupa malaikat!!" Atau bahasa Inggerisnya, "like angel". Serupa juga lah halnya dengan nirwacana lain, contohnya, "neraka" itu dikaitkan dengan emosi yang menyakitkan dan menyesakkan jiwa.
Kalau jenis makhluk halus dalam agama orang Timur Tengah sana, ada jin, ada setan ada mala'un. Jin itu mungkin jenis dewa atau makhluk halus yang rendah jatinya. Mara itu mungkin setaraf dengan setan. Setan itu katanya jenis jin. Tapi yang aku dengar dipanggil juga orang jahat itu setan, binatang jahat degil itu setan, jenis jin atau makhluk halus ketegar jahat itu setan. Jin itu bahasa Arab katanya bererti makhluk yang tersembunyi dari pandangan mata kasar manusia jenis orang bunian. Tapi kehadirannya ada di sekitar manusia cuma di alam yang berlainan. Tidak sempat nak korek lagi. Nanti dikorek sedikit-sedikit...
Label:
ajaran buddha,
asura,
buddha,
buddha therawada,
dewa,
sura
Rabu, 2 Oktober 2013
Jayamanggala Katha
Swasti Srih!
Dipersembah kepada tuan-tuan budiman, Jayamanggala Katha yang menyebutkan Tujuh Kejayaan Bertuah Baginda Phra Buddha Chao.
Bahasa diperguna adalah bahasa Bali-Sanskerta. Bukan bahasa Bali yang biasa-biasa. Bacaan Phra Kata ini datang dari Phra Paritta Sutra iaitu Sutra Perlindungan Diri. Ia dirakamkan oleh Pertubuhan Mahabodhi di India. Tujuan dibaca katha ini adalah bagi menghapuskan benda-benda buruk dalam pelbagai bentuk dan menjana tuah. Dalamnya disebut tujoh kejayaan umum baginda Buddha iaitu berjaya atas Mara, berjaya atas asura Alawaka, berjaya atas seekor gajah liar Nalagiri, berjaya mengatasi pembunuh bersiri Angulimala, berjaya mengatasi niat jahat Cinca yang cuba memburukkan baginda Buddha, berjaya mengatasi seorang Brahmana bongkak bernama Saccaka, berjaya mengatasi raja naga, Nandipananda dan berjaya mengatasi pandangan salah Bramha Baka.
Penting dipahami oleh tuan bahawa kebanyakan cetera bermakna dalam ini berkaitan dengan kejayaan baginda Phra Buddha menakluki ciri-ciri jahat dan negatif dalam diri baginda sendiri (cetera Mara dan Alawaka) dan juga dalam pikiran orang lain sekeliling baginda. Diperkata jua, semua katha ini dibaca dengan niat yang jelas dan niat murni supaya membantu melindungi para pertapa pencari dengan menarik perkara baik sekitarnya mendekatinya.
Label:
ajaran buddha,
bali,
buddha therawada,
india,
katha,
lama,
sanskerta
Uposatha Sutra
Terjemahan dari Bahasa Bali oleh Nanawara Thera dan Bhikkhu Kantasilo, 1996
Terjemahan ke Bahasa Melayu oleh NG untuk Tatapan Penganut Buddha dan Hindu!
Maka aku dengari:
Terjemahan ke Bahasa Melayu oleh NG untuk Tatapan Penganut Buddha dan Hindu!
Maka aku dengari:
Pada suatu masa, Yang Direstui itu duduk di Jetawana, di Biara Anathapindika dekat Sawatthi. Ketika itu, Yang Direstui, memanggil segala bhikkhu duduk bersama lantas disebutlah baginda makanya: "Wahai bhikkhu!" Para bhikkhu pun seraya menjawab: "Arya!" Menunjukkan mereka sudah bersedia untuk menerima ajaran baginda.
Yang Direstui memperturun ajaran berikut berkenaan Uposatha.
"Bhikkhu sekelian. Uposatha ini mengandungi lapan perkara yang diamalkan oleh penuntut-penuntut Arya, pengamalan yang akan membawa buah dan kebajikan yang sinar gemilangnya". "Wahai bhikkhu, apakah itu Uposatha yang diamalkan oleh pelajar Arya sekelian, yang membawa kepada buah dan kebajikan bersinar gemilang?"
1. Wahai bhikkhu sekelian, pelajar Aryan dalam Agama ini merujuk kepada, "Segala Arahant, yang selama hidupnya, meninggalkan mengambil nyawa dengan sengaja atau panaatipaata. Cota dan pedang diletakkan. Malulah muka mereka memperbuat kejahatan dan belas kasihan pada segala makhluk tak mengira binatang, manusia, dewa atau jin setan.
Kamu semua sudah pun berniat meninggalkan mengambil nyawa dengan sengaja, meletakkan senjata semua, mempunyai rasa malu membuat kejahatan dan belas kasihan kepada segala makhluk. Untuk semua ini siang dan malam, dengan cara ini, maka dikenalilah sebagai golongan yang mengikut kepada Phra Arahant, dan Uposatha pun diamalkanlah oleh kamu. Inilah perkara pertama Uposatha.
2. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:
Semua arahant, selama hidupnya bernyawa itu, meninggalkan mengambil sesuatu yang tak diberikan kepadanya atau adinnaadana. Mereka mengambil hanya yang diberikan, berniat hanya mengambil yang diberikan sahaja! Mereka bukan pencuri, penyamun, atau perompak. Sikap mereka tiada titik hitam.
Semua kamu sudahlah meninggalkan perbuatan mengambil benda yang tak diberikan, dan tak mengambil benda yang tak diberikan, dan berniat mengambil hanya diberikan, bukan penyamun pencuri. Sikap perangai kamu tiada titik hitam. Untuk seluruh hari ini siang dan malam, dengan cara ini, kamu dikenalilah sebagai pelajar yang mengikut Phra Arahant, dan Uposatha pun diamalkan oleh kamu. Inilah perkara kedua Uposatha.
3. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:
Semua arahant, selama hidupnya bernyawa itu, meninggalkan perkara yang menjadi halangan bagi Bramhacari. Amalan mereka itu seperti yang diamalkan oleh Sang Brahma. Mereka menjauhi perbuatan hubungan kelamin, yang diamalkan oleh orang awam. Semua kamu yang meninggalkan segala yang menjadi halangan kepada Bramhacari itu berkelakuanlah seperti Sang Barhma. Kelakuan kamu menjauhi hubungan kelamin. Untuk sehari ini siang dan malamnya, dalam keadaan ini, kamu semua dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant, dan Uposatha pun diamalkan oleh kamu. Inilah perkara ketiga Uposatha.
4. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:
"Semua arahant, selama hidupnya bernyawa itu, meninggalkan perbuatan musaawada, menipu dan membohong. Mereka cuma bercakap yang benar melainkan yang benar dan berniat cuma untuk kebenaran! Kata-kata ucapan mereka itu teguh kukuh dan terkandung dalamnya sebab musabab. Ucapan mereka itu tidak merapu kedana dari kenyataan lokamaya dan ketetapan perjalanan loka". Semua kamu yang meninggalkan bercakap bohong. Kamu bercakap hanya yang benar dan berniat cuma untuk perkara yang benar. Ucapanmu itu teguh kukuh munasabah. Ucapan kamu tidak merapu kedana dari kenyataan lokamaya dan ketetapan perjalanan loka. Untuk seluruh siang dan malam ini, dalam cara ini, kamu dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant, dan Uposatha pun dijalankanlah oleh kamu. Inilah dia perkata ketiga pada Uposatha.
5. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:
Semua Arahant, selama hidupnya itu, meninggalkan mengambil suraa meraya majja pamaadatthana, iaitu minuman memabukkan dan arak yang menyebabkan kecuaian. Jauhlah mereka daripada perkara yang memabukkan (termasuk dadah, bong, apium dan sebagainya). Semua kamu yang menghindari minuman memabukkan, tuak, dan yang mengkhayalkan. Kamu menghindarinya kerana ia menyebabkan kecuaian. Untuk siang dan malam sehari ini, dengan cara yang ini, kamu dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant, dan Uposatha pun dijalankan oleh kamu. Maka ini perkara kelima Uposatha.
6. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:
Semua Arahant, selama hidupnya itu, makan hanya sekali sahaja sehari dan tidak mengambil makanan lagi di petang harinya. Mereka mengelakkan wigaalaa bhojanam, mencapai makanan pada masa yang salah.
Semua kamu yang makan hanya sekali sehari dan tidak ambil makanan pada petangnya. Kamu mengelakkan makanan pada masa yang salah. Untuk sehari ini siang dan malam, dengan cara ini, kamu akan dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant. Dan Uposatha pun dijalankan oleh kamu. Inilah perkara keenam pada Uposatha.
7. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:
Semua Arahant, selama hidupnya itu, meninggalkan menyanyi dan menari, dan bermain alat bunyian dan menonton rancangan hiburan, yang menjadi batu loncatan bagi segala yang disukai. Tidak juga mereka menghiraukan sangat dengan hiasan, bungaan atau wangian.
Semua kamu yang meninggalkan menyanyi dan menari, bermain alat bunyian dan menonton hiburan, yang menjadi loncatan kepada kesukaan. Kamu mengelakkan kepada benda hiasan, bungaan atau wangian. Untuk sehari ini siang dan malam, dengan cara ini, kamu akan dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant. Dan Uposatha pun dijalankan oleh kamu. Inilah perkara ketujoh pada Uposatha.
8. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:4. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:

Semua Arahant, selama hidupnya itu, meninggalkan tidur pada katil yang tinggi dan besar. Mereka sudah bersyukur dengan tidur di kerendahan atau tempat tidur di atas rumput.
Semua kamu
yang meninggalkan berbaring atas katil tinggi atau besar, yang bersyukur dengan tempat tidur rendah atau diperbuat daripada rumput. kesukaan. Untuk sehari
ini siang dan malam, dengan cara ini, kamu akan dikenalilah sebagai
pengikut Phra Arahant. Dan Uposatha pun dijalankan oleh kamu. Inilah
perkara kelapan pada Uposatha.
Bhikku sekelian! Uposatha ini mengandungi lapan perkara semuanya yang diamalkanlah segala pelajar Arya, dan mempunyai kebajikan dan buah gemilang bagi jiwa. Makanya beginilah yang disebut Yang Direstui dalam Uposatha. Para bhikkhu pertapa semua bersuka hati dan riang dengan kata-kata baginda. Sadhu... Sadhu... Sadhu....
Label:
ajaran buddha,
brahmana,
buddha therawada
Tapa Empat Kebenaran Mulia: Pemutusan Duka
Swasti Srih!
3. Kebenaran Mulia Pemutusan Duka
3. Kebenaran Mulia Pemutusan Duka
Dengan berlalu terus dan hapusnya tanha keinginan, meninggalkannya dan menjauhinya, kebebasan darinya, diputuskanlah darinya! Dan bagaimanakah tanha nafsu keinginan yang cuba menghinggap dan menggoda ini ditinggalkan? Bagaimana penghapusan ini datang?
"Di mana sahaja dalam lokamaya ini yang terdapat benda yang disetujui dan menyenangkan, maka ada sahaja pemutusan kepadanya! Dan apakah yang ada dalam lokamaya ini yang disetujui dan menyenangkan?
Mata dalam lokamaya yang disetujui dan menyenangkan, telinga... hidung... lidah... tubuh... minda dalam lokamaya yang disetujui dan menyenangkan, dan tanha keinginan disebabkan ini ditinggalkan, maka di situlah pemutusannya menjelma:
"Mata kesedaran, telinga kesedaran, hidung kesedaran, lidah kesedaran, tubuh kesedaran, minda ksedaran dalam lokamaya ini yang boleh disetujui dan menyenangkan, dan di situlah ditinggalkan tanha keinginan, di situlah terbitnya pemutusan duka itu!
"Pandangan mata, bunyi pada pendengaran, bauan pada hidung, sentuhan pada yang dipegang, dan bayangan pada yang masuk ke pemikiran yang disetujui dan menyenangkan, dan di situlah ditinggalkan tanha keinginan, pemutusannya tiba!
"Hubungan mata, hubungan telinga, hubungan hidung, hubungan lidah, hubungan tubuh, hubungan minda... persepsi dari pandangan, bunyian, bauan, rasa, yang disentuh pegang, bahan minda...; Azam keinginan berkaitan dengan penglihatan, bunyian, bauan, rasa, yang disentuh dipegang, bahan minda...; Tanha keinginan untuk penglihatan, bauan, rasa, yang disentuh pegang, bahan objek...; Merenung tentang penglihatan, bunyian, bauan, rasa, yang disentuh pegang dan bayangan di minda dalam lokamaya yang disetujui dan menyenangkan, dan di situlah tanha keinginan berputusan, di situlah pemutusannya.

Dan itu, wahai bhikkhu pertapa sekelian.... Digelarlah Kebenaran Mulia Pemutusan Duka!
Selasa, 1 Oktober 2013
Tapa Empat Kebenaran Mulia: Terbitan Duka
2. Kebenaran Mulia Terbitnya Duka
Keinginan nafsu itulah yang menimbulkan kelahiran semua, diikuti oleh keseronokan dan kesenangan, mencari keseronokan segar dari sini dan kini di sana. Yang diperkatakan, keinginan sentuhan, keinginan untuk ketidakwujudan.
"Dan di manakah tanha keinginan ini muncul dan membuat tapak bagi dirinya? Bilakah dalam lokamaya yang disetujui dan menyenangkan, itulah dia tanha keinginan, muncul dan membuat tapak buat dirinya? Mata dalam lokamaya ini bersetuju dan menyenangkan, telinga..., hidung...., lidah...., tubuh...., minda dalam lokamaya ini bersetuju dan menyenangkan, dan di situlah tanha keinginan timbul membuat tapak bagi dirinya.
"Pandangan, bunyian, bauan, yang boleh dipegang, bahan minda dalam lokamaya yang disetujui dan menyenangkan, dan di situlah wahai tuan budiman timbulnya tanha keinginan lalu bertapak membuat dirinya maharaja".
"Mata kesedaran, telinga kesedaran, hidung kesedaran, lidah kesedaran, tubuh kesedaraan, minda kesedaran dalam lokamaya yang disetujui dan menyenangkan, dan di situlah tanha keinginan timbul dan membuat tapak bagi dirinya".
"Hubungan mata, hubungan telinga, hubungan hidung, hubungan lidah, hubungan tubuh, hubungan minda dalam lokamaya disetujui dan menyenangkan, dan di situlah timbulnya tanha keinginan dan membuat tapak bagi dirinya".
"Perasaan itu terbit dari hubungan mata, hubungan telinga, hubungan hidung, hubungan lidah, hubungan tubuh, hubungan minda dalam lokamaya yang disetujui dan menyenangkan, dan di situ timbul tanha keinginan dan membuat tapak bagi dirinya".
"Pandangan dari pemerhatian mata, pandangan tentang bunyi, pandangan tentang bauan, pandangan tentang rasa, pandangan tentang benda yang dipegang sentuh, pandangan tentang bahan dalam pikiran dalam lokamaya yang bersetuju dengan diri kita dan menyenangkan, maka timbullah tanha keinginan dan pertapakan bagi dirinya".
"Azam keinginan berkaitan dengan pandangan mata, bunyian, bauan, rasa, yang boleh dipegang, bahan minda dalam lokamaya itu disetujui dan menyenangkan, dan di situlah timbulnya tanha keinginan membuat tapak buat dirinya".
"Keinginan bagi pandangan, bunyian, bauan, rasa, yang boleh dipegang, bahan minda dalam lokamaya itu disetujui dan menyenangkan, dan di situ timbulnya tanha keinginan membuat tapak buat dirinya".
"Berpikir tentang pandangan, bunyian, bauan, rasa, yang boleh dipegang, bahan minda dalam lokamaya yang disetujui dan menyenangkan, di situ timbulnya tanha keinginan dan membuat tapak baginya dalam diri".
"Merenung tentang pandangan, bauan, bunyian, rasa, yang boleh dipegang dan bahan minda dalam lokamaya menyenangkan dan disetujui, dan di situlah timbulnya tanha keinginan dan membuat tapak dalam jiwamu".
Itu wahai bhikkhu pertapa, disebutlah sebagai Kebenaran Mulia tentang Munculnya Duka!

dharmma,
tapa
Tapa Empat Kebenaran Mulia: Kedukaan
Swasti Srih!
Masukan kita yang ini diringkaskan dari Mahasatiprarthana Sutra dalam Perbincangan Panjang Baginda Phra Buddha Chao. Rakan penganut ajaran Buddha sekelian tolonglah ambil perhatian kerana ini adalah bahagian kemasukan ke Wisuddhimarga: Jalan Penyucian Diri. Seseorang itu mesti melalui setiap minit dengan membaca keterangan lanjut dengan teliti biar paham dan menghafal setiap bahagian ini dengan sebaik-baiknya.
Dalam pertapaan ini, cuba bacanya dengan berturutan dan uji setiap erti bagi setiap sabdawali atau istilah dan sahkan jika rakan-rakan sudah dapat menerimanya. Contohnya lah, tatkala baginda Phra Buddha berkata bahawa "kelahiran itu kesengsaraan". Rakan aku mestilah merenung, menyiasat dengan pemikiran sendiri dan bertanya kenapa kelahiran itu suatu kesengsaraan? Bagaimana pemerolehan pancaindera itu membawa sengsara dan seterusnya. Yang ini adalah cara bagi kita menganut ajaran Buddha. Kita bukan menganut membuta tuli sahaja tapi mesti bertanya kenapa baginda Buddha berkata begitu dan menggunakan pengalaman hidup kita sendiri bagi mencapai kebebasan jiwa dari loka kebendaan atau bahasa Arabnya, duniawi.
Belajar perbincangan lain pula membantu rakan-rakan sedharma aku sampai kepada kesimpulan yang betul. Contohnya, dalam perbincangan berkenaan penumpuan dalam Sutra Skandha (Perbincangan Berhubung), baginda Phra Buddha Chao mengajarkan Asal-Usul dan Berlalunya Lima Fenomena seperti rupa, perasaan, pandangan, pembentukan kemahuan dan kesedaran. Didapati bahawa membaca perbincangan ini sangatlah berguna buat meneliti Pancaskandha kebergantungan kepada duniawi.
1. Kebenaran Mulia Kedukaan
"Dan apa, wahai bhikkhu, Kebenaran Mulia Kedukaan itu? Jelmaan itu kedukaan, berusia itu kedukaan, kematian itu kedukaan, kesedihan, ratapan, kesakitan, dan tekanan itu kedukaan. Bersatu dengan yang tak menyenangkan hati itu kedukaan, berpisah dengan yang menyenangkan hati itu kedukaan, tak mendapat sesuatu yang diingini itu kedukaan. Pendek kata, Panchaskandha menggenggam itu kedukaan".
"Dan apa, wahai bhikkhu, jelmaan itu? Dalam sebarang makhluk, dari sebarang jenis spesis, ada sahaja jelmaan kelahiran, datang ke mari, datang ke depan, muncul dari Panchaskandha, pemerolehan semua dasar indera ini, wahai bhikhu sekelian, dipanggillah jelmaan".
"Dan apakah itu usia? Dalam sebarang makhluk, dari sebarang jenis spesis, ada sahaja usia, berkedut kulit, patah gigi, beruban rambut, bongkok tubuh, mengecut seiring usia, merosak segala pancaindera, bahawa itu, wahai bhikkhu pertapa sekelian, disebutlah berusia".
"Dan apakah kematian? Dalam sebarang makhluk pun, tak mengira spesisnya apa, adalah perkara yang berlalu, perluputan, pemutusan, kehilangan, kematian, mati, penghabisan, terputusnya segala deria pancaindera, habisnya perkembangan tubuh, maka itu wahai bhikkhu pertapa sekelian, digelar kematian".
"Dan apakah kedukaan? Tatkala, seseorang itu dijejaskan oleh sebarang kecelakaan, sesuatu yang menyakitkan pada cirinya, meratapi, tertekan, sebak dalam dada, kecelakaan yang menyesakkan dada, inilah dia kedukaan".
"Apakah itu ratapan? Tatkala sebarang kecelakaan yang seseorang terjejas olehnya, dijejaskan oleh sesuatu yang pada cirinya menyakitkan dan dia berteriak, meratap, berbunyi esakan tangisannya kerana sedih duka, ratapan yang besar, itu, wahai bhikkhu pertapa sekelian, disebutlah ratapan".
"Dan apakah itu kesakitan? Sebarang rasa sakit pada tubuh, kesakitan pada tubuh yang menyebabkan rasa tidak selesa, kesakitan atau rasa tak selesa kesan daripada hubungan antara tubuh, itu, wahai bhikkhu, disebutlah kesakitan".
"Dan apakah itu kesedihan? Sebarang perasaan di sanubari yang menyakitkan, perasaan yang menyakitkan pada sanubari, menyakitkan atau memberi rasa tak menyenangkan hasil perhubungan dengan minda, itu, wahai pertapa bhikkhu semua, digelar kesedihan".
"Dan apakah itu tekanan? Wela mana, oleh sebarang kecelakaan itu, seseorang itu terjejas oleh sesuatu yang cirinya menyakitkan, tekanan, tekanan hebat, musibah dengan tekanan, dengan tekanan besar, wahai bhikkhu pertapa sekelian, digelar tekanan".
"Dan apakah, wahai bhikkhu pertapa, itu kesatuan dengan yang tak menyenangkan? Di sini, sesiapa yang tak diingini, tak disukai, bahan yang tak menyenangkan mata, bauan, bunyian, rasa di lidah, boleh dipegang, atau bahan pemikiran, atau sesiapa sahaja yang terserempak dengan orang yang suka melaknat, melaknat semoga terkena keburukan atau ketidakselesaan, atau ketidakselamatan, dengan mereka yang berhubungan dengan mereka, berkesatuan dengan mereka, bersua dengan mereka itu, wahai bhikkhu pertapa, digelarlah mereka yang terikat dengan yang tiada cinta kasih".
"Dan apakah, wahai bhikkhu pertapa, pemisahan daripada yang menyenangkan? Di sini, sesiapa yang mendapat yang diingini, disukai, bahan yang menyenangkan pemandangan, bunyian, bauan, rasa di lidah, benda boleh dipegang atau benda yang terdapat dalam pemikiran, aatau sesiapa sahaja yang bersua muka dengan yang mendoakan kebaikan, mengharapkan kebaikan, kesenangan, keselamatan, keselesaan, ibu atau bapa atau saudara atau saudari atau bangsa sepuak muda atau rakan mitra atau rakan sekerja atau sepelajaran atau yang bertalian darah, dan kemudian dinafikan pula hubungan atau kesatuan begitu, itu, wahai bhikkhu pertapa, disebut terpisah daripada yang disayangi".
"Dan apakah itu mendapat sesuatu yang diingini? Dalam makhluk yang tertakluk kepada kelahiran, wahai bhikkhu pertapa, timbulnya keinginan hati: Aduhaiii, bahawasanya, kita ini bukanlah yang tertakluk kepada kelahiran, bahawa kita ini tidak dilahirkan langsung!" Namun perkara ini tak dapatlah dicapai menerusi berharap sahaja. Ini bukanlah mendapatkan perkara yang diingini. Dalam makhluk yang tertakluk kepada usia, kepada penyakit, kematian, kedukaan, raungan kesakitan, kesedihan dan tekanan timbullah keinginan ini: Aduhai, jika kita ini tak ditakluki oleh usia.... tekanan, pastinya kita tidak akan melalui segala ini!" Namun perkara ini tak dapatlah dicapai dengan berharap dengan "jika" sahaja. Ini bukanlah mendapatkan perkara yang diingini.
"Dan bagaimana, wahai bhikkhu pertapa, pada ringkasnya, Panchaskandha ini menggenggam kedukaan sengsara? Seperti berikutlah caranya: Skandha menggenggam itu rupa, skandha menggenggam itu perasaan, skandha menggenggam itu pandangan persepsi, skandha menggenggam itu pembentukan keinginan dalam mental, skandha menggenggam itu pembentukan kesedaran pada mata benda lokamaya". Pendek kata, Panchaskandha menggenggam itu adalah sengsara. Dan bahawasanya, bhikkhu pertapa sekelian, disebutlah sebagai Kebenaran Mulia Duka.

pertapa,
tapa
Sabtu, 28 September 2013
Muganayaga Bhimrao Ramaji Ambedkar
Swasti Srih!
Aku tahu ramai juga dalam kalangan penganut ajaran Buddha Therawada terpengaruh dengan tokoh ini dalam pemurnian ajaran Buddha. Sebenarnya tak salah pun, aku suka juga dengan tokoh ini. Cuma takkan lah saudara aku sampai bermusuhan dengan bangsa Brahmana yang sedharma? Mungkin ada bangsa Brahmana yang agak ortodoks sedikit tapi tidak bermaksud semua bangsa Brahmana itu sombong congkak disebabkan jati kasta nya.
Tokoh ini merupakan seorang ahli politik, seorang ahli antropologi, sejarawan, pengkaji ekonomi, ahli falsafah dan pengkaji perundangan yang terlibat dalam penyuburan semula ajaran Buddha di rantau India. Beliau memberi inspirasi bagi Pergerakan Modernis Penganut Ajaran Buddha di negeri Maharstra yang kemudian tersebar di seluruh India sebagai Gerakan Penganut Buddha Dalit. Beliau pernah menjadi Menteri Perundaangan India pertama yang merangka penggubalan Perlembangaan India.
Kehidupan Awal
Beliau dilahirkan di kota dan penempatan tentera di Mhow dalam negeri Madhiya Pradesh. Anak bongsu dari 14 adik beradik. Bapa Ramaji Sakpala dan ibu, Bhimabai. Keluarga beliau adalah penutur bahasa Marathi dari kota Ambawade atau Madangada Taluka di bhumipada Ratanagiri di Maharastra kini. Keluarga beliau dari kelompok masyarakat jati Mahar. Mereka dilayan seperti orang Dalit dan didiskriminasikan secara sosio-ekonomi. Nenek moyang tuan Ambedkar ini sudah lama diupah bekerja dalam tentera Kampeni Hindia Timur Inggeris. Bapa beliau merupakan seorang askar India untuk empayar British di penempatan Mhow.
Bapa tuan Ambedkar mengikut gerakan Kabir Panth. Beliau menggalakkan anak-anak beliau membaca sastera klasik Hindu. Kedudukan beliau dalam tentera diperguna bagi melobi untuk pendidikan anak-anak dalam sekolah kerajaan walaupun menghadapi rintangan sebab jati mereka. Di sekolah pula, tuan Ambedkar menghadapi masalah yang sama dengan kanak-kanak Dalit lain. Beliau diasingkan, dipulaukan dan tidak dibantu guru-guru jati tinggi. Mereka tidak dibenar duduk dalam kelas. Meminta air pun kena menadah tangan dari budak atau orang berjati tinggi. Biasanya tugasan ini dibuat oleh peon sekolah. Kalau peon sekolah tiada maka kanak-kanak Dalit tidak dapat minum air di sekolah. Setiap hari di sekolah kanak-kanak Dalit harus duduk atas guni yang dibawa bersama ke sekolah dan pulang ke rumah.
Bapa beliau bersara pada 1894 lalu keluarga mereka pindah ke Satara dua tahun lepas itu. Tak lama itu, ibu beliau meninggal. Anak-anak dijaga oleh mak cik sebelah bapa dan susahlah hidup mereka. Kemudian adik-beradik tuan Ambedkar yang tua pula mengambil alih tugasan menjaga adik-adik. Antara mereka, Balarama, Ananda Rao, Bhim Rao, Manjula dan Tulasa. Tuan Ambedkar berjaya melepasi peperiksaan sekolah tinggi. Nama beliau Ambawadegar datang dari nama sebuah kampung di Ratanagiri. Seorang guru kepada tuan Ambedkar bernama Mahadewa Ambedkar sayang akan beliau walaupun guru itu berjati Brahmana. Guru itu menukar nama Ambawadegar menjadi Ambedkar dalam rekod sekolah tuan Ambedkar.
Label:
ajaran buddha,
buddha therawada,
india,
tokoh
Isnin, 23 September 2013
Cara Kriya Tapa Arya Marga
Swasti Srih!
Semadhi
Samyag Wiyama Usaha Benar
Samyag Smriti Kesedaran Benar
Samyag Semadhi Tumpuan Benar
Dalam
pada menjalani penyucian diri, kita akan menjalankan tapa semadi
seperti yang kita perbincangkan sebelum ini. Sebenarnya besar sekali
kesannya pada kejiwaan kita dan juga pada kebersihan tubuh raga sangkar
jiwa ini. Maka marilah kita ulangi apakah itu Arya Ashtanga Marga ini?
Prajña
Samyag Dreśti Pandangan Benar
Samyag Saṃkalpa Pemikiran Benar
Sila
Samyag Wak Ucapan Benar
Samyag Karmanta Tindakan Benar
Samyag Ajiwa Kehidupan Benar
Samyag Wiyama Usaha Benar
Samyag Smriti Kesedaran Benar
Samyag Semadhi Tumpuan Benar
Cara terbaik bagi mempelajari Jalan Mulia Lapan Lapis ini adalah dengan membaca secara teliti perbincangan Mahacattarisakasutra dalam kata-kata Panjang Pertengahan. Yang berikut ini kita berikan perincian ringkas mengenai kandungan Jalan Mulia Lapan Lapis dari Mahasatiprarthana Sutra bagi tujuan pengamalan. Ingat, wajib diamalkan selepas anda membaca ini!
1. Samyag Dresti
Pandangan benar ini adalah pengetahuan mengenai duka, pengetahuan mengenai cetusan kedukaan, pengetahuan tentang mengerat habis kedukaan, dan juga pengetahuan tentang cara amalan yang membawa kepada terputusnya kedukaan. Yang ini boleh kita pahami menerusi Empat Kebenaran Mulia.
2. Samyag Samkalpa
Pemikiran untuk meninggalkan benda yang mengikat hati, pemikiran tidak membuat jahat kepada sesama makhluk, busuk hati atau menyusahkan sesama makhluk. Yang ini kita sebutnya sebagai Pemikiran Yang Benar!
3. Samyag Wak
Mengelakkan berbohong, mengelakkan menfitnah mengadu domba, mengelakkan bercakap lucah, mengelakkan mencarut, mengelakkan bercakap kasar dan mengelakkan kata-kata yang merapu kedana membuang masa. Ini pengertian Ucapan Yang Benar!
4. Samyag Karmanta
Mengelakkan mengambil nyawa sesiapa pun termasuk nyawa sendiri, mengelakkan mengambil benda yang bukan diberikan kepada kita oleh sesiapa pun, mengelakkan perbuatan sumbang laku dalam hubungan jenis.
5. Samyag Ajiwa
Pertapa dan ajar-ajar yang ingin mencapai tahap Aryadharma menjadi orang Arya mestilah mengelakkan hidup secara salah, senantiasa hidup dengan kebenaran menurut dharma.
6. Samyag Wiyama
Ajar-ajar meningkatkan keazaman di hati, berusaha, meningkatkan tenaganya dan membulatkan minda serta berusaha menghalang timbulnya kejahatan yang membawa kepada pemikiran yang kotor dan tak semenggah yang masih terpendam di lubuk jiwa. Dia itu meningkatkan keazaman... dan berusaha mengatasi kejahatan di pemikiran dan jiwanya. Dibulatkan tekad, tenaga dan keazaman semata-mata bagi menghalang keadaan jiwa dan minda jahat yang timbul. Jangan dibiarkannya terlepas keluar loka, jangan dibiarkannya berkembang besar, sehingga sempurna perkembangan jiwa. Inilah Usaha Yang Benar!
7. Samyag Smrithi
Ajar-ajar mesti sentiasa merenung tubuh itu sebagai tubuh, bergejolak sentiasa, sedar sesedarnya dan peka, menolak segala kedengkian dan meninggalkan kesedihan demi lokamaya sementara; sentiasa merenung perasaan sebagai perasaan...; sentiasa merenung minda sebagai mindaa...; sentiasa merenung minda bahan-bahan sebagai minda bahan-bahan, begejolak sentiasa, sedar dan peka, meletakkan kedengkian dan kesedihan demi lokamaya ke sebelah sahaja. Inilah dia Kepekaan Yang Benar!
8. Samyag Semadhi
Ajar-ajar, memutuskan diri daripada keinginan deria, terputus daripada keadaan mental yang kotor, memasuki dan mesti sentiasa memastikan jiwa berada dalam jhana pertama, yang dicapai dengan berpikir dan merenung diri, dipenuhi dengan kesukaan bahagia hati ketika itu.
Dan dengan berhenti beransur-ansur berpikir dan merenung pula, menerusi pencapaian ketenangan dalaman dan bulatnya pemikiran, maka masuklah ajar-ajar itu ke jhana kedua. Yang tanpa berpikir dan merenung itu, maka timbulnya tumpuan, dipenuhi dengan suka hati bahagia.
Dan dengan hilangnya suka, kekal dalam ketenangan tidak lagi menunjukkan tindakbalas kepada kejadian yang mengujakan mahupun yang menyedihkan, peka dan jelas sekali sedar, dia lalu mengalami keadaan bahagia seperti yang disebut baginda Phra Buddha, "Bahagialah dia yang berada dalam ketenangan jiwa dan peka sentiasa" lalu masuklah ke jhana ketiga.
Dan dengan melepaskan keseronokan lokamaya dan kesakitan lokamaya, dan dengan hilangnya kesukaan dan kesedihan lampau, dia lalu masuk dan beradalah dalam jhana keempat yang murni dalam ketenangan jiwa dan kepekaan. Tidak lagi dirasai olehnya sakit atau pun rasa suka lagi. Yang ini disebutlah Tumpuan Yang Benar!
Penutup Masukan
Sebenarnya
tajuk ini sudah kita bicarakan pada asas ajaran baginda Phra Buddha.
Bagi penganut ajaran guru lainnya seperti aliran Saiwa dan Waisnawa, aku
tidak sebutkan perkara ini untuk menjadikan anda sebagai penganut
ajaran Buddha atau ingin memasukkan anda ke dalam Sangha Buddha. Itu bukan niat aku yang sebenarnya. Aku turut
mengamalkan juga tradisi bangsa Brahmana yang rapat dengan aliran
Waisnawa kerana perkaitan Brahmana kita dalam Triwangsa itu cuma aku
menurut juga kepada ajaran baginda Phra Buddha. Tradisi ajaran Buddha
yang dekat di rantau kita ini sangat berkait rapat dengan aliran
Langkawangsa dari cawangan besar aliran Therawada yang ringkas-ringkas sahaja.
Label:
ajaran buddha,
buddha therawada,
marga,
wisuddhi
Jumaat, 2 Ogos 2013
Dresti Buddha: Klesa
Swasti Srih!
Sebagai tambahan pula, Niddesa dalam Khuddhaka Nigaya mengenalpasti kilesa sebagai satu komponen atau suatu yang setara dengan tanha (idaman) dan raga (syahwat).
Dalam
ajaran Buddha, sabdawali ini merujuk kepada keadaan mental yang
menyelubungi pemikiran dan terjelma dalam tindakan-tindakan yang tidak
sihat atau negatif. Klesa ini termasuklah keadaan minda seperti
kebimbangan, kerisauan, ketakutan, kemarahan, kecemburuan, dengki,
keinginan, tekanan, kemurungan dan lain-lain. Dalam penterjemahan bahasa
Melayu terkini kurang pasti lah aku bagaimana caranya. Tapi ia boleh
diterjemakan sebagai racun minda, emosi negatif, emosi yang mengganggu,
emosi yang merosak, pencemaran minda, kesakitan pada jiwa (rohani) dan
lain-lain.
Dalam tradisi Mahayana dan Therawada, tiga klesa itu termasuklah keterikatan, kejahilan dan rasa kebencian yang dikenalpasti menjadi puncaa utama kepada seluruh klesa yang lain. Dalam tradisi Mahayana, disebutlah ia tiga racun jiwa, manakala dalam Therawada disebut sebagai tiga akar kesakitan jiwa.
Teks-teks bahasa Bali awal tak ada pun menyebut secara terperinci
tentang tiga klesa utama ini, tapi beberapa ketikanya ia diperhatikan
oleh cendekiawan sebagai perkara yang menjadi punca utama kepada kewujudan sengsara.
Sastera Bali
Dalam
sutra-sutra Bali, klesa ini sering dikaitkan dengan pelbagai rasa minat
yang mencemari keadaan tubuh dan juga minda. Dalam Abhidharma Sutra dan
juga sastera bahasa Bali selepasnya, 10 jenis pencemaran itu dapat
dikenalpasti dengan tiga yang utama adalah loba, benci dan maya. Tiga yang utama ini digelarlah ia punca kepada sengsara dalam dunia ini.
Sutra Pitaka: Halangan Mental
Dalam Sutra Pitaka, klesa dan juga upakklesa merupakan halangan yang merosak kepada pencarian abhijña (pengetahuan terus) dan juga prajña (kebijaksanaan).
Contohnya, Samyutta Nigaya memasukkan sekumpulan 10 perbincangan (SN 27, Kilesa Saṃyutta) yang menyatakan bahawa sebarang perkaitan dari chanda-rago atau ingin-minat dengan tubuh atau minda itu adalah pencemaran kepada minda yang dalam bahasa Bali disebut cittasse'so upakkileso:
"Bhiksu sekelian, sebarang ingin-minat yang berkaitan dengan pandangan mata itu merupakan pencemaran pemikiran. Sebarang ingin-minat berkaitan dengan telinga... hidung... lidah... tubuh... intelek... itu merupakan pencemaran minda. Apabila, berkaitan dengan enam dasar ini, pencemaran dari kesedaran ditinggalkan, maka minda pun condong kepada menolak benda loka maya. Minda yang dituntun dengan menolak benda loka maya ini akan terasa mudah dipengaruhi untuk menerima pengetahuan terus dari ciri-ciri yang berbaloi untuk disedari".
Meluas lagi, lima halangan seperti kamacchanda (keinginan deria), biyapada (kemarahan), thinamiddha (lengai-mandom), uddhacca-kukkucca (tak tenang-risau) dan wicikiccha (keraguan) selalu lah dikaitkan dengan klesa dengan cara sama seperti berikut:
Sabbe te bhagawanto pañcanīvaraṇe pahāya cetaso upakkilesa paññāya dubbalīkaraṇe....
Semua yang direstui itu sudah pun meninggalkan lima halangan, pencemaran pemikiran yang melemahkan kewicaksanaan....
Sebagai tambahan pula, Niddesa dalam Khuddhaka Nigaya mengenalpasti kilesa sebagai satu komponen atau suatu yang setara dengan tanha (idaman) dan raga (syahwat).
Abhidharma Pitaka: Sapuloh Pencemaran dan Akar Keburukan Tindakan
Dalam Sutra Pitaka, tiada tersenarai pun jenis-jenis klesa, namun dan Dharmasangani Abhidharma Pitaka (Dhs. 1229ff.) serta Wibhanga (Wbh. XII) seperti juga dalam Wisuddhimarga sebelum catitan suci (WSM. XXII 49, 65) menyenaraikan 10 pencemaran atau dasa kilesa watthuni sebagai berikut:
1. Lobha atau ketamakan
2. Dosa iaitu kebencian
3. Moha atau jerangkap samar maya
4. Mana iaitu keangkuhan
5. Micchadresti atau pandangan yang salah
6. Wikiccha yang ertinya keraguan
7. Thinam atau mandom lemah longlai
8. Uddhaccam iaitu tidak tenang sehingga letih
9. Ahirigam atau tidak tau malu
10. Anottappam iaitu kecuaian akibat lalai
Sutra Wibhanga juga turut memuatkan astha klesa watthuni atau lapan lapis racun yang merupakan bahagian awal lapan daripada sepuloh yang tersebut dalam senarai di atas ini. Dalam kesusasteraan bahasa Bali, tiga klesa dalam senarai 10 jenis racun diterangkan melalui Abhidharma Pitaka iaitu lobha, dosa moha itu dikenalpastikan bagi upasaka awam sebagai akusalamula atau pencetus kejahatan tindakan. Maka harus tuan budiman berhati-hati dalam pemikiran. Cuba tuan perhatikan secara sunyi sepi sekeliling tuan budiman sekelian tentang bagaimana perkara dunia sekeliling tuan sekelian dicetuskan oleh tiga klesa utama itu. Lihat sahaja di Asia Barat, di Pakistan atau di India walaupun benua kita itu merupakan tempat kelahiran dresti-dresti agung yang kita bicarakan ini.
Lawan kepada akusalamula ini adalah kusalamula. Tiga akarnya adalah alobha, adosa dan amoha. Kewujudan akusalamula dan kusalamula ini boleh diperhatikan pada keadaan pemikiran kita, kata-kata kita atau tindakan tubuh kita. Ia memberi gambaran keadaan kesedaran kita yang ke depannya dan juga dikaitkan dengan punca-punca pikiran yang terjelma dalam karma.
Wisuddhimarga: "Bulatan Pencemaran"
Dalam ulasan karya Wisuddhimarga atau Jalan Penyucian Diri kurun ke-5 M, perbincangan tentang "Terbitan Kebergantungan" atau Pratitya Samudpada (Wsm. XVII) memaparkan cara-cara pendedahan berbeda bagi pemahaman 12 punca atau nidanam ajaran ini.
Satu caranya (Wsm. XVII, 298) membahagikan nidanam 12 ini kepada tiga watta atau bulatan-bulatan:
- klesawatta atau bulatan pencemaran
- karmawatta atau bulatan karma
- wipakawatta atau bulatan keputusan
Dalam kerangka ini, klesa (kegelapan rohani) menjadi prasyarat kepada karma (pembentukan) yang menjadi prasyarat kepada keputusan-keputusan (kesedaran menerusi perasaan-perasaan atau emosi) yang kemudian menjadi prasyarat kepada klesa (kehendak dan kebergantungan padanya) yang menjadi prasyarat pula kepada karma (yang akan terjadi) dan seterusnya. Mpu Buddhaghosa (Wsm. XVII, 298) menyimpulkan bahawa:
Makanya, "Cakra Menjadi" ini, mempunyai pusingan tiga kali dengan tiga bulatan, haruslah dipahami sebagai berputar-putar, berpusing-pusing tak pernah berhenti selamanya; kerana syarat-syaratnya tidak diputuskan sebagai juga bulatan pencemaran itu tak dihentikan!
Seperti yang dilihat dalam kerangka yang ini, bulatan pencemaran itu dalamnya terkandung:
- Awidya atau kejahilan penyebab kegelapan diri
- Tanha atau keinginan
- Upadana atau kebergantungan yang disebabkan keinginan
Di mana-mana sahaja dalam Wisuddhimarga (Wsm. XXII, 88) dalam konteks arya puggala atau empat jenis orang yang mulia peribadinya, sastera ini merujuk juga kepada penunjuk kepada pencapaian nirwana itu sebagai penghapusan terus "pencemaran yang menjadi pencetus kepada bulatan" atau wattamulakilesa.
Label:
ajaran buddha,
asas buddha,
buddha therawada,
dresti,
kilesa,
klesa,
mahayana,
sastera agama
Langgan:
Catatan (Atom)